Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (BAHASA

MELAYU) KOMUNIKASI PROFESIONAL KEPUJIAN (LG241)

PRAGMATIK BAHASA MELAYU (BMP541)

TUGASAN BERKUMPULAN (50%)


TAJUK : IMPLIKATUR DALAM LIRIK LAGU GENRE RAP DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

Nama Ahli Kumpulan No. Pelajar

AINNUR ATHIRAH BINTI MOHD AFANDI 2022977793

FARAH MAISARAH BINTI ZULITA UJANG 2022961359

FARAH MASSARAH BINTI ZULITA UJANG 2022961177

HANISAH BINTI ROZALI 2022798483

Nama Pensyarah :
DR NURUL AFIFAH ADILA BINTI MOHD SALLEH

Kumpulan :
LG2413A

Tarikh Serahan :
14 JULAI 2023
IMPLIKATUR DALAM LIRIK LAGU PENYANYI RAP DI MALAYSIA

Ainnur Athirah Afandi, Farah Maisarah Zulita Ujang, Farah Massarah Zulita Ujang &
Hanisah Rozali
Akademi Pengajian Bahasa

ABSTRAK

Kajian ini akan membincangkan aspek implikatur yang digunakan dalam lirik lagu
penyanyi rap di Malaysia yang terdiri daripada lirik lagu yang bertajuk “Eh” ditulis oleh
Zizi Kirana, lirik lagu “Hutang” yang dinyanyikan oleh Floor 88, lirik lagu “ Amboi”
dinyanyikan oleh Altimet dan lirik lagu “Sang Saka Biru” dinyanyikan oleh Joe Flizzow,
Altimet, SonaOne, ALYPH. Metodologi kajian difokuskan kepada kaedah kualitatif iaitu
analisis teks ataupun dokumenakan dianalisis berdasarkan Teori Implikatur yang
dikemukakan oleh Grice (1975) yang diselaraskan oleh Asmah Haji Omar (1992)
mengikut empat kaedah iaitu berbelit-belit, kiasan, berlawanan dan orang perantaraan.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa sebanyak 17 contoh lirik bagi kaedah
berbelit-belit dijumpai, 18 dijumpai bagi kaedah kiasan dan 5 bagi kaedah orang
perantaraan. Justeru itu, kaedah berbelit-belit merupakan implikatur yang paling banyak
digunakan dan kaedah orang perantaraan paling sedikit digunakan dalam empat pilihan
lagu genre “rap” yang dikaji. Kajian ini memberi sumbangan atau kepentingan sebagai
panduan menggunakan ungkapan tersirat atau implikatur dalam penulisan lirik lagu.

Kata kunci : implikatur, lirik lagu, rap, makna implisit, pragmatik


PENGENALAN
Konsep implikatur ini merupakan sebuah konsep yang dikemukakan oleh seorang ahli
falsafah yang bernama Grice. Implikatur ini dikaitkan dengan sesuatu mesej dalam
perbualan yang disampaikan secara tidak langsung dan tersirat. Menurut Carston
(1988), implikatur merujuk kepada mesej tersirat yang cuba disampaikan dengan ujaran
yang tersurat. Oleh hal yang demikian, pendengar atau penerima mesej akan
mengandaikan sesuatu mesej yang cuba disampaikan. Justeru itu, implikatur ini
dikemukakan oleh Grice atas alasan ujaran yang disampaikan oleh manusia sering kali
tidak selalunya menyampaikan apa yang dimaksudkannya. Menurut Grice lagi,
kadangkala manusia bermaksud lebih daripada yang diujarkan dan kadangkala mereka
bermaksud sesuatu yang lain daripada yang diucapkan. Oleh itu terdapat dua
implikatur iaitu implikatur konvensional dan implikatur perbualan.
Manakala, Asmah Haji Omar (1992), implikatur dibahagikan kepada empat
kaedah utama. Hal ini dikatakan demikian kerana, Asmah Haji Omar telah
menyesuaikan konteks implikatur oleh Grice berdasarkan konteks masyarakat dan
budaya Melayu. Oleh hal yang demikian, empat kaedah implikatur yang dimaksudkan
oleh Asmah Haji Omar terdiri daripada berbelit-belit, kiasan, orang perantaraan dan
berlawanan. Berbelit-belit di sini bermaksud penutur menyampaikan sesuatu yang tiada
kaitan dengan perkara yang hendak dinyatakan. Selain itu, kiasan merujuk kepada
ucapan yang dikiaskan oleh penutur dengan benda atau perkara lain seperti alam
semula jadi dan keindahan alam. Manakala, orang perantaraan merujuk kepada pihak
ketiga yang terlibat dalam peristiwa bahasa sewaktu mesej tersebut disampaikan. Akhir
sekali, berlawanan merujuk kepada kaedah komunikasi yang digunakan untuk
merendah diri dalam pertuturan.
Justeru itu, kajian ini akan menganalisis implikatur dalam lirik lagu genre rap
penyanyi di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengkaji mempercayai
bahawa rata-rata lirik lagu rap ditulis dengan menggunakan makna tersirat atau
implikatur untuk menyampaikan pesanan atau nasihat dalam lirik lagu tersebut. Oleh
itu, pengkaji telah memilih sebanyak tiga buah lagu genre rap yang bertajuk “Eh” yang
dinyanyikan oleh Zizi Kirana, “Hutang” yang dinyanyikan kumpulan Floor 88 dan lagu
“Kalah dalam Menang” yang merupakan nyanyian Mawi dan Syamsul Yusoff sebagai
bahan analisis mengikut empat jenis implikatur yang disesuaikan oleh Asmah Haji
Omar (1992).
PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan rujukan kajian lepas, pengkaji mendapati bahawa kajian implikatur yang
dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu hanya terbatas kepada analisis teks
bertulis seperti implikatur dalam warkah pendeta Za’ba, teks ucapan Tun Abdullah
Ahmad Badawi dan novel yang bertajuk “Di Sebalik Dinara” serta dialog dalam filem
Melayu. Oleh hal yang demikian, kajian yang berkaitan ilmu pragmatik iaitu implikatur
dalam lirik lagu kurang diberikan tumpuan menyebabkan pengkaji ingin meneroka
sejauh mana teori implikatur yang disesuaikan oleh Asmah Haji Omar (1992) mengikut
konteks masyarakat Melayu digunakan dalam penghasilan sesebuah lirik lagu dalam
industri muzik di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti penggunaan implikatur dalam lirik lagu genre rap.
2. Menganalisis teori implikatur implikatur Grice yang telah disesuaikan mengikut
konteks masyarakat Melayu oleh Asmah Haji Omar (1992) dalam lirik lagu
genre rap berdasarkan teori

PERSOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah penggunaan implikatur dalam lirik genre rap.
2. Apakah makna penggunaan implikatur dalam lirik lagu genre rap berdasarkan
teori implikatur Grice yang telah disesuaikan mengikut konteks masyarakat
Melayu oleh Asmah Haji Omar (1992).

DEFINISI KONSEP
Lirik lagu
Definisi lirik lagu boleh juga dianggap sebagai puisi, dan sebaliknya. Lirik lagu yang
digubah dalam bentuk ayat dan sering menyampaikan sesuatu makna yang tersirat
seperti mesej atau emosi. Lagu yang terbentuk dari hubungan antara unsur muzik atau
lirik merupakan salah satu bentuk komunikasi massa (Nor’aini Tahir et. al. 2007, dalam
Siti Noor Riha Sulong, 2015). Menurut Mohd Kassim Ismail, 2004, dalam Siti Noor Riha
Sulong (2015) lirik lagu juga boleh mempunyai pelbagai mesej yang boleh mewujudkan
suasana dan imej imaginasi tertentu untuk pendengar. Ini boleh membantu
menghasilkan makna yang berbeza, yang boleh menyeronokkan bagi semua
pendengar.
Implikatur
Menurut Nor Hashimah (2003) implikatur melibatkan apa-apa yang diujarkan secara
eksplisit dan juga apa-apa yang dilahirkan secara implisit dan menurutnya juga
implikatur dalam erti kata yang mudah ialah mesej tersirat yang disampaikan oleh
penutur dalam perbualan. Mesej yang diterima juga adalah yang dideduksikan daripada
perkataan yang diperkatakan. Implikatur adalah satu aspek yang penting dalam bidang
pragmatik, iaitu bidang yang mengkaji hubungan bahasa dengan konteks.

Pragmatik
Pragmatik merupakan satu cabang dalam bidang ilmu yang melibatkan kajian makna
atau istilah bagi suatu bentuk komunikasi yang dibicarakan oleh penutur. Leeches
(1993:8) dalam Isna Ningsi , n,d juga mengatakan bahawa pragmatik ialah kajian
makna berhubung dengan situasi pertuturan. Pragmatik telah menjadi semakin popular
dalam linguistik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana ahli bahasa telah
menyedari bahawa pemahaman bahasa secara pragmatik adalah perlu untuk
mendedahkan sifat sebenar bahasa.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini menunjukkan usaha masyarakat terhadap pengguna bahasa tertentu untuk
mengekalkan perasaan mereka atau beradab apabila mereka menyatakan hajat atau
kehendak mereka. Selain itu, kajian ini memberikan gambaran yang lebih baik tentang
nilai moral masyarakat, terutamanya masyarakat Melayu. Dalam menyampaikan buah
fikiran mereka, orang Melayu bijak menggunakan kata-kata atau ayat yang sopan. Oleh
itu, contoh implikatur yang digunakan akan menunjukkan perspektif orang Melayu yang
mengutamakan nilai kesantunan.

Analisis juga boleh menonjolkan ujaran implikatur atau implisit. Kajian penggunaan dan
makna implikatur boleh mengajar orang ramai cara menggunakan bahasa dengan
betul. Ia juga boleh mengelakkan masalah taksa atau kekaburan makna dalam
komunikasi. Kajian ini juga mempunyai kemungkinan untuk meningkatkan pemahaman
masyarakat tentang implikatur pragmatik. Meningkatnya kefahaman tentang implikatur
sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami ujaran yang tersurat tetapi tersirat.
Oleh kerana setiap ucapan boleh ditafsirkan dengan cara yang berbeza daripada apa
yang dikatakan oleh penutur, masyarakat akan berhati-hati apabila bercakap.
Kajian ini juga boleh digunakan sebagai pembuka pintu untuk kajian lanjutan
oleh pengkaji lain yang ingin mengkaji pelbagai aspek implikatur. Salah satu cabang
bidang pragmatik ialah kajian implikatur. Kajian pragmatik adalah tentang makna
berdasarkan keadaan. Untuk mengelakkan salah faham atau kesilapan dalam
interpretasi makna, kajian adalah penting untuk menjelaskan mana ujaran. Kajian ini
juga penting kerana ia menunjukkan bahawa terdapat implikatur dalam perbualan
apabila seseorang penutur menyampaikan mesej, termasuk ungkapan ujaran yang
secara tersirat dalam lirik lagu rap.
Kajian ini juga akan membantu penggiat seni lagu rap, terutamanya penulis lirik,
mencipta perasaan dan menggunakan implikatur dengan betul untuk menggambarkan
pemikiran. Kajian ini juga boleh membantu penulis lirik menggunakan implikatur dengan
lebih kerap supaya bahasanya menarik perhatian penonton. Bahasa atau ujaran yang
kreatif akan menarik perhatian pendengar dan memberi mereka peluang untuk berfikir.
Seterusnya, dengan pendedahan yang diberikan dalam kajian ini, kajian ini mungkin
membantu penulis lirik dalam menyampaikan lagu dengan lebih menarik dengan
menggunakan implikatur. Pelajar yang mengikuti kursus pragmatik mungkin menjadi
lebih tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang bidang ini dan meningkatkan
pengetahuan mereka melalui kajian in.

KAJIAN LEPAS
Terdapat beberapa kajian lepas yang membincangkan tentang implikatur ini
antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Yusniza Yaakub et.al (2017) menjalankan
kajian mengenai implikatur dalam teks ucapan Tun Abdullah Badawi yang bertajuk
Bekerja Bersama Saya. Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah
mengenal pasti implikatur dan menghurai serta menganalisis implikatur yang terdapat
dalam teks ucapan Tun Abdullah. Bagi pengumpulan data, kajian kualitatif telah dipilih
bagi melaksanakan kajian ini dan kajian ini juga menggunakan kerangka Teori Grice
(1975). Hasil kajian mendapati bahawa pewacana banyak menggunakan unsur kiasan
dalam ucapan beliau dan ungkapan berlawanan tiada dalam teks tersebut.
Srikandi Saemah Samaon dan Mary Fatimah Subet (2021) dalam kajiannya
menumpukan analisis teori relevans berkait rapat dengan perwatakan dan nilai dalam
Novel “Di Sebalik Dinara” yang merupakan hasil karya Dayang Noor (2001). Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan teori relevans yang
meliputi konteks, kesan kognitif dan usaha memproses maklumat bagi membantu
pembaca memahami citra atau perwatakan watak dalam novel tersebut.Tambahan
pula, Rangka Rujuk Silang juga diaplikasikan dengan teori relevans. Hasil kajian
mendapati bahawa perkataan rimas, tentu, berbincang merupakan data yang dikaji
yang mempunyai makna tersirat disebalik perkataan tersebut. Kesimpulannya, kajian ini
dapat mencapai objektifnya iaitu menerapkan TR dalam pembelajaran KOMSAS dalam
menganalisis perwatakan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara.
Kajian oleh Yusniza Yaakub (2018) yang bertajuk “Ungkapan Berimplikatur
Sebagai Strategi Kesopanan Dalam Warkah Koleksi Pendeta Za’ba menyatakan
bahawa objektif yang ingin dicapai ialah untuk mengenal pasti implikatur,menghurai dan
menganalisis implikatur sebagai strategi kesopanan dalam warkah tersebut. Bagi
metodologi kajian, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis teks dan
pengkaji juga menggunakan teori yang diperkenalkan oleh Grice (1975). Hasil analisis
dan perbincangan menunjukkan bahawa terdapat 5 data bagi berbelit-belit, 2 jenis
kiasan iaitu kiasan asal (1) dan kiasan berpindah (5) dan 3 data bagi orang
perantaraan. Oleh itu, kajian implikatur yang digunakan dalam warkah ini selari dengan
budaya masyarakat Melayu yang mementingkan kesopanan berbahasa dan pertuturan.
Akhir sekali, kajian yang dibuat oleh Norulwidad Zakaria, Abdul Rasid Jamian
dan Ariff Mohamad (2023) menumpukan kepada analisis Teori Relevans: Perwatakan,
Nilai dan Pengajaran dalam Novel Jalan Ke Puncak Karya Juri Durabi. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif iaitu analisis dokumen dengan menggunakan teori
relevans untuk melihat eksplikatur, bentuk logik atau makna dan andaian implikatur.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat data sebagai eksplikatur yang
menunjukkan bahawa ayat tersebut mempunyai makna dan boleh diberikan andaian
implikatur. Pengkaji berpendapat, penerapan TR ini boleh dijadikan sebagai satu
strategi yang menjurus kepada penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan murid khasnya

KERANGKA TEORI
Menurut Asmah Haji Omar (1992), mengatakan bahawa implikatur merupakan suatu
maksud sebenar dengan tujuan tertentu yang hadir dalam peristiwa komunikasi dalam
masyarakat Melayu melalui empat kaedah iaitu berbelit-belit, kiasan, berlawanan dan
orang perantaraan. Kaedah berbelit-belit membawa maksud bahawa penutur
menggunakan ayat yang membawa makna yang kurang difahami oleh pendengar,
tetapi konteks ayat tersebut masih mempunyai kaitan dengan maksud yang ingin
disampaikan. Dalam erti kata lain, berbelit-belit menjadi satu pilihan penggunaan ayat
dalam menyampaikan ujaran secara tidak langsung sebelum sampai kepada tujuan
asal.
Kiasan pula membawa maksud kepada ungkapan yang digunakan oleh penutur
diujarkan secara tidak berterus terang tetapi menggunakan bahasa kiasan yang
berunsurkan alam semesta. Menurut Gorys Keraf (2000), bahasa kiasan digunakan
untuk membuat perbandingan antara dua perkara yang melibatkan ciri-ciri persamaan
dan beliau juga mengelaskan kiasan kepada dua iaitu gaya bahasa kiasan langsung
yang membandingkan dua hal yang sama kelas seperti kerbau dan sapi mempunyai
kekuatan yang sama dan gaya bahasa tidak langsung yang membandingkan dua hal
yang berlainan kelas seperti bibir merah seperti delima merekah.
Maksud berlawanan merupakan penggunaan kata-kata yang berlawanan
dengan makna yang ingin disampaikan dengan tujuan merendah diri atau berlaku
sopan. Manakala orang perantara pula merupakan individu yang menggunakan orang
ketiga atau lebih sinonim dengan panggilan "orang tengah" sebagai perantara bagi
kedudukan dalam masyarakat dan akan lebih diyakini kata-katanya. Penggunaan orang
perantara ini juga bertujuan untuk menunjukkan kesopanan ketika bertutur agar dapat
menjaga air muka dan memelihara keharmonian dalam peristiwa komunikasi.

METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis teks ataupun dokumen.
Menurut Noraini Idris (2010) pendekatan kualitatif digunakan dalam situasi yang
memerlukan penerangan terperinci dan lebih mendalam tentang fenomena sosial
sebagaimana berlaku dalam keadaan semula jadi. Kajian ini juga menggunakan teori
implikatur yang telah diselaraskan oleh Asmah Haji Omar yang menyesuaikan
implikatur dengan konteks budaya Melayu iaitu sebagai lakuan bahasa tidak langsung
dan ianya terbahagi kepada empat aspek iaitu berbelit-belit, kiasan, berlawanan dan
orang perantaraan.
Data kajian yang telah dipilih serta dipilih adalah lirik lagu penyanyi rap di
Malaysia. Data utama kajian ini diambil daripada lirik lagu iaitu “Hutang” daripada
kumpulan Floor 88, “Eh” yang dinyanyikan oleh Zizi Kirana, “Amboi” dinyanyikan oleh
Altimet dan “Sang Saka Biru” daripada Joe Flizzow, Altimet, Sona One & Alif.
Pemilihan lirik lagu ini adalah kerana lirik-lirik lagu tersebut mempunyai makna yang
tersirat yang ingin disampaikan oleh penyanyi-penyanyi itu. Oleh itu, dalam kajian ini
akan menggunakan data lirik-lirik lagu diatas untuk bagi menganalisis makna yang
tersirat.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Pada bahagian ini akan membincangkan implikatur yang dianalisis daripada tiga buah
lagu yang dipilih untuk dianalisis menggunakan teori Asmah Haji omar yang
membahagikan implikatur kepada empat bahagian iaitu berbelit-belit, kiasan,
berlawanan, dan orang perantaraan.

A. Berbelit-belit
i) Lagu “Eh”

Bil. Data

1. Sendiri mahu ingat, Rambut sendiri sikat


Kusut lama tak sihat, Bagaimana dengan kamu?

2. Banyak sudu sampai tak cukup kuah,


Kecam orang lain sendiri tak nak ubah

3. Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku

Jadual 1: Lagu “Eh” Zizi Kirana

Berdasarkan jadual di atas, lagu bertajuk “Eh” yang dinyanyikan oleh Zizi Kirana
bergenre rap mempunyai ciri-ciri implikatur iaitu berbelit-belit yang disesuaikan
oleh Asmah Haji Omar (1992). Hal ini dikatakan demikian kerana, berbelit-belit
dapat dilihat melalui beberapa rangkap yang ada dalam penciptaan lirik lagu
tersebut. Sebagai contoh,Sendiri mahu ingat, Rambut sendiri sikat, Kusut lama
tak sihat, Bagaimana dengan kamu?. Contoh lirik ini jelas menunjukkan bahawa
penyanyi menggunakan ungkapan berbelit dalam menyampaikan ujaran secara
tidak langsung sebelum sampai kepada tujuan asal iaitu penyanyi
menggunakan unsur kusut yang mempunyai makna tersirat iaitu sama ada
rambut yang kusut atau fikiran yang kusut atau lebih difahami dengan perkataan
serabut, lalu penyanyi juga menanyakan tentang keadaan orang tersebut. Oleh
itu, makna implikatur yang ingin disampai oleh penyanyi adalah beliau
menanyakan tentang keadaan seseorang yang sedang dilanda musibah
ataupun sedang fikiran sedang kusut.
Data kedua juga menunjukkan ciri-ciri implikatur yang menggunakan
ungkapan berbelit-belit iaitu “Banyak sudu sampai tak cukup kuah, Kecam
orang lain sendiri tak nak ubah”. Hal ini demikian kerana banyak sudu
menunjukkan bahawa penyanyi membandingkan dengan orang lain iaitu orang
ramai dan penyanyi juga sebenarnya ingin menyatakan bahawa orang yang
suka kecam itu sebenarnya tidak sedar akan perbuatan diri sendiri dan
menganggap dirinya selalu betul dalam sesuatu perkara. Jelaslah bahawa
terdapat makna implikatur bagi data kedua ini.
Data ketiga iaitu “Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku” juga
mempunyai ciri implikatur yang menggunakan ungkapan berbelit-belit. Hal ini
dikatakan demikian kerana, penyanyi mengatakan bahawa jika seseorang itu
mempunyai sifat iri hati atau lebih sinonim dengan perkataan busuk hati atau
dengki” bukan menjadi masalah kepada si penyanyi”.Tambahan pula, penyanyi
juga menyatakan bahawa, iri hati seseorang itu tidak memberi kesan kepada si
penyanyi lagi-lagi perasaan sakit hati.Jelaslah bahawa

ii) Lagu “Hutang”

Bil. Data

1. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, Bayar duit aku yang semua


kau sapu

2. Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa, Mana kau nak lari
bawa duit tu kemana

3. Buai laju-laju buai sampai pokok sena, Bayar hutang itu takut nanti
kau merana
Jadual 2: Lagu “Hutang” Floor 88

Berdasarkan jadual di atas, lagu bertajuk “hutang” yang dinyanyikan oleh


kumpulan floor 88 bergenre rap mempunyai ciri-ciri implikatur iaitu berbelit-belit
yang disesuaikan oleh Asmah Haji Omar (1992). Hal ini dikatakan demikian
kerana, berbelit-belit dapat dilihat melalui beberapa rangkap yang ada dalam
penciptaan lirik lagu tersebut. Sebagai contoh, tepuk amai-amai belalang kupu,
bayar duit aku yang semua kau sapu. Contoh yang pertama ini menunjukkan
bahawa terdapat unsur berbelit-belit kerana penyanyi tidak mengungkapkan
terus perkara utama yang ingin disampaikan tetapi memulakan pertuturannya
dengan mengatakan perkara yang tidak berkaitan dahulu iaitu “tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu” yang jelasnya tiada pertautan dengan ayat selepasnya
iaitu “bayar duit aku yang semua kau sapu”. Justeru itu, penyanyi sebenarnya
hanya meminta agar si penghutang untuk membayar semula duit yang
dipinjamkan kepadanya.
Contoh yang kedua juga masih mempunyai kaedah berbelit-belit iaitu
liriknya yang berbunyi “Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa, Mana kau
nak lari bawa duit tu kemana”. Dalam lirik ini sebenarnya berkaitan dengan
persoalan si pemiutang kepada penghutang dengan memulakan ayat “Kambing
biri-biri ala sudah datang dari Jawa” dan persoalan pemiutang kepada
penghutang iaitu ke manakah penghutang ingin bawa duit yang dipinjamkan
oleh pemiutang.
Contoh yang ketiga bagi kaedah berbelit-belit merujuk kepada lirik “Buai
laju-laju buai sampai pokok sena, Bayar hutang itu takut nanti kau merana”. Hal
ini dikatakan demikian kerana, penyanyi masih menggunakan ayat yang tidak
berkaitan dengan perkara yang ingin disampaikan sebelum memberi fokus
kepada perkara utama dalam mesejnya. Namun begitu, perkara yang ingin
disampaikan oleh penyanyi adalah mesej berbentuk peringatan kepada si
penghutang untuk melunaskan semua hutang yang telah dipinjamnya sebelum
kehidupannya menjadi sengsara pada kemudian hari.

iii) Lagu “Amboi”

Bil. Data

1. Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila

2. Omong kosong untung lotong terus disajikan

3. Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa


Jadual 3 : Lagu “Amboi” Altimet
Berdasarkan jadual di atas, lagu bertajuk “amboi” yang dinyanyikan oleh Altimet
bergenre rap mempunyai ciri-ciri implikatur iaitu berbelit-belit yang disesuaikan
oleh Asmah Haji Omar (1992). Hal ini dikatakan demikian kerana, berbelit-belit
dapat dilihat melalui beberapa rangkap yang ada dalam penciptaan lirik lagu
tersebut. Sebagai contoh, Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila,
Omong kosong untung lotong terus disajikan, dan Tujuh kali pergi usrah sudah
pandai tepis fatwa. Contoh implikatur berbelit-belit pertama penyanyi
menyatakan “ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila”. Maksud yang
ingin disampaikan oleh penyanyi adalah meneliti sesuatu perkara dengan lebih
terperinci. Oleh itu, penyanyi turut menyuruh atau mempersilakan masyarakat
agar untuk melihat, menjenguk dan memerhati perkara dengan dekat serta
jelas.
Contoh implikatur berbelit-belit yang kedua ialah “Omong kosong untung
lontong terus disajikan”. Penyanyi ingin memberitahu bahawa masyarakat kini
gemar berbual perkara yang tidak membawa manfaat dan kebaikan. Namun
begitu, nasib baik makanan yang ada dapat terus dihidangkan. Hal ini dikatakan
demikian kerana kebanyakkan masyarakat kini gemar berborak kosong di
warung - warung sambil menunggu makanan siap. Mujurlah makanan yang
dipesan sudah siap bahan hanya tunggu untuk dihantar kepada pelanggan
sahaja jadi masa berborak kosong tidak terlalu lama.
Seterusnya, “Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa”
merupakan contoh implikatur dalam lirik lagu “amboi” yang ketiga. Dalam lirik
lagu ini penyanyi ingin mengatakan bahawa masyarakat hari ini walaupun
sedikit ilmu pengetahuan berkaitan agama di dada sudah pandai menolak dan
menentang fatwa atau ajaran daripada orang yang lebih tahu seperti para
ilmuan agama. Hal ini akan menyebabkan banyak keburukan sekiranya tidak
diambil tindakan dan harus dipandang serius agar tidak terus membarah dalam
kalangan masyarakat.

iv) Lagu “Sang Saka Biru”

Bil. Data

1. Kejar-kejar tekan minyak macam lumba dekat litar


2. Setahun sekali jamah lemang bersama yang dirindu

Jadual 4 : Lagu “Sang Saka Biru”


Berdasarkan jadual di atas, lagu bertajuk “Sang Saka Biru” yang dinyanyikan
oleh Joe Flizzow, Altimet,SoneOne & Alif ini mempunyai ciri implikatur iaitu
berbelit-belit dan dapat dilihat melalui beberapa rangkap dalam lirik lagu ini
contohnya, kejar-kejar tekan minyak macam lumba dekat litar. Lirik di atas jelas
menunjukkan penggunaan ayat yang berbelit-belit kerana penyanyi tersebut
menyampaikan sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan perkara yang
hendak diperkatakan. Penggunaan ungkapan di atas mempunyai maksud yang
tersirat dan perkataan kejar-kejar adalah merujuk kepada berlari beramai-ramai.
Makna implikatur yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut adalah
perlumbaan kereta secara haram.

Seterusnya, data yang kedua juga menunjukkan terdapat implikatur yang


berbelit-belit iaitu ungkapan “setahun sekali jamah lemang bersama yang
dirindu”. Dalam lirik lagu ini, penyanyi ingin menyampaikan maksud banduan
mampu berjumpa dengan sanak-saudara yang dicintai apabila hari raya sahaja.
Hal ini kerana penghuni penjara tidak dibenarkan sering berjumpa dan
bersentuhan dan mereka hanya mampu memandang kelibat anggota ahli
keluarga menembusi tembok batu yang selama ini memisahkan mereka.

B. Kiasan
i) Lagu “Eh”

Bil. Data

1. Tanya diri sampai bila


Nak jaga tepi kain aku?

2. Jemput makan hati (ha, jemput, jemput)

3. Tak cukup asam garam


Jadual 5: Lagu “Eh” Zizi Kirana
Analisis di atas menunjukkan bahawa kaedah kiasan digunakan dalam lagu
yang bertajuk “Eh” yang dinyanyikan oleh Zizi Kirana. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pengkaji mendapati bahawa penyanyi menggunakan kiasan yang
secara tidak berterus terang tetapi menggunakan bahasa kiasan yang
berunsurkan alam semesta. Sebagai contoh, data pertama iaitu Tanya diri
sampai bila, Nak jaga tepi kain aku? menunjukkan ciri kiasan. Penyanyi
menanyakan pada seseorang itu untuk cakap kepada diri sendiri sampai bila
nak sibuk hal si penyanyi. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), makna
kiasan bagi jaga tepi kain orang ialah mengambil tahu orang lain. Jelaslah disini
bahawa implikatur bagi ayat “ jaga tepi kain aku” merupakan kiasan yang sering
digunakan masyarakat ketika ingin mengungkapkan ujaran.
Data kedua menunjukkan bahawa makan hati dalam lirik lagu ini
merupakan ayat yang menggunakan unsur kiasan. Hal ini dikatakan demikian
keran makan hati membawa maksud kepada penderitaan kerana perbuatan
orang lain yang menyakitkan hati. Namun dalam konteks ayat ini, pengkaji
beranggapan bahawa penyanyi sebenarnya tidak kisah jika seseorang itu
makan hati dengan ayat yang diujarkan dan ayat yang diujarkan memang
ditujukan kepada orang tersebut. Oleh itu, kiasan makan hati mempunyai
makna implikatur yang tersirat.
Data ketiga juga menunjukkan bahawa “tak cukup asam garam”
merupakan kiasan. Hal ini demikian kerana, perkataan asam garam
didefinisikan sebagai pengalaman hidup yang pelbagai, pahit manis suka dan
duka. Bagi data ini, pengkaji beranggapan bahawa penyanyi ingin mengatakan
bahawa seseorang itu belum mempunyai pengalaman dan ilmu yang banyak
seperti orang tua-tua yang sudah cukup merasai asam garam dalam kehidupan.
Jelaslah, perkataan asam garam dalam kehidupan sering diaplikasikan dalam
kehidupan seharian oleh masyarakat Melayu dalam menyampaikan nasihat.

ii) Lagu “Hutang”

Bil. Data

1. Kau nak cepat kaya, Macam jual unta

2. Tipu belit kawan, Macam ular sawa

3. Bila dah tahu kau lari berbatu, Macam kau nampak hantu
Jadual 6: Lagu “Hutang” Floor 88
Analisis di atas menunjukkan bahawa kaedah kiasan digunakan dalam lagu
yang bertajuk “hutang” yang dinyanyikan oleh kumpulan Floor 88. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pengkaji mendapati bahawa penyanyi
menggunakan kiasan asal yang merujuk kepada kiasan yang menerangkan
sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Oleh
hal yang demikian, penyanyi telah menggunakan kiasan asal dengan
menggunakan kata perbandingan “macam”. Sebagai contoh, data pertama “kau
nak cepat kaya, macam jual unta” merupakan bentuk kiasan yang
menggunakan kata perbandingan “macam”. Makna yang sebenar ingin
dinyatakan oleh penyanyi adalah penyanyi mendeskripsikan perangai si
penghutang yang membuat sesuatu tindakan yang salah dengan mengambil
jalan pintas untuk menjadi kaya dengan cepat.
Contoh yang kedua juga merupakan kiasan asal yang menggunakan
kata banding “macam” pada lirik “tipu belit kawan, macam ular sawa”. Hal ini
menjelaskan bahawa, penyanyi menggunakan kaedah kiasan di mana penyanyi
menyifatkan si penghutang yang gemar menipu dengan memutar belitkan cerita
seperti sifat seekor ular sawa yang merupakan pemangsa yang umumnya
membelit mangsanya sampai lemas dan menelannya.
Contoh yang ketiga masih menggunakan kiasan asal dengan kata
banding “macam” pada lirik “Bila dah tahu kau lari berbatu, Macam kau nampak
hantu”. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyanyi menghuraikan sifat si
penghutang yang melarikan diri apabila perkara sebenar yang disembunyikan
selama ini telah terungkap dan diketahui oleh orang ramai.

iii) lagu “Amboi”

Bil. Data

1. Siapa makan cili dia rasa pedas

2. Ambil baju ukur kat badan sendiri

3. Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila


Jadual 7: Lagu “Amboi” Altimet
Berdasarkan jadual di atas, lagu bertajuk “amboi” yang dinyanyikan oleh Altimet
bergenre rap mempunyai ciri-ciri implikatur iaitu kiasan yang disesuaikan oleh
Asmah Haji Omar (1992). Hal ini dikatakan demikian kerana, kiasan dapat
dilihat melalui beberapa rangkap yang ada dalam penciptaan lirik lagu tersebut.
Sebagai contoh, “Siapa makan cili dia rasa pedas”, “Ambil baju ukur kat badan
sendiri” dan “Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila”. Contoh
implikatur kiasan yang pertama ialah “Siapa makan cili dia rasa pedas”. Lirik
lagu ini menunjukkan bahawa sesiapa yang membuat salah dia yang akan
terasa dan sedar akan perbuatannya itu. Implikatur kiasan yang disandarkan
kepada cili menerangkan sesiapa yang makan cili yang pedas itu maka orang
itulah yang merasakan kepedasan cili tersebut.
“Ambil baju ukur kat badan sendiri” merupakan implikatur kiasan yang
kedua terdapat dalam lirik lagu “amboi” nyanyian Altimet. Berdasarkan lirik lagu
tersebut, penyanyi ingin membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada
persamaan. Implikatur kiasan ini membandingkan baju dan badan adalah
perkara yang berbeza tetapi mempunyai persamaan iaitu ukuran si pemakai
baju tersebut. Terang lagi nyata bahawa implikatur kiasan terdapat di dalam lirik
lagu tersebut.
Contoh implikatur kiasan dalam lirik lagu amboi yang ketiga ialah “Ni kes
sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila”. Maksud lirik lagu tersebut ialah
kejadian sebelanga susu rosak kerana terdapat dua tiga titik nila. Nila adalah
bahan pewarna yang digunakan dalam makanan dan minuman. Hal ini kerana
susu sepatutnya berwarna putih tetapi akibat dua titik nila itu kesemua susu
tersebut berubah warna dan tidak lagi kekal berwarna asli serta tidak boleh
digunakan lagi. Oleh itu, implikatur kiasan yang ingin disampaikan oleh
penyanyi dalam lirik lagu ini ialah sikap beberapa orang dalam masyarakat
menyebabkan semua dipersalahkan dan dianggap bersalah.

iv) Lagu “Sang Saka Biru”

Bil. Data

1. Hati sama merah jangan tengok warna kulit

2. Sepintar-pintar mana pun tupai yang melompat

3. Dulu otak cair sekarang semua jadi pekat


Jadual 8 : Lagu “Sang Saka Biru”
Berdasarkan jadual 8 diatas, analisis ini menunjukkan terdapat unsur kiasan
dalam lagu “Sang saka biru”. Pengkaji telah mendapati bahawa penyanyi
menggunakan kaedah kiasan kerana ucapan yang dikiaskan oleh penutur
dengan benda atau perkara lain seperti alam. Hati sama merah jangan tengok
warna kulit adalah satu kiasan di dalam lirik lagu ini dan ianya membawa
maksud masing-masing orang itu mempunyai pendapat ataupun kemahuan
yang berbeza. Makna yang sebenar yang ingin disampaikan adalah semua
orang berbeza pandangan atau kehendaknya walaupun pada zahirnya ia
kelihatan sama.
Sepintar-pintar mana pun tupai yang melompat juga merupakan salah
satu kiasan dalam lirik lagu sang saka biru. Di dalam data yang kedua ini
menjelaskan bahawa penyanyi ini ingin menyampaikan maksud tersirat iaitu
sepandai-pandai seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, sekali pasti akan
tersilap. Makna yang ingin dijelaskan adalah apabila seseorang itu sangat licik
ketika melakukan perbuatan jahat, lama-kelamaan perbuatan jahat itu akan
diketahui juga.
Contoh yang ketiga “dulu otak cair sekarang semua jadi pekat” juga
adalah satu kiasan dalam lirik lagu di atas. Dalam kajian ini terdapat juga unsur
kiasan iaitu pada ungkapan otak cair kerana ia membawa maksud orang yang
cerdik. Hal ini menjelaskan bahawa penyanyi tersebut ingin menyatakan
dulunya seorang yang bijak pandai, mempunyai akal fikiran tetapi sekarang
bodoh atau dikatakan tidak cerdik.

C. Orang perantaraan

i) Lagu “Eh”

Bil. data

1. Suruh laki engkau tolong jangan follow aku


(Kenapa?) Sebab tu laki engkau itu bukan jodoh aku
Jadual 9 : Lagu “Eh” Zizi Kirana
Berdasarkan jadual 9 diatas menunjukkan bahawa terdapat penggunaan
implikatur antara perantaraan. Data pertama iaitu Suruh laki engkau tolong
jangan follow aku (Kenapa?) Sebab tu laki engkau itu bukan jodoh aku”
melibatkan orang ketiga agar konteks ayat yang ingin disampaikan dapat
menjaga air muka dan memelihara keharmonian dalam peristiwa komunikasi.
Pengkaji menganggap bahawa penyanyi mengarahkan kepada seorang
perempuan yang sudah berkahwin agar suaminya tidak mengikuti atau dalam
bahasa Inggeris “unfollow” akaun laman sosial si penyanyi.Hal ini kerana
penyanyi juga menyatakan bahawa suami si perempuan tersebut bukan urusan
dia dan bukan pasangan hidup si penyanyi. Jelaslah bahawa konteks ayat
yang digunakan dalam lirik lagu ini menunjukkan bahawa wujud orang ketiga
yang merupakan orang perantara antara si penyanyi dan si perempuan
tersebut iaitu si suami perempuan tersebut.

ii) Lagu “Amboi”

Bil. data

1. Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita


Jadual 10: Lagu “Amboi” Altimet
Berdasarkan jadual 9 diatas lagu bertajuk “amboi” yang dinyanyikan oleh Altimet
bergenre rap mempunyai ciri-ciri implikatur iaitu orang perantaraan yang
disesuaikan oleh Asmah Haji Omar (1992). Hal ini dikatakan demikian kerana,
implikatur orang perantaraan dapat dilihat melalui penciptaan lirik lagu tersebut.
Sebagai contoh, lirik lagu amboi “Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar
ini cerita”. Dalam lirik lagu tersebut terdapat unsur implikatur orang perantaraan
iaitu penyanyi mengajak orang ramai atau golongan masyarakat untuk
mendengar cerita atau sesuatu perkara dalam lirik lagu tersebut.

iii) Lagu “Sang Saka Biru”

Bil. Data

1. Musuh dalam selimut selak kain mereka hilang

Jadual 11 : Lagu “Sang Saka Biru”


Berdasarkan jadual di atas menunjukkan terdapat penggunaan implikatur dalam
lirik lagu “Sang saka biru” yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow, Altimet,SoneOne
& Alif. Ciri implikaturnya iaitu orang perantaraan dan ia merupakan pihak ketiga
yang terlibat dalam sesuatu peristiwa bahasa sewaktu mesej tersebut
disampaikan. Dalam lirik lagu tersebut “musuh dalam selimut selak kain mereka
hilang” terdapat unsur implikatur dan ia membawa maksud musuh yang tidak
diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri tanpa kita
sedari.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, implikatur jelas mempunyai makna yang tersirat dan dapat difahami
merujuk kepada ilmu pragmatik. Hasil kajian telah mendapati terdapat banyak unsur
kiasan dalam lirik-lirik lagu tersebut. Penggunaan implikatur yang menepati konteks
akan menghasilkan kefahaman yang jelas terutamanya dalam lirik-lirik lagu yang
bergenre rap. Penyanyi-penyanyi rap perlu mempunyai kemahiran dan menguasai ilmu
implikatur supaya dapat menyampaikan maksud-maksud yang tersirat dengan baik dan
mudah difahami pendengar.
RUJUKAN
Nor Hashimah Jalaluddin (2022). Pragmatik Teori dan Praktis. Edisi Pertama,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. (n.d.). Kajian kontrastif terhadap

persamaan implikatur ayat perintah dalam bahasa Arab dan bahasa

Melayu - UKM Journal Article Repository.

http://journalarticle.ukm.my/17723/

Subet, M. F. (2018, June 1). Analisis Teori Relevans dalam Metafora.

https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/3444

Ungkapan berimplikatur sebagai strategi kesopanan dalam warkah koleksi

Pendeta Za’ba. (n.d.).

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1260/914

Zakaria, F. A. (2022, November 29). Kajian Kontrastif Terhadap Persamaan

Implikatur Ayat Larangan Dalam Bahasa Arab Dan Bahasa Melayu : A

Constrastive Study On Similarities Of Implicative In Prohibition Sentences

In Arabic Language And Malay Language.

https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/215
LAMPIRAN

Lirik Lagu Eh - Zizi Kirana


Sendiri mahu ingat
Rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat
Bagaimana dengan kamu?

Sendiri boleh kira


Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?

Sakit hati semua nak luah


Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri tak nak ubah

Eh, eh, eh, te-ne-ne-net


Eh, eh, eh

Mari-mari membawang
Pasang telinga, pasang
(Kau ada citer?) Aku ada citer
Mari kita berdagang

Asah-asah lidah
Usah susah natijah
Buka tutup telinga, mulut, eh
Kita hebahkan ghibah
Zizi itu, Zizi ini
Dulu suka, sekarang benci
Makin banyak kena lanyak
Bila Zizi keluar TV

Beras dapur engkau takkan jadi nasi aku


Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku

Sakit hati semua nak luah


Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri tak nak ubah

Eh, eh, eh, te-ne-ne-net


Eh, eh, eh

Mari kita kecam


Cerita hangat semalam
Si dia tu, si dia ni, si fulan
Resam kita lepaskan geram

Bisik, bisik, bisik


Bukan sikit-sikit
Tak payah risik, risik
Kisah kelambu terkeluar bilik

Dia ini, dia itu


Takde segan, hilang silu
Yang ni bini, skandal situ
Yang tu putus haru-biru

Suruh laki engkau tolong jangan follow aku


(Kenapa?) Sebab tu laki engkau itu bukan jodoh aku
Sendiri mahu ingat
Rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat
Bagaimana dengan kamu?

Sendiri boleh kira


Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?

Sakit hati semua nak luah


Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri tak nak ubah

Eh, eh, eh, te-ne-ne-net


Eh, eh, eh

Zizi masih kat sini (ada lagi)


Masih lagi berdiri (wow)
Masih cukup rezeki
Jemput makan hati (ha, jemput, jemput)

Tak cukup asam garam


Kau masih tak tenteram
Tak tahan tengok, pejam
Kalau hasad sila kecam (kecam-kecam)

Kecam sampai lebam


Kita kecam (kecam)
Kecam sampai lebam
Kita kutuk (kutuk-kutuk)
Kutuk sampai besok
Kita kutuk (kutuk)
Kutuk sampai besok (hei)

Sakit hati semua nak luah


Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri tak nak ubah

Eh, eh, eh, te-ne-ne-net


Eh, eh, eh

Lirik lagu Hutang - Floor 88

Kau nak cepat kaya


Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana-sini
Gebang kau merata-rata

Pantang depan mata


Ada saja cerita
Tipu, belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu

Cerita zaman dulu


Pak Kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya

Cerita zaman sekarang


Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam!)

Puk amai-amai belalang kupu-kupu


Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana?

Buai laju-laju, buai sampai lah pokok sena


Duitku beribu, semua entah ke mana
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pun tak apa
Rampung ngiseng, Semar tilem

(Bulu runcing satu!)

(Solo, solo, solo, solo, solo)


(Solo, solo, solo, solo, solo)
(Solo, solo, solo, solo, solo)

La-la-la-la-la, la-la-la-la-la-la-la
La-la-la-la-la, la-la-la, la-la

Cerita zaman dulu


Pak Kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya

Cerita zaman sekarang


Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Ram-pang-pang!)
(Puk amai-amai belalang kupu-kupu)
(Bayar duit aku yang semua kau sapu)
Kambing biri-biri sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana?

(Buai laju-laju, buai sampai pokok sena)


(Bayar hutang itu, takut nanti kau merana)
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pun tak apa
Rampung ngiseng, Semar tilem

Rampung ngiseng, Semar tilem

Lirik lagu Amboi - Altimate


Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi


Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita


Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
Nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila

Bila masuk kerja, tak pernah on time


Lepas masuk kerja, dia terus Online
Tak boleh buat kerja, sibuk jaga hal orang lain
Tangan mengelat, kaki mengular, mulut celupar, lambat masuk, awal keluar

Siapa makan cili dia rasa pedas


Siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
Ambil baju ukur kat badan sendiri
Baru tahu kena setepek ke tempias sipi-sipi

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah


Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi


Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Eh tak baik tau, pedas kaw kaw


Eh tak 'leh gurau, duduk surau
Ambil MC, 'royan kat FB, mengadu kat SB, dan MCMC

Tarbiyah sentap punca pendekar papan kunci rentap


Masa mengkritik cekap lepas itu confirm lenyap
Keberanian atas talian kejadian harian
Omong kosong untung lotong terus disajikan

Siapa makan cili dia rasa pedas


Siapa rasa pedas kata aku cakap lepas
Semua ambil baju ukur badan sendiri
Mana tahu kena setepek ke tempias sipi-sipi
Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Tujuh kali pergi usrah, sudah pandai tepis fatwa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi


Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Sampai bila orang kita layu ditolong


(Sampai bila orang kita layu ditolong)
Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku
(Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku)
Tapi apa aku tahu aku cuma tulis lagu
(Tapi apa kami tahu kami cuma nyanyi lagu)
Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku
(Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku)

Amboi (amboi)
Amboi (amboi)
Amboi (amboi)
Amboi (amboi)
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Lirik lagu Sang Saka Biru- Joe Flizzow, Altimet, SonaOne& Alif
Ada yang kita lepas
Ada yang kita simpan
Ku menuju ke depan
Menuju derngan lekas
Bertenang
Kalau ku diseru
Pasti datang
Sang Saka Biru
Kami akan menang
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?
Uhhh
Kerah semua unit
Rendezvous bertemu di markas sulit
Kita senangkan semua kes rumit
Bukak fail baru yang dah tutup takyah nak ungkit
Aman kami mengalir dari atas bukit
Hati sama merah jangan tengok warna kulit
Kalau baru nak insaf sorry bruh it is too late
Budak nakal baru nak nangis lepas kena cubit
Kami sebab anak bangsa tidur nyenyak
Tidur kami pula tak lena tak kerap
Garuda gerak senyap harimau jalan tegak
Tiap hari semua keluar berentap
Nak buat onar jangan malu jangan sipu
Simpang jalan ada kanan kiri jangan keliru
Masuk bilik itu mana ada pintu
Setahun sekali jamah lemang bersama yang dirindu
Ada yang kita lepas
Ada yang kita simpan
Ku menuju ke depan
Menuju derngan lekas
Bertenang
Kalau ku diseru
Pasti datang
Sang Saka Biru
Kami akan menang
Oi!
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?
Musuh dalam selimut selak kain mereka hilang
Waktu mereka singkat setiap detik mereka pinjam
Sinar lampu biru buat masa depan hitam
Kejar-kejar tekan minyak macam lumba dekat litar
Sepintar-pintar mana pun tupai yang melompat
Kan jatuh ke tanah jua lambat atau cepat
Sepandai ikan berenang masuk bubu kan tersekat
Dulu otak cair sekarang semua jadi pekat
We setting it off, aku mulakan dengan zoom dalam sniperscope
Finger on the trigger tarik lembut target muncul dekat crosshair itu
Untuk ibu pertiwi semuanya ku buat untuk negaraku
Semboyan telah berbunyi akan ku maju ke mana arah pun
ASAP undercover dengar lagu dalam Maybach
Laid back gaya kaya boss di tingkat paling apex
Di Thailand ku di Thonglor, London cari ku di Mayfair
Merata di bumi yang dulu mereka kata leper
Ada yang kita lepas
Ada yang kita simpan
Ku menuju ke depan
Menuju derngan lekas
Bertenang
Kalau ku diseru
Pasti datang
Sang Saka Biru
Kami akan menang
Oi!
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?

You might also like