Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KHEOW BIN

68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


BILANGAN 1 TAHUN 2024

Tarikh : 5 Mac 2024


Masa : 10.40 pagi – 12 tengahari
Tempat : BILIK KHAS 1, SJK ( C ) KHEOW BIN
Urus Setia Mesyuarat : Puan Robbyatul (Ketua Panitia)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Robbyatul selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu 2024 mengucapkan terima
kasih kepada semua guru Bahasa Melayu yang hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa
melayu Bil 1 tahun 2024. Ucapan terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan
sepanjang tahun 2023-2024 dan berharap semua guru terus komited memberikan
usaha yang terbaik untuk tahun 2024-2025 mengikut perancangan panitia yang
telah ditetapkan.
Makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Cadangan : Puan Faezah


Sokongan : Encik Mustakim
Makluman
3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 AHLI JAWATAN KUASA 2024-2025


4.1.1 Ahli jawatankuasa untuk tahun 2024-2025 dilantik seperti berikut:
Ketua Panitia : Puan Robbyatul
Penolong Ketua Panitia : Cik Lee KY
Setiausaha : Encik Mohamad Nazrin Faiz (Penyelaras tahun 3)

1
Penyelaras
Tahun 1 : PuanTan Lih Ching
Tahun 2 : Puan Cherise Tan
Tahun 4 : Puan Chng Kim Hiang
Tahun 5 : Encik Mustakim
Tahun 6 : Puan Faizah (Penyelaras Program PLAN)
Setiausaha MBMMBI : Encik Mohd Nazrin
Setiausaha Program Bijak Kelas Pemulihan BM/PBKP : Puan Tan Chou Yun
Setiausaha Pertandingan Syarahan dan Bercerita : Cik Teh Suet Mei dan Encik
Mustakim

Diharap semua ahli jawatankuasa yang dilantik komited dalam melaksanakan tugas
masing-masing.
Tindakan: Semua guru

4.2 ANALISA KEPUTUSAN UASA


4.2.1 Berdasarkan keputusan UASA tahun 2023-2024, semua guru Bahasa Melayu
diharap dapat mengenalpasti kelemahan murid untuk mengadakan intervensi
berterusan untuk meningkatkan keupayaan murid yang lemah dalam matapelajaran
Bahasa Melayu
Tindakan: Semua guru

4.3 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2024-2025


4.3.1 Guru-guru perlu mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran,
Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) dan skop topik daripada penyelaras tahun
masing-masing.

Tindakan: Semua guru

4.3.2 RPT perlu dihantar kepada Ketua Panitia selewat-lewatnya dalam masa
seminggu. Tarikh-tarikh peperiksaan mengikut takwim persekolahan perlu
dimasukkan dalam RPT dan perlu ada pengesahan guru besar.
Tindaka
n: Penyelaras Aliran

4.4 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESSIONAL (PLC)


4.4.1 PLC perlu dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk menggalakkan
perkongsian idea dan bahan bantu pengajar di kalangan para guru.

2
Tindakan: Semua guru

4.5 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


4.6.1 PBD perlu dijalan sepanjang tahun dan guru perlu memasukkan data 2 kali
setahun iaitu sebelum 12 Julai 2024 dan 15 November 2024. Semua penyelaras
bertanggungjawab memastikan semua data PBD telah lengkap seperti yang telah
ditetapkan. Perekodan PBD mesti dilakukan sepanjang tahun dan disimpan di dalam
fail masing-masing.
Tindakan: Semua guru

4.7 PENDEKATAN BERTEMA


4.7.1 Pembelajaran melalui pendekatan bertema perlu dijalankan dengan kerjasama
guru matapelajaran lain dengan mencari perkaitan melalui aktiviti matapelajaran
terhadap fokus yang sama.
Tindakan: Semua guru

4.8 PERTANDINGAN AKADEMIK / PEPERIKSAAN DALAMAN (UASA)


4.8.1 Ahli jawatankuasa akan diberitahu kemudian. Kertas soalan mesti berdasarkan
DSKP dan diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tindakan: Semua guru

4.9 PROGRAM INTERVENSI


4.9.1 Semua guru perlu memilih murid yang sesuai untuk program intervensi bagi
membantu murid khususnya dalam 3M bagi mengatasi jurang keciciran yang tinggi
di kalangan murid. Program akan bermula pada 12 Mac 2024.
Tindakan: Semua guru

4.10 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPH)


4.10.1 Semua guru diingatkan untuk menyediakan RPH setiap hari berdasarkan
DSKP dan RPT. RPT perlu disimpan bersama di dalam fail RPH.
Tindakan: Semua guru

4.11 BUKU TULIS DAN BUKU KERJA


4.11.1 Semua murid perlu menyediakan buku tulis seperti yang dipersetujui
Buku kerja perlu dilengkapkan mengikut proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Guru boleh berbincang bersama rakan guru lain untuk memastikan
keselarian PDP di kalangan semua guru.

3
Tindakan: Semua guru

4.12 LATIHAN EJAAN


4.12.1 Latihan ejaan perlu dijalankan 1 minggu sekali dan disesuaikan dengan tahap
murid masing-masing. Tindakan: Semua guru

4.13 PERTANDINGAN BERCERITA


4.13.1 Pertandingan bercerita akan dijalankan pada 21 hingga 24 Mei 2024. Semua
guru perlu memilih sekurang-kurangnya 2 orang wakil dari setiap kelas untuk
pertandingan ini. Guru-guru juga perlu melatih murid masing-masing supaya mereka
lebih bersedia.
Tindakan: Semua guru

4.15 ALAT BANTU MENGAJAR


4.15.1 Semua alat bantu mengajar perlu diagihkan ke semua kelas supaya dapat
digunakan sepenuhnya di dalam sesi PDP. Guru perlu memastikan ABM digunakan
dengan baik dan disimpan dengan kemas di loker ABM.
Tindakan: Semua guru
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Perbincangan atau perkongsian idea bagi menjalankan aktiviti brainstorming untuk
murid-murid sepanjang sesi persekolahan 2024-2025.
Tindakan: Semua guru

5.2 Semua guru terlibat untuk menyediakan papan kenyataan Panitia Bahasa Melayu.
Guru boleh memaparkan hasil kerja murid masing-masing di papan kenyataan.
Tindakan: Semua guru
5.3 Fail Panitia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa . Perlu ada carta
organisasi ,takwim, takwim panitia, senarai nama AJK , jadual guru, jadual Bilik Khas .

5.4 Mesyuarat Panitia diadakan sebanyak 4 kali setahun.

6 PENUTUP

6.1 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi.


6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.
6.3 Mesyuarat Bil 2/2024 akan diadakan tarikh yang akan diumumkan kemudian.

4
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………………….. …………………………….. ……………………………..


(ENCIK MOHD NAZRIN) (PUAN ROBBYATUL) (CIK CHAN YOKE LAN)
Setiausaha Ketua Panitia Penolong Kanan Pentadbiran
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu SJKC Kheow Bin
Tarikh : 21 Mac 2024 Tarikh : 21 Mac 2024 Tarikh : 21 Mac 2024

Disediakan oleh :

……………………………..
(PN ROBBYATUL) 5
Setiausaha
Panitia Bahasa Melayu,
Tarikh : 25 Jan 2021

You might also like