Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM SMK

KAMPUNG BAHAGIA 2023


BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN
2 Protokol/ ** Hadirin dipersilakan mengambil tempat masing - masing. ``
Alu-aluan

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum whb dan salam sejahtera

Yang Berusaha Encik Nor Azwan bin Musa,


Pengerusi Perkhemahan Perdana SMK Kampung Bahagia
Tn. Hj. Mohd Shahaini bin Abd Karim
Timbalan Pengerusi Perkhemahan Perdana SMK Kampung Bahagia

Pn. Faridah binti Abdullah


Naib Pengerusi 1
Perkhemahan Perdana SMK Kampung Bahagia

Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Sapawi


Naib Pengerusi 2
Perkhemahan Perdana SMK Kampung Bahagia

Yang dihormati
Barisan Kem Komandan, Ahli Jawatankuasa pelaksana, Guru-guru
penasihat Unit beruniform, fasilitators, helpers serta peserta-peserta
Perkhemahan Perdana Kokurikulum SMK Kampung Bahagia 2023

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis Penutupan
Perkhemahan Perdana Kokurikulum SMK Kampung Bahagia bagi
tahun 2023.
Saya bagi pihak majlis, mengalu-alukan kedatangan semua hadirin ke
majlis penutup ini.

Hadirin yang dihormati,


Seperti yang kita sedia maklum, perkhemahan ini telah berlangsung
selama 3 hari bermula 27 Oktober sehingga 29 Oktober (iaitu hari ini),
yang disertai seramai 84 peserta daripada Unit Beruniform KRS,
Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri, PPIM, PBSM dan Kadet Bomba.
Sepanjang perkhemahan ini, banyak aktiviti dan pertandingan yang telah
disertai oleh para peserta antaranya Eksplorasi Survival, Masakan
Rimba, Kawad Kaki, Burung Hantu, Latihan Kebakaran dan aktiviti
Kecergasan dan Sukan Permainan.

4 Bacaan doa Sidang hadirin yang dimuliakan,


Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan, memohon keberkatan dari yang maha Esa.
Oleh itu, majlis mempersilakan Ahmad Suhail Mizan bin Aminuddin
Ahmad Suhail
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Mizan bin
Aminuddin
- Bacaan Doa

Terima kasih atas bacaan doa sebentar itu tadi.


5 Ucapan Sirih junjung penuh bererti,
Penghulu Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar ucapan penghulu bestari.

Hadirin yang Dihormati, Adam


Muhammad
Majlis Penutupan ini dimulai dengan ucapan daripada Adam Muhammad
Naufal bin
Naufal bin Mohd Nazri selaku Penghulu Perkhemahan Perdana
Mohd Nazri
Kokurikulum SMK Kampung Bahagia.
Dengan sukacitanya majlis mempersilakan

*********** Ucapan Penghulu *************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tn. Hj. Mohd Shahaini bin Abd
Ucapan PK Tn. Hj. Mohd
Karim, selaku Timbalan Pengerusi Perkhemahan Perdana SMK
Kokurikulum Shahaini bin
Kampung Bahagia bagi tahun 2023.
Abd Karim

Dipersilakan
*********** Ucapan PK Kokurikulum *************

Jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.


Penyampaia Hadirin yang dihormati, Para
n Hadiah & pemenang
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian sijil
sijil dan peserta
penyertaan kepada peserta perkhemahan dan penyampaian hadiah
Penyertaan
kepada peserta yang bertungkus - lumus mengikuti aktiviti pertandingan
sepanjang perkhemahan dijalankan.
Sblm itu, dijemput ___________________________diiringi
______________________ untuk menyempurnakan majlis.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada setiap


Badan Unit beruniform.Bagi penyampaian sijil, dijemput ketua unit:
1. KRS
2. Pengakap
3. Kadet Polis
4. Pandu Puteri
5. PPIM
6. PBSM
7. Kadet Bomba.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para


pemenang.

# RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang.


Penyampaia Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Urus Setia
n Sijil Urus setia - Urus Setia yang terlibat di sepanjang perkhemahan ini
(Fasilitator &
Penghargaa berlangsung.
Helpers)
n
Bagi penerima sijil penghargaan, dijemput
Wakil Fasilitator, ____________________________________________

Dijemput pula
Wakil Helpers,
___________________________________________

Terima kasih atas penyampaian hadiah dan sijil itu sebentar tadi.

Penutup Oleh itu berakhirlah majlis perasmian penutup kita pada hari ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada hadirin sekalian
kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis perasmian penutup
perkhemahan pada kali ini.
Terima kasih atas segala kerjasama dan sumbangan yang telah
diberikan.
Burung kedidi terbang di awan,
Hinggap sebentar di bibir perigi,
Terima kasih hadirin sekalian,
Panjang usia berjumpa lagi.

Sekian sahaja, saya akhiri majlis dengan lafaz suci


wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.

You might also like