Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB MEMANAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Memanah SK Temenggon Ibrahim Penggaram (SKTIP)


merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti murid – murid
sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek
kokurikulum. Penubuhan kelab ini juga selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dalam usaha untuk memperkembangkan potensi murid – murid
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Memanah merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan sesuai untuk mengisi
masa lapang. Justeru itu, bagi mendedahkan sukan yang memanfaat ini kepada murid
– murid SK Temenggong Ibrahim, satu cadangan penubuhan Kelab Memanah SK
Temenggong Ibrahim Penggaram telah diusulkan. Penubuhan Kelab Memanah dapat
membolehkan murid – murid boleh mengenali sukan ini secara lebih dekat.
Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK
Temenggong Ibrahim Penggaram yang berminat untuk menyertainya.
Dengan adanya ahli – ahli Kelab Memanah, pihak sekolah dapat
menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan bersama sekolah-sekolah atau
pusat pengajian lain bagi mengeratkan silaturahim serta memberi peluang kepada ahli
– ahlinya untuk menimba pengalaman menyertai pertandingan memanah. Dengan
menyertai kelab ini, ahli-ahli Kelab Memanah akan didedahkan kepada teknik – teknik
memanah yang betul sehingga ahli – ahlinya dapat memanah ke sasaran dengan
tepat. Kelab ini juga dapat membantu murid - murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang sihat dan bermanfaat pada masa lapang. Penubuhan Kelab Memanah
mampu meningkatkan pencapaian kokurikulum permainan sekolah serta
memperluaskan pengetahuan murid – murid mengenai bidang sukan.
2.0 RASIONAL
Rasional penubuhan Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim Peggaram adalah:
2.1 Mendedahkan dan memperkenalkan sukan memanah kepada murid – murid SK
Temenggong Ibrahim Penggaram.
2.2 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid – murid untuk menyertai
pertandingan memanah serta mempelajari ilmu pengetahuan dalam bidang
pengurusan kelab.
2.3 Kelab Memanah yang didaftarkan di bawah nama SK Temenggong Ibrahim
Penggaram mampu mengharumkan nama SK Temenggong Ibrahim Penggaram
sebagai sebuah sekolah yang menitikberatkan kegiatan sukan dalam kalangan
murid – murid.
2.4 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman para
murid – murid SK Temenggong Ibrahim Penggaram terhadap kepentingan
pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum serta dapat membina kualiti
peribadi dan nilai dalam kalangan murid – murid.
2.5 Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid – murid.
2.6 Mengeratkan hubungan antara murid yang terdiri daripada murid – murid yang
berbilang kaum.

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama penubuhan Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim
Penggaram adalah untuk memperkenalkan kepada murid – murid tentang sukan riadah
ini. Selain itu, dengan adanya kelab ini, hubungan silaturahim antara murid – murid SK
Temenggong Ibrahim Penggaram dapat dieratkan. Hubungan pihak sekolah dengan
sekolah – sekolah lain turut dapat diperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan
pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan
sepenuhnya oleh murid - murid dengan aktiviti yang sihat. Kelab Memanah juga dapat
mengasah bakat murid - murid dalam sukan ini yang memerlukan fokus dan kemahiran
yang tinggi.
Pada setiap tahun, terdapat beberapa perlawanan memanah terbuka akan
diadakan di Selangor. Dengan penubuhan kelab ini, pendaftaran untuk menyertai
pertandingan tersebut oleh ahli - ahli Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim akan
menjadi lebih mudah. Penyertaan dalam pertandingan yang dijalankan dapat
memperkenalkan kepada masyarakat tentang kebolehan dan kewujudan SK
Temenggong Ibrahim Penggaram. Matlamat penubuhan kelab ini juga adalah untuk
membolehkan murid - murid menguasai permainan ini untuk diamalkan pada masa akan
datang dalam menempuh era baharu dan mencabar.
4.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim Penggaram adalah untuk:
4.1 Memperkenalkan/mempopularkan sukan memanah kepada warga sekolah.
4.2 Mewakili sekolah dalam peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun
antarabangsa dalam menyertai apa – apa pertandingan.
4.3 Mengeratkan hubungan silaturahim antara SK Temenggong Ibrahim Penggaram
dengan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian lain sekitar Johor.
4.4 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin.
4.5 Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
4.6 Memberi kesempatan kepada murid – murid untuk mengembangkan bakat
masing-masing.
4.7 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan murid – murid.
4.8 Memperkenalkan sekolah kepada masyarakat dengan menyertai pertandingan-
pertandingan terbuka di Johor.

5.0 MOTO
“Raise. Aim. Shoot.”

6.0 VISI
Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim Penggaram menjadi salah satu kelab
memanah yang terbaik di negeri Johor menjelang tahun 2020.

7.0 MISI
Membangun dan memantapkan Kelab Memanah yang berkualiti, inovatif dan
komprehensif bagi memperkasa potensi dan bakat murid – murid sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

8.0 LOGO
9.0 KUMPULAN SASARAN
Penyertaan serta sasaran adalah terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK
Temenggong Ibrahim Penggaram yang berminat untuk belajar sukan memanah
dengan cara yang betul. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi
borang (Lampiran 1) yang disediakan.

10.0 LOKASI
Padang SK Temenggong Ibrahim Penggaram

11.0 WAKTU PELAKSANAAN


Cadangan waktu pelaksanaan aktiviti – aktiviti Kelab Memanah SK Temenggong
Ibrahim Penggaram adalah seperti di bawah.

Hari : Rabu
Masa : 12:30 – 1:30 tengah hari

Latihan akan diadakan pada hari Rabu semasa waktu kokurikulum sukan sekolah
dijalankan. Jika terdapat ahli – ahli Kelab Memanah terlibat dalam pertandingan
memanah, guru Kelab Memanah akan menambah bilangan latihan di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran murid – murid dengan kebenaran pihak sekolah. Hal ini
kerana Kelab Memanah juga memberi fokus kepada akademik ahli – ahli Kelab
Memanah di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

12.0 STRUKTUR ORGANISASI


12.1 Jawantankuasa Pengurusan Kelab
a) Penaung : En. Mohamad Zin bin Daud (Guru Besar)
b) Penasihat : En. Hj. Mohd. Tahar bin Hashim (GPK Kokurikulum)
c) Setiausaha : Pn. Zarena binti Abdullah
d) Pen. Setiausaha : En. Wan Ahmad Zaky bin W Mat Alli
e) Penyelaras : En. Izzuddin bin Muhammad Hisham
En. Naufail bin Ahmad
f) Ketua Penasihat : En. Mohamad Hafiz Syahmi bin Sharkawi
g) Penolong : En. Syafiq Fahmi bin Omar
Puan Kasturi a/p Kandasamy
Cik Ang Wan Yan
12.2 Jawatankuasa Kelab (Murid)
a) Pengerusi : Murid
b) Naib Pengerusi : Murid
c) Setiausaha : Murid
d) Naib Setiausaha : Murid
e) Bendahari : Murid
f) Naib Bendahari : Murid
g) AJK Tempat : Murid
h) AJK Peralatan : Murid
i) AJK Aktiviti dan Lawatan : Murid
j) AJK Pertandingan : Murid

13.0 SUMBER KEWANGAN


Sumber kewangan kelab ini adalah daripada yuran pendaftaran murid – murid iaitu
sebanyak RM 50.00 setiap individu. Demi mendapatkan alatan memanah yang
mencukupi, dana dan kutipan derma pihak sekolah dan PIBG turut akan dicadangkan.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sila rujuk Lampiran 2

15.0 DRAF PERANCANGAN AKTIVITI KELAB MEMANAH


Sila rujuk Lampiran 3

16.0 DRAF PERLEMBAGAAN / PERATURAN KELAB MEMANAH


Sila rujuk Lampiran 4

17.0 SURAT PANGGILAN MESYUARAT


Sila rujuk Lampiran 5

18.0 MINIT MESYUARAT


Sila rujuk Lampiran 6

19.0 SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN


Sila rujuk Lampiran 7
20.0 PENUTUP
Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk murid – murid
mengenali dengan lebih baik mengenai sukan memanah. Di samping itu semangat
kesukanan turut dapat dipupuk dalam kalangan murid – murid terutamanya ahli – ahli
Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim Penggaram. Semoga cadangan
penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak pengurusan dan akan terlaksana dengan
jayanya.
Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Alat Unit Harga (Seunit) Harga

Set Memanah
 1 x Bow
 5 x Arrows
1  1 x Quiver 10 RM 350.00 RM 3500.00

 1 x Shooting target board


 1 x Simple arrow rest

2 Arrows (12 / set) 2 RM 150.00 RM 300.00

Jumlah RM 3800.00
Lampiran 3
DRAF PERANCANGAN AKTIVITI KELAB MEMANAH

Bil Bulan Aktiviti

 Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Memanah


 Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Memanah
1 Januari
 Pengambilan ahli baru
 Pembahagian ahli mengikut kumpulan untuk latihan
 Peraturan memanah
2 Februari  Peralatan memanah
 Latihan memanah
 Kursus memanah
3 Mac
 Latihan memanah
 Pertandingan memanah sekolah
4 April
 Pertandingan memanah peringkat daerah

5 Mei  Perlawanan persahabatan

6 Jun  Lawatan sambil belajar ke Persatuan Memanah Malaysia

7 Julai  Pertandingan terbuka memanah

8 Ogos  Perlawanan persahabatan

9 September  Pertandingan Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim

10 Oktober  Majlis Akhir Tahun


Lampiran 4
PERLEMBAGAAN KELAB MEMANAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM

1. NAMA DAN ALAMAT


a) Nama Kelab : Kelab Memanah
b) Alamat : Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram
32, Jalan Limpoon, Taman Dahlia 83000 Batu Pahat, Johor.

2. MATLAMAT
Matlamat utama penubuhan Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim Penggaram
adalah untuk memperkenalkan kepada murid – murid tentang sukan riadah ini. Selain itu,
dengan adanya kelab ini, hubungan silaturahim antara murid – murid SK Temenggong
Ibrahim Penggaram dapat dieratkan. Hubungan pihak sekolah dengan sekolah – sekolah
lain turut dapat diperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa
yang terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya oleh murid -
murid dengan aktiviti yang sihat. Kelab Memanah juga dapat mengasah bakat murid -
murid dalam sukan ini yang memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi.
Pada setiap tahun, terdapat beberapa perlawanan memanah terbuka akan diadakan
di Selangor. Dengan penubuhan kelab ini, pendaftaran untuk menyertai pertandingan
tersebut oleh ahli - ahli Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim akan menjadi lebih
mudah. Penyertaan dalam pertandingan yang dijalankan dapat memperkenalkan kepada
masyarakat tentang kebolehan dan kewujudan SK Temenggong Ibrahim Penggaram.
Matlamat penubuhan kelab ini juga adalah untuk membolehkan murid - murid menguasai
permainan ini untuk diamalkan pada masa akan datang dalam menempuh era baharu dan
mencabar.

3. OBJEKTIF
3.1 Memperkenalkan/mempopularkan sukan memanah kepada warga sekolah.
3.2 Mewakili sekolah dalam peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun
antarabangsa dalam menyertai apa – apa pertandingan.
3.3 Mengeratkan hubungan silaturahim antara SK Temenggong Ibrahim Penggaram
dengan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian lain sekitar Johor.
3.4 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin.
3.5 Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
3.6 Memberi kesempatan kepada murid – murid untuk mengembangkan bakat masing-
masing.
3.7 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan murid – murid.
3.8 Memperkenalkan sekolah kepada masyarakat dengan menyertai pertandingan-
pertandingan terbuka di Johor.

4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Temenggong Ibrahim Penggaram.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli – ahli perlu menerima serta bersetuju untuk berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

5. GURU PENASIHAT
5.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli – ahli semasa aktiviti
dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa
6.3 Ahli Jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.4 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.5 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:
a) Pengerusi
b) Naib Pengerusi
c) Setiausaha
d) Naib Setiausaha
e) Bendahari
f) Naib Bendahari
g) Ahli Jawatankuasa (mengikut keperluan)
7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi akan mengpengerusikan mesyuarat jawatankuasa dan mengawasi
perjalanan kelab.
7.2 Naib pengerusi akan membantu pengerusi dalam hal persatuan/ kelab dan
mengpengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.3 Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan menyediakan minit serta
merekodkan semua aktiviti.
7.4 Penolong setiausaha menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku
jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha.
7.5 Bendahari akan memungut segala bayaran ahli, menyimpan akaun serta
menyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung.

8. KEWANGAN
8.1 Yuran pendaftran RM1.00.
8.2 Yuran keahlian RM50.00 setahun.
8.3 Semua yuran dikumpul dalan satu tabung dan digunakan untuk aktiviti
persatuan/kelab.
8.4 Kuasa meluluskan kewangan terletak di tangan Jawatankuasa Pusat.
8.5 Wang persatuan/kelab yang melebihi RM50.00 harus disimpan oleh guru penasihat.

9. PERATURAN
9.1 Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada satu tarikh yang sesuai dan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pusat dengan persetujuan guru penasihat.
9.2 Mesyuarat Agung diadakan untuk:
a) Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.
b) Menerima dan mengesahkan laporan kewangan.
c) Meminda perlembagaan apabila diperlukan.
d) Membubarkan jawatankuasa yang lama.
e) Memilih ahli-ahli jawatankuasa yang baru.
9.3 Mesyuarat Tahunan / Ahli Jawatankuasa hanya sah apabila 2/3 dari ahli-ahli hadir.
9.4 Mesyuarat Tahunan / Ahli Jawatankuasa /Perjumpaan mesti dihadiri oleh sekurang-
kurangnya seorang guru penasihat.
9.5 Notis Mesyuarat Agung Tahunan / Ahli Jawatankuasa mesti dikeluarkan seminggu
sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
9.6 Perjumpaan akan diadakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh sekolah.
9.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan
dengan licin dan sempurna.
10. PENYERTAAN AKTIVITI LUAR
Semua aktiviti luar mesti melalui dan mendapat kelulusan pihak sekolah serta mendapat
kebenaran ibu bapa.

11. HAL – HAL LAIN


11.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yag dijalankan.
11.2 Ahli – ahli hendaklah peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

____________________ ____________________ ____________________


( ) ( ) ( )
Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat

Tarikh:
Lampiran 5
SURAT PANGGILAN MESYUARAT
Kelab Memanah, Rujukan Tuan:
Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram, Rujukan Kami:
32 Jalan Limpoon, Tarikh:
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Saudara/Saudari,
Ahli Kelab Memanah,
Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram,

Saudara/Saudari,

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Memanah

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Memanah Sekolah Kebangsaan


Temenggong Ibrahim Penggaram akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh :
Masa :
Tempat :

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:


2.1 Ucapan Alu-aluan Pegerusi Persatuan.
2.2 Ucapan Guru Penasihat Persatuan.
2.3 Ucapan Perasmian.
2.4 Agenda Mesyuarat Agung.
i. Ucapan Pengerusi Tetap.
iii. Membentangkan laporan tahunan.
iv. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan.
v. Pemilihan Ahli Jawatankuasa.
vi. Pemilihan dua orang juruaudit.
vii. Membahaskan usul-usul yang diterima.
viii. Ucapan penanguhan.

3. Saudara / saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang mejalankan tugas,

………………………………
( )
Setiausaha Kelab Memanah,
Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram,
s.k. 1, Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
3. Guru Penasihat Kelab Memanah.
Lampiran 6
MINIT MESYUARAT
Tarikh :
Masa :
Tempat :
Kehadiran :

(Senarai nama dilampirkan)

Bil Agenda Tindakan


1 Ucapan Pengerusi

2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang


lalu.
2.1 Pencadang
2.2 Penyokong
3 Membentangkan laporan tahunan
3.1
3.2
4 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan
4.1 Pencadang
4.2 Penyokong
5 Pemilihan AJK Tahunan
5.1 Pengerusi
5.2 Naib Pengerusi
5.3 Setiausaha
5.4 Penolong Setiausaha
5.5 Bendahari
5.6 Penolong Bendahari
5.7 Ahli Jawatankuasa (maksima 7 orang)
6 Pemilihan dua orang juruaudit
6.1
6.2
7 Membahaskan usul-usul yang diterima

8 Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam

Dicatat oleh,

…………………………. Tarikh :
( )
Setiausaha Kelab Memanah,
Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim.
Lampiran 7
SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN

Kelab Memanah,
Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram,
32 Jalan Limpoon,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. Tel : 07-4323500

Ruj.Kami :
Tarikh :

Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram,
32 Jalan Limpoon,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB MEMANAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Memanah memohon


kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Kelab Memanah SK Temenggong Ibrahim
Penggaram berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa Kelab Memanah
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak


tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”
Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(MOHAMAD HAFIZ SYAHMI BIN SHARKAWI)
Guru Penasihat
b.p. Jawatankuasa Kelab Memanah
SK Temenggong Ibrahim Penggaram

s.k. 1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Temenggong Ibrahim Penggaram

You might also like