Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Laras bahasa adalah norma sosial. Dalam keadaan tertentu, laras tertentu akan

digunakan. Jumlah laras individu itu merupakan gambaran bagi keseluruhan

pengalaman bahasanya serta peranan yang dibawa olehnya dalam sesebuah

masyarakat. Jumlah peranan yang lebih besar juga akan menyebabkan lebih banyak

laras yang digunakan. Nik Safiah Karim (1988), menyatakan bahawa laras bahasa

boleh ditafsirkan sebagai gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya bergantung

pada kelisanan dan penulisan, manakala penggunaan merujuk kepada penutur,

pendengar, keadaan, topik dan matlamat perbincangan.Selain itu, Halliday (1968)

menyatakan bahawa laras bahasa ialah variasi bahasa mengikut fungsi. Laras bahasa

juga kerap berubah mengikut keadaan. Seterusnya, Ferguson (1968) menyatakan

bahawa merujuk kepada laras bahasa sesebuah bahasa adalah salah satu cara untuk

menentukan taraf kemajuan.

Keseluruhan aspek pengendalian dan penghasilan data sangat berkaitan dengan

teknologi maklumat. Ringkasnya, teknologi yang melibatkan penggunaan komputer dan

data bagi mengubah, melindungi, memproses, menyimpan, memindah serta

memperoleh data tanpa mengira lokasi dan data. Selain itu, salah satu cara mudah untuk

menghantar data dengan pantas ialah teknologi maklumat. Peralatan komunikasi seperti

telefon bimbit, telegram, radio dan sistem satelit menggunakan teknologi maklumat untuk

menghantar data dan maklumat tertentu kepada penerima.

1
Teknologi maklumat melakukan tiga perkara utama. Pertama sekali, teknologi maklumat

berfungsi sebagai platform untuk mengumpul pelbagai jenis data. 2. Platform ini

membolehkan pengubahsuaian maklumat yang berbeza, seperti gambar yang diambil

daripada telefon bimbit, bunyi yang dirakam, pengesanan lokasi dan sebagainya. Selain

itu, dalam mengasingkan data dan memproses semula data, teknologi maklumat juga

memainkan peranan penting. Selain itu, teknologi maklumat juga digunakan dalam

komunikasi untuk mendapatkan data daripada penghantar dan penerima.

Pengkaji telah menggunakan kaedah Ure dan Ellis (1977) untuk menyiasat tugasan ini

dengan lebih mendalam. Fokus utama kajian laras, menurut Ure dan Ellis (1977), ialah

kepentingan peristiwa bahasa. Menurut Ure dan Ellis, setiap penggunaan bahasa

menunjukkan situasi sosial atau peristiwa bahasa. Kedua-dua tokoh ini menggambarkan

perkara itu sebagai ciri-ciri keperihalan dan linguistik penggunaan bahasa. Pertama

sekali, ciri keperihalan ialah sifat luaran yang terdapat dalam situasi bahasa tertentu.

Situasi luaran dan situasi persekitaran ialah dua kategori ciri keperihalan. Namun begitu,

ciri-ciri linguistik ialah sifat yang boleh dikaitkan dengan konteks teks, seperti bunyi,

perkataan, frasa dan ayatnya. Ciri-ciri linguistik dapat dibahagikan kepada tiga bahagian,

iaitu aspek kosa kata, aspek ayat dan aspek ketenunan.

2
2.0 ANALISIS TEKS KAJIAN

Pengkaji telah menganalisis dan mengenal pasti laras bahasa teknologi maklumat

daripada sebuah jurnal yang telah dipilih menggunakan Google. Tiga sumber utama data

kajian ialah jurnal yang telah dipilih oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji akan menganalisis

laras bahasa teknologi maklumat dengan menggunakan pendekatan teori Ure dan Ellis

(1977).

2.1 CIRI-CIRI KEPERIHALAN

Ciri-ciri yang terdapat dalam peristiwa bahasa tertentu dikenali sebagai ciri keperihalan.

Situasi luaran dan situasi persekitaran ialah dua kategori ciri keperihalan. Situasi luaran

sesebuah masyarakat bahasa ialah persekitaran sosial dan budaya yang mempengaruhi

perbuatan ahlinya. Ia termasuk sistem sosial dan gaya hidup masyarakat. Namun begitu,

keadaan semasa memenuhi ciri-ciri yang diperlukan untuk menggunakan bahasa

tertentu. Cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan

dan perlakuan bahasa sosial adalah empat komponen penting.

2.1.1 CARA PENYAMPAIAN

Menurut teori Ure & Ellis (1977), cara penyampaian merupakan jenis bahasa yang

digunakan dalam penyampaian termasuk tulisan, bentuk lisan, watak yang berkaitan

dalam peristiwa bahasa, masa yang digunakan, dan isyarat. Bahasa tulis, contohnya,

boleh mempunyai banyak gaya, seperti gaya ilmiah, gaya ucapan, gaya laporan, dan

sebagainya. Element-elemen ini berkaitan rapat dengan faktor-faktor lain, seperti siapa

yang menulis, kepada siapa tulisan itu ditulis atau ditujukan, dan isu yang dibincangkan

3
dalam tulisan itu. Ada juga perbezaan dalam kaedah penciptaan laras tersebut, seperti

yang ditunjukkan oleh asal usul 4 penulis.

Berpandukan jurnal yang dianalisis oleh pengkaji, cara penyampaian yang telah

digunakan dalam jurnal ini adalah bentuk tulisan. Jurnal ini menganalisis berkaitan

istilah-istilah dalam teknologi maklumat. Jurnal ini telah ditulis oleh Professor Dr.

Musa Abu Hassan dari Universiti Putra Malaysia. Jurnal yang ditulis berkenaan dengan

laras teknologi maklumat ini memfokuskan mengenai Manfaat Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi ICT untuk semua. Ia juga menghuraikan tentang usaha untuk memanfaatkan

ICT sebagaimana yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak serta membincangkan kajian

yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan usaha

memanfaatkan ICT dalam kalangan masyarakat serta merapatkan jurang digital. Selain

itu, ia juga mengemukakan strategi untuk anggota masyarakat memanfaatkan ICT dan

menjadikan ICT sebagai satu budaya atau habit.

2.1.2 HUBUNGAN SOSIAL DAN PERIBADI

Menurut teori Ure & Ellis (1977), dalam peristiwa bahasa watak mempunyai hubungan

sosial dan peribadi. Ini mempunyai dua komponen penting: satu adalah hubungan

peribadi, manakala yang kedua adalah hubungan yang tidak rasmi atau formal. Adanya

hubungan akrab antara watak-watak yang terlibat dalam peristiwa bahasa memerlukan

hubungan yang bersifat peribadi. Peristiwa bahasa, sebagai contoh, memerlukan

perbualan antara dua sahabat, sepasang kekasih atau ahli keluarga. Hubungan tidak

rasmi atau formal tidak akan menunjukkan sifat mesra. Ini disebabkan oleh jurang sosial

yang wujud antara pemegang watak yang terlibat dalam peristiwa bahasa. Contohnya,

hubungan antara penulis dan pembaca akhbar. Contohnya ialah hubungan antara

4
penulis dan pembaca akhbar, hubungan majikan dan pekerja, atau hubungan antara

penulis dan pembaca novel.

Hubungan sosial dan peribadi adalah tidak rasmi atau formal, menurut jurnal yang dikaji

oleh pengkaji. Hubungan sosial dan peribadi ini, sama ada tidak rasmi atau formal, tidak

menunjukkan atau menonjolkan kemesraan. Ini dikatakan kerana terdapat jurang sosial

antara kedua-dua watak dalam peristiwa bahasa. Sebagai contoh, terdapat perbezaan

sosial antara cara penulis jurnal berinteraksi dengan pembaca jurnal. Oleh itu, adalah

jelas bahawa hubungan sosial dan peribadi dalam jurnal yang berkaitan dengan laras

bahasa teknologi maklumat ini melibatkan hubungan sosial dan peribadi yang tidak rasmi

atau formal.

2.1.3 BAHAN YANG DIPERKATAKAN

Analisis kandungan silibus telah digunakan dalam jurnal yang dianalisis ini sebagai

rujukan utamanya, hasil pembelajaran (LO), buku rujukan dan kajian lepas. Kajian ini

membincangkan tentang Manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ICT untuk semua.

Ia juga menghuraikan tentang usaha untuk memanfaatkan ICT sebagaimana yang telah

dilakukan oleh pelbagai pihak serta membincangkan kajian yang telah dilaksanakan oleh

pelbagai pihak yang berkaitan dengan usaha memanfaatkan ICT dalam kalangan

masyarakat serta merapatkan jurang digital. Kajian ini menggunakan analisis kandungan.

Satu pendekatan yang digunakan secara meluas ialah analisis kandungan. Ia digunakan

dalam pelbagai bidang penyelidikan (Krippendorff, 2013), dan ia digunakan secara

meluas (Duriau, 2007) Metodologi analisis bidang komunikasi dan sains juga menyokong

kandungan ini.

5
2.1.4 FUNGSI SOSIAL PERLAKUAN BAHASA

Menurut teori Ure & Ellis (1977), satu frasa menggabungkan dua elemen penting untuk

mewakili fungsi sosial perlakuan bahasa. Kedua-dua frasa yang digabungkan ini

mempunyai tujuh hubungan antara satu sama lain yang sangat kuat. Pertama, fungsi

sosial, dan kedua, perlakuan bahasa. Fungsi sosial ialah majlis atau upacara yang

diiktiraf oleh masyarakat sebagai penting dan budaya. Sebagai contoh, majlis

perkahwinan adalah salah satu aktiviti sosial yang telah dijalankan sejak sekian lama

dalam masyarakat Melayu. Majlis kenduri kahwin ini adalah sebahagian daripada aktiviti

sosial dan telah diakui oleh ahli komuniti sebagai majlis penting. Aspek yang berkaitan

dengan fungsi sosial perlakuan bahasa tidak termasuk dalam kajian ini adalah kerana

menggunakan teks jurnal.

2.2 CIRI-CIRI LINGUISTIK

Aspek kedua yang ditekankan oleh Ure dan Ellis mengenai laras ialah ciri-ciri linguistik

dalam laras bahasa. Ciri-ciri linguistik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu

aspek kosa kata, aspek ayat dan aspek ketenunan.

2.2.1 KOSA KATA

Pertama sekali, komponen kosa kata memberi tumpuan kepada perkara yang utama,

iaitu penggunaan kata dalam laras, sama ada ia menggunakan banyak istilah umum atau

khusus atau langsung tidak menggunakan apa-apa. Seandainya laras itu banyak istilah

yang digunakan, banyak istilah yang berbeza mengikut bidang yang diwakili oleh laras

yang digunakan. Jadual di bawah menunjukkan beberapa kosa kata umum dan kosa kata

khusus dalam jurnal yang dikaji.

6
Bil. Bahasa Melayu Pinjaman Campuran
1. Aplikasi Global Pemprosesan
2. Maklumat Internet Langganan
3. Penyelidikan Akses Berkomunikasi
4. Alat Komputer
5. Pengumpulan maklumat Komunikasi
6. Penyimpan maklumat Media elektronik
7. Pennjanaan maklumat Media cetak
8. Kebolehcapaian Media massa
Jadual 1 : Penggunaan kosa kata umum

Berdasarkan jadual 1, terdapat 8 istilah umum yaang telah dikenal pasti. Pada istilah dari

Bahasa Melayu, dapat dilihat bahawa maklumat merupakan istilah yang umum kerana

perkataan maklumat dapat dilihat pada laras bidang yang lain. Selain itu, terdapat 8

istilah yang dikenal pasti merupakan pinjaman bahasa Inggeris. Istilah komputer

merupakan istilah dari pinjaman bahasa Inggeris iaitu computer. Akhir sekali, istilah

umum campuran mempunyai 3 istilah yang telah dikenal pasti. Perkataan pemprosesan

merupakan contoh istilah yang terdapat dalam analisis kajian merupakan campuran

antara bahasa Inggeris iaitu process dan imbuhan pe-an.

Bil. Bahasa Melayu Pinjaman Campuran


1. Memuat turun Teknologi Laman web
2. Perisian E-mel Jalur lebar
3. Penyebaran maklumat E-komuniti mengakses
4. Jaringan E-dagang Penyedia
Perkhimatan Internet
5. Atas talian Multimedia Teknologi Maklumat
6. Discman
7. Wi-Fi
8. Telegraf
9. VCD
10. DVD
11. SMS
12. Digital
13. Hotspot
Jadual 2 : Penggunaan kosa kata khusus

7
Berdasarkan jadual 2, terdapat 5 istilah khusus untuk penggunaan perkataan bahasa

Melayu. Perkataan memuat turun menujukkan bahawa hanya digunakan dalam bidang

teknologi maklumat. Seterusnya, terdapat 13 istilah daripada pinjaman bahasa Inggeris

dalam istilah khusus. Perkataan teknologi yang berasal daripada bahasa Inggeris iaitu

technology merupakan istilah daripada bahasa Inggeris yang hanya didapati dalam

bidang ini sahaja. Akhir sekali, terdapat 5 istilah khusus yang merupakan campuran

antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Perkataan mengakses merupakan contoh

istilah khusus yang menggunakan campuran. Hal ini kerana akses ialah pinjaman

bahasa Inggeris iaitu acess manakala meng- merupakan imbuhan bahasa Melayu.

2.2.2 ASPEK AYAT

Aspek ayat merupakan ayat yang terletak pada peringkat susunan tertinggi dalam

tatabahasa. Hal ini dapat dilihat apabila ayat mengandungi unsur klausa, klausa yang

terbentuk daripada unsur frasa serta frasa yang terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.

Aspek ayat ini akan meneliti struktur ayat, pola ayat, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat

dan bentuk ayat.

2.2.2.1 STRUKTUR AYAT

Struktur ayat terdiri daripada kumpulan unit rangkai kata yang kecil. Subjek dan predikat

mesti terdapat dalam struktur ayat. Ayat juga mesti terbentuk apabila susunan subjek

diikuti oleh susunan predikat.

Bil. Subjek Predikat


1. ICT merupakan gerbang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

yang tiada batasan.

8
2. Musa (2002) telah membincangkannya dengan menyentuh istilah teknologi

maklumat dan teknologi komunikasi.

Jadual 3 : Penggunaan struktur ayat

Berdasarkan Jadual 3, terdapat dua struktur ayat yang dikenal pasti. Pada ayat pertama,

frasa ICT merupakan subjek manakala predikatnya pula ialah merupakan gerbang untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan yang tiada batasan.Ayat yang kedua juga menunjukkan

struktur ayat apabila frasa nama iaitu Musa (20002) bergerak sebagai subjek dan dikuti

oleh predikat iaitu telah membincangkannya dengan menyentuh istilah teknologi

maklumat dan teknologi komunikasi.

2.2.2.2 POLA AYAT

Ayat dasar membentuk pola ayat. Ayat yang berfungsi sebagai asas atau asas kepada

ayat lain dikenali sebagai ayat dasar. Frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa sendi nama

(FSN) dan frasa adjektif (FA) adalah empat frasa yang membentuk pola ayat dasar.

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FA)

Bil. Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)


1. Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara yang

bertuah

Jadual 4 : Penggunaan Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FA)

Jadual 4 menujukkan inti yang merupakan frasa nama iaitu Malaysia. Tambahan pula,

penerang dalam ayat tersebut juga terdiri daripada frasa adjektif iaitu dikatakan sebagai

sebuah negara yang bertuah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur FN +

FA dalam ayat tersebut.

9
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

Bil. Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)


1. Media Komunikasi amat membantu kegiatan ekonomi dari

segi promosi dan pengiklanan.

Jadual 5 : Penggunaan Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK)

Unsur FN + FK dalam Jadual 5 dapat dibuktikan apabila frasa nama sebagai subjek dan

frasa kerja sebagai predikat. Berdasarkan ayat pertama, media komunikasi merupakan

frasa nama manakala amat membantu kegiatan ekonomi dari segi promosi dan

pengiklanan pula merupakan frasa kerja.

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

Bil. Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama(FSN)


1. Usaha pelbagai pihak untuk menyediakan prasarana dan

kemudahan untuk anggota masyarakat

mendapat manfaat daripada

penggunaan ICT

Jadual 6 : Penggunaan Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FSN)

Penggunaan FN + FsN dalam Jadual 6 menunjukkan frasa nama iaitu usaha pelbagai

pihakyang merupakan subjek dan juga berfungsi sebagai inti. Di samping itu, perkataan

untuk dalam ayat tersebut merupakan kata sendi nama.

2.2.2.3 SUSUNAN AYAT

Susunan ayat biasa dan songsang adalah dua kategori. Ayat yang unsur subjeknya

mendahului unsur predikat dikenali sebagai ayat biasa. Apabila predikat berada di

hadapan subjek, susunan adalah songsang.

10
Susunan Ayat Biasa

Bil. Subjek Predikat


1. Pihak kerajaan memang mempunyai iltizam atau komitmen untuk

menyediakan prasarana dan kemudahan supaya rakyat jelata

mendapat pendedahan, peluang, dan pengalaman dalam

penggunaan ICT.

2. Setiap individu mendapat akses kepada khidmat Internet.

Jadual 7 : Penggunaan susunan ayat biasa

Berdasarkan Jadual 7 menunjukkan dua contoh ayat susunan biasa yang terdapat dalam

bahan yang dianalisis. Pada ayat yang pertama, subjek merupakan pihak kerajaan

manakala predikat pula ialah memang mempunyai iltizam atau komitmen untuk

menyediakan prasarana dan kemudahan supaya rakyat jelata mendapat pendedahan,

peluang, dan pengalaman dalam penggunaan ICT.Ayat kedua pula ialah setiap individu

subjek dan mendapat akses kepada khidmat Internet merupakan predikat dalam ayat

tersebut. Kedua-dua ayat tersebut dapat dibuktikan sebagai ayat susunan biasa apabila

subjek berada di hadapan predikat.

2.2.2.4 RAGAM AYAT

Ragam ayat ialah perbezaan yang boleh dilihat antara ayat yang berbeza; ia termasuk

ayat aktif dan pasif.

Ayat Aktif

Ayat yang mengutamakan subjek asal dan mengandungi kata kerja dikenali sebagai ayat

aktif. Dua jenis ayat aktif ialah transitif dan tak transitif
11
Bil. Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek Keterangan
1. Media Planning menyenaraikan e-mel e-mel sebagai aplikasi
Guide Malaysia utama yang paling
2007 banyak digunakan dan
diikuti dengan
pencarian maklumat
penyelidikan,
pelayaran am dan
memuat turun perisian

2. ICT menyebarkan ilmu kepada semua


pendidikan lapisan masyarakat.

Jadual 8 : Penggunaan ayat aktif transitif

Jadual 8 menunjukkan penggunaan ayat aktif transitif yang terdapat dalam jurnal yang

dianalisis. Kata kerja transitif yang dikenal pasti ialah menyenaraikan dan menyebarkan.

Kedua perkataan ini tidak boleh hadir dengan sendiri. Berrdasarkan ayat pertama,

"menyenaraikan" memerlukan objek untuk menerangkan kata kerja tersebut serta

keterangan untuk menjadikan ayat tersebut sebagai ayat yang lengkap. Begitu juga

dengan ayat kedua iaitu maklumat merupakan objek yang merangkan kata kerja transitif

iaitu menyebarkan. Keterangan pada ayat kedua dengan hanya satu klik itu pula

menerangkan dengan lebih terperinci mengenai ayat tersebut.

Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif mempunyai kata kerja transitif. Ayat ini mesti mengandungi sesuatu

yang bertindak sebagai elemen penyambut.

Bil. Subjek Predikat


Kata Kerja Transitif Keterangan
1. Pihak media perlu mengimbangi kandungan yang berbentuk
komunikasi hiburan dengan kandungan yang
membawa ilmu pengetahuan agar

12
anggota masyarakat mendapat
kesan yang positif.

Jadual 9 : Penggunaan ayat aktif tak transitif

Jadual 9 menunjukkan kata kerja tak transitif perlu mengimbangi dapat hadir tanpa

pelengkap. Ayat tersebut merupakan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang

boleh digugurkan kerana jika ayat tersebut tidak mempunyai pelengkap, ayat tersebut

dapat menjadi sebuah ayat yang lengkap. Justeru, pelengkap kandungan yang berbentuk

hiburan dengan kandungan yang membawa ilmu pengetahuan agar anggota masyarakat

mendapat kesan yang positif dapat digugurkan dan ayat tersebut mash lagi ayat lengkap.

2.2.2.5 JENIS AYAT

Jenis ayat terdiri daripada empat kategori: penyata, tanya, seruan dan perintah.

Pembinaan ayat ini boleh membezakannya, dan juga pembentukan ayat berdasarkan

jenisnya.

Ayat Penyata

Ayat penyata digunakan untuk menyatakan penyataan atau memberikan bukti.

Bil. Ayat Penyata


1. Setiap individu dapat mengakses khidmat asas telefoni
Jadual 10 : Penggunaan Ayat Penyata

Berdasarkan jadual 10, terdapat satuu contoh ayat penyata yang dapat dianalisis dalam

jurnal yang digunakan. Pada ayat yang pertama iaitu setiap individu dapat mengakses

khidmat asas telefoni. Ayat ini memberi pernyataan bahawa pengguna dapat mengakses

khidmat asas telefon dengan adanya ICT.

2.2.2.6 BENTUK AYAT

13
Subjek dan predikat membentuk ayat. Ayat tunggal dan ayat majmuk adalah dua kategori

bentuk ayat.

Ayat Tunggal

Subjek dan predikat membentuk dua bahagian ayat tunggal. Subjek merupakan

bahagian ayat yang diterangkan manakala predikal merupakan bahagian ayat yang

menerangkan subjek.

Bil. Ayat Tunggal


1. Media dan teknologi komunikasi telah menjadi satu keperluan bagi segenap

aktiviti harian anggota masyarakat.

Jadual 11 : Penggunaan Ayat Tunggal

Jadual 11 menunjukkan ayat tunggal yang terdapat dalam analisis bahan tersebut.

berdasarkan ayat tersebut, subjek merupakan media dan teknologi komunikasi yang

merupakan ayat yang diterangkan. Predikat yang terdapat dalam ayat tersebut ialah telah

menjadi satu keperluan bagi segenap aktiviti harian anggota masyarakat.

Ayat Majmuk

Ayat majmuk terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. Mengikut susunan mereka,

ayat-ayat ini digabungkan menjadi satu ayat yang baru. Terdapat tiga jenis ayat majmuk:

ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah satu set dua ayat atau lebih yang digabungkan menjadi

satu ayat. Kata hubung menggabungkan ayat-ayat ini.

14
Bil. Ayat Majmuk Gabungan
1. Media komunikasi amat membantu kegiatan ekonomi dari segi promosi

dan pengiklanan.

Jadual 12 : Penggunaan Ayat Majmuk Gabungan

Berdasarkan Jadual 12, ayat 1 merupakan media komunikasi amat membantu kegiatan

ekonomi dari segi promosi manakala ayat 2 ialah media komunikasi amat membantu

kegiatan ekonomi dari segi pengiklanan . Jadi, kedua ayat tersebut digabungkan serta

menggunakan kata hubung dan dalam ayat tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa

ayat tersebut gabungan daripada dua ayat tunggal. Maka dari itu, terbitlah ayat majmuk

gabungan iaitu media komunikasi amat membantu kegiatan ekonomi dari segi promosi

dan pengiklanan.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan dibahagikan kepada beberapa ayat yang kedudukan mereka

berbeza. Ayat majmuk pancangan terdiri daripada tiga komponen iaitu ayat majmuk

pancangan relatif, ayat majmuk pancagan komplemen dan ayat majmuk pancanga

keterangan.

Bil. Ayat Majmuk Pancangan Relatif


1. Pihak berkuasa di Shah Alam mengambil langkah yang lebih berani dengan

menyediakan liputan WiFi secara percuma kepada penduduknya.

Jadual 13 : Penggunaan Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Jadual 13 menunjukkan ayat majmuk pancangan relatif yang dianalisis daripada jurnal

kajian. Ayat induk merupakan pihak berkuasa di Shah Alam mengambil langkah. Ayat

15
kecil pula ialah langkah berani dengan menyediakan liputan WiFi secara percuma kepada

penduduknya. Jadi, apabila kata hubung yang digunakan untuk membentuk satu ayat

yang lengkap, maka terbitiah ayat Pihak berkuasa di Shah Alam mengambil langkah yang

lebih berani dengan menyediakan liputan WiFi secara percuma kepada penduduknya.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Kata hubung "bahawa" dan "untuk" digunakan dalam ayat majmuk pancangan

komplemen.

Bil. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


1. Penglibatan pelbagai pihak yang berusaha untuk menyediakan kemudahan ICT

kepada rakyat Malaysia telah disenaraikan oleh Musa dan Mohd Safar (2008).

Jadual 14 : Penggunaan Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Berdasarkan Jadual 14, terdapat satu contoh ayat maimuk pancangan komplemen yang

dianalisis. Ayat tersebut menggunakan Kata hubung untuk yang menunjukkan ayat

tersebut merupakan satu ayat majmuk pancangan komplemen. Hal ini demikian Kerana

kata hubung untuk memberi penegasan kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh itu,

ayat tersebut menerangkan dengan lebih terperinci iaitu menyediakan kemudahan ICT

kepada rakyat Malaysia telah disenaraikan oleh Musa dan Mohd Safar (2008).

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran terdiri lebih daripada pelbagai jenis ayat majmuk.

Ayat Majmuk Campuran


Bil.

16
1. Penyampaian ini akan mengkhusus kepada beberapa ICT utama yang biasa

dimiliki dan digunakan oleh kebanyakan anggota masyarakat

Jadual 15 : Penggunaan Ayat Majmuk Campuran

Jadual 15 menunjukkan ayat majmuk campuran yang mempunyai kata hubung dan serta

yang. Kata hubung dan merupakan kata hubung yang terdapat dalam ayat majmuk

gabungan. Kata hubung yang pula merupakan kata hubung yang terdapat dalam ayat

majmuk pancangan relatif. Tambahan pula, ayat ini merupakan campuran daripada dua

jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif.

2.2.3 ASPEK KETENUNAN

Aspek ketenunan adalah penting dan diutamakan. ditulis oleh Ure dan Ellis. Satu

kelebihan laras ialah ketenunan. dan menjadi teks dan bercakap tentang aspek tertentu

yang digunakan oleh watak dalam konteks tertentu. Sebuah laras yang mengandungi

kumpulan isi yang kukuh manakala kumpulan isi yang berbeza tidak mempunyai isi yang

kukuh dari segi hubungan antara konsep yang disampaikan. Antara contoh ayat yang

digunakan dalam aspek ketenunan adalah :

Bil. Aspek Ketenunan


1. Oleh yang demikian, penyampaian ini akan membincangkan beberapa perkara

yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

2. Di samping itu, usaha akan dipergiat untuk mengurusperdanakan akses

kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan

17
penerimaan dan penggunaan ICT yang lebih menyeluruh dalam semua aspek

kehidupan seharian.

Jadual 16 : Penggunaan aspek ketenunan

Berdasarkan jadual 16, terdapat penanda wacana Oleh yang demikian dalam ayat yang

pertama dan di samping itu dalam ayat kedua. Aspek ketenunan ini menyempurakan lagi

sesuatu ayat. Pada ayat yang pertama, oleh yang demikian digunakan untuk

menuniukkan ayat tersebut merupakan kesimpulan yang dapat disimpulkan dalam

penulisan. Pada ayat kedua pula, oleh itu digunakan bagi menuniukkan menunjukkan

bahawa ayat tersebut merupakan perisian yang lain.

18
3.1 KESIMPULAN

Kesimpulanya ialah kajian yang melibatkan jenis bahasa teknologi maklumat ini amat

membantu dalam meningkatkan penguasaan pengkaji dalam jenis bahasa ini. Secara

keseluruhan, penyelidikan ini telah mencapai objektif untuk menghuraikan semula

penggunaan salah satu laras bahasa, khususnya laras bahasa teknologi maklumat,

menggunakan pendekatan teori Ure dan Ellis (1977). Bahasa yang digunakan teknologi

maklumat adalah laras yang tersendiri kerana ia tidak digunakan secara meluas dalam

laras bahasa lain. Bahasa teknologi maklumat, sebaliknya, adalah mudah difahami dan

tidak mengelirukan orang ramai. Dengan mengambil kira keadaan semasa, kajian

menyeluruh perlu dilakukan untuk mengetahui jenis bahasa yang digunakan oleh sosial.

Ini dikatakan kerana pelbagai ragam manusia dan organisasi sosial manusia yang wujud

dalam masyarakat. Diharapkan, kesemua pihak

dapat menggembleng tenaga dalam melaksanakan kajian ini agar laras bahasa dapat

didalami dan difahami khususnya oleh generasi muda akan datang.

19

You might also like