Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENDAHULUAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur terhadap Allah S.W.T kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan kesungguhan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Saya telah mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak dalam menyiapkan kerja
kursus ini. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
meraka sebagai tanda penghargaan saya kepada mereka.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru
matapelajaran Sejarah saya iaitu Cikgu Hu Zaili kerana sentiasa memberi sokongan dan galakan
kepada saya semasa melakukan kerja kursus ini. Beliau juga tidak pernah letih memberi tunjuk
ajar sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
kepada ibu bapa saya kerana sentiasa memberi semangat supaya saya dapat melaksanakan kerja
kursus ini sebaik mungkin. Mereka juga tidak penat memberi sokongan dan kata-kata positif
kepada saya dalam proses menyiapkan kerja kursus. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah menolong saya menyiapkan kerja kursus ini
secara langsung atau tidak. Mereka sentiasa memberi tunjuk ajar dan mendorong saya
melaksanakan kerja kursus ini sehingga selesai. Sekali lagi, saya mengucapkan rasa syukur
kepada Allah S.W.T dan setinggi-tinggi penghargaan buat mereka yang telah bersama dan
menolong saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa mereka, tidak dapatlah saya
melaksanakan tugas ini dengan sempurna.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah supaya murid-murid dapat mengetahui dengan lebih mendalam
dan luas sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu, bagaimana cara British
berjaya melaksanakan Malayan Union, faktor-faktor penduduk tempatan menunjukan reaksi
menentang terhadap Malayan Union, kekuatan strategi yang digunakan bagi penduduk tempatan
untuk berjaya mencapai matlamat perjuangan menentang Malayan Union dan usaha-usaha untuk
mewujudkan sebuah pentadbiran negara yang stabil pada masa akan datang sebagai generasi
muda serta langkah dan cabaran untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan
generasi muda pada hari ini.

Selain itu, murid juga mendapat pengalaman yang bermanfaat semasa menjalankan kajian
ini. Murid dapat mengaplikasi disiplin ilmu sejarah dalam kehidupan seharian dan membentuk
sikap serta tingkah laku murid dalam ruang lingkup peristiwa dan pengalaman lepas malah
mereka dapat menghasilkan pelbagai bentuk persembahan dan dapatan daripada interpretasi
kajian kes.

Akhir sekali, murid dapat menanam pelbagai nilai murni dalam diri mereka semasa
menjayakan kerja kursus ini. Antaranya ialah mereka mendapat kesedaran tentang kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita, membina kemahiran insaniah agar
menjadi warganegara yang berilmu, membina semangat patriotisme dalam kalangan murid dan
dapat menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
KAEDAH KAJIAN

1) Merujuk Buku Teks Sejarah

Saya telah menggunakan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM sebagai rujukan utama untuk
menyelesaikan kajian ini. Terdapat banyak fakta yang semestinya sahih dan tepat yang digunakan
dalam menjayakan kajian ini dan sangat memudahkan saya untuk mencari maklumat.

2) Melayari Internet

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, internet adalah satu gerbang
limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Saya telah menggunakan pelbagai laman
sesawang yang berautoriti bagi mencari maklumat dan memuat turun bahan berkaitan kajian untuk
dijadikan sebagai rujukan tambahan. Saya memperoleh banyak maklumat ketika menggunakan
kaedah ini.
SUMBER KAJIAN

1) Merujuk Buku Teks

Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil,
Subramaniam a/l Raman, 2020, Sejarah Tingkatan 4, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur, muka surat 96 sehingga 112.

2) Melayari Internet

 http://anyflip.com/hbidu/wpvc/basic
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
 http://cikgusejarahbagus.blogspot.com/2012/11/23-reaksi-penduduk-tempatan-
terhadap.html
 https://pembentukanmalayanunion.weebly.com/sejarah.html
 https://www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/
PENGENALAN

Menagapakah Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu ?

Pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 Ogos 1945 oleh pihak Amerika
telah memberikan kesan terhdapa penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pada 14 Ogos 1945, piha
tentera Jepun telah menyerah kalah dan Kembali ke tanah air mereka. Kekalahan tersebut bererti
bahawa tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya Perang Dunia ke-2.

Selepas pihak Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) atau
Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang terdiri daripada kaum Cina telah mengambil
peluang tersebut untuk memerintah Tanah Melayu. Pihak PKM telah menyebabkan pelbagai
kekacauan dan huru-hara berlaku di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, pihak PKM hanya
dapat menguasai Tanah Melayu selama 14 hari iaitu sehingga kedatangan semula pihak British
pada bulan September 1945 dengan bertujuan mengembalikan keamanan di Tanah Melayu. Pihak
British telah menubuhkan British Military Administration (BMA) iaitu system pemerintahan
tentera bagi menangani kekacauan di Tanah Melayu, tetapi penubuhan tersebut tidak kekal lama.

Oleh itu, pihak British telah memperkenalkan satu sistem pemerintahan baru di Tanah
Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Sepanjang tempoh cadangan penubuhan Malayan
Union, terdapat pihak yang menyokong dan menentang. Pelbagai peringkat proses penentangan
turut berlaku sehingga akhirnya membawa kepada kegagalan pelaksanaan Malayan Union dan
wujudnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang membawa kepada kemerdekaan Tanah
Melayu.
PERKEMBANGAN IDEA

Bagaimanakah cara British berjaya melaksanakan Malayan Union ?

Unit Perancangan Tanah Melyu dibentuk di London pada bulan Februari 1943. Unit ini telah
diketuai oleh Mejar Jeneral Ralph Hone. Hal ini bertujuan untuk merangka satu bentuk
pentadbiran baharu di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union.

Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Tanah Jajahan British, George Henry Hall telah
membentangkan rancangan ini di Parlimen British. Persatuan Pelajar Melayu Britain menghantar
memorandum bertarikh 25 April 1945. Memorandum ini meminta supaya hak kewarganegaraan di
Tanah Melayu tidak mengikut prinsip jus soli.

Selepas itu, Tan Cheng Lock dan Persatuan Cina Seberang Laut menghantar memorandum
kepada British berkaitan dengan masa depan Tanah Melayu.

Pada 22 Januari 1946, Kertas Putih 6274 yang membentangkan 13 perkara kandungan
Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British di London. Antara perkara tersebut
termasuklah konsep kesatuan, bentuk pentadbiran, sistem perundangan, kedudukan Raja-raja
Melayu, syarat kewarganegaraan dan agama Islam. Rancangan Malayan Union pula disiarkan
dalam Warta Kerajaan.

Akhirnya, Malayan Union dilaksanakan di Tanah Melayu pada 1 April 1946.


Mengapakah penduduk tempatan menunjukan reaksi menentang terhadap Malayan
Union ?

Penduduk tempatan menunjukkan reaksi menentang terhadap Malayan Union kerana


tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-raja Melayu untuk menurunkan
tandatangan jika tidak mereka tidak akan mengiktiraf Raja-raja Melayu.

Seterusnya, kerakyatan yang terlalu liberal. Hal ini menyebabkan kerakyatan jus soli
dalam Malayan Union mengancam status quo (kedudukan orang Melayu sebagai peribumi).

Ketiga, berlakunya penghapusan kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu apabila Malayan
Union ditubuhkan. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja tanpa mempunyai sebarang
kuasa.

Selain itu, terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia
kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor. Mereka ingin menjaga hubungan
diplomatik dengan British untuk memastikan negeri mereka selamat, aman dan damai tanpa
berlakunya sebarang peperangan kerana mereka menyedari bahawa British lebih kuat dan
mempunyai ketenteraan yang canggih pada masa itu.

Akhir sekali, kehilangan warisan tamadun amat dibimbangi oleh orang Melayu kerana telah
dibina oleh Kerajaan Melayu. Mereka beranggapan penubuhan Malayan Union akan
menghilangkan sejarah kerajaan terdahulu.
Sejauh manakah strategi yang digunakan penduduk tempatan berjaya mencapai matlamat
perjuangan menentang Malayan Union ?

Strategi yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk menentang gagasan Malayan
Union telah membuahkan hasil yang sangat baik. Terdapat beberapa strategi yang digunakan
oleh mereka dalam perjuangan menentang gagasan Malayan Union ini.

Antaranya ialah membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England.


Persidangan Raja-raja Melayu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada bulan April 1946
memutuskan untuk mengemukakan bantahan melalui Mahkamah Tinggi di England. Menurut
sistem perundangan British, MacMichael mendapatkan persetujuan daripada Raja-raja Melayu
dengan cara yang tidak sah.

Di samping itu, Raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan


Union. Dato’ Onn Jaafar mempersembahkan resolusi Kongres Melayu, iaitu memohon Raja-raja
Melayu supaya bersama-sama dengan rakyat memboikot upacara pelantikan Gabenor Malayan
Union.

Ketiga, mengadakan Kongres Melayu. Sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu menghantar


wakil masing-masing untuk menghadiri kongres ini. Mereka mewakili pelbagai lapisan
masyarakat antaranya termasuklah tokoh politik, sosial, perniagaaan dan ekonomi. United
Malays National Organisation (UMNO) telah ditubuhkan oleh kongres ini untuk menentang
Malayan Union.

Keempat, UMNO menganjurkan bantahan secara besar-besaran bertujuan menunjukkan


besar-besaran menentang Malayan Union.

Akhir sekali, bantahan di negeri Johor. Pada bulan Januari 1946, Lembaga Kesatuan
Melayu Johor melancarkan gerakan menentang Malayan Union. Pada 10 Februari 1946,
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar berhimpun
menentang Malayan Union.
Sebagai generasi muda, syorkan usaha untuk mewujudkan sebuah pentadbiran negara
yang stabil pada masa akan datang

Antara usaha yang dapat dilakukan ialah mewujudkan perhubungan yang baik dengan
negara asing. Dengan ini negara akan sentiasa dihormati oleh orang lain. Negara kita juga akan
memperoleh sokongan daripada negara luar.

Seterusnya, , pemimpin seharusnya pandai menguruskan kewangan negara agar tiada lagi
bebanan hutang yang berganda-ganda seperti yang berlaku pada hari ini berulang di masa
hadapan.

Selain itu, rakyat negara ini yang mempunyai pelbagai kaum perlulah memupuk sifat
perpaduan dalam diri masing-masing. Dengan ini pergaduhan atau persalahfahaman antara kaum
tidak akan berlaku sekali gus dapat mententeramkan dan mengamankan negara.

Keempat, generasi muda hendaklah menanam sifat kepimpinan dalam diri mereka untuk
mengubah diri mereka menjadi orang yang lebih baik contohnya bertanggungjawab, amanah dan
menghargai masa. Oleh hal demikian mereka dapat bersiap sedia untuk menjadi pemimpin pada
masa akan datang.

Akhir sekali, negara kita perlulah menghasilkan teknologi yang amat canggih seperti
negara lain iaitu Amerika dan Jepun. Perkara ini mampu membuatkan negara kita terkenal dan
dipandang tinggi oleh negara-negara yang lain. Rakyat negara lain akan tertarik dengan
kecanggihan dan kemajuan teknologi yang ada di negara kita.
Langkah dan dan cabaran untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan
generasi muda hari ini

Antara langkah yang perlu dilakukan ialah bergaul dengan semua kaum. Dengan ini
mereka akan menghargai antara satu sama lain dan dapat memupuk sifat perpaduan dan
menyedarkan mereka tentang semangat nasionalisme.

Seterusnya, pihak kerajaan bolehlah menubuhkan sekolah yang boleh dimasuki oleh
semua kaum. Oleh itu mereka dapat menambah kenalan dan meluaskan pengetahuan tentang
kaum lain. Mereka akan merasakan semua kaum mempunyai keunikan tertentu. Dengan itu
semangat nasionalisme dapat ditanam dalam diri mereka sejak kecil.

Ketiga, pihak atasan bolehlah menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyemarakkan


semangat nasionalisme dan aktiviti yang dapat disertai oleh semua kaum. Contohnya, semasa
Hari Kemerdekaan pihak atasan bolehlah menganjurkan pertandingan syarahan atau kuiz yang
melibatkan semua kaum di dalam negara.

Di samping itu, penggunaan teknologi seperti telefon perlulah dipantau oleh ibu bapa. Ibu
bapa perlulah memastikan anak-anak sentiasa memperoleh ilmu semasa melayari Internet.
Perkara ini dapat mengelakkan anak-anak terjebak dengan masalah gejala sosial.

Akhir sekali, pihak yang berkenaan bolehlah menyiarkan filem atau kisah ringkas tentang
negara dan kaum-kaum yang ada di dalam negara kita. Dengan itu semua lapisan masyarakat
akan tertarik untuk menonton sekali gus dapat menambah ilmu pengetahuan tentang negara kita.
Perkara ini secara tidak langsung dapat membuatkan mereka menghargai negara dan memupuk
sifat nasionalisme dalam diri masing-masing.
Cabaran yang dihadapi ialah teknologi yang canggih membuatkan generasi muda lalai dan
tidak mahu bersosial dengan orang sekeliling. Mereka tidak pandai mengurus masa lalu
menghabiskan masa menggunakan teknologi yang canggih seperti telefon sahaja.

Selain itu, wujudnya sekolah yang menerima satu kaum sahaja membuatkan generasi
muda tidak menarik untuk bersosial dengan kaum yang lain. Mereka akan berasa tidak selesa
untuk bergaul dengan kaum yang lain dan menjadikan diri mereka luntur dengan semangat
nasionalisme.

Ketiga, generasi muda kini lebih tertarik dengan budaya luar berbanding dengan negara
sendiri. Mereka merasakan budaya negara sendiri membosankan dan tidak menarik untuk
dipratikkan.

Akhir sekali, pihak atasan berkemungkinan kurang menganjurkan aktiviti yang menarik
dan mampu menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat. Dengan itu generasi
muda zaman ini turut merasa bosan dan kurang menghayati semangat nasionalisme.
KESIMPULAN

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang
ditetapkan oleh guru. Walaupun saya menghadapi pelbagai halangan dan kesukaran dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini, saya berjaya juga melaksanakannya. Setelah siap melaksanakan
kerja kursus ini, saya sedar saya telah dapat menambah pelbagai ilmu serta maklumat tentang
penubuhan Malayan Union. Saya juga mendapat pelbagai nilai murni dan iktibar yang diperoleh
daripada kajian ini. Saya dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan dan kejujuran serta dapat
memupuk semangat patriotisme dalam diri. Nilai kerjasama dan toleransi telah membuatkan saya
dan dua orang rakan saya berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

Perjuangan menentang Malayan Union memaparkan kekentalan semangat juang tokoh-


tokoh dan penyatuan orang Melayu. Kita hendaklah mencontohi semangat patriotik seperti ini
dan sepatutnya menjadi pegangan kita untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara. Saya
berharap agar generasi muda zaman ini mampu mengambil iktibar dan pengajaran tentang
sejarah penubuhan Malayan Union ini. Saya berharap agar generasi muda mempunyai dan
memupuk sifat kepimpinan dan semangat nasionalisme dalam diri agar bersedia menjadi
pemimpin pada masa akan datang.
RUJUKAN

 http://anyflip.com/hbidu/wpvc/basic
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
 http://cikgusejarahbagus.blogspot.com/2012/11/23-reaksi-penduduk-tempatan-
terhadap.html
 https://pembentukanmalayanunion.weebly.com/sejarah.html
 https://www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/

You might also like