Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA HARI GURU

Assalamualaikum wbt…

Yang Berusaha Tn Hj Khairul Izam Abd Samat , Guru Besar SK Paya Redan,
Yang Berusaha, Ustaz Mohd Shahril Suib , YDP PIBG Sepadan
Yang Berusaha En Muhamad Bin Hj Omar, Ketua Kampung Paya Redan
Yang Dihormati , tetamu-tetamu jemputan , guru-guru, staf sokongan, barisan AJK PIBG dan
murid-murid yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang
mewakili rakan-rakan lain untuk menyampaikan ucapan pada hari yang amat bermakna buat
guru-guru khususnya guru-guru di SK Paya Redan. Kesempatan ini amatlah bermakna buat
diri saya.

Guru-guru dan rakan sekalian,


Hari ini merupakan Hari Guru. Tarikh keramat 16 Mei terpahat dalam ingatan guru—
guru dan murid-murid. Hari Guru ini diraikan untuk mengenang dan menghargai jasa dan
pengorbanan para guru. Jasa guru tidak ternilai harganya. Tema Hari Guru pada tahun ini
ialah _ Guru Jauhari Digital, Aprisiasi Negara Madani.

Guru-guru sekalian,
Guru bolehlah diistilahkan sebagai tenaga pendidik atau tenaga pengajar. Mereka
ialah ibu dan bapa kita di sekolah. Oleh sebab itu, guru-guru diletakkan tanggungjawab yang
besar dan berat dalam pembentukan sahsiah murid-muridnya. Masa murid-murid di sekolah
bersama-sama guru merupakan masa perdana dan rakan-rakan haruslah memanfaat masa itu
menimba sebanyak mungkin ilmu daripada guru-guru.

Guru-guruku sayang,
Kami tahu guru tidak mengharapkan balasan wang ringgit daripada kami, anak-anak
didik kalian. Justeru itu, saya menyeru rakan-rakan agar berusaha dan belajar dengan
bersungguh-sungguh sebagai hadiah kepada guru-guru. Saya yakin, guru-guru pasti akan
gembira jika kejayaan dapat dicapai oleh anak-anak didik mereka.

Guru-guru dan rakan sekalian,


DI kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon ampun dan maaf jika
kami ada melakukan sebarang kesalahan terhadap cikgu. Mungkin sepanjang kami bersama-
sama cikgu, ada kelakuan kami yang menyinggung perasaan cikgu. Mungkin juga, ada kata-
kata dan tindakan kami yang menaikkan darah cikgu. Oleh itu, maafkan kami cikgu.
Maklumlah kami anak-anak kecil yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Maafkanlah kesalahan kami, cikgu
Saya mewakili rakan-rakan berharap agar guru-guru doakanlah kejayaan kami selagi kami
bergelar pelajar. Segala ilmu yang cikgu ajarkan kepada kami akan kami manfaatkan dalam
kehidupan.

Akhir kata, hayatilah bait-bait puisi,

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selamat Hari Guru!

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Sekian ,terima kasih.

You might also like