Gmga2023 T1 I Nooranieza Sitihajijah Jennyjee Leemongyann

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

NOORANIEZA SOFIA BINTI RABUDIN (283285)SITI HAJIJAH BINTI PUTIT (283336) JENNY

JEE SIAW CHIEN (283188) LEE MONG YANN (283426)


NOORANIEZA SOFIA BINTI RABUDIN (283285)SITI HAJIJAH BINTI PUTIT (283336) JENNY
JEE SIAW CHIEN (283188) LEE MONG YANN (283426)

1.0 PENGENALAN

Esei ini mengulas konsep dasar awam melalui esei memperihalkan tentang Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Dasar Kerajaan Keluarga
Malaysia – Manfaat Untuk Rakyat. Bantuan Keluarga Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia ke 9, Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob merupakan penambahbaikan dari
program Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia ke 8, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin pada tahun 2021 sehingga pertengahan tahun 2022.
Bantuan ini merupakan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan dan keperluan rakyat Malaysia
yang terjejas terutamanya ketika pandemik COVID-19 masih melanda negara kita. Hal yang
demikian, bantuan sebegini amat diperlukan oleh rakyat yang terjejas pendapatan dalam
meneruskan kehidupan yang serba mencabar pada masa kini.
NOORANIEZA SOFIA BINTI RABUDIN (283285)SITI HAJIJAH BINTI PUTIT (283336) JENNY
JEE SIAW CHIEN (283188) LEE MONG YANN (283426)

2.0 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan inisiatif bantuan tunai secara
langsung yang telah diwar-warkan didalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan isi rumah dan
bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal. Bantuan tunai kerajaan ini yang bersasar kepada
golongan yang memerlukan bagi mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat yang
berpendapatan rendah. Sejak diperkenalkan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dinikmati
oleh 9.6 juta penerima dengan peruntukan kerajaan yang terlibat sebanyak RM8.2 bilion pada
tahun 2022. Bantuan ini juga dilaksanakan atau dikreditkan kepada penerima 4 kali setahun.

3.0 DEFINISI DASAR AWAM

Menurut Rose (dlm. Anderson, 1995) dasar awam memberi maksud merupakan satu
tindakan atau langkah yang diambil kerajaan dan bukan hanya memadai dalam membuat sesuatu
keputusan untuk melakukan sesuatu. Pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk membantu
rakyat dengan melancarkan program Bantuan Keluarga Malaysia yang dikelolakan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam membantu
proses pengenalpastian penerima yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Keputusan ini telah dibuat atas dasar prihatin dan peduli kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang
menghadapi masalah pendapatan dan ekonomi semasa COVID-19 melanda negara dengan sangat
hebat. Keputusan yang diambil kerajaan ini merupakan satu keputusan yang sangat drastik dan
besar impaknya kerana ini akan melibatkan perbelanjaan yang sangat besar dalam masa yang sama
juga kerajaan perlu menghadapi hutang negara yang perlu dilunaskan. Jelas terbukti pemimpin
negara kita bijak dalam membuat keputusan yang cukup bermanfaat terutamanya kepada rakyat.
NOORANIEZA SOFIA BINTI RABUDIN (283285)SITI HAJIJAH BINTI PUTIT (283336) JENNY
JEE SIAW CHIEN (283188) LEE MONG YANN (283426)

4.0 SATU KLASIFIKASI DASAR AWAM DAN SATU SIFAT DASAR AWAM

Berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang di bincangkan, satu


klasifikasi dasar awam yang terdapat didalam BKM adalah dasar agihan semula
(redistributive policy). Hal ini merujuk kepada pengagihan sumber ini dibahagikan kepada
golongan yang dipilih mengikut kepada status, pendapatan, had umur dan sebagainya.
Sebagai contoh, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya di khaskan kepada golongan
B40 iaitu isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM 5, 000. Golongan lain
selain daripada B40 tidak layak mendapat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini.
Selain itu, satu sifat dasar awam yang ada dalam Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) ini adalah keputusan dasar (policy decision). Keputusan dasar ini merujuk kepada
keputusan yang telah diambil oleh kerajaan berkaitan dengan bantuan yang disalurkan ini.
Keputusan ini juga berkaitan dengan kandungan dan tujuan utama dasar awam itu
ditubuhkan oleh kerajaan.

5.0 DUA AKTOR DASAR AWAM


Dalam pembentukkan dasar ini melibatkan pihak-pihak yang tertentu yang menjadi
ketua dalam penggubalan dasar awam. Mereka yang terlibat didalam penggubalan ini di
beri gelaran aktor dasar. Merujuk kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), dua aktor
dasar awam yang terlibat dalam pembentukan ini adalah aktor rasmi iaitu Parlimen dan
Perdana Menteri. Antara peranan mereka adalah :

1. Parlimen
Parlimen adalah badan-badan yang terpenting mengikut kuasa yang dimiliki
oleh mereka. Merujuk kepada isu yang dibincangkan iaitu Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM), wakil-wakil rakyat akan dipanggil untuk bersidang dalam
usaha hendak meluluskan sesuatu bantuan atau undang-undang baru. Wakil-
wakil tersebut akan dibenarkan untuk menyokong ataupun membantah. Melalui
beberapa proses ini termasuklah persetujuan YDPA, kerajaan akan memberi
keputusan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) itu perlu diwujudkan
atau tidak. Jelas disini menunjukkan bahawa Parlimen ialah istitusi utama
dalam penggubalan sesuatu dasar awam di negara kita.
NOORANIEZA SOFIA BINTI RABUDIN (283285)SITI HAJIJAH BINTI PUTIT (283336) JENNY
JEE SIAW CHIEN (283188) LEE MONG YANN (283426)

2. Perdana Menteri
Aktor utama di dalam sebuah kerajaan adalah Perdana Menteri. Misalnya di
Malaysia sehingga ke hari ini hampir ke semua dasar yang digubal dan dibuat
oleh Perdana Menteri iaitu pemimpin utama negara kita. Sebagai contohnya,
berkaitan dengan isu yang dibincangkan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM), Perdana Menteri pada tahun 2021 iaitu Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
mengambil tindakan di dalam peringkat Persekutuan dalam penubuhan bantuan
ini.

6.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, dasar awam sangat penting dalam pembentukkan Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM). BKM merupakan bantuan tunai yang telah ditubuhkan pada tahun 2021
oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke 8 iaitu Tan Sri Muhyddin bin Yassin ini telah di
tambah baik oleh mantan Perdana Menteri ke 9 iaitu Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob
telah banyak membantu golongan B40 terutamanya semasa pandemic yang lalu. Satu
klasifikasi dasar awam yang terdapat didalam BKM adalah dasar agihan semula
(redistributive policy). Selain itu, satu sifat dasar awam tentang isu yang dibincangkan,
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah keputusan dasar (policy decision). Tambahan
pula, dua aktor dasar awam yang terlibat dalam pembentukan dasar awam BKM ini adalah
aktor rasmi iaitu Parlimen dan Perdana Menteri. Akhir kata, dengan dasar awam seperti ini
sangat bertepatan dengan usaha kerajaan kita untuk terus memupuk rasa tanggungjawab
dan integrasi dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan prihatin.
NOORANIEZA SOFIA BINTI RABUDIN (283285)SITI HAJIJAH BINTI PUTIT (283336) JENNY
JEE SIAW CHIEN (283188) LEE MONG YANN (283426)

7.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. (2001). Pentadbiran awam Malaysia: Paradigma baru. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Lembaga Hasil Dalam Negeri. (2022). Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Retrieved from http://www.bkm.hasil.gov.my

Modul GMGA2023 Dasar Awam

You might also like