Teks Majlis Pertunangan Simple

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari yang berbahagia ini bagi meraikan majlis
pertunangan antara puteri bongsu keluarga kami, Wan Nor Fatini Binti Wan Zaidi, dan
pasangannya, Mohamad Shahrul Nizam Bin Zakaria.

Sebelum kita memulakan majlis pada hari ni, saya menjemput adinda Wan Mohamad Aiman
untuk membacakan doa agar majlis kita diberkati Allah swt. Dipersilakan.

Pada kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat datang kepada keluarga
besar pihak lelaki yang sudi hadir ke rumah kami. Kami amat berbesar hati dan bersyukur
atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang membawa seribu satu makna dalam
memperkukuhkan hubungan antara dua keluarga.

Sebelum meneruskan acara, eloklah kiranya saya memperkenalkan diri dulu. Saya merupakan
Along, kakak sulong kepada Fatini, sebelah saya ini Ngah, Aiman, abang Fatini, anak kedua
dalam keluarga kami. Jadi harini, Abah kami berikan kepercayaan kepada kami berdua bagi
mewakili keluarga kami dalam menyempurnakan perbincangan kita pada hari ni.

(Perkenalkan Umi Abah dan Adik beradik)

(Keluarga Shah Perkenalkan keluarganya)

Alhamdulillah kita dah kenal la serba sedikit mengenai keluarga masing-masing kan. Izinkan
saya berpantun sedikit ya…

Angin sepoi membawa berita,


Dari Tokbali ke Kampung Salor,
Tetamu dihormati selamat tiba,
Mohon dijelaskan hajat apoo mai harini…

PERBINCANGAN
- Wang hantaran/mas kahwin
- Tempoh pertunangan
- Tarikh majlis kahwin Perempuan
- Tarikh majlis lelaki
- hantaran

Alhamdulillah…MashaAllah Tabarakkah, Allah izinkan majlis pertunangan adik bongsu


kesayangan kami pada hari ni dengan buah hatinya Shah… Kita harapkan pertemuan harini
merupakan permulaan ikatan suci dan penyatuan kasih saying antara dua buah keluarga yang
diberikati dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Seterusnya kita ke acara menyarungkan cincin

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari
ini, serta kepada mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Mohon maaf atas salah silap tutur kata dan kekurangan majlis

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like