Bicara Buku

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ALEXIS JAVIER JETHANS

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.. bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’..
Jadi izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Alexis Javier Jethans anak Ungka dan
saya sekarang berada di Tahun 4. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Nanga Stapang
yang terletak jauh di pedalaman Kapit. Kod sekolah saya ialah YBB7104. Hobi saya ialah
membaca buku dan bermain bola manakala cita-cita saya pula ingin menjadi seorang guru.

Apa khabar kawan-kawan?.... Dalam video ini saya sangat teruja untuk kongsikan mengenai
sebuah buku yang telah saya baca iaitu buku yang berjudul Terbang Bersama Kenyalang.
Buku ini menghimpunkan 26 buah cerpen yang menonjolkan imej negeri Sarawak seperti
lokasi pelancongan, seni bina dan pelbagai lagi yang mengambarkan kerencaman negeri
Sarawak yang mewakili Malaysia secara keseluruhan. Cerpen Terbang Bersama Kenyalang
ini merupakan satu daripada cerpen yang terdapat di dalam buku ini.

Kawan-kawan, tahukah anda??? Cerpen kreatif yang dimuatkan dalam buku ini merupakan
hasil penulisan murid tahun empat hingga tahun enam dari sekolah terpilih di negeri
Sarawak melalui Bengkel Penulisan Cerpen (Penulis Cilik) yang diadakan di Sekolah
Kebangsaan Merpati Jepang, Kuching. Semua koleksi cerpen Penulis Cilik tersebut pula
telah disusun oleh Panel Editorial ITBM pada tahun 2023. Di dalam buku ini terdapat
pelbagai koleksi cerpen yang menarik. Antaranya ialah cerpen Terbang Bersama Kenyalang.
Ayuh kita dengarkan. Buku ini mengandungi 126 muka surat tetapi bagi cerpen Terbang
Bersama Kenyalang pula hanya terdiri daripada 6 muka surat sahaja. Cerpen ini dihasilkan
oleh seorang murid lelaki yang bernama Hazeeq Ismail Mohamad Hazman.

Cerpen Terbang Bersama Kenyalang ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang
datang daripada keluarga berada yang bernama Isyam. Isyam berumur 10 tahun dan
menetap di Kuala Lumpur bersama kedua-dua orang tuanya. Setiap kali cuti persekolahan
ibu bapa Isyam akan sentiasa membawanya melancong ke tempat-tempat yang baharu
termasuk ke luar negara. Namun begitu, Isyam dan ibu bapanya tidak pernah datang ke
Sarawak. Jadi, pada cuti persekolahan kali ini ibu bapa Isyam membawanya melancong ke
Sarawak. Pada mulanya, Isyam berasa sangat kecewa kerana sebagaimana yang dia
dengar sebelum ini, Sarawak merupakan tempat yang kurang dari segi pembangunan.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), tanggapan Isyam berubah
sama sekali. Semasa berada di Sarawak, banyak tempat yang telah Isyam dan ibu bapanya
lawati. Antaranya ialah Taman Negara Kubah yang mempunyai banyak jenis haiwan dan
tumbuhan yang jarang mereka lihat. Mereka juga telah pergi ke Taman Negara bako yang
merupakan taman tertua di Sarawak. Pantai yang terdapat di Taman Negara tersebut juga
sangat cantik dan bersih. Selain itu, Isyam dan keluarganya juga telah pergi Rumah Panjang
Nyuka yang terdapat di Sarikei. Mereka diberitahu bahawa rumah panjang tersebut
mempunyai penduduk seramai 300 orang. Mereka juga sempat singgah di Pasar Tamu
Sarikei yang banyak menjual buah-buahan, sayur-sayuran dan juga kraf tangan. Mereka
juga sempat begambar di buah nanas yang merupakan mercu tanda bagi bandar Sarikei.

Pengajaran daripada cerpen ini ialah kita hendaklah sentiasa berprasangka baik tentang
sesuatu tempat yang belum pernah kita lawati kerana tempat tersebut semestinya memiliki
keindahan dan keunikan yang tersendiri. Bak kata pepatah “luas perjalanan, luas
permandangan”. Akhir sekali, ingin saya katakan buku ini sangat bagus kerana mempunyai
banyak koleksi cerpen yang menarik untuk dibaca oleh murid seperti saya. Bahasa yang
digunakan juga sangat ringkas dan senang difahami.

Sekian terima kasih.

You might also like