Minit BM 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) JENGKA 4


26500, MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR
BIL. 1/2024

Tarikh: 16 April 2024 (Selasa)


Masa: 1:15 tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan SKJ4

KEHADIRAN:
BIL. NAMA JAWATAN
1. Tuan Haji Zulkifli bin Haji Abd. Rahman Guru Besar / Guru BM
2. Encik Abdul Fatah bin Othman GPK Pentadbiran / Guru BM
3. Pn. Hajah Arzunainiah binti Khazin GPK HEM/Guru BM
4. Puan Zizana binti Zulkifli Ketua Panitia BM
5. Puan Rahimah binti Ismail Guru Pemulihan
6. Puan Nor Afzan binti Che Kar Guru Prasekolah
7. Puan Nur Amira binti Sulaiman Guru Prasekolah

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN: -


1. Puan Nur Fadzlainie binti Rosli

AGENDA:

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pn. Zizana mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Melayu.


1.2. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Melayu dan mengucapkan
terima kasih kepada semua guru BM kerana meluangkan masa untuk
menghadirkan diri dalam mesyuarat.
Makluma
n

2. UCAPAN GURU BESAR

2.1 Tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu kerana dapat mengadakan mesyuarat
panitia.
2.2 Beliau berharap semua ahli panitia dapat mengambil berat mengenai kepentingan
pelaksanaan mesyuarat panitia untuk memastikan perancangan dan perjalanan
pengurusan pentadbiran panitia lancar dan tersusun.
2.3 Beliau mengharapkan Ketua panitia dapat mengurus tadbir panitia dengan baik dan
memastikan semua fail-fail lengkap
2.4 Tahun ini adakan Minggu Bahasa Melayu.
2.5 Penekanan pencapaian murid pada tahun ini lebih kepada kokuria.
3. DSKP,RPT dan RPH

3.1 Pengurusan DSKP

3.1.1 Ketua Panitia memaklumkan DSKP bagi kesemua tahun telah dicetak dan
diletakkan dalam fail panitia di Bilik Gerakan.
3.1.2 Semua ahli panitia telah mempunyai DSKP dalam simpanan masig-masing untuk
rujukan.

3.2 Pengurusan RPT dan Penulisan RPH

3.2.1 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu selaras bagi setiap aliran.
3.2.2 RPT perlu disediakan untuk 38 minggu sesi persekolahan.
3.2.3 GPK Pentadbiran mengingatkan guru-guru supaya sentiasa menulis refleksi dalam
RPH.
3.2.4 Jadikan penulisan OP dan KK di dalam bilik darjah sebagai budaya.
3.2.5 Akan diadakan LADAP untuk pembelajaran terbeza dan pembelajaran bertema

Tindakan : Semua guru BM

4. PENETAPAN JUMLAH LATIHAN DAN PENGGUNAAN BUKU TULIS

4.1 Panitia telah menetapkan selepas perbincangan bersama iaitu jumlah Latihan untuk
setiap kelas bergantung kepada guru kelas mengikut keperluan murid kelas
tersebut.
4.2 Memastikan penggunaan buku Latihan PKJR
4.3 Guru perlu cakna akan tulisan dan ejaan murid dan memastikan murid buat
pembetulan
4.4 Penggunaan Buku Tulis
4.4.1 Tahun 1 - Buku aktiviti, buku garis merah, buku pemahaman/tatabahasa
4.4.2 Tahun 2 – Buku aktiviti, buku garis merah, buku penulisan dan buku
tatabahasa/pemahaman
4.4.3 Tahun 3 – Buku aktiviti, buku garis merah, buku penulisan dan buku
tatabahasa/pemahaman
4.4.4 Tahun 4 – 1 buku tatabahasa, 1 buku pemahaman, 2 buku penulisan
4.4.5 Tahun 5 - 1 buku tatabahasa, 1 buku pemahaman, 2 buku penulisan
4.4.6 tahun 6 -1 buku tatabahasa, 1 buku pemahaman, 2 buku penulisan

Makluman

5. LAPORAN PEMULIHAN

5.1 Puan Rahimah memaklumkan data murid Pemulihan seperti berikut :


2 Al-Farabi : 7 orang
3 Al-Farabi : 3 orang

5.2 9 orang masih KVKV dan 2 orang telah menggunakan Bacalah Sayang 2
5.2 Tuan Haji Zulkifli memaklumkan laporan pemulihan dan prasekolah ke PPD telah 90%
siap dan akan dibentangkan pada 6 Mei 2024
6. LAPORAN PRASEKOLAH

6.1 Pra Al-Farabi

6.1.1 Puan Nor Amira memaklumkan bahawa terdapat 14 orang murid 6 tahun dan 5
orang murid 5 tahun. 2 orang murid 6 tahun masih belum pandai cara memegang
pensel untuk menulis dan tidak mengenal sebarang huruf dan nombor

6.2 Pra Ar-Razzi

6.2.1 Puan Nor Afzan memaklumkan terdapat 13 orang murid 5 tahun dan 6 orang murid
6 tahun. 3 orang murid lama di mana 2 orang daripada mereka masih belum
mengenal huruf

Makluman

7. KEWANGAN PANITIA

7.1 Anggaran Belanja Mengurus (PCG)

7.1.1 Ketua Panitia memaklumkan Bantuan Geran Perkapita Fasa 1 bagi sesi
persekolahan 2023/2024 ialah RM430.64.
7.1.2 Ahli panitia diminta membuat senarai keperluan panitia yang ingin dibeli dan
menghantar senarai tersebut kepada ketua panitia.

Tindakan : Semua ahli panitia

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Pencapaian PBD

8.1.1 Terdapat 2 orang murid Tahun 2 yang mendapat TP 1iaitu Imtiyaz dan Rosu-Adam.
8.1.2 TP 1 murid Tahun 3 ialah Ammar Azim dan Qisha.
8.1.3 Harith Iskandar (Tahun 5) masih TP1
8.1.4 Tahun 4 dan Tahun 6 tiada murid yang mendapat TP1

8.2 Program Sinar Pagi

8.2.1 Panitia bersetuju guru Bahasa Melayu setiap kelas yang membuat modul untuk
Program Sinar Pagi agar fokus yang hendak diberi kepada murid lebih tepat.
8.2.2 Setakat ini modul Tahun 1dan modul Tahun 5 telah disiapkan oleh murid.

8.3 Kokuria

8.3.1 Mencadangkan pemilihan nama untuk murid-murid yang akan dipilih untuk
Pertandingan Kokuria Bahasa Melayu Peringkat Daerah.
8.3.2 Mengagihkan tugasan melatih peserta kepada guru-guru Bahasa Melayu.
8.3.3 Minggu Bahasa dijalankan semasa Bulan Kebangsaan. Antara pertandingan yang
boleh dilaksanakan ialah sajak, syair, teka silangkata dan sahibba.
Makluman
9. PENANGGUHAN MESYUARAT

9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang

Disediakan oleh,

….……………………………….
(Pn Nur Fadzlainie binti Rosli)
Setiausaha
Panitia Bahasa Melayu

You might also like