Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN

27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
CBA 2022
No. Tel : 092667618
__________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN, JERANTUT PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02 / 2023

Hari : SELASA

Tarikh : 4 JULAI 2023

Masa : 1.20 PETANG

Tempat : BILIK GERAKAN, SK KUALA TAHAN

Kehadiran (Bilangan) : 9 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : 1) Pn Roziah Binti Abd Hamid


Pengerusi Mesyuarat : Pn Nor Idayu bt Idrus
Ketua PanitiaBahasa Inggeris
SK Kuala Tahan

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab ( Al


Fatihah). Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Inggeris
ke mesyuarat kali ini dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan
komitmen yang diberikan.

Tindakan : Makluman

2 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris ke mesyuarat panitia kali ke dua ini bagi membincangkan prestasi
dan kecemerlangan murid-murid SK Kuala Tahan bagi matapelajaran
Bahasa Inggeris.

2.2 Mengucapkan berbanyak terima kasih juga kepada guru-guru yang telah
berjaya melaksanakan PDPC dengan cemerlang serta melaksanakan
program-program panitia yang telah dirancang. Beliau berharap agar
program-program panitia yang dirancang perlu dikaji semula dari semasa ke
semasa dan guru-guru perlu peka dengan perubahan dan perkembangan
semasa.

1
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
CBA 2022
No. Tel : 092667618
__________________________________________________________________________________

2.3 Mengharapkan guru-guru supaya dapat melaksanakan PBD dan merekod


tahap perkembangan murid secara berterusan walaupun adanya
pelaksanaan ujian pertengahan dan akhir sesi akademik.

Tindakan : Makluman

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Setiuasaha Panitia Bahasa Inggeris telah membentangkan Minit

Mesyuarat Bil 1 / 2023/2024.

Dicadang untuk disahkan oleh Pn Rohana binti Abd Hamid.

Disokong untuk pengesahan oleh Pn Nurul Basirah binti A. Wahab.

Tindakan : Makluman

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit

5 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI BAHASA INGGERIS

5.1 Ketua panitia mencadangkan agar guru-guru Bahasa Inggeris


memperbanyakkan aktiviti bagi kemahiran bertutur dan menulis
memandangkan masih ramai murid yang berada pada tahap penguasaan TP
1 dan TP 2 untuk ke dua-dua kemahiran tersebut.

5.2 Bagi pelaksanaan program suntikan pagi, modul-modul program telah


dibekalkan kepada murid-murid. Sekiranya modul-modul tersebut telah habis
digunakan, ketua panitia berharap guru-guru dapat menyediakan modul-
modul yang baru supaya aktiviti ini dapat dilaksanakan secara berterusan.

5.3 Bulan Bahasa Inggeris ( English Month ) akan dilancarkan pada bulan Julai.
Sebagai gimik pelancaran semua guru, staff dan murid akan diberikan
sebuah button badge dan perlu dipakai di sepanjang bulan Bahasa Inggeris.
Pelbagai aktiviti tela dirancang sepanjang bulan bahasa Inggeris.

5.4 Ketua Panitia juga berharap agar program-program panitia yang dirancang
tetapi belum dapat dilaksanakan akan dapat dilaksanakan kelak.

Tindakan : Semua Guru BI

2
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
CBA 2022
No. Tel : 092667618
__________________________________________________________________________________

6 LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA BULAN MAC HINGGA JUNE 2023

6.1 Sepanjang bulan Mac hingga Jun Panitia Bahasa Inggeris telah
melaksanakan beberapa aktiviti mengikut takwin panitia.

6.2 Laporan pelaksanaan aktiviti murid-murid dan guru-guru adalah seperti di


Lampiran 1.

Tindakan : Makluman

7 LAPORAN KEWANGAN

7.1 Pengerusi menjelaskan bahawa panitia setakat ini telah menerima PCG
yang baru pada 13hb March 2023 yang lalu sebanyak RM 316.61 yang
menjadikan baki terbaru sebanyak RM 350.31.

7.2 Setakat ini PCG panitia telah digunakan sebanyak RM 103.30 untuk program
Transisi tahun satu dan bayaran telah dibuat pada 19hb Mei 2023. Sehingga
30hb Jun 2023, baki PCG panitia adalah sebanyak RM 247.01.

7.3 Sekiranya, guru-guru memerlukan sumber kewangan untuk penyedian


bahan bantu mengajar atau untuk mengadakan program, diharap dapat
menyediakan nota minta lebih awal untuk memudahkan urusan.

Tindakan : Semua Guru BI

8 PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH ( PBD )

8.1 Semua guru perlu sentiasa mengemaskini Fail Rekod Perkembangan Murid.
Guru-guru juga perlu memastikan bahawa murid-murid ditaksir dengan
pelbagai cara dan kaedah.

8.2 Semua guru perlu mencetak borang rekod perkembangan murid PBD/TOV
yang telah disediakan oleh Ketua Panitia bagi merekodkan tahap
perkembangan murid mengikut kemahiran.

8.3 Ketua panitia perlu membuat laporan penjaminan kualiti


pementoran.Terdapat dua laporan yang perlu disediakan iaiitu Borang PKM1
dan PKM 2.

Tindakan : Semua Guru BI

3
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
CBA 2022
No. Tel : 092667618
__________________________________________________________________________________

9 HAL-HAL LAIN

8.1 Penasihat mengingatkan para guru matapelajaran supaya menyediakan


buku latihan murid untuk disemak oleh pentadbir mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Pemantauan pdpc bagi semua guru oleh pentadbir dan Ketua
Panitia akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah disediakan.

8.2 Projek pendekatan bertema akan dilaksanakan di dalam bulan Julai. Diminta
semua guru bahasa Inggeris yang terlibat agar dapat membuat persediaan
bagi melaksanakan projek tersebut.

8.3 Pengerusi berharap agar semua program-program yang dirancang di


bawah panitia termasuklah program-program Highly Immersive Programme
dapat di laksanakan dengan jayanya.

Tindakan : Semua Guru BI

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan


penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh:

...............................................................

( PN AZIMAH BINTI ABDUL RAHMAN )

Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris
SK Kuala Tahan

4
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
CBA 2022
No. Tel : 092667618
__________________________________________________________________________________

Disemak oleh:

...............................................

( NOR IDAYU BINTI IDRUS )

Ketua Panitia
Panitia Bahasa Inggeris
SK Kuala Tahan

Disahkan oleh :

.......................................................

( ROZIAH BINTI ABD HAMID )

Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran


SK Kuala Tahan

You might also like