Professional Documents
Culture Documents
Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia
Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia
Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia
Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
MUKADIMAH
Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri
Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan
Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah
disemak pada tahun 1991.
Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau
mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-
kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah
dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah
yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah.
Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan
dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang
pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.
Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan
mematuhi Undang-Undang Kepanduan.
2.1 Kaedah
Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia, yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang
ii. Perkembangan kendiri yang progresif
iii. Pembelajaran melalui perbuatan
iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan
yang bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa
vi. Khidmat masyarakat
vii. Aktiviti luar
viii. Simbolisme
2.2 Keanggotaan
Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua
kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan
yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan.
Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup
kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada
dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan
Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara
daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar
sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan
dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri
menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat
dan pembangunan serta teknologi maklumat.
Ahli Kehormat
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli
Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan
penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang
tidak lagi memegang waran.
Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan
dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan
Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.
Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-
keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini.
Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli
yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan
keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang
dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.:
PERKARA 4 – LENCANA
USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah
empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam
bulatan di sekelilingnya bawahnya.
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya),
bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk
menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran
kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan
melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.
PERKARA 5 – PENAUNG
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan
Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan
ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara
mesyuarat Majlis Kebangsaan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika
perlu.
Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa
ke semasa
Ketua Eksekutif Ibu Pejabat Kebangsaan Ketua Eksekutif ialah staf yang dibayar gaji,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia diambil kerja dan bertanggungjawab kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang
sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif
Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada
setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan.
Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan
memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana
pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi
tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.
USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai
di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60
tahun, and 30% di atas umur 60 tahun.
USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio
Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia
bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran
Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa
oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan
kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua
Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang
daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan
ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir
akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai
sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah
keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis
Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan
Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan
mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat
Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.
Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun
berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya
dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada
satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik
sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak
hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan
mesyuarat tersebut.
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan
ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum
tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan
ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu
semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah
keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
memerlukan dua pertiga undi majoriti.
USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis
Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar
yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun
tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan,
dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 89 – KEWANGAN
i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis
Kebangsaan.
ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan
pendapatan daripada pelaburan.
Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta
dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada
mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber
yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing.
Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh
jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan
harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan
menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.
Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua
penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada
penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat.
Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh
14 Mei30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira
serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun
kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.
i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu.
ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.
iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan
isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.
Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh
yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui
undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.
USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga
Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis
Kebangsaan empat belasdua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis
Kebangsaan.
Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat
Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini
ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh
dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir.
Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset
selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana
yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk
pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus
mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan
pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.