Contoh Surat Permohonan Sewa Tapak Gerai

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ibrahim Bin Abdullah

117, Jalan Batas Baru,


20300, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Kepada,

Penolong Pengarah,
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,
Menara MBKT,
No. 1, Jalan Warisan Tanjung 1,
20000, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
(u.p.: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta)

5 JUN 2024

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SEWA TAPAK GERAI MAKANAN DI KOMPLEKS HENTIAN BAS


MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)

Merujuk perkara diatas, saya Ibrahim bin Abdullah ingin memohon untuk menyewa satu tapak gerai
makanan Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Tujuan saya
memohon sewa tapak gerai ini adalah untuk menjalankan perniagaan yang lebih sistematik dan terurus
dibawah selian pihak MBKT.
2. Umumnya sebelum ini, saya menjalankan perniagaan di Pulau Warisan namun perlu
mengangkut barang-barangan jualan menggunakan van setiap hari, kadar sewaan yang meningkat
disamping faktor kesihatan saya yang telah meningkat umur membantutkan saya untuk bergerak
dengan lebih kerap.

3. Oleh yang demikian, besarlah hajat saya untuk saya memohon gerai di bawah pihak MBKT
dan disertakan butir-butir perniagaan untuk rujukan pihak tuan/puan :-

Nama : Ibrahim bin Abdullah


No. K/P : 650120-11-5465
No Tel : +6017-7099022
Alamat Tetap : 117, Jalan Batas Baru, 20300, Kuala Terengganu, Terengganu
Pekerjaan Tetap : Berniaga Makanan
Jenis Perniagaan : Aneka Masakan Panas (Makanan)
Masa Perniagaan : 8.00 Pagi-6.00 Petang

4. Disini saya sertakan sekali dokumen perniagaan saya iaitu SSM dan gambar sewa tapak gerai
tersebut di bahagian lampiran. Semoga permohonan saya ini dapat dipertimbangkan dengan sebaiknya
oleh pihak tuan/puan. Jika pihak tuan/puan mempunyai seberang kemusykilan, saya boleh dihubungi
melalui telefon atau applikasi whatsapp di talian +6017-7099022. Segala kerjasama saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih

..................................
(IBRAHIM BIN ABDULLAH)
650120-11-5465

You might also like