Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS SMK GULAU KALI 3/2023

Tarikh: 01 OKTOBER 2023

Hari : ISNIN

Masa : 1.30 TENGAHARI

Tempat : BILIK GURU KANAN

KEHADIRAN :

1. Pn.Norashikin Binti Abd. Azin – Ketua Panitia


2. Pn. Marsita Binti Johari – Guru Kanan Bahasa
3. Cik Puteri Hamira Binti Megat Abdul Hedei
4. Cik Azwa Laila Binti Annuar

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. Cik Amanina Binti Rohizad - JPN KEDAH

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Puan Norashikin selaku Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ahli panitia yang hadir dan berharap agar ahli panitia dapat mengekalkan Kerjasama di antara
ahli panitia kerana ia sangat membantu dalam prestasi pelajar dan sekolah dalam mencapai
sasaran.

Tindakan: Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Cik Puteri Hamira membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan oleh Puan
Norashikin dan disokong oleh Cik Azwa Laila.

Tindakan : Setiausaha

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS

3.1 Puan Marsita selaku Guru Kanan Bahasa mengucapkan tahniah kerana analisis post-
mortem dan Dialog Prestasi telah dihantar kepada pihak PPD dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Beliau juga berharap agar target bagi tingkatan 4 yang telah dibincangkan dalam
mesyuarat yang lalu dapat dicapai dengan baik. Selain daripada itu, Puan Norashkin
memaklumkan bahawa panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan beberapa program untuk
penambahbaikan dan diantaranya ialah teknik menjawab SPM, Karnival HIP serta program
peningkatan profesionalisme guru yang telah dijalankan di SMK Batu Lapan dan SMK
Pendang.

Tindakan : Semua ahli panitia


4.0 PENGURUSAN KURIKULUM DAN PANITIA SEKOLAH

5.1 Puan Norashikin memaklumkan bahawa semua guru perlu mempunyai sikap
kebersamaan demi memantapkan lagi kurikulum sekolah. Guru juga perlu mengganti semula
kelas yang tertinggal disebabkan oleh program-program luar atau sekolah supaya pelajar
tidak ketinggalan silibus. Selain daripada itu, ahli panitia perlulah bersedia untuk menerima
lawatan dari jemaah nazir yang akan datang pada bila-bila masa sahaja dan perkara utama
yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan RPH serta fail-fail panita. Guru juga perlu
memberi perhatian berkaitan PBD dengan melampirkan pelaporan pelajar di bahagian
belakang fail RPH sebagai rujukan guru dan pentadbir.

5.2 Puan Marsita menyarankan agar panitia lebih fokus kepada soalan berfokus dan teknik
menjawab SPM kerana terdapat sedikit penurunan graf dalam peperiksaan pertengahan
tahun dimana bilangan pelajar yang mendapat A menurun dari 5 orang kepada 2 orang. Post-
mortem perlu dilakukan bagi menangani masalah tersebut.

5.3. Puan Norashikin juga mengingatkan ahli panitia supaya mula merancang dan
memurnikan lagi perancangan strategik panitia untuk tahun hadapan demi memantapkan
lagi pengurusan panitia. Selain daripada itu, ahli panitia juga perlulah mengingatkan para
pentadbir berkaitan pencerapan PdPc dan menghantar buku latihan murid untuk tujuan
semakan kepada pihak pentadbir yang telah ditetapkan.

5.4 Ahli panitia juga bersetuju supaya dialog prestasi dalaman (panitia sahaja) perlu diadakan
setiap kali sesi peperiksaan tamat untuk menilai semula kekuatan dan kelemahan pelajar
seterusnya memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Tindakan : Semua ahli panitia

5.0 KEWANGAN

6.1 Panitia Bahasa Inggeris telah menerima duit peruntukan baharu dan jumlah keseluruhan
ialah sebanyak Rm 4403.02. Walaubagaimanapun duit photostat dan bahan untuk PdP di
koperasi masih belum dibayar sebanyak Rm 1495.40. Ahli panitia diminta untuk
membelanjakan duit panitia dengan cara yang berhemah.

Tindakan : Semua ahli panitia


6.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Panitia akan memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dengan
menganjurkan lebih banyak program setiap minggu bermula Oktober. Antara program-
programnya ialah:

Bil. Program/Aktiviti Sasaran Tarikh Guru Status


(Perincian Program) Pelaksanaan Terlibat Pelaksanaan

1. Bring Me Up Calon Jun 2023 Amanina Sedang


Cemerlang - Marsita dilaksanakan
Januari 2024

2. From Zero To Hero Calon Jun 2023 Norashikin Sedang


Harapan - Marsita dilaksanakan
Lulus Januari 2024 Amanina
4. English is Easy Semua 18 Oktober Semua guru Belum
pelajar 2023 Bahasa dilaksanakan
tingkatan 5 Inggeris
5. English is Fun Part 1 Semua 27 Oktober Semua guru Belum
pelajar 2023 Bahasa dilaksanakan
tingkatan 5 Inggeris
6. Together We Can Semua 4 November Semua guru Belum
pelajar Bahasa dilaksanakan
tingkatan 5 Inggeris dan akan
menjemput
guru muda
dari SMKA Sik
8. English is Fun Part 2 Semua 27 Disember Semua guru Belum
(Listening & pelajar 2023 Bahasa dilaksanakan
Speaking) tingkatan 5 Inggeris dan akan
menjemput
Sir Syafiq dari
SMKA
Irsyadiah
9. Final Countdown Semua 19 Januari Semua guru Belum
(paper 1 & 2) pelajar 2023 Bahasa dilaksanakan
tingkatan 5 Inggeris dan akan
menjemput
Sir Syafiq dari
SMKA
Irsyadiah

Tindakan : semua ahli panitia


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

….………………………………….. …………………………………

Cik Puteri Hamira Binti Megat Abdul Hedei Encik Shahrunnizam Bin Abd. Hamid
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Pen. Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau

You might also like