Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ICE BREAKING

Aktiviti 2
Tajuk : Bom
Personalia: Fasilitator

Objektif:
1. Kesepakatan di kalangan ahli dalam kumpulan.
2. Mengiktiraf dan mengikut arahan ketua.
3. Kecekapan dan ketajaman fikiran.
Masa : 30 minit
Bahan : Tiada.

Langkah-langkah
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 3 kumpulan.
2. Ahli kumpulan berada dalam bulatan dan melantik seorang ketua.
3. Peserta juga diminta mencipta satu nama kumpulan berdasarkan nama negara
yang mempunyai dua suku kata.
4. Fasilitator memperkenalkan setiap kumpulan dengan nama yang telah dipilih
dan meminta setiap kumpulan menghafaz nama kumpulan yang lain.
5. Fasilitator memulakan permainan dengan memilih satu kumpulan untuk
memulakan teriakan nama kumpulannya dan diakhiri dengan perkataan “BOM”
6. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan nama
kumpulannya sebanyak tiga kali dan diikuti dengan satu nama kumpulan lain
sebanyak sekali. Contoh ; “ China Bom (3 kali) to India bom (1 kali) “
7. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan ke arah
kumpulan lain dan seterusnya.
8. Kumpulan yang lambat menyahut dikira kalah dan terkeluar dari permainan.

Proses
1. Peserta berinteraksi di dalam kumpulan dan di antara kumpulan secara aktif.
Berlaku proses membina semangat kerja berkumpulan dan menghormati ketua.

Penilaian
1. Kumpulan yang terkeluar di anggap tidak mempunyai semangat berjuang, tiada
kepekaan dan tidak bersatu.

Rumusan : Cinta dan kasih kepada negara

You might also like