Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN HOKI SK GUAI 2024

1.0 PENGENALAN

Pasukan hoki SK GUAI telah ditubuhkan pada 2024. Atlet-atlet hoki ini telah berlatih secara konsisten
setiap hari. Dalam tempoh 2 bulan penubuhan pasukan hoki telah berjaya memperoleh naib johan
Kejohanan Hoki MSSD Bera (L) 2024 yang dijalankan pada 11 Jun 2024. Kejayaan ini adalah hasil usaha
keras Jurulatih Hoki SK Guai En Fadhlur Rahman bin Jamaludin yang juga merupakan Jurulatih NHDP
daerah Bera.

2.0 RASIONAL

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi mebantu meningkatkan
keupayaan atlet hoki SK Guai dan menyediakan peralatan untuk Latihan dan pertandingan yang
diperlukan. Dengan sumber peralatan yang lengkap akan membolehkan murid-murid melengkapkan
diri mereka untuk menghadapi pertandingan dan seterusnya menaikkan imej SK GUAI.

3.0 SASARAN

Bilangan guru dan murid SK GUAI yang terlibat dalam Program Pembangunan Sukan Hoki ini adalah:
3.1- 1 orang guru Selaku Jurulatih Lelaki
3.2- 12 orang murid yang akan dikenalpasti

4.0 OBJEKTIF

Program Pembangunan ini bertujuan mencapai objektik-objektif berikut :


4.1 Mencungkil bakat-bakat pelajar berkemahiran dalam permainan hoki sekaligus
mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
4.2 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan memperlajari kemahiran hoki.

4.3 Mewujudkan semangat kesukanan,setiakawan dan persaingan secara sihat antara pelajar SK
GUAI dengan pelajar dari sekolah yang lain di sekitar daerah Bera.

5.0 TARIKH/MASA
Tarikh : Sepanjang tahun
Tempat : Padang dan Gelanggang Futsal SK Guai

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Ahmad Shahzam bin Halim

(Guru Besar SK GUAI)

Timbalan Pengerusi : Saparwan bin Ibarhim

( Penolong Kanan Kokurikulum SK Guai)

Jurulatih Lelaki: Fadhlur Rahman bin Jamaludin


7.0 SKOP DAN KOMPONEN PERALATAN DAN KEPERLUAN SERTA ANGGARAN KOS

Anggaran perbelanjaan bagi pembelian peralatan adalah seperti butiran berikut :

BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH(RM)

1. Set tiang gol 2 x RM1200.00 RM 2400.00

2. Kayu hoki (fibre) 10 X RM250.00 RM2500.00

3. Bola hoki 10 X RM50.00 RM500.00

4. Penyertaan dan pengurusan kejohanan RM2000.00 RM2000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM6400.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

Pihak sekolah memerlukan dana dan sumbangan untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.

9.0 PENUTUP

Bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak tuan akan membantu pasukan hoki sekolah ini untuk
menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi murid bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan . Harapan kami juga,dengan adanya peruntukan ini,pasukan hoki SK GUAI
akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

......................................... .............................................
(FADHLUR RAHMAN BIN JAMALUDIN) (SAPARWAN BIN IBRAHIM)
Jurulatih, Penolong Kanan Ko Kurikulum
Pasukan Hoki SK Guai SK Guai

Diluluskan oleh,

`````````````````````````````````````````````````````````````````
(AHMAD SHAHZAM BIN HALIM)
Guru Besar
SK GUAI
LAMPIRAN A.

PENCAPAIAN 2024- NAIB JOHAN MSSD BERA L 12TKB (11-12 JUN 2024)
LAMPIRAN B

TIANG GOL

You might also like