Kajian Kes - Minggu Panitia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PROJEK DAN PENGURUSAN MASA – MODUL 6

Kajian Kes: Penyediaan Program Minggu Panitia

Latarbelakang: Dalam usaha melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia
sebagaimana Hasrat dalam Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di sekolah harus dilihat sebgai
teras ke arah pencapaian cita-cita tersebut.

Di peringkat sekolah menengah, Pendidikan XXXX merupakan asas penguasaan ilmu dan
pembentukan keperibadian murid. Kejayaan dan kecemerlangan pelajar adalah bergantung harap
kepada sejauh mana penguasaan ilmu, kecemerlangan murid dalam pembelajaran dan motivasi
mereka terhadap sesuatu pelajaran khususnya dalam Pendidikan XXXX yang mempunyai hubungan
rapat dengan teknik atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara teori, lisan & amali. Di
atas kesedaran inilah satu usaha yang dirancang dengan teliti ke arah meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan XXXX.

Objektif Projek: Merancang Program Minggu Panitia Pendidikan XXXX

Senario: Minggu Panitia Pendidikan XXXX akan dalam tempoh 3 bulan. Kumpulan anda dikehendaki
merancang aktiviti, belanjawan, surat jemputan penceramah/ fasilitator (jika berkaitan) secara
terperinci berkaitan Minggu Panitia tersebut.

Cabaran:

1. Kepelbagaian tahap pengetahuan murid: Murid di sekolah terdiri dari Menengah Rendah
dan Menengah Atas

2. Peruntukan dari pihak sekolah: RM500

3. Tempat dan masa: Aktiviti Minggu Panitia hanya boleh dilaksanakan di sekolah dan perlu
tamat sebelum sesi rehat berakhir.

4. Lain-lain: Sekolah mempunyai dua sesi pengajaran (sesi pagi dan sesi petang).

Tugasan (30 markah):

1. Menyediakan kertas kerja Program / aktiviti Minggu Panitia XXXX di Sekolah.

2. Menyediakan perancangan perbelanjaan untuk setiap program / aktiviti Panitia XXXX di


Sekolah.

3. Menyediakan garis masa (timeline) untuk penyediaan program / aktiviti Minggu Panitia XXXX
di sekolah.

4. Menyediakan surat jemputan penceramah/ fasilitator dll.

5. Menyediakan poster bagi aktiviti Minggu Panitia XXXX di sekolah.

6. Slide pembentangan dalam kumpulan.

You might also like