KERTAS CADANGAN PROGRAM Ramah Tamah Aidil Fitri 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN RAMAH TAMAH AIDIL FITRI

KAMPUNG SEMARIANG PINGGIR 2024

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dirangka adalah untuk memohon penajaan dana daripada pihak Jabatan
Perpaduan Negara & Integrasi Nasional dan NGO Kampung Semariang Pinggir amnya.

2.0 PENGENALAN

Program “Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri 2024” yang dianjurkan oleh Gabungan NGO di
Kampung Semariang Pinggir adalah bagi komuniti dalam Kpg Semariang Pinggir merupakan sebuah
program yang berusaha untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, membudayakan semangat
kesukarelaan dan sekaligus menyuburkan program yang berbentuk Kemasyarakatan dan program
yang dinanti-nantikan oleh komuniti di Kampung Semariang Pinggir kerana sudah 4 tahun tiada
majlis ramah tamah dianjurkan. Lokasi acara adalah di Perkarangan Surau Darul Amal Kampung
Semariang Pinggir dan para jemputan adalah Ketua Komuniti sekitar Kpg Semariang Pinggir.

3.0 OBJEKTIF

Program “Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Kpg Samariang Pinggir 2024” bertujuan untuk,

3.1 Membentuk suatu entiti hubungan antara masyarakat setempat,


3.2 Memberi peluang merasai suasana hari raya kepada penduduk yang tidak pulang
beraya,
3.3 Mengeratkan ikatan ukhwah/silaturahim dikalangan penduduk,
3.4 Mendekatkan pemimpin dengan masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan,
3.5 Menyemai & menyemarak semangat Kesukarelaan.

4.0 TEMA

“Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Kpg Samariang Pinggir 2024”

5.0 ANJURAN

Gabungan NGO Kampung Semariang Pinggir.

6.0 TARIKH
Tarikh : 27hb April 2024 (Sabtu)
Masa : 8:30 malam sehingga 11:00 malam

7.0 TEMPAT PROGRAM

Cadangan Tapak bagi program ini ialah di Perkarangan Surau Darul Amal, Kpg Semariang Pinggir.

8.0 CADANGAN JEMPUTAN KHAS

- Yang Berhormat Datuk Hajah Sharifah Hashidah Sayeed Aman Ghazali


ADUN N7 Samariang Merangkap Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri.

9.0 PERINCIAN PROGRAM

Secara keseluruhannya, “Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Kpg Samariang Pinggir 2024” yang
akan berlangsung selama 2 jam 30 minit akan melibatkan beberapa pengisian seperti berikut :

9.1 Ucapan
9.2 Penyampaian Hadiah Pertandingan Bertuntung/Hiasan Lampu Raya
9.3 Pertandingan Pakaian Tradisional (Hari Raya) bagi kanak-kanak bawah 12-6 tahun.
9.4 Cabutan Bertuah

10.0 ATURCARA PROGRAM

Tentatif Program
TARIKH & MASA PENGISIAN PROGRAM
27hb April 2024 (Sabtu)
- Pendaftaran Penduduk
8:00 mlm– 8:30 mlm
8:30 mlm - Ketibaan Tetamu Jemputan
- Ucapan (Cabutan Bertuah Selepas ucapan)
- Makan Jamuan (Cabutan Bertuah)

- Pertandingan Fesyen Tradisonal (Kanak-kanak)


Penyampaian Hadiah / Cabutan Bertuah Utama / Sesi Bersalaman
11:00 mlm
Bersurai

11.0 BELANJAWAN & KEPERLUAN


A. PERBELANJAAN Catatan
i) Jamuan Makanan & Minuman ( 250 orang )
RM2,300.00
- Penyediaan dilakukan secara Katering & gotong-royong
ii) Khemah & Perhiasan RM1,000.00
iii) Hadiah Cabutan Bertuah RM200.00
iv) Hadiah Pertandingan Fesyen RM200.00
v) Alat Siaraya RM200.00
vi) Pengurusan & Pentadbiran RM100.00
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM4,000.00

12.0 PENUTUP

Gabungan NGO Kampung Semariang Pinggir berharap Program “Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Kpg
Samariang Pinggir 2024” mampu memberikan impak kepada komuniti dengan jaringan
perhubungan yang luas dan berpanjangan. Sesungguhnya, program yang dianjurkan ini merupakan
suara hati Gabungan NGO untuk memberikan khidmat bakti kepada komuniti setempat. Justeru itu,
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat amatlah diharapkan agar perjalanan
aktiviti kesukarelawanan ini berjalan dengan penuh jayanya.

Akhir sekali, selaku NGO Kpg Semariang Pinggir, kami berharap agar usaha murni yang dirangka ini
mendapat keredhaan Allah S.W.T dan dipermudahkan segala gerak kerja yang telah dirancangkan.

Disediakan oleh,

(MOHAMAD SHAHRUL BIN HAJI BUANG)


Setiausaha Jawatankuasa Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri 2024
Kampung Samariang Pinggir
JK Induk -

Pengerusi : Tuan Haji Rambli Arabi

Naib Pengerusi : Tuan Haji Norjali Lek

Setiausaha : Encik Mohamad Shahrul Haji Buang

Bendahari : Encik Kamarul Hj Norjali

Ahli Jawatankuasa:

i. En Yusuf Bueng
ii. Wan Hassan Wan Noh
iii. En Wan Liz Fairuz Wan Omar
iv. En Wan Sulaiman Wan Mohamad
v. En Zainal Jol
vi. Pn Sh Hasanah Wan Salay
vii. Pn Tuty Hj Sabu
viii. Pn Huzaimah Samad
ix. Pn Hayaton Ghani

You might also like