OUMH1603 Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke-21 - Vapr20

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 261

OUMH1603

Kemahiran Belajar untuk Abad Ke-21

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR
UNTUK ABAD KE-21
Prof Madya Dr Nantha Kumar Subramaniam
Dr Gurcharan Singh Bishen Singh
Dr Harvinder Kaur Dharam Singh
Dr Raziana Che Aziz
Dr Thirumeni Subramaniam
Dr Wirawani Kamarulzaman
Majumin Hanum Abdul Samad
Noor Zuleika Zulkipli
Oo Cheng Keat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Dr Widad Othman
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Nantha Kumar Subramaniam


Dr Gurcharan Singh Bishen Singh
Dr Harvinder Kaur Dharam Singh
Dr Raziana Che Aziz
Dr Thirumeni T Subramaniam
Dr Wirawani Kamarulzaman
Majumin Hanum Abdul Samad
Noor Zuleika Zulkipli
Oo Cheng Keat
Open University Malaysia

Penyederhana: Prof Dr Siti Aishah Hashim Ali


Prof Madya Dr Baharudin Aziz
Prof Madya Dr Nantha Kumar Subramaniam
Prof Madya Dr Safiah Md Yusof
Dr Gurcharan Singh Bishen Singh
Dr Thirumeni T Subramaniam
Dr Wirawani Kamarulzaman
Majumin Hanum Abdul Samad
Nor Aslina Abd Jalil
Oo Cheng Keat
Sarah Waheeda Muhammad Hafidz
Open University Malaysia

Penterjemah: Nur Aizat Kamarul Zaman

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2020


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2020, OUMH1603
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara
tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ixăxv

Topik 1 Menjadi Seorang Pelajar Abad ke-21 1


1.1 Kemahiran Abad ke-21 2
1.2 Peranan Pelajar Abad ke-21 6
1.3 Persekitaran Pembelajaran Abad ke-21 9
1.4 Ciri-ciri Pelajar Abad ke-21 11
Rumusan 14
Kata Kunci 14
Rujukan 15

Topik 2 Kemahiran Belajar 16


2.1 Kemahiran Penulisan Esei 17
2.1.1 Langkah-langkah Penulisan Esei 18
2.1.2 Struktur Esei 20
2.1.3 Elakkan Plagiarisme 28
2.1.4 Rujukan Gaya APA 29
2.1.5 Kesalahan yang Kerap Dilakukan dalam 31
Penulisan Esei
2.2 Strategi Menduduki Peperiksaan 33
2.2.1 Persediaan Menduduki Peperiksaan 33
2.2.2 Mengingati Fakta untuk Peperiksaan 34
2.2.3 Jenis-jenis Soalan Peperiksaan 35
Rumusan 39
Kata Kunci 40
Rujukan 40

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Kemahiran Numerasi 41


3.1 Numerasi 42
3.1.1 Kepentingan Kemahiran Numerasi 44
3.1.2 Buta Angka (Innumeracy ) 44
3.2 Asas Kemahiran Numerasi 45
3.2.1 Penaakulan 46
3.2.2 Penyelesaian Masalah 48
3.2.3 Membuat Keputusan 51
3.3 Kontinum Numerasi (Numeracy Continuum) dan 54
Amalan Kehidupan Seharian
3.3.1 Nombor dan Operasi 54
3.3.2 Pola 56
3.3.3 Pecahan, Nombor Perpuluhan dan Peratusan 58
3.3.4 Mentafsirkan Maklumat Statistik 59
3.3.5 Pengukuran 61
3.3.6 Gandaan, Faktor dan Nombor Perdana 62
Rumusan 65
Kata Kunci 65
Rujukan 66

Topik 4 Celik Digital 67


4.1 Literasi ICT 71
4.2 Celik Maklumat 77
4.2.1 Kerangka Kerja Celik Maklumat 79
4.3 Pembelajaran Ditingkatkan dengan Teknologi 82
(Technology-enhanced Learning, TEL)
4.3.1 Alat yang Digunakan untuk Persekitaran TEL 86
dalam Konteks OUM
4.3.2 Pembelajaran Bergerak (Mobile Learning) 92
4.4 Celik Media 96
Rumusan 99
Kata Kunci 100
Rujukan 100

Topik 5 Kreativiti dan Inovasi 102


5.1 Konsep Kreativiti dan Inovasi 106
5.2 Ciri-ciri Individu Kreatif 120
5.3 Kreativiti, Inovasi dan Pembelajaran 124
5.4 Pemikiran Reka Bentuk sebagai Strategi Inovatif 127
5.5 Alat untuk Kreativiti dan Inovasi 130
Rumusan 132
Kata Kunci 133
Rujukan 133

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 6 Kemahiran Pemikiran Kritis dan Menaakul 135


6.1 Keperluan kepada Pemikiran Kritis 136
6.1.1 Asas Berkembar Mengetahui dan Berfikir 137
6.1.2 Definisi Kerja Pemikiran Kritis 138
6.1.3 Mengubah Cara Orang Berfikir: Perlukah Ia 139
Dilakukan?
6.2 Bukti Empirikal bahawa Pemikiran Kritis Boleh 140
Ditingkatkan
6.2.1 Menjadi Pemikir yang Lebih Baik: Cara yang 142
Cepat dan Mudah
6.2.2 Dua Jenis Pemikiran: Cepat dan Lambat 142
6.3 Kemahiran Pemikiran Kritis dan Menaakul 144
6.3.1 PSF: Pertimbangkan Semua Faktor 145
(Consider All Factors)
6.3.2 AKP: Alternatif, Kemungkinan, Pilihan 146
(Alternatives, Possibilities, Choices)
6.3.3 Fokus dan Tujuan 147
6.3.4 TMO: Tujuan, Matlamat dan Objektif 148
(Aims, Goals and Objectives)
6.3.5 Penaakulan Deduktif 149
6.3.6 Penaakulan Induktif 150
6.4 Pentaksiran Pemikiran Kritis 152
Rumusan 154
Kata Kunci 154
Rujukan 155

Topik 7 Kemahiran Komunikasi 156


7.1 Komunikasi dalam Kehidupan Seharian 157
7.2 Fungsi Komunikasi 161
7.2.1 Fungsi Komunikasi Lisan 161
7.2.2 Fungsi Komunikasi Bukan Lisan 163
7.2.3 Kepentingan Mendengar secara Aktif 167
7.3 Bagaimanakah untuk Menjadi Komunikator yang 171
Berkesan?
7.4 Halangan kepada Komunikasi yang Berkesan 173
Rumusan 174
Kata Kunci 175
Rujukan 175

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 8 Kemahiran Kolaboratif 176


8.1 Definisi Kolaborasi dan Pembelajaran Kolaboratif 178
8.2 Manfaat Kemahiran Kolaboratif 179
8.3 Persamaan dan Perbezaan antara Pembelajaran 182
Kolaboratif dan Pembelajaran Kooperatif
8.4 Kajian Empirikal Mengenai Kolaborasi 184
8.5 Pentaksiran Kemahiran Kolaboratif 185
8.6 Mempertingkatkan Pembelajaran Kolaboratif 188
Rumusan 191
Kata Kunci 192
Rujukan 192

Topik 9 Pendidikan Kewarganegaraan Global 196


9.1 Pendidikan Kewarganegaraan Global dan 197
Kepentingannya pada Abad ke-21
9.2 Adakah Negara „Hilang Kuasa‰ dalam Globalisasi? 206
9.3 Pertikaian Antarabangsa 210
9.4 Kesamarataan Gender pada Abad ke-21 214
Rumusan 218
Kata Kunci 219
Rujukan 219

Topik 10 Alam Sekitar dan Kita 222


10.1 Mengapakah Kita Perlu Menjaga Alam Sekitar? 223
10.2 Isu Alam Sekitar Global 227
10.2.1 Perubahan Litupan Tanah dan Air Permukaan 228
10.2.2 Perubahan Iklim 229
10.2.3 Kemusnahan Kepelbagaian Biologi 230
10.2.4 Penduduk dan Pembangunan 230
10.2.5 Pencemaran 231
10.2.6 Urbanisasi 232
10.3 Teknologi Hijau dan Alam Sekitar 233
10.4 Matlamat Pembangunan Lestari 235
10.5 Jejak Ekologi dan Anda 238
Rumusan 240
Kata Kunci 241
Rujukan 241

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk
anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah
rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran
penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
OUMH1603 Kemahiran Belajar untuk Abad ke-21 ialah salah satu kursus
yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan
3 jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ialah kursus teras bagi seluruh pelajar OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan
40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara


5
ringkas kandungan kursus

Memahami modul 60

Menghadiri 3 sesi tutorial 6

Penyertaan dalam talian 14

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menunjukkan kemahiran berkomunikasi dan interpersonal;

2. Menunjukkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis;

3. Menunjukkan kemahiran digital dan numerasi; dan

4. Huraikan pengetahuan berkaitan kemahiran abad ke-21 dan kesedaran


global dan alam sekitar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut:

Topik 1 membincangkan kemahiran-kemahiran yang dijangka pada abad ke-21,


peranan-peranan yang dimainkan oleh pelajar abad ke-21, persekitaran
pembelajaran dan ciri-ciri pelajar abad ke-21.

Topik 2 menyediakan panduan dan strategi untuk membantu pelajar menulis


esei dengan baik dan menjawab soalan peperiksaan. Di dalam topik ini juga,
pelajar akan dibimbing tentang bagaimana untuk mengaplikasikan kemahiran
pemikiran kritis, kreatif, komunikasi dan kolaborasi dalam menyelesaikan
tugasan serta persediaan menduduki peperiksaan.

Topik 3 memperkenalkan definisi kemahiran numerasi dan membincangkan


kepentingannya pada masa kini. Selain itu, hubungan antara numerasi dan
matematik juga dibincangkan dalam topik ini. Pelajar juga akan diperkenalkan
kepada istilah buta angka (innumeracy) dan didedahkan kepada tiga aspek asas
utama kemahiran numerasi iaitu; penaakulan matematik, penyelesaian masalah
dan membuat keputusan. Pelajar akan belajar meneroka kontinum numerasi
(numeracy continuum) dan membincangkan beberapa idea penggunaan
kemahiran numerasi dalam kehidupan seharian. Pernyataan masalah dalam
matematik kehidupan seharian dan cara-cara menyelesaikannya akan
dibincangkan pada akhir topik ini.

Topik 4 menerangkan maksud celik digital dan bagaimana para pelajar boleh
meningkatkan kecekapan digital mereka. Topik ini juga membincangkan dengan
lebih mendalam tentang kecekapan celik digital. Di samping itu, pelajar
dikehendaki untuk menerima pakai dan mengaplikasi kesemua amalan baik dan
keperluan yang diketengahkan dalam setiap kecekapan celik digital.

Topik 5 membincangkan maksud kreativiti, inovasi dan pemikiran reka bentuk.


Kemudian, pelajar diharapkan dapat menjelaskan hubungan antara kreativiti dan
inovasi dengan pembelajaran. Di dalam topik ini juga pelajar akan belajar
pemikiran reka bentuk sebagai satu strategi inovasi. Subtopik akhir topik ini,
pelajar akan mengetahui bagaimanakah untuk menerima pakai dan mengaplikasi
kreativiti dan inovasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 6 membincangkan definisi pemikiran kritis dan diikuti dengan bagaimana


pemikiran kritis boleh ditingkatkan. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada
kemahiran pemikiran kritis dan ilmu untuk membezakan penaakulan deduktif
dan penaakulan induktif. Melalui topik ini juga, pelajar akan mampu untuk
mengkelaskan cara untuk mencapai kemahiran pemikiran kritis.

Topik 7 membimbing pelajar bagi memperoleh kemahiran komunikasi dan


bagaimana menjadi individu yang boleh berkomunikasi secara efektif. Pelajar
akan belajar tentang elemen-elemen penting dan halangan dalam berkomunikasi
secara efektif.

Topik 8 membincangkan kemahiran kolaborasi melalui pembelajaran kolaboratif.


Terdapat juga perbincangan tentang persamaan dan perbezaan pembelajaran
kolaboratif (collaborative learning) dan pembelajaran kooperatif (cooperative
learning). Kajian empirikal tentang pembelajaran kolaboratif juga akan
dibentangkan, diikuti dengan perbincangan dan pentaksiran kemahiran
kolaborasi.

Topik 9 membincangkan Pendidikan Kewarganegaraan Global dan


kepentingannya pada abad ke-21. Seterusnya, topik ini akan menumpukan
kepada peranan negara dalam menghadapi globalisasi. Topik ini juga akan
membincangkan pertikaian antarabangsa selepas Perang Dingin berakhir.
Kesamarataan gender pada abad ke-21 dari aspek politik dan ekonomi yang
berkaitan dengan tema-tema Pendidikan Kewarganegaraan Global dibincangkan
pada akhir topik ini.

Topik 10 dimulakan dengan meneroka alam sekitar, manfaatnya dan


kepentingan memelihara alam sekitar. Dalam topik ini juga, pelajar akan
mempelajari konsep „hijau‰ dan „teknologi hijau‰ yang diperlukan untuk
membuat keputusan berpengetahuan. Di samping itu, pelajar berpeluang
untuk meneroka konsep kelestarian dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari
(Sustainable Development Goals, SDG).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Cabral, L. (2006). Twenty-first century skills for students: Hands-on learning
after school builds school and life success. New Directions for Youth
Development, 2006(110), 155ă161.

de Bono, E. (1994). Teach your child how to think: Help them survive and thrive.
London: Penguin Book.

Dietrich, A. (2015). How creativity happens in the brain (1st ed.). UK: Palgrave
Macmillan.

Eunson, Baden. (2016). Communicating in the 21st century. Qld, Australian:


John Wiley & Sons.

Moore, S. (2010). The ultimate study skills handbook. England: McGraw-Hill


Education. (Boleh didapati EBSCOhost Database, OUM Digital Library).

Rachel, S., & Graham, G. (2013). Teaching adult numeracy: Principles and practice.
Maidenhead, Berkshire: McGraw-Hill Education.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Menjadi
Seorang
1 Pelajar Abad
ke-21
Dr Harvinder Kaur Dharam Singh
harvinder@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar abad ke-21;
2. Menyenaraikan beberapa peranan pelajar abad ke-21;
3. Menghuraikan persekitaran pembelajaran abad ke-21; dan
4. Mengenal pasti ciri-ciri anda sebagai pelajar abad ke-21.

 PENGENALAN
Tahukah bahawa anda kini hidup pada abad ke-21 menurut kalendar
Masihi Gregorian? Abad ke-21 bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir
pada 31 Disember 2100. Apakah yang istimewa tentang abad ke-21? Pada abad
inilah era revolusi digital berlaku dengan pantas. Internet dapat digunakan
dengan serta merta dan capaiannya berkembang dengan meluas sekali.
Kebanyakan masyarakat di negara maju mempunyai kemudahan capaian
Internet. Sejumlah besar penduduk dunia memiliki telefon bimbit. Dengan
lonjakan penggunaan telefon pintar yang semakin mampu dimiliki, terdapat
aliran perkembangan rangkaian media sosial yang pesat. Saya pasti anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21

sekurang-kurangnya pernah menggunakan WhatsApp, Twitter, Facebook,


SnapChat, Instagram, Pinterest dan/atau YouTube, yang merupakan antara
aplikasi media sosial yang terkenal untuk komunikasi digital moden.

Kemajuan teknologi telah memberikan impak pada kehidupan kita. Dunia


semakin menjurus ke arah kehidupan dalam masyarakat global melalui rangkaian
sosial digital. Kini terdapat perubahan yang mendadak dari segi ekonomi dan
teknologi dalam masyarakat kita. Teknologi telah menembusi tempat kerja,
institusi pengajian dan kumpulan sosial kita. Oleh itu, kerajaan, pendidik dan
sebahagian besar majikan telah menyedari keadaan ini dan telah mengenal pasti
beberapa kemahiran utama yang diperlukan oleh pelajar untuk memenuhi
keperluan di tempat kerja dan masyarakat yang kian berubah.

Adalah penting untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran yang tepat untuk
membantu kita memenuhi keperluan abad ke-21 ini. Di dalam subtopik-subtopik
berikut, kita akan membincang kemahiran-kemahiran yang dikehendaki pada
abad ke-21, peranan pelajar abad ke-21, persekitaran pembelajaran mereka dan
ciri-ciri yang menjadikan anda sebagai seorang pelajar abad ke-21.

1.1 KEMAHIRAN ABAD KE-21


Di dalam subtopik pengenalan sebelum ini, kita telah membincang secara ringkas
bagaimana teknologi mempengaruhi kehidupan kita. Dengan adanya perubahan
pada pasaran kerja, keadaan ini mendorong kita untuk menjadi lebih fleksibel
dan membolehkan kita menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dalam bidang
pekerjaan. Dengan demikian, institusi pendidikan turut berinovasi dengan pantas
dan mereka bentuk ruang pembelajaran berserta kandungan yang bersesuaian
dengan era digital ini. Tenaga pengajar juga telah mengubah kaedah pengajaran
dengan adanya sokongan teknologi pendidikan.

Suatu ketika dahulu, guru-guru menyampaikan ilmu dan pelajar menerimanya


sebagai sebahagian daripada pengetahuan mereka. Kini, tanggapan sedemikian
tidaklah sesuai bagi pelajar era digital. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh
para pelajar kini? Pelajar perlu mengambil tindakan secara aktif dalam mencipta
ilmu dan pengalaman pembelajaran diri mereka. Teknologi mempengaruhi cara
pembelajaran, dapatan maklumat, pemikiran dan hubungan sesama sendiri
(interconnect). Sebagai pelajar, anda dikehendaki mempunyai kecekapan dalam
mendapatkan, menyepadukan dan menggunakan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah dan juga berupaya menggunakan pengetahuan yang
baharu dalam konteks yang berbeza. Secara ringkasnya, anda perlu mempunyai
kemahiran pembelajaran abad ke-21.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21  3

Apakah kemahiran-kemahiran pembelajaran abad ke-21? Kemahiran abad ke-21


merangkumi kemahiran, keupayaan dan kualiti untuk berjaya dalam masyarakat
dan juga alam pekerjaan pada abad ke-21. Kebanyakan daripada kemahiran ini
berkait rapat dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang berdasarkan penaakulan
analitik, penyelesaian masalah yang rumit dan kerja berkumpulan. Kemahiran ini
adalah berguna untuk anda menguasai ilmu isi kandungan akademik.

Terdapat beberapa kerangka kerja yang membincangkan kemahiran abad


ke-21, namun untuk tujuan topik ini, kita akan menumpukan kepada empat
kategori kemahiran yang dominan pada abad ke-21; sebahagiannya diadaptasi
daripada Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21 (http://www.p21.org/our-
work/p21-framework). Kategori kemahiran tersebut adalah kemahiran
pembelajaran dan inovasi, celik digital, kemahiran kerjaya dan kehidupan dan
kemahiran metakognitif seperti yang ditunjukan di dalam Rajah 1.1. Kemahiran
metakognitif tidak terdapat pada kerangka kerja tersebut, namun disertakan
dalam perbincangan ini kerana ia adalah penting bagi pelajar untuk berfikir
dengan memberi perhatian kepada proses pemikiran mereka sendiri.
Tambahan pula, kemahiran ini boleh didapati melalui latihan pemikiran reflektif
dan amalan strategi pembelajaran kendiri (self-directed learning strategies).
Terdapat pelbagai kemahiran dalam setiap daripada kategori ini seperti yang
disenaraikan di Jadual 1.1.

Rajah 1.1: Kategori kemahiran yang dominan dalam pembelajaran abad ke-21

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21

Jadual 1.1: Kemahiran Abad ke-21

Kategori
Jenis Kemahiran
Kemahiran

Kemahiran  Kemahiran berfikir secara kritis ă kebolehan untuk


Pembelajaran menganalisis dan menyelesaikan masalah.
dan Inovasi
 Kemahiran kreatif ă kebolehan untuk menginovasi
penyelesaian.
4
 Kemahiran berkolaborasi ă kebolehan bekerja dalam
kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama.

 Kemahiran berkomunikasi ă kebolehan untuk memahami


melalui pembacaan dan menyatakan idea secara logik
melalui penulisan dan lisan.

Celik Digital  Celik teknologi

 Celik maklumat
3
 Celik media

Kemahiran  Kemahiran numerasi ă kebolehan menaakul nombor dan


Kerjaya dan memahami asas matematik atau lain-lain konsep matematik
Kehidupan dan menerapkan konsep tersebut dalam pelbagai konteks
untuk menyelesaikan masalah.

 Kesedaran global ă pemahaman konseptual berdasarkan


pengaplikasian ilmu global dan pandangan budaya tetapi
tidak terhad kepada, alam sekitar, sosial, budaya, politik dan
7 hubungan ekonomi.

 Celik kewangan ă memiliki set kemahiran dan ilmu yang


membolehkan seseorang individu membuat keputusan yang
berkesan berpandukan kepada maklumat dengan
menggunakan sumber kewangan yang dimiliki.

 Celik kesihatan ă kebolehan memperoleh, memahami dan


menggunakan maklumat penjagaan kesihatan supaya dapat
membuat keputusan kesihatan yang sewajarnya dan
mengikut arahan rawatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21  5

 Celik alam sekitar ă pemahaman mengenai alam sekitar dan


keadaan yang menjejaskannya agar keputusan yang
bertanggungjawab dapat diambil dengan mengambil kira
hubungan manusia dengan sistem alam semula jadi,
khususnya berkaitan dengan udara, iklim, tanah, makanan,
tenaga, air dan ekosistem.

 Kemahiran sosial ă kebolehan untuk berinteraksi dan


berkomunikasi untuk menyampaikan mesej secara lisan dan
bukan lisan, melalui isyarat, bahasa badan dan penampilan
peribadi.

 Celik visual ă kebolehan mentafsir, berunding dan membuat


makna daripada maklumat yang dibentangkan dalam
bentuk imej, dan pentafsiran dari penulisan teks.

Kemahiran  Kemahiran pemikiran reflektif ă kebolehan untuk


Metakognitif mengetahui perkara yang telah dipelajari dan perkara yang
perlu dipelajari.

2  Kemahiran pembelajaran kendiri (self-directed learning


skills) ă kebolehan mengetahui strategi yang diperlukan
untuk mendapatkan ilmu.

Carian pantas di Internet terhadap kemahiran abad ke-21 mendapati bahawa


penekanan diberi kepada empat kecekapan teras, dikenali sebagai 4K bagi
abad ke-21 iaitu, pemikiran kritis, kreativiti, kolaborasi dan komunikasi.
Secara mudahnya kemahiran ini dapat difahami dengan berikut:

(a) Pemikiran kritis: anda mampu menyelesaikan masalah.

(b) Kreativiti: anda mampu berinovasi dengan bijak atau berfikir di luar kotak.

(c) Kolaborasi: anda mampu bekerjasama dan berinteraksi untuk mencapai


matlamat yang sama.

(d) Komunikasi: anda dapat menyampaikan idea dengan cara yang terbaik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21

Pada dasarnya, kemahiran-kemahiran ini bertujuan untuk membantu anda


mengatasi kepesatan perkembangan abad ke-21. Setiap kemahiran ini adalah cara
yang unik dalam membantu anda; namun, kesemua kemahiran tersebut amat
penting dalam zaman Internet ini. Anda akan menggunakan kebanyakan
daripada kemahiran ini semasa melakukan aktiviti pembelajaran untuk kursus
akademik anda. Namun secara realitinya, tidak ada sebarang kemahiran yang
dapat diaplikasikan secara bersendirian. Anda akan mendapati bahawa anda
perlu mengaplikasikan satu gabungan besar (conglomeration) daripada pelbagai
set kemahiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan pula, sebahagian
daripada set kemahiran ini juga akan membantu anda untuk mengembangkan
kemahiran yang lain. Kita akan membincangkan dengan lebih lanjut bagaimana
anda boleh mengembangkan dan mengaplikasikan kesemua kemahiran ini
dalam topik-topik seterusnya. Walaupun begitu, pengetahuan tentang
kemahiran-kemahiran ini tidaklah bermakna, sekiranya ia tidak diaplikasikan
semasa pembelajaran anda.

AKTIVITI 1.1

Terangkan bagaimana setiap kemahiran abad ke-21 akan memberi


manfaat kepada anda di dalam kelas pada masa kini.

1.2 PERANAN PELAJAR ABAD KE-21 (9)

Adalah jelas bahawa disebabkan oleh tuntutan teknologi dan perubahan sosial,
pembelajaran di dalam kelas abad ke-21 perlu berbeza daripada abad ke-20.
Tenaga pengajar atau guru merupakan pembimbing pembelajaran anda tetapi
bukan satu-satunya sumber untuk mendapatkan ilmu. Ini bermakna anda
mempunyai peranan yang berbeza pada abad ini dari segi pembelajaran. Anda
perlu mengembangkan kemahiran yang mungkin anda perlukan pada masa kini
dan akan datang. Tambahan pula, kemahiran yang tepat akan membantu anda
memainkan peranan sebagai pelajar abad ke-21 dengan berkesan. Mari kita lihat
berapa banyak antara peranan-peranan berikut yang menepati diri anda:

(a) Ingin Tahu


Adakah anda mempunyai sikap ingin tahu? Adakalanya anda perlu mencari
perkara menjangkaui bidang kepakaran anda. Dengan adanya maklumat
yang luas tersedia di Internet, maka, tidak ada alasan lagi untuk anda malas
mencari ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21  7

(b) Mengejar Ilmu


Adakah anda berusaha dengan tekun untuk memahami sesuatu perkara?
Terdapat beberapa perkara yang mudah difahami; namun, sering kali anda
perlu berusaha dan memperuntukkan lebih masa untuk mencari maklumat,
membaca, menganalisis dan menilai maklumat yang anda peroleh. Dalam
proses ini, anda akan berbincang dengan orang lain dan berfikir tentang
perkara tersebut. Anda perlu melakukannya secara berterusan dan tidak
mudah berputus asa.

(c) Mencipta Ilmu


Adakah anda mencipta ilmu anda sendiri? Anda akan menggunakan
pengetahuan sedia ada untuk mengatur dan membina, seterusnya
menghasilkan penambahan pengetahuan yang baharu. Dalam proses ini,
anda akan menghasilkan struktur ilmu yang lebih baik untuk berhubung
secara bermakna daripada apa yang anda telah ketahui.

(d) Bertanya Soalan


Adakah anda kerap bertanya soalan? Anda tidak seharusnya berpuas hati
dengan yang apa anda sudah tahu. Sebaliknya, anda perlu mencari jawapan
kepada persoalan anda. Ini akan membantu memantau kefahaman anda.

(e) Berkongsi Maklumat


Adakah anda berkongsi apa yang telah dipelajari? Anda harus rela berkongsi
pengetahuan dengan orang lain dengan menulis ataupun berbual
tentangnya. Ilmu yang tidak disampaikan akan hilang. Anda dikehendaki
menerangkan, menterjemahkan, memparafrasakan dan memberikan contoh
mengenai apa yang anda tahu kepada pelajar lain dengan cara yang mudah
difahami.

(f) Berdikari
Adakah anda belajar secara autonomi? Anda bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap keputusan yang diambil berkenaan dengan proses pembelajaran
anda. Sebagai pelajar yang berdikari, anda harus peka kepada mana-mana
strategi pembelajaran yang berkesan serta tahu bagaimana untuk
mendapatkan sumber dan bantuan dalam pembelajaran anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21

(g) Maju ke Hadapan dalam Pengurusan Diri


Adakah anda berasa tertekan ketika menyelesaikan sesuatu tugasan?
Ada masanya anda akan berasa sedih, tertekan dan ditimbuni dengan
pelbagai kerja. Kemampuan anda dalam membuat keputusan tentang
bagaimana untuk menguruskan aktiviti anda dan diri sendiri adalah
penting. Anda perlu menetapkan matlamat, membuat perancangan untuk
mencapai matlamat tersebut, menguruskan masa dengan bijak,
menguruskan tekanan dengan berkesan, memotivasikan diri sendiri dan
menyusun strategi pembelajaran yang berguna.

(h) Bersemangat untuk Belajar


Adakah anda takut dengan kegagalan? Tidak ada sesiapa yang ingin gagal
dalam peperiksaannya tetapi pembelajaran bukan tentang pencapaian
akademik semata-mata. Proses pembelajaran kadang kala membosankan
dan tidak menyeronokkan terutamanya apabila melakukan tugasan
pembelajaran yang berulang. Walau bagaimanapun, minat untuk belajar
akan mendorong anda untuk terus mencari dan mengumpulkan maklumat
dan menghasilkan pemahaman. Apabila anda akhirnya memahami isi
kandungan maklumat tersebut, itulah saat yang paling menyeronokkan.
Tidak dinafikan, anda akan sering menemui kegagalan semasa proses
pembelajaran ini tetapi, akhirnya ia pasti akan memberi manfaat kepada
anda.

(i) Keprihatinan terhadap Umat Manusia


Adakah anda peka tentang isu-isu politik, ekonomi dan alam sekitar yang
berlaku di dunia ini? Walaupun ilmu dalam hal ehwal global adalah penting,
namun adalah lebih penting untuk berkeprihatinan dan berkelakuan dengan
bertanggungjawab di dalam dunia. Sebagai penghuni dunia ini, kita harus
mempunyai rasa tanggungjawab sivik dan bimbang tentang suasana
di sekeliling kita. Jangan mengambil sikap tidak peduli. Kita harus peka
kepada perubahan iklim yang disebabkan oleh perbuatan manusia dan
kesannya pada udara, air, tanah, tumbuhan, haiwan dan sebagainya.
Kita harus cuba mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi dalam
gaya hidup kita. Ini dapat dicapai dengan mengubah cara pengangkutan,
penggunaan tenaga dan pemakanan kita. Selain daripada itu, kita perlulah
menerima budaya kepelbagaian dengan tangan terbuka dan memperakui
hak asasi orang lain demi kemanusiaan. Sudah semestinya kita perlu
berusaha untuk memainkan peranan yang aktif ke arah dunia yang aman
dan mampan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21  9

Meskipun begitu, peranan-peranan ini pastinya tidak terhad dalam


melengkapkan diri anda untuk memperoleh manfaat pendidikan pada abad
ke-21. Berkemungkinan besar anda akan terlibat dengan lebih daripada satu
peranan semasa pembelajaran berlangsung. Bolehkah anda mengenal pasti
peranan-peranan itu?

AKTIVITI 1.2

Apakah peranan yang perlu diamalkan oleh pelajar abad ke-21?


Bolehkah anda fikirkan peranan lain selain daripada yang disenaraikan
di atas?

1.3 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN


ABAD KE-21
Persekitaran pembelajaran pada masa lalu seperti hanya mendengar kuliah
tidak lagi berkesan untuk memenuhi keperluan peranan yang disenaraikan
sebelum ini. Kita perlukan persekitaran pembelajaran abad ke-21 yang akan
membantu golongan pelajar pada hari ini untuk belajar dan memajukan diri
mereka. Apakah persekitaran pembelajaran abad ke-21? Istilah persekitaran
pembelajaran menunjukkan tempat dan ruang seperti sekolah, kelas,
pembelajaran maya (virtual), sistem pengurusan pembelajaran dalam talian dan
sebagainya. Persekitaran pembelajaran akan memberi inspirasi kepada kita untuk
memperoleh ilmu dan kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21.

Secara tradisinya, kita dikehendaki untuk menghafal isi kandungan mata


pelajaran untuk mendapat markah peperiksaan yang baik. Namun, kajian terkini
mendapati kaedah ini tidak berhasil untuk membina kreativiti dalam kalangan
pelajar, tidak menggalakkan pemikiran kritis mahupun penglibatan dalam
interaksi. Dengan kata lain, ia tidak lagi berkesan pada masa kini. Apa yang
diperlukan kini adalah pelajar mendapat pengalaman persekitaran sebenar yang
bakal mereka hadapi sebagai pekerja zaman moden. Mereka perlu membina
kemahiran dalam penyelesaian masalah, berfikir, kreativiti dan berinovasi,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21

berkomunikasi secara berkesan dan berkolaborasi; dalam masa yang sama


celik digital dan mempunyai kemahiran lain yang diperlukan sebagai tenaga kerja
pada abad ke-21.

Masyarakat kita terdiri daripada berbilang kepercayaan dan budaya. Globalisasi


telah membuka minda kita ke persada dunia dan membenarkan kita berhubung
dengan cara-cara baharu. Kita melihat dunia dan mencipta kepercayaan melalui
pengalaman hidup kita. Pembelajaran adalah tentang penemuan perkara baharu,
bukan sekadar menghafal fakta.

Oleh sebab itu, persekitaran pembelajaran hendaklah menyediakan platform yang


tertumpu kepada pelajar. Adalah penting mewujudkan persekitaran yang
memberi keterujaan kepada pelajar untuk meneroka, memahami, bereksperimen,
membina dan menyatakan pengetahuan dan kepercayaan mereka.

Oleh yang demikian, tenaga pengajar akan membantu pembelajaran anda dengan
menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Kebiasaannya, Internet
dan alat teknologi pendidikan akan digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Persekitaran pembelajaran abad ke-21 dalam kursus-kursus anda
yang akan datang akan:

(a) Membantu anda mencipta amalan pembelajaran bagi mencapai hasil


pembelajaran melalui kemahiran abad ke-21.

(b) Membimbing aplikasi kemahiran abad ke-21 di dalam kelas atau


pembelajaran dalam talian.

(c) Menyepadukan alat teknologi dan media yang kaya dengan sumber untuk
menyampaikan pengajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian.

(d) Menyokong komuniti pembelajaran yang membolehkan anda untuk


bekerjasama dengan rakan sepengajian dan guru.

(e) Membolehkan anda untuk belajar dalam konteks dunia sebenar melalui
projek dan kajian kes.

(f) Mengukur pencapaian dan bukannya jumlah masa yang diluangkan untuk
pembelajaran sesuatu topik.

(g) Menyediakan cara yang fleksibel untuk memperoleh ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21  11

Pada dasarnya, kemudahan, prasarana, kepelbagaian sumber dan alat teknologi


perlu disediakan untuk menyokong persekitaran pembelajaran yang dikehendaki.
Sebagai contoh, sambungan Internet yang baik perlu ada di dalam kelas dan
kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar mempunyai perisian dan perkakasan
serta sumber yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

AKTIVITI 1.3

Adakah anda mempunyai pengalaman tentang persekitaran


pembelajaran abad ke-21? Bincangkan bagaimana ia bermanfaat kepada
anda.

1.4 CIRI-CIRI PELAJAR ABAD KE-21


Bagaimanakah anda belajar? Bagaimanakah anda berfikir secara mendalam
mengenai pembelajaran anda? Adakah anda boleh belajar dalam jangka masa
yang lama dan secara berterusan? Ini adalah antara persoalan yang akan
membuatkan anda terfikir tentang kualiti atau ciri-ciri yang diperlukan untuk
menjadi pelajar yang efektif.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapakah penting untuk mengetahui jenis


tindakan yang akan anda ambil ketika belajar. Seperti yang telah diterangkan
secara ringkas di awal topik ini, kursus ini akan mewujudkan kesedaran tentang
jenis kemahiran yang penting untuk anda mencapai kejayaan akademik dan
kejayaan sepanjang hayat anda pada abad ke-21. Jadual 1.2 menyenaraikan
sebahagian daripada ciri-ciri utama pelajar abad ke-21. Untuk pembelajaran
berlaku, anda perlu memikul tanggungjawab dan mengambil kepemilikan
terhadap pembelajaran anda sendiri sambil memanfaatkan keupayaan anda dari
segi akademik, sosial dan emosi.

Adakah anda menganggap diri anda sebagai pelajar abad ke-21? Mari kita ketahui
dengan menandakan beberapa ciri-ciri utama pelajar abad ke-21 seperti yang
disenaraikan di dalam Jadual 1.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21

Jadual 1.2: 21 Ciri-ciri Pelajar Abad ke-21

Tandakan
No. Tindakan Saya ketika Belajar...
Jika Benar

1 Saya menganalisis fakta untuk membuat keputusan. /


2 Saya seorang yang imaginatif semasa mencari jawapan. /
Saya boleh menyampaikan maklumat dengan jelas dari
3 /
seorang individu kepada individu yang lain.

4 Saya bekerjasama dalam kumpulan projek.

5 Saya bijak menggunakan teknologi. /


6 Saya tahu di mana untuk mencari maklumat. /
Saya boleh menggunakan aplikasi media sosial dengan
7 /
mudah.

8 Saya menghormati budaya orang lain. /


9 Saya menghargai pemeliharaan alam sekitar. /
10 Saya pastikan saya menjaga kesejahteraan diri. /
11 Saya memantau perbelanjaan kewangan saya. /
12 Saya tidak takut untuk menyelesaikan tugasan yang sukar.

Saya menganggap cabaran sebagai cara mengekalkan minat


13
saya.

Saya memastikan bahawa tugasan diselesaikan walaupun


14 /
berhadapan dengan cabaran.

Saya menghasilkan idea saya sendiri berdasarkan idea baharu


15
dari beberapa sumber lain.
/

16 Saya menghasilkan dan berkongsi maklumat secara digital. /


17 Saya suka bertanya untuk memastikan kefahaman saya.

Saya akan menggunakan sumber-sumber yang tersedia untuk


18
menyempurnakan pembelajaran saya dengan sendiri.
/

Saya boleh mengatasi tekanan dengan menggunakan strategi


19
yang berkesan.

Saya memikirkan apa yang benar-benar perlu dipelajari


20 /
sebelum memulakan tugas.

21 Saya sedar akan strategi yang saya gunakan ketika belajar. /


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
16/21
TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21  13

Tentunya ciri-ciri abad ke-21 (rujuk Jadual 1.2) ini tidak hanya terhad kepada
21 ciri sahaja, namun sedikit sebanyak akan memberi kesedaran tentang sikap
anda ketika belajar. Sekiranya anda ingin menyediakan diri untuk mencapai
kejayaan dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan, mempelajari kemahiran
abad ke-21 adalah penting.

Ambil tahu tentang kekuatan dan kelemahan sendiri, dan bertindaklah


sewajarnya dalam memaksimumkan pembelajaran anda. Dalam topik yang akan
datang, kita akan mempelajari lebih lanjut mengenai bagaimana untuk
menajamkan kemahiran anda sebagai pelajar abad ke-21. Walau bagaimanapun,
ambil perhatian bahawa anda sebenarnya akan mengamalkan kemahiran ini
apabila ia dimasukkan ke dalam kandungan kursus dengan cara yang bermakna.
Oleh itu, ia akan membolehkan anda membina perkembangan kemahiran anda.
Pembangunan kemahiran berlaku sepanjang masa kerana ia adalah proses yang
berterusan. Tutor anda dan arahan kursus akan menunjukkan secara jelas
kemahiran mana yang sedang ditangani. Matlamat utama dalam perjalanan
pembelajaran anda adalah dengan memperkasakan diri anda untuk menjadi
pelajar abad ke-21.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Jelaskan pelbagai jenis kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar


abad ke-21.

2. Apakah peranan pelajar abad ke-21?

3. Huraikan persekitaran pembelajaran abad ke-21 dengan


menghubungkannya dengan aktiviti pembelajaran anda.

4. Apakah ciri-ciri yang anda perlu ada sebagai pelajar abad ke-21?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21

 Terdapat empat kategori kemahiran yang dominan pada abad ke-21, iaitu:

 Kemahiran Pembelajaran dan Kemahiran Inovasi;

 Celik Digital;

 Kemahiran Kerjaya dan Kehidupan; dan

 Kemahiran Metakognitif.

Ć Sebagai pelajar abad ke-21 anda perlu memahami dan memainkan peranan
bagi memperoleh manfaat pendidikan. Walau bagaimanapun, peranan
tersebut hanya dapat dimainkan dengan berkesan apabila anda
mengaplikasikan kemahiran abad ke-21.

Ć Persekitaran pembelajaran abad ke-21 penting untuk persediaan pelajar


seiring dengan perkembangan kemahiran pembelajaran abad ke-21.
Seterusnya, menyediakan tenaga kerja untuk abad ke-21.

Ć Untuk menjadi pelajar abad ke-21 yang berkesan, anda perlukan kebolehan
untuk mengenal pasti dan menyemai ciri-ciri pelajar abad ke-21 dalam diri
sendiri.

Kolaborasi Pembelajaran abad ke-21


Komunikasi Pemikiran kritis
Kreativiti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENJADI SEORANG PELAJAR ABAD KE-21  15

Cabral, L. (2006). Twenty-first century skills for students: Hands-on learning


after school builds school and life success. New Directions for Youth
Development, 2006(110), 155ă161.

Framework for 21st Century (n.d). Dicapai dari http://www.p21.org/our-


work/p21-framework

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
Belajar
2 Dr Harvinder Kaur Dharam Singh
harvinder@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengaplikasikan kemahiran penulisan esei; dan
2. Mengaplikasikan panduan dan strategi pembelajaran untuk
menduduki peperiksaan.

 PENGENALAN
Salah satu komponen penting dalam perjalanan pembelajaran anda di
Open University Malaysia pastinya adalah penilaian. Adakah anda tahu
mengapa pembelajaran anda perlu dinilai? Penilaian adalah perlu kerana ia
akan membantu anda belajar. Apabila anda tahu pencapaian akademik anda
dalam kursus tertentu, maka anda akan dapat menentukan sama ada anda
memahami bahan kursus tersebut ataupun tidak. Ringkasnya, penilaian adalah
pengukuran yang memeriksa sejauh mana anda telah capai atau menguasai
hasil pembelajaran yang dihendaki. Ia juga boleh memotivasikan anda untuk
belajar.

Di universiti, pensyarah anda akan menilai anda melalui kerja kursus dan
peperiksaan. Kerja kursus boleh berupa dalam bentuk tugasan menulis esei,
kuiz, portfolio dan sebagainya. Sementara, peperiksaan boleh berbentuk soalan
aneka pilihan atau soalan jenis esei. Sering kali perasaan cemas akan dirasai
apabila anda perlu menghantar tugasan, mengambil kuiz atau menduduki
peperiksaan; ini sesuatu yang biasa berlaku ataupun memang dijangka. Menulis
esei yang baik boleh menjadi tugasan yang mencabar untuk ramai pelajar.
Mereka sering mengalami kesukaran dalam menyiapkan esei yang baik. Pelajar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  17

tidak pasti apa yang patut dituliskan dan tidak menyedari kepentingan membuat
rujukan dalam esei. Satu lagi masalah yang sering dihadapi pelajar adalah apabila
sesetengah pelajar berfikir mereka telah belajar dengan baik tetapi hasil
pencapaian mereka tidak menunjukkan sedemikian. Apakah sebabnya perkara ini
terjadi?

Oleh yang demikian, topik ini bertujuan untuk memberikan beberapa tip dan
strategi pembelajaran yang akan membantu anda melakukan yang lebih baik
dalam menulis esei dan menjawab soalan peperiksaan. Anda akan dibimbing
bagaimana untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif,
komunikasi dan kolaboratif dalam menyempurnakan tugasan dan persediaan
menduduki peperiksaan. Di dalam subtopik yang berikut, kita akan
membincangkan strategi penulisan esei dan persediaan untuk menduduki
peperiksaan.

2.1 KEMAHIRAN PENULISAN ESEI


Penulisan adalah kemahiran penting yang diperlukan dalam banyak situasi
sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, tulisan akademik agak berbeza daripada
penulisan peribadi kerana ia mematuhi peraturan dan amalan berikut:
(5)
(a) Idea dianjurkan dalam susunan atau struktur formal.

(b) Tulisan membincangkan beberapa teori dan sebab mengenai sesuatu topik
perbincangan.

(c) Fakta disokong oleh rujukan dari literatur akademik.

(d) Nada penulisan menggunakan bahasa ringkas, formal dan berobjektif.

(e) Bahasa mematuhi konvensyen tradisional tanda baca, tatabahasa dan ejaan.

Sebahagian besar tugasan daripada kursus-kursus yang anda ambil memerlukan


anda untuk menulis esei. Kebanyakan pelajar berasa amat takut apabila
dikehendaki untuk menulis esei. Adakah anda merasakan perkara yang sama?
Mari kita ubah set minda tersebut melalui panduan dan kemahiran penulisan esei.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

2.1.1 Langkah-langkah Penulisan Esei Langkah2 (7)


Penulisan Esei:
Mempelajari cara menulis esei merupakan kemahiran yang amat berguna 1) Memilih topik
pada abad ke-21. Anda akan menggunakan kemahiran ini sepanjang hidup anda 2) Menganalisis
dalam pelbagai situasi. Ramai pelajar menghadapi kesukaran apabila mereka topik
diminta menulis esei di peringkat universiti. Langkah-langkah mudah ini akan 3) Menyediakan
membimbing anda dengan teratur supaya anda dapat menulis esei secara tertib. kerangka esei
4) Mencari
maklumat
Selesa dan tahu mengenainya Langkah 1: Memilih Topik
5) Membaca dan
Pilih topik yang anda selesa dan tahu mengenainya. Namun, langkah ini tidak menulis nota
daripada
diperlukan sekiranya tenaga pengajar yang memberikan topik kepada anda.
maklumat yang
diperoleh
6) Menulis esei
Apakah isu utama dan isu yg 7) Menyemak
boleh menyokokng topik Langkah 2: Menganalisis Topik dan menyunting
tersebut
Tanya diri anda, apakah isu utama dan isu yang boleh menyokong topik
tersebut. Fahamkan setiap istilah dengan merujuk kepada kamus atau Internet.
Ketahui apakah yang anda perlu lakukan untuk topik tersebut. Adakah ia
memerlukan anda untuk menerangkan, menghuraikan, membincangkan,
menganalisis dan sebagainya?

- Ada pengenalan, kandungan


utama, kesimpulan dan rujukan.
- Tulis secara ringkas isi penting untuk Langkah 3: Menyediakan Kerangka Esei
setiap tajuk di kerangka esei
Asas kerangka esei anda hendaklah mengandungi Pengenalan, Kandungan
Utama, Kesimpulan dan Rujukan. Tulis secara ringkas isi penting pada setiap
tajuk di kerangka esei tersebut. Ini akan menjadi panduan anda tentang apa
yang harus ditulis di setiap bahagian esei. Kerangka ini akan mengandungi
kesemua maklumat yang anda perlukan untuk menulis esei.

- Gunakan kamus digital atau internet


- Nilai dan pilih maklumat yg releven dgn isu
utama & isu sokongan. Langkah 4: Mencari Maklumat
Gunakan kamus digital atau Internet untuk mencari maklumat berkaitan
dengan topik esei anda. Nilai dan pilih maklumat yang relevan dengan isu
utama dan isu sokongan. Pastikan anda mempunyai cukup maklumat yang
merangkumi keseluruhan topik dengan baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  19

Pastikan nota merangkumi seluruh aspek isu utama dan isu sokongan

Langkah 5: Membaca dan Menulis Nota daripada Maklumat yang Diperoleh


Baca dan tulis nota maklumat tersebut. Pastikan nota merangkumi seluruh
aspek isu utama dan isu sokongan.

- Gunakan bahasa yg mudah dan jelas


- Ada hujah setiap isi yg diutarakan dan beri bukti yg
boleh dipercayai
- Struktur/ format esei perlu ada tajuk dan subtajuk
Langkah 6: Menulis Esei
Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Esei yang baik seharusnya
mempunyai pendirian mengenai isu-isu yang berkaitan dengan topik,
mempunyai hujahan bagi setiap isi yang diutarakan dan memberikan bukti
yang boleh dipercayai (reliable) untuk menyokong hujahan anda. Penerangan
hujahan anda juga hendaklah logik. Struktur atau format esei perlu
mengandungi tajuk dan sub tajuk bagi menunjukkan hubungan dan perkaitan
antara isu. Idea dan hujahan anda perlu mempunyai kesinambungan dari
satu perenggan ke perenggan berikutnya. Sediakan rujukan dalam teks
apabila anda menyertakan idea pengarang lain.

Langkah 7: Menyemak dan Menyunting


Setelah selesai menulis esei, anda perlu menyemak dan membuat
penambahbaikan yang sewajarnya. Anda perlu memeriksa persoalan-
persoalan berikut: Adakah kesemua isu utama dan isu sokongan telah
ditangani? Adakah isi esei relevan dan mencukupi? Sudahkah terdapat
sokongan bukti yang cukup untuk meneguhkan pandangan anda? Adakah
kesinambungan antara perenggan? Adakah petikan ayat dan parafrasa
telah dilakukan dengan sewajarnya untuk menyampaikan idea? Adakah
rujukan dalam teks disebut dengan betul? Adakah kesemua rujukan yang
disebut di dalam esei telah direkodkan dengan betul di dalam senarai rujukan?
Adakah kesemua ilustrasi telah dilabel dengan betul? Adakah bahasa yang
digunakan jelas? Terdapatkah kesalahan ejaan dan tatabahasa di dalam esei?
Adakah esei tersebut munasabah?

1) Isu utama & isu sokongan


telah ditangani?
2) Isi esei relevan & mencukupi?
3) Sokongan bukti cukup?
4) Kesinambungan antara perenggan?
5) Petikan ayat dan parafrasa telah dilakukan sewajarnya utk menyampaikan idea?
6) Semua rujukan dlm teks disebutkan dgn betul?
7) Semua rujukan telah direkodkan dlm senarai rujukan?
8) Semua ilustrasi telah dilabel dgn betul?
9) Bahasa yg digunakan jelas? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
10) Ada kesalah ejaan dan tatabahasa dlm esei?
11) Esei munasabah?
20  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

Cara merancang penulisan esei

https://www.youtube.com/watch?v=FgsHJdFoXvY
&feature=youtu.be

AKTIVITI 2.1

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil semasa menulis esei?

2.1.2 Struktur Esei


Sesebuah esei perlu mengandungi empat bahagian iaitu:

(a) Pengenalan;

(b) Kandungan Utama;

(c) Kesimpulan; dan

(d) Rujukan.

Setiap bahagian adalah penting dan kesemua bahagian ini perlu ditulis dalam
bentuk esei. Kita akan lihat dengan lebih lanjut apakah yang perlu ditulis pada
setiap bahagian tersebut.

(a) Pengenalan
Esei anda hendaklah dimulakan dengan Pengenalan. Di dalam perenggan
Pengenalan, anda perlu memberikan gambaran keseluruhan atau latar
belakang topik esei secara ringkas. Kemudian, nyatakan tujuan dan ruang
lingkup/skop esei berkenaan. Tujuan esei akan memberitahu kepada
pembaca tentang objektif esei anda. Seterusnya, pembaca akan mendapat
gambaran secara ringkas mengenai Kandungan Utama esei melalui ruang
lingkup/skop yang anda dinyatakan. Contoh Pengenalan boleh dilihat
di dalam Rajah 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  21

Rajah 2.1: Contoh pengenalan

Cara menulis „Pengenalan‰ untuk esei

https://www.youtube.com/watch?v=kgV_zjnWpBU
&feature=youtu.be

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

(b) Kandungan Utama


Kandungan Utama atau isi perenggan perlu mengandungi idea, pandangan
dan hujahan anda serta fakta yang diterangkan secara teratur dan logik.
Setiap idea, isi penting, isu atau hujah perlu disampaikan dengan lancar dari
satu isu ke isu berikutnya. Setiap perenggan hendaklah mengandungi satu
isi penting atau idea utama yang disokong dengan maklumat dan diberikan
subtajuk.

Perenggan-perenggan juga perlulah saling berkait secara keseluruhannya


di dalam Kandungan Utama. Pastikan satu isu diutarakan di dalam
satu perenggan, disambung dengan teliti dan teratur ke perenggan
seterusnya sebelum mengutarakan isu yang baharu. Gunakan sistem
nombor pada setiap isu. Kaedah ini akan menunjukkan hubungan dan
perkaitan antara satu isu dengan isu berikutnya dengan cara yang
lebih tertib. Contoh Kandungan Utama boleh diperhatikan di dalam
Rajah 2.2.

Proses penulisan esei melibatkan pelbagai kemahiran abad ke-21 yang


bakal anda pelajari di dalam topik-topik berikutnya. Anda akan dikehendaki
untuk berfikir secara kritis tentang sesuatu isu yang ingin anda tangani
di dalam esei. Pada kebiasaannya, anda perlu mencari maklumat dan
mengkaji semula kandungannya dengan kritis. Anda juga perlu kreatif
dalam mempersembahkan esei anda, misalnya melalui gaya penulisan
yang menarik dan bantuan grafik. Kaedah penyampaian mesej pula akan
melibatkan kemahiran berkomunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  23

Rajah 2.2: Contoh kandungan utama

Cara menulis „Isi Perenggan‰ esei

https://youtu.be/IYYGVoiiq_U

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

(c) Kesimpulan
Kesimpulan perlu mengandungi rumusan bagi esei anda. Jangan masukkan
idea yang baharu di dalam Kesimpulan. Kesimpulan yang baik akan
membuatkan pembaca berpuas hati dengan penyelesaian atau penutup
kepada topik di dalam esei tersebut. Kesimpulan mesti menunjukkan
perkembangan perjalanan topik yang bermula dari pengenalan sehingga
ke kandungan utama esei. Contoh kesimpulan terdapat di dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Contoh kesimpulan

Cara menulis „Kesimpulan‰ esei

https://youtu.be/NBiiRrgZJfk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  25

(d) Rujukan

(i) Tujuan utama membuat rujukan adalah untuk:

 Membolehkan pembaca mendapatkan rujukan esei anda dan


mencari sumbernya;

 Memperlihatkan kepada pembaca bahawa anda telah membaca


pelbagai pendapat daripada ramai pengarang lain;

 Membolehkan pembaca menyemak ketepatan maklumat yang


anda berikan;

 Mengelakkan dituduh memplagiat; dan

 Mengelakkan kehilangan markah. Anda akan kehilangan markah


sekiranya tidak memberitahu sumber rujukan.

(ii) Terdapat dua komponen Rujukan:

 Rujukan dalam teks (Rajah 2.4) ă Anda perlu menyertakan rujukan


dalam teks untuk memberitahu bahawa bahagian yang dipetik
di dalam esei anda telah diambil daripada sumber lain (maklumat
yang diambil daripada pengarang lain).

 Senarai rujukan (Rajah 2.5) ă Anda perlu menyenaraikan


keseluruhan sumber rujukan yang terdapat di dalam teks esei anda.
Senarai Rujukan ditulis di bahagian akhir esei.

Rujukan yang disebut di dalam teks perlu disenaraikan di dalam Senarai


Rujukan begitu juga sebaliknya. Kedua-dua rujukan dalam teks dan senarai
rujukan perlu ditulis mengikut rujukan gaya APA (American Psychological
Association). Selain daripada rujukan gaya APA, terdapat juga gaya
rujukan yang lain seperti MLA (Modern Language Association), Oxford,
Harvard dan Chicago.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

Rajah 2.4: Contoh rujukan gaya APA bagi rujukan dalam teks

Cara menulis Rujukan dalam Teks menurut format APA

https://youtu.be/LbyJdMz-Ato

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  27

Rajah 2.5: Contoh senarai rujukan menurut gaya APA

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Apakah maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam „Pengenalan‰


esei?

2. Tulis pengenalan esei mengikut topik pilihan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR
Elakkan Plagiarisme:
(3) 1)Menggunakan parafrasa
2) Menggunakan petikan ayat
2.1.3 Elakkan Plagiarisme 3) Mengakui pengarang asal

Adakah anda tahu sekiranya idea di dalam esei anda datangnya daripada
pengarang lain dan anda tidak menyebutnya dalam rujukan, bermakna anda
telah melakukan plagiat terhadap idea pengarang tersebut? Plagiarisme atau
perbuatan plagiat bermaksud mempersembahkan perkataan, pemikiran, idea,
hujahan dan fakta orang lain sebagai kepunyaan anda sendiri. Dalam bahasa
mudahnya, plagiarisme adalah mencuri idea orang lain. Ia merupakan kesalahan
yang besar dan boleh dikenakan tindakan yang berat serta penolakan markah.

Pada zaman penggunaan Internet kini, terdapat banyak maklumat yang tersedia
di Internet yang boleh dicapai secara mudah dan bebas. Malangnya, terdapat
sesetengah pelajar yang menyalahgunakannya apabila menceduk hasil kerja
pengarang lain ke dalam esei mereka. Meniru esei pelajar lain juga dikira sebagai
plagiarisme. Kini anda telah pun tahu apa itu plagiarisme persoalan seterusnya
adalah, bagaimanakah anda dapat mengelakkannya? Plagiarisme dapat dielak
dengan:

(a) Menggunakan Parafrasa


Menulis semula idea menggunakan perkataan anda sendiri dan perakuan
diberi kepada pengarang asal idea tersebut.

(b) Menggunakan Petikan Ayat


Menyalin semula ayat asal namun, berada di dalam tanda petikan („...‰) dan
perakuan diberi kepada pengarang asal idea tersebut. Walau bagaimanapun,
petikan ayat hanya boleh digunakan apabila anda perlu membincangkan
dengan lebih lanjut ayat asal tersebut; atau, ia telah pun disusun dengan
membawa makna yang tepat. Menggunakan terlalu banyak petikan ayat
boleh mengganggu aliran penulisan dan menghalang anda daripada
mempersembahkan esei dengan gaya tersendiri.

(c) Mengakui Pengarang Asal


Mengakui idea dan hasil kerja semua pengarang asal dengan menyebut
nama mereka di dalam kedua-dua rujukan dalam teks dan senarai rujukan
menurut rujukan gaya APA di dalam esei anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  29

Cara mengelakkan plagiarisme

https://www.youtube.com/watch?v=UsFcU1PH_8E

2.1.4 Rujukan Gaya APA


Anda mungkin akan memetik maklumat daripada pelbagai sumber yang berbeza
seperti buku, buku elektronik (e-book), artikel jurnal, laman sesawang, surat
khabar dan sebagainya untuk menulis esei anda. Tahukah anda bagaimana
untuk menulis rujukan daripada sumber-sumber berlainan ini? Gaya penulisan
rujukan bagi setiap sumber adalah berbeza. Rujukan juga ditulis dengan berbeza
bagi pengarang tunggal dan pengarang bersama; ia berbeza antara cetakan kertas
dan cetakan digital. Rajah 2.6 menunjukkan rujukan gaya APA bagi pelbagai
sumber berbeza. Sila tonton video tentang rujukan gaya APA bagi rujukan dalam
teks dan senarai rujukan.

Anda juga boleh menggunakan sistem untuk menjana rujukan gaya APA secara
automatik seperti:

(a) Citation Machine;

(b) bibMe; dan

(c) Microsoft Word > References > Insert Citation > Bibliography.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

Rajah 2.6: Rujukan gaya APA edisi ke-6


Sumber: https://libguides.library.usyd.edu.au/c.php?g=508212&p=3476096

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  31

Panduan rujukan gaya APA

https://youtu.be/0X3iqxWr47s

AKTIVITI 2.2

Buat rujukan gaya APA bagi buku berikut:

Tajuk buku: The 21st Century Learner


Pengarang: Beverly Sheppard
Penerbit: Institute of Museum and Library Services
Tahun penerbitan: 2001

2.1.5 Kesalahan yang Kerap Dilakukan dalam


Penulisan Esei (9)

Menulis esei yang baik bukanlah tugas yang mudah. Jika pelajar berpendapat
bahawa mereka tidak perlu memberi tumpuan dan berusaha dengan secukupnya
ketika menulis esei; maka, kemungkinan mereka akan melakukan banyak
kesalahan yang besar. Walau bagaimanapun, pelajar boleh menghasilkan esei
yang berkualiti, dengan mengelak kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:

(a) Keluar Topik


Jangan masukkan perkara-perkara yang tidak relevan. Fokus kepada topik.

(b) Isi Kandungan Esei Terlalu Cetek


Jangan tulis kandungan secara dangkal yang tidak memberikan maklumat
terperinci atau contoh mengenai topik esei. Pastikan kandungan yang
mencukupi dengan menangani kesemua isu di dalam topik. Berikan contoh
dan sokongan hujah anda dengan bukti. Anda tentunya perlu terus mencari
dan membaca lebih banyak maklumat supaya dapat menulis dengan
lengkap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

(c) Penulisan yang Tiada Tertib dan Kurang Kesinambungan


Jangan tertinggal subtajuk atau menulis sembarangan. Esei perlu
mengandungi pengenalan, kandungan utama, kesimpulan dan rujukan
secara tertib. Di dalam kandungan utama, setiap satu isi penting hendaklah
ditulis di dalam satu perenggan. Hubungkan isi penting anda dari satu
perenggan ke perenggan berikutnya. Di samping itu, kesemua bahagian
dan sub-bahagian perlu diberi tajuk dan subtajuk.

(d) Penulisan yang Lemah


Jangan mengeja dan menulis tatabahasa yang salah. Elakkan kesalahan-
kesalahan ini. Periksa ejaan, tanda baca dan tatabahasa terlebih dahulu.
Ayat yang ditulis hendaklah menggunakan bahasa yang mudah dan
menerangkan isi penting.

(e) Penulisan Pengenalan yang Lemah


Jangan abaikan untuk memperkenalkan topik esei. Pastikan anda memberi
gambaran keseluruhan topik esei dan terangkan bagaimanakah pendekatan
anda terhadap topik tersebut. Perkenalkan topik dan letakkannya pada
sudut pandangan yang bakal dihuraikan di dalam kandungan utama.

(f) Penulisan Kandungan Utama yang Lemah


Jangan menulis karangan remeh-temeh dan mengabaikan perkara utama.
Kandungan utama perlu mengandungi keseluruhan isu/hujah yang
dituliskan dengan jelas berserta contoh dan disokong dengan bukti/
maklumat. Susun setiap isi penting di dalam perenggan agar memberi
makna yang munasabah kepada pembaca serta mempunyai aliran fikiran
yang lancar.

(g) Penulisan Kesimpulan yang Lemah


Jangan mengabaikan untuk mensintesiskan penulisan esei anda. Pastikan
anda membuat kesimpulan dengan merumus dan memberi jawapan atau
penyelesaian kepada isi di dalam esei.

(h) Kurang Rujukan


Jangan lupa memasukkan petikan dalam teks dan rujukan. Rujukan perlu
disertakan di dalam esei dengan menulis rujukan dalam teks dan diikuti
dengan senarai rujukan. Mengguna semula perkataan demi perkataan dari
kandungan secara langsung tanpa mengakui pengarang asal dikira sebagai
plagiarisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  33

(i) Esei yang Bosan dan Tidak Menarik


Jangan menulis esei yang suram dan tidak mengujakan. Jadilah kreatif
dan bersemangat dalam menyampaikan mesej anda dalam esei. Esei yang
baik haruslah menarik. Ia harus membangkitkan rasa ingin tahu pembaca.
Malah, ia seharusnya dapat mengasyikkan pembaca untuk membaca esei
tersebut dengan berterusan.

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Bagaimanakah mengelakkan plagiarisme?

2. Manakah antara perkara berikut merupakan kesalahan di dalam


esei?

A. Terlalu banyak rujukan dalam teks.


B. Memberikan isi penting yang baharu di dalam kesimpulan.
C. Menggunakan petikan ayat secara berhemah.

2.2 STRATEGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Setelah anda menyelesaikan tugasan, sudah sampai masanya untuk bersedia
menduduki peperiksaan. Pastinya, peperiksaan juga sukar jika dibandingkan
dengan melakukan tugasan namun, beberapa strategi yang baik boleh membantu
anda untuk cemerlang dalam peperiksaan.

2.2.1 Persediaan Menduduki Peperiksaan


Dalam menyediakan diri untuk peperiksaan, anda memerlukan set nota yang
baik, tahu cara mengingati fakta dan mempunyai strategi pembelajaran yang baik.
Jangan mengulang kaji pelajaran pada saat-saat terakhir. Pastikan anda mendapat
rehat yang cukup kerana kesejahteraan diri anda amat penting sebelum
menduduki peperiksaan. Jangan lupa membawa alat tulis yang mencukupi dan
kad pengenalan atau lain-lain dokumen penting yang diperlukan di dalam dewan
peperiksaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


1) Teknik
membaca SQ3R
34  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR 2)Mnemonik
3) Perkaitan
(6) yang jelas
4) Ingatan
2.2.2 Mengingati Fakta untuk Peperiksaan penglihatan
Anda perlu memahami dan mengingati fakta untuk berjaya dalam peperiksaan. 5) Sebut dengan
Terdapat beberapa strategi untuk meningkatkan daya ingatan anda. Yang berikut kuat
adalah beberapa strategi yang boleh dimanfaatkan: 6) Belatih
menjawab
(a) Teknik Membaca SQ3R soalan
SQ3R merupakan kaedah pembacaan aktif dan teratur untuk membaca
bahan bacaan akademik secara analitikal dan kritis.

Yang berikut adalah kaedah SQ3R:

S = Survey (survei/tinjauan) ă Anda boleh mendapatkan gambaran


keseluruhan topik dengan meninjau isi kandungan topik.

Q = Question (persoalan) ă Bertanyakan kepada diri apa yang anda ingin


tahu daripada teks.

R = Read (baca) ă Baca teks secara analitikal dan kritis untuk mencari
jawapan kepada persoalan anda.

R = Recite (sebut) ă Ingat kembali kefahaman anda dengan menyebutnya


(dengan suara yang kuat) apa yang telah anda baca. Ini dilakukan
pada setiap subtopik di dalam topik utama.

R = Review (semak) ă Semak semula kefahaman anda tentang


keseluruhan topik dengan menggabungkan dan menyepadukan
maklumat di kesemua sub-bahagian di dalam topik utama.

(b) Mnemonik (Mnemonics)


Mnemonik adalah alat mengingat dengan menggunakan formula, perkataan
yang sama irama (rhyme) atau singkatan yang terbentuk menggunakan
huruf daripada perkataan lain (acronym) untuk membantu anda mengingati
fakta. Sebagai contoh, teknik mnemonik untuk mengingati tujuh warna
pelangi (Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu) boleh ditulis
sebagai: Makcik Jane Kata Hidup Bujang Itu Untung.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  35

(c) Perkaitan yang Jelas (Vivid Association)


Minda kita mempunyai kebolehan yang menarik dalam mengaitkan
peristiwa hari ini dengan peristiwa masa lampau seperti pengalaman, cerita
atau gambar. Cuba kaitkan fakta kursus atau idea dengan cerita, lagu,
gambar atau apa sahaja yang menjadi kesukaan anda.

(d) Ingatan Penglihatan (Visual Memory)


Anda akan dapat mengingati maklumat dengan lebih baik di dalam bentuk
peta minda, gambar rajah, jadual, gambar, lukisan kartun, graf, lukisan dan
sebagainya.

(e) Sebut dengan Kuat


Membaca teks dengan kuat adalah cara yang lebih berkesan untuk
mengingati fakta berbanding membaca dengan perlahan. Selain itu, anda
juga boleh mengadakan perbincangan di dalam kumpulan bersama-sama
rakan sepengajian. Mengajar rakan yang lain juga boleh membantu untuk
meningkatkan daya ingatan anda.

(f) Berlatih Menjawab Soalan


Proses mengulang kaji pelajaran anda tidak akan lengkap sekiranya anda
tidak mengaplikasikan pengetahuan yang telah anda pelajari. Salah satu cara
yang terbaik adalah dengan berlatih menjawab soalan.

AKTIVITI 2.3

Terangkan lima cara menghafal fakta yang berkesan untuk anda.

2.2.3 Jenis-jenis Soalan Peperiksaan


Kertas peperiksaan mengandungi pelbagai format dan jenis soalan yang berbeza.
Sebelum anda mula mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengenali format kertas
peperiksaan dan jenis soalan yang bakal dijawab.

Format kertas peperiksaan termasuk, bahagian-bahagian di dalam kertas soalan


dan nombor soalan yang perlu dijawab di setiap bahagian. Sebagai contoh, kertas
soalan bagi kursus tertentu mempunyai 3 bahagian: Bahagian A (Jawab semua
soalan), Bahagian B (Terdapat 5 soalan, jawab 3 soalan sahaja), dan Bahagian C
(Terdapat 2 soalan, jawab 1 soalan sahaja). Di setiap bahagian mempunyai arahan
soalan tersendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

Terdapat beberapa jenis soalan dan dikategorikan sebagai (a) soalan objektif
dan (b) soalan subjektif seperti di dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Soalan Objektif dan Subjektif

Soalan Objektif Soalan Subjektif

Soalan betul-salah Soalan jawapan pendek

Soalan aneka pilihan Soalan esei

Isi tempat kosong

Terdapat juga kertas peperiksaan yang menggabungkan beberapa jenis soalan


yang berbeza. Sebagai contoh, Bahagian A mengandungi soalan jawapan pendek
dan Bahagian B pula mengandungi soalan esei.

Bagaimanakah anda boleh mengetahui format dan jenis soalan yang bakal ditanya
dalam kursus anda? Anda boleh menyemak maklumat kursus di bahagian
penilaian yang terdapat dalam myINSPIRE atau bertanya kepada pensyarah anda.

Jenis soalan yang biasa ditanya adalah soalan jawapan pendek, soalan esei dan
soalan aneka pilihan. Soalan jawapan pendek dan soalan esei berada di bawah
kategori soalan subjektif. Manakala, soalan aneka pilihan berada di bawah
kategori soalan objektif.

(a) Soalan Jawapan Pendek


Soalan jawapan pendek memerlukan jawapan yang ringkas. Ia boleh
dijawab dalam beberapa patah perkataan ke satu perenggan. Jumlah markah
yang diperuntukkan bagi soalan ini menjadi tanda aras kepada berapa
banyak jawapan yang perlu anda tulis.

Bagaimanakah cara belajar untuk menjawab soalan jawapan pendek?

Tumpukan perhatian anda kepada soalan yang ditanya. Pada kebiasaannya,


soalan tertumpu kepada nama, fakta, istilah, konsep dan teori, persamaan
dan perbezaan, dan contoh untuk semua maklumat ini.

Apabila menjawab soalan jawapan pendek, anda perlu:

(i) Rancang jawapan anda dengan membuat nota jawapan yang bakal
ditulis.

(ii) Beri jawapan dengan ringkas dan spesifik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  37

(iii) Tandakan soalan yang anda tidak pasti jawapannya dan kemudian
semak semula soalan tersebut.

(iv) Jawab semua soalan.

(b) Soalan Esei


Soalan esei memerlukan jawapan yang berstruktur; ia sama seperti menulis
esei. Jawapan anda boleh ditulis di dalam beberapa perenggan ke beberapa
muka surat bergantung pada kehendak soalan dan markah yang
diperuntukkan bagi soalan tersebut.

Bagaimanakah cara belajar untuk menjawab soalan esei?

(i) Anda perlu mencari soalan-soalan yang mungkin ditanya di setiap


topik. Soalan-soalan tersebut adalah berkaitan dengan hasil
pembelajaran di setiap topik.

(ii) Kenal pasti konsep-konsep penting di dalam setiap topik.

(iii) Buat nota tentang konsep penting tersebut untuk menjawab mana-
mana arahan soalan seperti yang berikut: terangkan, huraikan,
bincangkan, bandingkan, analisis dan sebagainya. Pada dasarnya,
perkara-perkara ini akan membantu anda merancang cara menjawab
soalan yang mungkin ditanya dalam peperiksaan.

Apabila menjawab soalan esei, anda perlu:

(i) Baca dan analisis soalan dengan teliti. Pastikan anda memahami
kehendak soalan.

(ii) Rancang jawapan anda dengan mencatat isi-isi penting. Contohnya,


dalam bentuk peta minda dan tulis beberapa kata kunci bagi setiap isi
penting tersebut.

(iii) Tulis jawapan anda dalam kertas jawapan peperiksaan. Gunakan


perenggan baharu bagi setiap isi penting.

(iv) Gunakan nombor atau sub-titik untuk mengatur jawapan anda dengan
lebih baik.

(v) Sertakan contoh bagi setiap isi penting untuk menerangkan dengan
lanjut penjelasan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

(vi) Selang beberapa baris sebelum ke perenggan berikutnya supaya


mempunyai ruang untuk anda menambah lebih maklumat kemudian.

(vii) Jika anda kesuntukan masa, sekurang-kurangnya tulis beberapa


kata kunci supaya anda memperoleh markah walaupun sedikit.
Ini lebih elok daripada membiarkan soalan tidak berjawab.

(viii) Jangan tulis apa-apa pada bahagian tepi kertas jawapan.

(ix) Tulis dengan kemas dan semak semula jawapan anda. Pemeriksa tidak
dapat memberi markah sekiranya dia tidak dapat membaca tulisan
anda.

(c) Soalan Aneka Pilihan


Soalan aneka pilihan mengandungi soalan (stem), dan beberapa
kemungkinan jawapan (pilihan). Pada kebiasaannya, setiap soalan
mempunyai 3 atau 4 pilihan jawapan. Anda perlu memilih jawapan yang
betul bagi setiap soalan.

Bagaimanakah cara belajar untuk menjawab soalan aneka pilihan?

Tumpukan perhatian anda kepada nama, fakta, istilah, konsep dan teori,
persamaan dan perbezaan.

Apabila menjawab soalan aneka pilihan, anda perlu:

(i) Pilih jawapan yang paling tepat. Baca soalan dan kesemua pilihan
jawapan. Semua pilihan jawapan mungkin betul, tetapi, anda mesti
memilih jawapan yang paling tepat.

(ii) Singkirkan jawapan yang salah. Mulakan dengan mengenal pasti


jawapan yang salah dan bukannya mencari jawapan yang betul
terlebih dahulu.

(iii) Perhatikan perkataan negatif. Contohnya, „Antara berikut.....adalah


BUKAN......?‰

(iv) Anda perlu peka dengan ayat „Semua di atas‰ dan „Tiada satu pun
di atas‰. Jika anda menjumpai satu jawapan yang salah, anda boleh
menyingkirkan „Semua di atas‰. Jika anda terfikir sekurang-
kurangnya satu jawapan yang betul, maka, anda boleh menyingkirkan
„Tiada satu pun di atas‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR  39

(v) Tandakan soalan yang anda tidak pasti jawapannya dan kemudian
semak semula soalan tersebut.

(vi) Jawab semua soalan. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa


jawapan.

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Apakah kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan semasa


menulis esei?

2. Bagaimanakah anda akan bersedia untuk menjawab pelbagai jenis


soalan peperiksaan?

 Menguasai kemahiran menulis esei dan persediaan menduduki peperiksaan


adalah penting bagi pelajar abad ke-21.

 Sesebuah esei perlu mengandungi pengenalan, kandungan utama,


kesimpulan dan rujukan.

 Terdapat tujuh langkah untuk menulis esei dengan baik.

 Plagiarisme dapat dielakkan dengan memparafrasa ayat, mengambil petikan


ayat dan mengakui hasil kerja pengarang asal dengan menyebutnya dalam
senarai rujukan. Rujukan dalam esei anda hendaklah ditulis menurut rujukan
gaya APA.

 Terdapat beberapa strategi yang boleh membantu anda menjawab soalan


peperiksaan dengan baik. Antaranya, anda perlu tahu bagaimana untuk
bersedia menghadapi peperiksaan, mengaplikasikan kaedah mengingat yang
berkesan dan membiasakan diri anda dengan format dan jenis soalan
peperiksaan.

 Sebagai pelajar, anda perlu tahu bagaimanakah cara belajar untuk menjawab
tiga jenis soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan iaitu, soalan jawapan
pendek, soalan esei dan soalan aneka pilihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 KEMAHIRAN BELAJAR

Parafrasa Soalan aneka pilihan


Petikan ayat Soalan esei
Plagiarisme Soalan jawapan pendek
Rujukan gaya APA (American Soalan objektif
Psychological Association)
Soalan subjektif

Exam Questions: Types, Characteristics, and Suggestions (2017, June 27).


Dicapai dari https://bit.ly/3vK1SQb

Manoukian, J., & Chubb, J. (2013, November 20). Study Tips: Top 5 Memorisation
Techniques. Dicapai dari https://bit.ly/2SZ9AZp

Moore, S. (2010). The ultimate study skills handbook. England: McGraw-Hill


Education. (Boleh didapati EBSCOhost Database, OUM Digital Library).

Trinity College Dublin. (n.d.). Essay Writing Strategies. Dicapai dari


https://www.tcd.ie/Student_Counselling/studentlearning/assets/docs/
old/Essay_Writing_Strategies.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
Numerasi
3 Dr Raziana Che Aziz
raziana@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan istilah numerasi dan buta angka (innumeracy);
2. Membincangkan kepentingan numerasi kepada dunia masa kini;
3. Menghuraikan aspek-aspek asas numerasi; dan
4. Mengaplikasikan numerasi dalam kehidupan seharian dengan
menggunakan kaedah matematik yang sesuai.

 PENGENALAN
Topik kemahiran numerasi ini diperkenalkan kepada pelajar dewasa dengan
matlamat untuk menyediakan pembelajaran numerasi yang berkualiti dan
membantu mereka memperoleh ilmu dan kemahiran matematik. Seterusnya,
kemahiran ini membolehkan mereka menyesuaikan diri ketika berhadapan
dengan pelbagai permintaan yang semakin meningkat dalam masyarakat masa
kini. Kesemua aspek dalam kehidupan seorang dewasa termasuk keluarga,
pendidikan, pekerjaan dan komuniti telah menjadikan numerasi sebagai
kemahiran yang penting untuk berjaya pada abad ke-21. Orang dewasa yang
mempunyai kemahiran numerasi dapat menjalankan peranan dalam kehidupan
seharian dengan bertanggungjawab dan menyumbang dengan berkesan kepada
masyarakat. Permintaan yang tinggi dalam mempromosikan STEM (sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik) telah meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang kepentingan mengembangkan kemahiran numerasi. Topik ini
dimulakan dengan memperkenalkan definisi numerasi dan membincangkan
kepentingannya dalam dunia masa kini. Kemudian, kita akan membincangkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

hubungan antara numerasi dan matematik. Seterusnya, pelajar akan


diperkenalkan kepada istilah buta angka (innumeracy) dan didedahkan kepada
aspek-aspek numerasi: penaakulan matematik, penyelesaian masalah dan
pembuatan keputusan. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada dua jenis
penaakulan matematik: deduktif dan induktif. Di samping itu, pelajar akan
diperkenalkan kepada empat tahap penyelesaian masalah menurut Polya dan
tujuh proses membuat keputusan. Pada akhir topik ini, pelajar akan mempelajari
tentang penggunaan numerasi secara berterusan atau kontinum numerasi
(numeracy continuum) dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Kita juga akan membincangkan beberapa contoh masalah dalam kehidupan
sebenar supaya pelajar mendapat idea dan pemahaman yang baik tentang
kemahiran numerasi dan seterusnya, mampu untuk menyelesaikan masalah
menggunakan teknik atau kaedah numerasi yang sesuai dalam aktiviti seharian.

SEMAK KENDIRI 3.1

Bagaimanakah numerasi boleh melengkapkan kecelikan atau literasi?

Mengapakah kecelikan dan numerasi penting dalam pembelajaran


pada abad ke-21?

3.1 NUMERASI
Numerasi adalah gabungan antara literasi dengan prinsip sains. Malah, ia juga
ibarat „pantulan cermin dari literasi‰. Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan
untuk memahami dan bekerja dengan nombor (Kamus Oxford, t.t). Numerasi
adalah kemahiran asas matematik termasuklah kebolehan untuk memahami dan
menganalisis maklumat bernombor, mengungkap idea berdasarkan maklumat
bernombor untuk membuat kesimpulan dan keputusan dengan tepat. Asas
pengetahuan aritmetik meliputi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang
merupakan kemahiran asas dalam numerasi. Aspek penting dalam numerasi
termasuklah nombor dan operasi, pengiraan, pengukuran, geometri, statistik
dan kebarangkalian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  43

Konsep numerasi dan hubungannya dengan matematik digambarkan di dalam


Rajah 3.1. Matematik adalah ilmu yang dipelajari secara formal di sekolah dan
ia merupakan salah satu subjek teras yang diajar di peringkat sekolah rendah
dan menengah. Ramai beranggapan matematik adalah aritmetik, geometri,
algebra, statistik atau kalkulus.

Numerasi mempunyai pertindanan yang signifikan dengan sebahagian daripada


ilmu matematik yang dipelajari semasa di sekolah. Kanak-kanak diperkenalkan
secara tidak langsung kepada numerasi seperti pola, nombor, masa, susunan
dalam kelas matematik harian terutamanya semasa mengaplikasikan
permasalahan matematik dalam situasi kehidupan sebenar. Numerasi nampaknya
mencerminkan cara anak mendekati matematik mereka, menilai keyakinan dan
pemahaman matematik.

Rajah 3.1: Numerasi dan matematik


Sumber: https://www.thinknpc.org

AKTIVITI 3.1

Tahukah anda kemahiran numerasi berguna bukan sahaja kepada


pelajar di sekolah tetapi juga penting untuk permohonan pekerjaan?
Bincangkan bersama rakan anda tentang kemahiran numerasi
dan senaraikan lima pekerjaan (kecuali cikgu matematik) yang
menggunakan asas kemahiran numerasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

3.1.1 Kepentingan Kemahiran Numerasi


Kemahiran numerasi penting dalam setiap aspek kehidupan kita. Kita
menggunakan kemahiran ini dalam aktiviti seharian seperti di rumah, pejabat,
pusat membeli belah, hospital dan sebagainya. Kita menggunakan kemahiran
numerasi semasa membeli belah dan merancang percutian. Di samping itu,
kemahiran ini berguna apabila kita ingin mengambil pinjaman peribadi atau
pinjaman gadai janji daripada bank. Terdapat banyak keputusan yang dibuat
dalam hidup kita adalah berdasarkan maklumat numerasi.

Dengan mempunyai kemahiran numerasi yang baik, ia dapat membantu kita


menjalankan peranan dalam kehidupan seharian dengan penuh tanggungjawab
dan boleh menyumbang kepada masyarakat dengan berkesan. Kemahiran
numerasi juga meningkatkan peluang kita dalam domain kerja dan mewujudkan
asas-asas yang boleh dibina melalui pembelajaran sepanjang hayat. Numerasi
bukan sahaja subset kepada matematik; ia juga merupakan kemahiran hidup
yang merangkumi dan menyokong kesemua bidang pembelajaran.

Bekerja menggunakan nombor melatih minda kita untuk berfikir secara logik dan
kritis. Asas numerasi secara faktanya merupakan sistem yang diperoleh secara
logik. Apabila anda belajar bagaimana untuk memanipulasi nombor asas, anda
akan melalui proses pemikiran kritis. Numerasi juga membolehkan kita untuk
membuat perbandingan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, „adakah
dengan mencabut plag perkakasan elektrik apabila tidak menggunakannya akan
mengurangkan bil utiliti anda?‰

Selain itu, numerasi membantu kita untuk memahami statistik seperti penyataan
data, carta, infografik dan risiko. Di samping itu, ia membantu kita dalam
membuat keputusan dalam hidup seperti semasa kita hendak membeli kereta
pertama, rumah pertama atau pakej percutian. Dengan mempunyai kemahiran
numerasi yang baik, kita menjadi lebih berkebolehan dalam membuat keputusan
yang lebih dipercayai dalam kehidupan seharian.

3.1.2 Buta Angka (Innumeracy )


Buta angka (innumeracy) didefinisikan sebagai kekurangan kebolehan untuk
memahami dan menggunakan nombor di dalam pengiraan (Kamus Bahasa
Inggeris Cambridge, t.t). Kesan daripada buta angka terhadap kehidupan
seseorang tidak terlalu ketara jika dibandingkan dengan buta huruf (illiteracy).
Buta angka boleh dilihat dalam kehidupan mereka yang miskin, tidak
berpendidikan dan kurang diperkenalkan kepada numerasi semasa mereka
membesar. Terdapat kajian yang mengaitkan buta angka dengan umur, jantina

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  45

dan juga bangsa. Kajian menunjukkan orang dewasa yang lebih berusia dikaitkan
dengan kemahiran numerasi yang rendah berbanding mereka yang lebih muda.
Menjadi sebahagian daripada mereka yang buta angka akan mempengaruhi
keyakinan peribadi dan sahsiah diri.

3.2 ASAS KEMAHIRAN NUMERASI


Terdapat pelbagai aspek kemahiran numerasi seperti nombor, menguruskan
maklumat, bentuk, ruang, pengukuran, operasi dan pengiraan seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 3.2. Mereka yang berkebolehan numerasi (numerate)
adalah mereka yang mengetahui asas ilmu aritmetik dan mempunyai kebolehan
untuk mengaplikasikan penaakulan matematik, penyelesaian masalah dan
membuat keputusan yang merupakan aspek asas kemahiran numerasi.

Rajah 3.2: Asas kemahiran numerasi


Sumber: https://www.nationalnumeracy.org.uk/essentials-numeracy

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

3.2.1 Penaakulan
Penaakulan adalah proses pemikiran yang melibatkan maklumat untuk
menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan secara logik. Ia diperlukan
untuk membantu kita mengembangkan kefahaman matematik dan membolehkan
kita berfikir secara kritis. Terdapat dua penaakulan dalam numerasi iaitu; deduktif
dan induktif. Proses yang melibatkan penaakulan deduktif dan induktif
digambarkan di dalam Rajah 3.3.

Berdasarkan Rajah 3.3, secara umum proses penaakulan pemikiran deduktif dan
induktif bergerak dalam arah yang bertentangan. Penaakulan deduktif bergerak
daripada teori umum kepada kesimpulan yang benar dan khusus manakala
penaakulan induktif bergerak daripada teori khusus kepada kesimpulan umum.

Rajah 3.3: Penaakulan deduktif dan induktif

Penaakulan deduktif merupakan bentuk asas penghasilan penaakulan yang


sah untuk membuat hujahan yang logik, kesimpulan dan mengaplikasikan
kesimpulan yang umum pada situasi yang khusus. Sebagai contoh, „Kesemua
pelajar OUMH1603 lulus dalam peperiksaan. Amy adalah pelajar OUMH1603.
Oleh itu, Amy lulus peperiksaan‰. Dalam penaakulan deduktif, sekiranya sesuatu
yang benar didapati dalam skop yang umum, maka, ia juga benar bagi kesemua
ahli dalam skop yang khusus.

Penaakulan induktif adalah bertentangan dengan penaakulan deduktif.


Ia dilakukan dengan melihat kepada skop yang khusus dan membuat kesimpulan
dalam skop yang umum. Sebagai contoh, „Angka sepuluh boleh dibahagi dengan
angka dua. Sepuluh adalah angka genap. Oleh itu, kesemua angka genap boleh
dibahagi dengan dua‰.

Saintis menggunakan penaakulan induktif untuk membuat hipotesis dan teori.


Manakala, penaakulan deduktif membolehkan mereka mengaplikasikan teori
terhadap situasi yang khusus.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  47

Mari kita lihat satu contoh penaakulan induktif. Setelah kita membuat penaakulan
induktif, kita akan menukarkannya dan melihat dalam bentuk penaakulan
deduktif.

Contoh 3.1

Penaakulan Induktif
Pen pertama yang saya ambil dari beg saya berwarna hitam. Pen yang saya ambil
dari beg saya berwarna hitam. Oleh itu, semua pen di dalam beg saya berwarna
hitam.

Penaakulan Deduktif
Pen pertama yang saya ambil dari bag saya berwarna hitam. Semua pen di dalam
beg saya berwarna hitam. Oleh itu, pen kedua yang saya ambil dari beg saya akan
berwarna hitam juga.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Buat kesimpulan dengan menggunakan penaakulan induktif bagi


setiap yang berikut:
(a) Zain merupakan perenang yang handal dan keluarganya
mempunyai sebuah kolam renang. Zain mempunyai seorang
adik perempuan, Maria.
(b) Kerusi yang terdapat di ruang makan berwarna coklat.
Kerusi yang terdapat di bilik tidur berwarna coklat.
(c) Razak merupakan seorang pemain bola sepak. Semua
pemain bola sepak di sekolahnya mempunyai berat badan
lebih daripada 60kg.
2. Deduksikan situasi yang berikut:
(a) Semua pelajar semester pertama di OUM mesti mengambil
subjek Kemahiran Belajar dan Azman merupakan pelajar
semester pertama.
(b) Semua ikan paus adalah mamalia dan semua mamalia
mempunyai buah pinggang.
(c) Daging merah mempunyai zat besi dan daging lembu adalah
daging merah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

3.2.2 Penyelesaian Masalah


Penyelesaian masalah merupakan kemahiran numerasi yang melibatkan proses
matematik. Ia membolehkan kita menggunakan kemahiran ini secara meluas
dalam pelbagai situasi. Menurut George Polya (1945), terdapat empat peringkat
penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Peringkat penyelesaian masalah menurut Pólya

Pada peringkat pertama penyelesaian, kita perlu memahami masalah. Setelah itu,
kita perlu menyatakan masalah menggunakan bahasa yang lebih mudah,
mengenal pasti masalah dan mendapatkan maklumat lengkap daripada masalah.

Dalam memilih penyelesaian yang sesuai, kita perlu membuat rancangan.


Pada peringkat kedua penyelesaian ini, kita perlu mengenal pasti pola
berdasarkan maklumat yang telah dikumpul semasa di peringkat pertama
penyelesaian. Kita akan melihat masalah yang lebih ringkas yang berkait untuk
digunakan bagi kaedah yang dipilih dan kemudian kita akan mendapatkan
persamaan atau membuat jadual atau membina gambar rajah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  49

Peringkat ketiga penyelesaian ialah melaksanakan rancangan. Langkah-langkah


pada tahap ini pada kebiasaannya lebih mudah daripada membuat rancangan.
Pada peringkat ini, kita mula menggunakan strategi yang kita telah kenal pasti
pada tahap kedua, semak setiap langkah rancangan sebaik sahaja kita jalankan
dan rekodkan dapatan dengan baik.

Peringkat keempat ialah memeriksa semula. Kita perlu menyemak keputusan bagi
masalah yang asal, menterjemah penyelesaian ke dalam bentuk permasalahan asal
dan menentukan sama ada terdapat kaedah lain dalam mencari penyelesaian.
Ini membolehkan kita menjangka strategi yang manakah perlu digunakan untuk
menyelesai masalah seterusnya.

Kebanyakan masalah kehidupan sebenar selalunya ditulis dalam bentuk teks atau
pernyataan. Pernyataan masalah selalu mengelirukan pelajar memandangkan
latar belakang maklumat tentang masalah tersebut dipersembahkan dalam
teks dan bukan dalam bentuk persamaan matematik untuk diselesaikan.
Ia memerlukan latihan untuk menterjemahkan bahasa percakapan kepada bahasa
algebra. Sekiranya kita dapat memahami bagaimana untuk menangani konsep
matematik tersebut, maka kita boleh menyelesaikan masalah itu. Dalam
menyelesaikan pernyataan masalah, kita perlu menterjemah perkataan kepada
persamaan berangka dan kemudian menyelesaikan masalah menggunakan
kaedah matematik yang sesuai.

Mari kita lihat contoh pernyataan masalah seperti yang berikut.

Contoh 3.2
Afiq, Zila dan Maria memetik strawberi. Afiq memetik strawberi dua kali ganda
lebih banyak daripada Zila dan Maria pula memetik 2kg lebih berbanding Zila.
Mereka bersama-sama memetik 30kg strawberi. Berapakah strawberi yang dipetik
(dalam kg) oleh setiap seorang daripada mereka?

Penyelesaian:

Peringkat 1: Memahami Masalah


Kita menterjemah perkataan kepada persamaan berangka.

Berdasarkan soalan, kita keluarkan maklumat berikut dalam perkataan:

(a) Afiq memetik strawberi dua kali ganda lebih banyak daripada Zila.
(b) Maria memetik 2kg lebih berbanding Zila.
(c) Ketiga-tiga mereka memetik 30kg strawberi.

Kita andaikan x = Bilangan strawberi (dalam kg) dipetik oleh Zila.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

Peringkat 2: Membuat Rancangan


Kita boleh terjemahkan perkataan ke dalam bentuk angka seperti di dalam
Jadual 3.1 berikut.

Jadual 3.1

Ungkapan
Maklumat Dalam Perkataan
Matematik

Afiq Afiq memetik dua kali ganda strawberi 2x


berbanding Zila

Zila x

Maria Maria memetik 2kg lebih berbanding Zila x+2

Jumlah Ketiga-tiga mereka memetik 30kg strawberi 30

Peringkat 3: Menjalankan Rancangan


Sekarang kita selesaikan persamaan menggunakan operasi matematik dan teknik
yang sesuai.

Untuk mengetahui jumlah strawberi yang mereka petik, kita perlu mencari nilai x
terlebih dahulu.

Kita telah ketahui bahawa jumlah strawberi yang dipetik oleh ketiga-tiga mereka
ialah 30kg.

 Jumlah   Jumlah   Jumlah  Jumlah kesemua


     
 strawberi yang    strawberi yang    strawberi yang   strawberi yang
 dipetik Afiq   dipetik Zila   dipetik Maria  dipetik
     

Jadi, 2x + x + (x + 2) = 30

Kita selesaikan x,

2x  x   x  2   30
4x  2  30
4x  28
x7

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  51

Peringkat 4: Memeriksa Semula


Untuk mengesahkan nilai bagi x yang diperoleh tepat atau tidak, kita haruslah
menggantikan x = 7 ke dalam lajur ungkapan matematik di dalam Jadual 3.1.
Oleh itu, kita akan mendapatkan yang berikut:

Zila : x = 7
Afiq : 2  (7) = 14
Maria : (7) + 2 = 9

Tambahkan jumlah strawberi yang dipetik oleh mereka => 7 + 14 + 9 = 30.

Oleh itu, Afiq, Zila dan Maria masing-masing memetik 14, 7 dan 9kg strawberi.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Pak Karim menjumpai beberapa jubin lama (1 kaki  1 kaki)


di dapur. Dia mula membentuk jubin segi empat tepat yang
berbeza daripadanya. Dia tertanya-tanya berapakah perimeter
yang terbesar dan terkecil daripada segi empat tepat tersebut
untuk ruang berukuran 100 kaki persegi. Bantu beliau.

2. Emilia dan Alicia membuat perbandingan ketinggian mereka.


Ketinggian Emilia adalah 1.5m dan Alicia 15cm lebih tinggi
daripada Emilia. Berapakah tinggi Alicia (dalam cm)?

3.2.3 Membuat Keputusan


Membuat keputusan adalah proses membuat pilihan dengan mengenal pasti
masalah, mengumpulkan maklumat, mengenal pasti dan menilai beberapa
penyelesaian alternatif dan memilih penyelesaian terbaik. Bidang matematik
gunaan seperti statistik, pengoptimuman, kebarangkalian, teori permainan,
permodelan dan operasi penyelidikan mengaplikasikan sepenuhnya teknik
membuat keputusan dalam bidang-bidang tersebut. Ia penting dalam pengurusan
strategik, kesihatan, ekonomi, dasar dan undang-undang masyarakat awam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

Terdapat tujuh langkah dalam membuat keputusan seperti yang ditunjukan


di dalam Rajah 3.5. Dengan menggunakan langkah-langkah tersebut, ia akan
membantu kita untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang bijak dengan
mengatur maklumat yang relevan dan mengenal pasti beberapa jalan
penyelesaian alternatif.

Rajah 3.5: Proses membuat keputusan

Mari kita pertimbangkan situasi ringkas dalam kehidupan seharian.

Contoh 3.3
Katakan kita hendak membeli sepasang kasut. Kita pergi ke kedai kasut dan
mendapati tiga jenis pasang kasut yang kita sukai, iaitu kasut A, kasut B dan
kasut C. Harga kasut A ialah RM220, manakala kasut B dan kasut C pula
masing-masing berharga RM320 dan RM250. Jenama kasut B lebih popular
dan berkualiti daripada dua jenama kasut yang lain dan mempunyai potongan
harga sebanyak 30%. Kasut manakah yang patut dibeli?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  53

Dalam membuat keputusan, kita boleh mengikuti proses-proses membuat


keputusan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.5. Yang berikut adalah
langkah-langkahnya:

Langkah 1: Mengenal Pasti Masalah


Masalah yang hendak diselesaikan: Kasut manakah yang patut dibeli?

Langkah 2: Mengumpul Maklumat

(a) Maklumat harga: Kasut A = RM220


Kasut B = RM320
Kasut C = RM250

(b) Jenama kasut B lebih popular dan berkualiti daripada kasut A dan kasut C.

(c) Kasut B mempunyai potongan harga 30%.

(d) Kasut A lebih murah daripada kasut B dan kasut C.

(e) Kasut B lebih berjenama dan berkualiti tinggi pada harga diskaun RM224.

Langkah 3 dan 4: Mengenal Pasti Alternatif dan Menilai Penyelesaian Alternatif


Membeli kasut yang lebih murah memang boleh menjimatkan perbelanjaan kita.
Walau bagaimanapun, kasut yang murah belum tentu tahan lama serta berkualiti.
Kemungkinan kita terpaksa membelinya semula dalam waktu yang dekat. Jika
kita berbelanja lebih untuk kasut yang berkualiti, besar kemungkinan ia tahan
lama dan lasak. Maka kasut yang berkualiti lebih sesuai dan selesa.

Langkah 5: Pilih Penyelesaian Terbaik


Kita memilih membeli kasut B.

Langkah 6 dan 7: Menjalankan Keputusan dan Menilai Keputusan


Membeli kasut B.

AKTIVITI 3.2

Anda ingin membeli bijirin di pasar raya. Sekotak kecil bijirin dengan
berat 500g berharga RM8.50. Manakala, sekotak besar bijirin dengan
berat 1,000g berharga RM15. Manakah bijirin yang anda akan beli?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

3.3 KONTINUM NUMERASI (NUMERACY


CONTINUUM ) DAN AMALAN
KEHIDUPAN SEHARIAN
Seseorang yang mempunyai kemahiran numerasi yang tinggi berkebolehan
mengaplikasikan kemahiran numerasi dalam pelbagai aspek kehidupan dan
mampu menjalankan peranan dengan bertanggungjawab dalam kehidupan dan
pekerjaan seharian. Menyedari penggunaan matematik di persekitaran kita
adalah penting kerana ia adalah asas untuk meneroka pengunaan matematik
dalam kehidupan sebenar.

3.3.1 Nombor dan Operasi


Adalah amat penting untuk anda menyesuaikan diri dengan nombor dan operasi
pengiraan dalam amalan kehidupan seharian. Nombor nyata, nombor asli,
integer, nombor nisbah dan nombor bukan nisbah merupakan jenis-jenis asas
nombor yang anda pelajari di dalam kelas matematik. Terdapat empat operasi
yang boleh dilakukan terhadap nombor nyata iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi.

Mari kita lihat situasi ini. Anda mengatur majlis hari jadi untuk anak anda
dan sepuluh orang tetamu yang dijemput. Kesemua tetamu mesti mendapat
makanan yang cukup. Anda perlu mengira bilangan tetamu dan menjamu
mereka dengan memotong kek pada jumlah yang sama untuk diberikan kepada
setiap tetamu. Dalam situasi ini, anda menggunakan nombor nyata dan operasi
bahagi untuk memastikan setiap tetamu mendapat makanan yang mencukupi.
Contoh lain, apabila anda membuat belanjawan untuk isi rumah, nombor dan
operasi adalah amat penting dalam menambah dan menolak pendapatan dan
perbelanjaan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  55

Contoh 3.4
Encik Zamri adalah penternak lebah. Pada tahun lepas dia telah menuai
1,452kg madu mentah. Pada tahun ini pula, dia membeli beberapa sarang
lebah yang baharu dan hasil penuaiannya telah meningkat sebanyak 2,385kg.
Berapa kilogramkah hasil penuaian Encik Zamri pada tahun ini?

Penyelesaian:
Daripada maklumat tersebut, pada tahun ini hasil penuaian En. Zamri telah
meningkat sebanyak 2,385kg.

Meningkat bermaksud „bertambah kepada‰. Maka, kita gunakan operasi tambah


untuk mendapatkan jawapan.

Jumlah kilogram madu yang dituai pada tahun ini = 1,452kg + 2,385kg = 3,837kg.

Oleh itu, En Zamri telah menuai sebanyak 3,837kg madu pada tahun ini.

Contoh 3.5
Dalam sebuah bengkel keusahawanan, terdapat 1,500 peserta dengan 875
daripadanya adalah peserta wanita. Berapakah bilangan peserta lelaki?

Penyelesaian:
Kita telah ketahui jumlah peserta keseluruhannya dan sebahagian peserta
adalah wanita. Untuk mendapatkan jawapan, kita gunakan operasi penolakan.

Bilangan peserta lelaki = Jumlah peserta ă Bilangan peserta perempuan


= 1,500 ă 875
= 625

Oleh itu, bilangan peserta lelaki yang menghadiri bengkel adalah seramai
625 orang.

Contoh 3.6
Zainal mengisi 50 biji pinggan dengan 5 keping biskut pada setiap pinggan.
Berapa keping biskutkah yang Zainal telah diletakkan di atas pinggan?

Penyelesaian:
Kita gunakan operasi pendaraban untuk mendapatkan jumlah bilangan biskut
yang telah diletakkan di atas pinggan.

Jumlah biskut = Bilangan pinggan x Bilangan biskut di setiap pinggan


= 50  5
= 250

Oleh itu, Zainal meletakkan sejumlah 250 keping biskut di atas pinggan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

Contoh 3.7
Pak Ali memetik 350 buah jambu di kebunnya. Dia perlu membahagikan
jambu-jambu itu secara sama rata ke dalam beberapa buah beg untuk dijual
di pasar. Pak Ali ingin memasukkan jambu ke dalam 70 buah beg. Berapakah
biji jambu yang Pak Ali boleh letakkan ke dalam setiap beg?

Penyelesaian:
Masalah menyatakan Pak Ali perlu memasukkan secara sama rata kesemua
jambu batu yang dipetiknya ke dalam 70 beg. Kita gunakan operasi bahagi
untuk menyelesai masalah ini.

Jumlah jambu = 350

Jumlah beg = 70
Jumlah jambu 350
Jumlah jambu untuk setiap beg =   5
Jumlah beg 70

Oleh itu, Pak Ali perlu memasukkan 5 biji jambu batu ke dalam setiap beg.

3.3.2 Pola
Pola dan aturan nombor adalah asas kepada matematik kerana ia adalah cara
untuk memahami nombor. Mengenali dan memahami urutan nombor membantu
kita untuk menjana formula algebra. Dengan pola ini, anda akan belajar untuk
meramal masa depan dan meneroka perkara baharu seterusnya, lebih memahami
dunia di sekeliling kita.

Perhatikan urutan nombor berikut:

1, 4, 7, 10, 13, 16, . . .

Setiap nombor dalam urutan mempunyai perbezaan 3 nombor.

Pola nombor ini boleh diteruskan dengan menambah nombor 3 di setiap nombor
yang terakhir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  57

Contoh 3.8
Katakan yuran kemasukan untuk bermain paintball berharga RM20 dan
tambahan sebanyak RM5 untuk setiap pusingan permainan. Hubungan ini
boleh dipersembahkan dalam ungkapan 5b + 20. Gunakan kaedah pola untuk
melengkapkan nilai di dalam jadual yang berikut.

Bilangan Pusingan Jumlah Kos (RM)

1 25

Penyelesaian:
Hubungan tersebut dipersembahkan melalui ungkapan 5b + 20, dan kita dapat
kenal pasti b ialah bilangan pusingan. Kita mulakan dengan mengesahkan
jumlah kos untuk pusingan pertama seperti yang berikut:

b = bilangan pusingan
kalau b = 1, Pusingan 1 : 5(1) + 20 = 25

Sekarang, dengan menggunakan ungkapan 5b + 20, kita boleh mengira jumlah kos
setiap pusingan seperti di dalam jadual yang berikut:

Bilangan Pusingan Pengiraan Jumlah Kos (RM)

1 5(1) + 20 25

2 5(2) + 20 30

3 5(3) + 20 35

4 5(4) + 20 40

5 5(5) + 20 45

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

3.3.3 Pecahan, Nombor Perpuluhan dan Peratusan


Pecahan adalah nombor yang berada di atas nombor yang lain. Nombor yang
berada di atas dipanggil pengangka (numerator) dan nombor di bahagian bawah
dipanggil penyebut (denominator). Sebagai contoh, ¾ adalah pecahan.

Pecahan biasa digunakan dalam situasi kehidupan seharian kita. Perhatikan


situasi ini, anda pergi ke pasar raya untuk membeli baju baharu dan terdapat
tawaran separuh harga. Dalam tatatanda matematik, separuh boleh ditulis dalam
bentuk pecahan iaitu, ½. Kita juga boleh menggunakan pecahan dalam resepi
memasak dan membakar kek. Misalnya, kita perlu ¾ cawan gula, ¼ cawan
mentega dan ½ sudu kecil garam.

Nombor perpuluhan pula penting ketika melakukan penukaran wang dan


pengukuran. Ia juga penting untuk memahami perkadaran secara keseluruhan.
Perpuluhan digunakan apabila kita memerlukan lebih ketepatan terhadap sesuatu
nilai nombor berbanding dengan nilai nombor bulat. Kita menggunakan nombor
perpuluhan setiap hari apabila kita berurusan dengan wang, luas, berat, panjang
dan sebagainya. Sebagai contoh, kita boleh mengatakan seseorang mempunyai
RM5.50 atau seseorang mempunyai berat badan 74.5kg.

Apakah yang dimaksudkan dengan peratus? Perkataan peratus adalah daripada


frasa „per seratus‰ yang bermaksud per satu ratus. Ia digunakan dalam pelbagai
konteks kehidupan seharian. Anda boleh lihat tawaran potongan harga sebanyak
50% atau 25% di pasar raya. Kebolehan melakukan pertukaran antara pecahan,
nombor perpuluhan dan peratusan merupakan kemahiran yang membolehkan
anda untuk menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara.

Contoh 3.9
Alif bekerja sebagai jurujual di firma hartanah. Dia mendapat kadar komisen
sebanyak 4%. Berapakah komisen yang diperoleh Alif apabila dia menjual
hartanah bernilai RM300,000.00?

Penyelesaian:
Untuk mendapatkan komisen, kita akan mendarabkan jumlah jualan dengan
kadar komisen yang diberikan iaitu 4%.

Oleh itu, komisen = 4% daripada RM300,000.00


4
=  RM300,000.00
100
= RM12,000.00

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  59

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Bayangkan anda membeli empat barang yang berharga RM36.99,


RM22.99, RM16.85 dan RM8.25 melalui kedai dalam talian dan kos
pengeposan sebanyak RM10.90. Bundarkan harga-harga ini
kepada nilai RM terdekat dan anggarkan kos keseluruhan.

2. Sekumpulan 480 orang dewasa ditanya mengapakah mereka


mendaftar sebagai pelajar OUM. Daripada jumlah ini, 240 pelajar
memberi justifikasi untuk meningkatkan kerjaya mereka,
160 pelajar memilih OUM kerana waktu pembelajaran yang
fleksibel dan 80 pelajar lagi kerana yuran yang berpatutan.
Tulis pecahan untuk setiap kumpulan pelajar dan dapatkan
peratusannya.

3.3.4 Mentafsirkan Maklumat Statistik


Dalam kehidupan seharian, data dan statistik disajikan dalam berita dan media
merangkumi beberapa topik, contohnya: isu kesihatan, pendidikan, ekonomi,
politik, alam sekitar dan sebagainya. Mentafsirkan maklumat statistik
termasuklah graf statistik dan infografik membolehkan kesimpulan dan
keputusan dibuat. Pertimbangkan keadaan ini, anda membeli satu tin minuman.
Lihat pada label yang memberikan maklumat kepada pengguna tentang
kandungan minuman tersebut. Anda boleh lihat kandungan kalori, lemak, gula
dan protein. Maklumat ini memberikan pengetahuan kepada anda untuk
membuat pilihan minuman dengan bijak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

Contoh 3.10
Infografik berikut menunjukkan statistik penduduk Malaysia mengikut
kumpulan etnik pada tahun 2017 dan 2018.

Sumber: https://www.dosm.gov.my

Kira bilangan penduduk rakyat Malaysia pada tahun 2017 dan 2018. Berikan
komen mengenai perbezaan tersebut.

Penyelesaian:
Berdasarkan infografik,

Bilangan penduduk pada tahun 2017 = Bumiputera + Cina + India + lain-lain


= 20.07 juta + 6.67 juta + 2.00 juta + 0.29 juta
= 28.74 juta

Bilangan penduduk pada tahun 2018 = Bumiputera + Cina + India + lain-lain


= 19.78 juta + 6.69 juta + 2.01 juta + 0.29 juta
= 28.77 juta

Perbezaan antara 2018 dan 2017 = 28.77 juta ă 28.74 juta


= 0.03 juta

Oleh itu, bilangan penduduk telah meningkat sebanyak 0.03 juta pada tahun 2018
berbanding tahun 2017.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  61

3.3.5 Pengukuran
Pengukuran menyediakan piawaian untuk sesuatu perkara dan proses dalam
kehidupan. Ia penting dalam bidang sains dan teknikal, dan juga penting pada
hampir semua aktiviti seharian. Pengiraan melibatkan berat, tinggi, luas, isi padu
dan masa diperlukan dalam konteks kehidupan sebenar untuk membolehkan kita
membuat penilaian dengan tepat. Sekiranya anda ingin membakar kek, anda perlu
tahu berapa gram mentega diperlukan mengikut resipi dan tentunya anda akan
menggunakan skala pengukur di dapur untuk mengukurnya dengan tepat.
Apabila anda mengawasi berat badan menggunakan indeks jisim badan (BMI),
anda perlu mengukur berat badan dan ketinggian menggunakan alat pengukur
dengan tepat.

Contoh 3.11
Mary membeli segulung benang untuk menjahit. Segulung benang panjangnya
10m. Dia telah menggunakan 210cm benang. Berapakah benang yang tinggal
(dalam cm)?

Penyelesaian:
Menggunakan sistem penukaran metrik, 1m = 100cm

Maka, panjang segulung benang = 10  100 = 1,000cm

Mary menggunakan sebanyak 210cm benang. Bermakna, kita perlu menolak


jumlah panjang segulung benang (1,000cm) dengan jumlah yang telah digunakan
(210cm).

Oleh itu, panjang benang yang tinggal = 1,000 ă 210


= 790cm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

AKTIVITI 3.3

Ukur lilit pinggang adalah tanda aras untuk mengetahui risiko penyakit
berkaitan dengan lemak di keliling pinggang. Mari ukur lilitan pinggang
kita menggunakan langkah mudah ini:

(a) Cari bahagian atas tulang pinggul dan bahagian bawah tulang
rusuk.

(b) Letakkan pita pengukur di tengah-tengah di antara dua titik ini


dan lilitkan pita pengukur di pinggang anda.

(c) Semak ukuran lilitan pinggang anda:

Anda berisiko penyakit sekiranya ukuran pinggang anda:

Lelaki Melebihi 94cm (lebih kurang 37 inci)

Wanita Melebihi 80cm (lebih kurang 31.5 inci)

3.3.6 Gandaan, Faktor dan Nombor Perdana


Memahami gandaan dan faktor membantu memudahkan anda memandu arah
hubungan antara nombor-nombor dalam kehidupan tanpa perlu bergantung
pada kalkulator dan telefon. Anda boleh menggunakan gandaan 10, 20 dan 50
untuk mengira duit syiling, keluasan ruang dan mengira faedah kompaun pada
jumlah pinjaman. Anda juga menggunakan faktor ketika dalam perjalanan untuk
mengira berapa jam yang diperlukan untuk sampai ke destinasi.

Nombor perdana adalah nombor bulat selain daripada 1 dan hanya boleh
dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1 (mempunyai hanya dua
pembahagi). Ia dianggap sebagai asas kepada pembangunan sistem nombor.
Bagi aplikasinya dalam kehidupan seharian pula, ia digunakan untuk
menyahsulit maklumat melalui rangkaian mudah alih untuk melakukan
pengekodan maklumat yang dihantar secara tanpa wayar (wireless) semasa urus
niaga menggunakan kad kredit, kad debit, komputer dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  63

Contoh 3.12
Florence si penjual bunga mempunyai 24 bunga ros putih, 42 bunga ros merah
dan 36 bunga ros kuning. Berapakah jumlah jambangan bunga yang sama yang
boleh digubah oleh Florence daripada keseluruhan jumlah bunga yang ada?

Penyelesaian:
Kita menggunakan faktor sepunya terbesar (greatest common factor, GCF) untuk
mencari jambangan bunga yang sama.

Faktor sepunya terbesar (GCF) adalah faktor terbesar dibahagikan dengan


dua nombor. Untuk mencari GCF untuk tiga nombor:

(a) Senaraikan faktor perdana bagi setiap nombor.

(b) Darabkan faktor-faktor berikut dengan semua nombor yang mempunyai


persamaan. Sekiranya tiada faktor perdana yang sama, GCF adalah 1.

Faktor perdana bagi 24 : 2  2  2  3

Faktor perdana bagi 36 : 2  2  3  3

Faktor perdana bagi 42 : 2  3  7

Faktor perdana yang sama dengan 24, 36 dan 42 adalah 2 dan 3.

Kita darabkan nombor tersebut: 2  3 = 6

Nombor terbesar = 6

Oleh itu, Florence boleh menggubah 6 jambangan bunga yang sama


menggunakan kesemua bunga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

SEMAK KENDIRI 3.5

1. Andaikan markah penuh ujian matematik adalah 80 markah


dan pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya 45% daripada
markah penuh untuk lulus. Berapakah markah yang diperlukan
untuk lulus?

2. Berat Alina adalah 65kg dan tingginya adalah 146cm. Kira indeks
jisim badan (BMI) dan nyatakan sama ada BMI Alina di dalam julat
yang sihat ataupun tidak? Diberi julat yang sihat adalah antara
18.5kg/m2 ă 24.9kg/m2.

3. Sekiranya perjalanan percutian anda sejauh 720km, anda perlu


tahu berapa jam yang diperlukan untuk merancang perjalanan
anda. Pada purata kelajuan 120km/j, berapa jamkah masa yang
diambil untuk sampai ke destinasi?

4. Rajah yang berikut menunjukkan label nutrisi pada bekas


makanan. Bagaimanakah anda membantu rakan yang mempunyai
tekanan darah tinggi berdasarkan maklumat ini? Bagaimanakah
rakan anda dapat menggunakan maklumat ini untuk membuat
pilihan makanan yang lebih sihat?

5. Penggantian sifer (cipher) merupakan algorithma untuk melakukan


penyulitan atau penyahsulitan dalam bidang kriptografi. Berikut
diberikan penggantian sifer mudah bagi 26 abjad:

Abjad biasa (plain alphabet): abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

Abjad sifer (cipher alphabet): phqgiumeaylnofdxjkrcvstzwb

Cari teks sifer bagi kod sulit: epxxw nipkfafm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI  65

 Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk memahami dan bekerja


dengan nombor.

 Buta angka (innumeracy) didefinisikan sebagai kekurangan kebolehan untuk


memahami dan bekerja dengan nombor.

 Individu berkemahiran numerasi dapat melakukan peranannya dengan


bertanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat dengan berkesan.

 Aspek asas numerasi adalah penaakulan matematik, penyelesaian masalah


dan membuat keputusan.

 Penaakulan induktif melibatkan pemerhatian pola-pola khusus untuk


membuat kesimpulan umum.

 Penaakulan deduktif pula melibatkan penghasilan hujahan logik, membuat


keputusan dan mengaplikasikan dapatan yang umum terhadap situasi yang
khusus.

 Terdapat empat tahap penyelesaian masalah menurut Polya: memahami


masalah, membuat perancangan, melaksanakan rancangan dan memeriksa
semula jalan penyelesaian masalah.

 Terdapat tujuh proses utama dalam membuat keputusan.

 Beberapa amalan harian melibatkan nombor dan operasi, pola, pecahan,


nombor perpuluhan, pengukuran, gandaan, faktor dan nombor perdana.

Berkemahiran numerasi Penaakulan deduktif


Buta angka (innumeracy) Penaakulan induktif
Corak dan hubungan Penaakulan matematik
Membuat keputusan Pengukuran
Numerasi Penyelesaian masalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 KEMAHIRAN NUMERASI

Brooks, M; Pui. (2010). Are individual differences in numeracy unique from


general mental ability? A closer look at a common measure of numeracy.
Individual Differences Research. 4. 8: 257ă265.

Current Population Estimates, Malaysia, 2017ă2018. (n.d.). Dicapai dari


https://www.dosm.gov.my

INNUMERACY | meaning in the Cambridge English Dictionary. (n.d.). Dicapai


dari https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/innumeracy

National Numeracy. (n.d.). Dicapai dari https://www.nationalnumeracy.org.uk/

Numeracy | definition of numeracy in English by Oxford Dictionaries. (n.d.).


Dicapai dari https://en.oxforddictionaries.com/definition/numeracy

Paulos, John Allen. Innumeracy: Mathematical illiteracy and its consequences.


Hill and Wang. p. 4. ISBN 0-8090-7447-8.

Rachel, S., & Graham, G. (2013). Teaching adult numeracy: Principles and practice.
Maidenhead, Berkshire: McGraw-Hill Education.

Statistics Canada. Building on our competencies: Canadian results of the


international adult literacy and skills survey. Statistics Canada. p. 209.
Diarkibkan dari asal (PDF) pada 2011-09-27.

Succeed with maths ă Part 1. (n.d.). Dicapai dari https://bit.ly/3wQPEqC

The Importance of Literacy and Numeracy Skills. (n.d.). Dicapai dari


https://bit.ly/3wIFjwG

The importance of numeracy and mathematics. (n.d.). Dicapai dari


https://education.gov.scot/parentzone/Documents/ImportanceNum
Maths.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Celik Digital

4
Prof Madya Dr Nantha Kumar Subramaniam
nanthakumar@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud celik digital dan beberapa cara anda
boleh meningkatkan kecekapan penggunaan digital;
2. Menerangkan kecekapan yang diperlukan untuk membentuk
celik digital; dan
3. Menerima dan mengaplikasikan kesemua amalan baik dan
perkara-perkara yang dikehendaki dalam setiap kecekapan.

 PENGENALAN

Teknologi komputer dan komunikasi kini menjadi sebahagian


daripada kepentingan dalam kehidupan seharian kita. Kesan
daripada teknologi komputer dan komunikasi telah
mewujudkan dunia digital apabila semua maklumat boleh
didapati dengan hanya sentuhan pada skrin. Sebagai pelajar,
adakah anda cukup yakin untuk berhadapan dengan teknologi
digital dalam pembelajaran? Sebagai pelajar juga, bagaimanakah anda boleh
meningkatkan kecekapan untuk menggunakan teknologi digital dengan cara
yang berkesan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Kemajuan komputer dan komunikasi menjadikan perkara di sekeliling kita


bergerak dengan lebih pantas, pintar, saling berhubung dan membawa kepada
penggunaan digital yang semakin meningkat dalam apa-apa jua bidang
(contohnya perniagaan, pendidikan, hiburan dan sebagainya). Yang berikut
adalah video yang memperlihatkan bagaimana teknologi memberi impak pada
kehidupan kita (imbas kod QR di bawah dengan menggunakan telefon pintar
anda ATAU klik pada pautan).

https://www.youtube.com/watch?v=L1Dxq0cOPcs

Anda perlu celik digital atau mempunyai tahap kecekapan yang baik untuk
bertahan dalam dunia digital seperti yang digambarkan dalam video berikut.

https://youtu.be/p2k3C-iB88w

 Istilah celik digital mula-mula diperkenalkan oleh Paul Gilster pada


tahun 1997. Gilster mendefinisikan celik digital sebagai „kebolehan
memahami dan menggunakan maklumat dalam pelbagai format dari
pelbagai sumber yang luas yang dipaparkan melalui penggunaan
komputer‰ (Gilster, 1997).

 Definisi terbaharu „celik digital‰ mempunyai sedikit kelainan berbanding


definisi di atas. Contohnya, Universiti Cornell mendefinisikan celik
digital sebagai „kebolehan untuk mencari, menilai, mengguna, berkongsi
dan menghasilkan kandungan maklumat dengan menggunakan
teknologi dan Internet.‰ (https://digitalliteracy.cornell.edu/).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  69

Terdapat pelbagai definisi tentang celik digital. Sesungguhnya, kesemua definisi ini
menekankan komponen-komponen komputer dan ICT (termasuk Internet) yang
merupakan tulang belakang kepada celik digital. Menurut definisi-definisi ini juga,
celik digital melibatkan kemahiran yang pelbagai. Kemahiran-kemahiran ini
penting untuk berjaya dalam dunia digital. Pelajar yang kurang kemahiran celik
digital mempunyai kelemahan sama seperti mereka yang tidak boleh menulis
atau membaca. Sebagai pelajar, anda telah pun menggunakan teknologi digital
seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Malah, anda telah pun mengetahui
cara-cara mengendali dan mencari maklumat di laman web dan berkongsi gambar
di Facebook (yang merupakan salah satu platform media sosial).

Perlu diingati bahawa, celik digital menjangkaui kemahiran-kemahiran asas yang


lain. Istilah „celik‰ bagi digital membawa maksud pembangunan. Oleh itu,
pemahaman tentang celik digital menurut sudut pandangan ini adalah penting
seperti yang dicadangkan dalam kerangka kerja pembangunan celik digital
(digital literacy development framework) oleh Beetham dan Sharpe (2010).
Kerangka kerja ini menerangkan celik digital sebagai „proses pembangunan
melalui kemahiran capaian dan fungsi untuk memperoleh keupayaan dan identiti
di peringkat yang lebih tinggi‰.

Rajah 4.1: Kerangka kerja pembangunan celik digital


menurut Beetham dan Sharpe (2010)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
70  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Kerangka kerja ini mempunyai empat peringkat. Bahagian bawah hierarki


perlu dicapai terlebih dahulu sebelum seseorang individu dapat pergi ke
peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pelajar perlu membina
kemahiran bermula dari bahagian bawah piramid dan kemudian meningkat naik
sehingga ke puncak. Anda juga boleh menganggap model pembangunan ini
seperti model „Hierarki Keperluan‰ Maslow.

Celik digital adalah keupayaan yang diperlukan untuk menjadikan seseorang


individu bertanggungjawab dan bersama-sama mengambil bahagian dalam
masyarakat digital. Celik digital tidak bergantung pada satu kecekapan sahaja;
malah, terdiri daripada beberapa set kecekapan seperti yang disenaraikan
di bawah (ulasan Llida, 2009):

(a) Celik ICT (termasuk celik komputer);

(b) Celik maklumat;

(c) Pembelajaran ditingkatkan dengan teknologi (seperti pembelajaran digital/


e-pembelajaran); dan

(d) Celik media.

Kesemua kecekapan ini akan membantu anda untuk menuju ke peringkat yang
lebih tinggi dalam kerangka kerja pembangunan celik digital (rujuk Rajah 4.1).

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan maksud celik digital.

2. Apakah komponen-komponen yang membentuk celik digital?

3. Terangkan kesemua peringkat dalam kerangka kerja pembangunan


celik digital menurut Beetham dan Sharpe (2010).

Mari kita lihat dengan lebih lanjut kekecapan-kecekapan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  71

4.1 LITERASI ICT


Pernahkah anda mendengar istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology, ICT)? ICT mewakili pengumpulan
pelbagai aktiviti dan teknologi yang merangkumi gabungan IT dan teknologi
komunikasi (ets.org). Perkakasan, perisian, data dan individu yang
menggunakannya membawa kepada penubuhan sistem ICT. Internet termasuk
dalam teknologi komunikasi. Anda juga perlu mengetahui bahawa komputer dan
ICT ialah dua perkara yang berbeza. Komputer merupakan perkakasan yang pada
kebiasaannya adalah sebahagian daripada sistem ICT.

Ramai yang menyalah anggap bahawa celik komputer dan celik


ICT merupakan dua perkara yang sama. Hakikatnya, celik
komputer bermaksud kebolehan individu menggunakan peranti
maklumat digital dan perisian. Sebaliknya, celik maklumat
merujuk kepada kebolehan individu untuk mencari dan menilai sumber bagi
mendapatkan maklumat yang berkualiti. Oleh itu, celik komputer ialah subset
kepada kecekapan ICT (Bruce, 1998).

Rajah 4.2: Komponen-komponen komputer

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Anda boleh rujuk di https://view.genial.ly/5c19d9c407be570d177a727e untuk


mendapatkan penerangan bagi setiap komponen.

Dengan cara ini, adakah anda merasakan pengetahuan anda tentang cara-cara
komputer berfungsi telah cukup untuk menjadikan anda celik ICT?

Sekarang, mari kita lihat definisi celik ICT.

Celik ICT adalah kebolehan menggunakan alat digital, teknologi dan/atau


rangkaian untuk mencapai, mengurus, menilai dan menghasilkan
maklumat untuk berfungsi dalam masyarakat yang berpengetahuan
(International ICT Literacy Panel, 2007).

Keperluan untuk memperoleh maklumat melalui aplikasi teknologi dan


memanfaatkan penggunaan maklumat, akan melahirkan konsep celik ICT.
Menggunakan Internet dan aplikasinya seperti e-mel, dan World Wide Web
(WWW) terutamanya untuk memperoleh dan menyebarkan maklumat
merupakan antara komponen celik ICT (Oliver & Towers, 2000). Mencapai,
mengurus, mengintegrasikan, menilai dan mencipta maklumat adalah LIMA
komponen utama bagi celik ICT. Semua komponen ini penting kepada kita untuk
berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat yang berpengetahuan (Rajah 4.3).

Rajah 4.3: LIMA komponen celik ICT dalam masyarakat berpengetahuan


Sumber: Digital Transformation A Framework for ICT Literacy,
A Report of the International ICT Literacy Panel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  73

Kelima-lima komponen ini mewakili pelbagai kemahiran dan ilmu. Komponen-


komponen ini dibentangkan mengikut turutan bagi memperoleh peningkatan
kognitif yang lebih kompleks. LIMA komponen ini diterangkan seperti yang
berikut:

(a) Mencapai ă mengetahui tentang dan bagaimana untuk mencapai dan/atau


mengumpul maklumat.

(b) Mengurus ă mengaplikasikan skim aturan atau pengkelasan.

(c) Mengintegrasikan ă mentafsir dan mempersembahkan maklumat


melibatkan perbandingan, ringkasan dan perbezaan.

(d) Menilai ă membuat keputusan tentang kualiti, kegunaan, kaitan ataupun


keberkesanan maklumat.

(e) Mencipta ă menjana maklumat dengan menyesuai, mereka bentuk,


mengaplikasi, mencipta ataupun mengarang maklumat.

Komponen dalam Rajah 4.3 merupakan tugasan asas yang membawa kepada
celik ICT. Panel Celik ICT Antarabangsa (International ICT Literacy Panel ) telah
mengembangkan lagi model tersebut kepada celik ICT yang lebih kompleks
seperti yang terdapat di dalam Rajah 4.4. Rajah 4.4 menggambarkan kemahiran
dan ilmu asas celik ICT melibatkan tiga kecekapan: ICT, kognitif dan teknikal.

Rajah 4.4: Asas kemahiran dan ilmu untuk membentuk celik ICT
Sumber: Digital Transformation A Framework for ICT Literacy,
A Report of the International ICT Literacy Panel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

TIGA kecekapan tersebut diterangkan seperti yang berikut:

(a) Kecekapan Kognitif ă kemahiran asas diperlukan di sekolah, di rumah dan


di tempat kerja. Penyelesaian masalah dan numerasi adalah contoh bagi
kecekapan kognitif. Sebagai pelajar pengajian tinggi, perolehan ilmu dalam
bidang yang anda pelajari juga merupakan kecekapan kognitif.

(b) Kecekapan Teknikal ă asas kepada celik digital. Kecekapan ini terdiri
daripada asas pengetahuan perkakasan, rangkaian, perisian dan komponen-
komponen yang terdapat pada komputer. Sebagai pelajar, anda perlu
mengetahui sekurang-kurangnya kecekapan penggunanan komputer
seperti yang berikut:

1. Kemahiran asas penggunaan komputer. Sila rujuk pautan yang


berikut untuk maklumat lanjut mengenai komputer:
https://en.wikibooks.org/wiki/Computers_for_Beginners/The_
Basics

2. Kecekapan yang baik dalam menggunakan aplikasi perisian yang


berikut:

*Jenis
Tujuan Sumber
Perisian

Microsoft Merupakan https://en.wikibooks.org/wiki/


Word program Computers_for_Beginners/The_Basics
memproses
perkataan yang
membolehkan
pengguna
menaip,
menyunting
dan
menyimpan
dokumen.

Microsoft Perisian yang https://www.tutorialspoint.com/


PowerPoint digunakan powerpoint
untuk
membuat
pembentangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  75

Microsoft Membolehkan https://www.tutorialspoint.com/


Excel pengguna excel/
mengatur,
membuat
format dan
mengira data
menggunakan
formula dalam
sistem
spreadsheet.

* Anda boleh menggunakan aplikasi lain yang sesuai selain daripada


perisian di atas. Terdapat banyak aplikasi sumber terbuka yang boleh
melakukan fungsi yang sama. Pilihan di tangan anda.

(c) Kecekapan ICT ă mengaplikasi dan mengintegrasikan kemahiran teknikal


dan kognitif dalam membentuk kecekapan ICT. Kecekapan ICT juga
membolehkan individu memaksimumkan keupayaan penggunaan
teknologi.

Kecekapan ICT akan mentransformasikan seseorang individu menjadi


lebih inovatif. Pendekatan celik ICT mengandungi kedua-dua kecekapan
kognitif dan teknikal. Sebagai contoh, untuk melakukan tugasan ICT dengan
berjaya, seperti mencari perbandingan amalan pengurusan baik di Internet,
seseorang individu perlu mengaplikasikan kemahiran membaca dan berfikir
secara kritis (kognitif) dan kemudian boleh mencapai maklumat
menggunakan enjin pencarian seperti Google, yang merupakan cara
penggunaan komputer (teknikal). Kecekapan kognitif dan teknikal
merupakan domain yang berbeza, namun kedua-duanya penting untuk
menjadikan individu celik ICT. Kedua-dua kecekapan kognitif dan teknikal
merupakan domain yang bebas namun, dengan menggunakan ilmu dan
kemahiran yang berkaitan, ia akan mempengaruhi tahap celik ICT
seseorang.

Individu yang mempunyai tahap kecekapan kognitif yang rendah tetapi ada
kecekapan teknikal yang tinggi dijangka boleh menjalankan tugasan teknikal
seperti yang telah dilatih. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak
mempunyai kemahiran atau ilmu untuk bekerja dengan aplikasi dan
melaksanakan tugasan dengan pendekatan yang baharu. Berkemungkinan
besar juga, mereka tidak akan mendapat kemahiran tersebut tanpa
bimbingan secara formal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Sebaliknya, individu yang mempunyai kecekapan kognitif yang tinggi


tetapi kecekapan teknikalnya rendah perlu mendapatkan latihan teknikal
untuk meningkatkan kecekapan ICT; setelah itu barulah dia dapat
memperoleh kemahiran dan ilmu yang baharu pada masa yang singkat dan
secara berdikari.

Adakah anda keliru? Jangan bimbang. Maklumat tentang celik ICT dan
lima komponen celik ICT yang diterangkan sebelum ini terdapat dalam
video berikut dan disertakan dengan contoh.

https://youtu.be/Io2A6dVsHVQ

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Nyatakan definisi celik ICT.

2. Apakah LIMA komponen celik ICT?

3. Bezakan kecekapan kognitif, teknikal dan ICT. Bagaimanakah


kecekapan ini dikaitkan dengan celik ICT?

AKTIVITI 4.1

Sebahagian daripada rajah di dalam topik ini mempunyai kod QR yang


membenarkan anda menonton video dan melihat dari sumber-sumber
lain terus-menerus melalui telefon pintar anda. Sekiranya anda masih
belum mencuba lagi, anda digalakkan untuk menerokanya dengan
menggunakan telefon pintar anda. Ingat, percubaan menggunakan
kod QR melalui telefon pintar anda akan menyumbang kepada
kecekapan teknikal untuk memperoleh kemahiran celik ICT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  77

4.2 CELIK MAKLUMAT


„Maklumat‰ ialah data yang memberi makna. Kamus New Oxford American
Dictionary mendefinisikan maklumat sebagai „fakta yang disedia atau dipelajari
tentang sesuatu atau seseorang‰. Menurut Li (2014):

(a) Maklumat merangkumi domain yang luas: Ruang lingkup maklumat adalah
sangat luas. Maklumat boleh membawa maksud yang berlainan dalam skop
yang berbeza; dan

(b) Maklumat wujud dalam pelbagai bentuk: Maklumat boleh diwakili dengan
kod, warna, peristiwa, fakta, graf, imej, huruf, cahaya, nombor, gambar,
tanda, isyarat, bunyi, statistik, jadual, teks, gelombang dan sebagainya.

Maklumat penting untuk kita mendapatkan pengalaman di dunia. Selain itu,


maklumat juga membentuk kepercayaan peribadi dan pandangan seseorang.
Maklumat boleh didapati daripada pelbagai sudut pandangan yang berbeza,
seperti:

(a) Maklumat sebagai data yang berguna;


(b) Maklumat sebagai pengetahuan yang subjektif;
(c) Maklumat sebagai sumber; dan
(d) Maklumat sebagai komoditi.

Mengapakah Celik Maklumat Penting kepada Anda sebagai Pelajar?


Perhatikan keadaan ini: Membuat penyelidikan dan penambahan bacaan
merupakan perkara penting dalam persekitaran pembelajaran di universiti.
Salah satu halangan utama yang dihadapi oleh pelajar universiti adalah untuk
mendapatkan artikel atau buku yang diperlukan. Kebolehan mencari artikel dan
buku merupakan kemahiran celik maklumat yang penting untuk berhadapan
dengan aktiviti-aktiviti akademik. Anda sudah tentu tahu jawapannya:
manfaatkan perpustakaan di universiti dengan sepenuhnya! Sebelum kita terus
ke subtopik lain, terdapat beberapa persoalan yang perlu ditangani:

(a) Alat manakah yang perlu anda gunakan untuk mengetahui sama ada
perpustakaan tersebut mempunyai artikel-artikel atau buku-buku yang
anda perlukan?

(b) Adakah anda mengetahui kaedah untuk mencari artikel-artikel?

(c) Apakah pilihan lain yang anda ada sekiranya artikel-artikel dan buku-buku
yang anda cari tidak terdapat di perpustakaan?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
78  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Sekiranya anda tidak mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas,


maka, anda perlu meningkatkan tahap celik maklumat anda. Celik maklumat
adalah sejenis kelancaran yang perlu anda kuasai ă bukan sahaja untuk pelajar,
malahan untuk semua orang. Jawatankuasa Presiden Persatuan Perpustakaan
Amerika (Presidential Committee of the American Library Association) (ALA;
http://www.ala.org/) menyatakan „Celik maklumat adalah kemahiran hidup di
zaman maklumat‰ (ALA, 1989). Pernyataan ini menunjukkan kepentingan celik
maklumat pada abad ke-21. Mari kita lihat definisi celik maklumat.

ALA mendefinisikan celik maklumat sebagai „set kebolehan yang diperlukan


oleh individu untuk mengetahui bila maklumat diperlukan dan
berkebolehan untuk mendapat, menilai dan menggunakan maklumat
tersebut dengan berkesan‰ (ALA, 1989).

Celik maklumat bukan sahaja berkaitan dengan maklumat yang dicetak tetapi
juga melalui percakapan, kandungan digital, imej dan data. Anda
berkemungkinan telah menggunakan kemahiran celik maklumat tanpa anda
sedari ă contohnya dengan menyemak ulasan hotel atau ulasan perjalanan di
laman web.

Terdapat LIMA komponen utama celik maklumat iaitu mengenal pasti, mencari,
menilai, mengaplikasi dan memperakui. Video berikut menghuraikan dengan
lebih lanjut komponen-komponen ini berserta contoh.

https://youtu.be/1ronp6Iue9w

Celik maklumat adalah menjangkaui kebolehan meneroka, mencapai, mentafsir,


menganalisis, mengurus, mencipta, berkomunikasi, menyimpan dan berkongsi
maklumat. Malah, celik maklumat melibatkan penggunaan kecekapan, atribut
dan keyakinan yang diperlukan untuk memanfaatkan maklumat dan
mentafsirnya dengan teliti. Celik maklumat melibatkan pemikiran kritis dan
kepekaan, serta dengan pemahaman tentang etika dan isu-isu politik yang
berkaitan dengan penggunaan maklumat tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  79

Celik maklumat membentuk asas pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu,


celik maklumat membolehkan pelajar menguasai kandungan pelajaran,
mempunyai sikap arah-kendiri (self-directed ) dan berupaya mengurus cara
pembelajarannya sendiri. Celik maklumat juga berkaitan dengan kemahiran
teknologi maklumat. Kemahiran teknologi maklumat membolehkan individu
menggunakan komputer, aplikasi, perisian, pangkalan data dan pelbagai
teknologi lain untuk memperoleh berbagai-bagai bahan akademik dan keperluan
kerja untuk mencapai matlamat peribadi. Tambahan pula, individu yang
celik maklumat berkecenderungan untuk meningkatkan beberapa kemahiran
teknologi yang lain. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti yang melibatkan celik
maklumat memerlukan pemahaman, pencarian, penilaian dan penggunaan
maklumat yang dapat disempurnakan dengan baik menerusi alat dan aplikasi
teknologi maklumat. Celik maklumat mencetus, mengekal dan melanjutkan
pembelajaran sepanjang hayat menerusi kebolehan memanfaatkan penggunaan
teknologi untuk pembelajaran secara berdikari.

4.2.1 Kerangka Kerja Celik Maklumat


Pada abad ke-21 ini, anda sememangnya perlu meningkatkan tahap celik
maklumat. Semakin hari tidak kira di mana anda berada, sama ada di tempat
kerja, universiti mahupun di rumah, anda perlu memenuhi tuntutan-tuntutan
berikut:

(a) Menentukan tahap maklumat yang diperlukan;

(b) Menilai secara kritis maklumat dan sumber maklumat;

(c) Mencapai maklumat yang diperlukan dengan cekap dan berkesan;

(d) Menggabungkan maklumat yang terpilih sebagai asas pengetahuan anda;

(e) Menggunakan maklumat dengan berkesan untuk menyempurnakan


tugasan atau tujuan tertentu; dan

(f) Menggunakan maklumat secara beretika selaras dengan undang-undang;


dan pada masa yang sama memahami isu-isu ekonomi, perundangan dan
sosial di sekeliling yang berkaitan dengan penggunaan dan capaian
maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Rajah 4.5: Laman web Internet yang penuh dengan maklumat

Namun, dengan hanya menggunakan maklumat di Internet, tidak menjadikan


anda seorang yang celik maklumat.

Dalam pengajian tinggi, celik maklumat bukan sahaja tentang mempelajari


cara-cara untuk menggunakan enjin carian atau pangkalan data di perpustakaan.
Sebenarnya, Kerangka Kerja Celik Maklumat untuk Pengajian Tinggi (Framework
for Information Literacy for Higher Education) yang dibangunkan oleh Persatuan
Kolej dan Perpustakaan Penyelidikan (Association of College and Research
Libraries) pada tahun 2015 menyenaraikan ENAM kerangka yang bertindak
sebagai pintu gerbang untuk para pelajar memahami, memikirkan dan
mengamalkan kemahiran celik maklumat. Kerangka ini merupakan pintu gerbang
yang kritis yang memerlukan pelajar-pelajar seperti anda untuk membina
kepakaran tersendiri dalam domain pengetahuan atau disiplin ilmu. Yang berikut
disenaraikan ENAM kerangka celik maklumat menurut Persatuan Kolej dan
Perpustakaan Penyelidikan:

(a) Kewibawaan dibina dan bersifat kontekstual;

(b) Penghasilan maklumat sebagai proses;

(c) Maklumat mempunyai nilai;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  81

(d) Penyelidikan sebagai siasatan;

(e) Pengisian ilmiah sebagai perbualan; dan

(f) Pencarian sebagai penerokaan yang strategik.

Setiap konsep ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam video pada halaman
berikut.

https://youtu.be/hbe6xBibOL4

Setiap kerangka mempunyai dua bahagian, iaitu amalan dan kecenderungan ilmu
(knowledge practices and disposition). Amalan ilmu memperlihatkan cara-cara
pelajar meningkatkan kefahaman tentang konsep celik maklumat. Sebaliknya,
kecenderungan ilmu melibatkan dimensi afektif atau penghargaan terhadap
pembelajaran. Yang berikut adalah sumber laman web yang menerangkan amalan
dan kecenderungan ilmu pada setiap kerangka tersebut.

https://view.genial.ly/5bd9148f621f1111d30d1c06

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Nyatakan definisi celik maklumat.

2. Terangkan LIMA komponen celik maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

AKTIVITI 4.2

Kenal pasti ENAM kerangka daripada kerangka kerja celik maklumat.

Sebagai pelajar, terangkan bagaimana anda boleh laksanakan kesemua


kerangka ini dengan berkesan dalam pembelajaran anda dengan
mengambil kira amalan dan kecenderungan ilmu.

Kita telah membincangkan konsep-konsep penting celik


digital, ICT dan maklumat. Berehat sebentar sebelum kita
teruskan ke bahagian selanjutnya.

4.3 PEMBELAJARAN DITINGKATKAN DENGAN


TEKNOLOGI (TECHNOLOGY-ENHANCED
LEARNING, TEL)

Rajah 4.6: Perhatikan perbezaan antara pembelajaran di dalam kelas


yang moden dan pembelajaran di dalam kelas waktu dahulu

Pendidikan abad ke-21 banyak melibatkan aplikasi teknologi dalam pengajaran


dan pembelajaran. Pengaruh teknologi terhadap pengajaran dan pembelajaran
adalah luar biasa (lihatlah di sekeliling anda!). Video di bawah akan menerangkan
dengan lebih lanjut cara-cara teknologi membentuk pengajaran dan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  83

https://youtu.be/nA1Aqp0sPQo

Pada masa kini, pengajaran banyak disampaikan dalam format digital termasuk
pembelajaran dalam talian melalui laman web/Internet. Open University
Malaysia menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dan
anda sebagai pelajar OUM perlu mempunyai keyakinan dan motivasi untuk
terlibat dalam pembelajaran dalam talian atau kelas dalam talian.

Istilah Pembelajaran Ditingkatkan dengan Teknologi (Technology Enhanced


Learning ă TEL) juga dikenali sebagai pembelajaran digital yang digunakan
untuk menerangkan aplikasi maklumat dan komunikasi dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran.

TEL dikenali sebagai e-pembelajaran atau pembelajaran digital. Apabila TEL


diaplikasikan di persekitaran laman web, maka, TEL dikenali sebagai
pembelajaran dalam talian. TEL menyediakan peluang pembelajaran tanpa
kekangan masa atau lokasi, menyokong pengalaman pembelajaran yang lebih luas
dan relevan serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengendalikan
pembelajaran mereka sendiri. Kini, TEL disampaikan terutamanya melalui
pembelajaran dalam talian. Penggunaan teknologi memberi nilai tambah kepada
pembelajaran anda dengan membenarkan:

(a) Kesinambungan penyampaian maklumat daripada satu individu kepada


yang lainnya;

(b) Pencapaian sumber maklumat pembelajaran pada bila-bila masa dan di


mana jua;

(c) Lebih banyak pilihan mengikut kelapangan masa, tempat dan kadar
pengajian;

(d) Terdapat pelbagai cara pembelajaran alternatif: pendidikan jarak jauh,


berasaskan kerja, berasaskan sebahagian dan keseluruhan kampus;

(e) Perkongsian ilmu dan pengarang bersama-sama di pelbagai lokasi;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

(f) Peluang merefleksi (reflection) dan merancang pembelajaran peribadi;

(g) Pembelajaran yang lebih aktif melalui teknologi interaktif dan sumber
multimedia;

(h) Penglibatan dalam masyarakat melalui ilmu, pertanyaan dan pembelajaran;


dan

(i) Pembangunan kemahiran untuk hidup dan bekerja dalam era digital.

Rajah 4.7 menunjukkan cara-cara pembangunan pembelajaran teknologi yang


boleh menyokong pelbagai aspek pembelajaran (learning), pengajaran (teaching)
dan penilaian (assessment) melalui TEL. Sebagai pelajar Open University
Malaysia (OUM), anda akan mula mengguna dan mengaplikasikan perkara-
perkara ini.

Rajah 4.7: Perkembangan pembelajaran teknologi


yang menyokong pelbagai aspek pembelajaran
Sumber: https://tel4dt.wordpress.com/2011/11/02/what-is-tel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  85

Anda perlu berusaha untuk menjadi pelajar yang mampu menggunakan


teknologi dengan berkesan atau e-pelajar di OUM. Kemampuan ini akan
memudahkan anda melakukan perkara-perkara berikut:

(a) Mengambil bahagian dalam pembelajaran digital seperti e-pelajaran


mingguan;

(b) Menggunakan sumber pembelajaran digital seperti video kuliah dan kuiz
dalam talian;

(c) Menggunakan media digital untuk mengambil bahagian dalam perbualan


pembelajaran bersama dengan tenaga pengajar dan rakan sepengajian;

(d) Menggunakan peralatan digital untuk mengatur, merancang dan merefleksi


semula pembelajaran;

(e) Merakam pembelajaran/hasil dan menggunakannya untuk analisis kendiri,


merefleksi kembali dan melihat pencapaian melalui e-portfolio dan blog
pembelajaran;

(f) Menggunakan alat digital untuk mengambil nota, membuat semakan dan
mengulang kaji pelajaran;

(g) Membuat penilaian diri;

(h) Menghantar tugasan anda melalui penyerahan elektronik menggunakan


sistem pengurusan pembelajaran myINSPIRE;

(i) Mengambil bahagian dalam penilaian digital; menerima dan menjawab


persoalan seperti dalam forum langsung;

(j) Mengurus masa dan tugasan pembelajaran; mengurus perhatian,


penglibatan dan motivasi untuk mempelajari dalam tetapan digital;

(k) Bekerjasama dengan pelajar lain dengan menggunakan teknologi digital


yang sesuai; dan

(l) Berkongsi pengetahuan dan kepakaran digital bersama-sama rakan yang


lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Pembelajaran Ditingkatkan dengan Teknologi adalah


berkaitan dengan celik ICT. Adakah anda tahu sebab-
sebabnya? Lihat kembali Rajah 4.4 sebagai rujukan. Anda
sudah pelajari bahawa celik ICT dipengaruhi oleh kecekapan
kognitif, teknikal dan ICT. Anda perlu mempunyai kecekapan
teknikal yang baik untuk menggunakan komputer dan
mempelajari aplikasinya. Anda perlu menggunakan
kecekapan teknikal untuk mempertingkatkan kecekapan kognitif. Sebagai
contoh, anda mungkin menggunakan sistem forum untuk bertanya soalan
bagi menjawab keraguan anda atau untuk mendapatkan kefahaman tentang
bahan pelajaran. Jika anda mempunyai kecekapan kognitif yang baik tentang
beberapa konsep dalam bahan pelajaran, maka anda boleh membantu rakan
sepengajian dengan terlibat dalam perbincangan. Anda boleh mewujudkan
„komuniti inkuiri‰ atau „komuniti latihan‰ untuk meningkatkan kecekapan
kognitif anda dan rakan sepengajian anda.

4.3.1 Alat yang Digunakan untuk Persekitaran TEL


dalam Konteks OUM
Yang berikut adalah alat-alat utama yang digunakan di OUM untuk menyokong
komponen pembelajaran dalam talian.

Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System, LMS)


Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) adalah aplikasi perisian untuk
pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, pelaporan dan penyampaian kursus
pembelajaran. LMS boleh diibaratkan sebagai sebuah bekas yang mengandungi
kesemua alatan pengajaran dan pembelajaran di dalamnya. Di OUM, myINSPIRE
LMS (Rajah 4.8) adalah versi yang telah ditambah baik daripada sumber terbuka
Moodle LMS yang digunakan untuk menyokong pengalaman pembelajaran
digital anda. Struktur umum laman kursus myINSPIRE ditunjukkan di dalam
Rajah 4.9.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  87

Rajah 4.8: Laman utama myINSPIRE LMS di OUM (inspire.oum.edu.my)

Rajah 4.9: Struktur laman kursus myINSPIRE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Kelebihan disediakan oleh myINSPIRE LMS ditunjukkan di dalam Rajah 4.10.

Rajah 4.10: Kelebihan menggunakan myINSPIRE

Panduan lebih lanjut tentang myINSPIRE terdapat di laman utama myINSPIRE


(misalnya di papan pemuka atau dashboard ).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  89

Forum
Forum adalah „papan‰ perbincangan (discussion board) yang membolehkan
perbualan dalam bentuk mesej yang dikirim (posting). Forum perbincangan
berbentuk hierarki atau berstruktur seperti pokok (tree-like); forum boleh
mengandungi beberapa subforum, dan di setiap subforum mungkin mempunyai
beberapa topik berbeza untuk dibincangkan. Dalam topik forum, setiap
perbincangan baharu yang dibuat atau dimulakan dipanggil jalur (thread ) yang
boleh dijawab oleh orang ramai. Forum berada dalam format tidak segerak iaitu
bukan pada masa sebenar (asynchronous), yang membolehkan pengguna
menyemak dan mengambil bahagian dalam perbincangan mengikut kelapangan
masa mereka. myINSPIRE di OUM mempunyai sistem forum tersendiri yang
boleh anda gunakan untuk berinteraksi bersama rakan sepengajian dan tenaga
pengajar secara dalam talian.

Rajah 4.11: Sistem forum di dalam myINSPIRE LMS, OUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

e-buku
Buku elektronik atau e-buku atau eBuku ialah buku yang diterbitkan dan terdapat
dalam bentuk digital, mengandungi teks, imej atau kedua-duanya sekali, boleh
dibaca di paparan panel komputer yang rata atau peranti elektronik yang lain
seperti iPad atau tablet. Di OUM, e-buku disediakan dalam bentuk e-modul
melalui format dokumen mudah alih (portable document format, pdf) dan boleh
dicapai menggunakan pelbagai peranti. E-modul boleh dibaca di dalam talian atau
dimuat turun ke dalam peranti anda untuk dibaca dan dicetak ketika di luar talian
(offline).

Rajah 4.12: E-module boleh dicapai dan dimuat turun daripada myINSPIRE LMS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  91

Video Kuliah
Video kuliah merupakan rakaman kuliah pendidikan dan dimuat naik ke dalam
laman kursus myINSPIRE. Pelajar boleh menonton kuliah secara dalam talian
pada bila-bila masa mengikut kelapangan mereka.

Rajah 4.13: Video kuliah yang disampaikan melalui myINSPIRE LMS, OUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

4.3.2 Pembelajaran Bergerak (Mobile Learning )

Rajah 4.14: Pembelajaran secara bergerak menjadi


elemen yang penting dalam pengajian tinggi

Istilah „M-pembelajaran dan „Pembelajaran Bergerak‰ merujuk kepada


pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih. Akhir-akhir
ini, pembelajaran bergerak menjadi semakin dikenali dalam pengajaran dan
pembelajaran di institut pengajian tinggi.

OÊMalley et al. (2003) mendefinisikan pembelajaran bergerak sebagai


pembelajaran yang berlaku apabila pelajar tidak berada di lokasi yang tetap,
lokasi yang ditentukan sebelumnya, atau pelajar memanfaatkan peluang
pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih.

Perkataan „bergerak/mudah alih (mobile)‰ mempunyai dua maksud:

(a) Pelajar yang bergerak: Pelajar terlibat dengan aktiviti pendidikan tanpa
kekangan seperti lokasi yang telah ditetapkan. Cara pembelajaran ini dapat
memotivasikan pelajar untuk belajar apabila mempunyai peluang ă dari
buku, sumber elektronik, tempat dan daripada orang; dan

(b) Peranti mudah alih: Peranti mudah alih, ringan dan ada antaranya cukup
kecil untuk dimasukkan ke dalam poket ataupun diletakkan di telapak
tangan. Contohnya, telefon bimbit, telefon pintar, komputer yang boleh
dipegang seperti iPad atau PDA (Pembantu Digital Peribadi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  93

Yang berikut adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada keberkesanan


pembelajaran bergerak:

(a) Mudah ă kesemua pembelajaran yang diperlukan berada di hujung jari;

(b) Tempoh masa ă kursus yang pendek dan ringkas membolehkan penyertaan
pelajar yang lebih ramai;

(c) Fokus ă kursus direka bentuk berdasarkan hasil pembelajaran atau objektif
kursus;

(d) Pembelajaran mikro ă pembelajaran ringkas yang tertumpu dan boleh


dipelajari dengan mudah; dan

(e) Kandungan ă kandungan yang menarik dan interaktif.

Pembelajaran Bergerak Menerusi myINSPIRE


Pembelajaran bergerak menerusi myINSPIRE disokong dalam pelayar Internet
(Internet browser) seperti Google Chrome dan Mozilla menggunakan telefon
pintar anda seperti pada rajah di bawah.

Rajah 4.15: myINSPIRE dilihat dari pelayar dalam telefon anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Secara alternatifnya, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih myINSPIRE
(diperkasa oleh Moodle) dari Play Store (telefon Android) atau App Store (telefon
iPhone) dan memasangnya dalam telefon pintar anda. Pautan untuk memasang
aplikasi ini terdapat pada muka depan myINSPIRE.

Rajah 4.16: Aplikasi mudah alih myINSPIRE


yang disokong oleh platform iOS dan Android

Pembelajaran bergerak menerusi myINSPIRE menyokong „pelajar yang


bergerak‰ melalui peranti mudah alih yang dimiliki para pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  95

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Terangkan maksud pembelajaran ditingkatkan dengan teknologi


(TEL).

2. Terangkan cara-cara TEL membantu meningkatkan pembelajaran


anda.

3. Apakah kesan terhadap pengalaman pembelajaran digital


sekiranya pelajar mempunyai:

(a) Tahap kecekapan teknikal dan kognitif yang rendah.

(b) Tahap kecekapan teknikal yang rendah tetapi tahap


kecekapan kognitif yang tinggi.

Apakah inisiatif yang boleh diambil oleh pelajar untuk menangani


masalah/isu di atas?

AKTIVITI 4.3

Lawati myINSPIRE LMS (inspire.oum.edu.my). Akses ke salah satu


laman kursus yang anda daftar. Bincangkan bagaimanakah anda akan
menggunakan myINSPIRE untuk memaksimumkan pembelajaran
dalam talian anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

4.4 CELIK MEDIA

Rajah 4.17: Media dalam pelbagai format

Celik media adalah pendekatan pembelajaran abad ke-21. Celik media


menyediakan kerangka kerja untuk mencapai, menganalisis, menghasil dan
menyertakan mesej dalam pelbagai bentuk ă daripada mesej bercetak kepada
video dan Internet. Pengaruh media tidak boleh dipandang rendah. Kita
meluangkan banyak masa dengan melayari Internet, menonton video, mendengar
muzik di radio dan menonton wayang. Ini jelas memperlihatkan kesan media
dalam kehidupan kita.

Celik media didefinisikan sebagai kebolehan mencapai, menganalisis dan


menghasilkan media dalam berbagai-bagai bentuk (https://www.medialit.
org/media-literacy-definition-and-more).

Suruhanjaya Eropah (2007) mendefinisikan celik media sebagai kebolehan


untuk mencapai media, untuk memahami dan menilai secara kritis tentang
pelbagai aspek media dan kandungannya dan untuk mewujudkan
komunikasi media dalam pelbagai konteks (https://bit.ly/3j05zP7).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  97

Walaupun terdapat pelbagai definisi media, namun matlamat utama celik media
adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai bentuk mesej yang
disampaikan melalui media yang terdapat dalam kehidupan kita. Celik media
memberi kesedaran kepada kita beberapa cara bahawa media mampu
mempengaruhi persepsi dan kepercayaan, membentuk budaya popular dan
pilihan peribadi. Kita memerlukan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah yang kreatif dan menjadi pengguna dan pengeluar maklumat yang bijak.
Celik media membantu dalam:

(a) Menggalak pemikiran kritis;

(b) Memahami cara-cara kandungan media memberi kesan terhadap budaya


dan masyarakat;

(c) Mengenal pasti strategi komunikasi;

(d) Mengecam tujuan pengeluar kandungan media;

(e) Mengecam maklumat yang salah dan dimanipulasi; dan

(f) Mewujud dan berkongsi kandungan media kepunyaan anda.

Terdapat EMPAT kemahiran penting yang akan membantu penonton dan


pembaca untuk memahami makna celik media:

(a) Mencapai media;

(b) Menganalisis kandungan;

(c) Mampu untuk menilai mesej; dan

(d) Mampu mencipta media untuk mengekspresi diri dan berkomunikasi.

Celik media mempunyai makna lebih mendalam yang melibatkan analisis,


dan bukan semata-mata untuk memahami fakta yang dibentangkan. Celik media
juga adalah kebolehan mencapai, menganalisis, menghasil dan menyertakan
mesej dalam pelbagai bentuk. Mengapakah celik media penting? Tonton video
berikut untuk mendapatkan jawapannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

https://youtu.be/ZaMzYDe0taY

Pembelajaran Media di dalam Kelas


Kita belajar melalui perbuatan. Terdapat pelbagai bentuk media yang
membolehkan anda untuk memahami dan mengungkap idea dalam apa-apa jua
bidang yang anda pelajari. Filem, radio, Internet, fotografi, media cetak dan
pelbagai lagi bentuk komunikasi yang tersedia bukan sahaja sebagai sumber
maklumat dan hiburan, malah sebagai alat untuk menghasilkan penyelesaian
pendidikan yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, dengan menggunakan
telefon pintar, anda boleh merakam dan memuat naik pembentangan anda ke
dalam myINSPIRE LMS untuk tenaga pengajar dalam talian menontonnya dan
memberikan markah.

Pembelajaran di dalam kelas (secara fizikal atau dalam talian) merupakan tempat
pengeluaran media untuk tujuan pembelajaran. Pembelajaran di dalam kelas
merupakan tempat pelajar menyelesaikan masalah yang bukan sahaja melalui
pembacaan dan penulisan tetapi juga melalui pembikinan kandungan media
secara digital. Dunia masa kini memerlukan kecekapan yang baharu dalam
kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran dalam menggabungkan pelbagai
bentuk media.

SEMAK KENDIRI 4.5

1. Terangkan maksud celik media.

2. Bincangkan kepentingan celik media.

3. Pada hari ini, media sosial kerap dibanjiri dengan „berita palsu‰.
Apakah sebab-sebab perkara ini terjadi dan bagaimanakah kita
boleh mengurangkannya daripada berterusan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  99

AKTIVITI 4.4

Rakam ucapan anda yang tidak melebihi tiga minit tentang kepentingan
„celik media‰. Anda boleh menggunakan apa-apa peranti untuk
merakam sama ada menggunakan telefon pintar, komputer meja
ataupun komputer riba. Kongsikan video tersebut bersama-sama rakan-
rakan sekelas anda dalam myINSPIRE.

AKTIVITI 4.5

Anda telah mempelajari kecekapan celik digital termasuk ICT,


maklumat, pembelajaran digital dan kecekapan media. Dengan kesemua
pengetahuan yang anda telah peroleh, terangkan bagaimanakah anda
boleh mencapai ke peringkat yang lebih tinggi dalam kerangka kerja
pembangunan celik digital (rujuk Rajah 4.1)?

 Teknologi komputer dan komunikasi kini menjadi semakin penting dalam


kehidupan seharian kita.

 Keadaan ini mewujudkan dunia digital dengan kesemua maklumat tersedia


dengan hanya sentuhan pada skrin.

 Dunia digital telah mewujudkan keperluan kepada celik digital.

 Celik digital termasuk celik ICT, celik maklumat, celik media dan
pembelajaran digital atau pembelajaran ditingkatkan dengan teknologi (TEL).

 Setiap kecekapan mempunyai keperluan dan kehendak tersendiri dan anda


sebagai pelajar perlu memahami dan menerima pakai amalan baik tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Celik digital Kerangka kerja pembangunan celik


digital
Celik ICT
Pembelajaran bergerak
Celik maklumat
Pembelajaran ditingkatkan dengan
Celik media teknologi

American Library Association. Presidential Committee on Information Literacy.


Final Report. (Chicago: American Library Association, 1989).

Association of College and Research Libraries http://www.ala.org/acrl/

Beetham, H., & Sharpe, R. (2010). Digital literacy framework. JISC ă The Design
Studio. Dicapai dari
https://www.jisc.ac.uk/guides/developing-digital-literacies

Bruce, C. (1998). The phenomenon of information literacy. Higher Education and


Development, 17, 25ă43.

Gilster, P. (1997). Digital literacy. New York: Wiley Computer Publications.


Jenkins, H. (1992), Textual poachers: Television fans and participatory
culture. New York: Routledge.

Information Literacy is a survival skill in the Information Age. (ALA, 1989:


http://www.ala.org/acrl/publications/whitepapers/presidential

International ICT Literacy Panel. (2007).


https://www.ets.org/Media/Research/pdf/ICTREPORT.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  101

Li, LiLi. (2014). Scholarly Information Discovery in the Networked Academic


Learning Environment. Chandos Publishing.

Llida Review. (2009). Thriving in the 21st century: Learning Literacies for the
Digital Age. The Caledonian Academy, Glasgow Caledonian University for
JISC.
http://www.jisc.ac.uk/media/documents/projects/llidaexecsumjune2009.
pdf

Oliver, R., & Towers, S. (2000). Benchmarking ICT literacy in tertiary learning
settings. In R. Sims, M. OÊReilly & S. Sawkins (Eds). Learning to choose:
Choosing to learn. Proceedings of the 17th Annual ASCILITE Conference
(pp 381ă390). Lismore, NSW: Southern Cross University Press.

OÊMalley, C., Vavoula, G., Glew, J. P., Taylor, J., & Sharples, M. (2005). Guidelines
for Learning/Teaching/Tutoring in a Mobile Environment.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kreativiti dan
Inovasi
5 Majumin Hanum Abdul Samad
majmin@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan kreativiti, inovasi dan pemikiran reka bentuk;
2. Menerangkan hubungan antara kreativiti dan inovasi dengan
pembelajaran;
3. Menerangkan pemikiran reka bentuk sebagai strategi inovasi; dan
4. Mengamalkan dan mengaplikasikan alat untuk kreativiti dan
inovasi.

 PENGENALAN
Topik ini memperkenalkan anda kepada kreativiti, inovasi dan pemikiran reka
bentuk. Kita akan mempelajari maksud perkataan-perkataan tersebut dalam
konteks modul ini dan bagaimana ia saling berkaitan antara satu sama lain.
Di samping itu, kita akan memperkenalkan beberapa pendekatan yang berguna
dan alat yang relevan dengan subjek ini.

Tahukah anda bahawa pendidik hari ini menganggap kreativiti sebagai salah satu
bentuk pembelajaran yang tertinggi? Kreativiti telah semakin berkembang di
dunia pada abad ini. Ahli psikologi menganggapnya antara bentuk tertinggi
bagi aktualisasi diri. Eksekutif perniagaan menganggapnya antara ciri paling
kritikal bagi kepimpinan moden. Dan yang paling penting, kreativiti adalah
salah satu daripada 4K (kolaborasi, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritikal)
yang merupakan kemahiran hidup abad ke-21. Kini, lebih penting daripada
sebelum ini, kita perlu memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar,
pekerja, keluarga, masyarakat dan tentu sahaja pada diri kita sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  103

Rajah 5.1: Pekerja pada abad ke-21: Pencipta (Innovator) setiap hari dan di mana jua
Sumber: https://www.inovis.cc/innovation/68-Kreativiti-design-and-design-thinking

Pemikiran kreatif kini menjadi suatu keperluan dalam setiap pekerjaan. Kajian
yang terbaharu daripada ahli ekonomi dari Universiti Oxford, Dr Carl Frey dan
Dr Michael Osborne (2015), menjangkakan teknologi akan memberi impak pada
hampir 700 pekerjaan. Analisis menunjukkan bahawa komputer akan mengambil
alih sebarang pekerjaan yang tidak memerlukan sentuhan manusia. Ini bermakna,
untuk bertahan dalam pekerjaan, setiap individu akan bergantung pada tahap
kecerdasan kreativiti (creative intelligence) mereka ă kebolehan untuk berfikir
secara fleksibel dan menawarkan penyelesaian di luar prosedur operasi standard.

Kajian terbaharu oleh Adobe (2018), juga menunjukkan bahawa, berbanding


dengan kemahiran kerja lain, penyelesaian masalah dan kreativiti telah
memperoleh nilai paling tinggi. Mereka yang terlibat dalam kemahiran kreativiti
telah memperoleh peningkatan gaji yang mendadak sejak lima tahun yang lalu.

Mengapakah anda sebagai pelajar OUM perlu mengetahui semua maklumat ini?
Ini kerana kami ingin memastikan kesemua pelajar bersedia untuk berusaha
dan berjaya menghadapi dunia yang kompetitif ini ă dunia di mana peluang tanpa
had menanti indvidu-individu yang sangat mahir. Individu tersebut adalah
ANDA, graduan OUM pada masa hadapan!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Berita baik untuk kita ialah sejak penubuhannya sebagai paradigma pengajaran,
institusi pembelajaran jarak jauh seperti OUM telah ditubuhkan bercirikan
kreativiti di mana pihak pendidik dan pentadbir berusaha untuk menyediakan
pengalaman pembelajaran yang kreatif dan inovatif untuk para pelajar. Di OUM,
myINSPIRE LMS merupakan contoh teknologi yang boleh mendorong dalam
pembangunan kreativiti dalam kalangan pelajar dan pendidik.

Sebelum kita meneruskan pembacaan, mari kita lihat sebentar apakah kreativiti,
inovasi dan pemikiran reka bentuk. Secara ringkasnya, kreativiti berkaitan dengan
„imaginasi‰, manakala inovasi berkaitan dengan „implementasi/pelaksanaan‰.
Anda juga boleh mengatakan bahawa kreativiti adalah kebolehan untuk
menghasilkan dan inovasi adalah pengenalan kepada perkara baharu.

Bagaimana pula dengan pemikiran reka bentuk? Pernahkah anda mendengar


istilah ini sebelum ini? Kemungkinan besar tidak. Jika pernah, tahniah;
ini bermakna anda peka dengan perkembangan teknologi dan kemahiran berfikir
yang terkini. Secara ringkasnya, pemikiran reka bentuk adalah proses berasaskan
penyelesaian yang menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah yang
kompleks atau kurang jelas seperti yang terdapat dalam pembelajaran dunia
sebenar.

Masih keliru? Perlukan lebih pencerahan? Satu lagi cara untuk memahami
konsep-konsep ini adalah seperti yang ditunjukkan di dalam kotak di bawah.

Kreativiti, Inovasi and Pemikiran Reka Bentuk⁄ SEKALI IMBAS.

(a) Kreativiti adalah semangat, sikap dan keberanian untuk mencuba perkara
baharu dan terbuka untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak
dijangka.

(b) Inovasi adalah pelaksanaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.

(c) Pemikiran reka bentuk pula merujuk kepada persoalan „bagaimana


untuk melakukan sesuatu‰, dan juga pendekatan, set minda dan tingkah
laku yang bakal diambil.

Kita akan mengetahui lebih lanjut tentang konsep-konsep yang menarik ini di sub
topik berikutnya. Tetapi sebelum itu, mari saya tarik perhatian anda dengan
beberapa kata-kata tentang kepentingan kreativiti sebagai kemahiran pada
abad ke-21. Banyak mutiara kata, cerita pendek daripada ahli seni, ahli falsafah,
pemikir dan sebagainya terdapat di dalam topik ini untuk menggalakkan cara
pemikiran baharu tentang kreativiti dan inovasi untuk para pelajar OUM.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  105

„Presiden Obama mengenal pasti keperluan kritis untuk mengukur kemahiran


abad ke-21, dengan memanggil gabenor negara untuk: ... membina standard
dan penilaian yang bukan semudah mengukur sama ada pelajar boleh meniup
belon, tetapi sama ada mereka mempunyai kemahiran abad ke-21 seperti
penyelesaian masalah dan pemikiran kritis, keusahawanan dan kreativiti.‰

(Obama, 2009)

Sumber: https://www.cbsnews.com/news/obamas-remarks-on-education/

„Untuk memastikan semua orang memperoleh asas ilmu dan kemahiran


yang kukuh, maka, mereka perlu mencapai tujuan teras posisi agenda
pendidikan 2015. Ini bukan sahaja menyediakan lebih ramai individu dengan
tempoh pendidikan yang lebih lama; malah, itu hanyalah langkah pertama.
Lebih kritis untuk memastikan individu memperoleh asas ilmu yang kukuh
dalam disiplin pendidikan, mereka perlu membina kemahiran pemikiran
kreatif, kritis dan kolaborasi, dan membina sifat seperti kesedaran, ingin tahu,
keberanian dan mempunyai daya tahan.‰

(Andreas Schleicher dan Qian Tang


Universal Basic Skills: What Countries Stand to Gain [2015, p. 9])

Sumber: https://www.oecd-ilibrary.org/docserver/9789264234833-
en.pdf?expires=1623343962&id=id&accname=guest&checksum=D5650DCFF
8A75F9A401386DCAC2FC31A

Anda boleh melawat pautan berikut untuk menonton video pendek tentang
Kreativiti dalam Pendidikan (Pendidikan abad ke-21). Anda juga boleh
mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar anda ATAU klik pautan di
bawah.

Kreativiti dalam Pendidikan (Pendididkan abad ke- 21)

https://www.youtube.com/watch?v=JJkOZ1mdx2A

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah yang anda faham tentang kenyataan „Kreativiti telah


berkembang di dunia‰?

2. Terangkan secara ringkas perbezaan antara kreativiti and inovasi.

3. Apakah pemikiran reka bentuk?

5.1 KONSEP KREATIVITI DAN INOVASI

Rajah 5.2: Konsep kreativiti, inovasi, visi, proses kreatif


Sumber: https://stock.adobe.com/images/concept-of-creativity-innovation-vision-
creative-process/120500947

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  107

Konsep kreativiti telah membentuk bahagian yang penting dalam pelbagai


disiplin, dengan teras yang kukuh dalam bidang seni dan psikologi. Pada awal
abad ke-20, kreativiti dianggap sebagai bakat semula jadi atau kualiti yang
eksklusif, hanya sesetengah orang yang bertuah sahaja memilikinya. Pada ketika
itu, kreativiti dikaitkan dengan bakat seni semata-mata. Kini, kreativiti tidak lagi
terhad kepada dunia seni tetapi telah berkembang ke bidang sains, teknologi dan
pelbagai disiplin lagi.

„Inovasi ada di mana-mana‰ ă adalah mantra zaman moden! Benar, inovasi boleh
terjadi di mana-mana sahaja. Ia memainkan peranan yang signifikan dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam pembangunan ekonomi bagi ekonomi global
masa kini. Inovasi bukan konsep yang baharu; malah, perkataan inovasi pertama
telah digunakan sejak tahun 1590an. Tahukah anda bahawa anda boleh dipenjara
sekiranya anda menjadi pencipta yang berinovasi (innovator) pada masa itu?
Istilah Innovator pernah dianggap sebagai satu penghinaan! Namun, semuanya
berubah pada abad ke-19 dengan adanya Revolusi Perindustrian dan kini, inovasi
dikaitkan dengan semangat yang tinggi dan sikap-sikap yang positif.

Pada abad ke-21, kedua-dua kreativiti dan inovasi menjadi kemahiran yang
perlu dimiliki untuk berjaya di masa hadapan dan merupakan asas kepada
kesemua disiplin dalam akademik dan aktiviti pendidikan.

„Minda yang tidak kreatif dapat mengenali jawapan yang salah. Namun,
ia memerlukan minda yang sangat kreatif untuk dapat mengenali soalan yang
salah.‰
(Anthony Jay)

Sumber: http://creatingminds.org/quotes/being_uncreative.htm

Sekiranya anda ingin tahu mengapakah suatu ketika dahulu mereka yang bergelar
innovator dipandang rendah, sila lihat pautan di bawah:

Inovasi: Sejarah Kata Kunci (Innovation: The History of


Buzzword )

https://www.theatlantic.com/business/archive/2013/06/
innovation-the-history-of-a-buzzword/277067/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Sumber: http://www.quotemaster.org/Creativity

Perbezaan Kreatif
Ludwig van Beethoven adalah salah seorang komposer yang paling kreatif
dengan karya terkenalnya, Ninth Symphony. Antara contoh lain, individu yang
terkenal sebagai seorang yang kreatif ialah Steve Jobs. Sebelum kematiannya
pada tahun 2011, keghairahannya terhadap komputer dan hubungan rangkaian
telah membawa kepada penciptaan komputer Mac dan iPhone. Bagaimanakah
pula dengan Marie Kondo? Pernahkah anda mendengar namanya? Beliau terkenal
sebagai pakar dalam merapikan kediaman ataupun ruang yang terkenal dengan
Kaedah KonMari (KonMari Method ) dan dengan kata frasa „Spark Joy ‰.
Beliau tersenarai sebagai salah seorang Orang yang Paling Kreatif dalam
Perniagaan (Most Creative People in Business) pada tahun 2015!

Tiga individu yang berbeza ini memiliki tiga kreativiti yang berlainan. Anda
mungkin pernah terfikir, sekiranya anda kreatif dalam satu bidang, maka, anda
juga kreatif dalam semua bidang. Namun, ia tidak seperti itu. Menurut profesor
neurosains kognitif, Arne Dietrich, dalam kajiannya yang diterbitkan dalam
jurnal Psychonomic Bulletin & Review pada tahun 2004, beliau menerangkan
empat jenis kreativiti yang berbeza diikuti dengan aktiviti otak yang berbeza.
Anda boleh bayangkannya seperti dalam bentuk matriks (Rajah 5.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  109

Setelah anda tahu mengenai „matriks kreativiti‰ seperti mana yang diterangkan
dalam Jadual 5.1, anda akan memahami konsep kreativiti ke tahap yang baharu.
Oleh itu, ambil masa untuk membaca dan memahami matriks kreativiti yang
disediakan.

Rajah 5.3: Tiga individu yang berbeza dengan tiga jenis kreativiti yang berbeza
Sumber: https://media.wnyc.org/i/800/0/c/85/1/Ludwig_van_Beethoven-square.jpg
https://fineartamerica.com/art/drawings/steve+jobs
https://www.pinterest.co.uk/pin/422142165051113335

Jenis Kreativiti
Mengapakah penting bagi kita mengetahui perbezaan jenis-jenis kreativiti seperti
yang dikenal pasti oleh Dietrich? Mengetahui perbezaan ini adalah penting
sekiranya kita ingin memupuk kreativiti dalam kesemua aspek kehidupan kita.

Menurut Dietrich (2015), kreativiti boleh terjadi secara emosi, kognitif, spontan
atau melalui deliberasi. Oleh itu, beliau membangunkan empat sukuan atau
matriks kreativiti bagi membincangkan empat jenis kreativiti berdasarkan
bahagian otak yang menghasilkan kreativiti tersebut. Rajah 5.4 menunjukkan
pembentangan secara visual diikuti dengan penerangannya di dalam Jadual 5.1
untuk memudahkan pemahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Rajah 5.4: Matriks kreativiti


Sumber: https://www.robertplank.com/072-creativity/

Jadual 5.1: Penerangan kepada Matriks Kreativiti

Detik Jenis Kreativiti: Kreativiti Deliberasi dan Emosi


Terapeutik Kreativiti deliberasi dan emosi memerlukan keadaan yang senyap.
*AHA Kreativiti jenis ini memerlukan pengawalan emosi ă walaupun dalam
situasi tertekan.

Contoh:
Kejayaan peribadi/krisis (contohnya: anda putus cinta) dan terdapat
imbasan tentang pandangan diri sendiri melalui detik *AHA, yang
melibatkan perasaan dan emosi.

Fungsi Minda: Korteks singulat (cingulate cortex) adalah bahagian


otak yang memproses perasaan yang kompleks yang berkaitan dengan
bagaimana anda berinteraksi dengan individu lain dan persekitaran
anda. Korteks singulat berhubung dengan korteks prahadapan
(pre-frontal cortex, PFC). Kedua-dua bahagian otak ini aktif dengan
jenis kreativiti ini.

Ringkasan: Ketepikan perkara yang tidak penting dan berikan diri anda
masa untuk menumpukan perhatian kepada cabaran tersebut.

*Penemuan atau kesedaran secara tiba-tiba akan sesuatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  111

Thomas Jenis Kreativiti: Kreativiti Deliberasi dan Kognitif


Edison dan Kreativiti deliberasi dan kognitif memerlukan tahap ilmu yang tinggi
Mentol dan mengambil masa yang lama. Kreativiti jenis ini memerlukan masa
(Light Bulb ) yang panjang dalam tugas/disiplin yang spesifik.

Contoh:
Thomas Edison mencipta mentol yang pertama pada tahun 1878.
Kejayaan penciptaan ini berlaku setelah berulang kali menempuh
kegagalan.

Fungsi Minda: Kreativiti ini datangnya dari bahagian otak PFC.


PFC membenarkan anda melakukan dua perkara: tetap fokus dan
menghubungkan maklumat yang telah tersimpan dalam otak anda.

Ringkasan: Luangkan masa tumpuan anda setiap hari untuk menguji


ilmu anda dengan menjalankan ujian mikro untuk membangunkan
penyelesaian baharu.

Artis dan Jenis Kreativiti: Kreativiti Spontan dan Emosi


Pemuzik Kreativiti spontan and emosi yang tidak boleh direka bentuk.
Ia diperoleh secara semula jadi. Kreativiti jenis ini apabila anda terfikir
tentang artis dan ahli muzik yang hebat.

Contoh:
Detik kreatif yang cukup kuat seperti manifestasi, pengalaman
keagamaan, detik penting bagi artis dan pemuzik yang hebat.

Fungsi Minda: Kreativiti spontan and emosi datangnya dari bahagian


amigdala (amygdala) otak. Amigdala memproses emosi. Apabila otak
sedar dan PFC berehat, maka, kemungkinan pencetusan idea spontan
dan penciptaan akan berlaku.

Ringkasan: Jangan takut untuk menggunakan emosi dan keghairahan


anda apabila berhadapan dengan cabaran yang besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Issac Jenis Kreativiti: Kreativiti Spontan dan Kognitif


Newton Kreativiti spontan dan kognitif memerlukan anda berhenti daripada
dan Graviti menyelesaikan masalah, mengalihkan fikiran dan melakukan aktiviti
yang lain. Kreativiti jenis ini memerlukan ilmu yang sedia ada.

Contoh:

(1) Cerita mengenai Issac Newton yang terfikir tentang graviti


apabila melihat epal jatuh ke tanah.

(2) Bayangkan anda berhadapan dengan masalah yang sukar untuk


diselesaikan. Kemudian anda keluar untuk makan tengah hari
dan dalam perjalanan pulang anda mendapat jawapan bagaimana
untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Fungsi Minda: Kreativiti spontan dan kognitif melibatkan bahagian


basal ganglia di otak. Semasa mendapatkan kreativiti ini, otak sedar
akan berhenti bekerja untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya,
bahagian otak bawah sedar pula yang mula bekerja. Dengan melakukan
aktiviti yang berbeza dan tidak berkaitan, PFC boleh menghubungkan
maklumat dengan cara yang baharu melalui proses pemikiran bawah
sedar.

Ringkasan: Buntu dengan masalah yang dihadapi? Ambil masa untuk


berehat seketika atau lakukan perkara lain.

Disesuaikan daripada: https://www.mezmolife.com/2016/01/whats-your-creativity-


type.html

Inovasi
Inovasi ada di mana-mana dan semua orang boleh berinovasi. Terdapat banyak
inovasi yang berlaku pada beberapa dekad ini dalam pelbagai bidang (contohnya,
teknologi, pendidikan, perniagaan dan sebagainya) yang telah membawa
perubahan yang signifikan kepada dunia moden dan menjadikan kehidupan kita
lebih mudah.

Jadi apakah inovasi? Kamus Webster mendefinisikan inovasi sebagai


„memperkenalkan perkara baharu‰, manakala Scott Berkun (2013) mengatakan
„inovasi adalah perubahan baik yang signifikan‰. Definisi lain inovasi yang boleh
dikongsikan adalah daripada Tim Kastelle (2012). Menurut beliau, inovasi adalah
„bukan sahaja mempunyai idea ă tetapi juga melaksanakannya untuk
menghasilkan sesuatu yang bernilai‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  113

Tidak kira apa pun definisi inovasi, apa yang perlu diingat adalah, inovasi
memerlukan kerja keras dan dedikasi. Ketabahan, kecekalan dan kesungguhan
adalah antara set kemahiran yang perlu ada apabila anda berinovasi. Tanpa set
ini, idea yang baik hanyalah tinggal idea, tidak diteruskan dan dibangunkan
untuk menjadi sesuatu yang berharga.

Sumber: https://www.pioneermilitaryloans.com/blog
https://www.diygenius.com/innovation-is-doing-new-things-theodore-levitt/

Kreativiti Lawan Inovasi


Adakah anda setuju dengan saya bahawa kreativiti dan inovasi adalah
dua perkataan yang mudah mengelirukan kita? Kita mempunyai kecenderungan
untuk menggunakan dua perkataan ini secara silih berganti. Walaupun
kedua-duanya saling berkait tetapi terdapat perbezaan antara kreativiti dan
inovasi. Dengan kata lain, kedua-duanya serupa tetapi tidak sama.

Shawn Hunter (2013), penulis „Out Think: How Innovative Leaders Drive
Exceptional Outcomes,‰ mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan atau
perbuatan menghasilkan sesuatu yang asli atau luar biasa, manakala inovasi
adalah pelaksanaan atau penciptaan sesuatu yang baharu yang bernilai kepada
orang lain.

Kreativiti merupakan proses yang aktif dan bahagian yang penting kepada
inovasi. Malah, boleh dikatakan kreativiti adalah ibarat jantung kepada inovasi.
Namun, kreativiti sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan idea baharu.
Dalam bahasa yang mudah, kreativiti adalah berfikir dan inovasi adalah berbuat
sesuatu! Sekiranya anda masih keliru mengenai kreativiti dan inovasi,
jangan risau. Untuk lebih memahami kedua-dua konsep ini, lihat Rajah 5.5
dan Jadual 5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Rajah 5.5: Kreativiti lawan inovasi

Sumber: https://www.azquotes.com/quote/1388687

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  115

Jadual 5.2: Carta Perbandingan: Kreativiti Lawan Inovasi

Aspek yang
Kreativiti Inovasi
Dibandingkan

Maksud Kreativiti adalah keberanian atau Inovasi adalah pelaksanaan


kebolehan untuk mencuba sesuatu perkara baharu atau asli.
yang baharu atau asli.
Inovasi adalah melakukan ă
Kreativiti berfikir ă berlaku dalam berlaku di dunia nyata
minda.

Proses Imaginatif Produktif

Boleh diukur Tidak Ya

Berkaitan Memikirkan perkara baharu Memperkenalkan perkara


dengan baharu

Keperluan
Tiada Ya
kewangan

Risiko Tiada Ya

Disesuaikan daripada: https://bit.ly/3gTRPCJ

Sekiranya Carta Perbandingan dalam Jadual 5.2 tidak lengkap, anda boleh
menambah lagi perkara-perkara yang boleh dibandingkan antara kreativiti dan
inovasi di dalam jadual tersebut. Anda boleh berbincang dengan rakan sekelas dan
menambah dapatan perbincangan anda dalam Jadual 5.2.

Marilah kita beralih kepada kelebihan kreativiti. Sylvia Duckworth (2016)


menghasilkan nota lakaran seperti yang berikut yang menyatakan 12 kelebihan
kreativiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Rajah 5.6: Inovasi dan imaginasi: 12 kelebihan kreativiti


Sumber: https://www.teachthought.com/learning/innovation-imagination-12-benefits-
creativity/

Rahsia Kreativiti: Merangkai Titik-titik


Kreativiti adalah melihat dunia dengan cara yang baharu, mencari sesuatu yang
tersembunyi, membuat hubungan antara dua fenomena yang tidak berkaitan dan
menjana jalan penyelesaian. Ia adalah tindakan menukarkan idea baharu dari
imaginasi kepada realiti.

Seseorang yang bijak dengan idea-idea kreatif adalah bagus dalam merangkai atau
melihat hubungan antara satu dengan yang lain.

Dengan melatih diri anda melihat hubungan, anda boleh meningkatkan pemikiran
anda untuk berfikir secara kreatif. Secara ringkasnya, kreativiti adalah tentang
merangkai atau menghubungkan titik-titik. Individu yang kreatif akan
mengumpul banyak titik, supaya dia boleh merangkai atau menghubungkannya
pada kemudian hari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  117

Apakah Titik-titik Tersebut?


Titik-titik adalah pengalaman, idea, maklumat, orang, persekitaran dan cara
pemikiran. Anda boleh mengumpul titik-titik ini dengan membaca, mendaftar
kursus, melawat muzium, mengembara, bereksperimen, berjumpa dengan
kenalan baharu, menonton filem, mendengar muzik atau mempelajari kemahiran
baharu. Secara ringkasnya, titik-titik ini adalah „makanan‰ kepada minda anda.
Anda ingin memberikan „makanan‰ kepada minda anda dengan sebanyak mana
maklumat dan input yang mungkin. Apa yang menarik tentang kreativiti adalah
segala pengalaman, pembelajaran dan pandangan yang anda dapat tidak akan
menjadi sia-sia. Walaupun dengan menonton filem di rumah atau keluar
berjumpa teman lama pada hujung minggu mungkin akan memberi inspirasi
kepada anda tentang idea yang baharu.

Menjadi Pengumpul Titik


Anggaplah diri anda sebagai pengumpul titik. Jadilah seorang yang terbuka.
Ambil risiko. Beranikan diri. Kumpul seberapa banyak titik yang anda boleh,
keluar dari zon selesa dan kumpul lebih lagi. Sebagai Pelajar Pembelajaran Jarak
Jauh (Online Distance Learning -ODL), anda tidak sepatutnya berhenti daripada
mengembangkan koleksi titik-titik anda. Anda tidak tahu apakah perkara menarik
atau magis yang akan anda peroleh apabila anda merangkai atau
menghubungkannya nanti.

Anda tidak akan boleh menyambung titik-titik ini dengan melihat ke hadapan;
anda hanya boleh menyambungnya apabila melihat ke belakang. Anda perlu
percaya bahawa titik-titik ini akan akhirnya berhubung pada masa hadapan.
Anda perlu mempunyai kepercayaan pada sesuatu perkara ă keberanian,
takdir, kehidupan, karma atau apa sahaja. Pendekatan ini tidak pernah
mengecewakan saya, malah telah mengubah kehidupan saya.

(Petikan daripada Commencement Address delivered by Steve Jobs,


CEO of Apple Computer and of Pixar Animation Studios,
pada 12 Jun, 2005)

Sumber: https://news.stanford.edu/2005/06/14/jobs-061505/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Orang yang mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dapat melihat sesuatu
hubungan dengan baik. Dengan meningkatkan kebolehan melihat hubungan
ini, anda boleh meningkatkan kreativiti.
(Dorte Nielsen)

Sumber: Nielsen, D. & Thurber, S. (2016).


The Secret of the Highly Creative Thinker Amsterdam: BIS Publishers

Rajah 5.7: Adunan semula antara maklumat dan pengetahuan oleh Ron Letkeman
Sumber: https://blog.elearnerengaged.com/dots/

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pandangan Steve
Jobs tentang kreativiti, sila tonton video berikut.

Steve Jobs dan Kreativiti

https://www.youtube.com/watch?v=AlgZiAl-6fY

Edward de Bono tentang Pemikiran Kreatif

https://www.youtube.com/watch?v=UjSjZOjNIJg

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  119

Teras kepada Pemikiran Kreatif

Suatu pagi di musim panas pada awal tahun 1970an, Bill dan Barbara
Bowerman sedang membakar wafel untuk sarapan pagi. Bill, ketua jurulatih
di Universiti Oregon berasa kesal apabila pelari di bawah latihannya tidak
mempunyai kasut trek yang boleh mencengkam rumput tiruan yang baharu.

Menjadi jurulatih kepada 33 orang atlet Olimpik, beliau sentiasa mencari


peralatan sukan yang lebih baik. Pada tahun 1960an, beliau telah melancarkan
sebuah syarikat untuk mengimport kasut berlari yang ringan dari Jepun. Beliau
juga mempunyai makmal di rumah yang membolehkannya bereksperimen.
Kini, beliau sedang mencari kasut yang lebih ringan, lebih cepat, tanpa
pancang, yang masih dapat mencengkam trek larian yang baharu.

Pada masa itu, Barbara mengambil wafel dari acuan wafel yang panas. Apabila
memerhati wafel tersebut, Bill tiba-tiba dapat melihat hubungan dengan reka
bentuk kasut yang beliau cari. Corak grid pada wafel mungkin dapat mencipta
cengkaman yang sempurna bagi kasut berlari. Beliau mencapai acuan wafel
tersebut dan berlari ke makmalnya. Pada penghujung hari, beliau telah
mencipta prototaip kasut pertamanya yang bakal dipatenkan dan menjadikan
syarikatnya masyhur di peringkat antarabangsa: Kasut Sukan Wafel Nike
(The Nike Waffle Trainer).

Kisah ini merupakan contoh terbaik tentang bagaimana idea kreatif dihasilkan.
Jurulatih Bowerman telah bingung berminggu-minggu lamanya memikirkan
cabaran yang dihadapi dan penemuan kepada hubungan tidak dijangka terjadi
pada waktu sarapan telah membawa kepada penyelesaian. Dalam sekelip
mata, DNA wafel dan DNA kasut berlari digabungkan dalam fikirannya untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu.

Itulah kreativiti: kebolehan membawa perkara-perkara baharu dan bernilai


menjadi kenyataan. Anda juga boleh memupuk kebolehan tersebut.

Sumber: Nielsen, D., & Thurber, S. (2016). The Secret of the Highly Creative Thinker.
Amsterdam: BIS Publishers

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Nyatakan SATU definisi kreativiti yang paling anda suka.

2. Kenal pasti TIGA perbezaan utama antara kreativiti dan inovasi.

3. Berikan SATU contoh penciptaan/kreativiti dengan penciptaan/


inovasi.

4. Apakah yang akan anda pertingkatkan apabila anda melatih


kebolehan anda untuk melihat perhubungan?

AKTIVITI 5.1

Adakah anda setuju atau tidak dengan kenyataan berikut ă dan


mengapa? „Kreativiti tidak boleh diajar. Kreativiti adalah hanya tentang
mengubah cara membuat andaian.‰

AKTIVITI 5.2

Salah satu kelebihan kreativiti ditunjukkan di dalam Rajah 5.6 di


No. 12 ă Kreativiti menggalakkan kita menjadi pelajar sepanjang hayat.
Sebagai pelajar dewasa, kongsikan bersama-sama rakan sekelas tentang
peranan kreativiti yang menjadikan anda pelajar sepanjang hayat.

5.2 CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF


Pernahkah anda melihat lukisan rakan sekelas anda di sekolah dan berkata,
„Wah, kreatifnya awak!‰. Dalam masa yang sama menyedari bahawa anda
hanya berbakat melukis orang lidi! Atau pernahkah anda menghadiri konsert
dan terpegun dengan kemerduan suara penyanyi? Dalam diam anda
mengharapkan anda boleh menyanyi dengan baik di hadapan penonton yang
ramai dan bukan hanya menyanyi di dalam bilik air! Kebolehan menyanyi atau
melukis dalam dua senario di atas menggambarkan seolah-olah kreativiti adalah
kemahiran semula jadi atau bakat tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  121

Pada situasi yang berlainan, anda mendengar bahawa rakan anda menghadiri
kelas melukis atau kelas menyanyi di hujung minggu. Ini menjadikan anda terfikir
bahawa kreativiti adalah kemahiran yang boleh dipelajari.

Keliru? Apa pendapat anda, para pelajar? Adakah anda merasakan kreativiti
boleh dipelajari, dilatih dan dikembangkan atau kreativiti adalah kemahiran dan
bakat semula jadi? Anda boleh berdebat dengan rakan sekelas secara sihat tentang
kedua-dua situasi ini. Namun, walaupun kita menerima dan bersetuju bahawa
kreativiti boleh dipelajari, tetap akan ada individu yang lebih kreatif berbanding
yang lain, dan banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri
individu ini.

Antara senarai ciri-ciri individu kreatif yang paling lengkap telah dibangunkan
oleh Robert Alan Black (1990/2008). Lihat senarai beliau di Jadual 5.3. Adakah
anda merasakan ciri-ciri ini juga boleh diaplikasikan untuk individu inovatif?
Hakikat bahawa adalah agak sukar untuk kita menemui seorang individu yang
mempunyai kesemua ciri-ciri tersebut menjadikan kerja berpasukan sebagai aspek
penting dalam kreativiti dan inovasi.

Adakah anda mempunyai kesemua ciri-ciri yang disenaraikan di dalam


Jadual 5.3? Jika ya, wah, anda seorang individu yang amat kreatif dan layak
mendapat anugerah! Tentunya saya hanya bergurau. Sifat kuat berjenaka atau
kelucuan (No. 19) juga adalah salah satu ciri-ciri individu kreatif!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Jadual 5.3: Ciri-ciri Individu Kreatif (1990/2008 Robert Alan Black, Ph.D)

1. Sensitif 16. Original

2. Tidak bermotivasikan duit 17. Bijak

3. Yakin bahawa anda mempunyai 18. Bersemangat


misi dan tujuan hidup untuk
dipenuhi 19. Kuat berjenaka

4. Boleh menyesuaikan diri 20. Kesedaran diri (menumpukan


kepada pembangunan diri sendiri
5. Bertoleransi dengan perkara yang menjadi seseorang yang lebih
tidak jelas (menerima beberapa baik dan mencari bakat unik yang
jawapan atau sebab tentang satu spesifik)
masalah atau cabaran)
21. Berdisiplin
6. Pemerhati
22. Berpengetahuan
7. Melihat dunia dengan berbeza
23. Minat yang khusus
8. Melihat kemungkinan
24. Pemikir yang mencapah (melihat
9. Sering bertanya sesuatu dengan pelbagai cara pada
masa yang sama)
10. Boleh sintesis (melihat secara
keseluruhan) dengan tepat, 25. Ingin tahu
selalunya mengikut gerak hati
26. Terbuka (tidak terikat dengan satu
11. Boleh berfantasi idea, terus mencari idea yang
berbeza atau mencari pelbagai cara
12. Fleksibel (mahu mencuba perkara untuk melakukan sesuatu)
baharu dengan cara yang berlainan)
27. Berdikari
13. Fasih (menghasilkan banyak idea
atau mampu mencipta peluang 28. Kritis
apabila menghadapi cabaran dalam
kerja atau contoh mudah, ketika 29. Tidak suka menurut orang lain
memilih restoran untuk makan
tengah hari) 30. Berkeyakinan

14. Imaginatif 31. Mengambil risiko

15. Intuitif ă mengikut gerak hati 32. Tekun

Sumber: https://bit.ly/3zL6VDf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  123

Jika anda mendapati anda hanya mempunyai sedikit sahaja daripada ciri-ciri
kreativiti di atas, jangan risau, sebenarnya setiap daripada kita mempunyai
keupayaan untuk mencapai kreativiti yang luar biasa! Lihat Jadual 5.4, untuk
mendapatkan tip-tip menjadi individu yang mempunyai tahap kreativiti yang
tinggi.

Jadual 5.4: Beberapa Tip Menjadi Individu


yang Mempunyai Tahap Kreativiti yang Tinggi

Jika Anda Ingin Mendapat Tahap Kreativiti yang Tinggi, Buat Lapan Perkara Ini

(a) Lukis sesuatu

(b) Daftar untuk kelas yang tidak pernah anda hadiri sebelum ini

(c) Cipta persekitaran yang tepat

(d) Berhenti sumbang saran seketika dan gerakkan badan anda

(e) Mula membuat buku lakaran

(f) Letakkan permainan di atas meja anda

(g) Libatkan diri dengan imbasan fiksyen (flash fiction)

(h) Cuba Ujian 30 Bulatan

Maklumat yang dikongsikan di sini adalah terbatas. Untuk mengetahui lebih lanjut
tentang lapan perkara di atas, sila lawati: https://medium.com/the-mission/if-you-
want-to-be-highly-creative-do-these-8-things-390b81845b0a

Sumber: https://medium.com/the-mission/if-you-want-to-be-highly-creative-do-these-
8-things-390b81845b0a

Sebelum kita ke subtopik berikutnya, luangkan sedikit masa anda untuk


menonton video-video yang berikut dan juga klik pada pautan di bawah untuk
membaca topik yang bagus tentang kreativiti yang diterbitkan di dalam surat
khabar tempatan pada suatu ketika dahulu.

Kaedah Masyarakat Jepun untuk Membina Kreativiti


Kanak-Kanak (A Japanese Method to Develop Creativity in
Kids)

https://www.youtube.com/watch?v=kXnugJEcVE8

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Bolehkah Seseorang Belajar untuk Menjadi Kreatif (Can One


Learn to be Creative)

https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2018/01/
330504/can-one-learn-be-creative

Ingin Menjadi Lebih Kreatif? Pergilah Berjalan (Want to be


More Creative? Go for a Walk)

https://www.ted.com/talks/marily_oppezzo_want_to_be
_more_creative_go_for_a_walk?language=en

SEMAK KENDIRI 5.3

Senaraikan lima ciri penting individu kreatif dan terangkan setiapnya


menggunakan perkataan anda sendiri.

AKTIVITI 5.3

„Dengan semua atribut yang ada pada seorang pelajar, sudut


pandang budaya juga sangat penting apabila dikaitkan dengan
kreativiti. Warisan budaya Confucian, sebagai contoh, cenderung
untuk melihat kreativiti sebagai latihan kolektif.‰ Adakah anda
bersetuju dengan kenyataan ini? Terangkan.

5.3 KREATIVITI, INOVASI DAN


PEMBELAJARAN
Pelajar OUM hari ini adalah graduan OUM pada masa depan. Sebagai graduan
pada masa depan, anda perlu bijak menyesuaikan diri, fleksibel dan yakin dengan
tujuan dan pilihan kerjaya anda. Untuk mencapai matlamat ini, pembelajaran
pelajar mestilah menjangkaui penguasaan subjek-subjek teras dan menyertakan
kemahiran abad ke-21 seperti kreativiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  125

Inovasi dan kreativiti adalah asas kepada semua disiplin akademik dan aktiviti
pendidikan; bukan hanya eksklusif kepada bidang seni. Proses kreatif adalah
bahagian yang signifikan dalam pengalaman pembelajaran. Secara ringkasnya,
kita perlu memupuk kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan dapatan daripada kajian menganalisis iklan pekerjaan selama


tiga tahun, Foundation for Young Australians (2016) melaporkan bahawa
permintaan daripada syarikat dan organisasi abad ke-21 terhadap pekerja
yang kreatif telah meningkat sebanyak 65% (merupakan antara kemahiran utama
yang meningkat permintaannya!). Mereka mencari graduan dan pekerja
yang berpotensi yang boleh berfikir secara kreatif dan menyelesaikan masalah
dengan penuh keyakinan.

Oleh itu, kita perlu meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjana idea, berfikir
secara kritis dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang penting untuk
menghadapi alam pekerjaan di masa akan datang. Kita perlu menghasilkan
pemikir yang kreatif dan inovatif di sekolah dan di peringkat pengajian tinggi.
Bagi menjadikannya satu kenyataan, kita perlu memupuk kemahiran kreativiti
dalam kurikulum pendidikan kita. Individu yang berkebolehan berfikir dengan
kreatif bakal membuka pintu kepada pelbagai peluang di masa akan datang.

Di OUM, kita perlu menggabungkan pemikiran kreatif dalam persekitaran


pengajaran dan pembelajaran kita (rujuk Aktiviti 5.4) dan membangunkan
kreativiti dan inovasi para pelajar jarak jauh yang bukan sahaja mampu menjana
idea dan berfikir secara kritis tetapi juga, tabah apabila berhadapan dengan
masalah yang sukar. Kita perlu mencetuskan rasa ingin tahu pelajar, pelajar yang
mempunyai semangat belajar dan cekal ketika berhadapan dengan cabaran di
dunia sebenar.

Seseorang tidak akan mampu untuk berfikir secara kreatif sehinggalah dia
mempunyai ilmu untuk berfikir secara kreatif. Kreativiti mewakili
keseimbangan antara ilmu dan membebaskan diri daripada ilmu tersebut.

(Robert J. Sternberg)

Sumber: https://www.edweek.org/ew/articles/
2006/02/22/24sternberg.h25.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

30 Idea untuk Menggalakkan Pembelajaran Kreatif

https://bit.ly/3d0rj9S

Pemikiran Kreatif: Jenis Inovatif dan Adaptif

https://www.youtube.com/watch?v=cYhgIlTy4yY

AKTIVITI 5.4

Bidang Inovasi yang Berpotensi dalam Sistem Pembelajaran Jarak Jauh


(ODL) adalah seperti yang berikut:

(a) Program inovatif

(b) Aplikasi inovatif ICT dalam mekanisme penghantaran

(c) Inovasi dalam prosedur kemasukan dan sokongan pelajar

(d) Inovasi dalam kaedah penilaian dan latihan

(e) Inovasi dalam menyokong sistem yang tertumpu (convergence)

(f) Pengurusan kualiti dan penanda aras

Bincangkan dalam kumpulan bidang inovasi yang berpotensi seperti


di atas yang berkaitan dengan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran
OUM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  127

5.4 PEMIKIRAN REKA BENTUK SEBAGAI


STRATEGI INOVATIF

Rajah 5.8: Pemikiran reka bentuk dan melakukan reka bentuk


Sumber: https://medium.theuxblog.com/design-thinking-and-doing-design-part-1-
90e4dc0da8e3

Sekarang kita beralih pula kepada pemikiran reka bentuk. Apakah yang
dimaksudkan dengan pemikiran reka bentuk? Kebanyakan daripada kita tidak
mengenali pemikiran reka bentuk. Namun, ini tidak bermakna ia merupakan
konsep yang baharu. Malah, konsep ini pertama kali diperkenalkan pada lewat
tahun 1960an. Sejak beberapa dekad yang lalu, terdapat peningkatan minat
tentang pemikiran reka bentuk dan bagaimana ia mempengaruhi bidang
perniagaan, sains dan teknologi. Dan kini, pemikiran reka bentuk telah memasuki
ke bidang pendidikan pula. Semakin ramai tenaga pengajar yang kian peka
dengan keupayaan pemikiran reka bentuk dan mencari jalan untuk memasukkan
pemikiran reka bentuk ke dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Jadi,
apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran reka bentuk? Secara mudahnya,
pemikiran reka bentuk adalah kaedah untuk menangani masalah yang rumit
menggunakan pendekatan berasaskan penyelesaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Apakah Pemikiran Reka Bentuk?

Pemikiran reka bentuk adalah pendekatan yang digunakan untuk


menyelesaikan masalah dengan praktikal dan kreatif. Ia bergantung pada
kaedah dan proses yang digunakan oleh pereka bentuk, namun, kini ia telah
semakin berkembang dalam pelbagai bidang yang berbeza ă termasuk
pertanian, kejuruteraan dan perniagaan. Pemikiran reka bentuk juga boleh
diaplikasikan kepada apa jua bidang; ia tidak semestinya hanya tertumpu atau
spesifik kepada mereka bentuk. Pemikiran reka bentuk berpusat kepada
penggunanya (user-centric). Ia tertumpu kepada manusia, berusaha untuk
memahami keperluan individu dan menghasilkan penyelesaian terbaik untuk
memenuhi keperluan tersebut. Inilah yang dipanggil penyelesaian masalah
menggunakan pendekatan berasaskan penyelesaian.

Sumber: https://bit.ly/3gNszy6

Pemikiran Reka Bentuk sebagai Strategi Inovasi


Kebanyakan syarikat yang terkenal seperti Apple, Samsung, Airbnb, Toshiba
dan Google menggunakan pendekatan pemikiran reka bentuk untuk mencipta
dan menambah baik produk inovatif mereka. Tahukah anda kursus pemikiran
reka bentuk juga diajar di Stanford, Harvard dan beberapa institusi pendidikan
tinggi terkemuka yang lain? Mungkin suatu hari dalam masa yang terdekat,
OUM juga akan menawarkan kursus ini.

Pemikiran reka bentuk memberi anda keyakinan terhadap kebolehan kreativiti


anda dan menjadi proses untuk mengubah halangan yang sukar kepada peluang
untuk mereka bentuk. Pemikiran reka bentuk merupakan alat yang sangat
berkesan dan andal untuk inovasi seperti yang terdapat di dalam Rajah 5.9.
Proses asas pemikiran reka bentuk sebagai strategi inovasi diterangkan di dalam
Jadual 5.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  129

Rajah 5.9: Pemikiran reka bentuk: Kerangka kerja untuk inovasi


Sumber: https://medium.theuxblog.com/design-thinking-and-doing-design-part-1-
90e4dc0da8e3

Jadual 5.5: Proses Asas Pemikiran Reka Bentuk sebagai Strategi Inovasi

Tahap Proses Penerangan

1 Empati Memahami dengan perasaan empati untuk


membantu memperjelas masalah.

2 Memperjelas Merangka semula dan memperjelas masalah dengan


cara yang berpusatkan kepada manusia.

3 Penghasilan idea Menggunakan pelbagai kaedah menjana idea semasa


sesi penghasilan idea.

4 Prototaip Menggunakan pendekatan mengambil bahagian


(hands-on) dalam membangunkan prototaip dengan
menghasilkan beberapa versi penyelesaian yang
mudah dan murah.

5 Ujian Menjalankan ujian terhadap prototaip dengan teliti


untuk menentukan penyelesaian terbaik.

Disesuaikan daripada: https://bit.ly/3vM695K

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Sebagai kesimpulan, pemikiran reka bentuk adalah set minda. Ia berpusatkan


manusia (human-centred) dan bersifat kolaborasi. Pemikiran reka bentuk baik
untuk pelajar kerana pelajar perlu bereksperimen dan pemikiran reka bentuk
adalah tentang belajar dengan membuat (learning by doing). Ia memberi anda
ruang untuk gagal, kemudian belajar daripada kesilapan dan tampil dengan idea
yang baharu, meminta maklum balas dan kemudian mengulangi semula proses
tersebut. Ia adalah proses yang berulang dan tidak linear. Ia juga bersifat empati
dan eksperimentasi. Pemikiran reka bentuk memberi keyakinan kreatif kepada
pelajar bahawa perkara-perkara baharu dan lebih baik dapat dicapai dan anda
sebagai pelajar mampu melakukannya. Sikap optimistik inilah yang diperlukan
dalam pendidikan masa kini.

Proses Pemikiran Reka Bentuk

https://www.youtube.com/watch?v=_r0VX-aU_T8

5.5 ALAT UNTUK KREATIVITI DAN INOVASI

Rajah 5.10: Alat kreativiti dan inovasi


Sumber: https://www.edx.org/course/creative-thinking-techniques-0

Kita kini hampir di penghujung topik. Saya harap topik ini telah memperjelaskan
konsep kreativiti, inovasi dan pemikiran reka bentuk. Kita bernasib baik kerana
kini terdapat pelbagai alat dan teknik kreativiti, inovasi dan pemikiran reka
bentuk yang boleh digunakan untuk menjana idea baharu dan meningkatkan
kreativiti anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  131

Jadual 5.6: Alat dan Teknik untuk Kreativiti dan Inovasi

Alat/Teknik Penerangan

I-CREATE Set lengkap alat dan teknik kreativiti daripada perpustakaan


I-CREATE. Lihat enjin carian teknik kreativiti mereka!

Baca dengan lanjut di: http://icreate-project.eu/

Creative Pelbagai latihan tentang pemikiran kreatif yang boleh didapati


Thinking.net di Creativethinking.net.

Baca dengan lanjut di: http://creativethinking.net/exercises/

Human Centred Toolkit yang berasaskan pemikiran reka bentuk untuk


Design oleh Ideo penyelesaian masalah kreatif.

Baca dengan lanjut di: http://www.designkit.org/

Koozai.com Lapan teknik pemikiran kreatif dan alat yang boleh digunakan.

Baca dengan lanjut di: https://bit.ly/3j0h216

Alat Kreativiti yang Digunakan Setiap Hari oleh Google, IDEO dan Firma
Inovasi Terkemuka yang Lain
Yang berikut adalah lima alat kreativiti daripada beberapa firma terkemuka
di dunia, untuk terus bertahan dan tetap kreatif sepanjang beroperasi.

1. Set Alat untuk Tindakan Bersama

2. Tujuh Peraturan untuk Sumbang Saran

3. Carta Alir Inovasi

4. Mereka Bentuk dengan Pantas (Design Sprint )

5. Keluar dan Berjalan

Baca dengan lebih lanjut di: https://bit.ly/3qgAjgo

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Sekarang anda seharusnya telah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang


konsep kreativiti, inovasi dan pemikiran reka bentuk. Sekurang-kurangnya anda
harus mengetahui perbezaan dan persamaan antara kreativiti dan inovasi dan
peranan yang dimainkan oleh kedua-dua konsep ini dalam pembelajaran pada
hari ini. Anda adalah pelajar yang berpengetahuan sekarang dan berada di laluan
yang tepat untuk memperoleh dan melengkapkan diri anda dengan kemahiran-
kemahiran abad ke-21. Sebelum kita ke topik seterusnya, saya tinggalkan anda
dengan petikan ayat tentang kreativiti daripada penulis dan pemuisi yang
terkenal, mendiang Dr Maya Angelou.

Anda tidak akan kehabisan kreativiti. Lebih banyak anda menggunakannya,


lebih banyak anda miliki.
(Maya Angelou)

Sumber: https://en.wikiquote.org/wiki/Maya_Angelou

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Namakan DUA alat yang digunakan untuk kreativiti dan inovasi.

2. Alat kreativiti yang manakah anda paling suka? Jelaskan.

• Kreativiti adalah salah satu daripada 4K (kolaborasi, komunikasi, kreativiti


dan pemikiran kritikal) yang merupakan kemahiran hidup untuk berhadapan
dengan abad ke-21.

• Pemikiran kreatif menjadi keperluan untuk setiap pekerjaan.

 Kreativiti berkaitan dengan „imaginasi‰ dan inovasi berkaitan dengan


„implementasi/pelaksanaan‰.

 Individu yang mempunyai idea kreatif yang baik dapat melihat perhubungan
dengan baik. Dengan melatih diri anda melihat hubungan, akan
meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir dengan kreatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI  133

 Pemikiran kreatif boleh didefinisikan sebagai „berada di tahap pemikiran


yang optimum untuk menjana idea-idea yang baharu‰.

 Pemikiran reka bentuk merupakan proses berasaskan penyelesaian yang


menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah yang kompleks atau
kurang jelas, seperti yang terdapat dalam pembelajaran dunia sebenar.

Alat kreativiti Pemikiran kreatif


Individu kreatif Pemikiran reka bentuk
Inovasi Taksonomi Bloom
Kreativiti

Adobe, & Econsultancy. (2018). Digital intelligence briefing: 2018 digital trends.
(2018). [pdf]
https://wwwimages2.adobe.com/content/dam/acom/au/landing
/DT18/Econsultancy-2018-Digital-Trends.pdf

Berkun, S. (2013). The best definition of innovation.


https://scottberkun.com/2013/the-best-definition-of-innovation/

Black, Robert Alan. (1998). Broken crayons: Break your crayons and draw outside
the lines. Cre8ng Places Press.

Dietrich, A. (2015). How creativity happens in the brain (1st ed.). Palgrave
Macmillan UK.

Duckworth, S. (2016). Sketchnote for educators: 100 Inspiring illustrations for


Lifelong Learners. Irvine, California: Edtechteam Press.

Foundation for Young Australians. (2016). The New Work mindset. [pdf].
https://www.fya.org.au/wp-content/uploads/2016/11/The-New-Work-
Mindset.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI

Frey, C., & Osborne, M. (2016). Technology at work v2.0: The future is not what
it used to be. [pdf]. Oxford Martin School and Citi.
https://www.oxfordmartin.ox.ac.uk/downloads/reports/Citi_GPS_
Technology_Work_2.pdf

Hunter, S. (2013). Out think: How innovative leaders drive exceptional outcomes.
Mississauga, ON: John Wiley & Sons Canada.

Innovation [Def. 1]. (n.d.). Merriam-Webster online. In Merriam-Webster.


https://www.merriam-webster.com/dictionary/innovation

Kastelle, T. (2012). What is innovation?


https://timkastelle.org/blog/2012/09/what-is-innovation/

Lambropoulos, N., & Romero, M. (2015). 21st Century lifelong creative learning:
A matrix of innovative methods & new technologies for Individual, Team &
Community Skills & Competencies. Hauppauge, New York: Nova Science
Publishers, Inc.

Mesquita, A. (2011). Technology for creativity and innovation: Tools, techniques


and applications (1st ed.). Portugal: IGI Global.

Nielsen, D., & Thurber, S. (2016). The secret of the highly creative thinker.
Amsterdam: BIS Publishers.

Raines, S. (2012). Creativity and the arts with young children. Cengage Learning.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
Pemikiran
6 Kritis dan
Menaakul
Dr Wirawani Kamarulzaman
wirawani@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pemikiran kritis;
2. Menerangkan bagaimana kemahiran pemikiran kritis boleh
ditingkatkan;
3. Menghuraikan kemahiran pemikiran kritis;
4. Membezakan antara penaakulan deduktif dan induktif; dan
5. Mengkelaskan cara-cara untuk mentaksir kemahiran pemikiran
kritis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

 PENGENALAN

Ramai orang akan lebih cepat mati daripada mahu berfikir. Mereka
sememangnya begitu.
(Bertrand Russel, 1989)

Apakah pendapat anda tentang maksud kata-kata ini? Adakah begitu sukar untuk
berfikir?

Kita sentiasa berfikir namun, tahap pemikiran adalah berbeza, bergantung pada
situasi tertentu. Ada situasi yang tidak memerlukan kita berfikir dengan
mendalam; manakala, ada situasi lain yang memerlukan pemikiran yang
mendalam dan lebih kritis. Oleh itu, dalam topik ini kita akan mempelajari secara
khusus tentang kemahiran pemikiran kritis dan cara untuk mentaksirnya.

6.1 KEPERLUAN KEPADA PEMIKIRAN KRITIS


Kita kini hidup dalam era maklumat dan Internet menjadi sebahagian daripada
perkara penting dalam kehidupan ramai individu. Pencarian maklumat telah
menjadi sesuatu yang memenuhi minda dan perhatian kita, dan ramai individu
mendapati mereka melakukan berbilang tugas ă melayari Facebook semasa
di dalam kelas atau memeriksa emel semasa makan tengah hari dan sebagainya.
Dengan melakukan berbagai-bagai tugas secara serentak, kita dibebani dengan
pelbagai perkara yang menyebabkan kita lebih cenderung untuk melakukan
kesalahan pada setiap tugasan apabila kita melakukannya secara serentak
berbanding melakukan satu tugas dalam satu masa.

Selain itu, dengan maklumat yang banyak terdapat di Internet, bagaimanakah


kita dapat membezakan yang mana satu boleh dipercayai dan mana satu yang
palsu?

AKTIVITI 6.1

Senaraikan situasi apabila anda terjaga dan tidak perlu berfikir tentang
apa-apa. Bincangkan dalam forum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  137

6.1.1 Asas Berkembar Mengetahui dan Berfikir


Kita boleh menganggap diri kita berada dalam bahaya sekiranya gagal untuk
berfikir dengan bijak tentang pelbagai isu yang kita hadapi, tanpa mengetahui
maksud maklumat yang kita miliki. Keupayaan untuk mengetahui bagaimana
cara untuk belajar dan berfikir dengan jelas dalam memilih maklumat
yang pelbagai dan dinamik merupakan kemahiran intelek yang penting pada
abad ke-21.

Terdapat beberapa perbezaan antara mengetahui dan berfikir:

(a) Berfikir adalah aktiviti mental atau minda yang sentiasa berfungsi, selalunya
disertakan dengan peristiwa, atau situasi pada masa lalu dan akan datang.

(b) Pemikiran tidak berkaitan dengan apa yang benar-benar berlaku pada masa
sekarang; ia adalah apa yang difikirkan oleh seseorang dan tidak semestinya
berkaitan dengan fakta atau kebenaran.

(c) Mengetahui, sebaliknya, tidak melibatkan pemikiran. Sebagai contoh,


apabila seseorang bertanyakan nama anda, anda serta-merta mengetahui
nama anda tanpa perlu berfikir mengenainya.

(d) Pemikiran adalah punca kepada keraguan, manakala pengetahuan hanya


antara betul atau salah.

Kedua-duanya iaitu mengetahui dan berfikir diperlukan dalam pemikiran kritis.


Dengan mengetahui, ia akan menggalakkan pemikiran. Bagi sesetengah daripada
kita, ia boleh mencetuskan pemikiran kritis. Sebelum ini, kecekapan membaca,
menulis dan aritmetik adalah penting bagi mendapatkan pekerjaan, namun dalam
dunia masa kini, majikan memerlukan lebih lagi daripada pekerja mereka.
Majikan memerlukan pekerja yang boleh menyelesaikan masalah, berinovasi,
berkolaborasi dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

6.1.2 Definisi Kerja Pemikiran Kritis

AKTIVITI 6.2

Ambil beberapa minit untuk anda fikirkan definisi tersendiri tentang


pemikiran kritis. Bincangkan bersama-sama rakan sekelas.

Terdapat banyak definisi pemikiran kritis dan kebanyakannya cenderung


mempunyai maksud yang sama serta terdapat pertindanan. Fisher dan Spiker
(2000, seperti dirujuk dalam Halpern, 2014) mendapati istilah yang sering
digunakan untuk mendefinisikan pemikiran kritis ada pertimbangan,
penaakulan/logik, refleksi, metakognitif dan proses mental. Yang berikut
adalah senarai sebahagian daripada kemahiran umum bagi seorang pemikir
yang kritis (Halpern, 2014):

(a) Mencari bukti yang bercanggah;

(b) Membuat penilaian antara risiko dan manfaat;

(c) Mengingati semula maklumat apabila diperlukan;

(d) Memberikan sebab-sebab atas pilihan yang dibuat serta mempelbagaikan


gaya dan kandungan secara terperinci apabila memberi penjelasan
bergantung pada siapa yang menerima maklumat tersebut;

(e) Memahami prinsip asas penyelidikan;

(f) Mempersembahkan hujah yang berkesinambungan dan meyakinkan


tentang topik yang menimbulkan kontroversi dan kontemporari; dan

(g) Menentukan kebolehpercayaan maklumat dan menggunakannya untuk


merumus dan menyampaikan keputusan.

Bahagian yang penting mengenai pemikiran kritis adalah komponen penilaian,


dan ada kalanya disampaikan sebagai sesuatu yang negatif. Contohnya, apabila
kita mengatakan, „Karim adalah seorang yang kritis‰. Namun, penilaian adalah
perlu dan boleh menjadi refleksi yang membina kepada ciri-ciri positif dan negatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  139

6.1.3 Mengubah Cara Orang Berfikir: Perlukah Ia


Dilakukan?
Adalah sesuatu yang menakutkan apabila mempunyai idea hendak
mempengaruhi cara seseorang berfikir kerana ia seolah-olah mencadangkan
„kawalan minda‰ dan „penyebaran propaganda‰. Namun, adalah penting untuk
diberi perhatian bahawa pemikiran kritis adalah penawar kepada kawalan minda
dan membantu individu untuk menyedari propaganda supaya tidak menjadi
mangsanya. Kita juga akan menganalisis andaian-andaian yang tersembunyi
dalam hujah, mempertimbangkan kebolehpercayaan sumber maklumat dan
memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat pelbagai contoh yang memerlukan pemikiran kritis; berikut adalah


sebahagiannya:

(a) Kes buli dalam kalangan remaja.

Rajah 6.1: Kes buli di sekolah


Sumber: http://ohmychannel.com/article/

(b) Masyarakat yang percayakan kempen politik.

(c) Majikan yang mengeksploitasi pekerja.

(d) Orang yang biadap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

Kita perlu menyedari keperluan untuk mendidik individu untuk berfikir secara
kritis bermula dari awal usia lagi. Menjadi pemikir yang kritis membolehkan kita
untuk membuat penilaian dan keputusan dengan lebih baik.

AKTIVITI 6.3

Adakah anda seorang pemikir yang krtitis? Mengapakah anda


beranggapan demikian? Bagaimanakah untuk menjadi pemikir kritis
yang lebih baik? Bincangkan bersama-sama rakan sekelas.

6.2 BUKTI EMPIRIKAL BAHAWA PEMIKIRAN


KRITIS BOLEH DITINGKATKAN
Sekiranya anda telah berfikir dengan kritis mengenai idea untuk
mempertingkatkan cara pemikiran anda, maka anda mungkin telah mula
tertanya-tanya adakah terdapat bukti bahawa pemikiran kritis boleh ditingkatkan.
Banyak kajian mendapati bahawa pelbagai bentuk kursus berfikir dan kurikulum
menghasilkan bukti yang kukuh bahawa keupayaan berfikir secara kritis boleh
ditingkatkan melalui pendidikan.

Di Malaysia, kerajaan telah mencanangkan beberapa idea untuk membangun dan


mempertingkatkan keupayaan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar dengan
pelbagai bentuk seperti yang berikut:

(a) Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia


Pembangunan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia (Malaysia Education
Blueprint, MEB) 2013ă2025 menambah kemahiran penaakulan dalam
kurikulum selain daripada kemahiran tradisional iaitu membaca, menulis
dan mengira.

(b) Sekolah Pintar Malaysia


Konsep ini diperkenalkan pada tahun 1997 dengan harapan akan
membawa paradigma yang baharu ke dalam sistem pendidikan nasional.
Dua daripada lima strateginya tertumpu kepada pemikiran. Strategi
pertama, „menekankan pertumbuhan intelektual, emosi, rohani dan fizikal,
menumpukan kepada pemikiran, membangun dan mengaplikasikan
nilai-nilai dan penggunaan bahasa yang betul dalam kurikulum secara
menyeluruh‰ dan yang kedua untuk „menghasilkan tenaga kerja yang celik
teknologi yang mampu berfikir secara kritis, menggalakkan pemikiran dan
kreativiti dalam kurikulum secara keseluruhannya dan mengaplikasikan
teknologi secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran‰ (Nooraini &
Khairul Azmi, 2014).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  141

(c) Pelan Pembangunan Modal Insan Inovatif (Innovative Human Capital


Development, IHCD)
Pelan ini diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun
2010, yang bertujuan untuk memacu masyarakat Malaysia ke arah
masyarakat inovatif dengan cadangan untuk mengkaji, merombak dan
menyusun semula kurikulum institusi pengajian tinggi (Nooraini & Khairul
Azmi, 2014).

(d) Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Ia adalah sistem pentaksiran yang diperkenalkan pada tahun 2012.
Ia menggabungkan peperiksaan berpusat dan pentaksiran sekolah. Namun,
dalam PBS, peperiksaan berpusat boleh mempunyai pelbagai bentuk yang
berbeza daripada peperiksaan terdahulu. Dalam PBS, guru-guru diberikan
lebih kebebasan dan peluang untuk memperkasa pelajar-pelajar mereka.

Pelbagai kajian juga telah dijalankan untuk mengukur perubahan keupayaan


berfikir dalam kalangan pelajar di Malaysia. Anda boleh mendapatkan artikel
daripada pautan di bawah:

(a) The Effects of Integrating Creative and Critical Thinking on Schools


StudentsÊ Thinking

http://www.ijssh.org/index.php?m=content&c=index&a=show&catid=50
&id=722

(b) A TeacherÊs Experience of Using Critical Thinking in Classroom Teaching

http://www.ipedr.com/vol53/016-BCPS2012-C10005.pdf

(c) Developing Thinking Skills in Malaysian Science Students via an Analogical


Task

https://bit.ly/2SLoh2t

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Apakah definisi pemikiran kritis?

2. Bolehkah ia ditingkatkan? Terangkan berserta bukti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

6.2.1 Menjadi Pemikir yang Lebih Baik: Cara yang


Cepat dan Mudah
Terdapat pelbagai produk yang didakwa pengeluar boleh meningkatkan
keupayaan berfikir. Di Amerika Syarikat, terdapat bar gula-gula yang dinamakan
„Think!‰ yang dianggap oleh ramai masyarakat Amerika sebagai makanan
untuk merangsang fikiran. Rupa-rupanya, apabila Center for Science and Public
Interest iaitu suatu agensi yang menjaga kepentingan awam menghubungi
syarikat tersebut, mereka mendapati bahawa tiada satu pun bahan yang
terkandung dalam gula-gula itu dapat meningkatkan keupayaan minda tetapi
hanyalah kesan plasebo (Halpern, 2014).

Di Malaysia, terdapat juga pelbagai produk yang mendakwa mempunyai impak


yang signifikan kepada minda seseorang. Produk-produk ini dibeli oleh ramai
individu kerana mereka percaya dengan memakannya boleh meningkatkan
keupayaan minda mereka atau minda anak-anak mereka. Sesetengah ibu bapa
juga mendakwa pil tersebut menyebabkan anak-anak mereka berkelakuan baik.
Ini adalah sebahagian daripada persepsi individu yang menunjukkan bahawa kita
boleh menjadi pemikir yang lebih baik dengan cara yang cepat dan mudah.

6.2.2 Dua Jenis Pemikiran: Cepat dan Lambat


Ahli psikologi kognitif Daniel Kahneman (seperti yang dirujuk dalam Halpern,
2014), mendapati dua jenis pemikiran yang luas; Sistem 1 dan Sistem 2. Sistem 1
biasanya dianggap sebagai intuisi, yang secara automatik, tanpa usaha, dan sering
dikaitkan dengan kepakaran yang dimiliki oleh seseorang. Manakala Sistem 2,
adalah pemikiran yang lambat, bersungguh-sungguh dan penuh dengan
pertimbangan, yang berkait rapat dengan pemikiran kritis.

Pemikiran Sistem 1
Mari kita cuba latihan yang mudah ini untuk lebih memahami sistem tersebut.

Cuba jawab soalan berikut (Helmig, 2013):

Sekiranya lima mesin mengambil masa lima minit untuk menghasilkan


lima widget, berapa lamakah masa yang diambil bagi 100 mesin untuk
menghasilkan 100 widget? _______________ minit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  143

Bagaimanakah anda menjawabnya? Adakah jawapan anda 100 minit? Tindak


balas intuitif anda akan mengatakan „5 = 5 = 5 jadi 100 = 100 = 100„. Namun,
sekiranya satu mesin mengambil masa 5 minit untuk menghasilkan satu widget,
maka, walau sejuta mesin sekalipun tetap akan menghasilkan sejuta widget dalam
masa 5 minit. Oleh itu, jawapan yang betul adalah 5 minit.

Satu kajian mendapati responden yang memberi tindak balas secara intuitif,
pantas dan dalam kes ini, memberi jawapan yang salah adalah mereka yang
berkemungkinan kurang gemar untuk menangguhkan ganjaran; sebagai contoh,
individu ini akan bersetuju untuk mendapat RM200 hari ini daripada RM300
pada minggu hadapan. Oleh itu, keadaan ini mencadangkan bahawa individu
yang bergantung lebih pada pemikiran intuitif dan pantas adalah berbeza
dengan individu yang berfikir secara lambat dalam perkara penting yang lain.

Intuisi adalah seperti ilusi penglihatan dalam beberapa keadaan. Ia kadang kala
membantu kita memahami dunia di sekeliling kita; namun, sering kali ia
memperdayakan kita dan untuk mengabaikan intuisi kita adalah satu cabaran.
Perhatikan Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Ilusi dua buah meja


Sumber: Shepard (1990)

Dua buah meja tersebut kelihatan berbeza dari segi saiz dan bentuk namun,
jika anda mengambil sekeping kertas dan memotongnya untuk dipadankan
dengan salah satu meja, anda akan mendapati bahawa kepingan kertas yang sama
juga sepadan dengan meja yang sebuah lagi. Ini adalah ilusi penglihatan yang
biasa, begitu juga sama dengan ilusi pemikiran. Kita perlu peka bahawa intuisi
kita kadang kala boleh menjadi salah dan kita boleh belajar untuk
membetulkannya apabila berhadapan dengan pengalaman yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

Pemikiran Sistem 2
Pemikiran kritis adalah Sistem 2 pemikiran; yang melalui pertimbangan, lambat
dan usaha yang tinggi. Ia juga boleh dilihat sebagai enjin yang menggerakkan
pemikiran Sistem 1 memandangkan pada asalnya proses pengenalan yang pantas
dalam Sistem 1 bermula dengan cara yang terancang dan usaha yang tinggi.
Sistem 2 melibatkan pertimbangan bukti, menilai risiko, mengira kebarangkalian
dan mempertimbangkan kredibiliti. Individu boleh belajar untuk berfikir secara
rasional kerana pemikiran boleh dirasionalkan. Kita boleh belajar daripada
kesalahan sendiri, dan dengan mengawasinya, kita boleh mengawal dan
mengurangkan kejadian yang sama daripada berlaku pada masa hadapan.

AKTIVITI 6.4

Fikirkan situasi apabila anda menggunakan cara pemikiran Sistem 1 dan


Sistem 2. Bincangkan bersama-sama rakan sekelas.

6.3 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN


MENAAKUL
Kemahiran berfikir boleh ditingkatkan dengan latihan, amalan dan melalui
pembelajaran. Pemikiran sama juga seperti kemahiran lain dan kita boleh
tingkatkan dan menjadikannya lebih baik. Ia tidak seperti kecerdasan yang
ditentukan oleh genetik dan tidak boleh diubah. Individu yang mempunyai tahap
kecerdasan yang tinggi juga perlu meningkatkan keupayaannya untuk berfikir
supaya dapat menggunakan ketinggian kecerdasannya dengan sepenuhnya.

Belajar berfikir membolehkan kita mengawal kehidupan memandangkan kita


boleh berfikir bagaimana untuk menaakul, menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan dapat mengelakkan diri kita daripada dipengaruhi oleh keadaan,
emosi dan orang lain.

Dalam bahagian berikutnya, kita akan meneroka beberapa kemahiran pemikiran


kritis dan menaakul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  145

6.3.1 PSF: Pertimbangkan Semua Faktor (Consider All


Factors) (3)
PSF adalah alat mengarah-perhatian yang direka untuk mengembangkan
keluasan persepsi memandangkan kita akan melihat dan mempertimbangkan
semua faktor sebelum membuat keputusan.

Mari kita lihat contoh di bawah (de Bono, 1994):

Jennifer memerhati ke sekeliling kedai kereta terpakai dan tiba-tiba ternampak


kereta kegemarannya. Dia bertanya kepada jurujual mengenai keadaan kereta
tersebut, dan mendapati kereta itu dalam keadaan yang baik, perbatuan
perjalanan tidak terlalu tinggi, warna merah berkilat merupakan warna
kegemarannya dan harganya juga berpatutan. Dia pun memandu pulang
kereta tersebut dengan penuh kegembiraan. Namun, apabila sampai di rumah,
kereta tersebut tidak muat untuk diparkir di garajnya. Dia lupa untuk
melakukan PSF.

Pengajaran PSF melibatkan penambahan lebih banyak faktor dalam senarai untuk
dipertimbangkan. Tanyakan kepada diri anda soalan-soalan ini:

(a) Apakah perkara yang tertinggal?

(b) Bolehkah kita menambah faktor lain ke dalam senarai?

(c) Adakah perkara lain yang perlu dipertimbangkan?

Walaupun terdapat perbezaan antara faktor yang penting dan kurang penting,
tumpuan perlu diberikan kepada mencari faktor-faktor untuk dipertimbangkan
sebelum keputusan dibuat. Lazimnya, kita hanya mengikuti apa yang kita fikirkan
tanpa melakukan PSF dengan betul.

AKTIVITI 6.5

Anda akan menjalani temu duga kerja. Apakah perkara yang perlu anda
ingat? Lakukan PSF.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

6.3.2 AKP: Alternatif, Kemungkinan, Pilihan


(Alternatives, Possibilities, Choices) (6)
Menurut Bono (1994), AKP merupakan satu lagi alat mengarah-perhatian, yang
menggerakkan pemikiran kita untuk melihat beberapa kemungkinan yang selari.
Terdapat banyak alternatif:

(a) Persepsi: Perkara yang sama yang boleh dilihat dalam pelbagai cara yang
berbeza.

(b) Tindakan: Tindakan alternatif yang boleh diambil dalam situasi tertentu.

(c) Penyelesaian: Penyelesaian alternatif terhadap masalah tertentu.

(d) Pendekatan: Cara yang berbeza untuk menangani masalah dalam mencari
jalan penyelesaian.

(e) Penerangan: Penerangan alternatif tentang bagaimana sesuatu perkara


terjadi. Hipotesis alternatif dalam sains.

(f) Reka bentuk: Reka bentuk alternatif yang memenuhi tujuan reka bentuknya
(mesin, bangunan, poster dan sebagainya).

Ada ketikanya, cara yang biasa kita lakukan tidak berhasil dan kita terpaksa
mencari alternatif lain. Kadang kala kita ingin mencari cara yang lebih baik untuk
melakukan kerja ataupun menyelesaikan masalah, maka kita mencari alternatif.
Sekiranya kita diberitahu terdapat dua kemungkinan untuk menyelesaikan
masalah tertentu, kita mungkin akan mengambil sedikit lagi masa untuk
memikirkan alternatif lain dan kita mungkin akan menemuinya. Ataupun,
mungkin tidak. Namun, masa yang diluangkan untuk mencarinya tetap berbaloi.

AKTIVITI 6.6

Dalam kuiz rancangan TV, satu objek dijelaskan berbentuk bulat, leper
dan boleh dimakan. Adakah ia burger, atau benda lain? Lakukan AKP,
senaraikan sebanyak mungkin kemungkinan yang anda boleh fikirkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  147

6.3.3 Fokus dan Tujuan (3)

Kita perlu mencipta tabiat berfikir yang fokus dan mempunyai tujuan. Penyebab
utama kepada ketidakcekapan dan tidak keberkesanan dalam berfikir adalah
apabila kita membiarkan fikiran kita melayang dari satu perkara ke perkara yang
lain tanpa sebarang hala tuju. Sebagai contoh, dalam perbualan bersama rakan,
kita tiba-tiba mengalih topik perbincangan dan bercakap mengenai sesuatu
perkara yang baru dibangkitkan oleh rakan kita.

Terdapat banyak ciri-ciri utama bagi kemahiran berfikir ini (de Bono, 1994):

(a) Soalan Utama


Tabiat berfikir perlu dimulakan dengan soalan utama. Untuk kemahiran
pemikiran fokus dan bertujuan, kita perlu bertanyakan kepada diri kita:

(i) Apakah yang sedang saya lihat (fikir tentang) sekarang?

(ii) Apakah yang cuba saya lakukan?

(b) Tetapkan Fokus


Kita perlu tetapkan tumpuan dan tujuan dan bukan hanya peka tentang
sesuatu perkara. Bertanya pada diri kita „apakah yang ingin kita fokuskan?‰.
Kita perlulah dapat memilih dan mendefinisikan perbezaan antara
perkara-perkara yang ingin kita fokuskan, dan mengenal pasti apakah
yang ingin kita lakukan pada setiap perkara tersebut.

(c) Jenis Berfikir


Terdapat lima jenis berfikir yang perlu kita ketahui dan dengan memberikan
fokus kepada setiap satu akan membawa kepada tujuan dalam pemikiran
kita.

(i) Meneroka: Perhatikan sekeliling, tambahkan pengetahuan dan peka


dengan persekitaran atau objek di sekeliling.

(ii) Mencari: Apabila kita menginginkan sesuatu atau mempunyai


keperluan yang pasti. Apabila kita menginginkan sesuatu yang
khusus.

(iii) Memilih: Terdapat pelbagai alternatif yang boleh kita pilih. Sampai ke
satu tahap, memilih menjadi perkara utama yang difikirkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

(iv) Mengatur: Kita mengatur maklumat atau mengumpul sesuatu perkara


dengan cara yang paling berkesan.

(v) Menyemak: Adakah ini betul? Adakah itu tepat? Adakah ia selamat?
Adakah ia boleh diterima? Ini adalah antara persoalan yang perlu
dipertimbangkan untuk mengetahui sama ada sesuatu keputusan yang
kita pilih atau lakukan adalah betul.

AKTIVITI 6.7

Anda akan menyediakan makanan untuk tiga orang rakan anda.


Senaraikan lima perkara yang mungkin perlu anda fokuskan.

6.3.4 TMO: Tujuan, Matlamat dan Objektif (Aims,


Goals and Objectives) (2)

Kita telah berbual selama sejam tetapi saya tidak tahu apakah yang cuba kita
capai. Bolehkah kita lakukan TMO?
(de Bono, 1994)

Senario di atas memerlukan kita melakukan TMO.

TMO berkait dengan tabiat berfikir yang mahukan fokus dan tujuan pemikiran
pada setiap masa namun, memfokuskan kepada keseluruhan tujuan atau objektif
dan bukan memfokuskan satu perkara dari semasa ke semasa.

Kita tidak perlu membezakan antara tujuan, matlamat dan objektif kerana
membezakan perkara-perkara tersebut tidak membantu kita, malah ia akan
mengelirukan kita. Namun, sebaik sahaja kita berjaya mendapatkan hasil yang
dikehendaki daripada usaha pemikiran kita, maka, fikiran kita telah jelas
mengenai TMO. Kita boleh bertanya kepada diri „apakah objektif kepada perkara
yang difikirkan?‰ atau „apakah hasil yang kita inginkan?‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  149

Terdapat dua aspek yang kita perlu perhatikan untuk memperoleh kemahiran ini:

(a) Definisi Alternatif bagi Objektif


Apabila kita mengadakan perbincangan dalam mesyuarat atau dalam apa
jua acara, kita mungkin tidak setuju dengan definisi TMO yang dicadangkan
oleh seseorang. Oleh itu, berbaloi untuk sentiasa mempunyai definisi
alternatif bagi TMO untuk memberi penjelasan kepada orang lain.

(b) Sub-objektif
Kita juga perlu menetapkan sub-objektif dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah secara keseluruhan. Ini berkaitan dengan membahagikan masalah
kepada beberapa bahagian yang kecil dan fokus pada bahagian tersebut.

6.3.5 Penaakulan Deduktif


Deduktif= atas-bawah
(top-down).

Umum kepada khusus

Mulakan kenyataan yg
umum/hipotesis &
kesimpulan yg khusus/
logik.

Berkait dgn kesahihan


hujah
Rajah 6.3: Penaakulan deduktif
Sumber: http://www.socialresearchmethods.net/

Penaakukan deduktif merupakan bentuk penaakulan sahih yang asas yang


bermula daripada umum kepada khusus. Dalam penaakulan deduktif, atau
deduksi, kita mulakan dengan kenyataan yang umum, atau hipotesis dan
kemudian kita akan mengkaji kemungkinan-kemungkinannya untuk mencapai
kesimpulan yang khusus atau logik. Secara tidak formal, penaakulan deduktif
juga dikenali sebagai pendekatan atas-bawah (top-down). Logik deduktif berkait
dengan kesahihan hujah: hujah deduktif menjadi sahih sekiranya kesimpulan
yang dibuat mengikut akibat logik yang memadai daripada premisnya.

Bentuk penaakulan deduktif yang biasa adalah silogisme, dalam dua pernyataan
ă premis major dan premis minor ă mencapai kesimpulan yang logik. Silogisme
dilihat sebagai kaedah yang baik untuk menguji penaakulan deduktif dalam
memastikan kesahihan hujah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

Untuk melakukan penaakulan deduktif, kita boleh mulakan dengan memikirkan


satu teori mengikut topik yang kita minati. Kemudian, kita hadkan kepada
hipotesis khusus yang boleh diuji. Contohnya, kita boleh katakan „semua ikan
boleh terbang; semua gapi adalah ikan; maka, semua gapi boleh terbang‰.
Pernyataan ini adalah sahih walaupun kesimpulan secara empirikalnya adalah
salah.

Daripada teori „semua ikan boleh terbang‰, kita melakukan saringan untuk
mengumpulkan semua pemerhatian dan membuat hipotesis mengenai „semua
gapi adalah ikan‰, yang membolehkan kita menguji hipotesis dengan data yang
khusus ă mengesahkan (atau tidak) bahawa „semua gapi boleh terbang‰ yang
merupakan teori asal yang kita hasilkan.

Dalam penaakulan deduktif, sekiranya premisnya adalah benar, maka,


kesimpulannya mestilah benar. Walau bagaimanapun, kita perlu ambil perhatian
bahawa untuk penaakulan deduktif menjadi betul, hipotesis dan premis juga
mestilah betul.

6.3.6 Penaakulan Induktif


Induktif= bawah-atas
(bottom-up)

Bermula dari
permahatian khusus ttg
perkara2 di dunia kpd
generalisasi & teori yg
lebih luas.

Ada 6 jenis Penaakulan


Induktif

Rajah 6.4: Penaakulan induktif


Sumber: http://www.socialresearchmethods.net/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  151

Penaakulan induktif bermula dari beberapa pemerhatian yang khusus tentang


perkara-perkara di dunia kepada generalisasi dan teori yang lebih luas.
Secara tidak formalnya ia dikenali sebagai pendekatan bawah-atas (bottom-up).
Dalam penaakulan induktif, kita mulakan dengan pemerhatian dan langkah yang
khusus, kita mula membezakan corak dan tema, membina beberapa cadangan
hipotesis yang boleh kita teroka dan akhirnya, membangunkan beberapa
kesimpulan umum atau teori.

Terdapat beberapa jenis penaakulan induktif yang utama (Parrish, 2018):

(a) Generalisasi ă Membuat kesimpulan daripada generalisasi. Contohnya,


„Semua angsa yang saya lihat adalah berwarna putih; maka, barangkali
semua angsa adalah berwarna putih.‰

(b) Statistik ă Membuat kesimpulan berdasarkan statistik. Contohnya,


„95 peratus angsa adalah berwarna putih; maka, angsa yang dipilih secara
rawak barangkali berwarna putih.‰

(c) Sampel ă Membuat kesimpulan untuk satu kumpulan berdasarkan sampel


daripada kumpulan lain. Contohnya, „Terdapat sepuluh angsa di kolam dan
semuanya berwarna putih; maka, angsa di kolam jiran saya juga barangkali
berwarna putih.‰

(d) Analogi ă Membuat kesimpulan berdasarkan sifat-sifat yang sama pada dua
kumpulan. Contohnya, „Semua itik Aylesbury berwarna putih, angsa sama
seperti itik Aylesbury. Maka, semua angsa barangkali berwarna putih.‰

(e) Ramalan ă Membuat kesimpulan berdasarkan ramalan menggunakan


sampel yang lepas. Contohnya, „Saya pergi ke kolam ini pada tahun lepas
dan semua angsa berwarna putih. Maka, jika saya melawat kolam ini sekali
lagi, semua angsa barangkali berwarna putih.‰

(f) Kesimpulan penyebab (Causal inference) ă Membuat kesimpulan


berdasarkan kaitan sebab akibat. Contohnya, „Semua angsa di kolam ini
berwarna putih. Saya baru lihat seekor burung di kolam. Burung tersebut
barangkali seekor angsa.‰

Dalam penaakulan induktif, sekiranya premis adalah benar, kesimpulannya


berkemungkinan adalah benar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Apakah perbezaan antara penaakulan deduktif dan induktif?

2. Apakah jenis-jenis utama penaakulan induktif?

6.4 PENTAKSIRAN PEMIKIRAN KRITIS


Bagaimanakah untuk kita ketahui sekiranya kita berfikir dengan kritis? Terdapat
beberapa cara untuk mentaksir atau menilai kemahiran pemikiran kritis kita.
Sekiranya anda seorang guru atau pengurus, anda boleh menggunakan kaedah
yang sama untuk mentaksir keupayaan pemikiran kritis pelajar dan pekerja anda.

Antara sebahagian kaedah mentaksir pemikiran kritis adalah:

(a) Melalui Pertanyaan ă Bertanya soalan dan menggunakan jawapan untuk


memahami dunia di sekeliling kita adalah cara yang membawa kepada
pemikiran kritis. Antara soalan yang boleh kita tanyakan kepada diri sendiri
adalah (Gocsik, 2002):

(i) Apakah kekuatan dan kelemahan bagi ⁄?

(ii) Apakah perbezaan antara ⁄ dan ⁄?

(iii) Terangkan mengapa/bagaimana ⁄?

(iv) Apakah yang akan terjadi sekiranya ⁄?

(v) Apakah sifat ⁄?

(vi) Mengapakah ⁄ terjadi?

(vii) Apakah contoh terbaharu bagi ⁄?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  153

(b) Melalui Penulisan ă Penulisan boleh mengubah kita daripada seorang yang
pasif kepada aktif kerana ia memerlukan kita untuk mengenal pasti isu dan
merumuskan hipotesis serta hujahan. Kita perlu fokus dan lapangkan fikiran
kita sebelum mula menulis, seterusnya ini akan membawa fikiran kita untuk
melalui proses pemikiran kritis. Antara soalan yang kita boleh tanyakan
kepada diri kita sebelum memulakan penulisan adalah (Gocsik, 2002):

(i) Apakah maklumat terpenting?

(ii) Apakah yang mungkin tertinggal?

(iii) Apakah pendapat saya tentang subjek ini?

(iv) Bagaimanakah saya boleh sampai kepada apa yang saya fikirkan?

(v) Apakah andaian-andaian saya? Adakah ia sahih?

(vi) Bagaimanakah saya boleh menggunakan fakta, pemerhatian dan


sebagainya, untuk menyakinkan individu lain tentang apa yang saya
fikirkan?

(vii) Apakah perkara yang belum saya fahami?

(c) Kolaborasi Kumpulan


Kolaborasi kumpulan termasuk perbincangan, kajian kes, tugasan dalam
kumpulan, tinjauan semula setara (peer review) atau perbahasan/
perdebatan; kesemuanya adalah relevan untuk mentaksir pemikiran kritis.
Terdapat beberapa sebab yang menjadikan kolaborasi sebagai cara yang
berkesan untuk mempertingkat pemikiran kritis:

(i) Kumpulan kolaboratif mempunyai lebih kemungkinan untuk menjana


hasil yang lebih baik daripada bekerja secara individu;

(ii) Individu akan lebih terdedah kepada pelbagai sudut pandangan yang
berbeza semasa mengutarakan idea mereka; dan

(iii) Berkolaborasi dalam menyelesaikan projek selalunya memberi


motivasi, mencetuskan minat, dan meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan tentang topik tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Apakah cara-cara untuk mentaksir pemikiran kritis?

2. Bagaimanakah kolaborasi kumpulan membantu individu untuk


berfikir secara kritis?

 Individu perlu mempunyai kemahiran pemikiran kritis untuk melakukan


berbilang tugas dengan baik dan membuat keputusan serta menyelesaikan
masalah dengan lebih berkesan.

 Pemikiran kritis melibatkan pertimbangan, penaakulan, refleksi, persoalan,


metakognitif dan proses mental.

 Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program dan sukatan pelajaran di


sekolah untuk mempertingkatkan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.

 Pelbagai kemahiran boleh dipelajari untuk mempertingkatkan kemahiran


pemikiran kritis seperti PSF, AKP, fokus dan tujuan, TMO, serta penaakulan
deduktif dan induktif.

 Melalui siasatan, penulisan dan kolaborasi kumpulan, kita boleh mentaksir


kemahiran pemikiran kritis.

Alternatif, kemungkinan, pilihan Penaakulan induktif


(AKP)
Pertimbangkan semua faktor (PSF)
Kemahiran pemikiran kritis
Tujuan, matlamat, objektif (TMO)
Penaakulan deduktif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL  155

Bradford, B. (2017). Deductive Reasoning versus Inductive Reasoning.


https://www.livescience.com/21569-deduction-vs-induction.html

de Bono, E. (1994). Teach your child how to think: Help them survive and thrive.
London: Penguin Book.

Gocsik, K. (2002). Teaching Critical Thinking Skills. UTS Newsletter, 11(2): 1ă4.

Halpern, D. (2014). Thought and knowledge: An introduction to critical thinking.


(5th ed.) New York: Psychology Press.

Nooraini, O., & Khairul Azmi, M. (2014). Thinking skill education and
transformational progress in Malaysia. International Education Studies, 7(4).
https://doi.org/10.5539/ies.v7n4p27

Parrish, S. (2018). Deductive versus inductive Reasoning: Make smarter


arguments, better decisions, and stronger conclusions. Dicapai dari
https://fs.blog/2018/05/deductive-inductive-reasoning/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
Komunikasi
7 Noor Zuleika Zulkipli
noorzuleika.zulkipli@quip.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan
seharian;
2. Membincangkan fungsi komunikasi lisan dan bukan lisan;
3. Menunjukkan bagaimana untuk menjadi komunikator yang
berkesan; dan
4. Mengenal pasti halangan kepada komunikasi yang berkesan.

 PENGENALAN
Komunikasi yang berkesan bukan sahaja tertumpu kepada kepetahan bertutur
dengan lancar. Kebanyakan individu tersalah anggap bahawa pertuturan yang
lancar sahaja boleh menghasilkan komunikasi yang berkesan. Ramai yang tidak
sedar bahawa untuk menjadi komunikator yang berkesan, seseorang bukan hanya
perlu tahu bercakap, malah dia juga perlu bijak mendengar. Tambahan pula,
komunikasi telah menjadi komponen penting yang diperlukan dalam
pembelajaran abad ke-21. Menurut P21 (www.p21.org/index.php), komunikasi
melibatkan komunikasi pengantara dan digital, perseorangan, komunikasi
bertulis serta lisan. Topik ini akan membimbing anda untuk memperoleh
kemahiran komunikasi dan juga bagaimana untuk menjadi komunikator yang
berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  157

AKTIVITI 7.1

Pernahkah anda bermain permainan yang dipanggil „Permainan


Telefon‰? Begini caranya; seramai mungkin individu berbaris. Semua
pemain perlu berada serapat yang boleh dan pemain yang pertama akan
membisikkan „mesej‰ kepada individu di belakangnya, tetapi kesemua
pemain tidaklah berada terlalu rapat sehinggakan boleh mendengar
bisikan tersebut. „Mesej‰ yang dibisikkan akan diteruskan hingga ke
pemain yang berada di akhir barisan, dan pemain terakhir akan
menyebut mesej tersebut dengan kuat supaya didengari oleh semua
pemain dan semua pemain boleh mengetahui berapa banyakkah
perubahan yang berlaku berbanding daripada mesej yang pertama
disampaikan.

Walaupun pemainan ini menyeronokkan, ia juga mengandungi objektif


yang tersembunyi dari sudut pandangan komunikasi. Bincangkan
bersama-sama rakan sekelas anda melalui myINSPIRE, apakah
kelebihan/cabaran/halangan komunikasi yang anda peroleh daripada
permainan ini?

7.1 KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN


SEHARIAN
Bayangkan anda berseorangan di dalam bilik. Anda tidak tidur, tetapi
memikirkan apa yang akan anda lakukan seterusnya. Anda masih teringat
perbualan yang berlaku pada malam semalam, dan juga berita yang anda baca
dari surat khabar The Star pada waktu tengah hari. Tidak hanya terhenti di situ,
anda terus berfikir sehingga pada saat anda bangun daripada tidur. Tanpa kita
sedari, kita sering terlibat dalam proses komunikasi.

Situasi di atas boleh digambarkan sebagai „seseorang tidak boleh tidak


berkomunikasi‰. Aksiom ini diperkenalkan oleh Paul Watzlawick dalam teorinya
mengenai komunikasi interpersonal yang dipanggil Paparan Interaksi
(Interactional View). Aksiom ini secara asas menerangkan bahawa walaupun anda
tidak berkata-kata, atau tidak melakukan apa-apa, anda masih berkomunikasi.
Komunikasi, termasuk komunikasi tanpa lisan memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan kita. Walaupun anda tidak berkata-kata, anda masih
menunjukkan komunikasi bukan lisan, seperti ekspresi muka, cara anda berdiri
dan juga apabila anda berdiam diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Mungkin kita sedar apabila kita sedang berkomunikasi namun adakah anda
sedar bahawa anda juga sedang melalui satu proses? Salah satu cara untuk
memahami proses komunikasi adalah melalui modelnya. Rajah 7.1 menunjukkan
proses komunikasi.

Rajah 7.1: Proses komunikasi ( Eunson, 2016)

Daripada model ini, terdapat beberapa elemen yang perlu diperkenalkan kepada
anda seperti yang berikut:

(a) Penyampai dan penerima: Sesiapa sahaja; seorang indvidu atau organisasi
yang mempunyai tujuan untuk menyampaikan atau menyebarkan mesej
kepada penerima. Walau bagaimanapun, memandangkan komunikasi
ini berlaku secara dua hala, penyampai juga adalah penerima. Menurut
Eunson (2016), penerima dikenali dengan panggilan yang berbeza mengikut
jenis komunikasi masing-masing (Jadual 7.1).

Jadual 7.1: Penerima Mengikut Bidang Komunikasi yang Berbeza

Bidang Komunikasi Penerima Dikenali sebagai


Komunikasi interpersonal Pendengar
Perhubungan awam Orang awam
Media massa Penonton, demografi, pemerhati, pendengar,
kumpulan sasaran
Komunikasi dalam organisasi Pelanggan, klien, pemegang taruh/pihak
berkepentingan
Pembentangan, pengucapan awam Penonton, juru-audit
Komunikasi dalam talian Pengguna, peserta

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  159

(b) Mesej: Apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan oleh penyampai
kepada penerima. Mesej boleh dalam bentuk tulisan, ucapan, bukan lisan,
grafik atau visual.

(c) Enkod: Proses mengubah perkataan dan simbol, begitu juga isyarat bukan
lisan kepada mesej atau kandungan.

(d) Dekod: Proses mentafsir dan memahami mesej yang disampaikan oleh
penyampai kepada penerima mengikut cara yang diinginkan penyampai.

(e) Saluran: Medium menyampaikan mesej.

(f) Gangguan: Apa sahaja yang mengganggu mesej atau wujud halangan dalam
komunikasi seperti bunyi bising, gangguan pendengaran, sebutan yang
salah dan sebagainya.

(g) Maklum balas: Tindak balas daripada penerima mesej, yang mengubah
komunikasi sehala kepada komunikasi dua hala.

(h) Konteks: Situasi atau peristiwa di mana komunikasi itu berlaku.

AKTIVITI 7.2

Secara berpasangan dengan rakan sekelas, minta pasangan anda untuk


mengenal pasti DUA situasi komunikasi (di rumah atau tempat kerja)
dan berikan contoh pada setiap elemen proses komunikasi berikut:

(a) Penyampai/Penerima

(b) Enkod/Dekod

(c) Gangguan

(d) Konteks

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kita telah mempelajari pelbagai jenis
komunikasi sama ada di rumah, tempat kerja, melalui media sosial dan apa sahaja
konteks yang berbeza. Sebelum kita meninjau lebih lanjut, mari kita kenali
lima jenis komunikasi (Hybels & Weaver II, 2015), yang sering kita gunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Jadual 7.1: Jenis Komunikasi

Jenis Komunikasi Penerangan

Komunikasi intrapersonal Bahasa yang digunakan dan/atau fikiran yang


berlaku dalam diri anda, selaku komunikator.
Contohnya, becakap dengan diri sendiri, monolog.

Komunikasi interpersonal Berlaku apabila anda berkomunikasi secara seorang


individu dengan seorang individu yang lain ă
biasanya dalam keadaan yang tidak formal atau
berstruktur. Contohnya, berbual dengan pasangan,
bicara hati ke hati dengan teman baik.

Komunikasi kumpulan kecil Berlaku apabila beberapa individu dalam kumpulan


yang kecil bertemu untuk menyelesaikan masalah
bersama. Kumpulan tersebut cukup kecil yang
membolehkan setiap ahli berpeluang untuk
berinteraksi dengan ahli yang lain.

Komunikasi awam Penyampai-penerima (penceramah, contohnya,


Perdana Menteri) memberikan mesej (ceramah,
contohnya, ucapan perhimpunan bulanan Pejabat
Perdana Menteri) kepada hadirin (staf).

Komunikasi antara budaya Berlaku apabila dua atau lebih individu dengan
budaya yang berbeza berinteraksi. Bidang ini
mengkaji bagaimana perbezaan latar belakang
budaya antara individu mempengaruhi persepsi
mereka terhadap dunia, apabila mereka
berkomunikasi.

Sumber: Hybels & Weaver II (2015)

Setelah anda mengetahui proses komunikasi, dan jenis komunikasi, anda akan
mula memahami mengapa terdapat komunikasi yang berkesan atau tidak
berkesan. Kini, kita perlu membincangkan fungsi komunikasi dalam kehidupan
seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  161

7.2 FUNGSI KOMUNIKASI


Komunikasi lisan atau bukan lisan merupakan jenis komunikasi yang biasa
digunakan. Keduanya mempunyai pelbagai fungsi yang akan dibincangkan
dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya.

7.2.1 Fungsi Komunikasi Lisan


Menurut DeFleur et al. (2014), manusia berkomunikasi dengan corak simbol yang
difahami oleh kedua-dua individu yang memberikan mesej dan individu yang
melihat, mendekod dan membina maknanya. Kebanyakan simbol yang kita
gunakan dalam komunikasi harian adalah perkataan-perkataan yang biasa dan
didefinisikan secara formal dalam kamus standard dari segi makna denotatif.

Simbol atau „bahasa‰, merupakan label yang dipersetujui secara sosial yang
kita gunakan untuk mengenal pasti dan membangkitkan makna konvensional
yang tersimpan dalam skema sistem ingatan kita. Contohnya, apabila kita meletak
makanan di dalam mulut, mengunyah dan menelan makanan tersebut,
ia dipanggil „makan‰. „Makan, tidur, berjalan‰ adalah antara contoh simbol
yang boleh didefinisikan dalam makna yang denotatif. Maka, komunikasi lisan
melibatkan bahasa percakapan dan penulisan mempunyai pelbagai fungsi
yang signifikan dalam kehidupan kita, terutamanya dalam aktiviti komunikasi.

Paynton dan Hahn (2018) telah merangka beberapa panduan fungsi komunikasi
lisan seperti yang berikut:

(a) Komunikasi Lisan Membantu Kita Mendefinisikan Realiti


Kita menggunakan komunikasi lisan untuk mendefinisi idea, perasaan,
emosi, situasi dan individu. Fikirkan bagaimana anda mendefinisikan diri
anda. Anda mungkin mendefinisikan diri anda sebagai pelajar, pekerja, anak
lelaki/perempuan, ibu/bapa, pejuang atau penyokong kepada sesuatu
organisasi/pertubuhan dan sebagainya. Anda juga mendefinisikan diri anda
sebagai seorang yang bermoral, beretika, suka berjaga malam atau seorang
yang suka bertangguh. Komunikasi lisan adalah bagaimana kita memberi
label dan mendefinisikan apa yang kita alami dalam hidup. Definisi ini
bukan setakat penerangan malah boleh dinilai. Bayangkan anda bersama
beberapa rakan di tepi pantai. Hari itu bermula dengan langit yang cerah
dan indah; namun, awan mendung tiba-tiba muncul dan hujan kemudian
turun dengan lebat., Anda terus mengadu kepada rakan anda bahawa hari
ini hari yang buruk. Tiba-tiba, rakan anda berkata, „Apa maksud kamu?
Hari ini sebenarnya hari yang indah!‰. Daripada menumpukan kepada
cuaca, rakan anda merujuk kepada kegembiraan yang dirasakannya dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

hati kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan tanpa mengira


sama ada cuaca cerah atau hujan. Pernyataan ini memberikan kita pilihan
bagaimana kita menggunakan komunikasi lisan untuk mendefinisikan
realiti. Kita boleh memilih tentang apa yang ingin diberi perhatian dan
bagaimana mendefinisi pengalaman serta impaknya kepada kita dalam
memahami dunia yang kita diami.

(b) Komunikasi Lisan Membantu Kita Mengatur Idea dan Pengalaman yang
Kompleks kepada Kategori yang Memberi Makna
Pertimbangkan beberapa perkara yang anda alami dengan lima deria utama
anda pada setiap hari. Mustahil untuk kita memahami semua perkara yang
kita hadapi. Kita gunakan komunikasi lisan untuk mengatur peristiwa yang
berlaku secara rawak kepada kategori yang kita fahami untuk menjadikan
pengalaman yang kita lalui sebagai sesuatu yang munasabah. Sebagai
contoh, kita semua mengatur individu dalam hidup kita mengikut kategori
masing-masing. Kita melabel mereka sebagai kawan, kenalan, pasangan
romantik, keluarga, rakan sebaya, rakan sekerja dan orang yang tidak
dikenali. Kita juga menumpukan kepada kualiti, ciri-ciri atau skrip tertentu
untuk mengatur peristiwa yang berlaku tanpa dirancang kepada kategori
yang bermakna untuk kita memahami apa yang terjadi di dunia ini.

(c) Komunikasi Lisan Membantu Kita Berfikir


Melalui bahasa, kita boleh mengimbas kembali perkara yang lepas,
memikirkan masa kini, dan merenung apa yang mungkin berlaku masa
hadapan. Memori kita berkembang dengan penggunaan bahasa. Tanpa
komunikasi lisan, kita tidak boleh berfikir dan berfungsi sebagai manusia
yang perlu menaakul dan berkomunikasi. Pada tahun 2011 artikel daripada
Scientific American bertajuk „How Language Shapes Thought‰ yang
dikarang oleh Lera Boroditsky, mendakwa bahawa individu „bergantung
pada bahasa walaupun melakukan perkara yang mudah seperti
membezakan warna, mengira tompokan pada skrin atau menyesuaikan diri
di dalam bilik yang kecil: saya dan rakan sekerja menemui bahawa dengan
mengehadkan keupayaan seseorang untuk mengakses bahasa dengan lancar
ă contohnya, dengan memberikan mereka tugasan lisan yang mencabar
seperti membaca laporan berita secara berulang-ulang ă mengurangkan
keupayaan mereka untuk melakukan tugas-tugas ini.‰ Ini mungkin
mengapa sesetengah individu sukar untuk melakukan berbilang tugas ă
apabila satu tugas melibatkan pertuturan dan satu lagi melibatkan
pemikiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  163

(d) Komunikasi Lisan Membantu Kita Membentuk Sikap Kita terhadap Dunia
Cara kita menggunakan bahasa membentuk sikap kita terhadap dunia
sekeliling. Apabila anda melabel, menerangkan atau menilai peristiwa yang
berlaku dalam hidup, anda menggunakan simbol dalam bahasa pertuturan
anda. Anda menggunakan simbol-simbol ini untuk mewakili realiti yang
mempengaruhi tanggapan dan sikap kita terhadap dunia. Maka, wajar
untuk dikatakan bahawa semakin canggih himpunan simbol anda, semakin
canggih pandangan anda terhadap dunia.

AKTIVITI 7.3

Lakukan pemerhatian mesej lisan dan isyarat bukan lisan terhadap


rakan sekelas atau rakan sekerja anda selama tiga hari. Pemerhatian
anda hendaklah mengandungi semua isyarat bukan lisan seperti
yang terdapat dalam modul ini. Kemudian, tuliskan laporan dan
cadangan untuk mempertingkatkan tingkah laku komunikasi rakan
sekelas/sekerja anda.

7.2.2 Fungsi Komunikasi Bukan Lisan


Menurut Hybels dan Weaver II (2015), komunikasi bukan lisan adalah maklumat
yang disampaikan tanpa menggunakan perkataan. Dalam sehari, 93 peratus
komunikasi kita berupa komunikasi bukan lisan dengan 55 peratus ekspresi
muka, posisi tubuh dan gerakan isyarat, manakala 38 peratus melalui nada suara.

Rajah 7.2: Elemen-elemen komunikasi dalam kehidupan harian kita

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Terdapat beberapa jenis komunikasi bukan lisan namun, kita tidak akan
membincangkannya dengan mendalam di sini kerana anda akan mempelajarinya
dalam modul yang lain sepanjang pengajian anda seperti modul ABCC1103
Pengenalan Komunikasi dan OUMH1303 Bahasa Inggeris untuk Komunikasi
Lisan.

Paynton dan Hahn (2018) telah menyenaraikan tujuh jenis komunikasi bukan lisan
seperti yang berikut:

(a) Kinesik
Adalah bidang tentang pergerakan badan, ekspresi muka dan temuan mata.
Ekspresi muka adalah kaedah utama dalam berkongsi emosi dan perasaan,
dan dalam sesetengah negara, temuan mata menunjukkan rasa hormat dan
kejujuran semasa berinteraksi dan menyampaikan mesej.

Rajah 7.3: Kinesik


Sumber: https://com322kinesics.wordpress.com/

(b) Haptik
Sentuhan adalah komunikasi bukan lisan yang pertama dialami oleh
manusia dan penting kepada perkembangan dan kesihatan kita. Kita
menggunakan sentuhan untuk berkongsi perasaan dan memberi makna
kepada hubungan seperti pelukan, bersalaman atau semasa bergurau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  165

(c) Penampilan Peribadi, Objek dan Artifak


Ini merujuk kepada jenis komunikasi bukan lisan yang kita gunakan
terhadap badan dan sekeliling kita untuk menyatakan makna yang ingin
kita sampaikan kepada individu lain. Ia ditunjukkan melalui gaya rambut,
pemakaian, barang kemas, saiz badan dan juga gaya kecergasan. Objek
adalah sesuatu yang digunakan berkaitan dengan kerjaya kita, contohnya,
doktor memakai kot makmal dan stetoskop. Manakala artifak adalah objek
yang menunjukkan pencapaian atau kejayaan seseorang dalam kerjayanya
seperti sijil, ijazah atau anugerah.

(d) Proksemik
Ia adalah bidang mengenai bagaimana kita menggunakan ruang untuk
mempengaruhi cara kita berhubung dengan individu lain. Adakah anda
sedar di sesetengah tempat kerja, mereka menyediakan bilik yang besar
untuk jawatan pengurus atasan; manakala, pekerja berjawatan pertengahan
dan bawahan bekerja di dalam kubikel? Ini menunjukkan struktur kuasa
dan hierarki dalam syarikat. Dengan kata lain, ia juga adalah ruang yang kita
guna untuk membentuk dan mengekalkan hubungan. Kita menggunakan
ruang yang mesra (intimate space) dengan mereka yang kita rapat (ahli
keluarga, teman rapat, pasangan mesra) yang terdiri daripada ruang di
dalam julat yang boleh disentuh/menyentuh kepada 18 inci. Selain daripada
ruang mesra, terdapat juga ruang peribadi (personal space), ruang sosial
(social space) dan ruang awam (public space).

Rajah 7.4: Penggunaan ruang


Sumber: https://bit.ly/3xGgQZ8

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

(e) Kronemik
Ia adalah bidang bagaimana menggunakan masa. Adakah anda seorang
yang menghargai masa ataupun tidak? Adakah anda selalu menepati masa
atau apabila berurusan, menghargai seseorang yang menepati masa?
Bagaimana cara anda menggunakan masa, menggambarkan siapa diri anda
yang sebenarnya.

(f) Ciri Paralinguistik


Melibatkan kualiti vokal seperti nada tinggi dan rendah/pic suara (pitch),
kekuatan bunyi, pengubahan nada suara/fleksi (meninggikan atau
merendahkan nada suara), kadar ucapan dan irama. Bagaimana kita
menyebut sesuatu perkataan seringkali menyatakan makna yang lebih
mendalam daripada makna sebenar perkataan itu sendiri.

(g) Berdiam Diri


Apabila kita tidak menggunakan perkataan atau ucapan untuk
menyampaikan maksud tertentu. Berdiam diri mempunyai kuasa kerana
apabila seseorang senyap ini mungkin bermakna dia enggan untuk
berkomunikasi dengan anda.

Hybels dan Weaver II (2015) telah merangka empat fungsi komunikasi bukan lisan
seperti yang berikut:

(a) Kita Menggunakan Isyarat Bukan Lisan untuk Melengkapkan Mesej Lisan
Isyarat bukan lisan sering kali digunakan untuk melengkapkan mesej lisan
dengan menambah maknanya. Apabila anda berbual dengan seseorang
yang baru kehilangan orang tersayang kerana kanser, anda mungkin akan
melengkapkan kata-kata anda „takziah saya ucapkan‰ dengan pelukan,
menepuk bahu dengan perlahan dan bersalaman.

(b) Kita Menggunakan Isyarat Bukan Lisan untuk Mengawal Selia Komunikasi
Lisan
Adalah mudah untuk memulakan, menamatkan atau mengekalkan interaksi
kita dengan individu lain dengan menggunakan mesej bukan lisan
berbanding dengan komunikasi lisan. Apabila kita ingin menamatkan
perbualan, kita boleh menggunakan isyarat seperti bangun daripada kerusi,
atau kembali ke komputer dan menaip sesuatu, untuk menyampaikan
kepada individu tersebut bahawa perbualan telah tamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  167

(c) Kita Menggunakan Isyarat Bukan Lisan sebagai Pengganti kepada Mesej
Lisan
Kita sering menggantikan „ya‰, „tidak‰ atau „bagus‰ dengan mengangguk
atau menggeleng kepala, atau isyarat bagus menggunakan ibu jari, yang
dikenali secara universal sebagai isyarat bukan lisan kepada perkataan-
perkataan tersebut.

(d) Kita Menggunakan Komunikasi Bukan Lisan untuk Menekankan Maksud


Komunikasi Lisan
Akhir sekali, kita sering menggunakan komunikasi bukan lisan untuk
menekankan mesej lisan kita. Contohnya, apabila anda memarahi adik
atau abang anda dan anda menekankan penyataan anda secara bukan lisan
seperti „Saya SANGAT marah dengan awak!‰. Anda menekankan perkataan
„sangat‰ menunjukkan bagaimana anda menggunakan ciri paralinguistik
atau nada suara dalam keadaan tersebut.

7.2.3 Kepentingan Mendengar secara Aktif


Mendengar merupakan kemahiran penting yang perlu dimiliki oleh individu.
Mendengar secara aktif (active listening) tidak sama dengan mendengar secara
pasif (passive hearing). Menurut Eunson (2016), individu yang cacat pendengaran
tetapi boleh memberi tumpuan dengan sangat baik, bermotivasi tinggi dan
mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi boleh menjadi pendengar yang
lebih baik berbanding individu yang mempunyai pendengaran yang sempurna
tetapi tidak boleh memberi tumpuan, kurang bermotivasi dan mempunyai
kemahiran interpersonal yang rendah.

Carta pai menunjukkan masa yang diluangkan untuk proses komunikasi yang
berbeza oleh Rosenblatt, Cheatham & Watt (1982) (dalam Eunson, 2016).
Mereka menganggarkan bagaimana kebanyakan individu meluangkan masa
untuk berkomunikasi pada setiap hari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Rajah 7.5: Masa yang diluangkan untuk proses komunikasi yang berbeza
Sumber: Eunson (2016)

Walau bagaimanapun, kemahiran mendengar menjadi semakin penting pada


hari ini, memandangkan kita jarang mendengar dan bercakap sejak kemajuan
media sosial yang pesat dan kebanyakan proses komunikasi adalah tertumpu
di sekelilingnya (rujuk Rajah 7.6 mengenai Masa Global Diluangkan pada Media,
dilaporkan oleh Forum Ekonomi Dunia).

Rajah 7.6: Masa global diluangkan pada media pada setiap hari (2014)
Sumber: GlobalWebIndex, 2014; Global Social Media Trends 2015,
European Publishers Council

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  169

Merujuk pada carta di atas, sejumlah 61% penggunaan media sosial direkodkan
melibatkan 15% daripadanya melalui rangkaian sosial. Media sosial juga termasuk
bercakap dan mendengar secara dalam talian. Pelbagai kualiti kemahiran lisan,
bukan lisan dan mendengar tidak berlaku secara dalam talian.

Mengapakah penting untuk individu memiliki kemahiran mendengar dalam


kedua-dua situasi: profesional dan peribadi? Eunson (2016) menjustifikasikan
beberapa sebab seperti yang berikut:

(a) Mendengar Membolehkan Kita Mendapatkan Gambaran Penuh


Membaca dan mendengar dilihat sama penting tetapi mendengar
membolehkan kita bukan sahaja mendengar pandangan orang lain tetapi
juga memerhati keseluruhan tingkah laku bukan lisan yang melengkapkan
pandangan tersebut ă iaitu ibarat „muzik‰ kepada perkataan. Kita dapat
memerhatikan reaksi, berinteraksi dengan individu yang bercakap dan
membenarkan berlakunya komunikasi dua hala untuk memperjelaskan
mesej.

(b) Mendengar Membolehkan Kita Belajar dan Meneruskan Kehidupan


Dengan menahan diri kita daripada berkata-kata, kita kadang kala dapat
belajar daripada apa yang diperkatakan oleh individu lain. Kita tidak perlu
menghabiskan masa atau tenaga, kerana kita boleh belajar daripada
pengalaman individu lain. Daripada memalukan diri kita apabila mencelah
dalam perbualan tanpa mendengar maklumat yang relevan sepenuhnya,
bersabar dan menggunakan strategi mendengar akan membuahkan hasil
yang lebih baik, dan kita akan kelihatan lebih pintar daripada kebiasaan.

Sumber: thequotes.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

(c) Mendengar Masalah Individu Lain Membolehkan Mereka Menyelesaikan


Masalah Mereka Sendiri
Pengurusan dengan mendengar (Management by listening): merupakan
istilah yang diperkenalkan oleh Iuppa (1986) dalam Eunson (2016), yang
bermaksud, membolehkan individu mendapat jalan penyelesaian dengan
bercakap mengenai masalah mereka. Kebanyakan kita berfikiran bahawa
mendengar masalah individu lain hanyalah membazir masa, kerana
penyelesaian kepada masalah mereka jelas bagi kita; namun, ini adalah
konsep yang salah dan perlu diubah.

(d) Mendengar Membolehkan Kita Mengatasi Gangguan dan Mengurangkan


Tekanan
Menurut Eunson (2016), kita kadang kala dibebani dengan maklumat yang
bertimbun dan tertekan untuk mengejar kehidupan yang serba pantas. Kita
dikelilingi dengan pelbagai perkara yang boleh mengalih perhatian kita, dan
kita mudah untuk terpengaruh dengan perkara-perkara tersebut, dan ini
akan menyebabkan jangka masa tumpuan kita menjadi lebih pendek.
Mendengar dengan penuh perhatian akan membuatkan kita lebih tenang
dan dapat memproses realiti secara lebih bermakna.

(e) Dengar Masalah Individu Lain dan Mereka Mungkin Akan Mendengari
Masalah Kita
Kita perlu sedar bahawa bukan kita sahaja yang mempunyai masalah,
terdapat individu lain yang memerlukan kita mendengar masalah mereka
dengan penuh perhatian. Dengan menunjukkan kebaikan dan empati,
ia bukan sahaja memberikan apa yang diperlukan pada ketika itu; malah,
ia akan membuahkan hasil yang bernilai, iaitu membina hubungan saling
memberi perhatian dengan orang lain.

(f) Mendengar Memberikan Kita Kelebihan daripada Orang Lain


Dengan hanya berdiam diri dan mendengar, kadang kala menyelamatkan
kita daripada memalukan diri sendiri. Mendengar dengan sabar boleh
mendorong penyampai untuk terlepas cakap dan ini boleh memalukan diri
sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  171

SELF-CHECK 7.1

1. Apakah perbezaan antara mendengar secara aktif dan mendengar


secara pasif?

2. Mengapakah anda perpendapat bahawa mendengar secara aktif


merupakan kemahiran yang penting dalam organisasi pada masa
kini?

7.3 BAGAIMANAKAH UNTUK MENJADI


KOMUNIKATOR YANG BERKESAN?
Setelah kita mempelajari proses komunikasi dan fungsinya, kita kini akan lebih
memahami tentang apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi yang
berkesan. Menurut Eunson (2016), komunikasi yang berkesan bergantung pada
kebolehan individu menyesuaikan strategi, mesej, saluran dan penerima dan juga
boleh menyesuaikan mesej pada pelbagai saluran komunikasi yang berlainan.
Mesej yang sama mungkin perlu diubah cara penyampaiannya bergantung pada
penerima yang berbeza dan mengikut saluran komunikasi yang berbeza.

Apabila anda semakin menguasai kemahiran komunikasi dan ilmu, maka, anda
akan menjadi komunikator yang serba boleh, dan besar kemungkinan akan dapat
berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai keadaan. Kebolehan untuk
berkomunikasi dengan berbagai-bagai cara yang berbeza bukan sahaja memberi
peluang untuk memperkukuhkan mesej yang ingin anda sampaikan, malah,
memperlihatkan kelebihan serba boleh dan juga kecekapan anda (Eunson, 2016).

Untuk menjadi komunikator yang berkesan, Hybels dan Weaver II (2015),


mencadangkan kita mulakan dengan menjawab lima soalan terlebih dahulu.
Apakah lima soalan tersebut?

(a) Kemahiran Komunikasi Manakah yang Paling Saya Perlukan?


Untuk menjadi komunikator yang berkesan, pertama sekali anda perlu
mengetahui kemahiran komunikasi manakah yang anda perlukan dalam
hidup. Contohnya, sekiranya anda seorang pengembara dan sering pergi
mengembara, anda memerlukan kemahiran interpersonal dengan
menguasai bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa asing yang lain. Anda juga
memerlukan kemahiran komunikasi antara budaya kerana anda akan
berjumpa dengan masyarakat di negara lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

(b) Kemahiran Komunikasi Manakah yang Paling Saya Lemah?


Jenis komunikasi manakah yang paling sukar bagi anda? Intrapersonal?
Interpersonal? Kumpulan kecil? Pengucapan awam? Antara budaya?
Sebagai contoh, sekiranya anda kurang berkemahiran dalam pengucapan
awam atau pembentangan, anda tidak sepatutnya mengelak daripada
melakukannya. Sebaliknya, anda perlu membiasakan diri dengan memberi
ucapan di khalayak ramai, sama ada semasa majlis perkahwinan atau ketika
bermesyuarat dan sebagainya.

(c) Bagaimanakah Saya Boleh Mendapatkan Latihan Komunikasi?


Selain daripada modul ini atau kursus lain yang anda ambil di OUM yang
berkaitan dengan komunikasi, di manakah lagi tempat lain yang boleh
mempertingkatkan kemahiran komunikasi anda? Latihan yang terbaik
adalah apabila anda mengaplikasikan apa yang telah anda pelajari daripada
kursus ini dalam kehidupan seharian anda.

(d) Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Bantuan?


Siapakah individu yang boleh membantu mempertingkatkan kemahiran
komunikasi anda dan memberikan maklum balas terhadap pencapaian
anda? Adakah individu yang boleh memberikan sokongan apabila anda
mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar? Adakah anda bersedia
meminta mereka menyokong anda?

(e) Jadual Waktu Apakah yang Perlu Saya Tetapkan?


Adakah anda mempunyai jadual waktu yang realistik untuk
mempertingkatkan kemahiran diri? Memandangkan mempelajari sesuatu
yang baharu dan berubah daripada tabiat buruk sesuatu yang sukar, adakah
anda sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menjadi komunikator
yang berkesan?

AKTIVITI 7.4

Adakah anda tahu anda boleh mencapai Sumber Pendidikan Terbuka


(Open Educational Resources, OER) secara percuma dalam
berkomunikasi? Anda boleh mencarinya di www.google.com dan ia
akan menunjukkan anda beribu akses yang disediakan oleh pelbagai
universiti di serata dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  173

7.4 HALANGAN KEPADA KOMUNIKASI YANG


BERKESAN
Menurut Kapur (2018), terdapat beberapa halangan kepada komunikasi yang
berkesan, dan kebanyakan halangan yang berlaku dalam sistem komunikasi
merupakan perkara yang tidak diingini. Ramai antara kita yang tidak senang
dengan halangan ini. Malah, dalam kes-kes tertentu mungkin ia dapat
menjejaskan hubungan atau produktiviti di tempat kerja.

(a) Halangan Persekitaran dan Fizikal


Masa ă Untuk membangunkan saluran komunikasi yang lebih cepat dan
pantas. Sesetengah maklumat perlu disampaikan dengan cepat,
terutamanya pada zaman moden dan pantas yang kita diami kini.
Contohnya, mel melalui pos berbanding emel.

Faktor geografi ă Halangan terbesar bagi dua individu adalah tempat dan
jarak. Untuk mengekalkan hubungan, komunikator yang berkesan mesti
menggunakan teknologi untuk mendekatkan hubungan mereka, dan boleh
berkomunikasi dengan lancar tanpa gangguan.

(b) Halangan Semantik


Bahasa dan perbendaharaan kata yang digunakan dalam komunikasi perlu
difahami oleh individu yang terlibat. Dua atau lebih individu apabila
berkomunikasi antara satu sama lain perlu menggunakan bahasa sepunya
agar semua memahaminya dengan baik.

(c) Halangan Budaya


Komunikasi juga terjadi antara individu dari berlainan negara, agama, kasta,
kepercayaan, kaum, etnik dan sebagainya. Adalah penting untuk individu
peka akan budaya individu lain apabila berkomunikasi.

(d) Halangan Psikologi


Dalam proses komunikasi, adalah penting untuk memahami set minda dan
keupayaan mental antara individu-individu yang berkomunikasi. Halangan
lain adalah sikap terhadap penyampai atau topik yang diperkatakan, juga
sikap pendengar yang tidak berminat atau tidak mahu terlibat dengan
komunikasi tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

(e) Persepsi Realiti


Adalah penting bagi seorang yang berkomunikasi untuk memahami
pelbagai persepsi individu terhadap sesuatu situasi atau isu. Terdapat
berbagai-bagai tahap persepsi berbeza yang terlibat apabila berkomunikasi
tentang sesuatu topik, keadaan, masalah, isu, situasi, dilema, tekanan
ataupun konsep tertentu. Bagi melaksanakan komunikasi yang berkesan,
adalah penting untuk menerima „persepsi realiti‰ yang bermaksud,
maklumat tentang fakta, ilmu, angka, hakikat dan apa sahaja yang benar.

SEMAK KENDIRI 7.2

Bincangkan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada komunikasi


yang berkesan. Berikan contoh-contoh yang relevan.

 Komunikasi yang berkesan penting dalam kehidupan harian kerana


kebanyakan daripada masa kita dalam sehari bergantung pada proses
komunikasi yang berlaku.

 Untuk menjadi komunikator yang berkesan, anda juga perlu mengetahui


fungsi komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan dan kepentingan mendengar
secara aktif.

 Terdapat lima soalan yang perlu anda bertanyakan kepada diri anda untuk
menjadi komunikator yang berkesan. Adalah amat penting juga untuk
mengenal pasti beberapa halangan yang akan menjejaskan komunikasi yang
berkesan.

 Persekitaran dan fizikal, semantik, budaya, psikologi dan persepsi realiti


adalah lima halangan kepada komunikasi yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI  175

Halangan budaya Komunikasi yang berkesan


Halangan persekitaran dan fizikal Komunikasi lisan
Halangan psikologi Komunikasi tanpa lisan
Halangan semantik Persepsi realiti
Kemahiran mendengar secara aktif

Eunson, Baden. (2016). Communicating in the 21st Century. Qld, Australian:


John Wiley & Sons.

Fluer, M. H., DeFluer, M. L., Kearney, P., & Plax, Timothy, G. (2014). Fundamentals
of human communication: Social sciences in everyday life (4th eds.).
NY: McGraw-Hill Education.

Hybels, S., & Weaver II, R. L. (2015). Communicating effectively (11th eds.).
NY: McGraw-Hill Education.

Kapur, Radhika. (2018). Barriers to Effective Communication.


https://www.researchgate.net/publication/323794732_Barriers_to_
Effective_Communication

Paynton, Scott. T., & Hahn, Laura, K. (2018). Survey of Communication study.
https://en.wikibooks.org/wiki/Survey_of_Communication_Study

The P21 websites, www.p21.org/index.php

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
Kolaboratif
8 Dr Gurcharan Singh Bishen Singh
gurcharan_singh@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan kolaborasi dan pembelajaran kolaboratif;
2. Menghuraikan manfaat pembelajaran kolaboratif;
3. Membezakan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran
kooperatif; dan
4. Membincangkan pentaksiran kemahiran kolaboratif.

 PENGENALAN
Mari kita mulakan topik ini dengan soalan. Bagaimanakah anda menyelesaikan
tugasan yang diberikan kepada anda? Anda mungkin mula melakukannya
dengan bersendirian dan kadang kala anda juga melakukannya bersama dengan
individu lain. Anda memerlukan beberapa kemahiran untuk bekerjasama dengan
berkesan bersama-sama individu lain. Kemahiran kolaboratif adalah salah satu
daripada kemahiran tersebut.

Kemahiran kolaboratif merupakan kemahiran belajar yang penting untuk


pembelajaran abad ke-21. Kini, bekerja secara berkolaborasi diberikan penekanan
yang lebih daripada bekerja bersendirian untuk mencapai hasil yang lebih baik.
Bekerja bersama dengan individu lain secara berkolaborasi mewujudkan sinergi
yang membolehkan kita mencapai sesuatu dengan lebih baik. Kerja yang
mempunyai sinergi melalui kolaborasi bukan sahaja membantu kita
menyelesaikan tugasan, malah dapat meningkatkan produktiviti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  177

Kolaborasi juga merupakan hasil pendidikan yang penting dan ia disertakan


dalam kebanyakan model bagi pendidikan abad ke-21. Kebolehan untuk bekerja
bersama dengan individu lain bukan sahaja mempertingkatkan pembelajaran kita,
malah merupakan kemahiran yang penting untuk berjaya dalam hidup dan
kerjaya.

Dede (2010) menyatakan bahawa:

Ciri-ciri kolaborasi telah beralih kepada set kemahiran yang lebih sofistikated.
Tambahan kepada kolaborasi secara berhadapan dengan rakan sekerja di meja
persidangan, pekerja abad ke-21 semakin boleh menyelesaikan tugasan melalui
interaksi perantara dengan rakan sekerja di bahagian dunia yang lain walaupun
tidak pernah bertemu secara bersemuka. Kolaborasi patut menjadi salah satu
kemahiran abad ke-21 kerana keupayaan kooperatif interpersonal menjadi
semakin penting dan kemahiran yang terlibat adalah lebih sofistikated
berbanding era industri perintis sebelum ini. (p. 2)

Dede dalam pemerhatiannya menyatakan, kita bukan sahaja boleh bekerja


bersama dengan individu lain secara bersemuka tetapi juga boleh bekerja bersama
dengan individu yang berada jauh dari kita. Oleh yang demikian, kemahiran
kolaboratif penting sebagai kemahiran abad ke-21.

Dalam topik ini kita akan mempelajari kemahiran kolaboratif melalui


perbincangan kolaborasi dan pembelajaran kolaboratif. Definisi kolaborasi dan
kemahiran kolaboratif, disusuli dengan manfaat pembelajaran kolaboratif.
Terdapat juga perbincangan tentang persamaan dan perbezaan antara
pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran kooperatif kerana kedua-duanya
merupakan pemacu produktiviti bekerja dalam kumpulan. Kita juga akan melihat
beberapa kajian empirikal mengenai pembelajaran kolaboratif, diikuti dengan
perbincangan tentang pentaksiran kemahiran kolaboratif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

8.1 DEFINISI KOLABORASI DAN


PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Hesse, Care, Buder, Sassenberg dan Griffin (2015), mendefinisikan kolaborasi
sebagai „aktiviti bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama‰ (p. 38).
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan pendidikan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar yang bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah, menyelesaikan tugasan atau mencipta produk (Johnson,
Johnson & Holubec, 2008). Gerlach (1994) menerangkan bahawa „pembelajaran
kolaboratif adalah berdasarkan idea bahawa pembelajaran merupakan tindakan
sosial secara semula jadi, apabila peserta berbual sesama mereka. Melalui
perbualanlah pembelajaran berlaku‰. Untuk meringkaskan definisi-definisi
di atas, kita boleh mengatakan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah aktiviti
yang kita lakukan dengan berinteraksi bersama individu lain untuk mencapai
matlamat atau objektif tertentu.

Perbincangan mengenai pembelajaran kolaboratif digariskan dalam set andaian


mengenai proses pembelajaran seperti yang dibentangkan oleh Smith dan
MacGregor (1992). Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan
proses yang aktif dengan mengumpulkan perkara yang kita pelajari dan
menghubungkannya dengan perkara yang telah kita ketahui. Perkara yang
telah kita ketahui diperoleh melalui pembelajaran terdahulu dan disimpan
sebagai koleksi ilmu kita. Oleh itu, pelajar bukan sahaja menghafal maklumat
dan meluahkan kembali. Sebaliknya, mereka akan melalui proses tertentu dan
menyepadukan maklumat yang mereka terima semasa terlibat secara aktif
dalam pembelajaran bersama-sama rakan sebaya. Pelajar juga diandaikan
mendapat manfaat apabila terdedah kepada pandangan yang berbeza daripada
individu dari latar belakang yang pelbagai. Ia juga mencadangkan bahawa
pembelajaran berkembang dalam persekitaran sosial yang membolehkan para
pelajar terlibat antara satu sama lain. Ini membantu pelajar untuk menghasilkan
rangka kerja pembelajaran mereka sendiri.

Untuk bekerja bersama individu lain dalam persekitaran kolaboratif, kita perlu
menunjukkan kebolehan untuk bekerja secara efektif dalam kumpulan yang
pelbagai. Untuk mencapai perkara ini, beberapa kompromi perlu dilakukan untuk
menyesuaikan diri dalam sesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat yang sama.
Ahli kumpulan yang bekerja secara kolaboratif bersama ahli yang lain perlu
menyumbang sebanyak mungkin memandangkan tanggungjawab dipikul
bersama-sama, dan juga perlu menghargai sumbangan ahli yang lain. Dalam kata
lain, kita bukan sahaja mendapat hasil kerja yang terbaik apabila bekerjasama
malah, kita memberi sumbangan dan menghormati sumbangan ahli yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  179

AKTIVITI 8.1

1. Cuba ingat kembali penglibatan anda dalam menyelesaikan tugas


bersama individu lain, sama ada di sekolah, tempat kerja atau
konteks yang lain.

2. Bagaimanakah pengalaman anda bekerjasama dengan individu


lain?

3. Adakah lebih mudah bekerja sendiri atau dengan individu lain?

4. Apakah cabaran apabila bekerja dengan individu lain?

8.2 MANFAAT KEMAHIRAN KOLABORATIF


Bekerja secara kolaboratif bukan sahaja membantu kita mencapai sasaran yang
telah kita tetapkan. Kolaborasi juga berpotensi mendapatkan hasil lain yang
diingini bagi individu atau kumpulan. Ini memerlukan kemahiran seperti
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan membantu mempertingkatkan
perkembangan intelek. Terdapat pelbagai teori dan penyelidikan yang mengkaji
bagaimana bekerja dengan pelbagai kumpulan yang berlainan saiz membantu
mencapai hasil kognitif tertentu. Kini, kita akan membincangkan manfaat
Dillenbourg, pembelajaran kolaboratif.
Baker,
Blaye & O'Malley
(1995) - Manfaat Dillenbourg, Baker, Blaye dan OÊMalley (1995) menerangkan tiga konsep
Kemahiran pendekatan yang akan memberi manfaat kepada individu ă konstruktivis sosial,
Kolaboratif kpd
sosio-budaya dan kognisi bersama.
INDIVIDU:
1) Konstruktivis 1
sosial Pendekatan pertama adalah pendekatan konstruktivis sosial hasil kajian Piaget.
- kajian piaget
- pemangkin kpd Dalam pendekatan ini, kolaborasi merupakan pemangkin kepada perkembangan
perkembangan
kognitif pelajar
kognitif pelajar (Chi & Wylie, 2014; Ernest, 1998; Handal, 2003).2 Pendekatan
2) Sosio-budaya kedua adalah pendekatan sosio-budaya yang diinspirasikan oleh Vygotsky yang
- kajian vygotsky
- Interaksi sosial menunjukkan interaksi sosial menjadi sebati apabila individu tersebut terus
menjadi sebati apabila
individu tersebut
belajar (Rogoff, 1991; Wertsch, del Rio & Alvarez, 1995; Wegerif, Mercer &
terus belajar Daweset, 1999). Contoh kepada konsep ini adalah Zon Perkembangan Proksima
3) Kognisi
(Zone of Proximal Development) yang mana terdapat jurang di antara apa yang
bersama (ahli
interaksi) - interaksi boleh dipelajari sendiri oleh seseorang individu berbanding dengan apa yang
sosial tidak dpt
dipisahkan drpd individu tersebut boleh pelajari dengan bimbingan orang dewasa atau rakan
3
pemikiran dan
perbuatan individu.
sebaya untuk belajar. Pendekatan ketiga pula adalah pendekatan kognisi bersama
(atau ahli interaksi). Pendekatan ini menekankan bahawa interaksi sosial tidak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

dapat dipisahkan daripada pemikiran dan perbuatan individu (Plucker & Barab,
2005; Van den Bossche, Gijselaers, Segers, Wottjer & Kirschner, 2011). Manfaat
yang dibincangkan di sini meliputi pemikiran atau aspek kognitif, interaksi sosial
dengan individu lain yang membawa kepada pembelajaran dan pemikiran yang
dikongsi bersama melalui interaksi.

Dalam pembelajaran kolaboratif, kita perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan


!
yang lain dan bukan bersaing dengan mereka (Laal & Ghodsi, 2012). Ini
merupakan prinsip asas yang diaplikasikan oleh pengamal pembelajaran
kolaboratif dalam pelbagai persekitaran termasuk dalam bilik darjah, kumpulan
komuniti, jawatankuasa, keluarga dan secara umumnya sebagai cara untuk hidup
dan berurusan dengan individu lain.

Menurut Johnson dan Johnson (2009), terdapat tiga tindakan yang diambil oleh
seseorang individu apabila dikaitkan dengan tindakan individu lain. Seseorang
individu akan:

Kumpulan(a) Bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama;

Bersaing (b) Bersaing antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sukar
didapati dan yang hanya boleh dicapai oleh seorang atau beberapa individu
sahaja; dan

Individu (c) Bekerja seorang diri secara individu untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan oleh diri sendiri dan tidak melibatkan matlamat individu lain.

Sekiranya kita renung kembali tindakan yang kita ambil, kita mungkin melakukan
salah satu daripada perkara-perkara ini apabila berinteraksi dengan orang lain.
Dengan kata lain, kita mungkin bekerjasama dengan orang tersebut, bersaing
dengan mereka atau bekerja bersendirian.

Pengkaji-pengkaji ini (Johnson & Johnson, 2009), melalui tinjauan yang mereka
lakukan mendapati bahawa pembelajaran kolaboratif menghasilkan:

(a) Pencapaian yang lebih tinggi dan peningkatan produktiviti;

(b) Jalinan hubungan yang lebih baik melalui tingkah laku mengambil berat dan
saling menyokong; dan

(c) Meningkatkan kesihatan psikologi, kecekapan sosial dan keyakinan diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  181

Johnson dan Johnson (1989) dan Panitz (1999) menyenaraikan lebih 50 manfaat
pembelajaran kolaboratif. Laal dan Ghodsi (2012) merumuskan kesemua manfaat
ini kepada empat kategori utama seperti yang berikut: 1) Manfaat sosial
(4) 2) Manfaat Psikologi
3) Manfaat Akademik
(a) Manfaat Sosial 4) Teknik Alternatif Pentaksiran Pelajar
dan Tenaga Pelajar

(i) Pembelajaran kolaboratif membantu membina sistem sokongan sosial


untuk pelajar;

(ii) Pembelajaran kolaboratif membina pemahaman yang pelbagai dalam


kalangan pelajar dan kakitangan;

(iii) Pembelajaran kolaboratif menubuhkan suasana positif untuk


menghasilkan model dan mengamalkan kerjasama dalam kumpulan;
dan

(iv) Pembelajaran kolaboratif membina komuniti pembelajaran.

(b) Manfaat Psikologi

(i) Pengajaran berpusatkan pelajar meningkatkan keyakinan pelajar;

(ii) Kerjasama mengurangkan kebimbangan; dan

(iii) Pembelajaran kolaboratif membina sikap positif terhadap tenaga


pengajar.

(c) Manfaat Akademik

(i) Pembelajaran kolaboratif mendorong kemahiran pemikiran kritis;

(ii) Pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran;

(iii) Keputusan pelajar di dalam bilik darjah dapat ditingkatkan;

(iv) Menjadi model yang sesuai kepada teknik penyelesaian masalah


pelajar;

(v) Kuliah pada skala yang besar dapat dikecilkan kepada skala individu;
dan

(vi) Pembelajaran kolaboratif secara khususnya membantu memberi


motivasi kepada pelajar dalam kurikulum yang spesifik.

(d) Teknik Alternatif Pentaksiran Pelajar dan Tenaga Pengajar


Teknik pengajaran kolaboratif menggunakan pelbagai cara pentaksiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

Manfaat-manfaat pembelajaran kolaboratif yang dibincangkan di atas


menumpukan kepada kepentingan mempunyai kemahiran pembelajaran
kolaboratif. Antara lain ia dapat memberikan hasil yang baik bukan sahaja kepada
kumpulan yang kita bekerjasama, malah bermanfaat kepada kita sebagai individu.

8.3 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA


PEMBELAJARAN KOLABORATIF DAN
PEMBELAJARAN KOOPERATIF
KOOPERATIF = PEMBELAJARAN SECARA ODL (OUM)
KOLABORATIF = MACAM USAS (PRESENTATION DAN KERJA2 LAIN)
Apabila kita bekerja dalam kumpulan, kita sama ada boleh berkolaborasi atau
bekerjasama. Ini juga berlaku apabila pelajar dikumpulkan untuk bekerja dengan
satu sama lain. Bekerjasama merupakan elemen yang penting dalam
menghasilkan kerja yang berkualiti dan juga mewujudkan semangat muhibah
dalam kalangan individu yang terlibat. Walaupun pembelajaran kolaboratif dan
pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar berada dalam kumpulan, kedua-dua
pendekatan ini mempunyai beberapa persamaan dan juga perbezaan.
PERSAMAAN
(4) Tenaga pengajar bertindak sebagai fasilitator bagi kedua-dua pembelajaran
kolaboratif dan pembelajaran kooperatif. Kedua-dua pendekatan ini merangkumi
pembelajaran aktif dan pengalaman pembelajaran yang dikongsi oleh pelajar dan
tenaga pengajar adalah serupa. Pelajar juga memainkan peranan yang lebih dalam
bagi kedua-dua pendekatan ini berbanding kerja individu dan seterusnya
meningkatkan kemahiran kognitif mereka. Pelajar dapat menjelaskan idea mereka
dengan lancar dalam kedua-dua pendekatan pembelajaran ini dan pada masa
yang sama membina kemahiran berpasukan melalui interaksi sosial.
PERBEZAAN
(9) Cara yang mudah untuk membezakan kedua-dua pembelajaran ini adalah,
pembelajaran kooperatif melibatkan setiap ahli kumpulan untuk menggunakan
kemahiran dan pengetahuan masing-masing untuk membantu satu sama lain
secara bekerjasama. Manakala, bagi pembelajaran kolaboratif, setiap ahli
kumpulan bekerja secara berasingan dan kemudiannya berkumpul untuk
mencapai matlamat bersama sebagai satu pasukan. Di samping itu, dalam
pembelajaran kolaboratif, pelajar mengatur dan membahagi tugasan antara
mereka. Setiap ahli akan melaksanakan tugas yang diberikan dan tugasan-tugasan
tersebut akan disatukan sebagai usaha satu pasukan. Sebaliknya, dalam
pembelajaran kooperatif, setiap ahli kumpulan diberikan peranan yang khusus
dalam aktiviti tertentu. Kerja dilakukan bersama dan memerlukan usaha seluruh
ahli kumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  183

Dalam pembelajaran kolaboratif, setiap ahli kumpulan mencari bahan mereka


sendiri manakala dalam pembelajaran kooperatif, fasilitator menyediakan
maklumat atau membantu untuk mengarahkan ahli kumpulan ke sumber yang
boleh didapati. Ahli kumpulan bagi pendekatan pembelajaran kolaboratif serta
kumpulan itu sendiri adalah lebih berdikari berbanding ahli kumpulan bagi
pendekatan kooperatif. Walaupun kedua-dua pendekatan ini melibatkan tenaga
pengajar, tetapi terdapat perbezaan dari segi sejauh mana aktifnya penglibatan
fasilitator dalam kedua-dua pendekatan tersebut. Secara umumnya, fasilitator
terlibat dengan lebih aktif dalam pembelajaran kooperatif berbanding
pembelajaran kolaboratif. Dalam pembelajaran kooperatif, fasilitator lebih
cenderung untuk mendengar dan memerhatikan perbincangan dan tugas yang
perlu dilakukan oleh pelajar. Namun demikian, fasilitator akan turut campur
tangan apabila keperluannya timbul. Dalam pembelajaran kolaboratif pula,
aktiviti-aktiviti secara umumnya tidak dipantau oleh tenaga pengajar. Pelajar
boleh membuat keputusan sendiri dan juga boleh mendapatkan bantuan
sekiranya perlu daripada fasilitator.

Dalam pembelajaran kooperatif, tugasan yang telah selesai dihantar kepada


tenaga pengajar atau fasilitator untuk disemak dan dinilai. Fasilitator yang
menyemak dan memberikan markah kepada setiap ahli kumpulan atas usaha
mereka namun umumnya, keseluruhan kumpulan akan mendapat markah yang
sama. Dalam pembelajaran kolaboratif, setiap ahli kumpulan terlibat dengan
pentaksiran. Mereka akan melakukan penilaian sendiri serta menilai ahli
kumpulan yang lain. Fasilitator berperanan memberikan markah kepada setiap
ahli kumpulan dan juga keseluruhan kumpulan dengan mengambil kira penilaian
yang dilakukan dalam kalangan ahli kumpulan tersebut. Secara ringkasnya, asas
pendekatan pembelajaran kooperatif adalah berpusat kepada tenaga pengajar
sedangkan pembelajaran kolaboratif berpusat kepada pelajar.

Dalam pembelajaran kolaboratif, kejayaan prestasi kumpulan bergantung pada


kejayaan terkumpul oleh setiap ahli. Setiap individu diambil kira dan sumbangan
setiap individu penting kepada individu tersebut dan kepada kumpulan. Seorang
ahli tidak boleh sekadar berusaha dan berjaya secara individu tanpa melihat
prestasi ahli kumpulan yang lain. Ahli kumpulan yang cekap perlu membantu
ahli yang lemah untuk maju ke hadapan supaya setiap ahli dapat memberi
sumbangan sebaik yang mungkin. Dalam pembelajaran kooperatif, sesetengah
ahli mungkin lebih cekap daripada yang lain dan ahli yang cekap mampu
menutupi kelemahan ahli yang lain. Ini merupakan semangat berpasukan yang
baik, namun individu yang tidak mahu maju akan tetap berat tulang dan hanya
bergantung pada kejayaan ahli yang bekerja keras. Ini akan membawa kepada
prestasi yang tidak seimbang dalam kalangan ahli kumpulan walaupun
keseluruhan pencapaian kumpulan dalam keadaan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

AKTIVITI 8.2

Dalam kumpulan, bincangkan pendekatan pembelajaran apakah yang


terlibat apabila individu bekerjasama dalam persembahan orkestra.
Adakah pembelajaran kooperatif atau pembelajaran kolaboratif?

8.4 KAJIAN EMPIRIKAL MENGENAI


KOLABORASI
Terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui kesan pembelajaran
kolaboratif kepada pelajar. Walau bagaimanapun, Kuhn (2015) melalui ulasannya
mendapati tidak banyak kolaborasi yang berlaku dalam kajian eksperimen yang
dijalankan. Beliau juga mendapati kolaborasi tidak memberi manfaat kepada
setiap pelajar di setiap situasi pembelajaran. Sesetengah pelajar mendapat manfaat
yang lebih apabila bekerja secara individu daripada bekerja secara berkumpulan.
Antara masalah lain yang timbul adalah prestasi kolektif dalam kumpulan sukar
untuk ditentukan kerana ahli yang cekap mungkin mendominasi aktiviti
kumpulan tersebut. Tambahan pula, kebanyakan kajian menumpukan kepada
pembelajaran individu dalam kumpulan dan bukannya pencapaian kumpulan
secara keseluruhan.

Kajian pembelajaran kolaboratif bagaimanapun menunjukkan terdapat kesan


positif atas kumpulan apabila menyelidik tentang hasil kognitif pelajar. Didapati
bahawa kerja kumpulan kurang berkesan apabila melibatkan pembelajaran
hafalan iaitu menghafal dan mengingat semula maklumat. Sebaliknya, manfaat
kolaborasi diperoleh daripada maklum balas dan komen oleh ahli kumpulan
mengenai pemikiran individu; kolaborasi kurang berkesan pada remaja
berbanding pelajar yang lebih muda dan lebih tua; kolaborasi lebih berkesan
dalam kandungan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
berbanding kandungan bukan STEM; dan apabila ahli kumpulan perlu
bergantung antara satu sama lain semasa melakukan tugasan maka, hasilnya
mungkin lebih baik (Kuhn, 2015; Kyndt, Raes, Lismont, Timmers, Cascallar &
Dochy, 2013; Noroozi, Weinberger, Biemans, Mulder & Chirazi, 2012).

Kajian juga telah dijalankan untuk mengetahui hubungan pembelajaran


kolaboratif dengan kemahiran abad ke-21 yang lain, terutamanya kemahiran
kreativiti dan pemikiran kritis. Terdapat kajian yang mengkaji sama ada bekerja
dalam kumpulan menghasilkan lebih kreativiti daripada bekerja secara individu.
Hasil kajian adalah negatif secara umumnya, dengan kebanyakan kajian
mendapati bahawa individu yang bekerja dalam kumpulan adalah kurang kreatif
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  185

berbanding individu yang bekerja bersendirian dalam melakukan tugas yang


sama (Diehl & Stroebe, 1987; Larey & Paulus, 1999; Thompson, 2003; West, Borrill
dan Unsworth, 1998).

Kemahiran pemikiran kritis merupakan satu lagi kemahiran abad ke-21, dan
kajian mendapati bahawa kolaborasi membantu mempertingkatkan kemahiran
pemikiran kritis. Gokhale (1995) membezakan prestasi individu dan prestasi
kumpulan. Pelajar melakukan tugasan mengingat semula maklumat berfakta dan
tugasan pemikiran kritis sebagai individu dan juga dalam kumpulan. Kedua-dua
pendekatan individu dan kumpulan didapati berkesan dalam meningkatkan
pengetahuan berfakta. Walaupun demikian, pembelajaran kolaboratif didapati
mempunyai manfaat yang lebih signifikan berbanding kerja individu dalam
meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Kajian mengenai kolaborasi dan pemikiran kritis adalah penting kerana aktiviti
yang sama boleh membuahkan hasil yang berbeza apabila dilakukan dalam
kumpulan dan pelajar berkolaborasi. Ini bermakna bahawa, walaupun pelajar
bekerja dalam kumpulan, tidak semestinya mereka berkolaborasi. Sebaliknya,
pelajar boleh bekerjasama secara berkolaborasi walaupun tidak berada di satu
tempat yang sama.

8.5 PENTAKSIRAN KEMAHIRAN


KOLABORATIF
Pentaksiran pembelajaran kolaboratif adalah penting namun, terdapat juga
beberapa cabaran. Beberapa persoalan timbul mengenai pentaksiran pembelajaran
kolaboratif. Apabila mentaksir, adakah hasil kerja individu ataupun hasil kerja
kumpulan yang lebih penting sebagai hasil daripada kolaborasi? Bagaimanakah
pula keupayaan individu untuk bekerjasama dengan individu lain dalam
kumpulan? Webb (1997) menegaskan bahawa pentaksiran secara tradisional
menilai hasil sama ada untuk kerja individu atau kerja berkumpulan. Namun, kini
terdapat penekanan dan tumpuan pada keupayaan individu untuk bekerjasama
dengan individu lain dalam kumpulan.

Cabaran dalam pentaksiran kemahiran kolaboratif adalah bagaimanakah untuk


menentukan prestasi individu. Ia berkaitan dengan persoalan bagaimanakah
untuk memberikan markah kepada setiap ahli kumpulan bagi memastikan
kecekapan sebenar setiap ahli dapat diukur. Perkara ini mungkin mudah untuk
dilakukan pada kumpulan yang kecil, namun, cabaran yang sebenar adalah
pentaksiran dalam kumpulan berskala besar. Binkley et al. (2012)
memperkenalkan definisi operasi kolaborasi dan membahagikannya kepada
tiga perkara pentaksiran yang utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

Tiga perkara utama ini kemudiannya diperincikan ke dalam beberapa tingkah


laku yang akan diterangkan dengan lebih lanjut. Definisi terperinci oleh
Binkley et al. (2012) adalah seperti yang berikut:
Pentaksiran Kemahiran Kolaboratif - Binkley et al.
(a) Pengetahuan
(2012)

(i) Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain


Pengetahuan:
 Mengetahui masa yang sesuai untuk mendengar dan
- Berinteraksi secara berksesan dengan
individu lain bercakap.
- Bekerja secara berkesan dalam kumpulan
yang pelbagai
- Mengurus projek (ii) Bekerja secara berkesan dalam kumpulan yang pelbagai
Kemahiran:

-Berinteraksi secara berkesan dengan Mengetahui dan mengenali peranan individu bagi kumpulan yang
individu lain
- Bekerja secara berkesan dalam berjaya dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dan
kumpulan yang pelbagai
- Mengurus projek mengenali dan menerima juga kekuatan dan kelemahan ahli
- Bimbing dan pimpin orang lain kumpulan yang lain.
Sikap/Nilai/Etika:
- Berinteraksi secara berkesan
dengan individu lain (iii) Mengurus projek
- Bekerja secara berkesan dalam
kumpulan yang pelbagai
- Mengurus projek  Mengetahui bagaimana untuk merancang, menetap dan mencapai
- Bertanggungjawab dengan individu lain
matlamat serta cara memantau dan merancang semula apabila
terjadi sesuatu yang tidak dijangka.

(b) Kemahiran

(i) Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain

 Bercakap dengan jelas dan peka dengan pendengar dan tujuan.


Mendengar dengan prihatin, sabar dan jujur.

 Berkelakuan dengan cara yang dihormati dan professional.

(ii) Bekerja secara berkesan dengan kumpulan yang pelbagai

 Memanfaatkan perbezaan sosial dan budaya untuk menghasilkan


idea yang baharu dan meningkatkan inovasi dan kualiti kerja.

(iii) Mengurus projek

 Mengutamakan, merancang dan menguruskan kerja untuk


mencapai hasil yang diingini oleh kumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  187

(iv) Bimbing dan pimpin orang lain

 Menggunakan kemahiran interpersonal dan penyelesaian masalah


untuk mempengaruhi dan membimbing ahli yang lain untuk
mencapai matlamat.

 Memanfaatkan kekuatan ahli untuk mencapai matlamat bersama.

 Memberi inspirasi kepada ahli untuk mereka mencapai kemajuan


melalui contoh teladan dan tidak mementingkan diri.

 Memperlihatkan integriti dan etika dalam menggunakan pengaruh


dan kuasa.

(c) Sikap/Nilai/Etika

(i) Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain

 Mengetahui masa yang sesuai untuk mendengar dan bercakap.

 Berkelakuan dengan cara yang dihormati dan professional.

(ii) Bekerja secara berkesan dengan kumpulan yang pelbagai

 Menghormati budaya yang berbeza dan bersedia untuk bekerja


secara berkesan dengan individu daripada pelbagai latar belakang
sosial dan budaya.

 Memberi respons secara berfikiran terbuka kepada idea dan nilai


yang berlainan.

(iii) Mengurus projek

 Tekun untuk mencapai matlamat walaupun berhadapan dengan


halangan dan tekanan.

(iv) Bertanggungjawab dengan individu lain

 Bertindak dengan tanggungjawab dan memikirkan tentang


kepentingan komuniti yang lebih besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

Pada tahun 2015, buat pertama kalinya Program Penilaian Pelajar Antarabangsa
(Programme for International Student Assessment, PISA), menyertakan
komponen penyelesaian masalah secara kolaboratif dalam pentaksiran tersebut.
Sebelum ini, pada tahun 2012, PISA hanya mentaksir kebolehan pelajar untuk
menyelesaikan masalah. Peralihan ini dilakukan untuk menangani perkembangan
yang menekankan pembelajaran kolaboratif dan pelajar yang berkebolehan untuk
bekerja dengan berkesan dalam persekitaran berkumpulan.

AKTIVITI 8.3

1. Mengapakah pembelajaran kolaboratif dan kemahiran kolaborasi


begitu penting sehinggakan PISA mentaksirnya?

2. Adakah ia akan memberi lebih manfaat kepada budaya, individu,


masyarakat atau negara tertentu apabila lebih ramai individu
mengamalkan kolaborasi? Bincangkan.

8.6 MEMPERTINGKATKAN PEMBELAJARAN


KOLABORATIF
Pembelajaran kolaboratif boleh dipertingkatkan dengan usaha bersepadu di setiap
peringkat pembelajaran. Pelbagai usaha boleh diambil daripada peringkat bilik
darjah ke peringkat kebangsaan untuk memastikan inisiatif pembelajaran
kolaboratif dilaksanakan dengan baik dan manfaat maksimum diperoleh.

Partnership for 21st Century Learning (P21) merupakan organisasi bukan


bermotifkan keuntungan kebangsaan di Amerika yang menganjurkan persediaan
untuk setiap pelajar menempuh abad ke-21 dengan membentangkan enam
peringkat pendidikan untuk inisiatif pembelajaran kolaboratif. Setiap peringkat
menumpukan perbincangan kepada tiga aspek penting ă intervensi, pentaksiran
dan penilaian. Bahagian ini akan membincangkan tiga aspek bagi enam peringkat
pembelajaran yang dikenali: bilik darjah, sekolah, di luar sekolah, dan juga sekolah
di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  189

Peringkat yang pertama adalah bilik darjah. Intervensi di dalam bilik darjah
adalah untuk menentukan sejauh mana kolaborasi dibangunkan dan dimodelkan
dalam persekitaran bilik darjah. Ini harus disokong dengan menerapkan peluang
kolaborasi dalam budaya bilik darjah. Untuk pentaksiran, kolaborasi perlu
diterapkan dalam semua aspek pembelajaran, kurikulum dan pengajaran.
Fasilitator di bilik darjah juga harus boleh menghayati kepelbagaian kebolehan
pelajar dan cara-cara berkolaborasi. Penilaian dalam bilik darjah perlu
menumpukan kepada kedua-dua kemahiran kolaborasi dan menubuhkan
pasukan. Keputusan daripada penilaian tetap tentang perkembangan pelajar
perlu dilaporkan kepada ibu bapa.

Peringkat kedua adalah sekolah. Di sekolah, aspek intervensi harus memeriksa


bagaimana kolaborasi diajar dan ditunjukkan di seluruh bilik darjah dan gred.
Sekolah perlu menumpukan matlamat pendidikan mengenai kolaborasi bagi
kedua-dua proses dan hasil. Pentaksiran kemahiran kolaborasi diberikan
keutamaan. Sekolah perlu membangunkan visi, rancangan dan strategi bersama
untuk dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat ketiga adalah di luar sekolah. Dalam peringkat di luar sekolah, aktiviti
pembelajaran perlu direka bentuk semula untuk menutup jurang dalam
memastikan sokongan pada kedua-dua pengalaman kolaborasi dan pembelajaran
individu. Pentaksiran perlu menggabungkan kolaborasi dalam program, aktiviti
dan perkhidmatan sambil menyokong perkembangan keupayaan kakitangan
melalui pembangunan profesional dan komuniti pembelajaran. Dalam penilaian,
usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan perkembangan pelajar dalam
berkolaborasi sebagai sebahagian daripada hasil program. Bukti pengalaman
pembelajaran kolaboratif perlu didokumentasi.

Peringkat keempat pula adalah sekolah pada peringkat daerah. Di peringkat


daerah, intervensi termasuklah menentukan bagaimana sumber-sumber
digunakan untuk mendorong ke arah kolaborasi dalam ruang dan budaya
pembelajaran. Sumber-sumber yang diperlukan harus disediakan dan perlu ada
sokongan terhadap interaksi perantara dan peluang pembelajaran teradun atau
blended learning. Bagi pentaksiran, sumber-sumber perlu disediakan kepada
sekolah untuk menggabungkan kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian di peringkat ini termasuklah usaha untuk membangun dan menyokong
pentaksiran sistem data abad ke-21 untuk pendidik, ibu bapa dan pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

Peringkat yang kelima adalah negeri. Di peringkat negeri, perlu terdapat promosi
untuk persekitaran latihan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan
kolaborasi. Bagi pentaksiran, negeri perlu menyediakan sumber kurikulum dan
pengajaran kepada daerah begitu juga dengan inisiatif pembangunan profesional.
Penilaian di peringkat negeri perlu melibatkan set panduan pemarkahan
kolaborasi untuk mentaksir pertumbuhan pelajar. Sepatutnya ada usaha untuk
menggabungkan penilaian kemahiran kolaborasi dalam semua pentaksiran dan
menggalakkan kolaborasi sebagai hasil yang kritikal bagi pelajar.

Peringkat keenam adalah peringkat kebangsaan. Pada peringkat ini, perlu adanya
sokongan untuk penyelidikan yang berterusan mengenai kolaborasi berkesan.
Sumber-sumber perlu dibangunkan untuk membantu mempromosikan
kolaborasi dalam pembelajaran. Untuk pentaksiran, usaha bantuan pembiayaan
projek penyelidikan dan pembangunan intervensi diperlukan bagi akan
meningkatkan kemahiran kolaborasi pelajar. Usaha penilaian di peringkat ini
perlu menyokong pembangunan pentaksiran kolaborasi yang berkualiti tinggi
dan set penduan pemarkahan.

AKTIVITI 8.4

Bincangkan peranan yang boleh anda mainkan untuk


mempertingkatkan pembelajaran kolaboratif pada peringkat yang
berbeza seperti yang dibincangkan dalam topik ini. Siapakah lagi
yang boleh memainkan peranan dalam melakukan inisiatif tersebut?

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah kolaborasi dan pembelajaran kolaboratif?

2. Apakah manfaat pembelajaran kolaboratif?

3. Terangkan perbezaan antara pembelajaran kolaboratif dan


pembelajaran kooperatif.

4. Apakah bidang utama yang boleh diukur menggunakan penilaian


kolaborasi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  191

 Kemahiran kolaborasi adalah penting pada abad ke-21 kerana ia membina


sesebuah pasukan dan meningkatkan produktiviti.

 Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar menggunakan pengetahuan yang lalu


secara aktif untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan dan manfaat
daripada pelbagai pendapat individu lain yang bekerjasama dengan mereka.

 Pembelajaran kolaboratif menghasilkan pencapaian dan produktiviti yang


lebih tinggi, bagi kedua-duanya, iaitu individu dan kumpulan.

 Dalam pembelajaran kooperatif, setiap individu memainkan peranan dalam


menyelesaikan tugas bersama. Manakala dalam pembelajaran kolaboratif,
setiap individu bekerja secara berasingan dan bahagian kerja masing-masing
akan dikumpulkan sebagai satu hasil kerja berkumpulan.

 Kajian mengenai pembelajaran kolaboratif menunjukkan kesan yang positif


terhadap kumpulan apabila menyelidik hasil kognitif pelajar ă selalunya
daripada maklum balas dan perbincangan tentang pemikiran pelajar.

 Pelajar mungkin bekerja dalam kumpulan tetapi tidak semestinya mereka


berkolaborasi. Sebaliknya, pelajar yang berkolaborasi tidak semestinya perlu
ada di tempat yang sama.

 Cabaran untuk mentaksir kemahiran kolaborasi adalah untuk menentukan


prestasi individu. Kolaborasi boleh ditaksir melalui pengetahuan, kemahiran,
sikap, nilai dan etika.

 P21 mencadangkan enam peringkat pendidikan untuk inisiatif pembelajaran


kolaboratif yang dikenali; bilik darjah, sekolah, di luar sekolah, dan juga
sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

 Setiap peringkat dibincangkan dengan menumpukan kepada tiga aspek utama


ă intervensi, pentaksiran dan penilaian.

 Kemahiran kolaborasi akan menjadi aset yang penting bagi mana-mana


pelajar abad ke-21.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

Intervensi Penilaian
Kemahiran kolaboratif Pentaksiran ă pengetahuan,
kemahiran dan sikap
Pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kooperatif

Binkley M. et al. (2012). Defining Twenty-First Century Skills. In: Griffin P.,
McGaw B., Care E. (eds) Assessment and Teaching of 21st Century Skills.
Springer, Dordrecht.

Brown, L., & Lara, V. (2011). Professional development module on collaborative


learning. El Paso Community College, Texas, USA.
http://www.texascollaborative.org/Collaborative_Learning_Module.htm

Chatman, J., Polzer, J., Barsade, S., & Neale, M. (1998). Being Different Yet Feeling
Similar: The Influence of Demographic Composition and Organizational
Culture on Work Processes and Outcomes. Administrative Science
Quarterly, 43(4), 749ă780.

Diehl, M., & Stroebe, W. (1987). Productivity loss in brainstorming groups:


Toward the solution of a riddle. Journal of Personality and Social
Psychology, 53(3), 497ă509.

Dillenbourg, Baker, Blaye, & OÊMalley. (1996). The evolution of research on


collaborative learning. In E. Spada, & P. Reiman (Eds) Learning in Humans
and Machine: Towards an interdisciplinary learning science. (pp. 189ă211).
Oxford: Elsevier.

Ernest, P. (1998). Social constructivism as a philosophy of mathematics. Albany,


NY: SUNY Press.

Gerlach, J. M. (1994). Is this collaboration? New Directions for Teaching and


Learning, Fall, 5ă14.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  193

Handal, B. (2003). TeachersÊ mathematical beliefs: A review. The Mathematics


Educator, 13(2), 47ă57.

Hesse, F., Care, E., Buder, J., Sassenberg, K., & Griffin, P. (2015). A framework for
teachable collaborative problem solving skills. In P. Griffin, & E. Care (Eds.),
Assessment and teaching of 21st century skills: Methods and approach
(pp. 37ă56). Dordrecht, NL: Spriinger.

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E. J. (2008). Cooperation in the


classroom (8th Ed.). Edina, MN: Interaction Book Company.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (2009). An educational psychology success story:


Social interdependence theory and cooperative learning. Journal of
Educational Researcher, 38(5), 365ă379.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1989). Cooperation and competition theory and
research. Edina, Minnesota: Interaction Book Co. Publishing.

Kuhn, D. (2015). Thinking together and alone. Educational Researcher, 44, 46ă53.

Kyndt, E., Raes, E., Lismont, B., Timmers, F., Cascallar, E., & Dochy, F. (2013).
A Meta-Analysis of the Effects of Face-to-Face Cooperative Learning.
Do Recent Studies Falsify or Verify Earlier Findings? Educational Research
Review, 10, 133ă149.

Laal, M., & Ghodsi, S. M. (2012). Benefits of collaborative learning. Procedia ă


Social and Behavioral Sciences, 31, 486ă490.

Larey, T. S., & Paulus, P. B. (1999). Group preference and convergent tendencies in
small groups: A content analysis of group brainstorming performance.
Creativity Research Journal, 12(3), 175ă184.

Maher, M. R., & Tinto, V. (Eds.) Collaborative learning: A sourcebook for higher
education. National Center on Postsecondary Teaching, Learning &
Assessment, Syracuse University.

Michelene T. H. Chi, & Ruth Wylie. (2014). The ICAP Framework: Linking
Cognitive Engagement to Active Learning Outcomes, Educational
Psychologist, 49:4, 219ă243.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF

Noroozi, O., Weinberger, A., Biemans, H. J., Mulder, M., & Chirazi, M. (2012).
Argumentation-based computer supported collaborative learning
(ABCSCL): A synthesis of 15 years of research. Educational Research Review,
7(2), 79ă106.

Panitz, T. (1999). Benefits of Cooperative Learning in Relation to Student


Motivation, in Theall, M. (Ed.) Motivation from within: Approaches for
encouraging faculty and students to excel, New directions for teaching and
learning. San Francisco, CA; USA. Josey-Bass publishing.

Partnership for 21st Century Skills. (2009). A. framework for 21st century learning
P21. Tucson, AZ. Available at: www.21stcenturyskills.org

Plucker, J., & Barab, S. A. (2005). The importance of contexts in theories of


giftedness: Learning to embrace the messy joys of subjectivity. In R. J.
Sternberg, & J. A. Davidson (Eds.), Conceptions of giftedness (2nd ed.).
(pp. 201ă216). New York: Cambridge University Press.

Rogoff, B. (1991). Social interaction as apprenticeship in thinking: Guided


participation in spatial planning. In L. B. Resnick, J. M. Levine, &
S. D. Teasley (Eds.), Perspectives on socially shared cognition (pp. 349ă364).
(This chapter adapts material presented in RogoffÊs „Apprenticeship in
Thinking: Cognitive Development in Social Context‰ (New York: Oxford
University Press)) Washington, DC, US: American Psychological
Association.

Smith, B. L., & MacGregor, J. T. (1992). What is collaborative learning? In Goodsell,


A.S.

Thompson, L. (2003). Improving the creativity of organizational work groups.


The Academy of Management Executive, 17(1), 96ă109.

Van den Bossche, Gijselaers, Segers, Wottjer, & Kirschner. (2011). Team Learning:
Building shared mental models. Instructional Science: An International
Journal of the Learning Sciences, 39(3), 283ă301.

Webb, G. (1997). „Deconstructing deep and surface: Towards a critique of


Phenomenography‰, Higher Education 33: 195ă212.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN KOLABORATIF  195

Wegerif, R., Mercer, N., & Dawes, L. (1999). From Social Interaction to Individual
Reasoning: An Empirical Investigation of a Possible Socio-Cultural Model of
Cognitive Development. Learning and Instruction, 9(6), 493ă516.

Wertsch, J. V., del Rio, P., & Alvarez, A. (Eds.) (1995). Sociocultural Studies of
Mind. New York: Cambridge University Press.

West, M. A., Borrill, C. S., & Unsworth, K. L. (1998). Team effectiveness in


organizations. In C. L. Cooper, & I. T. Robertson (Eds.), International review
of industrial and organizational psychology, 13, 1ă48.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pendidikan
Kewarganegaraan
9 Global
Oo Cheng Keat
oochengkeat@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global
Citizenship Education, GCED) dan kepentingannya pada abad
ke-21;
2. Menganalisis peranan negara dalam globalisasi;
3. Menerangkan pertikaian antarabangsa; dan
4. Menghuraikan kesamarataan gender di dunia.

 PENGENALAN

Semakin ramai warga global, maka semakin aktif dan berkesan mereka,
akhirnya, semakin banyak kemajuan yang akan berlaku di dunia.

(Bill Gates, Pengasas Microsoft)

Selamat datang ke Topik 9. Topik ini akan dibahagikan kepada empat bahagian.
Bahagian pertama akan membincangkan Pendidikan Kewarganegaraan Global
dan kepentingannya pada abad ke-21. Dalam subtopik ini, pelajar akan
diperkenalkan dengan definisi Pendidikan Kewarganegaraan Global, objektif
dan kepentingannya. Bahagian berikutnya akan menumpukan kepada peranan
negara dalam globalisasi. Persoalan yang perlu untuk direnungkan adalah sama
ada peranan negara-negara akan lebih berkuasa kesan daripada globalisasi
atau sebaliknya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  197

Turut penting dalam topik ini adalah konflik antarabangsa. Anda akan
didedahkan kepada konflik antara Iraq dan Kuwait yang berlaku pada awal
tahun 1990-an serta Perang Saudara Syria yang berlaku pada tahun 2011.
Kedua-dua konflik ini dipilih dalam perbincangan ini kerana Perang Teluk
(peperangan antara Iraq dan Kuwait) berlaku selepas runtuhnya Tembok Berlin
diikuti dengan ketidakstabilan politik dan ekonomi oleh Kesatuan Soviet yang
menandakan berakhirnya Perang Dingin. Sementara itu, Perang Saudara Syria
yang bermula pada akhir Disember 2010 di Tunisia dan merebak ke kebanyakan
negara Arab lain termasuk Syria (2011) akibat penderitaan jangka panjang dan
penindasan terhadap rakyatnya oleh rejim serta taraf kehidupan yang rendah.
Pada akhir topik, kita akan melihat dengan lanjut mengenai kesamarataan
gender pada abad ke-21 dari aspek politik dan ekonomi di Malaysia.

9.1 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN


GLOBAL DAN KEPENTINGANNYA PADA
ABAD KE-21
Apakah pendidikan kewarganegaraan global? Mengapakah kita perlu
mempelajari topik ini? Adakah pendidikan kewarganegaraan global merupakan
topik lain yang memberitahu individu untuk berfikir dan bertindak? Sebelum kita
membincangkan lebih lanjut tentang isu ini, mari kita mulakan perbincangan
mengenai latar belakang ringkas pendidikan kewarganegaraan global (Global
Citizenship Education) yang dikenali sebagai GCE atau GCED. Dalam topik ini,
kita akan menggunakan singkatan GCED bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada September 2012, Setiausaha Agung PBB pada waktu itu, Ban Ki Moon
telah melancarkan Inisiatif Pertama Pendidikan Global (Global Education First
Initiative, GEFI) melalui Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menggalakkan pendidikan kewarganegaraan
global. GEFI bertujuan untuk memupuk kewarganegaraan global sebagai
salah satu daripada tiga keutamaan pendidikan. Dua lagi keutamaan lain adalah
semua kanak-kanak perlu ke sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran.

Selepas itu, pada tahun 2013, dua acara utama telah dianjurkan oleh UNESCO
iaitu Perundingan Teknikal mengenai Pendidikan Kewarganegaraan Global
dan Forum UNESCO yang pertama mengenai Pendidikan Kewarganegaraan
Global masing-masing diadakan di Seoul, Republik Korea dan Bangkok, Thailand.
Hasil daripada kedua-dua acara itu telah didokumentasikan. Kedua-dua
dokumen ini menyediakan kerja asas untuk GCED dan sokongan kepada GEFI.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

Untuk butiran lanjut mengenai dokumen-dokumen ini, anda boleh merujuk


laman web http://unesdoc.unesco.org/images/0022/002241/224115E.pdf dan
https://sustainabledevelopment.un.org/partnership/?p=9696.

Dua tahun kemudiannya iaitu pada Mei 2015 di Incheon, Republik Korea,
Deklarasi Incheon telah diterima pakai di Forum Pendidikan Dunia (World
Education Forum, WEF). Deklarasi Incheon menekankan komitmen komuniti
pendidikan terhadap Pendidikan 2030. Sementara itu, pada 25 September 2015,
193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara rasmi telah
mengguna pakai Agenda Pembangunan 2030, yang bertajuk „Mengubah dunia
kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari‰. Penerimagunaan agenda ini
bersama dengan satu set yang baharu mengenai Matlamat Pembangunan Lestari
(SDG) atau juga dikenali sebagai Matlamat Global terdiri daripada 17 matlamat,
169 sasaran dan 232 petunjuk bertujuan mencapai masa depan yang lebih baik dan
lestari untuk semua (Rajah 9.1).

Rajah 9.1: Matlamat Pembangunan Lestari


Sumber: Disesuaikan dari https://www.peace-ed-campaign.org/17-ways-education-
influences-the-un-sustainable-development-goals/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  199

17 matlamat ini semuanya saling berkaitan yang merangkumi pelbagai cabaran


global yang kita hadapi sekarang seperti kemiskinan, perubahan iklim,
kemerosotan alam sekitar, keamanan, ketidaksamaan dan banyak lagi.
SDG dibina atas prinsip „Tiada Sesiapa Yang Ditinggalkan‰ (Leaving No One
Behind ) telah menegaskan bahawa semua orang di dunia ini harus dilayan
sama rata tanpa mengira usia, gender, ketidakupayaan, bangsa, etnik, asal usul,
agama, status ekonomi atau lain-lain demi mengekalkan masa depan yang
lebih baik untuk semua. Salah satu matlamat SDG iaitu Matlamat ke-4 ă
Pendidikan Berkualiti. Matlamat ini terdiri daripada 10 sasaran dan 11 penunjuk.
Sasaran 4.7 secara khusus menyatakan bahawa:

„Menjelang tahun 2030, pastikan semua pelajar memperoleh pengetahuan


dan kemahiran yang diperlukan untuk mempromosi pembangunan lestari,
termasuk, antara lain, pendidikan menyeluruh tentang pembangunan lestari dan
cara hidup lestari, hak asasi manusia, kesamarataan gender, mempromosikan
budaya keamanan dan tanpa keganasan, kewarganegaraan global dan
menghargai kepelbagaian budaya serta sumbangan budaya kepada
pembangunan lestari.‰

(Matlamat Pambangunan Lestari ke-4, Sasaran 4.7)

Sasaran ini jelas menekankan kepentingan GCED dan pendidikan untuk


pembangunan lestari bagi generasi muda demi mempersiapkan diri mereka
menjadi lebih berpengetahuan, sedar dan prihatin terhadap cabaran global dalam
dunia yang saling bergantung untuk 15 tahun akan datang.

Apakah Pendidikan Kewarganegaraan Global?


Menurut dokumen Perundingan Teknikal mengenai Pendidikan
Kewarganegaraan Global 2013, GCED adalah transformatif, memberikan
pelajar peluang dan kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka
untuk membangunkan dunia yang lebih baik pada masa hadapan
(http://unesdoc.unesco.org/images/0022/002241/224115E.pdf).

Tambahan pula, GCED turut menumpukan kepada pembelajaran melalui proses


pembelajaran transformatif seperti hak asasi manusia, pemahaman antarabangsa
dan antara budaya, pembangunan lestari dan juga pendidikan untuk keamanan.

Maka, berdasarkan definisi-definisi di atas, GCED memperkasakan pelajar untuk


berfikir, berkongsi dan bertindak demi dunia yang lebih adil, aman, terangkum
dan lestari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

Seterusnya, mari kita bincang mengenai objektif GCED.

Objektif utama GCED adalah untuk memupuk rasa hormat kepada semua,
membangunkan rasa kepunyaan sesama manusia dan membantu pelajar menjadi
warganegara global yang bertanggungjawab dan aktif. Tambahan pula, matlamat-
matlamat lain GCED adalah untuk memperkasakan pelajar supaya mereka boleh
terlibat dan mengambil peranan yang aktif di peringkat tempatan dan global;
untuk berhadapan dan menyelesaikan cabaran global dan akhirnya, menjadi
penyumbang yang proaktif demi mencapai dunia yang lebih adil, aman,
bertoleransi, terangkum, selamat dan lestari (UNESCO, 2014). Terdapat tiga
dimensi konseptual utama GCED iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku.
Tiga dimensi konseptual ini diterangkan dengan lanjut di dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Tiga Dimensi Konseptual Utama GCED

Kognitif Untuk memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pemikiran yang


kritis tentang isu-isu global, serantau, kebangsaan dan tempatan
serta kesalinghubungan dan kesalingbergantungan antara pelbagai
negara dan penduduk.

Sosio-emosi Untuk memiliki rasa kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai


dan tanggungjawab, empati, solidariti dan menghormati perbezaan
dan kepelbagaian.

Tingkah laku Untuk bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab pada


peringkat tempatan, kebangsaan dan global demi mencapai dunia
yang aman dan lestari.

Sumber: UNESCO (2015)

Kepentingan GCED
Anda mungkin tertanya-tanya mengapakah GCED penting apabila terdapat
pelbagai isu yang berlaku pada peringkat tempatan dan pada masa yang sama,
isu-isu global pula tertumpu di negara-negara yang sedang membangun?
GCED menjadi penting apabila terdapat peningkatan tekanan untuk
memperkembangkan peranan pendidikan dalam menangani masalah global.
Oleh itu, peranan pendidikan pada abad ke-21 harus bergerak lebih jauh
menjangkaui standard pembelajaran tradisional yang diajar di dalam kelas atau
dewan kuliah. Oleh itu, pendidikan yang menjangkaui pembelajaran di dalam
kelas dan dewan kuliah itulah yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat
„terpelajar‰ pada abad ke-21. Meskipun semua teori, konsep mahupun model
yang diajar di dalam kelas atau dewan kuliah memberikan kita ilmu, namun ia
tidak mencukupi. Sudah tiba masanya kita sebagai warga global mempraktikkan
teori, konsep atau model tersebut dalam kehidupan seharian kita. Contohnya,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  201

pendidikan pembangunan lestari perlu diajar dengan menumpukan kepada


tindakan dan amalan dalam kehidupan. Jika pada satu ketika dahulu, kita diajar
tentang 3R [Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula)]
untuk menjaga alam sekitar; namun kini, terdapat 5R malah 6R. Aturan 5R yang
betul adalah seperti yang berikut: [Refuse (menolak), Reduce (kurangkan), Reuse
(guna semula), Repurpose (guna untuk tujuan lain), Recycle (kitar semula)].
Manakala, 6R merujuk kepada [Reduce (kurangkan), Rethink (fikir semula),
Refuse (menolak), Recycle (kitar semula), Reuse (guna semula) dan Repair
(perbaiki)].

Rajah 9.2: 3Rs [(Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula)]
Sumber: http://www.justscience.in/articles/introduction-to-the-3-rs/2017/06/26

Rajah 9.3: 5R [Refuse (menolak), Reduce (kurangkan),


Reuse (guna semula), Repurpose (guna untuk tujuan lain), Recycle (kitar semula)]
Sumber: https://charmio-wear.com/the-5rs-refuse-reduce-reuse-repurpose-recycle/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

Rajah 9.4: 6R [Reduce (kurangkan), Rethink (fikir semula), Refuse (menolak),


Recycle (kitar semula), Reuse (guna semula) dan Repair (perbaiki)]
Sumber: https://www.myprincegeorgenow.com/105317/reduce-reuse-recycle-are-tried-
and-true-but-now-add-rethink-refuse-and-repair/

Seterusnya, menurut Ban Ki-moon, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu, semasa pelancaran Inisiatif Pertama Pendidikan Global
(GEFI) bagi Setiausaha Agung: „Pendidikan memberikan kita pemahaman yang
mendalam bahawa kita saling terikat sebagai warga dalam masyarakat global,
dan cabaran yang kita hadapi juga saling berkaitan‰ (https://bit.ly/2UhRGkY).

Adalah jelas menunjukkan bahawa dunia yang kita diami sekarang lebih
kompleks dan mencabar. Dunia menjadi semakin saling bergantungan dan saling
berkaitan. Apa-apa sahaja tindakan yang terjadi pada peringkat tempatan akan
memberi kesan kepada masyarakat kita, bandar kita malahan, kepada diri kita
sendiri dan juga kepada dunia. Oleh yang demikian, kita perlu saling memahami,
hidup sebagai satu warga dunia dan mempersiapkan generasi muda untuk
mencari jalan penyelesaian terhadap cabaran-cabaran di dunia yang saling
berkaitan ini (Rajah 9.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  203

Rajah 9.5: Memahami isu-isu global dalam kalangan masyarakat global


Sumber: Gambar daripada simpanan penulis

Demikian juga, menurut Toh Swee-Hin pemenang Hadiah UNESCO untuk


Pendidikan Keamanan pada tahun 2000: „Perkara penting untuk GCED adalah
pendidikan keamanan, pendidikan hak asasi manusia, pendidikan untuk
pemahaman antarabangsa, [dan] pendidikan pembangunan lestari. Pendidikan-
pendidikan ini ibarat sungai yang mengalir dengan anak sungai yang banyak;
di sungai ini, kita boleh bercampur dan belajar antara satu sama lain.‰ (UNESCO,
2014). Oleh itu, GCED akan membantu kita membangunkan sikap untuk menjaga
dan mempunyai rasa empati kepada individu lain dalam persekitaran yang
dikongsi bersama ini. Sebagai contoh, isu hak asasi manusia di Palestin yang
belum lagi selesai sejak penubuhan „Israel‰ pada 14 Mei 1948. Pertikaian ini bukan
pertikaian „mereka‰. Pertikaian di Palestin adalah pertikaian „kita‰. Penindasan
secara sistematik dan diskriminasi ini berlaku pada setiap hari terhadap
masyarakat Palestin. Sebagai warga global dan melalui GCED, kita boleh
memainkan peranan untuk mencipta dan memberikan kesedaran berkaitan isu ini
kepada masyarakat kita.

Tidak dinafikan, kecelikan atau literasi dan numerasi adalah penting, namun kita
tidak seharusnya memberi penekanan kepada pendidikan yang boleh diukur
semata-mata. Kita perlu bersama-sama menyelidiki pelbagai isu seperti
perubahan, saling bergantungan, identiti dan kepelbagaian, hak dan
tanggungjawab, pembangunan keamanan, kemiskinan dan kekayaan, kelestarian
dan keadilan global yang menyumbang kepada isu-isu global kontemporari pada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

peringkat tempatan, nasional dan global. Sebagai warga global yang


berpengetahuan, kita juga perlu melibatkan diri, bertanggungjawab dan responsif
terhadap isu-isu semasa. Setiap tahun bilangan arkitek, akauntan, jurutera,
doktor gigi dan sebagainya semakin bertambah, namun, berapa ramaikah
individu yang menjadi agen untuk membawa perubahan yang positif di dunia?
Berapa ramaikah yang peka mengenai perang perdagangan antara China
dan Amerika, krisis di Syria, pertikaian etnik di Yaman yang menyebabkan
krisis makanan, pemanasan global dan banyak lagi? Oleh itu, melalui GCED
kita akan mempunyai lebih rasa empati, belas kasihan, boleh menyesuaikan diri,
boleh bertoleransi dengan apa-apa yang berlaku sama ada pada peringkat
tempatan mahupun antarabangsa.

Konteks pendidikan nasional adalah penting dalam menyepadukan GCED dalam


sistem pendidikan bagi mana-mana negara sekalipun (sama ada kurikulum
sekolah, kurikulum latihan perguruan, pentadbiran sekolah dan dalam program
latihan tidak formal untuk kedua-dua organisasi kerajaan dan bukan kerajaan)
(Plantilla, 2018). Hal ini kerana GCED bukan tentang „anda‰ atau „saya‰, tetapi
„kita‰ dan „kami‰. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, GCED bukanlah perkara
yang asing dalam konteks pendidikan, namun telah wujud dalam sistem
pendidikan kita sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti mata
pelajaran Bahasa, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Sivik kerana tema-tema GCED
berkisar tentang pendidikan keamanan, kemiskinan, hak asasi, kepelbagaian
budaya dan sebagainya.

Kesimpulannya, GCED bukan proses pembelajaran yang pasif mengenai warga


dunia sejagat atau kosmopolitanisme, tetapi satu proses untuk mempergiatkan
kefahaman yang membawa kepada tindakan dalam kalangan warga global
pada peringkat tempatan dan antarabangsa. GCED tidak statik, malah dinamik.
GCED membolehkan pelajar menjadi lebih peka, proaktif dan berjaga-jaga apabila
merungkap beberapa isu yang berlaku di dunia realiti dari segi politik, sosial,
budaya dan ekonomi. Menurut George Santayana: „kaki seseorang perlu berada
di negaranya sendiri, namun matanya perlu meninjau apa yang terjadi di dunia
luar‰ (https://www.brainyquote.com/quotes/george_santayana_125570).

Oleh yang demikian, tema-tema GCED perlu dimasukkan ke dalam sukatan


pelajaran pendidikan bagi mana-mana kursus kerana GCED boleh memupuk
rasa hormat kepada dunia dan sesama insan, untuk menjadikan masyarakat
yang memahami kepelbagaian dalam dunia, untuk bertindak balas dengan
rasa empati terhadap perkara yang tidak dikenali, untuk memperkasakan
belia dalam memimpin masyarakat, untuk menikmati keamanan, untuk
mengaktifkan penglibatan awam, dan untuk meraikan perbezaan. Menurut
bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ini adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk membolehkan setiap pelajar yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  205

telah meninggalkan zaman persekolahan menjadi warga global yang memiliki


nilai teras dan sejagat serta identiti rakyat Malaysia yang kukuh.
(https://bit.ly/2TOtqH0).

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Terangkan „kewarganegaraan global‰ menggunakan ayat anda


sendiri.

2. Apakah ciri-ciri yang umum terdapat pada definisi


kewarganegaraan global?

3. Kenal pasti EMPAT subtema pendidikan kewarganegaraan global.

4. Apakah teras dimensi bagi GCED?

AKTIVITI 9.1

1. Kongsikan pengalaman yang membuatkan anda mempunyai


rasa kepunyaan kepada warga global.

2. Pada pandangan anda, patutkah Kementerian Pendidikan


mewajibkan kursus Pendidikan Kewarganegaraan Global pada
peringkat pengajian tinggi? Bincangkan hujahan anda bersama
dengan rakan sekelas dalam myINSPIRE.

3. Bagaimanakah GCED boleh dilaksanakan pada peringkat


tempatan, nasional dan global?

4. Apakah perubahan yang boleh anda lakukan sebagai pelajar


kepada warga global di dunia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

9.2 ADAKAH NEGARA “HILANG KUASA”


DALAM GLOBALISASI?
Definisi bagi istilah „globalisasi‰ telah sekian lama menjadi perdebatan antara
pemikir-pemikir dalam hubungan antarabangsa. Justeru itu, mari kita lihat
beberapa definisi bagi globalisasi.

Definisi Globalisasi
Perkataan „globalisasi‰ telah digunakan secara meluas, namun apakah
maksudnya? Pertama sekali, globalisasi boleh dirujuk sebagai kesalinghubungan
kerajaan, pelaku bukan negara dan penduduk yang semakin berkembang di
seluruh dunia melalui pelbagai interaksi politik, ekonomi, budaya, alam sekitar
dan sebagainya (Klesner, 2014).

Menurut Anthony McGrew (2017) „Globalisasi ă secara mudahnya adalah


memperluas, memperdalam dan mempercepatkan kesalinghubungan di seluruh
dunia ă dan ia merupakan isu yang menjadi perdebatan dalam kajian politik
dunia‰.

Tambahan pula, globalisasi juga didefinisikan sebagai „pengukuhan


perhubungan sosial di seluruh dunia yang menghubungkan kawasan-kawasan
yang jauh sehinggakan peristiwa yang terjadi di satu kawasan yang berbatu-batu
jauhnya boleh dirasakan pada peringkat tempatan dan begitu juga sebaliknya‰
(Giddens, 1990).

Secara asasnya, terdapat persetujuan umum tentang definisi globalisasi.


Globalisasi merupakan proses yang dengannya dunia menjadi semakin kecil dan
saling berhubungan dalam pelbagai cara seperti budaya, aktiviti-aktiviti manusia
dan perdagangan. Globalisasi telah wujud berabad-abad lamanya dan bukan
sesuatu yang baharu berlaku di dunia. Para penggubal dasar kerajaan, pemimpin
parti politik, ahli perniagaan, ahli akademik, pemimpin kesatuan sekerja dan
media massa semuanya bercakap mengenai impak globalisasi dan bagaimana
globalisasi boleh mengubah kehidupan kita. Perdagangan antarabangsa dan
perkembangan pelaburan sejak dua dekad yang lalu dilihat sebagai globalisasi.
Globalisasi membuka sempadan antara negara dan menyepadukan ekonomi
global. Sesetengah individu merujuk globalisasi sebagai „perkampungan global‰.
Persepsi sama ada „globalisasi‰ sesuatu yang baik ataupun buruk, adalah
bergantung pada pendapat individu masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  207

Peranan negara pada mulanya dicipta daripada model Westphalian, yang


menggambarkan negara sebagai kuasa tertinggi yang berdaulat, mempunyai
peranan dalaman untuk menyediakan keperluan dan mentadbir rakyat, dan
peranan luar sebagai pemain politik dunia; peranan semasa negara adalah berbeza
dari segi politik, sosial, teknologi dan ekonomi (Buchanan, 2012). Walau
bagaimanapun, globalisasi telah mengubah fungsi negara secara politik dengan
memperkukuhkan hubungan antara negara-negara dan mengakibatkan
pergantungan antara satu sama lain. Pada asalnya, negara-negara dibangunkan
secara berdaulat; namun kini, disebabkan globalisasi, negara-negara ini
menyerahkan kedaulatan mereka untuk „disatukan‰ (Shaw, 2000, 185) dalam
konvensyen, kontrak, paksaan dan pengenaan (Krasner, 1995/6).

Globalisasi telah mengakibatkan negara berhadapan dengan cabaran-cabaran


yang menjangkaui sempadan geografi. Sebagai contoh, Perang Saudara Syria yang
bermula dengan demonstrasi aman oleh aktivis prodemokrasi pada Mac 2011
selepas 15 orang kanak-kanak lelaki ditahan dan dibunuh apabila diseksa dengan
kejam oleh tentera Syria. Presiden Syria, Bashar al-Assad telah bertindak balas
terhadap protes besar-besaran tersebut dengan membunuh dan memenjarakan
beratus-ratus penunjuk perasaan. Disebabkan oleh globalisasi, insiden ini telah
tersebar ke seluruh dunia. Campur tangan asing seperti Hezbollah, majoriti
masyarakat Syiah dari Iraq dan Iran telah menyatakan sokongan mereka terhadap
rejim Bashar al-Assad. Sebaliknya, Turki, Arab Saudi dan Qatar menyokong
kelompok pemberontak yang menentang kerajaan Assad. Campur tangan asing
ini telah mengakibatkan negara tersebut berhadapan dengan tekanan yang bukan
sahaja daripada rakyat, tetapi juga tekanan daripada negara-negara luar.
Peperangan ini juga telah mendapat perhatian umat Islam di Eropah dan
mengakibatkan ramai sukarelawan yang berjuang atas nama pejuang kebebasan
dan bukannya pengganas (Byman February 27, 2018). Tidak dapat dinafikan,
peperangan yang bermula dengan perang saudara, namun kini, mendapat
sokongan campur tangan asing. Peperangan ini telah berlanjutan selama sembilan
tahun dan masih tiada tanda-tanda bahawa peperangan akan berakhir dalam
masa terdekat.

Hari ini, terdapat banyak pelaku bukan negara seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Bank Dunia, syarikat-syarikat multinasional (MNC) selain negara-
negara yang mampu mempengaruhi politik antarabangsa kesan daripada
globalisasi. Negara tetap menjadi pusat dan penting kepada sistem antarabangsa,
namun peranannya jelas semakin berubah. Peranan negara berubah daripada
pengawal kepada pelindung. Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam sektor
politik dan ekonomi. Dari segi politik, negara akan melindungi sistem politik
mereka, manakala dari segi ekonomi, negara akan mempelbagaikan aktiviti
ekonomi untuk menarik pelabur asing tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi utama
negara. Contohnya, China pernah dahulu hanya menumpukan kepada ekonomi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

dalam negara, namun dengan pelaksanaan Dasar Pintu Terbuka (Open Door
Policy) pada tahun 1979, China telah menarik ramai pelabur asing untuk melabur
dan mengembangkan perniagaan mereka di China untuk mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi. Pada masa yang sama, sistem politik yang sama masih
diamalkan sejak kemerdekaan China pada tahun 1949 iaitu negara kesatuan
dengan sistem politik satu parti yang dikawal Parti Komunis China (Chinese
Communist Party, CPC).

Globalisasi juga telah mewujudkan ketidakseimbangan antara negara-negara.


Terdapat negara-negara tertentu yang lebih berkuasa dan begitu juga sebaliknya.
Malah, „dalam beberapa dekad ini ketidakseimbangan muncul apabila peraturan
yang kukuh dan dikuatkuasakan dengan baik untuk menyokong perkembangan
pasaran global berjaya dihasilkan, namun sokongan terhadap objektif sosial yang
sama pentingnya seperti kualiti pekerja, alam sekitar, hak asasi atau pengurangan
kemiskinan telah tertinggal ke belakang‰ (UN, 2000, Millennium Report,
A/54/2000). Natijahnya, globalisasi telah membuka pasaran negara membangun
untuk bersaing dengan syarikat multinasional yang mengakibatkan kebanyakan
daripada kekayaaan negara tersebut berpindah tangan ke negara maju. Sebagai
pertukaran, negara membangun dibiarkan ke belakang dengan lebih banyak
pengangguran, kemiskinan dan penyakit.

Sesebuah negara akan berkuasa jika rakyatnya merebut peluang globalisasi.


Rakyat perlu mendapat akses kepada sistem pendidikan yang berkualiti,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), jaringan keselamatan sosial dan
sebagainya. Sementara itu, peranan kerajaan juga sama pentingnya. Kerajaan
perlu menyediakan perkhidmatan capaian yang mampu milik dengan liputan
yang baik kepada rakyatnya. Walaupun pelaksanaan perkara begini agak sukar
bagi negara membangun disebabkan kekurangan kemudahan dan
kebolehcapaian, namun kerajaan boleh mengurangkan kos globalisasi dengan
mengukuhkan institusi negara dan dasar kebajikan sosial untuk rakyatnya.

Impak negatif daripada globalisasi juga tidak boleh dielakkan sama sekali.
Globalisasi meningkatkan risiko ekonomi pelbagai negara terutamanya, negara-
negara membangun apabila kedaulatan dan keselamatan ekonomi negara
berhadapan dengan cabaran baharu. Jurang ekonomi Selatan-Utara menjadi
semakin luas. Meskipun wujud perubahan struktur ekonomi iaitu melalui aplikasi
teknologi canggih, namun perubahan sedemikian telah mengakibatkan
pengurangan penggunaan pekerja di barisan pengeluaran. Implikasinya,
berlakulah peningkatan kadar pengangguran. Perlindungan perdagangan dalam
semua bentuk juga semakin meningkat. Sesetengah negara juga mengambil

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  209

kesempatan terhadap peluang globalisasi untuk mempromosikan nilai, rejim


ekonomi dan sistem sosial ke negara lain secara paksaan sehingga menghakis
nilai-nilai negara penerima. Sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan, maka
globalisasi dilihat sebagai pembangunan yang tidak sihat kepada negara.

Kesimpulannya, fenomena globalisasi tidak menjadikan negara kehilangan kuasa,


Sebaliknya ia dapat mengembang dan memperkukuhkan peranan negara itu
sendiri. Negara masih tetap menjadi pusat kepada sistem antarabangsa walaupun
berhadapan dengan cabaran-cabaran pelaku bukan negara serta fenomena
globalisasi. Hal ini kerana, dalam dunia global tanpa batasan, hanya untuk
mencapai objektif domestik, kerajaan negara terpaksa terlibat dengan kolaborasi
dan kooperasi multilateral yang luas (Baylis, Smith & Owens, 2016). Tidak
dinafikan peranan negara telah berubah namun, itu tidak bermakna negara telah
„hilang kuasa‰. Negara perlu menjadi semakin proaktif dan dinamik atau,
kedaulatannya menjadi pertaruhan.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Menggunakan perkataan sendiri, terangkan definisi globalisasi.

2. Berdasarkan subtopik ini, kenal pasti sekurang-kurangya TIGA


ciri globalisasi.

3. Mengapakah perlu ada „globalisasi‰?

4. Apakah peranan negara untuk mengurus globalisasi?

AKTIVITI 9.2

1. Refleksikan impak globalisasi terhadap negara anda.

2. Pilih SATU negara membangun di dunia. Bagaimanakah


globalisasi telah mempengaruhi dasar kerajaan negara itu?

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan negara terhadap


globalisasi hari ini berbeza dengan peranannya lima tahun
dahulu? Bincangkan bersama-sama rakan sekelas dalam
myINSPIRE.

4. Adakah anda berasakan globalisasi boleh berlaku tanpa Internet?


Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

9.3 PERTIKAIAN ANTARABANGSA


Bagaimanakah konflik antarabangsa berkaitan dengan GCED? Sebenarnya, salah
satu perkaitan utama antara GCED dengan konflik antarabangsa adalah untuk
memastikan para pelajar lebih sensitif kepada punca dan kesan konflik yang
berlaku di seluruh dunia dan lalu menjadi warga global yang bertanggungjawab
dan penyayang.

Terdapat banyak konflik yang telah berlaku dan sedang berlaku sekarang. Untuk
tujuan perbincangan, dalam subtopik ini, kita akan menumpukan perhatian
kepada dua konflik antarabangsa; Perang Teluk Iraq dan Parsi 1990ă1991 dan
Perang Saudara Syria.

Perang Teluk Iraq dan Parsi 1990ă1991


Perang Teluk ini bukan peperangan Teluk yang pertama. Sebenarnya, Perang
Teluk yang pertama berlaku adalah antara Iran dan Iraq dari tahun 1980 hingga
1988. Walau bagaimanapun, Perang Teluk antara Iraq dan Kuwait adalah Perang
Teluk yang pertama berlaku semasa tempoh selepas Perang Dingin. Perang Teluk
atau Operasi Desert Storm meletus apabila kerajaan Iraq di bawah pimpinan
Saddam Hussein menyerang Kuwait pada 2 Ogos 1990.

Serangan Iraq ke atas Kuwait bermula dengan keputusan Saddam untuk


menguasai medan minyak di Rumaila (lihat Rajah 9.6) yang sepatutnya telah
dikongsi oleh kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, Saddam bertindak lebih
ke hadapan dengan mencabar kemerdekaan Kuwait. Dari segi sejarah, Iraq telah
mendakwa Kuwait sebagai sebahagian daripada wilayahnya sebanyak dua kali
iaitu pada abad ke-20; pada tahun 1937 dan kemudiannya pada tahun 1961.

Rajah 9.6: Medan minyak Rumaila


Sumber: https://www.energy-pedia.com/news/iraq/rumaila-oil-field-achieves-3-
billionbarrel-production-landmark-169457

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  211

Saddam memberikan empat sebab untuk mewajarkan serangannya terhadap


Kuwait:

(a) Terdapat pemberontakan yang popular di Kuwait, diikuti oleh permintaan


bantuan daripada Iraq yang dianggap sebagai „bersaudara‰;

(b) Kuwait telah merosakkan kepentingan ekonomi Iraq dengan mengambil


minyak dari Iraq yang merupakan sebahagian daripada medan minyak
Rumaila dan melebihi kuota yang ditetapkan oleh Pertubuhan Negara-
Negara Pengeksport Minyak (OPEC), lalu menurunkan harga minyak;

(c) Sempadan di antara kedua-dua negara adalah dipertikaikan; dan

(d) Kuwait tidak mempunyai status undang-undang dan dalam sejarah, Kuwait
merupakan wilayah yang ke-19 Iraq.
(Oo Cheng Keat, 2017)

Meskipun tiada statistik rasmi tentang kematian orang awam di Desert Storm
(Perang Teluk), namun dianggarkan kira-kira 200,000 nyawa yang sebahagian
besar penduduk Iraq dan tentera Iraq telah sama ada terbunuh atau cedera akibat
pengeboman yang sengit.

Walaupun dengan ketegasan menerusi resolusi-resolusi daripada PBB,


langkah-langkah diplomatik, pembekuan aset Iraq dan Kuwait dan pengenaan
sekatan bertujuan untuk memaksa penarikan sukarela oleh Iraq, namun, Kuwait
masih di bawah penguasaan Iraq. Setelah pelancaran Operasi Desert Storm
oleh Amerika, akhirnya gencatan senjata diisytiharkan. Selepas peperangan ini
berakhir, Kuwait telah dibebaskan dan Iraq pula menderita dengan kehilangan
nyawa yang banyak dan pemusnahan kemudahan awam secara besar-besaran.
Peperangan ini juga menandakan permulaan kepada „Orde Baru Dunia
(New World Order)‰.

Perang Saudara Syria


Syria juga diheret ke dalam Kebangkitan Dunia Arab (Arab Spring) yang
membawa kepada perang saudara yang berpanjangan dalam kalangan rakyatnya
di seluruh pelosok negara-negara Arab. Syria pada mulanya tidak terjejas dengan
ketara oleh kejadian di Tunisia dan Mesir. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011
rusuhan mula meletus apabila 15 kanak-kanak sekolah di bandar Daraa, selatan
Syria mengecat grafiti antikerajaan di dinding sekolah mereka. Akibat tindakan
tersebut, kanak-kanak tersebut ditahan dan dijatuhi hukuman yang berat.
Tindakan daripada pihak penguasa Syria telah menimbulkan kemarahan dalam
kalangan masyarakat atas penahanan dan penganiayaan kanak-kanak lalu
mendorong penyebaran pembangkangan di Syria. Pada awalnya permintaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

daripada keluarga kanak-kanak tersebut adalah untuk membawa mereka yang


terlibat ke muka pengadilan melalui satu siri protes dan demonstrasi. Malangnya,
rejim itu dengan tegas menolak dan menanggapi tuntutan dengan keganasan
lanjut. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kegagalan rejim untuk
memberikan keadilan kepada mangsa, penunjuk perasaan mula menuntut
peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad serta pemerintahan Parti BaÊath
selama empat dekad di Syria (Lesch, 2013).

Selain punca-punca di atas yang mencetuskan gelombang perang saudara pada


2011, terdapat juga sebab-sebab lain. Salah satu sebab yang penting ialah
ketidakpuasan terhadap keluarga Assad yang berkuasa sejak tahun 1971, iaitu dari
Hafez al-Assad yang membentuk kerajaan autoritarianisme sehingga
kematiannya pada tahun 2000. Selepas kematiannya, anaknya, Bashar Hafez
al-Assad pula mewarisi pemerintahan di Syria sehingga hari ini.

Peperangan ini juga melambangkan ketidakpuasan antara dua penganut mazhab


utama ă Sunni dan Syiah. Terdapat 74% penganut Sunni di Syria, tetapi keluarga
Assad adalah sebahagian daripada penganut Syiah yang dikenali sebagai
Alawites. Selepas terletusnya perang saudara pada tahun 2011, majoriti Alawites
telah memberi sokongan penuh kepada rejim Assad kerana takut
didiskriminasikan apabila majoriti Sunni berkuasa.

Kadar pengangguran yang lebih tinggi, taraf hidup yang lebih rendah dan politik
yang terhad kebebasan juga menyumbang kepada terletusnya perang saudara ini.

Jadi, apakah kesan-kesan perang ini? Kesan-kesan perang ini telah menyebabkan
kerosakan sebanyak 104 tapak warisan, termasuk lima daripada enam tapak
Warisan Dunia UNESCO sehingga kini. Pada masa ini, perang ini semakin
menular dan menyebabkan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah.
Sementara itu, semakin ramai orang melarikan diri ke negara lain demi
kelangsungan kehidupan. Di samping itu, kes jenayah telah meningkat dengan
ketara sejak banyak stesen polis tidak berfungsi dengan baik kerana kerosakan
serius akibat pengeboman. Penyakit berjangkit telah merebak di seluruh negara
disebabkan oleh tahap kebersihan yang tidak memuaskan dan kemerosotan
keadaan kehidupan.

Perang Saudara Syria masih berterusan sehingga hari ini. Tiada tanda-tanda sinar
keamanan boleh dicapai di Syria pada masa sekarang meskipun terdapat campur
tangan dan tekanan oleh PBB dan masyarakat antarabangsa yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  213

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Kenal pasti TIGA punca Perang Teluk Iraq dan Parsi 1990ă1991.

2. Senaraikan mana-mana DUA negara yang terlibat dalam


Kebangkitan Dunia Arab (Arab Spring).

3. Siapakah Presiden Syria sekarang?

4. Terangkan TIGA kesan Perang Saudara Syria.

AKTIVITI 9.3

1. Berdasarkan kajian kes mengenai „Perang Teluk Iraq dan Parsi


1990ă1991‰, pada pendapat anda, adakah campur tangan Amerika
sah di sisi undang-undang? Bincangkan.

2. Pada pandangan anda, adakah keadaan Iraq pada ketika ini lebih
baik dibandingkan semasa berada di bawah pentadbiran Saddam
Hussein? Bincangkan jawapan anda bersama-sama rakan sekelas
dalam forum dalam talian myINSPIRE.

3. Berdasarkan perbincangan tentang Syria „Perang Saudara‰, secara


umumnya, apakah punca-punca Kebangkitan Dunia Arab (Arab
Spring).

4. Bincangkan bersama tutor bersemuka atau e-tutor anda, apakah


lima Tapak Warisan Dunia UNESCO yang telah rosak dalam
Perang Saudara Syria. Kemudian, jelaskan kepentingannya tapak
warisan ini untuk generasi muda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

9.4 KESAMARATAAN GENDER PADA


ABAD KE-21
Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan kesamarataan gender? Apakah
kesamarataan gender pada abad ke-21? Apakah kepentingan kesamarataan
gender? Persoalan-persoalan inilah yang akan dibincangkan di beberapa
perenggan seterusnya. Sebelum kita membincangkan dengan lanjut tentang isu
ini, mari kita mulakan dengan istilah gender terlebih dahulu. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO), gender merujuk kepada
ciri-ciri sosial wanita dan lelaki ă seperti norma, peranan, hubungan dengan
dan antara kumpulan wanita dan lelaki (https://bit.ly/3iZQvRs).

Jadi apakah yang dimaksudkan kesamarataan gender? Adakah kesamarataan


hanya untuk lelaki atau hanya untuk wanita? Adakah kesamarataan untuk
kedua-dua lelaki dan wanita? Sesungguhnya, kesamarataan gender sebenarnya
membawa pengertian kesamarataan antara wanita dan lelaki. Namun begitu,
pada masa kini, kadang kala, gender dianggap sinonim dengan wanita
(Tickner, 2017, p. 266). Oleh yang demikian, kesamarataan gender juga dikaitkan
dengan wanita. Kedua-dua pernyataan ini adalah fakta untuk diiktiraf. Secara
sejagat, di 18 buah negara, di sisi undang-undang suami boleh menghalang
isteri mereka daripada bekerja; di 39 buah negara, anak perempuan dan
anak-anak tidak mempunyai hak pewarisan yang sama; dan di 49 buah negara
terdapat kekurangan undang-undang untuk melindungi hak wanita daripada
keganasan rumah tangga. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman berikut:
https://www.un.org/sustainabledevelopment/gender-equality/.

Seterusnya, apabila kita berbicara tentang kesamarataan gender, apakah jenis


kesamarataan yang kita rujuki? Terdapat banyak jenis kesamarataan yang kita
hendak capai untuk memperkasakan semua wanita dan perempuan ă contohnya,
kesamarataan akses kepada pendidikan; akses kepada penjagaan kesihatan.
Begitu juga dari segi peruntukan pekerjaan dan hak mengundi umum yang
bermaksud setiap warganegara yang melepasi usia tertentu mesti dibenarkan
untuk mengundi. Selain itu, kita juga ingin memastikan semua wanita dan gadis
mempunyai hak sosial keselamatan, hak untuk memiliki harta, perbicaraan
yang adil di mahkamah, hak untuk kesamarataan. Tiada sesiapa pun di dunia ini
harus dirampas hak mereka untuk menganuti agama pilihan, untuk menyatakan
pemikiran atau memberikan pendapat mereka atau bergerak dari satu tempat
ke tempat lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  215

Oleh itu, kepentingan untuk mencapai kesamarataan gender di dalam dan


di luar rumah telah diperakui dan diterima pakai dalam Matlamat
Pembangunan Lestari (SDGs):
(https://sustainabledevelopment.un.org/post2015/transformingourworld).

Terdapat 17 matlamat untuk pembangunan lestari di bawah agenda


pembangunan lestari baharu yang akan dicapai dalam tempoh 15 tahun akan
datang. Matlamat ini bertujuan untuk menghapuskan kadar kemiskinan,
memelihara dan memulihara alam sekitar bagi memastikan kesejahteraan hidup
masyarakat dan mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami.
Salah satu matlamat daripada 17 matlamat tersebut adalah kesamarataan gender.
Di bawah matlamat ke-5, Kesamarataan Gender dapat dicapai dengan
memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan (lihat Rajah 9.7).

Rajah 9.7: Lima matlamat kesamarataan gender


Sumber: https://www.globalgoals.org/5-gender-equality

Objektif keseluruhan kesaksamarataan gender adalah apabila kedua-dua wanita


dan lelaki mendapat peluang, hak dan kewajipan yang sama rata dalam semua
aspek kehidupan.

Dalam kes Malaysia, menurut Perangkaan Demografi Suku Kedua (Q2) 2019,
Malaysia mempunyai bilangan penduduk wanita seramai 15.75 juta bersamaan
dengan 48.34 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia iaitu
seramai 32.58 juta (Demographic Statistics Second Quarter (Q2) 2019, Malaysia).
Walau bagaimanapun, (sehingga Januari 2020), perwakilan wanita dalam
kepimpinan parti terutama di Parlimen Malaysia adalah sangat rendah. Walaupun
selepas pembentukan Malaysia Baharu pada Mei 2018 di bawah kepimpinan
Tun Dr Mahathir, terdapat hanya 33 orang wanita atau 14.86 peratus yang dipilih
ke Dewan Rakyat. Tidak dinafikan, perwakilan wanita dalam politik Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

adalah rendah dan tidak mencecah kuota 30 peratus seperti yang dicadangkan
oleh Majlis Ekonomi dan Sosial semasa Persidangan Dunia Keempat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Wanita yang diadakan di Beijng, China pada
September 1995. Secara logiknya, sekiranya peratusan wanita dalam penduduk
Malaysia adalah sebanyak 48% maka, wakil wanita dalam penggubalan dasar
pada semua peringkat juga seharusnya sebanyak 48%. Mujurlah, buat pertama
kalinya dalam sejarah Malaysia, kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri
wanita iaitu DatoÊ Seri Dr. Wan Azizah binti DatoÊ Dr Wan Ismail.

Begitu juga, terdapat ramai wanita telah dilantik untuk jawatan tinggi dalam
pelbagai bidang termasuk Tan Sri DatoÊ Seri Tengku Maimun binti Tuan Mat
yang dilantik sebagai wanita pertama yang memegang jawatan sebagai
Ketua Hakim Negara Malaysia; Latheefa Koya dilantik sebagai wanita
pertama Malaysia untuk mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) (1 Jun 2019 ă 2 Mac 2020); Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai
Gabenor Bank Negara Malaysia dan banyak lagi. Oleh itu, kita dapat melihat
perubahan di Malaysia dari aspek politik dan penglibatan wanita di peringkat
penggubalan dasar.

Selain aspek politik, kesamarataan gender penting dalam pembangunan sebuah


negara. Terbukti, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia, Suku Kedua
(Q2) 2019 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan tenaga kerja adalah diwakili
oleh lelaki 60.8 peratus (9.49 juta) berbanding 39.2 peratus perempuan (6.11 juta).
Walaupun peratus menunjukkan lelaki lebih banyak daripada wanita, tetapi
terdapat sedikit peningkatan 0.2 peratus wanita dalam tenaga kerja di Suku Kedua
(Q2) 2019. Sejumlah 15.08 juta orang dilaporkan bekerja pada suku kedua tahun
2019, yang terdiri daripada 39.1 peratus atau 5.90 juta wanita dengan baki
kira-kira 60 peratus lelaki.

Purata gaji bulanan untuk wanita adalah empat peratus kurang daripada lelaki
walaupun mempunyai kelayakan yang sama, jam kerja dan tanggungjawab
pekerjaan. Sering kali, jurang gaji menjadi lebih luas apabila pangkat semakin
tinggi (Team Cleo, 2018).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  217

Oleh itu, berdasarkan tiga aspek di atas: tenaga kerja, orang yang bekerja dan juga
purata gaji bulanan ă boleh dikatakan bahawa di Malaysia, lelaki dan wanita
adalah dikawal oleh norma-norma tradisional dan kebudayaan yang
mengakibatkan jurang ketidaksamarataan antara lelaki dan wanita.

Sebagai kesimpulan, pemerkasaan wanita adalah tanggungjawab semua orang.


Setiap kita berhak mendapat hak yang sama. Advokasi terhadap kesamarataan
gender adalah tentang hak asasi manusia dan keterangkuman. Hak yang sama
tanpa mengira gender dalam semua aspek kehidupan. Setiap daripada kita boleh
menggunakan kapasiti untuk perubahan dalam dasar untuk memastikan tiada
sesiapa yang tertinggal. Bagaimanakah sebuah negara boleh membangun apabila
masyarakatnya didiskriminasi dan dipinggirkan dalam ekonomi, politik dan
sosial?

AKTIVITI 9.4

1. Baru-baru ini, anda diminta memberi ucapan tentang


„Kesamarataan gender di tempat kerja pada abad ke-21‰. Sediakan
draf ucapan dan kongsikan bersama-sama rakan sekelas anda di
myINSPIRE.

2. Reka bentuk sebuah aktiviti interaktif dalam myINSPIRE yang


menekankan kepentingan kesamarataan gender.

SEMAK KENDIRI 9.4

1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, terangkan makna


kesamarataan gender.

2. Mengapakah anda berpendapat bahawa istilah kesamarataan


gender dikaitkan dengan menyamakan kedudukan wanita dengan
lelaki dan bukan sebaliknya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

 Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) memperkasakan pelajar untuk


berfikir, berkongsi dan bertindak demi dunia yang adil, aman, terangkum dan
lestari.

 Terdapat tiga dimensi konseptual GCED iaitu kognitif, sosio-emosi dan


tingkah laku.

 Tema-tema GCED perlu dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran pendidikan


bagi mana-mana kursus kerana tema-tema ini boleh memupuk rasa hormat
kepada dunia dan sesama insan, untuk menjadikan masyarakat yang
memahami kepelbagaian dalam dunia, untuk bertindak balas dengan rasa
empati terhadap perkara yang tidak dikenali, untuk memperkasa belia dalam
memimpin masyarakat, untuk menikmati keamanan, untuk penglibatan
secara aktif, dan untuk meraikan perbezaan.

 Globalisasi adalah proses yang menjadikan dunia lebih kecil dan berhubungan
dalam pelbagai cara seperti budaya, aktiviti manusia dan perdagangan.

 Fenomena globalisasi tidak menjadikan negara lemah namun, mengembang


dan memperkuatkan peranan negara itu sendiri. Negara masih kekal sebagai
pusat dalam sistem antarabangsa walaupun berhadapan dengan cabaran
daripada pelaku bukan negara mahupun daripada fenomena globalisasi.

 Peperangan Iraq dan Perang Teluk Parsi 1990-1991 menandakan „Orde Baru
Dunia‰ selepas tamatnya Perang Dingin.

 Perang Saudara Syria bermula pada bulan Januari 2011 adalah peperangan
yang berterusan sehingga ke hari ini. Tiada tanda-tanda keamanan boleh
dicapai di Syria walaupun campur tangan daripada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa.

 Kesamarataan gender adalah tentang hak asasi manusia. Hak kesamarataan


menjangkaui gender, sama ada lelaki ataupun wanita dalam semua aspek
kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  219

Globalisasi Negara
Kesamarataan gender Pendidikan Kewarganegaraan Global
Konflik Perang Saudara Syria
Matlamat pembangunan lestari Perang Teluk Parsi

17 ways education influences the UN sustainable development goals.


Dicapai dari https://bit.ly/3qhLcP4

Ban Ki Moon. What is „Global Citizenship‰? Dicapai dari https://bit.ly/3j0UVYp

Baylis, J., Smith, S., & Owens, P. (2016). The globalisation of world politics:
An introduction to international relations (6th ed.). New York, N.Y: Oxford
University Press.

Buchanan. S. (2012). Has globalisation altered the role of the state?


https://bit.ly/3gM4h8Z

Byman. D. February 27. (2018). Six Counterterrorism Lessons from the Syrian
Civil War. https://bit.ly/3wN0Nsv

DÊAnieri, Paul, J. (2010). International politics: Power and purpose in global affairs.
Wadsworth Cengage Learning. Belmont, USA.

Demographic Statistics Second Quarter 2019, Malaysia.


https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=
430&bul_id=VTJDdStOakJJd2EwcEVVTm4yRDZSQT09&menu_id=L0phe
U43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

Gender, equity and human rights. Dicapai dari


https://www.who.int/health-topics/gender#tab=tab_1

George Santayana Quotes. Dicapai dari


https://www.brainyquote.com/quotes/george_santayana_125570

Giddens, A. (1990). The consequences of modernity: Self and society in the late
modern age: Cambridge Polity Press and Stanford, CA: Stanford University
Press.

Global Education First Initiative: The UN Secretary-GeneralÊs Global Initiative


on Education. Dicapai dari
http://www.unesco.org/new/en/gefi/priorities/

Global Citizenship Education: An Emerging Perspective. Dicapai dari


http://unesdoc.unesco.org/images/0022/002241/224115E.pdf

Global Citizenship Education: Topics and Learning Objectives. (2015). United


Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, 7, place de
Fontenoy, 75352 Paris 07 SP, France.

Global Citizenship Education: Preparing learners for the challenges of the 21st
century. (2014). UNESCO. Published in 2014 by the United Nations
Educational, Scientific and Cultural Organisation, 7, place de Fontenoy,
75352 Paris 07 SP, France.

Halliday, F. (1994). The Gulf War 1990-1991 and the study of international
relations. Review of international studies, 20(2). pp. 109ă130.

Klesner, J. L. (2014). Comparative politics: An introduction. New York, NY:


McGraw-Hill.

Krasner, S. (1995/6). Compromising Westphalia from international security,


Vol.20, No.3 (Winter 1995/6). The MIT Press.

Lesch, D. W. (2013). Syria: The fall of the house of Assad. Yale University Press.

McGrew, A. (2017). Globalization and global politics. In Baylis, J., Smith, S., &
Owens, P. (2011). The globalisation of world politics: An introduction to
international relations (5th ed.). (pp. 15ă36). Oxford, United Kingdom.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL  221

Oo Cheng Keat. (2017). ABKH2103 International History. Open University


Malaysia. Meteor.

Outcome document of the Technical Consultation on Global Citizenship


Education: Global Citizenship Education: An Emerging Perspective.
Dicapai dari
http://unesdoc.unesco.org/images/0022/002241/224115E.pdf.

Plantilla, J. R. (2018). Context and training: 18th APTW. Dicapai dari


https://www.hurights.or.jp/archives/focus/section3/2018/09/context-
and-training-18th-aptw.html

Shaw, M. (2000). Theory of the global state: Globality as an unfinished revolution.


Cambridge: Cambridge University Press.

Spotlight on Sustainable Development Goal 5: Achieve gender equality and


empower all women and girls (5 July 2017). Dicapai dari
https://bit.ly/3qjf8tX

Student exchange programme important for development of national education:


Maszlee (30 September 2018). Dicapai dari https://bit.ly/3d327iP

Sustainable Development Goal 4. Dicapai dari


https://sustainabledevelopment.un.org/sdg4

Team Cleo. The gender salary gap in Malaysia.


https://cleo.com.my/trending/gender-salary-gap-malaysia/

Tickner. (2017). „Gender in world politics‰. In p. 264ă278 Baylis, J., Smith, S., &
Owens, P. (2017). The globalisation of world politics: An introduction to
international relations (6th ed.). New York, N.Y: Oxford University Press.

Transforming our world: The 2030 Agenda for Sustainable Development.


Dicapai dari
https://sustainabledevelopment.un.org/post2015/transformingourworld

United Nations. (2000). Millennium Report of the Secretary-General, „We, the


Peoples: The Role of the United Nations in the 21st Century‰, A/54/2000.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Alam Sekitar
dan Kita
10 Dr Thirumeni T Subramaniam
thirumeni@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan keperluan pemeliharaan alam sekitar;
2. Menerangkan isu-isu alam sekitar global yang utama;
3. Menerangkan konsep teknologi hijau dan kepentingannya;
4. Membincangkan konsep kelestarian; dan
5. Menunjukkan cara untuk menambah baik jejak ekologi anda.

 PENGENALAN
Topik „Alam Sekitar dan Kita‰ bertujuan untuk memperkenalkan konsep-konsep
utama dan menggalakkan perbincangan yang membolehkan kita menilai semula
kedudukan kita dalam alam sekitar. Kita akan mulakan dengan meneroka alam
sekitar serta mengetahui manfaat dan kepentingan memeliharanya. Kita perlu
menghargai hubungan yang kompleks antara pelbagai komponen dalam alam
sekitar. Kita perlu memperluaskan pandangan kita dari sudut pandangan
individu yang terhad kepada diri dan rumah kita kepada sudut pandangan
kolektif yang merangkumi dunia global sebagai persekitaran kita. Kita perlu
mengembangkan lagi tanggungjawab kita dengan memainkan peranan dalam
memelihara alam sekitar. Kita juga perlu mengenal pasti faktor-faktor yang
menjejaskan alam sekitar. Apakah isu-isu alam sekitar utama yang kita hadapi
pada hari ini? Tindakan kolektif yang segera diperlukan untuk menangani isu ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  223

Bolehkah kita menggunakan teknologi sebagai penyelesaian? Apakah teknologi


hijau? Anda akan mempelajari konsep „hijau‰ dan „teknologi hijau‰ yang
diperlukan untuk membuat keputusan yang dimaklumkan. Kita juga akan
meneroka konsep kelestarian dan 17 matlamat pembangunan lestari (sustainable
development goals ă SDGs). Anda mungkin masih ingat beberapa SDGs di
Topik 9. Apakah yang kita harap dapat dicapai menjelang tahun 2030? Apakah
yang boleh dilakukan daripada sudut pandangan individu untuk menjaga dan
memelihara alam sekitar? Adakah anda tahu jejak ekologi anda? Mari kita teroka
soalan-soalan ini dan melaksanakan peranan kita demi keadaan alam sekitar yang
lebih baik.

10.1 MENGAPAKAH KITA PERLU MENJAGA


ALAM SEKITAR?
Istilah „alam sekitar‰ merujuk kepada sekeliling atau keadaan dalam lingkungan
melakukan aktiviti tertentu. Alam sekitar semula jadi merujuk kepada keadaan
yang didiami oleh manusia berserta dengan hidupan yang lain yang hidup dalam
persekitaran yang memerlukan udara, air, mineral dan unsur bukan hidup yang
lain.

Alam sekitar yang didiami oleh benda hidup dan benda bukan hidup
dikenali sebagai biosfera. Satu-satunya biosfera yang ada di alam semesta
adalah Bumi. Ia merupakan satu lapisan nipis di sekeliling bumi yang
terdiri daripada litosfera, hidrosfera dan atmosfera. Litosfera adalah bahagian
bumi yang diliputi dengan tanah dan batu, manakala hidrosfera dan atmosfera
masing-masing merujuk kepada air dan udara yang melingkungi Bumi. Anda
boleh baca dengan lebih lanjut mengenai biosfera di ensiklopedia seperti
Encyclopaedia Britannica (versi dalam talian boleh dicapai dari laman:
https://www.britannica.com/science/biosphere).

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji bagaimana benda hidup berinteraksi
antara satu sama lain dan dengan alam sekitar fizikal di sekeliling kita.
Secara mudahnya, satu segmen biosfera sering dikenal pasti sebagai ekosistem
dan dikaji dengan pemerhatian dan menganalisis pelbagai interaksi yang wujud
di dalam sistem tersebut. Ekosistem didefinisikan sebagai komuniti hidupan
(mikro-organisma, tumbuhan, binatang yang dikenali sebagai komponen biotik)
yang berinteraksi sesama mereka dan juga berinteraksi dengan benda bukan
hidup (seperti cahaya matahari, suhu, air dan sebagainya yang dikenali sebagai
komponen abiotik). Yang berikut adalah penerangan sebuah ekosistem:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

(a) Terdapat komuniti yang hidup dan saling berinteraksi dalam satu lokasi.
Istilah komuniti dalam biologi merujuk kepada kumpulan interaksi pelbagai
organisma dalam kawasan yang sama. Komuniti boleh dibahagikan kepada
kumpulan yang lebih kecil yang dipanggil populasi. Populasi dikelaskan
kepada bilangan organisma bagi spesies tertentu.

(b) Terdapat sempadan yang ditentukan mengikut tabii kajian yang dijalankan.
Sempadan yang tetap atau jelas adalah sukar dilihat secara realiti. Namun,
terdapat pengkelasan komuniti utama yang dipanggil biome.

(c) Dirujuk mengikut jenis biome. Terdapat pelbagai pengkelasan biome. Anda
boleh saksikan visual yang menarik mengenai biome di laman ini:

https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/biome/

(d) Dianalisis dengan menjejak pergerakan tenaga dan bahan. Peraturan alam
semula jadi, di mana bahan dan tenaga diperlihara adalah:

(i) Bahan Dikitar Semula


Bahan mungkin bergerak ke satu ekosistem ke ekosistem yang lain
tetapi ia tidak musnah. Ia dikitar semula dari satu ekosistem ke
ekosistem berikutnya.

(ii) Aliran Tenaga


Tenaga yang memasuki sesuatu ekosistem akan diserap dan tidak akan
berkurang. Bentuk tenaga boleh berubah dan akhirnya lesap sebagai
haba dan radiasi.

Kitaran bahan dan tenaga dapat difahami dengan baik melalui analisis
bagaimana tenaga solar diserap oleh pengeluar (tumbuhan termasuk pokok)
dan diambil oleh pengguna primer (herbivor dan omnivor) dan pengguna
sekunder dan pengguna tertier (karnivor). Bahan mati dan bahan reput
dikitar semula oleh pengurai. Tenaga dalam bentuk haba dihasilkan semasa
kitaran dan dipulihara dalam jaringan makanan yang digambarkan di dalam
Rajah 10.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  225

Rajah 10.1: Aliran tenaga bagi pengeluar, pengguna dan pengurai (detritivor)
Sumber: https://ubisafe.org/explore/discomposition-clipart-food-
web/#gal_post_2175_discomposition-clipart-food-web-4.jpg

Bagaimanakah pula dengan kita, populasi manusia? Di manakah kita dalam


jaringan makanan ini?

Di dalam sesuatu ekosistem, terdapat beberapa sistem yang berasingan. Sistem ini
mempunyai sempadan yang tertentu dan persekitaran di sekelilingnya. Ia boleh
mengandungi pelbagai komponen di dalam sempadan yang jelas. Ia boleh
diklasifikasikan sebagai sistem tertutup dengan sempadan tertutup tanpa
sebarang input dan output. Atau ia boleh diklasifikasikan sebagai sistem terbuka
dengan sempadan terbuka yang membenarkan pertukaran bahan dan tenaga.

Satu contoh sistem yang terbuka ialah pokok. Ia ada sempadan jelas dan pelbagai
komponen (akar, batang, cabang, ranting, daun). Pokok menyerap cahaya
matahari, karbon dioksida, air dan elemen lain (input) untuk pokok tersebut
tumbuh dengan sihat dan kuat. Sebagai pertukaran, pokok menghasilkan oksigen
dan bahan lain (output).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

AKTIVITI 10.1

Sebatang pokok berinteraksi dengan komponen biotik dan abiotik.


Sekiranya jiran anda menyembur racun serangga di laman rumahnya,
adakah ia akan memberi kesan kepada pokok di laman anda?
Bincangkan masalah ini dengan rakan sekelas dalam forum dalam talian.
Panjangkan juga perbincangan anda dengan mengambil kira
pencemaran disebabkan penggunaan racun serangga kimia di ladang di
kawasan perumahan anda. Bincangkan sama ada anda perlu prihatin
dengan aktiviti dan projek pembangunan di bandar, perbandaran atau
daerah anda.

Perkhidmatan ekosistem adalah termasuk bekalan sumber yang diperlukan


seperti udara untuk kita bernafas, air minuman dan makanan. Sebilangan besar
herba dan tumbuh-tumbuhan adalah berguna sebagai sumber perubatan.
Antara bekalan penting lain yang dihasilkan daripada ekosistem semula jadi
adalah bahan mentah seperti kayu. Terdapat banyak perkhidmatan lain yang
mungkin kita tidak rasakan secara ketara. Selain Perkhidmatan Bekalan ini,
terdapat perkhidmatan yang lain. Senarai dari Ekonomi Ekosistem dan
Kepelbagaian Biologi (The Economics of Ecosystems and Biodiversity, TEEB)
(„Ecosystem Services‰, n.d.), turut merangkumi: Pekhidmatan Meregulasi,
Sokongan dan Budaya. TEEB dihoskan oleh Program Alam Sekitar PBB.

(a) Perkhidmatan Mengawal Selia termasuk kawalan kualiti udara,


pendebungaan, kawalan biologi, kesuburan tanah, penyerapan dan
penyimpanan karbon, kawalan hakisan tanah, rawatan air buangan,
kawalan iklim dan penimbal cuaca melampau;

(b) Perkhidmatan Sokongan termasuk habitat dan kepelbagaian genetik; dan

(c) Perkhidmatan Budaya meliputi rekreasi, pelancongan, estetik dan tujuan


rohani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  227

Kebolehan anda menerangkan persekitaran semula jadi, interaksi antara pelbagai


komponen/elemen dalam ekosistem kita dan faktor-faktor/keadaan-keadaan
yang boleh menjejaskan ekosistem adalah penting. Kita perlu memahami
bagaimana populasi manusia telah berinteraksi dengan alam sekitar dan
bagaimana keadaan ini telah menyumbang kepada isu-isu alam sekitar yang kita
hadapi hari ini. Dalam kita menggunakan perkhidmatan ekosistem yang
disediakan oleh persekitaran semula jadi, kita tidak sedar bahawa terdapat
hidupan lain dalam ekosistem kita, dan kita gagal untuk berkelakuan secara
bertanggungjawab.

SEMAK KENDIRI 10.1

Jawab soalan-soalan berikut:

(a) Apakah biosfera?

(b) Apakah ciri-ciri ekosistem dan perkhidmatan yang ditawarkan?

(c) Pilih satu sistem terbuka untuk mengilustrasi kerentanan alam


sekitar kita sekarang.

(d) Mengapakah kita perlu prihatin tentang alam sekitar?

10.2 ISU ALAM SEKITAR GLOBAL


Apabila anda semakin peka terhadap interaksi antara komponen biotik dan
abiotik yang pelbagai dalam persekitaran, anda akan menyedari potensi risiko
bagi sesetengah isu alam sekitar memberi kesan global yang signifikan. Apakah
langkah-langkah yang telah diambil pada masa lalu? Adakah ia berkesan?
Bolehkah kita memperbaiki keadaan dengan membuat kesimpulan yang lebih
tepat mengenai isu-isu alam sekitar?

Dalam menggunakan perkhidmatan ekosistem, kita telah melakukan banyak


perubahan terhadap alam sekitar. Kita telah menebang banyak pokok di hutan,
menggunakan bahan mentah secara berlebihan, mengindustrikan pengeluaran
makanan, membina empangan, melakukan aktiviti yang mengakibatkan
perubahan pada litupan tanah dan air permukaan. Bolehkah anda
mengilustrasikan impak tindakan masyarakat kita terhadap alam semula jadi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

10.2.1 Perubahan Litupan Tanah dan Air Permukaan


Litupan tanah merujuk kepada litupan permukaan bumi, dari tanah kosong
kepada tanah yang diliputi lumut, kulat, rumput, belukar dan hutan malar hijau
(lihat biome). Klasifikasi ini berbeza namun berhubung kait dengan klasifikasi
guna tanah yang merujuk kepada aktiviti manusia yang dijalankan di sesebuah
kawasan. Perubahan litupan tanah dikelaskan sama ada sebagai:

(a) Perubahan tanah secara keseluruhan seperti pembasmian hutan untuk


merancakkan pertanian; atau

(b) Pengubahsuaian tanah yang menyebabkan perubahan namun tidak


mengubah jenis litupan tanah akibat daripada aktiviti-aktiviti seperti
pembalakan.

Kebanyakan litupan tanah dunia terdiri daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi


dan separa semula jadi (81%) telah diubah menjadi tanah pertanian antara tahun
1992 dan 2015 (OECD, 2018). Pembasmian hutan (deforestation) merupakan istilah
yang digunakan untuk menjelaskan pembasmian litupan hutan untuk kegunaan
lain. Lawati laman sesawang Global Forest Watch untuk mengetahui keadaan
terkini pembasmian hutan di seluruh dunia. Anda akan dapati Malaysia
contohnya, telah kehilangan sebanyak 25% litupan pokok (bersamaan dengan
7.29 Mha) sejak tahun 2000.

Urbanisasi (rujuk Subtopik 10.2.6) dan Perubahan Air Permukaan adalah dua
perkara yang mendorong kepada perubahan litupan tanah. Kita telah kehilangan
tanah dan air permukaan semula jadi; dan mendapat tanah dan air permukaan
buatan. Selain daripada perubahan air permukaan disebabkan oleh pembangunan
empangan air (air permukaan buatan) dan penambakan tanah, perubahan parah
air laut juga merupakan isu alam sekitar yang membimbangkan. Apakah yang
menyebabkan peningkatan paras air laut?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  229

10.2.2 Perubahan Iklim


Perubahan iklim merupakan ancaman alam sekitar terbesar di dunia pada hari ini.
Kenaikan suhu purata global boleh dilihat di laman web NASA (National
Aeronautical and Space Administration/Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa
Negara): https://earthobservatory.nasa.gov/WorldOfChange/DecadalTemp

Suhu dunia semakin meningkat bermula dari tahun 1860 yang merupakan tempoh
Revolusi Perindustrian (Harris, 2004). Suhu purata global tidak mungkin
meningkat hanya disebabkan daya alam semula jadi semata-mata. Suhu purata
global dijangkakan akan meningkat pada kadar yang lebih tinggi pada dekad-
dekad seterusnya seiring dengan pelbagai perubahan iklim yang lain. Pemanasan
global merupakan gejala daripada perubahan iklim. Antara tanda lain perubahan
iklim termasuklah kemarau, ribut dan banjir kilat, salji di kutub semakin cair dan
peningkatan paras air laut. Tanda-tanda perubahan iklim berbeza dari satu
kawasan ke kawasan yang lain. Perubahan iklim dan pengumpulan gas rumah
hijau di atmosfera memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada dunia
termasuklah:

(a) Gelombang haba, gelombang sejuk dan cuaca ekstrem yang lain seperti
banjir kilat, kemarau, tanah runtuh dan kebakaran hutan;

(b) Peningkatan kadar morbiditi dan kematian;

(c) Pencemaran air dan gangguan bio-fizikal semula jadi yang lain;

(d) Gangguan dan pencemaran makanan; dan

(e) Gangguan tenaga dan sistem sosioekonomi manusia yang lain.

Perkembangan penting dalam menguruskan perubahan iklim adalah dengan


menerima pakai Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu mengenai Perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on
Climate Change, UNFCCC) pada tahun 1992, menerima pakai Protokol Kyoto
pada tahun 1997 dan penubuhan Panel Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim
(International Panel on Climate Change, IPCC) pada tahun 1988. IPCC ditubuhkan
oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (World Meteorological Organisation) dan
Program Alam Sekitar PBB (United Nations Environment Programme, UNEP).
Ia adalah kerjasama antarabangsa yang melibatkan penyelidik yang menjalankan
penilaian saintifik secara berterusan terhadap perubahan iklim, impak dan
risikonya pada masa akan datang, dan pilihan untuk penyesuaian hidup dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

perubahan iklim dan kaedah untuk mengurangkan kesannya. Anda boleh baca
laporan penilaian IPCC secara dalam talian di www.ipcc.ch. Apakah trend
perubahan iklim yang digambarkan dalam laporan terbaharu IPCC? Adakah kita
telah menangani isu ini dengan baik?

10.2.3 Kemusnahan Kepelbagaian Biologi


Kepelbagaian biologi merujuk kepada kepelbagaian hidupan yang wujud
di sekeliling kita termasuklah kepelbagaian genetik dalam spesies tertentu.
Ia mempunyai nilai biologi, sosial, etika dan ekonomi kepada kita. Anda
seharusnya boleh menyenaraikan nilai khusus yang ditawarkan oleh
kepelbagaian biologi (rujuk Jadual 5.1 di muka surat 96, Harris, 2004). Pengagihan
kepelbagaian biologi di dunia adalah tidak sekata. Malaysia adalah salah satu
daripada sebilangan kecil negara-negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi.
Negara lain di rantau ini termasuklah Indonesia, Thailand, India, China dan
Australia. Madagascar merupakan satu lagi negara yang dianggap titik panas
kepelbagaian biologi dengan 90% tumbuhan dan haiwan endemik di dalam
negaranya sahaja. Lokasi lain adalah di Amerika Selatan (termasuk Brazil,
Columbia, Ecuador, Mexico dan Peru). Pengagihan yang tidak sekata ini menjadi
masalah dalam menguruskan kemusnahan kepelbagaian biologi.

Mengapakah kita berhadapan dengan kemusnahan kepelbagaian biologi?


Perubahan litupan tanah, air permukaan, perubahan iklim, pelancongan dan
pencemaran merupakan sebahagian ancaman kepada alam sekitar. Konvensyen
Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity, CBD) yang
dibangunkan pada tahun 1992 semasa Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit)
di Rio de Janeiro adalah salah satu inisiatif global yang terawal dan terpenting
untuk memelihara kepelbagaian biologi. Apakah usaha lain? Bagaimanakah kita
dapat mengurangkan kemusnahan kepelbagaian biologi secara berkesan?

10.2.4 Penduduk dan Pembangunan


Penduduk manusia di dunia melebihi 7.7 bilion orang pada tahun 2019.
Pembangunan sosioekonomi kita adalah tidak seimbang, dengan ketaksamaan
yang ketara. Permintaan kita untuk mendapatkan air yang bersih, makanan,
tenaga dan ruang telah meningkat dan sebahagian besarnya telah melebihi
bekalan. Masalah seperti kekurangan bekalan air bersih, pengeluaran makanan
secara tidak lestari (dan perubahan litupan tanah), penggunaan dan pembaziran,
ketaksamaan yang memburukkan lagi keadaan dan penggunaan tenaga global
yang tidak sama rata perlu ditangani. Seruan daripada Organisasi Kooperatif
Ekonomi dan Pembangunan (OECD) terhadap tindakan kolektif terhadap neksus
air, makanan dan tenaga adalah tepat pada masanya. Pembangunan masyarakat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  231

telah mengakibatkan perubahan litupan tanah dan guna tanah, terutamanya


perubahan daripada hutan semula jadi ke tanah pertanian, untuk menampung
permintaan makanan kita. Bangunan dan permukaan buatan manusia telah
tumbuh secara menegak dan mendatar (lihat subtopik Urbanisasi). Zon air buatan
untuk menampung permintaan air kita semakin meningkat. Manakala, zon di
persisiran pantai mengalami pembangunan secara mendadak. Ini mengakibatkan
masalah alam sekitar lain seperti hakisan dan kemerosotan kesuburan tanah.
Bincangkan pembangunan sosioekonomi yang tidak seimbang dengan
ketaksamaan yang ketara. Bacaan yang bagus untuk topik ini adalah Bab 2 dalam
buku bertajuk Environment and Society: A Critical Introduction (2014).

10.2.5 Pencemaran
Pencemaran merujuk kepada pengenalan bahan oleh manusia yang menyebabkan
kesan berbahaya. Selain daripada pencemaran udara, air dan tanah, kita juga perlu
bimbang akan pencemaran dalam bentuk haba, radiasi, bunyi dan cahaya yang
berlebihan. Manusia sememangnya bertanggungjawab dalam menyebabkan
pencemaran alam sekitar yang teruk di seluruh dunia. Mengapakah kita
mencemarkan alam sekitar?

Pencemaran telah merebak dan menjejaskan setiap makhluk di bumi, daripada


karbon dioksida (CO2) di atmosfera, ke bifenil poliklorin (polychlorinated
biphenyl, PCP) dalam badan kita ke asid di tanah kita (Speth & Haas, 2006).
Penggunaan kimia secara meluas merupakan masalah utama kepada alam sekitar.
Sumber pencemar kimia adalah berbeza antara pertanian, industri, pengangkutan
dan isi rumah. Sebagai contoh, pelepasan gas daripada loji jana kuasa arang batu
mencemarkan udara dan apabila hujan, menyebabkan berlakunya hujan asid yang
seterusnya mencemarkan air dan tanah. Hujan asid adalah contoh pencemaran
rentas sempadan. Pencemar udara seperti klorofluorokarbon (CFC), karbon
dioksida (CO2) dan nitrogen oksida (NO) menyebabkan penipisan lapisan ozon
dan kesan rumah hijau yang turut menyumbang kepada perubahan iklim.
Pencemaran juga salah satu faktor yang merosakkan sumber air dan
memudaratkan hidupan yang bergantung padanya. Menurut Speth & Haas
(2006), pencemaran dan lumpur daripada air larian adalah sebahagian faktor
(selain penangkapan ikan berlebihan) yang memusnahkan hutan paya bakau dan
tanah lembap pesisir pantai, di samping menjejas hidupan marin. Adalah penting
untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan pencemar secara meluas. Kita perlu
prihatin mengenai bahan pencemar toksik seperti bahan pencemar organik dan
logam berat; dan ancamannya terhadap manusia dan hidupan lain. Apakah yang
boleh kita lakukan untuk mengurangkan pencemaran ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

10.2.6 Urbanisasi
Urbanisasi merujuk kepada perubahan landskap sosial dan alam sekitar
(„Urbanization and health‰, 2012). Ia didorong terutamanya oleh penghijrahan
dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar yang membawa kepada
pembangunan ruang bandar dengan membentuk bangunan dan permukaan
buatan yang menegak dan mendatar. Pada peringkat global, satu kawasan bersaiz
United Kingdom (244,000 km2) telah diubah menjadi kawasan terbina sejak tahun
1990 (OECD, 2018). Mungkin sukar bagi sesetengah individu untuk melihat ruang
bandar (dengan ruang yang bersih dan hijau) sebagai isu alam sekitar. Menurut
McGranahan dan Satterthwaite (2004), beban alam sekitar untuk mengekalkan
bandar-bandar tersebut mungkin kelihatan di lokasi yang jauh; ia hanya
dipindahkan ke tempat lain dan bukannya dihapuskan. Mereka menekankan
fakta bahawa „penduduk termiskin di negara termiskin cenderung mempunyai
persekitaran kesihatan paling buruk di dalam dan di sekitar rumah mereka dan
mereka juga antara yang melepaskan tahap gas rumah hijau terendah bagi setiap
individu. Persekitaran bandar di negara berpendapatan sederhana yang
menjalankan pengindustrian besar-besaran dan bermotor cenderung mengalami
pencemaran alam sekitar, dengan pencemaran udara yang teruk. Dan penduduk
di negara terkaya mempunyai jejak alam sekitar global terbesar, dan merekalah
pemacu terbesar perubahan iklim per kapita‰.

AKTIVITI 10.2

Pilih satu isu alam sekitar global yang anda prihatin mengenainya.
Terangkan isu, penyebab dan implikasinya kepada alam sekitar dan
manusia, dan tindak balas dasar global. Cadangkan inisiatif yang anda
dan rakan-rakan anda boleh lakukan untuk mengurangkan masalah
yang timbul daripada isu tersebut. Bekerja dalam kumpulan
membolehkan perkongsian sumber dan membenarkan perbincangan
anda merangkumi lebih banyak isu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  233

SEMAK KENDIRI 10.2

„Kita tidak dapat menyelesaikan isu-isu alam sekitar walaupun


dengan penyelidikan yang mendalam, liputan media, peningkatan
kesedaran masyarakat, kempen oleh pelbagai kumpulan aktivis bagi
alam sekitar dan perjanjian antarabangsa; dan kita masih meneruskan
aktiviti yang menyumbang kepada masalah tersebut‰, (Harris, 2004).
Bincangkan kenyataan ini dalam forum dalam talian.

Pemerhatian penting bagi isu-isu ini adalah mengenai hubungan kompleks


dalam kalangan mereka yang menekankan pengurusan yang tidak pasti dan
risiko dalam penggubalan dasar global (Speth & Hass, 2006). Apakah pandangan
anda mengenai pemerhatian ini?

Renung dan kongsi pandangan di dalam forum myINSPIRE setelah menonton


video YouTube yang bertajuk Environmental Issues: Global Warming oleh
Cracknell dan Tam (2013) di: https://www.youtube.com/watch?v=0MVvnj-tS-s

Setelah tamat subtopik ini, anda harus boleh mengkaji dan menganalisis isu alam
sekitar; dan menjalankan analisis kritis terhadap usaha-usaha pengurangan kesan
buruk aktiviti-aktiviti manusia terhadap alam sekitar.

10.3 TEKNOLOGI HIJAU DAN ALAM SEKITAR


Dalam keadaan teknologi dan masyarakat yang berpusatkan teknologi telah
memberi impak negatif kepada alam sekitar, teknologi hijau pula didapati
mempunyai potensi dan peluang untuk menghasilkan lebih inovasi dan
pembaharuan dalam pemeliharaan alam sekitar. Jadual 10.1 menyenaraikan
bidang yang mendapat perhatian teknologi hijau dan kelestarian. Teknologi itu
sendiri bukanlah masalah yang sebenar. Apa yang penting adalah pemahaman
kita tentang konsep „hijau‰, kesedaran tentang etika berkaitan alam sekitar,
anjakan paradigma dalam proses pemikiran kita dan perubahan amalan seharian
kita. Keperluan untuk kita bertindak secara bertanggungjawab terletak pada
hubungan moral kita dengan hidupan dan aspek-aspek lain yang terdapat di
persekitaran semula jadi kita. Untuk membolehkan kita bertindak dengan penuh
tanggungjawab, kita memerlukan anjakan paradigma dalam apa yang kita
fikirkan sebagai ciri-ciri dan ruang lingkup tanggungjawab kita. Untuk bertindak
ke arah bumi hijau atau go green bermakna „menerapkan pengetahuan dan
amalan yang membawa kepada keputusan yang lebih mesra alam dan
bertanggungjawab terhadap ekosistem, dan gaya hidup yang dapat membantu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadi untuk generasi
kini dan akan datang‰ (Going green, n.d); di sinilah terletaknya konsep teknologi
hijau. Teknologi hijau merujuk kepada penggunaan sains dan teknologi untuk
memelihara dan melindungi alam sekitar. Ia boleh mengurangkan gas rumah
hijau dan merupakan komponen yang penting kepada Strategi Pertumbuhan
Hijau. Pertumbuhan hijau merujuk kepada usaha memupuk pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan dengan memastikan bekalan sumber dan
perkhidmatan alam sekitar akan berterusan dari aset semula jadi yang menjamin
kesejahteraan kita (OECD, 2018).

Jadual 10.1: Trend Teknologi Hijau dan Penyelesaian Lestari Mengikut Sektor

Tenaga Tenaga yang boleh diperbaharui (alternatif)

Pengeluaran makanan Amalan pertanian lestari, pertanian organik

Air Rawatan air/pembersihan air

Persekitaran terbina Bangunan hijau

Industri pembuatan Reka bentuk untuk alam sekitar, kejuruteraan hijau

Sektor pengangkutan Pengangkutan hijau

Sisa buangan Kitar semula, teknologi pengurusan sisa lain

Alam sekitar Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan

AKTIVITI 10.3

Bincangkan bersama rakan sekelas bagaimanakah teknologi hijau boleh


muncul sebagai penyelesaian kepada alam sekitar yang lebih baik. Anda
boleh membaca kajian kes yang boleh didapati di bawah sumber
berguna. Anda juga boleh memuatnaik bahan sedemikian di dalam
forum bagi memperkayakan perbincangan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  235

SEMAK KENDIRI 10.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan „memilih hijau‰?

2. Apakah teknologi hijau? Sertakan beberapa contoh.

3. Bincangkan peranan pengguna untuk mempromosikan teknologi


hijau.

4. Terangkan impak teknologi hijau pada hari ini.

10.4 MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI


Matlamat Pembangunan Lestari yang juga dikenali sebagai SDG (Sustainable
Development Goals) merujuk kepada 17 matlamat dengan 169 sasaran
yang dibangunkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB sebagai
plan tindakan untuk manusia, planet, kekayaan dan keamanan
(https://sustainabledevelopment.un.org/). Matlamat dan sasaran ini
dibangunkan bagi merangsang tindakan daripada semua pihak untuk
15 tahun akan datang. Rujuk Jadual 10.2.

Jadual 10.2: Matlamat Pembangunan Lestari oleh PBB

SDG 1 Menamatkan kemiskinan dalam segala bentuk di mana jua.

SDG 2 Menamatkan kebuluran, mencapai keselamatan makanan dan memperbaiki


nutrisi dan pertanian secara lestari.

SDG 3 Memastikan kehidupan sihat dan mempromosi kehidupan sejahtera untuk


semua peringkat umur.

SDG 4 Memastikan keterangkuman dan kesaksamaan pendidikan berkualiti dan


mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.

SDG 5 Mencapai kesamarataan gender dan memperkasa semua wanita dan


kanak-kanak perempuan.

SDG 6 Memastikan ketersediaan dan pengurusan secara lestari bagi air dan sanitasi
untuk semua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

SDG 7 Memastikan akses kepada tenaga yang mampu milik, andal, lestari dan
moden untuk semua.

SDG 8 Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, terangkum dan


lestari, pekerjaan lengkap dan produktif serta kerja yang memuaskan untuk
semua.

SDG 9 Membina infrastruktur yang tahan lasak, mempromosikan pengindustrian


terangkum dan lestari serta merancakkan inovasi.

SDG 10 Mengurangkan ketaksamaan di dalam dan antara negara.

SDG 11 Menjadikan bandar dan tempat tinggal manusia lebih terangkum, selamat,
tahan lasak dan lestari.

SDG 12 Memastikan pola penggunaan dan penghasilan secara lestari.

SDG 13 Mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim dan


impaknya.

Nota: Mengakui bahawa UNFCC adalah forum antarabangsa utama untuk


merundingkan sambutan global terhadap perubahan iklim.

SDG 14 Memulihara dan menggunakan secara lestari sumber laut, perairan dan
marin untuk pembangunan lestari.

SDG 15 Melindungi, membaik pulih dan mempromosikan penggunaan secara lestari


ekosistem daratan, mengurus hutan secara lestari, menangani penggurunan,
menghentikan dan mengembalikan kesuburan tanah yang telah merosot
dan menghentikan kemusnahan kepelbagaian biologi.

SDG 16 Mempromosikan keamanan dan masyarakat terangkum untuk


pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua,
dan membina institusi yang efektif, bertanggungjawab dan terangkum pada
semua peringkat.

SDG 17 Mengukuhkan segala tujuan pelaksanaan dan mempergiatkan kerjasama


global untuk pembangunan lestari.

Sumber: PBB
https://sustainabledevelopment.un.org/post2015/transformingourworld/publication

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  237

Apakah makna matlamat-matlamat ini kepada anda? Apakah yang menyebabkan


masyarakat global menjadi tidak lestari dalam kehidupan kita masa kini? Adakah
kita sebahagian daripada punca masalah tersebut? Bagaimanakah pula kita boleh
menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya?

Istilah „pembangunan lestari‰ didefinisikan dalam Laporan Brundtland pada


tahun 1987 sebagai „pembangunan yang memenuhi keperluan dan kehendak
generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi pada masa akan datang
untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka‰ (The World Commission of
Environment and Development). SDGs mewakili aspirasi ini dalam pelbagai
bidang yang saling berhubung. Revolusi pembangunan lestari menghubungkan
komuniti/sosial (mata pencarian, pendidikan dan budaya), ekologi/alam sekitar
dan ekonomi. Tindakan secara kolektif yang diperlukan untuk menangani
pelbagai isu ini terdapat di SDG 17. Terdapat pelbagai gerakan di seluruh dunia
yang mempromosikan kesedaran, pengetahuan dan sokongan terhadap revolusi
untuk mencapai warga global yang lestari. The Natural Step adalah contoh
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan komitment kepada SDG
(layari https://thenaturalstep.org/).

Kita perlu bertindak dan menjadi penyokong kepada perubahan.

AKTIVITI 10.4

Pilih satu SDG, kenal pasti sasarannya dan bincangkan bagaimana anda
boleh mengambil tindakan yang kolektif untuk mencapai matlamat
tersebut dalam komuniti anda. Anda boleh menggunakan sasaran
tersebut untuk merancang dan melaksanakan projek untuk kursus
Khidmat Masyarakat.

SEMAK KENDIRI 10.4

1. Terangkan konsep kelestarian.

2. Terangkan tabii masyarakat global yang tidak lestari pada hari ini.

3. Senaraikan kesemua 17 SDG dan terangkan bagaimana kita boleh


menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk mewujudkan
warga global yang lestari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

10.5 JEJAK EKOLOGI DAN ANDA


Pada peringkat peribadi, kita perlu memerhatikan jejak ekologi kita. Apakah yang
dimaksudkan dengan jejak ekologi? Jejak ekologi adalah alat pengiraan sumber
yang kita gunakan. Ia digunakan oleh Global Footprint Network untuk mengukur
jejak ekologi global, merujuk kepada permintaan dan bekalan alam semula jadi.

AKTIVITI 10.5

Ukur jejak ekologi anda menggunakan alat dalam talian yang


dikendalikan oleh Global Footprint Network di:

https://www.footprintnetwork.org/our-work/ecological-footprint/

Terokai defisit ekologi negara anda dan defisit ekologi dunia.

Dalam pempertimbangkan jejak ekologi anda, anda harus menilai gaya hidup
anda dari pelbagai perspektif termasuk penggunaan makanan anda, pembelian,
penghasilan bahan buangan, penggunaan tenaga, akomodasi dan pengangkutan.

Sekiranya anda ingin menilai penggunaan makanan anda, terdapat empat soalan
asas yang harus dijawab:

(a) Apakah peratusan makanan segar dalam pengambilan makanan harian


anda?

(b) Apakah peratusan makanan hasilan tempatan dalam pengambilan makanan


harian anda?

(c) Apakah peratusan sayur-sayuran dalam pengambilan makanan harian


anda?

(d) Berapa banyakkah daripada makanan harian anda yang dibazir atau
dibuang?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  239

Rasional

(a) Makanan segar berbanding dengan makanan yang diproses menggunakan


tenaga, air, bahan dan sumber lain yang jauh lebih rendah; dan
menghasilkan jauh lebih rendah bahan buangan. Beli makanan segar dan
bermusim;
(b) Makanan hasilan tempatan memerlukan simpanan dan penyejukkan yang
lebih rendah berbanding dengan makanan import. Beli makanan hasilan
tempatan;
(c) Ternakan mempunyai jejak karbon ayng jauh lebih besar dari tanaman
sayuran. Makan lebih buah, sayur-sayuran, bijiran dan kekacang; dan
(d) Beli dan masak mengikut keperluan anda. Kurangkan makanan buangan
anda.

Baca tip-tip jejak ekologi pemakanan dari:

https://www.epa.vic.gov.au/about-epa/publications/1219

Begitu juga, persoalkan pilihan anda dari segi pembelian, bahan buangan selain
dari makanan, penggunaan tenaga, akomodasi dan pengangkutan. Buat pilihan
termaklum tentang penggunaan sedemikian dan cari beberapa tip bagi
mengurangkan jejak ekologi anda. Terdapat banyak sumber di Internet yang
memberi cadangan atau langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk
mengurangkan jejak ekologi dan memperbaiki pengurusan ekosistem kita. Satu
contoh sumber baik yang boleh dipelajari adalah di laman sesawang berikut:
http://myfootprint.org/en/take_action/reduce_your_footprint/

SEMAK KENDIRI 10.5

1. Apakah jejak ekologi?

2. Mengapakah kita perlu mengukur jejak ekologi kita dan defisit


ekologi negara?

3. Bagaimanakah kita boleh kurangkan jejak ekologi kita?

Komuniti adalah ibarat sebuah kapal, semua orang perlu bersedia untuk
mengemudinya.
(Henrik Ibsen)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

 Alam sekitar merujuk kepada sekeliling kita yang terdiri daripada tanah, air,
dan udara yang kita kongsi bersama hidupan lain.

 Biosfera adalah lapisan nipis yang melingkupi bumi dan didiami oleh benda
hidup dan benda bukan hidup. Ia terdiri daripada litosfera, hidrosfera dan
atmosfera.

 Ekosistem adalah kawasan di mana komuniti benda hidup berinteraksi


dengan satu lain bersama dengan komponen tidak hidup.

 Litupan tanah adalah permukaan tanah yang meliputi bumi dengan pelbagai
litupan daripada tiada tumbuhan ke lumut, kulat, rumput, belukar dan hutan
malar hujau.

 Perubahan iklim merujuk kepada perubahan pola iklim serantau dan global.

 Kepelbagaian biologi adalah kepelbagaian hidupan termasuk kepelbagaian


genetik dalam spesies tertentu.

 Populasi dikelaskan mengikut bilangan organisma bagi spesies tertentu.


Sebagai contoh, populasi manusia.

 Pencemaran adalah bahan yang diperkenalkan manusia yang menyebabkan


kesan berbahaya.

 Urbanisasi adalah proses mengubah landskap sosial dan alam sekitar dan
menjadikannya kawasan bandar („Urbanization and health‰, 2012).

 Teknologi hijau menggunakan sains dan teknologi untuk memulihara dan


melindungi alam sekitar.

 Pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang memenuhi


keperluan dan kehendak generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan
generasi masa akan datang untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka
(Laporan Brundtland, 1987).

 Jejak ekologi global mengukur permintaan dan bekalan alam semula jadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA  241

Alam sekitar Matlamat pembangunan lestari


Biosfera Pencemaran
Ekosistem Permukaan air
Jejak ekologi Pertumbuhan penduduk
Kepelbagaian biologi Perubahan iklim
Litupan tanah dan guna tanah Teknologi hijau

Cracknell H., & Tam, R. (2013, Jan 10). Environmental issues: Global warming
(PSA). Dicapai dari https://www.youtube.com/watch?v=0MVvnj-tS-s

Ecological Footprint. (n.d.). Global Footprint Network. Retrieved from


https://www.footprintnetwork.org/our-work/ecological-footprint/

Ecosystem Services. (n.d.). The economics of ecosystem & biodiversity.


Dicapai dari
https://ec.europa.eu/environment/nature/biodiversity/economics/index
_en.htm

Federal Office for Spatial Development ARE. (n.d.). (1987). Brundtland Report.
Dicapai dari https://bit.ly/35J7FuT

Going green. (n.d.). Middletown thrall library (2008ă2017). Dicapai dari


http://www.thrall.org/special/goinggreen.html

Harris, F. (ed.). (2004). Global environmental issues. West Sussex: John Wiley,
& Sons Ltd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 10 ALAM SEKITAR DAN KITA

Manahan, S. E. (2007). Environmental science and technology: A sustainable


approach to green science and technology (2nd ed.). Florida, USA: CRC
Press.

McGranahan, G., & Satterthwaite, D. (2004). Urbanisation concepts and trends.


London: International Institute for Environment and Development (IIED).

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). (2014).


Global forum on environment: New perspectives on the water-energy-food
nexus. OECD Publishing. Dicapai dari
https://www.oecd.org/env/resources/Global%20Forum%20on%20Enviro
nment%20-%20Background%20Note%20-%2019%20Nov%202014.pdf

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). (2018).


Monitoring Land Cover Change. Paris, France: OECD.

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). (2018).


What is green growth and how can it help deliver sustainable development?
Dicapai dari
https://www.oecd.org/greengrowth/whatisgreengrowthandhowcanithel
pdeliversustainabledevelopment.htm

Robbins, J., Hintz, J., & Moore, S. A. (2014). Environment and society: A critical
introduction (2nd ed.). West Sussex, UK: John Wiley & Sons Ltd.

Speth, J. G., & Haas, P. M. (2006). Global environmental governance. Washington,


DC: Island Press. Chapter II: Global-Scale Environmental Challenges.

United Nations. (n.d.). Dicapai dari


https://sustainabledevelopment.un.org/

Urbanization and health. (2012, October 25). Dicapai dari


http://www.who.int/globalchange/ecosystems/urbanization/en/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like