Download as ppsx, pdf, or txt
Download as ppsx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

NEGERI –

NEGERI DI
MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT


FOLIO SEJARAH
NOOR AINNA ZANIRA BINTI MOHD ZARIFI
6 CEMPAKA 9
GURU SEJARAH : PUAN SHAKIRAH BINTI GHAZALI
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan folio Sejarah ini
dengan baik.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada Cikgu
Shakirah selaku guru Sejarah diatas segala tunjuk ajar yang diberikan.
Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa di atas sokongan dan idea yang diberikan. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada dalam apa jua keadaan.
Hanya Allah mampu balas jasa kalian.

TERIMA KASIH
PENGENALAN TAJUK
Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Folio ‘Negeri-
negeri di Malaysia’ yang saya sediakan ini akan membincangkan asal-usul Negeri Sembilan.
Selain itu, tugasan ini juga akan menerangkan maklumat tentang ibu negeri, bandar, bendera,
lagu dan jata sebagai lambang kemegahan dan kedaulatan bagi Negeri Sembilan.
OBJEKTIF
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
a) meningkatkan pengetahuan murid tentang negeri-negeri dalam Malaysia
b) Memberi pendedahan agar murid dapat menyusun idea dengan berkaitan tugasan yang
diberikan.
c) Melahirkan murid yang peka IT sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini.
KEDUDUKAN DAN ASAL
USUL Negeri Sembilan juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus ialah sebuah negeri di
Malaysia yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di sebelah
utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan. Luas wilayah
Negeri Sembilan ialah 6,645 km dengan panjang pantainya 43km.

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri beriklim khatulistiwa. Kawasan tanah tingginya
merupakan sebahagian daripada sistem pergunungan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Besar Hantu
sebagai titik tertinggi. Jajaran utama banjaran ini juga berakhir di sini, lebih tepatnya di Tampin di
bahagian selatan negeri tersebut.
KEDUDUKAN DAN ASAL
USUL Pada peringkat awal Negeri Sembilan merupakan gabungan sembilan buah luak atau negeri dan
kini dianggotai oleh tujuh buah daerah iaitu Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jelebu, Seremban (dahulunya
Sungai Ujong), Port Dickson dan Jempol. Negeri Sembilan lebih dikenali sebagai negeri adat kerana Adat
Perpatih yang dibawa oleh imigran Minangkabau. Mereka merupakan kelompok awal yang meneroka
tanah di negeri tersebut dan Adat Perpatih telah menjadi pegangan yang kukuh di kalangan masyarakatnya.

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan luak seperti Johol,
Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk sebuah
konfederasi yang memberi nama kepada negeri tersebut. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka
diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagarruyung.
PETA
Negeri Sembilan
DAERAH DALAM NEGERI
SEMBILAN
KETUA NEGERI DAN
GELARAN KETUA NEGERI
Pemerintah tertinggi Negeri Sembilan dikenali sebagai Yamtuan Besar, atau nama rasminya Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sebelum wujudnya institusi Yamtuan Besar, Negeri Sembilan pada ketika
itu berada di bawah naungan Kesultanan Johor. Johor tidak berupaya memberi perlindungan kepada Negeri
Sembilan disebabkan kemelut-kemelut yang dialami oleh kesultanan tersebut. Gelaran tersebut telah
dikurniakan oleh Sultan Johor ke atas Raja Mahmud, seorang putera raja yang diutus dari Kerajaan Pagar
Ruyung. Baginda ditabalkan sebagai Yamtuan Besar yang pertama pada 1773 di Kampung Penajis,
Rembau, menggunakan gelaran Raja Melewar. Istilah Yang di-Pertuan Besar adalah gelaran pemimpin
Melayu sebelum kedatangan agama-agama Buddha, Hindu dan Islam. Ini dibuktikan melalui pendiri
kerajaan Srivijaya pertama iaitu Sri Jayanasa menggunakan gelaran Dapunta Hyang yang bermaksud Yang
Dipertuan Yang Suci.

Berbeza dengan sistem beraja negeri-negeri Melayu yang lain, Negeri Sembilan mengamalkan sistem
beraja elektif, di mana setiap empat orang kerabat lelaki daripada wangsa Pagaruyung akan dipilih dan
dilantik menjadi Yamtuan Besar menerusi musyawarah Datuk-datuk Undang yang Empat yang mentadbir
luak-luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.
UNDANG YANG EMPAT
Secara tradisinya, Undang adalah Raja Melayu dalam jajahannya yang dikenali sebagai luak atau luhak.
Pemilihan dan pelantikan Undang dilakukan oleh oleh Dato'-Dato' Lembaga di dalam sesebuah luak itu mengikut adat
yang diamalkannya.

Dato' Undang Luak Sungai Ujong dipilih mengikut Adat Purbakala di antara Waris Klana di-Hulu dan Waris
Klana di-Hilir yang berpusat di Mukim Pantai, Seremban dan penyandangnya digelar Dato' Klana Petra. Pemerintahan
Dato' Undang Luak Sungai Ujong sudah bermula sejak tahun 1760 dengan pemilihan Dato' Klana Petra Bador daripada
Waris Hulu sebagai Undang yang pertama.
Dato' Undang Luak Jelebu dipilih antara tiga waris berundang iaitu Waris Ulu Jelebu, Waris Sarin dan Waris
Kemin secara bergilir. Penyandangnya dikenali sebagai Dato' Mendika Mentri Akhirulzaman. Pemerintahan Undang
Jelebu wujud pada tahun 1757 dan Undang Jelebu yang pertama ialah Dato' Moyang Salleh selepas memperoleh
kemerdekaan daripada Kesultanan Johor.
Dato' Undang Luak Johol dipilih dengan ditentukan daripada Waris Johol dan Waris Gemencheh dan memakai
gelaran Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan. Undang Johol yang pertama ialah seorang wanita bergelar Puteri
Kanun atau Puteri Sitiawan dan mula memerintah pada tahun 1723.
Dato' Undang Luak Rembau dipilih secara bergilir antara Waris Biduanda Jawa dan Waris Biduanda Jakun.
Penyandang pusaka Undang Rembau daripada Waris Biduanda Jakun dikenali sebagai Dato' Lela Maharaja, manakala
penyandang daripada Waris Biduanda Jawa pula dikenali sebagai Dato' Sedia Raja. Undang Rembau yang pertama ialah
Dato' Seri Rama yang mewujudkan pemerintahannya di Kampung Kota, Rembau pada tahun 1540, iaitu ketika Sultan
Johor yang pertama, Sultan Alauddin Riayat Shah II berkuasa.
IBU NEGERI DAN BANDAR
DIRAJA
Ibu negeri Negeri Sembilan ialah Seremban.
Bandar dirajanya ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah.
Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Port Dickson, Kuala Pilah, Nilai, dan Bahau.

Peta Seremban Istana Lama Seri Menanti


BENDERA NEGERI
SEMBILAN

Bendera Negeri Sembilan secara amnya terdiri daripada latar berwarna kuning dan kanton di
sebelah kiri atas yang dibahagi secara menyerong dari kiri atas ke kanan bawah, di mana tiga segi di
bahagian atas berwarna merah manakala di bahagian bawahnya berwarna hitam.
Warna kuning membawa maksud kedaulatan dan kekuasaan Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Besar. Warna merah bermakna seluruh rakyat jelata, dan warna hitam melambangkan Datuk-datuk
Undang bagi luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini
BENDERA LUAK DI NEGERI
SEMBILAN
BENDERA GUNUNG PASIR BENDERA LUAK SUNGAI
UJUNG

BENDERA LUAK JOHOL BENDERA LUAK JELEBU &


TAMPIN

BENDERA LUAK REMBAU BENDERA LUAK TERACHI

BENDERA LUAK ULU MUAR BENDERA LUAK JEMPOL

BENDERA LUAK INEH


JATA NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam Sembilan buah negeri didalam gabungan
perisai Negeri Sembilan yang lama

Merah dalam perisai Hubungan hubungan pada masa lalu dengan


British
Hitam dalam perisai Datuk-datuk undang yang empat dan Tunku
Besar Tampin
Bintang pecah Sembilan Sembilan buah negeri didalam gabungan Negeri
Sembilan yang lama

Pedang dan sarung diatas perisai Tanda keadilan

Changgai Putri – ditengah-tengah antara Kebesaran Yang Di Pertuan Besar


pedang dan sarung
LAGU KEBESARAN NEGERI
SEMBILAN
Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah lagu kebesaran Negeri Sembilan.
Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan
Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah pada tahun 1911.
Lagu negeri ini mendapat gubahan semula yang lebih diperbaharui oleh Tunku Zain Al-‘Abidin
iaitu putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz dengan kerjasama Orkestra
Filharmonik Malaysia serta kumpulan koir dari beberapa sekolah serata negeri tersebut. Gubahan baru ini
diperkenalkan sewaktu pertabalan baginda Tuanku Muhriz serta permaisuri baginda Tuanku Aishah Rohani
pada awal 2009, dan kemudiannya dirasmikan pada 27 Oktober 2010.
LAGU KEBESARAN NEGERI
SEMBILAN
Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan,

Kurniai sihat dan makmur,

Kasihi rakyat, lanjutkan umur!

Akan berkati sekalian yang setia,

Musuhnya habis binasa!

Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan.

Play
KEISTIMEWAAN NEGERI
FAKTA 1
SEMBILAN
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke - 8 baginda
merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama dari tahun kita merdeka 1957 hingga baginda mangkat pada 1 April 1960 ketika itu baginda
masih memerintah. Selain itu portrait baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967)
sehingga kini.

FAKTA 2
Negeri Sembilan merupakan negeri yang terkenal dengan makanan yang cukup pedas,makanan tradisional negeri Sembilan yang terkenal
ialah masak lomak cili api selalunya masak lomak cili api dimasak dengan ayam dan daging.

FAKTA 3
Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang menggunakan dan mengamalkan adat perpatih di Malaysia, negeri lain
kebanyakan menggunakan adat temenggung. Adat perpatih ini diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu
generasi ke satu generasi.

FAKTA 4
Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu berketurunan Minang di Negeri
Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan di majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung
KEISTIMEWAAN NEGERI
SEMBILAN
Potrait Tunku Abdul Rahman yang
digunakan dalam wang kertas
Malaysia

Adat Perpatih amalan masyarakat


Negeri Sembilan

Masak Lomak Cili Api

Tarian Piring Negeri Sembilan


RUMUSAN

Selepas membuat folio ini saya dapat mengetahui asal usul Negeri Sembilan. Saya juga dapat lebih
mendalami adat perpatih yang diamalkan masyarakat di Negeri Sembilan dan mengetahui betapa pentingnya
menghormati adat dan ketua negeri dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.
Selain itu, folio ini juga banyak membantu saya meluangkan lebih masa bersama keluarga semasa mencari
informasi yang berkaitan.

TERIMA KASIH

You might also like