JKR Tebang Pokok

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UBAI No. Telefon : 09-4264605


26610 PEKAN, PAHANG Email : pibgsmkubai@gmail.com
DARUL MAKMUR
______________________________________________________________________________
No. Rujukan : SMKU/PIBG/304(113)
Tarikh : 16 OGOS 2022

Kepada,

Jurutera Daerah,
JKR Daerah Pekan,
Tingkat 1, Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT MENCANTAS DAHAN POKOK DI LUAR PAGAR SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa jalan laluan masuk ke SMK Ubai didapati terdapat pokok-pokok
besar yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai terutama murid sekolah.

3. PIBG selaku mewakili pihak sekolah ingin memohon agar pihak tuan dapat mencantas dahan-
dahan pokok yang tumbuh menghala kea rah jalan tersebut terutama yang telah reput. Tindakan ini
dapat mengurangkan risiko dahan patah menghempap kenderaan atau pengguna jalan tersebut
terutama murid sekolah

4. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa gambar untuk rujukan pihak tuan. Segala kerjasama
dan jasa baik daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

5. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah

…………………………………
(HAJI ABDUL MANAN BIN DAUD)
Yang DiPertua PIBG
SMK Ubai
26610 Pekan

You might also like