Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN KALI PERTAMA 2022

SK TUANKU ABDUL RAHMAN

TARIKH : 21 APRIL 2022


MASA : 2.15 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN 1

Kehadiran:
1. En. Khairunizam bin Mohamed Sidek GPK HEM
2. En. Akmal Hapiz bin Nor Razali penyelaras
3. En. Mohd Hairi bin Mansor Setiausaha
4. Cik Nur Muzana Lifah binti Ali AJK
5. Pn. Azean bin Othman AJK
6. En. Mohd Zuzariff bin Kamaruzaman AJK
7. Pn. Akmalinda binti Abdul Kudus AJK
8. Pn. Nor Jalilah binti Jalil AJK

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir dalam Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas Kali
Pertama bagi Tahun 2022.

1.2 Majlis dimulakan dengan bacaan surah al Fatihah kepada mantan GPK
HEM arwah cikgu Salmah.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN KALI- 1/2022

2.1 Minit Mesyuarat Unit Disiplin Kali-2/2021 disahkan untuk diterima oleh
Cik Nur Muzana Lifah binti Ali dan disokong oleh Pn. Akmalinda binti
Abdul Kudus.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Mesyuarat mengambil maklum penggunaan minit mesyuarat yang


memerlukan tindakan mesyuarat menggunakan borang maklumbalas

Makluman

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Program Amalan Baik Murid 2022

4.1.1 Rujuk Fail


4.2 Penggunaan buku log untuk masalah disiplin kecil seperti murid tidak
membawa buku teks dan buku tulis atau tidak menyiapkan kerja rumah
akan diwujudkan di semua kelas.

4.3 Guru-guru perlu membuat pengisian amalan baik dalam SSDM


sekurang-kurang 10 orang seminggu.

4.4 Mesyuarat bersetuju untuk memberikan sijil penghargaan dan hadiah


kepada guru yang paling banyak mengisi maklimat tersebut.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa sekolah mempunyai hak untuk


merampas atau menyimpan bahan-bahan yang terlarang dibawa oleh
murid.

5.2 Mesyuarat turut maklum tentang penggunaan jam pintar yang ada
kamera tidak dibenarkan di sekolah. Segala bahan berharga/jenayah
akan disimpan di dalam bilik GPK Hem.

5.3 Mesyuarat juga memaklumkan pemakaian murid yang masih belum


memakai pakaian seragam yang lengkap tidak boleh diambil tindakan
dan hanya diberi nasihat secara berterusan sehingga terdapat
makluman daripada KPM.

5.4 Mesyuarat menyatakan pendedahan (Program Menuju Alam Dewasa)


akan diberikan kepada murid-murid terutamanya murid tahap dua.

5.5 Mesyuarat menyatakan sekoalah tidak boleh menunujukkan atau


mempertontonkan video demonstrasi rotan kepada murid-murid.

5.6 Mesyuarat menyatakan guru kelas boleh mengeluarkan surat berhenti


sekolah kepada murid yang telah dikeluarkan 3 kali surat amaran
ketidakhadiran.

5.7 GPK HEM memaklumkan guru-guru boleh meningkatkan KPI


kehadiran murid dengan mengedarkan surat amaran, risalah berkaitan
kehadiran atau selalu mengingatkan ibu bapa dalam group kelas
masing-masing.

5.8 GPK HEM memklumkan murid-murid perlu hadir ke sekolah seawal


7.20 pagi dan selewat-lewatnya 7.30 pagi.

5.9 GPK HEM juga memaklumkan program “Ziarah Cakna” boleh


dilaksanakan apabila mendapat kebenaran tuan rumah.

Makluman
6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
berharap semua guru dapat meningkatkan tahap disiplin murid ke arah
yang lebih baik pada masa akan datang.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang

Disediakan oleh :

MOHD HAIRI BIN MANSOR


S/U Unit Disiplin
SK Tuanku Abdul Rahman
73400 Gemas,]
Negeri Sembilan

Tarikh:23/04/2022

You might also like