Ar3 Soalan Bahagian A Kertas 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN A

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki membalas satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu
selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada iffah_alias@gmail.com
Kepada irfan21@gmail.com
Subjek Destinasi Pelancongan
Salam hormat, Irfan.
Apa khabar? Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengutuskan e-mel kepada awak.
Untuk pengetahuan awak, saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan
tahun di sekolah saya. Selepas puas mengulang kaji pelajaran dan membuat persediaan
untuk menduduki peperiksaan tersebut, kini tibalah masa untuk saya merehatkan minda.
Ayah saya sudah bersetuju untuk membawa saya seisi keluarga pergi bercuti.
Setahu saya, awak dan keluarga awak juga selalu bercuti setiap kali cuti sekolah bermula.
Berdasarkan pengalaman awak, bolehkah awak cadangkan satu destinasi percutian yang
sesuai dan sebab-sebab saya dan keluarga saya patut memilih destinasi tersebut?

Saya menantikan balasan e-mel daripada awak.


Sahabatmu,
Iffah
E-mel 1

E-mel 2
Daripada aiman@ymail.com
Kepada nurul@ymail.com
Subjek Kaedah Belajar Berkesan
Salam hormat sahabatku, Nurul.
Apa khabar kamu dan keluarga di sana? Semoga kamu dan keluarga dalam keadaan ceria
selalu.
Sebenarnya, saya akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan Februari tahun
hadapan. Saya berasa kurang yakin dengan kaedah belajar yang saya gunakan sekarang.
Memandangkan awak telahpun mendapat keputusan peperiksaan yang sangat
memberangsangkan, bolehkan awak berkongsi kaedah belajar yang telah awak amalkan?
Saya amat berharap awak boleh mencadangkan kaedah belajar yang berkesan terutamanya
ketika di rumah.

Saya menantikan respons e-mel daripada awak.


Sahabatmu,
Aiman

You might also like