Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PK07-02

SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 01 2024 / 2025

Tarikh : 14 Mac 2024 Masa : 01:45 petang


Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Polis Depot
Pengerusi : Pn Norma binti Ismail ( Ketua Panitia )
Bil Nama Catatan
1 Pn Suzana binti Salleh
2 Pn Nur Syazwani binti Mohd Sabidi
3 Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
4 En. Hamirun bin Hamzah Guru Pemulihan
5 Hajah Haliza binti Mohamad Zelan Guru Matematik PPKI
6 Nurulhuda binti Ahmad Zabidi Guru Matematik PPKI

TURUT HADIR
Bil Nama Catatan
1 En Md Zainudin bin Ngadiman Guru Besar ( Penasihat )
2 Pn Azizah binti Jupri Penolong Kanan Kurikulum

TIDAK HADIR
Bil Nama Catatan
1
2
3

Disediakan oleh,

.........................................................
(SUZANA BINTI SALLEH)
Setiausaha Panitia Matematik
SK Polis Depot

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS DEPOT


MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 01 2024 / 2025

Tarikh : 14 Mac 2024


Masa : 01. 45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Polis Depot

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pn Norma selaku pengerusi memberi salam dan memulakan mesyuarat dengan
bacaan ummul kitab, Al-Fatihah seterusnya mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru kerana hadir ke Mesyuarat Panitia Matematik Bil 01 sesi 2024 / 2025.
Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT
2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada Pn Norma dan semua guru kerana
menghadiri Mesyuarat Panitia Matematik Bil 01 2024/ 2025.
Makluman

2.2 Guru Besar juga memaklumkan ada 2 pentaksiran PBD dalam setahun, setiap
kali pentaksiran dijalankan hendaklah di adakan mesyuarat panitia. Selain
daripada itu data PBD 2023 dijadikan sebagai TOV 2024. Semua guru
matematik perlu ada data PBD murid tahun 2023.
Makluman

Beliau juga berharap guru matematik dapat mengenal pasti nama murid-murid
2.3 pemulihan dan senarai nama berkenaan hendaklah disimpan didalam borang pbd
“offline” matapelajaran.
Makluman

Beliau menyatakan RPT hendaklah diselaraskan bilangan minggu dan tarikh.


Sukatan Pelajaran hendaklah dihabiskan hingga minggu ke 35. Tempoh
2.4 persekolahan adalah 41 minggu. Rpt hendaklah dihantar selewat-lewatnya 18
mac 2024.

Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat bil 04 2023/2024 sebulat suara mencadangkan dan mengesahkannya.

4. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

5. AGENDA PROFESIONAL/ISU YANG DIBINCANGKAN


5.1 Agihan Tugasan Ahli Panitia
5.1.1 Pengerusi memaklumkan AJK Panitia Matematik seperti berikut :
Ketua Panitia : Pn. Normah binti Ismail
Setiausaha : Pn. Suzana binti Salleh
Ahli Panitia : Pn Nur Syazwani binti Mohd Sabidi
Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
En. Hamirun bin Hamzah ( Guru Pemulihan )
Hajah Haliza binti Mohamad Zelan ( PPKI )
Nurulhuda binti Ahmad Zabidi ( PPKI )
Makluman

5.1.2 Senarai guru yang mengajar mengikut tahun adalah seperti berikut :
Tahun Guru
1 Hamka Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
Ungku Aziz Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
Zaaba Pn Suzana binti Salleh
2 Hamka Pn Suzana binti Salleh
Ungku Aziz Pn Nur Syazwani binti Mohd Sabidi
Zaaba Pn Suzana binti Salleh
3 Hamka Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
Ungku Aziz Pn Suzana binti Salleh
Zaaba Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
4 Hamka Pn Norma binti Ismail
Ungku Aziz Pn Nur Syazwani binti Mohd Sabidi
Zaaba Pn Nur Syazwani binti Mohd Sabidi
5 Hamka Pn Norma binti Ismail
Ungku Aziz Pn Nur Syazwani binti Mohd Sabidi
6 Hamka Pn Norma binti Ismail
Ungku Aziz Pn Norma binti Ismail

Makluman

5.2 Agihan Belanja Mengurus / Kewangan Panitia


5.2.1 Guru- guru boleh mencadangkan BBM Matematik yang sesuai melalui Nota
Minta untuk kegunaan tahun semasa.
Makluman
5.2.2 BBM Matematik yang sedia ada kini berada di dalam almari Panitia Matematik
yang berada di BBM.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

5.2.3 Baki kewangan Panitia Matematik yang diperuntukan untuk tahun 2023 ialah
RM 1.94 (merujuk pada PCG tahun lepas). Kewangan 2024 masih belum
diketahui jumlahnya.
Makluman
5.2.4 Guru Besar mengingatkan kewangan panitia hendaklah dibahagikan kepada
jumlah program yang dirancang.
Makluman

5.3 Perancangan Strategik Panitia 2024


5.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perancangan strategik akan diteruskan seperti
yang telah dirancang pada 2023 iaitu memastikan peningkatan peratus TP 3 bagi
murid tahap 1 serta meningkatkan peratus murid yang mendapat TP 6
dikalangan murid tahap 2. Bagi murid yang lemah fakta asas matematik akan
dijalankan dalam intervensi dalam masa yang terdekat.
Makluman
Guru Besar mengingatkan ketua panitia untuk menyelesaikan PSO dengan
5.3.2 memfokuskan pelan taktikal dan terus merancang program-program tahunan
panitia berdasarkan PBD.
Ketua Panitia
Guru Besar memaklumkan murid yang tidak menguasai fakta asas matematik
5.3.3 harus diberi pembelajaran terbeza.
Makluman
Pengerusi memaklumkan untuk mengadakan hari orientasi tahun 4 dengan
5.3.4 kerjasama kaunselor sekolah.
Makluman
Program Bijak Sifir yang akan dijalankan 5 minit sebelum pdpc didalam kelas.
5.3.5 Kad sifir yang mengandugi sifir yang telah dihafal, tandatangan guru &
tandatangan ibu bapa akan di edarkan pada semua murid. Kad akan
dikumpulkan mengikut kelas dan ditanda oleh guru matematik kelas berkenaan
pada setiap hujung bulan. Murid yang berjaya menyelesaikan hafalan dengan
pantas dan betul akan diberi hadiah bulanan.
Makluman
Pengerusi juga memaklumkan akan mengadakan bengkel teknik menjawab
soalan UASA bagi murid tahap 2.
5.3.6 Makluman
Mengadakan minggu akademik matematik yang akan dijalankan semasa IVFF.
Makluman
5.3.7
Penggubalan RPT
Ketua Panitia Matematik memaklumkan RPT matematik untuk setiap tahun
boleh didapati dari senarai nama di bawah dan salinan hardcopy telah
5.4 diserahkan kepada ketua panitia.
5.4.1

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

TAHUN GURU
1 Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
2 Pn Suzana binti Salleh
3 Cik Nasha Law binti Mohd Nazir
4 Pn Nur Syazwani binti Mohd Sabidi
5 Pn Norma binti Ismail
6 Pn Norma binti Ismail
Makluman
Ketua Panitia juga menegaskan senarai nama murid yang di ajar hendaklah
mempunyai TP PBD dan diletakkan didalam borang “offline”.
5.4.2 Makluman
Pengerusi juga memaklumkan RPT 2024 hendaklah disimpan didalam
simpanan masing-masing.
Makluman
5.4.3
e-RPH
Pengerusi berharap semua guru matematik dapat melengkapkan maklumat dalam
semua “folder” sebelum 5 April 2024.
5.5 Makluman
5.5.1 Pastikan tajuk, OP, KK ditulis di papan putih.
Makluman

5.5.2 PdPc dan Penulisan e-RPH


Ketua panitia berharap semua guru matematik dapat meneruskan pengajaran
dengan baik serta mengesan murid-murid yang tertinggal dengan mengasah
5.6 semula pemahaman operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi.
5.6.1 Makluman
Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut Standard Prestasi yang telah
ditetapkan.
Makluman
Penetapan Jumlah Buku Latihan
5.6.2 Pengerusi memaklumkan untuk murid tahap 1 hanya akan menggunakan 1 buku
aktiviti teks dan 2 buah buku tulis. Guru yang mengajar dikehendaki
5.7 memberitahu lebih awal pada murid buku apa yang akan digunakan bagi
5.7.1 mengelakkan isu beg berat dikalangan murid. Manakala untuk murid tahap 2
hanya menggunakan 2 buku tulis dan jumlah soalan yang diberi terpulang
kepada guru yang mengajar mengikut aras kebolehan.
Makluman
Penggunaan buku tulis bagi murid seperti jadual di bawah.
Tahun Buku tulis
1 No 6 (2 buah)
2 No 6 (1 buah), No 5 (1 buah)
5.7.2
3 No 6 (1 buah), No 5 (1 buah)
4 No 5 (2 buah)
5 No 5 (2 buah)
6 No 5 (2 buah)
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

Makluman

Agihan dan Semakan Buku Latihan


Semakan Latihan perlu di jalankan oleh guru dengan teliti dan pastikan murid
membuat pembetulan. Berikan tulisan perangsang atau ikon yang sesuai pada
murid yang dapat menyiapkan latihan dengan baik.
5.8 Makluman
5.8.1 Bilangan soalan untuk tahap 1 ialah 5 – 10 soalan. Manakala bilangan soalan
untuk tahap 2 ialah 5 – 10 soalan ke atas mengikut kesesuaian.
Makluman
Semakan buku latihan bagi Panitia Matematik ialah pada 29 Julai – 2 Ogos 2024
(Sesi 1) dan 16 Disember – 20 Disember 2024 (Sesi 2). Pastikan guru
5.8.2 menghantar bilangan buku separuh daripada bilangan murid. Isikan borang
penyemakan buku semasa penghantaran.
Makluman
Ketua panitia juga memaklumkan bagi tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 buku dihantar
kepada GPK HEM , manakala tahun 6 dihantar kepada Guru Besar.
5.8.3
Makluman

Pencerapan Guru 2024


5.8.4
Pencerapan guru juga akan dijalankan seperti yang dijadualkan di dalam Buku
Pengurusan Sekolah.
Makluman
Pengerusi memaklumkan penghantaran borang penilaian kendiri dan
keberhasilan diserahkan pada bulan April untuk sesi 1, Bulan April – Julai ( sesi
2 ) dan bulan Ogos – November ( sesi 3 ).
Makluman
5.9
5.9.1

5.9.2

5.10 ULBS /PBS


5.10.1 Pengerusi juga menyatakan antara punca murid mendapat TP2 kerana
kemahiran asas matematik yang lemah. Intervensi yang diambil ialah
melaksanakan program 1 Fakta Matematik, Bijak Sifir dan penggunaan modul
LINUS.
Makluman
5.10.2 Ketua Panitia juga mencadangkan supaya guru melaksanakan menghafal sifir

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

ganjil dan genap serta menggunakan teknik yang mudah untuk guru dan murid.
Makluman
Panitia juga menyatakan murid yang mendapat TP4 disebabkan tidak menguasai
5.10.3 kemahiran penyelesaian masalah rutin. Guru hendaklah membimbing dan
mendorong murid untuk memahami soalan kerana mereka telah menguasai
kemahiran asas matematik.
Makluman
Ketua Panitia juga menyatakan murid yang mendapat TP5 dan TP6 untuk soalan
KBAT hendaklah dibimbing dengan menjalankan intervensi menekankan kata
5.10.4 kunci.
Makluman
5.11 PLC/ Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam Panitia.
5.11.1 Pengerusi memaklumkan PLC akan dijalankan dari masa ke semasa.
Makluman
Guru Besar menegaskan supaya ditetapkan tarikh PLC yang akan dijalankan
5.11.2 sekali dalam sebulan.
Makluman

6. HAL-HAL LAIN
6.1 Guru Besar mengingatkan segala program yang telah dilaksanakan hendaklah
didokumentasikan mengikut format yang ditetapkan. Salinan dokumentasi
hendaklah diberi kepada beliau dan Penolong Kanan Kurikulum.
Makluman

7. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Ucapan terima kasih dan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan kemudian.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan diakhiri dengan tasbih
kafarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________________ ___________________________
SUZANA BINTI SALLEH NORMAH BINTI ISMAIL
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Polis Depot SK Polis Depot

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-03

Disahkan oleh :

_________________________________
AZIZAH BT JUPRI
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Polis Depot

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07-05

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 01 2024 / 2025

Tarikh : 14 MAC 2024

Tempat : BILIK MESYUARAT, SK POLIS DEPOT

MUKA
PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT

Disediakan oleh : Tarikh :

..........................................................
SUZANA BINTI SALLEH
Setiausaha Panitia Matematik
SK Polis Depot

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00

You might also like