Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur|

East Coast Environmental Research Institute (ESERI)

Tarikh : 24 Januari 2024


Bersamaan : 13 Rejab 1445

Assalamualaikum Wrm. Wbt.

Guru Besar
Maahad Tahfiz Abdul Rahman Ya'kub,
Lot 3271, Salak Land, Kuching, Petra Jaya,
93050 Kuching,
Sarawak.

PEMAKLUMAN SOKONGAN PENUBUHAN KELAB ASTRONOMI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya mewakili Universiti Sultan Zainal Abidin


menyokong untuk menubuhkan Kelab Astronomi, Maahad Tahfiz Abdul Rahman Ya'kub.
Segala aktiviti dan persijilan adalah diiktiraf oleh pihak Universiti Sultan Zainal Abidin
selagimana mengunakan kurikulum yang dipersetujui bersama.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat- maklumat berikut:


3.1 Draf Perlembagaan.
3.2 Draf Aktiviti Asas.

Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak sekolah amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

MENGENAL ILAHI MELALUI ASTRONOMI

Saya yang menjalankan amanah,

PROF. MADYA. Dr. Ts. ROSLAN BIN UMAR


Pengarah,
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur,
Universiti Sultan Zainal Abidin

Lampiran A

DRAFT PERLEMBAGAAN KELAB ASTRONOMI DENGAN KERJASAMA UniSZA


BAB 1: PENGENALAN

Tujuan kelab murid ini adalah:


a) Melahirkan murid yang memahami konsep Islam yang sebenarnya merangkumi kehidupan
duniawi dan ukhrawi berdasarkan Astronomi.
b) Memupuk semangat kesedaran akan kebesaran ciptaan Illahi serta peningkatan kualitinya
sehingga lahir sebagai seorang muslim sejati yang sanggup menghadapi cabaran semasa.
c) Menjadi pemangkin kecemerlangan bidang astronomi dalam kalangan murid di Sarawak.
d) Memajukan pendidikan yang berteraskan astronomi yang sangat diperlukan oleh masyarakat.
e) Mengintegrasikan bidang astronomi yang berteraskan Islam dalam kalangan murid dengan
kelolaan UniSZA bagi melahirkan generasi murid yang lengkap dengan kedua-dua bidang.

Aktiviti yang akan dijalankan oleh badan pelajar ialah:


Segala aktiviti mestilah berlandaskan Islam dan mengikut peraturan yang terkandung dalam
sekolah.
a) Menjalankan latihan dan kursus-kursus berkaitan astronomi serta mengadakan program
khidmat masyarakat bagi membuka minda masyarakat akan kebesaran ciptaan Allah Taala.
b) Menjalankan pelbagai aktiviti untuk merapatkan perpaduan di kalangan murid.
c) Kelab Astronomi hendaklah bebas daripada arahan atau pengaruh mana-mana badan
politik,pergerakan militan atau ekstremis.
d) Menerbitkan majalah dan risalah KASTRO yang menerangkan aktiviti persatuan.

BAB 2: KEAHLIAN

Keahlian Kelab Astronomi adalah:


a) Ahli berdaftar
i) Mana-mana murid yang mengisi borang keahlian Kelab Astronomi bawah kelolaan Universiti
Sultan Zainal Abidin.
b) Cara menjadi ahli adalah :
i) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang disediakan oleh pihak sekolah
ii) Setiap murid yang memohon untuk menjadi ahli Kelab Astronomi hendaklah mengemukakan
permohonannya kepada UniSZA sebagai rekod simpanan.

iii) Pihak sekolah adalah berhak untuk melulus atau menolak permohonan jika didapati tidak
memenuhi syarat.
Setiap ahli berdaftar berhak:
a) Mencadang, menyokong dan memberi pandangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
kebajikan ahli dan kecemerlangan kelab.
b) Mengundi dalam semua mesyuarat agung kelab.
c) Bertanding untuk dipilih bagi memegang jawatan Majlis Eksekutif dan Exco Kelab

Tanggungjawab ahli berdaftar:


a) Menghormati dan patuh kepada perlembagaan kelab ini.
b) Patuh kepada segala keputusan yang diambil dalam semua mesyuarat kelab.
c) Melaksanakan semua tugas yang telah diamanahkan oleh kelab kepadanya.
d) Semua ahli mesti menjaga akhlak yang mungkin menjejaskan nama baik kelab ini.
e) Ahli-ahli akan digantung keahliannya jika melanggar hukum-hukum syarak mengikut budi
bicara satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh penasihat kelab ini. Nama-nama ahli yang
digantung keahliannya akan diumumkan oleh penasihat kelab.

BAB 3: MAJLIS EKSEKUTIF


Majlis Eksekutif Kelab Astronomi terdiri daripada :
a) Presiden
b) Timbalan Presiden
c) Setiausaha Agung
d) Timbalan Setiausaha
e) Bendahari Agung
f) Timbalan Bendahari
Lain-lain jawatan exco akan ditentukan oleh Majlis Eksekutif dengan kebenaran pihak sekolah.
Semua pemegang jawatan adalah dipilih untuk tempoh selama satu tahun oleh Mesyuarat
Agung dan tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan dalam mana-mana persatuan
pada satu-satu masa.

Lampiran B

AKTIVITI ASTRONOMI UNTUK SEKOLAH RENDAH BAWAH KELOLAAN


UniSZA
1 )Tadabbur al-Kauniyat: Mengunakan silibus tahfiz dalam merungkai memahami ayat-ayat
kauniyat dalam bentuk pembelajaran dalam kelas.
2) Mengenal Rubu Mujayab: Pendedahan peralatan Falak tradisional kepada murid-murid
dalam menhayati susurgalur konteks falak dalam ibadat.
3) Pendedahan Teleksop: Memberi pengelaman kepada murid-murid dalam memahami reka
bentuk teleskop dan kaedah pengunaannya.
4) Pengenalan kepada Sistem Suria: Aktiviti ini mungkin termasuk pembentangan ringkas
tentang sistem suria, planet, dan ciri unik setiap planet.
5) Memodelkan Sistem Suria: Pelajar boleh membina model berskala kecil sistem suria
menggunakan bahan seperti kertas, Styrofoam atau bahan kitar semula yang lain.
6) Pemerhatian Bulan: Menggunakan teleskop atau pun dengan mata kasar, pelajar boleh
memerhati ciri-ciri permukaan Bulan dan mempelajari fasa-fasa Bulan.
7) Buruj Pengenalan: Pelajar boleh belajar tentang buruj yang kelihatan di langit malam dan
mungkin cuba mengenal pasti sebahagian daripadanya.
8) Memerhati Gerhana Bulan atau Matahari: Jika terdapat gerhana bulan atau matahari akan
datang, pelajar boleh memerhati peristiwa ini dengan bantuan teleskop atau cermin mata khas.
9) Aktiviti Melihat Bintang: Memerhati langit malam dengan mata kasar atau menggunakan
teleskop untuk mengenal pasti planet terang, bintang, dan mungkin beberapa objek langit dalam.
10) Memerhati Planetarium: Lawati planetarium tempatan di mana pelajar boleh mengambil
bahagian dalam pembentangan tentang kosmos dan menonton simulasi perjalanan angkasa
lepas.
11) Melukis atau Mewarna Objek Angkasa: Pelajar boleh melukis atau mewarna gambar planet,
bintang atau objek angkasa yang lain.
12) Baca Buku atau Filem Astronomi: Perkenalkan pelajar kepada buku atau filem tentang
astronomi yang sesuai dengan umur mereka.
13) Menghadiri Bengkel Astronomi: Sesetengah tempat atau komuniti astronomi mungkin
menganjurkan bengkel atau acara khas untuk pelajar sekolah rendah.

Pastikan aktiviti ini disesuaikan dengan tahap kefahaman dan minat pelajar serta sentiasa
ditemani oleh guru yang boleh memberikan penerangan lanjut.

You might also like