Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

PSPM

AP025
- Sesi 2020/2021 -
Soalan 1
a) Amni Medicare Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat pengeluaran barangan bekalan
perubatan. Syarikat juga membekalkan jarum suntikan kepada hospital. Untuk
mengurangkan kos inventori, syarikat perlu memnastikan setiap pesanan jarum suntikan
berada pada tahap optimum. Permintaan tahunan bagi tahun 2020 adalah sebanyak 1,000
unit manakala kos pesanan (ordering cost) adalah pada kadar RM10.00 bagi setiap
pesanan. Kos pegangan (holding cost) bagi satu unit jarum suntikan ialah RM0.50 setahun.
Jumlah hari bekerja setahun adalah 360 hari dan masa menunggu (lead time) adalah 5 hari.

i) Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ)

= 2DS/h

= 2(1000)(10)
0.50

= 200 unit
ii) Hitung bilangan pesanan setahun iii) Hitung jumlah kos inventori

= (D/EOQ) = (Q/2) x h +(D/Q) x S

= (1000/200) = (200/2) x 0.5 + (1000/200) x 10

= 5 kali = RM 100

iv) Hitung Titik Pesanan Semula (ROP)

= (D/360) x masa lopor

= (1000/360) x 5

= 13.89 unit @ 14 unit


v) Lakar keluk perkaitan antara kos pesanan, kos pegangan dan jumlah kos
b) Amni Medicare Sdn. Bhd. sedang merancang untuk membina sebuah kilang baharu di
Sabah bagi memenuhi permintaan yang meningkat di Malaysia Timur. Pemilihan lokasi yang
strategik perlu diberi perhatian oleh pihak
pengurusan.

(i)Huraikan empat (4) faktor yang perlu diberi pertimbangan oleh pihak pengurusan Amni
Medicare Sdn Bhd dalam pemilihan lokasi tersebut.

1. Bekalan tenaga buruh


Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh merangkumi buruh mahir, separuh mahir
dan kurang mahir serta kos upah buruh yang berpatutan.
Contohnya, Amni Medicare Sdn Bhd perlu membina kilang baharunya di kawasan
penempatan penduduk yang padat dan ramai serta kos upah yang murah.

2. Berhampiran dgn pengguna dan pasaran .


Organisasi harus memberi tumpuan kpd saiz pasaran yang menjnjikan pulangan keuntungan
maksimum.
Contohnya, Amni Medicare Sdn Bhd membina kilang baharu mereka di kawasan yg
berhampiran hospital atau pasaran untuk mempercepatkan pengedaran barangan perubatan
syarikatnya sekaligus mengurangkan kos pengedaran.
3) Kemudahan infrastuktur.
Kemudahan infrastrukur yang lengkap menjadi pertimbangan utama kepada firma dalam
pemilihan lokasi tapak.
Contohnya, Amni Medicare memilih lokasi yang mempunyai kemudahan infrastruktur
seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi dan sistem perhubungan internet supaya
dapat memudahkan proses pengeluaran produk barangan perubatannya.

4) Sistem pengangkutan dan logistik.


Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan landasan seperti jalan raya, lebuh
raya, landasan keretapi, lapangan terbang dan pelabuhan memudahkan urusan logistik.
Contohnya, Amni Medicare memilih lokasi yang berdekatan dengan lebuh raya untuk
mempercepatkna pengedaran produknya.

ii) Kilang Ammi Medicare San Bhd juga mengeluarkan picagari sebagai produk sampingan.
Jelaskan jenis pengeluaran yang sesuai untuk penghasilan picagari tersebut.

Jenis pengeluaran yang sesuai digunakan oleh Amni Medicare untuk penghasilan picagari
tersebut ialah pengeluaran massa. Pengeluaran secara massa ialah pengeluaran secara
besar besaran dan memerlukan simpanan stok yang banyak.
c) Huraikan tiga (3) kepentingan kawalan kualiti berserta contoh yang bersesuaian bagi
Amni Medicare Sdn. Bhd.

i) Mengurangkan kos pengeluaran


Melalui pengawalan kualiti, pembaziran yang mungkin berlaku semasa proses pengeluaran
dapat dikurangkan seterusnya dapat menjimatkan masa dan kos pengeluaran.
Contohnya, Syarikat Amni Medicare Sdn. Bhd. mengawal jumlah kuantiti jarum yang
akan dikeluarkan untuk mengelakkan pembaziran berlaku.

ii) Mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna


Kawalan kualiti dapat mengurangkan kecacatan produk sebelum produk tersebut
dipasarkan kepada pengguna. Seterusnya firma dapat mengelakkan tuntutan liabili
daripada pengguna.
Contohnya, Syarikat Amni Medicare Sdn. Bhd. membuat kawalan kualiti produk jarum
suntikan sebelum dipasarkan kepada pelanggan untuk mengelakkan kecacatan pada produk.
iii) Membentuk imej perniagaan yang baik
Kawalan kualiti akan mewujudkan imej perniagaan yang baik dari pandangan pengguna.
Ini menguntungkan firma untuk tempoh jangka panjang khususnya dalam penguasaan syer
pasaran.
Contohnya, Syarikat Amni Medicare Sdn. Bhd. mendapat pandangan yang baik daripada
pelanggan mereka kerana sentiasa menjaga kualiti produk mereka.
Soalan 2
Nik Nazmi memulakan perniagaan baru, NN Enterprise dengan menjual 3,000 paket
kopi. Bellau mengambl masa selama tiga minggu untuk memasarkan kesemua Kopi
tersebut. Permintaan terhadap kopi tersebut yang terus meningkat menyebakan
beliau bertekad untuk menghasilkan kopi menggunakan jenama sendiri laitu
KopiNaz.
Menggunakan modal sebanyak RM12,000, Nik Nazmi menyewa sebuah premis
sebagai pusat pengeluaran produk kopinya. Bellau membel bij1 kopi daripada
peladang kopi tempatan dan memprosesnya sendiri. Kopi tersebut dibungkus dalam
paket bersaiz kecil dan diedarkan secara meluas di restoran dan kedai makan
sekitar Melaka dan Neger Semblan. Setelah tiga tahun beroperasi bellau berjaya
membuka kilang sendiri dengan menghasilkan 22 produk minuman berbentuk serbuk
yang mengandungi perisa kop1, gingseng, ten dan pelbagai perisa lain.
Produk beliau telah memperolehi sujil halal JAKI|M serta sull perakuan GMP, HCCAP
dan ISO:22000. Beliau telah melantik agen-agen jualan di setiap daerah bagi
memastikan produk beliau dapat dipasarkan secara melas di seluruh negara dan
mula menerokai pasaran Singapura dan Indonesia.
a)Kenal pasti jenis jenama yang digunakan oleh Nik Nazmi bagi produk kopi
keluaran NN Enterprise.

Jenis jenama yang digunakan oleh Nik Nazmi bagi produk kopi keluaran NN Enterprise ialah :

Jenama pengedar.
Penjenamaan mengikut pengedar yang menjual produk di pasaran. Jenama iberikan oleh
peruncit atau pemborong.
Contohnya, Nik Nazmi pemilik NN Enterprise menjenamakan produk kopi mereka
sebagai KopiNaz yang merupakan produk yang didiedarkan oleh mereka.
b) Pada akhir tahun 2020, NN Enterprise akan melancarkan produk baharu iaitu produk
kopi susu unta. Huraikan harga psikologi yang boleh digunakan bagi produk tersebut.

Harga psikologi merupakan penentuan harga yang bertujuan mempengaruhi emosi pembeli.
Andaian dibuat bahawa pembeli membuat keputusan belian berdasarkan emosi dan bukan
secara rasional.

Harga psikologi yangboleh digunakan bagi produk tersebut ialah :


Harga Ganjil
Harga ganjil merupakan harga yang diakhiri dengan nombor ganjil dan menunjukkan produk
itu lebih murah.
Contohnya, NN Enterprise meletakkan harga produk baharu mereka iaitu kopi susu
unta RM 19.90 dapat menarik minat pembeli untuk membeli kerana mengangap harga yang
ditetapkan untuk produk mereka adalah murah dan berbaloi untuk dibeli.
c) Sediakan tiga (3) kaedah penentuan harga yang boleh dipertimbangkan oleh NN
Enterprise.
3 kaedah penentuan harga yang boleh dipertimbangkan oleh NN Enterprise ialah:

i)Kaedah harga berdasarkan kos ( cost - based pricing)

1. Kaedah harga tokokan kos ( cost - plus pricing)


Kaedah ini melibatkan penambahan mark up piawai kepada kos sesuatu produk. Harga
sesuatu produk ditentukan dengan menambah margin keuntungan yang dikehendaki ke atas
kos pegeluaran produk tersebut.

2. kaedah harga berdasarkan titik pulang modal


Firma menggunakan kaedah ini untuk menetapkan harga yang membolehkan firma tersebut
mendapat pulang modal.

Contohnya, NN Enterprise akan menggira berapakah unit yang harus mereka keluarkan
untuk memperoleh modal. Mereka perlu memastikan jumlah hasil lebih besar daripada jumlah
kos.
ii) Nilai

Menggunakan nilai produk berdasarkan kepada persepsi pengguna dan bukannya berdasarkan
kepada kos penjual sebagai kunci kepada penentuan harga. Syarikat akan menetapkan harga
keluaran yang dinginkan berdasarkan persepsi pembeli terhadap nilai keluaran tersebut.

Contohnya, NN Enterprise menetapkan harga produk baharu meraka kopi susu unta
lebih mahal iaitu RM19.90 berbanding kopi yang lain iaitu pada harag RM15.90. Hal ini
menyebabkan pembeli mempunyai tanggapan bahawa kopi susu unta lebih ekslusif dan
berkualiti berbanding dengan susu yang lain.

iii) Persaingan
Syarikat boleh meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing
utama. Strategi ini sesuai digunakan untuk mengelakkan peperangan harga yang boleh
mengelirukan pengguna.

contohnya, NN Enterprise menetapkan harga kopi-kopi mereka lebih murah daripada


syarikat yang mengeluarkan produk kopi untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli
produk keluaran NN Enterprise.
d) Kenal pasti strategi pengedaran yang boleh digunakan oleh NN Enterprise.

Strategi pengedaran yang boleh digunakan oleh NN Enterprise ialah :


Pengedaran intensif
Pengedaran yang merangkumi liputan yang paling luas dan maksima. Pengeluar ingin
memastikan produk mereka mudah didapati di merata kedai.

Contohnya, NN Enterprise memilih pengedaran intensif untuk memastikan produk


mereka mudah diperolehi oleh pelangan pada bila-bila masa.
Soalan 3
Puan Maliana merupakan pengurus besar di sebuah syarikat antarabangsa, Asiafood
Berhad yang menghasilkan produk makanan. Beliau melihat potensi yang besar
berdasarkan citarasa rakyat Asia yang menggemari makanan pedas. Syarikat
menghasilkan pelbagai produk termasuk rempah ratus dan makanan ringan. Setiap
produk keluaran akan diuji secara komprehensif dengan ujian makmal yang ketat bagi
memastikan piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi sebelum dipasarkan kepada
pengguna.
Puan Maliana sangat mementingkan amalan perniagaan yang beretika dalam organisasi
dengan memastikan setiap pekerja melakukan tugas dengan berintegriti dan tidak
mengamalkan rasuah. Syarikat mengadakan kursus dan ceramah berkaitan integriti
secara berjadual. Puan Maliana juga akan memastikan dirinya menjadi contoh yang balk
kepada pekerja beliau. Pekerja juga didedahkan dengan kursus pengendalian bahan
kimia, latihan kebakaran dan kecemasan dari semasa ke semasa. Asiafood Berhad
bercadang mengembangkan perniagaan ke luar negara dan melihat ibu kota Dubai, UAE
sebagai satu pasaran yang amat berpotensi untuk diterokai. Dubai juga dilihat sebagai
transit bagi sesuatu produk untuk dipasarkan ke negara lain. Beliau telah mula membuat
ujian pasaran dan mula mengeluarkan produk percubaan yang sesuai dengan citarasa
sebenar penduduk di Dubai dan negara Arab.
Jelaskan tiga (3) kaedah perniagaan antarabangsa yang boleh dijalankan oleh
(a)
Asiafood Berhad bagi mengembangkan perniagaan di Dubai.

1.Eksport
Aktiviti penjualan barangan dan perrhidmatan ke luar negara kepada
pembeli individu atau organisasi di negara asing.
Contohnya, Asia Food Berhad aken mengeksport produk mekanan mereka ke
ibu kota Dubai, UAE untuk meluaskan pasaran produknya ke antrabangsa.

2. Perlesenan.
Pemberian hak dan kebenaran kpd sesebuah syarikat di negara asing
bagi tempoh tertentu untuk mengeluar dan memasar sesuatu jenama produk
di pasaran tempatan.
Contohnya, Puan Mesliana pengusaha Asia Food Berhed memberi'
perlesenan dan hak kebenaran kepada syarikat-syarikat tempatan di
Dubai, UAE untuk mengedarkan produk makanan yang dikeluarkan
oleh Asia Food Berhed.
3. Kontrak Pengeluaran.
Memberi kebenaran kepada individu syarikat lain untuk mengeluarkan
sesuatu barang siap, komponen alat, atau sebahagian daripada barang siap.
Contonya, Phon Morliono, pengulche Asie Food Berhad memberi kebenaran
kepada perniagaan restoron di Dubai, UAE untuk menggunakan
produk makanan reperti rempah ratus daripada Asia Food Berhad untuk
menghasilkan makanan di restoran mereka.

(b) Pilih satu konsep perniagaan antarabangsa yang paling sesuai digunakan
oleh Asiafood Berhad untuk meneroka pasaran produk makanan Asia di Dubai

1.Lokolisasi
Satu bentuk stretegi yang digunakan oleh syarikat multinasional untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan negara
tempatan.
Contohnynya, syarikat AsiaFood menoworkon praduk rempah nasi arab
untuk dipasarkan ke Duboi, UAE agar dapat disesuaikan dengan masyarakat
setempat di negera tersebut.
c) Terangkan empat (4) jenis sekatan bukan tarif yang mungkin dikenakan ke
atas syarikat Asiafood Berhad apabila menjalankan perniagaan
antarabangsa.

1. Kuota
Had yg dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu barangan yg boleh
dikeluarkan atau diimport.
Contohnya, syarikat Asiafood akan dikenakan kuota import oleh kerajaan
UAE menyebabkan produknya dihadkan kuantiti untuk masuk ke pasaran
negara UAE.

2. Embargo
Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau eksport sesuatu
barangan atau perkhidmatan ke sesebuah negara.
Contohnya, kerajaan UAE mengenakan embargo terhadap beberapa produk
makanan dari syarikat Asiafood yang dianggap membahayakan kesihatan
pelanggan.
3) Subsidi
Jumlah bayaran terus kpd pengeluar untuk mengurangkan bebanan kos.
Contohnya, kerajaan UAE memberi subsidi kepada pengusaha tempatan
yang mengeluarkan produk makanan negara mereka menyebabkan berlaku
persaingan antara syarikat makanan tempatan dgn Asiafood Berhad kerana
harga produk tempatan lebih murah setelah diberikan subsidi oleh kerajaan
UAE.

4) Piawaion Keselomatan dan Kesihatan produk.


Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang ingin dipasarkan
ke peringkat antarabangsa.
Contohnya, syarikat Asiafood akan dikenakan piawaian keselamatan
makanan yang tinggi oleh kerajaan UAE sebelum dibenarkan untuk memasuki
pasaran negara tersebut.
d) Kenal pasti kaedah yang digunakan oleh Puan Maliana untuk mengurus
etika di syarikat Asiafood Berhad.

Melalui kaedah pendidikan nilai murni.


Pekerja yang mempunyai nilai-nilai murni akan mengamalkan nilai ini dalam
setiap kerja yang mereka laukukan.
Contohnya Syarikat Asiafood Berhad sentiasa menekankan pekerja mereka
agar mengamalkan nilai murni seperti bertanggungjawab dan amanah dalam
pekerjaan.

e) Huraikan satu (1) tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Syarikat


Asiafood Berhad.

Tanggungjawab sosial terhadap pengguna.


Syarikat Asiafood Berhad perlu memastikan pembungkusan label makanan
menyatakan maklumat tentang kualiti & bahan-bahan dengan tepat, dapat
difahami dan tidak mengelirukan pengguna.
Terima Kasih
Daun Keladi..
By Gadilla dan Izni

You might also like