Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS BIL 1 / TAHUN 2023

Tarikh : 10 April 2023

Masa : 12.30 Tengahari

Tempat : Qamar Intelek

Hadir :

1. Pn. Hainon Bt Md Yusuf Penolong Kanan HEM


2. Pn. Noor Sheela Binti Mohd Ariffin Ketua Unit Disiplin
3. Pn. Wan Zamilah Binti Wan Zin Ketua Unit Pengawas
4. En. Nazaruddin Bin Nawi Pen.Ketua Unit Pengawas
5. Pn. Siti Hafizah Bt Amron Setiausaha Disiplin
6. Pn. Husna Binti Najib Pen.Setiausaha Disiplin
7. Pn. Hamizah Binti Aziz Setiausaha Pengawas
8. Pn. Noramaliah Binti Mohd Rahim Pen. Setiausaha Pengawas
9. En. Amirul Amin Bin Sa’aroni Kaunselor
10. En. Mohamad Azlan Bin Ali Yasak AJK
11. En. Muthanna Bin Mustafar AJK
12. Pn. Siti Haziah Bt Mohamad Ali AJK
13. En. Khaidhir Bin Othman AJK
14. Pn. Nurul Hashima Bt Shohodin AJK
15. En. Navi Bin Zainuddin AJK
16. En. Shakir Bin Shafiee AJK
17. En. Muhammad Asyraf B. Abdullah AJK
18. Pn. Norshariana Bt M Sharip AJK
19. Pn. Norbaizura Bt Mohd Tai AJK
20. Pn. Aizatulakmar B. M. Noor AJK
21. Pn. Zurawati Bt Md Kassim AJK
22. Pn. Haslina Bt Satin AJK
23. Pn. Aizatulakmar Bt Md Noor AJK
24. Pn. Norwati Bt Jalil AJK
25. Cik Barathimani A/P Subramaniam AJK
26. Pn. Wan Marini Bt Mohamad AJK
27. Pn. Azila Zuriati Bt Alias AJK
28. En. Anuar Hisham Bin Che Youb AJK
29. Pn. Siti Juariah Bt Mat Jusoh AJK
30. Pn. Siti Salbiah Bt Kassim AJK
31. En. Osman Bin Mohamad AJK
32. Cik Zuraidah Bt Sanusi AJK
33. En. Mohd Fadzil Bin Abu Naim AJK
34. Pn. Norzatul Hidayah Bt Azman Shah AJK
35. En. Che Mohd Redzuan Bin Che Mohd Nor AJK
36. En. Mohd Irwan Bin Abd Aziz AJK

1
Tidak Hadir
1. En. Mohd Zaki Bin Mohamed MC

Urus setia :
1. Pn. Hamizah Bt Aziz
2. Pn. Siti Hafizah Bt Amron

Agenda

1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Perbincangan
5. Pembentangan Kertas Kerja
6. Hal-hal lain
7. Penutup

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn. Noor Sheela selaku pengerusi mengalukan kedatangan semua ahli
jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas ke mesyuarat kali pertama. Beliau berbesar
hati kerana diberi kepercayaan menggalas tugas yang baharu sebagai Ketua Disiplin
pada tahun ini dan berharap agar semua guru dapat memberi kerjasama untuk
mengurangkan salahlaku murid dan seterusnya meningkatkan disiplin murid. Pn. Noor
Sheela menjemput Pn. Hainon selaku PK HEM untuk menyampaikan ucapan.

1.2 Pn. Hainon mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana
dapat meluangkan masa untuk bermesyuarat. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih
kepada AJK yang lama kerana telah banyak membantu dalam menguruskan masalah
disiplin dan menguruskan badan pengawas. Walaubagaimanapun, ahli jawatankuasa
yang lama masih lagi dikekalkan supaya dapat membantu jawatankuasa yang baru
dilantik. Beliau berharap semua ahli jawatankuasa dapat berganding bahu supaya sama-
sama membantu mendisiplin murid-murid.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan : Pn. Norshariana Bt M Sharip

Sokong : En. Amirul Amin Bin Sa’aroni

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara yang berbangkit.


2
4. PERBINCANGAN

4.1 Disiplin

4.1.1 Pn. Hainon memaklumkan pada tahun ini agihan tugas dilaksanakan
dikalangan guru disiplin untuk memudahkan pengurusan disiplin di sekolah ini.

BIL TUGAS NAMA GURU


1. Unit Aduan & Key In Data SSDM 1. En. Muthanna Bin Mustafar -K
2. Pn. Siti Hafizah Bt Amron
3. Pn. Husna Binti Najib
2. Unit Kawalan Waktu Rehat 1. En Mohamad Azlan Bin Ali Yasak- T4&5 -K
2. En. Mohd Syakir Bin Shafiee -T6
3. Siti Haziah Bt Mohamad Ali -T1
4. Cik Barathimani A/p Subramaniam -T2
5. Pn. Wan Marini Bt Mohamad -T3
3. Unit Pakaian Murid 1. Pn. Norshariana Bt Mohamad Sharip -K
2. Pn. Haslina Bt Satin
3. Pn. Nor Baizura Bt Mohd Taib
4. Pn. Aizatulakmar Bt Mohamed Noor
5. Pn. Nurul Hashima Bt Shohodin
4. Unit Kehadiran Lewat 1. Pn. Azila Zuriati Bt Alias -K
2. En. Anuar Hisham Bin Che Youb
3. En. Navi Bin Zainuddin
4. Pn. Siti Juariah Bt Mat Jusoh
5. Unit Spotcheck 1. En. Khaidhir Bin Othman -K
2. Pn. Siti Salbiah Bt Kasim
3. En. Osman Bin Mohamad
4. Cik Zuraidah Bt Sanusi
5. Pn. Norwati Bt Jalil
6. Unit Pintu Pagar Sekolah 1. Pn. Zurawati Bt Kassim -K
2. En. Mohd Fadzil Bin Abu Naim
3. Pn. Norzatul Hidayah Bt Azman Shah
4. Che Mohd Ridzuan Bin Che Mohd Noor
5. En. Muhammad Asyraf Bin Abdullah
6. En. Mohd Irwan Bin Ab Aziz

4.1.2 Pn. Hainon memaklumkan bahawa sekolah SK Bandar Baru Sg Buloh


merupakan sekolah yang menghadapi masalah ketidakhadiran paling rendah di Daerah
Gombak iaitu 78.75%. Berikut merupakan data bilangan ketidakhadiran sehingga 31Mac
2023 Tahun 1 – 4 orang
2 – 3 orang
3 – 4 orang
4 - 7 orang
5 – 8 orang
6 – 8 orang
Pn. Hainon meminta kaunselor pagi dan petang untuk memainkan peranan untuk
mengatasi masalah ketidakhadiran murid ke sekolah bersama-sama dengan Pk petang.

3
Tindakan: Kaunselor dan Semua guru disiplin

4.1.3 Pn. Hainon juga meminta Pn. Azila selaku ketua kehadiran lewat membuat
analisa setiap bulan untuk mengenalpasti murid yang tegar lewat hadir ke sekolah supaya
masalah kehadiran ini dapat diatasi.
Tindakan: Ajk Unit Kehadiran Lewat

4.1.4 Pn. Hainon memaklumkan En.Muthanna merupakan Ketua unit Aduan dan
Salahlaku murid. Aduan salahlaku juga boleh dimaklumkan kepada Pn. Siti Hafizah untuk
sesi pagi dan sesi petang Pn. Husna dan direkodkan dalam SSDM. Segala aduan akan
disiasat oleh En. Muthanna.

Tindakan: Ajk Unit Aduan

4.1.5 En Muthanna juga meminta semua guru mengingatkan murid-murid supaya


tidak membawa barang terlarang. Perkara ini juga akan dimaklumkan di tapak
perhimpunan. Barang terlarang adalah seperti :
a) Pensel Mekanikal
b) Gunting bucu tajam
c) Pembaris besi
d) Maker pen permenant
e) Pisau Tindakan: Guru Dsiplin

4.1.6 Pn. Hainon mencadangkan untuk mengadakan pertandingan kelas


berdisiplin pada waktu rehat untuk mengurangkan kebisingan di tapak perhimpunan
selepas rehat yang akan dikendalikan oleh Unit Kawalan Waktu Rehat yang diketuai oleh
En. Azlan Bin Ali Yasak. Diharap unit ini dapat membantu guru yang bertugas pada waktu
rehat. Pn. Hainon juga mencadangkan markah pertandingan disiplin waktu rehat ini boleh
ditambah dalam markah keceriaan untuk memberi semangat kepada murid-murid supaya
lebih berdisplin.
Tindakan: Ajk Unit Kawalan Waktu Rehat

4.1.7 Pn. Hainon memaklumkan semua murid mesti memakai uniform sekolah
lengkap pada hari Isnin sepanjang bulan ramadhan. Semua murid digalakkan memakai
pakaian sukan (Harimau) pada hari yang ada pendidikan jasmani. Pakaian Unit
beruniform hanya dibenarkan pakai pada hari Rabu sahaja. Ahli Ajawatankuasa unit
pakaian murid yang diketuai oleh Pn. Norshariana akan memastikan semua murid
mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan.
Tindakan: Ajk Unit Pakaian Murid

4.1.8 Ajk Unit Spotcheck telah pun menjalankan tugas pada minggu ke 2 sesi
persekolahan. Telefon bimbit telah berjaya dirampas daripada murid tahun 6. Salahlaku
ini telah dilaporkan dalam SSDM dan tindakan seterusnya telahpun diambil. Spotcheck
perlu dijalankan sekiranya ada aduan tentang sesuatu perkara atau spotcheck berjadual
boleh dijalankan 4 bulan sekali. Unit ini diketuai oleh En. Khaidhir.

Tindakan: Ajk Unit Spotcheck

4
4.2 Pengawas

4.2.1 Pn. Hainon memaklumkan tentang dua program besar yang akan melibatkan
Unit pengawas dan disiplin iaitu :
a) Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
b) Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda

4.2.2 Pn. Hainon meminta semua guru yang terlibat iaitu guru pengawas sekolah,
PSS, PRS, SPBT dan Ketua dan Penolong ketua kelas untuk bersedia dengan raptai
majlis watikah yang akan diadakan pada 5.5.2023. Majlis sebenar akan dijalankan pada
8.5.2023. Diharap semua guru terlibat memainkan peranan masing-masing untuk
menjayakan majlis watikah pelantikan pemimpin muda ini.

Tindakan: Setiausaha Pengawas

4.2.3 Pn. Hainon memaklumkan kem kepimpinan pemimpin muda dicadangkan


untuk diadakan pada 10 Jun 2023. Program ini melibatkan semua pemimpin muda
termasuk pengawas Sekolah, PSS, SPBT dan PRS.
Tindakan: Pn. Wan Zamilah

4.2.5 Pn. Wan Zamilah mengumumkan keputusan akhir pemilihan ketua dan
penolong ketua pengawas oleh tuan guru besar setelah melalui ujibakat pengucapan
umum yang disaring oleh guru-guru disiplin iaitu :

Ketua Pengawas : Wan Nur Irdina Binti Wan Mohd Sufian


Pen. Ketua Pengawas : Tanabalan A/L Sasikumar

4.2.6 Pn. Wan zamilah memaklumkan kursus kepimpinan akan dijalankan pada 10
Jun 2023. Diharap kursus ini dapat memantapkan pemimpin muda supaya lebih
berketrampilan dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dan
komited dalam pelajaran masing-masing.

Tindakan:Semua guru disiplin dan pengawas


5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pn. Norsheela memaklumkan, beliau telah menghantar contoh borang laporan
kejadian atau isu yang berlaku yang akan digunakan oleh setiap unit disiplin untuk
membuat laporan setiap bulan mengikut bahagian masing-masing. Laporan ini akan
disusun mengikut bulan. Oleh itu setiap ketua unit pagi dan petang akan menyiapkan
laporan tersebut dan diserahkan kepada Ketua Guru Disiplin untuk didokumentasikan.

Tindakan : Semua Ketua Unit Guru Disiplin

5.2 Pn. Noor Sheela juga mencadangkan untuk membuat sistem merit dimerit
mengikut kelas untuk membantu mengurangkan masalah disiplin. Setiap kelas telah diberi
markah tertentu. Apabila kelas tersebut menang kelas terbersih atau kelas berdisiplin
semasa rehat, kelas tersebut akan diberi merit (merit) sekiranya murid kelas tersebut
terlibat dengan salahlaku disiplin kelas tersebut akan dimerit. Program ini akan
5
bekerjasama dengan Ketua Kebersihan dan Keceriaan iaitu Pn. Norzatul dan guru disiplin
untuk menentukan merit dimerit setiap kelas. Pengumuman markah akan dibuat sebulan
sekali.
Tindakan :Guru Disiplin

6. PENUTUP

6.1 Pn. Hainon mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.33 petang .

Urus setia
Unit Pengawas dan Disiplin
SK Bandar Baru Sg. Buloh

Tarikh: 2 Jun 2023

You might also like