Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pn. Ruhailiza Bt.

Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohammad Shahid


jemputan dan ibu Bin Ismail, Yang DIPertua Majlis Perbandaran Bentong dan Yang
bapa Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit
Piatu ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan


Nyanyian lagu lagu Negaraku dengan iringan muzik.
Negaraku
 Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Mohd Hanif Bin Zakaria. Dipersilakan.

 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Ucapan Aluan Bismillahirrahmanirrahim….


Pengerusi Majlis
Ke Pekan Nilai membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,

1
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin Ismail, Yang


DIPertua Majlis Perbandaran Bentong

Yang Dihormati Pegawai Pendidkan Daerah Bentong,Encik Sudar


Bin Kiman

Yang Berusaha En. Mohd Faizal Bin Jaafar, Yang DiPertua


Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu

Yang Berusaha En. Tuan Ab. Aziz Bin Tuan Abdullah, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu

Yang dihormati,Pegawai – pegawai dari Pejabat Pendidikan


Daerah,Guru-guru penolong kanan, guru-guru, Ahli Jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
2013/2014,seterusnyaibu bapa penjaga sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatanganYang Berbahagia Encik


Mohammad Shahid Bin Ismail, para jemputan khas dan ibu bapa
serta penjaga ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatuyang ke-14 pada hari ini.
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia dan hadirin
sekalian,objektifMesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu kali ke-14ini diadakanadalah
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga sertapara
guru dalam sekolah untuk berbincang, berkolaborasi, berunding

2
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

dan bekerjasama antara satu sama lain berkenaan dengan cara


memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap
mesyuarat yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar
dalam suasana yang harmoni.

4. Ucapan Yang Hadirin sekalian,


Dipertua PIBG
Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-14 pada kali ini
dimulakan dengan ucapan daripada Yang Di Pertua PIBG SK
Bukit Piatu, Encik Mohd Faizal Bin Jaafar. Untuk itu, dijemputke
pentas utama.

 Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan


beliau sebentar tadi.

Seterusnya,
5. Ucapan Guru Besar
SK Bukit Piatu
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Piatu, Encik Tuan Ab. Aziz Bin Tuan Abdullah
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

3
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Tuan


Ab. Aziz Bin Tuan Abdullah atas ucapan beliau sebentar
tadi.

6.
Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati, izinkan sayamemperdengarkan pantun
Oleh seterusnya.
Yang Berbahagia
Encik Mohammad Makan durian bersama pulut,
Shahid Bin Ismail, Duduk bersembang atas serambi,
Yang DIPertua Majlis Tampillah tuan kami menjemput,
Perbandaran Bentong Bersama ucapan kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita


mendengar ucapan perasmian yang akan disampaikan olehYang
Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin Ismail, Yang DIPertua
Majlis Perbandaran Bentong.

. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

 Tuan berbudi tidak terperi,


Hulurkan madah kata perasmi,
Yang Berbahagia kami segani,
Kesudian tuankami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK bukit Piatuyang ke-


14 pada hari ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
atas kesudian Yang Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin
Ismail merasmikan majlis kita sebentar tadi.

7.
Penyampaian
Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Encik
cenderahati kepada
Mohammad Shahid bin Ismail merasmikan majlis kita pada hari
tetamu kehormat
ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Dipertua PIBG untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia


kerana sudi menghadiri majlis kami dan juga terima kasih kepada
Yang Dipertua PIBG atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Kata Penutup  Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari
8.
perasmian & ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan
Mesyuarat Agung kepadaYang Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin
PIBG kali ke-14 Ismail atas kesudian beliau untuk meluangkan masa
menghadiri majlis kita pada hari ini.

5
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Dihormati


Pegawai Pendidikan Daerah Bentong,Encik Sudar Bin Kiman,
Yang Dipertua PIBG SK Bukit Piatu

serta Ahli Jawatan Kuasa PIBG sesi 2013/2014 dan Ahli


Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-14 serta mereka
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
majlis ini.

Sebelum menutup tirai Majlis Perasmian ini, kami memohon


ampun dan maaf andai tersalah kata tersilap bicara sepanjang
mengacarakan majlis pada petang ini.

 Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG


Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu Kali ke-14. Seterusnya
majlis akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu sebentar lagi.

Sekian dari kami… salam…

You might also like