Pembangunan Keluarga Berteraskan Dasar Keluarga Mawaddah: November 2020

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/346054719

Pembangunan Keluarga berteraskan Dasar Keluarga Mawaddah

Chapter · November 2020

CITATIONS READS

0 505

3 authors, including:

Asmak Husin Nurhafilah Musa


Universiti Teknologi MARA Universiti Kebangsaan Malaysia
17 PUBLICATIONS 22 CITATIONS 44 PUBLICATIONS 39 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Prevention of Criminology View project

Hak Pendidikan bagi Kanak-kanak di Sekolah Agama View project

All content following this page was uploaded by Nurhafilah Musa on 21 November 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Penyunting
Dr Wan Nik Wan Yussof

Asmak Husin
Azizi Umar
Hamdan Ismail et.al
Kamaruzaman Yusoff
Mazidah Muhammad
Mohamad Abu Bakar
Mohamed Anwar Omar Din
Mohd Fadhli Ghani
Mohd Nuri Al-Amin Endut et.al
Mohd Ramizu Abdullah
Mohd Shukri Hj Noor
Nizamuddin Alias
Nurhafilah Musa et.al
Nurul Akma Mohamed
Saupi Man
Shukeri Mohamad
Supyan Hussin
Suraya Husin et.al
Tuan Ab Hamid Tuan Daud
Yaacob Haji Yusoff Awang

Tiga Dekad Negeri Kelantan i


ISBN 978-14999-5-5
Cetakan Pertama, Oktober 2020
@Hakcipta Terpilihara Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukar ke dalam sebarang bentuk atau sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit
terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh:
PUSAT KAJIAN STRATEGIK NEGERI KELANTAN
Tingkat 1, Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu Kelantan.
Tel: 09-7462146 Faks: 09-7430598
Website: http://www.pks.kelantan.gov.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Tiga Dekad Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan/ Dr Wan Nik Wan Yussof
Mengandungi indeks
Bibliografi: hlm. 458
ISBN 978-983-14999-5-5
3. Sejarah-Kelantan 2. Membangun Bersama Islam-Kelantan 3. Dasar Negeri Kelantan
I. Wan Nik, 1960

Diuruscetak oleh:
Pustaka Aman Press Sdn Bhd. (26321-D)
4200-A, Simpang Tiga Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra,
Peti Surat 67, 15700 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7481849
Email: pap.korporat@gmail.com
Website : www.pap.com.my

ii Tiga Dekad Negeri Kelantan


KANDUNGAN

KATA PENERBIT iii


KANDUNGAN iv
SENARAI SINGKATAN vii
PROFIL PENAL PENULIS ix
AMANAT MENTERI BESAR KELANTAN xxi

BAHAGIAN 1 – PENGENALAN
Ikhtisar – Tiga Dekad Mengukir Nama 3
Wan Nik Wan Yussof
Kronologi Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri 9
Kelantan 1990-2020
Tuan Ab Hamid Tuan Daud

BAHAGIAN 2 – FALSAFAH
Kelantan: Ke Arah Pembinaan Tamadun Berteraskan Islam 43
Mohamad Abu Bakar
Falsafah Ibnu Khaldun Dalam Konteks Membangun Bersama 57
Islam Negeri Kelantan
Saupi Man

BAHAGIAN 3 – DASAR
Dasar dan Pelaksanaan Membangun Bersama Islam 73
Kamaruzaman Yusoff
Siasah Syar`iyah dan Pemerkasaan Membangun Bersama Islam 91
Shukeri Mohamad
Strategi Merakyat Membangun Bersama Islam 121
Supyan Hussin
Tadbir Urus Membangun Bersama Islam 131
Hamdan Ismail et.al

iv Tiga Dekad Negeri Kelantan


BAHAGIAN 4 – KEBERKATAN
Pencapaian Indeks Sosiotaqwa Kelantan 163
Mohd Nuri Al-Amin Endut et.al
Anjakan Pendidikan Islam Menuju Era Rabbani 185
Azizi Umar & Mohd Ramizu Abdullah
Tonggak Keberkatan – Pendidikan dan Perguruan 201
Yaacob Haji Yusoff Awang
Pembinaan Budaya Islami Kelantan 211
Wan Nik Wan Yussof & Siti Zainah Mohd Zawawi

BAHAGIAN 5 – KEMAKMURAN
Pembangunan Keluarga Berteraskan Keluarga Mawaddah 233
Nurhafilah Musa et.al
Pemerkasaan Pembangunan Ekonomi Wanita Kelantan 253
Suraya Husin et.al
Pembangunan Pelancongan, Warisan dan Budaya Kelantan 267
Mohamed Anwar Omar Din
Prospek Ekonomi Kelantan 307
Mohd Shukri Hj Noor

BAHAGIAN 6 – KEBAJIKAN
Perpaduan Kaum di Kelantan 333
Nurul Akma Mohamed & Asmak Husin
Kelantan Negeri Berkebajikan 353
Nurhafilah Musa & Mumtaz Mat Nawi
Perbandaran Islam dan Kesejahteraan Bandar 373
Wan Nik Wan Yussof & Hamdan Ismail

Tiga Dekad Negeri Kelantan v


BAHAGIAN 7 – PENUTUP
Kelantan Mendepani Cabaran Federalisme 395
Nizamuddin Alias & Nurhafilah Musa
Kelantan Melangkah Ke Hadapan – Keberkatan, Kemakmuran 411
dan Kebajikan Menuju Kesejahteraan
Mohd Fadli Ghani

FOTO 441
LAMPIRAN 448
BIBLIOGRAFI 458
INDEKS 474

vi Tiga Dekad Negeri Kelantan


PEMBANGUNAN KELUARGA BERTERASKAN DASAR
KELUARGA MAWADDAH

Nurhafilah Musa96

Abstrak
Keluarga adalah unit asas dalam pembinaan masyarakat,
negeri dan negara. Membangun institusi keluarga bermakna
meletakkan unit asas yang kukuh dalam pembinaan dan
pembangunan negara. Prinsip dan panduan membina keluarga
terdapat di dalam Al-Quran, iaitu kekeluargaan adalah
menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. Prinsip-
prinsip ini telah digarap oleh Kerajaan Negeri Kelantan di
dalam Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan (DKMK)
semenjak 2009. Matlamat DKMK ialah untuk memperkasa
institusi keluarga melalui penggemblengan sokongan dan
dukungan semua pihak agar mengutamakan kesejahteraan
keluarga. Ia boleh dicapai dengan meningkatkan potensi dan
peranan masing-masing secara berkesan untuk menyumbang
kepada kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Kelantan.
Sementara itu, Buku Panduan Keluarga Mawaddah juga
diterbitkan sebagai panduan am dan senarai semak ke arah
mewujudkan keluarga mawaddah, masyarakat sakinah dan
seterusnya membina baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman Negeri
Kelantan dalam membangun institusi keluarga dengan
menerapkan konsep kekeluargaan menurut Al-Quran dan As-
Sunnah serta menelusuri pelaksanaan DKMK selepas sebelas
tahun dilancarkan dan dilaksanakan di Negeri Kelantan.
96 Nurhafilah Musa, Asmak Husin, Mazidah Muhammad dan Mumtaz Md Nawi

Tiga Dekad Negeri Kelantan 233


PENDAHULUAN

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam masyarakat.


Perbincangan mengenai isu keluarga akan membabitkan kesemua anggota
dalam masyarakat sama ada mereka yang sudah berumahtangga mahupun
belum kerana setiap individu pastinya berkait rapat dengan keluarga.
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk
keperibadian seseorang. Jika seorang individu itu baik, sudah pasti
masyarakat akan menjadi baik dan begitulah sebaliknya. Individu ibarat
batu bata dalam sebuah binaan. Sesuatu binaan tidak akan kukuh jika batu-
batanya lemah.97
Realiti yang berlaku pada hari ini semakin membimbangkan. keluarga
Islam masa kini sedang menghadapi ancaman yang cukup besar sehingga
membawa kepada keruntuhan akhlak, sosial dan ekonomi. Ia bukan sahaja
memberi kesan terhadap keluarga bahkan terhadap persekitaran dan
negara. Pembangunan pesat negara ini telah membawa bersamanya
pelbagai impak, positif mahupun negatif terhadap kesejahteraan seluruh
kehidupan rakyat. Pembangunan fizikal berterusan sejak merdeka yang
dilaksanakan kerajaan Malaysia, rata-rata telah meningkatkan taraf
kebolehcapaian manfaat kebendaan dalam kalangan masyarakat.
Malangnya penerapan falsafah pembangunan yang lebih bias fizikal dan
cenderung mengabaikan aspek pemerkasaan roh telah mengorbankan nilai-
nilai asas utama. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat kini semakin
serius dengan realiti kehidupan semasa yang begitu dipengaruhi dampak
gelombang globalisasi, dunia tanpa sempadan, asakan tanpa henti
golongan sekular dan liberal serta persekitaran kehidupan yang lebih
materialistik dan individualistik yang semakin jauh dari prinsip asas
agama.
Perkembangan dan realiti semasa ini memberi impak pada
pembangunan institusi keluarga. Institusi keluarga tidak lagi mampu
memainkan peranan serta fungsi asasnya yang baik, menyebabkan kadar
kegawatan sosial semakin meningkat. Ia turut memberi kesan terhadap

97
Yusuf al-Qardhawi, 2000. Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan.
Selangor: Penerbitan Seribu Dinar

234 Tiga Dekad Negeri Kelantan


makna jalinan struktur keluarga, fungsi dan peranan ahli-ahlinya serta
ketidakseimbangan tanggungjawab dalam kalangan ahli keluarga.
Memahami dan menyedari bahawa institusi keluarga perlu diperkasa
bagi menghadapi cabaran pembangunan negara dan dunia, maka Kerajaan
Negeri Kelantan telah menggubal satu dasar sebagai panduan kepada
semua pihak demi untuk memperkukuhkan semula institusi keluarga yang
bertindak sebagai asas dalam pembangunan negara serta ummah.
Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan (DKMK), telah diluluskan oleh
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2009. Matlamat
utama DKMK ialah untuk memperkasa institusi keluarga melalui
penggemblengan sokongan dan dokongan semua pihak agar
mengutamakan kesejahteraan keluarga dengan meningkatkan potensi
setiap ahli keluarga dan berupaya menjalankan peranan masing-masing
secara berkesan dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat dan kemakmuran negeri dan negara. Dua tahun kemudian,
Kerajaan Negeri Kelantan telah menghasilkan Panduan Keluarga
Mawaddah yang berfungsi sebagai panduan am dan senarai semak ke arah
mewujudkan keluarga mawaddah, masyarakat sakinah dan seterusnya
membina baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Pengalaman Negeri Kelantan selama tiga dekad di bawah dasar
pentadbiran MBI dilihat berjaya menerapkan konsep kekeluargaan
berpandukan Al-Quran. Di antaranya dengan menelusuri Dasar Keluarga
Mawaddah Kelantan (DKMK), meskipun baharu sedekad dilaksanakan,
namun pemakaian konsep asas kekeluargaan seperti sakinah, mawaddah
dan rahmah telah berlaku lebih awal daripada penggubalan DKMK. Oleh
itu, amat wajar perkembangan DKMK dilihat daripada awal lagi
sehinggalah pelaksanaannya yang perlu ditambahbaik.

PRINSIP PEMBINAAN UMMAH TERBAIK


Menghasilkan keluarga yang seimbang dan harmoni patut menjadi elemen
penting pembangunan sesebuah negara kerana negara maju tidak akan
tercapai dengan unit-unit keluarga yang rosak dan bermasalah.

Tiga Dekad Negeri Kelantan 235


Dalam Islam, pengukuhan fungsi setiap ahli keluarga dan kefahaman yang
jelas terhadap objektif perkahwinan dan berkeluarga sangat penting bagi
memastikan perkembangan setiap keluarga dalam masyarakat seimbang
dan bermanfaat untuk umat dan negara. Perkahwinan bukan sekadar untuk
memuaskan keperluan seks semata-mata tapi lebih dari itu untuk
kelangsungan generasi.98 Islam melihat perkahwinan dan institusi keluarga
boleh menjadi asas untuk penghasilan generasi dinamik lagi soleh pada
masa depan. Oleh itu konsep keluarga bahagia diperincikan oleh Al-Quran
(Surah Al-Rum, ayat: 21):
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan
rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum
lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.
Berdasarkan garis panduan di atas, ciri-ciri keluarga bahagia ialah
yang mengandungi unsur sakinah, mawaddah dan rahmah. Konsep
sakinah dikaitkan dengan ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman jiwa
dalam keluarga. Suami isteri sebagai pemain utama, saling melengkapi
dalam mengukuhkan peranan masing-masing dalam keluarga, senang
terhadap satu sama lain dan diri sendiri, serta mempunyai objektif
pembinaan keluarga yang jelas dan positif.99 Hidup berumahtangga pasti
mempunyai banyak halangan dan kegagalan tetapi sakinah akan menjadi
pemacu ahlinya untuk menangani setiap permasalahan dengan positif dan
metod rabbanni.
Konsep Mawaddah diertikan sebagai kasih sayang yang subur antara
suami isteri dan juga antara ahli keluarga.100 Imam Baidhawi menqiaskan
98 Surah al-Nahl: 72
99 Nur Zahidah Jaapar, Raihanah Azahari, Model Keluarga Bahagia Menurut Islam, Jurnal
Fiqh, No 8(2011), Universiti Malaya, 25-44
100
Ibnu Abbas, Tanwir al Miqbas min Tafsir Ibnu Abbas, (Beirut: Darul Kutub al
Ulumiyah, tth., 427

236 Tiga Dekad Negeri Kelantan


mawaddah dengan jima’ iaitu hubungan jenis antara suami dan isteri.101
Secara mudah, mawaddah adalah cinta berahi yang dikaitkan dengan
kecintaan antara suami isteri dan ia disimbolkan melalui hubungan seksual.
Oleh itu, kebiasaannya suami isteri yang hidup tanpa mawaddah tidak
mencapai nikmat kecintaan, termasuk nafsu seksual. Apa yang utama,
wujud keluarga yang rasa melindungi di antara satu sama lain. Hasilnya
keluarga akan merasa selamat, dilindungi dan tenteram.
Konsep rahmah berasal daripada Ar-Rahiim, iaitu salah satu nama
Allah yang bermaksud ‘Yang Maha Pengasih kepada semua makhluk’.102
Maksud lainnya, penyayang atau yang mempunyai sifat belas kasihan.
Sifat Ar-Rahiim biasanya berpasangan dengan sifat Ar-Rahman. Kedua-
dua nama Allah ini yang terkandung dalam setiap ayat permulaan semua
surah dalam Al-Quran melainkan Surah at-Tawbah. Kasih sayang Allah
berbeza dengan kasih sayang manusia. Allah bersifat Ar-Rahman, iaitu
pengasih kepada seluruh makhluk tanpa mengira agama,103 manakala sifat
Ar-Rahiim, iaitu penyayang khusus kepada umat Islam.
Rahim ibu merupakan simbol kasih sayang manusia. Kasih sayang
antara suami dan isteri dan kasih sayang yang yang melahirkan ikatan
persaudaraan antara dua keluarga. Persaudaraan yang menjadi asas
kemanusiaan lahir daripada hakikat bahawa semua manusia berasal
daripada Adam dan Hawa. Maka, semua umat manusia adalah bersaudara.
Jika hakikat kasih sayang ini difahami, akan wujudlah hubungan yang erat
dan seterusnya melahirkan kedamaian, ketenteraman dan keamanan
sejagat. Hubungan yang harmoni sesama manusia perlu diterjemahkan
dalam hubungan dengan flora dan fauna dan alam sekeliling supaya
kepentingan semua pihak dapat dipelihara.

101 Nasiruddin Abi Said Abdullah bin Umar bin Muhammad asy-Syairozi al-Baidlowi,
Tafsir Baidhawi, Beirut: Darul Kutub al Ulumiyah, tth. 218
102 Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rahim
103 Terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan ar-Rahman lebih tepat berbanding bahasa

Melayu iaitu ‘the entirely merciful whose all-inclusive mercy gives to both the worthy and
unworthy’. Rujuk: http://www.suhaibwebb.com/relationships/withthedivine/ar- rahman-
ar-raheem-ar-rauf-the-entirely-merciful-the-especially-merciful-the-most-kind/

Tiga Dekad Negeri Kelantan 237


SEJARAH DKMK
Kerajaan Kelantan telah diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
sejak tahun 1990. Pada awal pemerintahannya Kerajaan telah menubuhkan
satu unit kecil yang menguruskan hal ehwal wanita dan keluarga di bawah
pengelolaan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan
diuruskan oleh dua orang kakitangan sahaja. Seterusnya ia bertambah
kepada empat orang kakitangan yang dilantik di bawah Pengerusi
Jawatankuasa Penerangan, Wanita, Belia, Sukan dan Hal Ehwal Pengguna
Negeri Kelantan.
Pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Kerajaan Kelantan supaya
pentadbiran kerajaan berjalan selari dengan Dasar Membangun Bersama
Islam yang berteraskan konsep ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI).
Pada tahun 2001, satu Jawatankuasa Induk Dasar Wanita Kelantan telah
dibentuk oleh Kerajaan Negeri dan dipengerusikan oleh Dato’ Haji
Muhammad Daud Iraqi yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan
ketika itu untuk merangka Dasar Wanita Kelantan.104 Matlamat utama
Dasar Wanita Negeri Kelantan ialah Membangun dan mengembangkan
kemuliaan dan potensi wanita untuk kemajuan dan kesejahteraan
masyarakat kelantan dan ummah seluruhnya berdasarkan penghayatan
cara hidup Islam serta cara hidup yang berdasarkan ketuhanan, nilai dan
kepercayaan kaum serta nilai moral sejagat.105
Lanjutan daripada Dasar Wanita Kelantan ini, maka lahirlah Dasar
Keluarga Mawaddah Kelantan (DKMK) sebagai penyokong kepada
peranan wanita sebagai pengukuh kesejahteraan keluarga. Idea
pembentukan DKMK terhasil apabila Kerajaan Negeri Kelantan
menyedari bahawa pembangunan dan kemajuan negara telah memberi
pelbagai impak ke atas institusi keluarga yang mana sebahagian daripada
impak tersebut memberi kesan negatif yang membimbangkan dan perlu
ditangani secara berkesan. Antara cabaran institusi kekeluargaan yang
perlu ditangani ialah perubahan struktur keluarga dan fungsi ahlinya,
ketidakseimbangan antara tanggungjawab ahli keluarga dan realiti
104 Shukeri,
M., Mohd Yakub, MY, Mohamad Azrein, MA, t.t., Analisis Pelaksanaan
Dasar Wanita di negeri Kelantan dan Kesannya kepada Kesejahteraan Masyarakat
105 Dasar Wanita Negeri Kelantan.

238 Tiga Dekad Negeri Kelantan


kehidupan, gelombang globalisasi, aliran pemikiran sekular, persekitaran
dan materialistik dan individualistik serta peningkatan gejala sosial,
pengabaian dan penderaan ahli keluarga.
Bagi memastikan DKM dapat dilaksanakan dengan baik, Unit
Pembangunan Keluarga ditubuhkan di bawah Urus Setia Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Kebajikan, bertanggungjawab merancang, mengurus
dan melaksana segala idea, cadangan, program yang berkaitan dengan
pembangunan keluarga. Berslogankan ‘Menjana Keluarga Mawaddah’
unit ini menggariskan lima peranan utama:
a) Merangka pelan bertindak DKMK.
b) Menyusun dan melaksana program dan aktiviti pembangunan
keluarga meliputi semua sektor, ahli dan jenis keluarga bagi
memperkukuhkan institusi keluarga.
c) Merancang dan melaksana pendidikan rumahtangga dan
kekeluargaan termasuklah pendidikan anak-anak, kesihatan dan
ekonomi keluarga.
d) Memberi pengiktirafan kepada ahli keluarga dan kanak-kanak
cemerlang di peringkat Dun dan Negeri.
e) Menggalak dan mempromosikan kempen pembudayaan keluarga
sejahtera yang berkaitan dengan keluarga dan kanak-kanak.
DKMK menjadi tunjang kepada kesemua program dan agenda yang
dilaksana di bawah Unit Keluarga dan menjadi panduan utama kepada
semua pihak khususnya Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina dan
memperkasa institusi keluarga.

DASAR KELUARGA MAWADDAH KELANTAN (DKMK)


Penggubalan DKMK dilakukan dengan begitu teliti. Antara langkah awal
yang dilakukan adalah menyoroti pandangan Al-Quran dan Al-Hadis yang
membincangkan tentang keluarga. Dari situ diambil beberapa prinsip asas
yang menjadi tunjang pada penggubalan dasar. Perbincangan dilakukan di
pelbagai peringkat termasuklah persidangan para pakar,

Tiga Dekad Negeri Kelantan 239


untuk memastikan prinsip utama dan penting dalam Islam menjadi
tunjang DKMK.
Terdapat tiga unsur penting dalam pembinaan keluarga iaitu
mawaddah, rahmah dan sakinah. Pemilihan perkataan ‘Mawaddah’ sebagai
nama bagi dasar keluarga negeri Kelantan bukan semata-mata penyedap
bicara. Bukan juga disebabkan ingin kelihatan berbeza dengan konsep yang
digunapakai oleh pihak lain. Tetapi pemilihan nama tersebut adalah
mengambil kira konsep mawaddah yang merupakan aspek pertama dalam
pembinaan keluarga sakinah. Biasanya sesebuah rumahtangga akan dihiasi
dengan perasaan mawaddah terlebih dahulu, barulah aspek rahmah muncul
sebagai pelengkapnya. Perasaan mawaddah ini akan membuahkan
perasaan rahmah yang akhirnya akan membawa kepada natijah sebuah
keluarga sakinah. Ini menunjukkan bahawa mawaddah adalah asas kepada
kemunculan rahmah dan sakinah. Oleh itu keluarga mawaddah yang ingin
dibina oleh Kerajaan Negeri Kelantan adalah sebuah keluarga yang
sentiasa dihiasi dengan perasaan cinta dan kasih sayang yang kemudiannya
akan membuahkan rasa kasihan belas (rahmah) dan akhirnya membawa
kepada sebuah rumahtangga yang aman dan tenang (sakinah).106
Memahami maksud ini, keluarga mawaddah ditakrifkan 107sebagai
keluarga yang dibentuk melalui perkahwinan yang sah, yang terlaksana di
dalamnya seluruh peranan dan tanggungjawab ahli keluarga selaras dengan
kehendak Al-Quran dan As-Sunnah serta mampu memberikan kasih
sayang dan rahmah kepada seluruh ahli keluarganya, agar mereka merasa
selamat, aman dan tenteram.
Falsafah DKMK bersandarkan kepada kepercayaan bahawa institusi
keluarga sebagai satu unit yang sangat fundamental dalam pembinaan
masyarakat, negeri dan negara dengan mengutamakan kesejahteraan
keluarga berlandaskan ajaran Islam atau sistem kepercayaan hidup

106 Petikan ucapan Hjh. Wan Ubaidah Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan sempena Seminar penggubalan
Dasar Keluarga Mawaddah, 16 Nov 2009, Perdana Resort Kelantan.
107 Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan

240 Tiga Dekad Negeri Kelantan


bertuhan untuk melahirkan insan soleh dan bermanfaat ke arah membina
negara dan ummah yang terbaik.108
Visi DKMK ialah Kelantan sebagai peneraju pembangunan keluarga
cemerlang manakala misi DKMK ialah membina keluarga bahagia
berteraskan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) untuk
melahirkan masyarakat sejahtera dan negeri yang diberkati Allah. Tema
DKMK ialah ‘Keluarga Mawaddah, Masyarakat Sejahtera’.109
Matlamat DKMK ialah untuk memperkasa institusi keluarga melalui
penggemblengan sokongan dan dokongan semua pihak agar
mengutamakan kesejahteraan keluarga dengan meningkatkan potensi
setiap ahlinya dan berupaya menjalankan peranan masing-masing secara
berkesan dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat
dan kemakmuran negeri dan negara.110
Pendekatan untuk mencapai matlamat DKMK meliputi,
a) Menetapkan satu dasar jangka panjang pendidikan dan
pemerkasaan keluarga berdasarkan prinsip-prinsip Islam
bertepatan dengan dasar Membangun Bersama Islam yang seiring
dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat
b) Membentuk kerukunan sosial masyarakat di negeri Kelantan yang
ditunjangi oleh keluarga berfungsi dan berkesan
c) Meraikan identiti, peranan dan kepercayaan pelbagai kelompok
etnik dan agama dalam membangunkan institusi keluarga
d) Menyelaraskan semua polisi pentadbiran dan program kerajaan
dan swasta selaras dengan dasar ini agar setiap individu menjadi
aset negeri yang seimbang
e) Menyedia dan menambah baik khidmat sokongan yang sistematik
bagi keluarga yang tercabar termasuk ibu tunggal, anak yatim dan
lain-lain

108 Kertas Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan.


109 Ibid.
110 Ibid.

Tiga Dekad Negeri Kelantan 241


f) Merealisasikan konsep Keluarga Mawaddah dan ibu bapa yang
berperanan sebagai pengurus dan pentadbir rumah tangga
cemerlang ke arah membentuk keluarga bahagia dan sejahtera
g) Menggalak dan membuka peluang kepada setiap individu untuk
merasai ketenangan dan kebahagiaan melalui institusi keluarga
yang diberkati Allah
h) Menjadi asas kepada dasar lanjutan lain yang berkaitan seperti
Dasar Kanak-kanak dan Dasar Warga Emas
Prinsip dan Garis Panduan Utama DKMK ialah,
a) DKMK selaras dengan Dasar Membangun Bersama Islam yang
menjadi paksi segala gerak kerja Kerajaan Negeri Kelantan iaitu
‘Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan.
b) DKMK menghormati sistem nilai dan kepelbagaian cara hidup
dengan memberikan ruang untuk membina keluarga menurut asas
kepercayaan agama masing-masing.
c) Keluarga adalah institusi asas fitrah dalam kehidupan manusia.
Membina keluarga bermakna membina kehidupan dan
membangunkan negara.
d) Keluarga Mawaddah merangkum tiga ciri berikut, iaitu ketenangan
(sakinah), kasih sayang (mawaddah) dan kasihan belas (rahmah)
e) Natijah akhir pembangunan keluarga adalah untuk mencapai
kesejahteraan di dunia dan di akhirat
f) Institusi keluarga merupakan institusi pendidikan pertama dalam
kehidupan seorang insan. Ibu bapa bertanggungjawab memberikan
pendidikan asas Islam berdasarkan perkembangan umur dan
kebolehan kanak-kanak.
g) Setiap ahli keluarga perlu kembali semula kepada peranan dan
fungsinya yang asal iaitu suami bertindak sebagai pemimpin
keluarga dan pencari nafkah utama, isteri sebagai pengurus rumah
tangga dan turut bertanggungjawab bersama suami dalam

242 Tiga Dekad Negeri Kelantan


urusan rumahtangga serta anak-anak sebagai pelengkap yang
melaksanakan konsep ihsan terhadap ibu bapa
h) Konsep kepimpinan keluarga adalah tanggungjawab asasi pihak
suami. Suami dengan kerjasama isteri perlu bertindak sebagai
ketua yang memimpin, melindungi sera mengendali pembentukan
misi dan visi keluarga
i) Pendidikan kekeluargaan yang sistematik dan berterusan
diperlukan untuk para suami dan isteri.111
Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan (DKMK) menggariskan empat
fasa pelaksanaan iaitu fasa pendokumentasian dan penerangan, fasa
penginstitusian atau pembentukan sistem, fasa pelaksanaan,
penguatkuasaan dan pemantauan serta fasa penilaian pencapaian. Setiap
fasa akan menyentuh beberapa sektor penting meliputi,
a) Sektor Pembinaan Keluarga
b) Sektor Pendidikan dan Pembangunan Keluarga
c) Sektor Kesihatan dan Keselamatan
d) Sektor Undang-undang
e) Sektor Ekonomi Keluarga
f) Sektor Sosial.
Dasar ini hendaklah dibaca bersama dasar-dasar lain Kerajaan Negeri
Kelantan iaitu Dasar Membangun Bersama Islam, Dasar Wanita Kelantan,
Dasar Belia Kelantan dan Dasar Pencegahan Gejala Sosial.

DKMK DALAM PEMBANGUNAN KELUARGA


Bagi menilai sejauh mana pelaksanaan Dasar Keluarga Mawaddah Negeri
Kelantan, Jadual 1 di bawah memaparkan agenda dan program- program
yang telah dilaksanakan oleh Urus setia Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Kebajikan (UPWKK) Negeri Kelantan sejak tahun 2010

111 Ibid.

Tiga Dekad Negeri Kelantan 243


mengikut fasa yang dinyatakan di atas. Kertas kerja ini hanya berupaya
membincangkan beberapa program utama dalam pelaksanaan DKMK
sahaja.
1) Panduan Keluarga Mawaddah
Buku Panduan Keluarga Mawaddah telah diterbitkan oleh Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat
Negeri Kelantan pada tahun 2011. Buku ini diterbitkan dengan harapan
agar dapat menjadi panduan am dan senarai semak keluarga dalam
membangunkan institusi keluarga ke arah mewujudkan Keluarga
Mawaddah, masyarakat sakinah dan seterusnya mendirikan ‘baldatun
tayyibatun wa rabbun ghafur.’
Terdapat tiga tujuan yang digariskan mengapa Panduan Keluarga
Mawaddah digubal,
a) Untuk membolehkan ahli keluarga mengenal pasti tahap
pencapaian keluarga di Negeri Kelantan yang memenuhi ciri-ciri
keluarga mawaddah
b) Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan
latihan, kursus, program pembangunan keluarga oleh agensi-
agensi yang terlibat
c) Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan keluarga yang
patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran.112
Sehingga kini, sebanyak 100,000 buah buku sudah dicetak dan
diedarkan kepada masyarakat umum. Penerangan tentang penggunaan
buku panduan ini telah diberikan semasa program-program umum kerajaan
negeri terutamanya program Seminar Keluarga Mawaddah dan Bengkel
Ibu Bapa Muda. Buku ini juga telah dialih bahasa ke bahasa Arab dan
Inggeris dan telah diedarkan ke peringkat antarabangsa.
2) Seminar Induksi DKMK
Selepas pelancaran DKMK, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Kebajikan (UPWKK) di bawah Exco Pembangunan
112 Buku Panduan Keluarga Mawaddah

244 Tiga Dekad Negeri Kelantan


Wanita, Keluarga dan Kebajikan telah mengadakan Seminar Induksi Dasar
Keluarga Mawaddah di semua 10 buah jajahan dan tujuh kawasan parlimen
Negeri Kelantan. Bagi setiap seminar, setiap jajahan dan parlimen
dikehendaki menyediakan 500 orang peserta lelaki dan perempuan dari
pelbagai agensi. Sehingga kini seramai lebih 15,000 orang peserta telah
mengikuti seminar tersebut.
3) Modul Keluarga Mawaddah
Penyediaan modul Keluarga Mawaddah adalah satu usaha penting untuk
memperkasa institusi keluarga. Ia selaras dengan pelan tindakan DKMK
untuk sektor pendidikan dan pembangunan keluarga yang menjelaskan
bahawa antara tindakan yang akan dilaksanakan adalah merangka dan
membangun satu modul keluarga mithali merangkumi program
perkhidmatan dan pembangunan keluarga yang sistematik dan praktikal
untuk memantapkan institusi keluarga berdasarkan sirah dan keluarga
Rasulullah.
Proses penulisan dan penyediaan modul memakan masa kerana ia
meniti siri mesyuarat, perbincangan dan sidang pakar. Modul ini dibina
berpandukan tiga kerangka asas; iman, ilmu dan amal yang akhirnya
membentuk tiga dimensi hubungan iaitu hubungan dengan pencipta,
hubungan dengan diri sendiri serta hubungan dengan orang lain. Ketiga-
tiga dimensi ini diperincikan lagi kepada tiga bahagian iaitu pengurusan
kendiri, pengurusan keluarga dan pengurusan kerabat, jiran serta komuniti.
Kesemua elemen dan sektor dalam DKMK diperincikan dalam modul ini.
Modul ini telah dicetak pada November 2018.
4) Anugerah Keluarga Mawaddah
Anugerah ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan
kepada mana-mana keluarga yang telah mencapai tahap keluarga
Mawaddah. Sebanyak tiga kategori yang diperkenalkan dalam anugerah ini
iaitu Anugerah Zamrud (Keluarga biasa), anugerah Delima (Keluarga
armalah atau bapa tunggal) dan anugerah Nilam (Keluarga OKU).
Sebanyak 72 buah keluarga telah terpilih sebagai Tokoh keluarga
Mawaddah di DUN masing-masing. Kerajaan Negeri juga telah
menobatkan keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji

Tiga Dekad Negeri Kelantan 245


Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan sebagai Ikon
Keluarga Mawaddah peringkat Negeri Kelantan.
5) Taska Keluarga Mawaddah
Menyedari bahawa aset utama bagi keluarga mawaddah adalah anak- anak,
sebuah taska telah ditubuhkan dan memulakan operasinya pada 1 Jun 2015.
Taska ini dibuka untuk kanak-kanak yang berumur enam bulan hingga 4
tahun. Antara objektif penubuhannya adalah membantu meningkatkan
potensi perkembangan kanak-kanak melalui modul dan aktiviti yang
dijalankan, melahirkan kanak-kanak yang berkeperibadian mukmin
melalui asas asuhan berkesan dan berkualiti berlandaskan prinsip Islam
dan membantu ibubapa yang bekerja mengurus dan mengasuh anak-anak.
Taska Keluarga Mawaddah menggunakan modulnya yang tersendiri,
dan dikawal selia oleh U-KeKWa. Ia merupakan kesinambungan kepada
DKMK yang dinyatakan dalam pelan tindakan sektor pendidikan dan
pembangunan keluarga “merangka dan membangunkan suatu modul atau
program pembinaan akhlak anak-anak yang meliputi dimensi hubungan
Tuhan, manusia dan alam supaya pembangunan jiwanya seimbang dengan
pembangunan fizikalnya”.

DKMK – Penilaian dan Masa Hadapan


Selepas lebih sedekad dilaksanakan, Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan
(DKMK) dilihat telah disebar dan dicerna kepada masyarakat dengan
jayanya oleh pihak kerajaan. Pelbagai usaha telah dibuat untuk memastikan
institusi keluarga di negeri ini dapat diperkasa. Namun begitu, sehingga
kini, belum ada satu kajian yang jelas dilakukan untuk menilai secara
sistematik dan tersusun tentang keberkesanan DKMK. Sudah tiba masanya
untuk keberkesanan Dasar Keluarga Mawaddah ini dikaji dan dinilai sama
ada objektif yang telah digariskan telah dicapai atau tidak.
DKMK didapati berjaya menghasilkan standard kriteria Keluarga
Mawaddah yang sah dan boleh dipercayai untuk mengukur tahap
pencapaian kualiti Keluarga Mawaddah di Negeri Kelantan. Ia

246 Tiga Dekad Negeri Kelantan


terkandung dalam Buku Panduan Keluarga Mawaddah yang telah
diedarkan kepada masyarakat. Mulai tahun 2012, Kerajaan Negeri
Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan
(UPWKK) telah memberi Anugerah Keluarga Mawaddah kepada
keluarga-keluarga yang memenuhi kriteria di dalam Buku Panduan
Keluarga Mawaddah. Pemberian anugerah ini dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu Anugerah Zamrud bagi keluarga yang lengkap, Anugerah
Delima bagi keluarga bapa tunggal atau ibu tunggal dan Anugerah Nilam
bagi keluarga OKU. Pemilihan penerima anugerah ini dibuat berdasarkan
pencalonan daripada DUN kepada pihak UPWKK (sekarang U-KeKWa).
Bagi memastikan isi kandungan Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan
dan Buku Keluarga Mawaddah sampai kepada semua ketua keluarga di
Kelantan, kertas kerja ini mencadangkan agar setiap teks khutbah di Negeri
Kelantan memberikan penekanan kepada isu keluarga dan pendidikan anak
kerana keluarga perlu menjadi keutamaan. Cadangan ini memerlukan
dokongan dan sokongan daripada pihak JAHEIK dan MAIK untuk
mendraf teks khutbah yang sesuai. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan
kerjasama Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-
KeKWa).
Dalam situasi hari ini, didapati banyak keluarga yang menghadapi
pelbagai cabaran dan berdepan dengan pelbagai risiko, contohnya, suami
yang dipenjara, suami atau isteri yang kurang upaya dan tidak dapat
menyara keluarga dan sebagainya. Situasi sebegini memerlukan
pendekatan yang berbeza berbanding keluarga lain. Oleh itu, pihak U-
KeKWa perlu memikirkan modul pembangunan keluarga yang khusus
bagi keluarga yang berisiko. Selain itu, keluarga berisiko ini memerlukan
kumpulan sokongan keluarga yang boleh memenuhi keperluan keluarga
berisiko terutamanya keperluan psikologi.

Tiga Dekad Negeri Kelantan 247


248
Tiga Dekad

Jadual 1:
Pelaksanaan Dasar Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan Mengikut Fasa sejak tahun 2010
Negeri Kelantan

Fasa Pelaksanaan Bil Program / Perkara Objektif Sasaran


Dasar
Fasa 1 Buku Panduan Keluarga Mawaddah Panduan am dan senarai semak keluarga Seluruh ahli keluarga
Pendokumentasian (2010)
dan Penerangan 2 Modul Keluarga Mawaddah Kelantan Memberi panduan untuk membentuk Keluarga Masyarakat umum
Mawaddah
3 Dasar Kanak-kanak Fitrah (2018) Memberi garis panduan proses kerja dan tatacara Masyarakat umum dan agensi yang terlibat
perlindungan hak kanak-kanak oleh pihak yang
bertanggungjawab
4 Buku Kelantan Cakna Keluarga (2017) Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang Agensi yang terlibat
kecaknaan kerajaan terhadap institusi keluarga
Fasa 5 Lawatan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mendapatkan maklumat berkaitan taska untuk Pusat Jagaan / Tadika/ Taska
Penginstitusian penambahbaikan Taska Keluarga Mawaddah
atau Pembentukan 6 Persidangan meja bulat Semakan Enakmen Semakan Enakmen Keluarga Islam Kelantan Agensi yang terlibat
Sistem Keluarga Islam Negeri Kelantan
7 Polisi penempatan Mesra Keluarga termasuk Memenuhi ciri-ciri ke arah keluarga mawaddah Agensi terlibat
Rumah tiga bilik
8 Persekitaran kerja mesra keluarga Memberi kemudahan kepada staf untuk Agensi terlibat
berkhidmat dengan lebih tenang
Bersambung ke halaman berikut...
Fasa Pelaksanaan Bil Program / Perkara Objektif Sasaran
Dasar
Fasa Pelaksanaan, 9 Pengisytiharaan Hari Keluarga Mawaddah Memberi peluang kepada semua ahli keluarga Seluruh ahli keluarga
Penguatkuasaan Negeri Kelantan meluangkan masa bersama
dan Pemantauan 10 Seminar Keluarga Mawaddah Peringkat Memperkenalkan Dasar Keluarga Mawaddah Seluruh ahli keluarga dan agensi yang terlibat
Negeri Kelantan kepada seluruh masyarakat
11 Seminar Induksi Dasar Keluarga Mawaddah Memperkenalkan Dasar Keluarga Mawaddah ke Seluruh ahli keluarga
ke 10 jajahan seluruh jajahan
12 Seminar Induksi Dasar Keluarga Mawaddah Memperkenalkan Dasar Keluarga Mawaddah ke Seluruh ahli keluarga
ke 7 parlimen seluruh parlimen
13 Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Memberi peluang kepada masyarakat meraikan Seluruh keluarga
peringkat Negeri Kelantan hari keluarga bersama
14 Anugerah Keluarga Mawaddah Melahirkan keluarga yang mempunyai ciri-ciri Seluruh ahli keluarga
Tiga Dekad

Keluarga Mawaddah peringkat DUN


15 Sambutan Hari Keluarga Mawaddah di 45 Memberi peluang kepada masyarakat meraikan Seluruh keluarga
DUN hari keluarga bersama
16 Sambutan Hari Suami Isteri Peringkat Negeri Meraikan dan memberi penghargaan untuk suami Suami Isteri tahun 2010-2012
Kelantan dan isteri
17 Kursus Kecemerlangan Kerjaya dan Keluarga Memberi pendidikan kepada ketua keluarga untuk Lelaki di jabatan kerajaan
untuk Ketua Keluarga membentuk keluarga mawaddah
18 Bengkel Ibu Bapa Muda Memberi pendidikan berkaitan kekeluargaan Ibu dan bapa muda
kepada ibu dan bapa muda
19 Forum Keluarga Rasulullah Memberi pendedahan tentang kaedah pendidikan Masyarakat umum
keluarga Rasulullah bagi melahirkan insan yang
berkeperibadian mulia
20 Kursus Halimatul Saadiah Menaikkan taraf pembantu rumah tempatan 50 orang pengasuh di rumah kawasan /DUN
Negeri Kelantan

21 Pengisytiharan hari suri mithali Meraikan suri rumah seluruh Kelantan Suri rumah
22 Cuti Ihdad (Cuti bagi Isteri yang kematian Memberi kemudahan kepada kaum wanita Wanita
suami)
Bersambung ke halaman berikut...
249
250
Tiga Dekad

Fasa Pelaksanaan, 23 Mengedarkan Buku Panduan Keluarga Memperkenalkan Dasar Keluarga Mawaddah ke Seluruh ahli keluarga Kelantan
Penguatkuasaan Mawaddah bagi mempromosi Dasar Keluarga seluruh Kelantan
dan Pemantauan Mawaddah (DKM)
24 Rumah Perlindungan Wanita Rumah Perlindungan Sementara untuk wanita yang Mangsa keganasan Rumah Tangga dan
( Darul Auni) dianiaya Seksual
25 Sambutan Hari Kanak-kanak Negeri Kelantan Memberi kesedaran kepada ibubapa pentingnya Masyarakat umum dan agensi yang terlibat
Negeri Kelantan

pendidikan awal kanak-kanak serta merai dan


menghargai jasa dan bakat kanak-kanak
26 Seminar Dasar Kanak-kanak Memperkenalkan Dasar Kanak-kanak Fitrah Masyarakat umum dan agensi yang terlibat
27 Sambutan Hari Kanak-kanak Parlimen Memberi kesedaran kepada ibubapa pentingnya Ahli keluarga dan kanak-kanak di setiap DUN
pendidikan awal kanak-kanak serta merai dan
menghargai jasa dan bakat kanak-kanak
28 Skim Cakno Aulad Meraikan kelahiran baru Bayi yang baru lahir
29 Tahnik Perdana Memberi pendedahan kepada ibu bapa bahawa Ibu bapa dan bayi
mentahnik bayi adalah sunnah
30 Sambutan hari ibu bapa Meraikan ibu dan bapa sempena hari ibu sedunia Ibu bapa dan ahli keluarga
dan hari bapa sedunia
31 Kempen Sayangi Ibu dan Bapa (sepanduk di Memberi kesedaran kepada anak-anak untuk 45 DUN
45 DUN) menyayangi ibu bapa
32 Kempen Sayangi Kanak-kanak, Sayangi ibu Memberi pendedahan dan maklumat kepada 45 DUN sepanjang tahun
bapa, Sayangi keluarga Warga Emas masyarakat umum berkaitan keluarga
dan Kaunseling Penyusuan
33 Kempen Masih Ada Yang Sayang Membina jati diri anak yatim untuk lebih yakin dan Anak yatim di seluruh Kelantan
berjaya
Proses pemerkasaan keluarga memerlukan pengukuhan peranan lelaki.
Lelaki perlu diperkasa statusnya sebagai keluarga. Ini disebabkan pengaruh
globalisasi yang telah mempengaruhi fungsi lelaki dan wanita dalam
keluarga. Oleh itu, satu usaha telah dilakukan untuk menggubal Dasar
Qawwamah Lelaki Kelantan sebagai satu inisiatif untuk mendidik
masyarakat berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah mengenai peranan lelaki
yang sepatutnya dimainkan dalam keluarga dan masyarakat.
Bagi memastikan Dasar Keluarga Mawaddah (DKMK), sinergi tiga
entiti komuniti, iaitu, masjid sekolah dan keluarga diperlukan. Oleh itu, usaha
semua pihak perlu digerakkan oleh pihak kerajaan untuk membolehkan
setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam pembangunan
keluarga.

PENUTUP

Sehingga tahun 2020, pelbagai program telah diatur dan dilaksanakan oleh
Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U- KeKWa)
Negeri Kelantan di bawah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Kebajikan, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi (2013-sekarang) untuk
melaksanakan Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan. Masih terdapat ruang-
ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan
untuk memastikan DKMK benar-benar dihadam dan dicerna dengan baik
oleh rakyat Kelantan. Penyelarasan tindakan pelbagai agensi kerajaan
berdasarkan maqasid syariah dapat membantu supaya agenda DKMK ini
menjadi agenda utama bagi portfolio semua exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Ini akan membolehkan semua program yang dirangka mengambil kira dasar-
dasar penting Kerajaan Negeri ke arah mencapai khaira ummah dan baldatun
tayyibatun wa rabbun ghafur.

Tiga Dekad Negeri Kelantan


View publication stats

You might also like