Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGECAT BLOK BANGUNAN

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP LEPAR HILIR 3

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan memohon peruntukan bagi mengecat 2 blok bangunan SK LKTP
Lepar Hilir 3.
1.2 Keadaan cat bangunan tersebut agak lama dan usang mencacatkan pemandangan semua
pihak yang melalui kawasan sekolah. Justeru itu, sudah tiba masanya bangunan tersebut di
cat.
1.3 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua pihak akan berasa selesa dan ceria apabila
berada di SK LKTP Lepar Hilir 3.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 SK LKTP Lepar Hilir 3 masih belum mempunyai blok bangunan baru justeru memerlukan
peruntukan untuk menceriakan bangunan sekolah yang semakin usang.
2.2 SK LKTP Lepar Hilir 3 mempunyai 2 blok bangunan utama yang menempat kelas dan
bangunan pentadbiran.
2.3 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan amat ini
diperlukan bagi tujuan di atas.

3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

1
Anggaran Kos Mengecat 2 Blok Bangunan Sekolah

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

Cat 20 liter X 10 Tong X RM300.00 RM3000.00


1.
(Blok A)

Cat 20 liter X 10 Tong X RM300.00 RM3000.00


2.
(Blok B)

3. Undercoat X 10 Tong X RM200.00 RM2000.00

4. Peralatan Mengecat RM1000.00

5. Upah RM7000.00

ANGGARAN JUMLAH KOS RM16000.00

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM 16000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN


4.1 Peruntukan Yang Berhormat Ahli Parlimen Paya Besar.

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa PIBG memohon jasa baik pihak YB Ahli Parlimen
Paya Besar untuk mempertimbangkan permohonan ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ _______________________________
(NUR AIDAWATI BINTI AB MANAF) ( KAMARUDDIN BIN AWANG )
Setiausaha PIBG NYDP PIBG

2
SK LKTP Lepar Hilir 3. SK LKTP Lepar Hilir 3.

You might also like