Sumbangan Penghawa Dingin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UBAI No. Telefon : 09-4264605


26610 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR Email : pibgsmkubai@gmail.com

______________________________________________________________________________
No. Rujukan : SMKU/PIBG/304(130)
Tarikh : 2022

Kepada,

Jamaludin bin Ahmad,


Kampung Ganchong Tengah,
26630 Pekan,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman tuan, kebanyakan penghawa dingin di dalam bilik guru SMK Ubai telah beberapa kali
diselenggarakan tetapi masih tidak dapat digunakan dan telah rosak. Ini menjadikan keadaan bilik
guru yang tidak selesa ditambah keadaan cuaca kini yang agak panas. Masalah ini mengganggu
proses persediaan pengajaran dan pembelajaran guru.

2. Sehubungan dengan itu, PIBG SMK Ubai ingin memohon jasa baik tuan agar dapat
menyumbang sebuah penghawa dingin kepada pihak kami. Kami juga sudi menerima sumbangan
kewangan yang boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad nombor akaun
06073010017172. Segala pertanyaan boleh hubungi bendahari PIBG Puan Filzah bt Nazeri menerusi
019-4377391. Sumbangan yang diberikan oleh pihak tuan amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan
ribuan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

-----------------------------------------------
(HAJI ABDUL MANAN BIN DAUD)
Yang DiPertua PIBG
SMK Ubai
26610 Pekan

You might also like