Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks Ucapan Pengacara Majlis

Jejaran mengkudu berbias kesuma,

Dicelah angsana di tanah jawa,

Ucapan aluan pembuka bicara,

Di dewan ini kita bersua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yang dihormati Guru Besar SRAI Sungai Chin chin, Puan RABIAH BINTI SAIFUDDIN,

Berbahagia GPK Hal Ehwal Murid SRAI Sungai Chinchin, Encik MOHD IZZREAN BIN ISMAM,

GPK Kurikulum SRAI Sungai Chinchin SITI HARLIZA BINTI PONO, Penyelaras program Puan NORFAZRINA BINTI ABDUL GAFFUR ,
barisan guru-guru yang dihormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Program ceramah ASAS
PERTOLONGAN CEMAS.
Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya menjemput Ustaz Muhammad Amirul Amran B Mohd Adnan

Untuk mengetuai bacaan Ummul kitab al- Fatihah bagi memberkati lagi Program kita pada hari ini.

Dipersilakan...

Amin² ya Rabbal Alamin.

**********

Hadirin sekalian,

Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan anjuran Unit Rawatan dan Kesihatan, Bahagian Hal Ehwal Murid, SRAI
Sungai Chinchin.
Program ini bertujuan untuk Memupuk nilai, sikap dan pengetahuan mengenai pertolongan cemas dalam
kalangan guru dan murid-murid SRAI sg Chinchin.

Program kita pada hari ini dibahagikan kepada 3 sesi bermula dengan

Ceramah Asas Pertolongan Cemas Murid Tahap 1 SRAI & SRA. Bahagian kedua, sesi para guru, bahagian ketiga, Murid Tahap 2
SRAI & SRA.

Sebelum memulakan ceramah ini, izinkan saya untuk memperkenalkan sedikit

latar belakang tentang penceramah kita. EN GAN KAH KENG ,JURULATIH KEBANGSAAN

SETIAUSAHA KEHORMAT, BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG KUALA LUMPUR.

Bagi meneruskan majlis, saya menyerahkan majlis kita pada encik Gan untuk sesi yang pertama untuk pelajar Tahap 1.
Dipersilakan.....

*********

Kita teruskan lagi majlis kita untuk sesi yg seterusnya iaitu sesi guru²
*******

Sudah tiba masanya untuk sesi yang terakhir iaitu sesi pelajar Tahap 2.

*******

Selesai sudah majlis acara,

Perkara baik jadikan pedoman,

Andai ada terlanjur bicara,

Salah silap kami harap dimaafkan.

Sekian, terima kasih.

You might also like