Surat Kebenaran Telefon Bimbit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mohd Nizaharaidi Bin Harun

No.12,PUJ 4/5,
Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Pengetua
Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu,
Jalan Pahang,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor. 5 May 2024

Tuan,

Memohon Kebenaran Membawa Telefon Bimbit ke Asrama.


Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya bapa kepada Nurul Izzah Binti Mohd Nizaharaidi merayu untuk memohon kebenaran
bagi anak-anak saya membawa telefon bimbit ke asrama untuk digunakan ketika perjalanan
pulang bermalam di rumah.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, anak-anak saya mengambil masa selama 2 jam perjalanan ke
rumah dengan menaiki pengangkutan awam ehailing Grab, komuter dan MRT. Perkhidmtan ini
memerlukan penggunaan telefon bimbit. Perkhidmatan komuter menggunakan applikasi
telefon bagi memperolehi bayaran percuma bagi pelajar sekolah dan ehailing grab pula
menggunakan telefon bimbit untuk membuat pesanan. Di samping itu juga, telefon bimbit
dapat mengurangkan kebimbangan saya kerana sentiasa mengetahui lokasi anak ketika dalam
perjalanan tersebut. Tidak seperti zaman dahulu yang mempunyai telefon awam di merata-rata
tempat.

4. Saya berjanji tidak akan menyalahkan pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang perkara yang
tidak diingini disebabkan telefon bimbit yang dibawa. Saya juga bertanggungjawab untuk
memastikan anak saya tidak menyalah gunakannya. Dengan ini, saya memohon pihak tuan
memberi keizinan kepadanya untuk membawa dan menyimpan telefonnya di asrama.
5. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

……………………………..
MOHD NIZAHARAIDI BIN HARUN
0199595920

cc. PK HEM SAMT KKB

You might also like