Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KURUNG HITAM

06000 KUALA NERANG ,KEDAH

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-34

Bil.Mesyuarat : 1 Tahun 2019

Tarikh : 30 Febuari 2019 (Rabu)

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Dewan SKKH

Kehadiran :

I. Perutusan Pengerusi

1. Kata Alu-aluan
Yang dipertua PIBG memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan Izin-Nya, Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 34 dapat dilaksanakan
pada tarikh seperti yang dirancang.Beliau juga menyatakan harapan semoga
perjalanan mesyuarat pada kali ini akan berjalan dengan lancar dan dapat
membantu dalam menjayakan pencapaian anak – anak yang bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam.
Makluman

2. Ucapan Penghargaan kepada ahli jawatankuasa


Yang Dipertua PIBG juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ibu bapa dan waris yang sudi hadir dalam mesyuarat pada kali
ini.Beliau juga berharap kehadiran ibu bapa dan waris ke sekolah akan
dapat memberi satu input yang berguna dalam usaha meningkatkan lagi
prestasi pembelajaran anak – anak.Ucapan terima kasih juga diucapkan
kepada semua warga sekolah SKKH kerana tanpa usaha dan tenaga kerja
daripada guru –guru, mesyuarat pada kali ini tidak dapat dilaksanakan
seperti yang dirancang.

Makluman

1
II. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
3. Minit Mesyuarat Agong PIBG bilangan 1 Tahun 2018 pada 30 Januari 2018.
disahkan.

Makluman

III. Perkara Berbangkit

4. Pemakaian kasut hitam.(Pn Seriyati bt Shuib)

Mesyuarat mengambil maklum:

(i) Perkara 10.1 ,Persoalan Pn Seriyati mengenai pemakaian kasut Hitam


ke sekolah. Guru Besar memaklumkan bahawa KPM telah
membenarkan pemakaian kasut hitam ke sekolah.Kementerian
bersetuju pemakaian kasut hitam perlu dilaksanakan secara beransur-
ansur mulai sesi 2019 dan hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya
pada mulai 2021.

5. Pemasangan Penapis Air.

Mesyuarat mengambil maklum :

(i) Perkara 8.1,permohonan penapis air untuk murid –murid SKKH .YDP
PIBG memaklumkan bahawa surat permohonan telah dibuat.

6. Pemasangan lampu jalan.

Mesyuarat mengambil maklum :

(i) Perkara 7.1,.Permohonan pemasangan lampu jalan telah dibuat


semula oleh AJK PIBG.

7. Pemantauan anak-anak semasa kelas KAFA.

Mesyuarat mengambil maklum :

(i) Akan pandangan Guru Besar supaya murid-murid KAFA tidak


dibenarkan pulang selepas kelas sesi pagi.Mereka dikehendaki
bersolat zohor berjemaah kerana ia termasuk dalam PdP KAFA.

2
8. Kelas Bahasa Inggeris

Mesyuarat mengambil maklum :

(i) Akan saranan Pn Habsah bt Omar supaya ibu bapa menjadikan


penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah bermula dari rumah supaya
dapat membantu anak-anak berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris.Guru besar juga memaklumkan bahawa Sekolah
membudayakan 3 bahasa ,Bahasa Malaysia,B.Inggeris dan Bahasa
Arab dikalangan murid.Program ini juga diterapkan dalam
perhimpunan pagi secara bergilir sebagai salah satu program HIP.

IV. Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir


31/12/2018.

9. Pn Rosnani bt Ahmad membentang laporan kewangan yang berakhir


31.12.2018.

Cadangan Terima : Pn Nur Idayu bt Zarenia


Disokong : Pn Siti Fatimah bt Abu Bakar

V. Membahas usul-usul dan cadangan

10. Usul Pertama ( Mustadilah bt Mohd Salem)

10.1 Mewujudkan group Whassap antara waris dan guru untuk tahun 1
&2 untuk memudahkan waris menerima sebarang maklumat berkaitan
dengan program sekolah.
Jawapan : Guru besar bersetuju mewujudkan group wassap tersebut
dengan syarat tidak mencampur adukkan urusan peribadi /perkara
remeh temeh dalam group tersebut.

11. Usul Kedua

11.1 Mewujudkan tempat makan untuk murid KAFA.


Jawapan : Guru besar memaklumkan pihak sekolah dalam usaha
membangunkan ruangan tersebut di kawasan surau.
Walaubagaimanapun pihak sekolah masih memerlukan dana untuk
pembangunan tersebut.

3
12. Usul Ketiga (Pn Sabariah bt Che Lah)

12.1 Memohon agar mesyuarat PIBG diadakan selain pada hari Rabu
kerana ramai waris terlibat dengan Amanah Ikhtiar).
Jawapan :Ahli mesyuarat mencadangkan Mesyuarat PIBG diadakan pada
sebelah petang.

13. Usul Ke empat (En.Fadhil b Mohd Fesol)

13.1 Mewujudkan bilik persalinan pakaian untuk murid KAFA


Jawapan : Guru besar memaklumkan bahawa terdapat bilik persalinan
pakaian di tingkat 1 ,iaitu bersebelahan dengan bilik guru.Pihak sekolah
juga dalam usaha menyiapkan kawasan berbumbung di bahagian surau
dan masih memerlukan RM 12,000 bagi tujuan tersebut.Pihak sekolah
telah membelanjakan RM 6000 untuk tujuan tersebut.

14. Usul Ke lima (Nur Shima bt Yusuf)

14.1 Lantai kelas 3 Merpati berlubang.


Jawapan : Guru Besar memaklumkan bahawa perkara tersebut dalam
perhatian sekolah dan baik pulih oleh pekerja telah dibuat dari masa ke
semasa.Sekolah juga menerima peruntukan daripada bantuan sekolah
Daif.

15. Usul Ke Enam (Pn Mustadilah)

15.1 Menu yang sihat di kantin sekolah.


Pn Mustadilah berharap pihak sekolah memastikan pihak kantin
sekolah menjual menu yang sihat kepada murid- murid.
Jawapan: Pihak sekolah sentiasa memantau penjualan makanan di
kantin sekolah dari masa ke semasa.

16. Usul ke Tujuh (Nang Nor Hayati )

16.1 Memohon jasa baik pengawal keselamatan mengawal kenderaan


keluar masuk kawasan sekolah.
Jawapan : Pihak sekolah akan memanjangkan perkara tersebut kepada
pihak berkenaan.

Tindakan :semua AJK

4
VI. Hal-hal lain

17. Kehadiran Murid ke Sekolah dan Disiplin

Mesyuarat mengambil maklum :

i) Akan makluman Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(En Mohd


Zamri b Abdullah) mengenai kehadiran dan disiplin murid ke
sekolah.Pihak sekolah menetapkan target kehadiran penuh murid ke
sekolah pada tahun 2019 iaitu 94.0% dan pada bulan Januari Sekolah
telah mencapai 95.0%. Beliau berharap pihak waris dapat memberi
kerjasama dalam usaha sekolah untuk mencapai sasaran
tersebut.Beliau juga memaklumkan bahawa murid yang tidak hadir ke
sekolah 3 hari berturut- turut tanpa sebab akan diberi surat amaran
pertama dan murid yang tidak hadir berselang seli 10 hari akan
menerima surat amaran pertama.Murid yang tidak hadir mestilah
melampirkan surat makluman kepada guru kelas sebab ketidakhadiran
atau surat sakit.

ii) Disiplin murid SKKH dalam keadaan baik.

18. Program Ziarah Cakna

Mesyuarat mengambil maklum:

i) Akan makluman Guru Penolong Kanan HEM mengenai Program


Ziarah Cakna kepada semua waris yang dilaksanakan seluruh
negara pada tahun ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan
antara sekolah dan ibu bapa/penjaga melalui program ini.Program ini
adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan dan memahami latar
belakang murid yang menyebabkan pelajar itu bermasalah dan apa
yang membolehkan pelajar itu cemerlang.

19. Kejohanan balapan SKKH dan Hari Kantin sekolah.

Mesyuarat mengambil maklum:

(i) Akan makluman En Mohammad Arif b AB Samat kepada semua waris


mengenai Kejohanan Balapan dan Padang serta Hari Kantin Sekolah
yang akan diadakan pada 14 Febuari 2019.Pada hari tersebut terdapat
pelbagai pameran ,gerai jualan ,mini zoo dan rumah hantu.Semua
waris dijemput hadir bagi memeriahkan dan menjayakan program
tersebut.

5
20. Pendaftaran Perpustakaan Awam Kuala Nerang.

Mesyuarat mengambil maklum:

(i) Akan saranan Pn Habsah bt Omar mendaftar anak-anak/waris di


Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Nerang.Yuran keahlian bagi
dewasa RM 10.00 dan Kanan-kanak RM 6.00.Beliau berharap ibu
bapa mengambil peluang ini untuk menggalakkan anak-anak
membudayakan membaca di kalangan murid dan membantu murid
membuat rekod Nilam.

VII. Ucapan Penangguhan

21. Yang Dipertua PIBG (En Ramlan b Sabardin)

21.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada


semua waris kerana dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PIBG
Sk Kurong Hitam kali ke 34.

21.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris dan
guru yang telah memberi sumbangan untuk hadiah cabutan
bertuah,pakaian dan kepada waris yang memasak untuk jamuan tengah
hari pada hari ini.
21.3 Beliau berharap ibu bapa akan sentiasa bersama sekolah dalam
memberi idea atau buah fikiran dan meningkatkan pencapaian murid-
murid sekolah ini dari segi akademik dan kerohanian dan sahsiah murid.
21.4 Beliau juga memohon agar ibu bapa dapat menjelaskan bayaran
PIBG RM40 kepada guru kelas bagi anak masing –masing.

VIII. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.

Makluman

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………... ……………………………….
MOHAMMAD ARIFF BIN AB SAMAT RAMLAN BIN SABARDIN
(SETIAUSAHA PIBG SKKH) (YANG DIPERTUA PIBG SKKH)

6
7

You might also like