!MALAYSIA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MOHAMMED AIDIL BIN ISMAIL(870530-30-5047)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

Andai bintang dapat kupetik, andai awan dapat kugapai, akan kuhadiahkan kepada
sidang hadirin sekalian. Salam apresiasi buat pengerusi majlis penyanjung budi,
barisan tokoh kehakiman berintergriti, rakan seperjuangan yang dihormati dan sidang
hadirin yang dikasihi dekat dihati. Selamat sejahtera, salam perpaduan, salam satu
Malaysia. Semangat 1Malaysia teras kejayaan, begitulah mauluk pidato yang disaji buat
santapan minda warga pendita. Justeru, mari kita menghurai dan kita merungkai idea
tersirat maulud pidato dimeterai.

Hadirin sekalian,

Kamus dewan edisi ke-4 semangat didefinisikan sebagai bekerjasama dalam suatu
kumpulan, teras pula sesuatu yang menjadi asas atau dasar bagi sesuatu, manakala
kejayaan, adalah perihal berjaya. Lalu saya simpulkan mauluk semangat 1Malaysia
teras kejayaan iaitu semua kaum di malaysia bekerjasama dalam mengembleng tenaga
dalam memacu kejayaan dibawah satu kerajaan yang memerintah

Sidang penonton yang penuh santun,

Indikator saya yang pertama ialah perpaduan teras kejayaan

Satu Malaysia permulaan ideologi yang cukup bernas daripada seorang pemimpin yang
menjadi pemacu pembangunan negara islam. Dialah wira yang memberi inspirasi
kejayaan perpaduan negara tatkala negara jiran bermandi darah dengan rusuhan
kaum, pertelingkahan dan perpecahan akibat daripada tiada persefahaman, tetapi kita
berbangga dengan perpaduan negara kita dengan laungan Satu Malaysia bergema di
segenap ruang dan pelosok seantero. Dialah wira, dialah pahlawan melayu alaf baru,
dialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penyambung warisan
kemashyuran negara. Rakyat satu bangsa, satu bahasa, satu Malaysia tidak kira kaum

1
dan agama, sama-sama menikmati kejayaan perpaduan yang dikecapi dalam negara
yang bernama Malaysia setelah separuh abad menggenggam kemerdekaan. Dengan
berpaksikan rukun negara, bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan, berakarkan
sejarah silam, Malaysia mampu mentranformasikan rakyatnya menjadi bangsa
Malaysia ke mercu kejayaan setanding dengan bangsa Eropah bak kata pepatah berdiri
sama tinggi duduk sama rendah.

Sidang hadirin warga budiman,

Indikator saya yang ke-2, insan berpadu negara maju. Hal ini jelas diterangkan dalam
gagasan 1 Malaysia ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dengan berteraskan
beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Jika dahulu, timbulnya cakap-cakap belakang, Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula
teraniaya, tetapi kini perbezaan mentaliti berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama
sekali. Dalam erti kata lain, 1Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama-sama
berganding bahu berpadu tenaga dalam membantu memastikan aspirasi wawasan
2020 tercapai. Inilah yang kita inginkan, insan bersatu, masyarakat berpadu negara kita
Malaysia pasti akan maju. Lihat sahaja jutawan-jutawan yang dilahirkan oleh Malaysia
seperti Tan Sri Mokhtar Bukhary, Tan Sri Ananda Krishnan, dan Tan Sri Robert Kwok
yang merupakan jutawan 1 Malaysia. Resepinya cukup mudah dengan berbekalkan
ilmu dan semangat juang yang tinggi, direncamkan lagi dengan kegagalan demi
kegagalan akhirnya mereka bangun untuk mencipta kejayaan. Itulah resepi terhebat
untuk menjadi orang yang berjaya. Lihat saja kejayaan Dato' Sri Anthony Francis
Fernandes yang memiliki sebuah syarikat gergasi penerbangan Air Asia. Beliau berjaya
meluaskan pengaruhnya dalam bidang perniagaan di peringkat dunia. Maka dengan
bermodalkan ilmu rakyat 1 Malaysia pasti Berjaya!!!

Sidang dewan yang dikasihi sekalian

Indikator saya yang ketiga ialah pendidikan agen kejayaan. Ciri-ciri konsep Satu
Malaysia boleh dianalogikan kepada tiga bahagian utama bagi merungkaikan maksud

2
di sebalik konsep Satu Malaysia. Salah satunya ialah pendidikan. Pendidikan
merangkumi budaya kecemerlangan, meritokrasi dan penerimaan. Melalui budaya
kecemerlangan semua rakyat bumiputera dan bukan bumiputera diberikan hak yang
sama rata dalam menuju ke puncak kecemerlangan. Lihat saja sistem meritokrasi yang
diamalkan, bukan sahaja diterima malah disambut baik oleh semua golongan
masyarakat, bahkan mereka menyokong usaha ini supaya semua kaum boleh bersikap
toleransi dalam menuju ke puncak kegemilangan. Meritokrasi tidak menindas kaum
Melayu atau bumiputera yang lain bahkan diterima sebagai satu suntikan semangat
untuk bersaing dengan kaum yang pelbagai. Lihat saja di Maktab Rendah Sains Mara
mahu pun di Matrikulasi, anak-anak Melayu berkawan mesra dengan bangsa lain,
makan sepinggan, tidur sebantal, belajar semeja sekaligus budaya penerimaan wujud
dalam kalangan pelajar. Budaya penerimaan ini jelas membuktikan bahawa bangsa
Malaysia bersifat rasional dalam penerimaan perkongsian ilmu pendidikan.

Tuntasnya semangat Satu Malaysia teras kejayaan membawa wadah sejuta


makna buat rakyat Malaysia. Sebelum saya mengakhiri pidato saya izinkan saya untuk
berpantun:

Anak cina menjual tudung,

Tudung dibeli di kuala bumbum,

1 malaysia wadah terulung,

Teras kejayaan pelbagai kaum.

You might also like