Gallery Walk Pulau Perhentian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pulau Perhentian ialah destinasi

percutian yang sangat popular bukan


sahaja di Malaysia malah terkenal di
kalangan pelancong luar negara.

Ia dikatakan antara pulau tercantik di dunia


dan mendapat gelaran island
paradise dan
tropical paradise.

Kebanyakan kawasan di pulau ini masih


terpelihara dan diliputi hutan tropika
semulajadi. Manakala kawasan perairan di
sekitarnya telah diwartakan sebagai Taman
Laut.

Pulau Perhentian terkenal kerana


kecantikan pantai berpasir yang putih
bersih dan air laut yang jernih.
Laut disekitarnya kaya dengan terumbu
karang dan pelbagai jenis ikan berwarna-
warni.

Di kawasan pulau pula, hutannya masih


belum tercemar dengan pembangunan
besar-besaran.

Faktor tersebut menjadikan Pulau


Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa
sahaja samada keluarga, kumpulan atau
individu.

Lokasi
Pulau Perhentian terletak di negeri
Terengganu.
Ia termasuk dalam daerah Besut.
Lokasinya ialah di perairan Laut China
Selatan kira-kira 21KM dari Pekan Kuala
Besut.

Jadi, destinasi yang perlu anda tuju ialah


Kuala Besut.

Asal nama Pulau Perhentian

Pulau ini mendapat nama Pulau Perhentian


kerana sejak zaman dahulu ia menjadi
lokasi persinggahan kapal-kapal yang
berdagang di perairan ini.

Antaranya ialah kapal yang mengangkut


garam dari Singgora ke Kuala Terengganu
dan kapal-kapal dagang dari China, Tanah
Melayu dan Kepulauan Jawa yang melalui
perairan ini.

Ia menjadi tempat perlindungan dari angin


kencang, ombak besar dan ribut di laut.
Pulau Perhentian terbentuk dari dua pulau
utama iaitu:
Pulau Perhentian Besar.
Pulau Perhentian Kecil.

Pulau Perhentian Besar


Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama
percutian disini.
Terdapat banyak resort menarik yang
menawarkan pelbagai pakej untuk
pelancong terutama pakej snorkeling dan
juga scuba diving.

Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil juga merupakan


sebuah pulau peranginan menarik.

Beberapa pantai yang cantik dan lokasi


snorkeling terdapat disini.

Pulau ini mempunyai banyak resort dan


chalet yang menawarkan harga penginapan
yang lebih murah berbanding Pulau
Perhentian Besar.

Lantaran itu, ia lebih terkenal dikalangan


pelancong "backpackers" dan lebih sesuai
untuk lokasi percutian bajet.

You might also like