Kertas Kerja Gotong-Royong Prasekolah (GTK 2023)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

GOTONG-ROYONG
PRASEKOLAHKU CERIA DAN
INDAH

TEMPAT : PRASEKOLAH KENDAWANG,


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAN MENUAN, KAPIT.

HARI / TARIKH : RABU-JUMAAT / 8-10 MEI 2024

ANJURAN : UNIT PRASEKOLAH SK SUNGAI MENUAN


1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum
atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik
darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat
dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh
itu, guru prasekolah dan PPM Prasekolah akan mengambil peluang ini bagi
menceriakan persekitaran prasekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif
semasa bekerja.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda


utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang
perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada
guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan
persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum
supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan
kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui lukisan mural
akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan
sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif flora dan fauna yang
dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan
budaya sekolah.
3.0 OBJEKTIF

I. Merapatkan silaturahim antara ibu bapa dan guru prasekolah.


II. Memberi peluang kepada ibu bapa untuk menyumbang tenaga dan
buah fikiran bagi menyediakan suasana yang selesa, ceria, bersih dan
harmoni untuk anak-anak belajar.
III. Mengecat dinding kelas yang sudah luntur dan memasang vinyl lantai di
dalam kelas.
IV. Menggantung langsir baharu untuk menceriakan lagi kelas prasekolah.

4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Hari / Tarikh : 8 Mei 2024

Tempat : Prasekolah Kendawang

5.0 SASARAN

Guru & PPM Prasekolah, Persatuan Ibu bapa dan Komuniti Prasekolah dan Pekerja
Swasta.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. AKING AK UNYIT (Guru Besar)

Pengerusi : En. PHILIP AJOK (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi : En. AHMAD SAFWAN (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

En. JENGGI AK RANGGIE (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Cik GEORCEY ANAK GEORGE RAWING (Guru Prasekolah)

Setiausaha : Puan JOYCE AK RAYMOND (Pembantu Pengurusan Murid)

Bendahari : Puan GIRING SENGALANG (Pembantu Tadbir)


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga/
Perihal Barang Kuantiti Unit Anggaran Harga
Bil
(RM) (RM)
1. Vinyl flooring Code PFS097 5 200.00 1000.00
(36PCS)

2. Shining & Silky Naco Short 8 25.00 200.00


Curtain (A3 Light Grey)

3. Cat kayu (Merah) 5l 1 tin 108.50 108.50

4. Cat kayu (Kuning) 5l 1 tin 108.50 108.50

5. Cat kayu (Biru muda) 5l 1 tin 108.50 108.50

6. Air Bunga Kotak 2 carton 48.00 96.00

7. Mineral water 2 kotak 15.25 30.50

8. Laminating Film (100’) 6 box 36.30 217.80

9. Campap colour paper mix 2 16.80 33.60


(80gsm)

10. AVI Magic Broom (Floor 2 48.30 96.60


Scrapper)

Jumlah Keseluruhan RM 2000

8.0 SUMBER KEWANGAN


 Geran Tahunan Khas Prasekolah tahun 2023

9.0 ATURCARA PROGRAM

9.1 (Sila Rujuk lampiran 1)


10.0 PENUTUP

10.1 Semoga aktiviti gotong-royong ini dapat berjalan dengan lancar agar dapat
menyediakan persekitaran prasekolah yang kondusif dan ceria.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________________ _______________________

(GEORCEY AK GEORGE RAWING ) (PHILIP AJOK)

Guru Prasekolah, Penolong Kanan


Pentadbiran,

SK Sungai Menuan. SK Sungai Menuan.

Dilulus dan disahkan oleh,

_________________________

(AKING AK UNYIT)

Guru Besar,

SK Sungai Menuan.
LAMPIRAN 1

TARIKH / AKTIVITI/MASA PESERTA

HARI/ MASA

8 Mei/Rabu  Memasang Vinyl lantai di dalam kelas Encik Indang, Encik Jeremy, Puan
2.30 p.m-5.30 p.m prasekolah Nuyah, Encik Sulang, Puan Doris,
Puan Dindo, Puan Rimba.
 Memasang langsir di kelas prasekolah Puan Joyce, Cik Georcey, Puan
Mary Linting.

9 Mei/ Khamis  Melukis & Mewarna Mural Cik Georcey, Puan Joyce.
2.30 pm-4.30 p.m  Menyediakan sudut-sudut khas
prasekolah.

10 Mei/ Jumaat  Mengecat dinding kelas prasekolah Encik Jeremy, Puan Nuyah, Puan
2.30 pm-4.30 p.m Merika, Puan Doris, Puan Rimba,
Puan Dindo.

*Sekiranya ada perubahan tarikh dan masa, guru prasekolah akan maklumkan dari
semasa ke semasa.

You might also like