Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SK TUNKU MAHMOOD 2

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 9


JKR 906, Jalan Sekolah
86000 KLUANG
JOHOR
Tel : 07-7711640
Faks : 07-7722373
E-mel : sktm2@ymail.com

No. Rujukan : JBB2050/100-7/6( )


Tarikh : 3 September 2018

Pengetua
Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.

Tuan,

PERMOHONAN TEMPAT PENGINAPAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami, SK Tunku Mahmood 2, Kluang akan mengadakan
Program Latihan Taekwondo Bersama Atlet Negara dan Jaringan SKK Taekwondo di sekolah pihak
tuan, Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa di Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober
2018 (Khamis dan Jumaat).

3. Oleh itu, kami dengan rendah hati memohon jasa baik tuan agar dapat mengizinkan kami
menginap di asrama Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa pada 10 Oktober 2018
(Khamis). Berikut kami sediakan jumlah murid dan guru yang mengikuti program ini.

Jumlah murid Jumlah guru Bilik Keluarga


Murid lelaki : orang Guru lelaki : 3 orang
Murid perempuan : orang Guru perempuan : 4 orang

4. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan mendiami asrama yang ditetapkan oleh pihak
tuan. Segala kerjasama dan jasa baik tuan dalam hal ini saya ucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( EN. ABDUL RAHMAN TALIB BIN A. KARIM )


Guru Besar,
SK Tunku Mahmood 2
Kluang, Johor

You might also like