Teks MC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS MC MAAL HIJRAH

Kata-alu-aluan Bismillah Hirrahmanirrahim....


Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera, salam 1 Malaysia dan Salam
Sepastiku Unggul,

Yang Berusaha, BONDA PUAN HAJAH WAN BIDAH BTE WAN SALLEH,
IDHAM Pengetua SMK Pasir Putih

Yang Dihormati, ________________________________________________

Barisan guru-guru penjana modal insan gemilang, dan para hadirin sekalian

Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-
sama kita berkumpul sekali lagi di sudut komuniti ini bagi meraikan bulan maal
hijrah bagi mendengarkan ceramah sempena bulan maal hijrah oleh
penceramah kita USTAD MULIADE BIN UMAT ELAYES BIDIN yang bertajuk
“HIJRAH MENUJU KE SYURGA”.

Bacaan doa Hadirin yang dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh IZZUL IMRAN BIN MUAAD
DARWIS dari kelas 1 Rushd. Dipersilakan…

Amin, amin Ya Rabbal Alamin,


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada IZZUL IMRAN BIN MUAAD
kerana mengetuai bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan
kekuatan untuk melaksanakan majlis ceramah maal hijrah pada petang ini.

Ucapan Hadirin yang dihormati,


Pengetua
Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid-murid agar
menempa kejayaan di dunia dan di akhirat.

DARWIS Dengan itu,majlis pada petang ini diteruskan dengan ucapan BONDA PUAN
HAJAH WAN BIDAH BTE WAN SALLEH pengetua SMK Pasir Putih, Dipersilakan...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada BONDA PUAN HAJAH WAN
BIDAH BTE WAN SALLEH atas ucapan beliau sebentar tadi…

Biodata Hadirin yang dihormati,


Penceramah
Sebelum menjemput penceramah izinkan saya untuk memperkenalkan
penceramah kita pada petang ini. Nama beliau MULIADE BIN UMAT ELAYES
BIDIN. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam (Usuludin dan Falsafah) dari
IDHAM Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin pada tahun 1989-1992. Kemudian, melanjutkan
pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1992-1995 dengan kelulusan
Ijazah sarjana muda (usuludin dan Falsafah). Pada tahun berikutnya, beliau
memperoleh Diploma Pendidikan (Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Komunikasi)
di Maktab Perguruan Islam, Bangi.

Beliau berpengalaman mengajar di SMK tanjong badak pengerang pada tahun


1997-2006, kemudian di SMK Adela, Pengerang hingga tahun 2009 dan kini
beliau mengajar di SMK tanjong Pengelih, Pengerang.

Selama berkhidmat, beliau memegang jawatan sebagai pegawai perkhidmatan


Pendidikan siswazah, penolong kanan pentadbiran dan konsultan dakwah
syarikat MAJLEZA Aluminium sdn.bhd, Fasilitator East Coast Economic Region
(ECER)

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan USTAD MULIADE BIN
UMAT ELAYES BIDIN untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk
“HIJRAH MENUJU KE SYURGA”. Dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada USTAD MULIADE BIN UMAT
ELAYES BIDIN atas ceramah yang beliau sampaikan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang dihormati....


hadiah
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kepada USTAD
MULIADE BIN UMAT ELAYES BIDIN. Dengan itu, majlis mempersilakan Bonda
pengetua SMK Pasir Putih PUAN HAJAH WAN BIDAH BTE WAN SALLEH diiringi
____________________________________________ untuk menyampaikan
DARWIS cenderahati. Dipersilakan.....

Terima kasih Bonda Pengetua PUAN HAJAH WAN BIDAH BTE WAN SALLEH
kerana sudi menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah majlis ceramah maal hijrah pada kali ini.......diharapkan ceramah
yang disampaikan tadi dapat memberi manfaat kepada kita untuk sama-sama
berhijrah ke arah yang lebih baik.....

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada
IDHAM DAN terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
DARWIS Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t.

Dengan berakhirnya majlis ini, sukacita majlis menjemput USTAD MULIADE BIN
UMAT ELAYES BIDIN diiringi Bonda Pengetua PUAN HAJAH WAN BIDAH BTE
WAN SALLEH untuk menikmati sedikit jamuan di kantin.

Sekian, tarima kasih.....


Assalammualaikum

You might also like