Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE (1) JINJANG

JINJANG UTARA,
52000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-62581405 Faks: 03-62581405
Emel: wbb0103@moe.edu.my

“Keberhasilan Sekolah Agenda Utama,


Kemenjadian Murid Keutamaan Bersama”

KERTAS CADANGAN

Sekolah Tanpa Tunai

KELOLAAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
&
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK LA SALLE 1 JINJANG
1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Pembelajaran digital dalam transformasi pendidikan negara adalah suatu proses


pengadaptasian teknologi digital dalam pendidikan bagi para pendidik mencapai objektif-
objektif semasa proses pembelajaran dan pemudahcara dalam PdPc yang dijalankan. Selari
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) SK La Salle 1 Jinjang telah mengorak langkah
menuju kecemerlangan dan pengurusan yang efektif melalui aplikasi pendigitalan. Justeru
itu, Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengambil
tanggungjawab menggunakan platform pendigitalan bagi pengurusan kewangan.
Program Sekolah Tanpa Tunai adalah program yang membolehkan pelajar, guru dan
kakitangan sekolah membuat pembayaran tanpa tunai menggunakan Kad Debit Hong Leong
Bank terutamanya di kantin dan kedai buku. Pembayaran tanpa tunai boleh dilakukan
melalui Terminal Jualan Point-of-Sale (POS) Hong Leong Bank serta mana-mana Terminal
POS oleh mana-mana peniaga yang menerima Kad Debit Hong Leong Bank.
Sehubungan dengan itu, Program Sekolah Tanpa Tunai adalah program khas
dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga SK La Salle 1 Jinjang serta komuniti tentang
kepentingan pengurusan kewangandan kesedaran kepentingan pendigitilan dalam
kehidupan seharian.

2.0 MISI
Program tanpa tunai di sekolah untuk memupuk sifat celik kewangan dalam kalangan
pelajar

3.0 VISI
Memupuk tabiat kewangan yang baik dikalangan murid bermula pada awal usia

4.0 OBJEKTIF
1. Menggalakkan celik kewangan dan penggunaan pembayaran tanpa tunai untuk kanak-
kanak
2. Memperkasakan komuniti untuk memupuk tabiat kewangan yang baik
3. Penggunaan kaedah tanpa tunai pada awal usia & memastikan keterangkuman
kewangan dalam menuju ke arah masyarakat tanpa tunai
5.0 SASARAN
Semua warga Sekolah SK La Salle 1 Jinjang

Enrolmen
Murid : 397 orang murid
Guru : 28 orang guru termasuk pentadbir
AKP ( Staff ) : 2 orang
Pekerja Pembersihan : 5 orang
Pengawal Keselamatan : 4 orang

6.0 KPI

6.1 Indikator Output


Penglibatan 100% warga SK La Salle 1 Jinjang

6.2 Indikator Outcome


Memupuk sikap murid ke arah environmental dan melatih murid ke arah pendidikan
pengurusan kewangan dari usia muda.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL HARGA PER


BIL ITEM HARGA (RM) SUMBER
ITEM UNIT (RM)
1. Kad Debit 397 1.00 397.00 Ibu Bapa / Penjaga
2. Card Holder 397 Percuma Percuma Hong Leong Bank
3. Landyard 397 Percuma Percuma Hong Leong Bank
3. Mesin Elektronik 6 Percuma Percuma Hong Leong Bank

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : Puan Erny Kamaleah binti Mohamed Esa (Guru Besar)
Pengerusi : En Mohd Syamsul Faisal Bin Othman (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Pn Asfarina Binti Anwar (PK Pentadbiran)
Pn Suriza Binti Yusoff (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Sabrina Athirah Binti Mazlan
Setiausaha : Cik Fatin Alawiyah Binti Awaluddin
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bil MASA PERKARA CATATAN

• Mengenalpasti • Syarikat MyIRC tidak


kekuatan dan mendapat kebenaran
kelemahan projek daripada KPM
• Perbincangan • BSN tidak mengeluarkan
bersama-sama kad debit kepada kanak-
jawatankuasa kerja kanak dibawah 13
• Penyediaan kertas kerja tahun.
November -
• Permohonan kelulusan • Touch & Go tidak boleh
1. Disember
JPWPKL menggunakan kad di
2023
• Mencari syarikat yang premis-premis
menyediakan perkhidmatan perniagaan
kad debit kepada kanak- • Bank Rakyat tiada
kanak berusia 13 tahun ke layanan.
bawah yang diluluskan oleh • Hong Leong Bank tiada
KPM kebenaran KPM @
JPWP
• Pembukaan akaun
Tahun 1 Sesi 2024/2025
• Mengadakan taklimat kepada
dan murid yang terlibat
guru-guru, vendor-vendor sekolah,
2 Januari 2024 dengan program Kem
PIBG dan ibubapa terlibat.
SKORlah seramai 100
• Pelaksanaan projek rintis
orang dari tahun 1
hingga 6 2023/2024
14 Februari • Pelaksanaan projek rintis
3 – (Kem SKORlah 2024, penglibatan
6 Mac 2024 150 murid)
• Taklimat dan pembukaan akaun
4 5 Mac 2024
murid tahun 1 hingga 6 2024/2025
• Pelaksanaan program
• Pemantauan pelaksanaan program
5 11 Mac 2024
• Kaji selidik pengguna
• Penambahbaikan program
Disember • Mesyuarat pasca nilai
6
2024 • Penghasilan dokumentasi
Bulan Nov 23 Dis 23 Jan 24 Feb 24 Mac 24 April 24

Perkara 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Perancangan

Penyediaan
Kertas Kerja
SLU – PIBG,
Vendor, Ibu
Bapa
Program
Rintis

Pelaksanaan
Projek
Diskusi isu-
isu yang
timbul

10.0 PENUTUP
Pihak sekolah bekerjasama bersama Persatuan Ibubapa dan Guru ingin
memastikan semua anak murid SK La Salle 1 Jinjang celik kewangan. Ini merupakan
kemahiran yang penting untuk hidup dalam masyarakat moden. Generasi muda kini
membesar dalam dunia yang semakin kompleks di mana mereka perlu bertanggungjawab
terhadap masa depan kewangan mereka sendiri.
Bersama kita perkasakan mereka untuk membuat keputusan kewangan yang bijak
dengan panduan dan sumber yang berguna.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

________________________________ ________________________________
(MOHD SYAMSUL FAISAL BIN OTHMAN) (ERNY KAMALEAH HAJI MOHAMED ESA)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
SK La Salle 1 Jinjang SK La Salle 1 Jinjang

You might also like