Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

GARIS PANDUAN

PEMINDAHAN KREDIT SECARA MENEGAK

1. “Pemindahan Kredit Secara Menegak” ertinya jumlah kredit yang dikecualikan bagi
seseorang pelajar daripada mengambil semula kursus yang setara yang telah diambil
daripada institusi pascapendidikan menengah yang telah mendapat kelulusan Fakulti.
Pemindahan Kredit Secara Menegak juga dipanggil pengecualian kredit.

2. Kursus yang diluluskan akan diberikan gred Pindah Kredit (PK). Gred PK diambil kira
sebagai sebahagian dari jumlah kredit bagi tujuan pengijazahan tetapi tidak dikira dalam
Purata Nilai Gred Semester dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

3. Syarat pemindahan kredit secara menegak adalah seperti berikut:


a. Kategori pelajar dalam Skema Pengecualian Kredit adalah Pelajar yang khusus
mengambil kursus di peringkat Diploma/setaraf dan Diploma Lanjutan;
b. Hasil pembelajaran dan kandungan kursus yang setara dalam kedua-dua program
mestilah mempunyai persamaan tidak kurang dari 80%;
c. Perbezaan magnitud kredit yang hendak dipindahkan itu tidak melebihi 10% daripada
kursus setara yang ada di UKM. Oleh kerana takrif kredit mungkin berbeza-beza dari
satu institusi dengan institusi yang lain, perbandingan magnitud kredit boleh dilakukan
melalui Masa Pembelajaran Pelajar (MPP). Jika MPP tidak dapat ditentukan, jumlah
kredit untuk menamatkan pengajian boleh digunakan untuk melakukan perbandingan;
d. Kredit yang dipindahkan hendaklah daripada program yang mendapat akreditasi
daripada MQA, badan profesional berautoriti atau agensi jaminan kualiti di negara
berkenaan;
e. Pelajar berkenaan mendapat gred tidak kurang dari C atau yang setara dengannya;
f. Kursus berkenaan tidak melebihi 5 tahun dari tarikh permohonan;
g. Kredit yang dipindahkan secara menegak tidak boleh melebihi 50% (kelayakan
diploma) daripada jumlah beban kredit sesuatu program tertakluk kepada ketetapan
berikut:

Peratus Pindah Kredit Gred Minimum Kursus


(%)
1 hingga 30 C
31 hingga 50 B
*kelulusan Mesyuarat Senat ke-467 bertarikh 15 Julai 2020

h. Kelayakan Diploma Lanjutan (Tahap 5 MQF) yang turut memiliki Diploma (Tahap 4
MQF) boleh dipertimbangkan pindah kredit sehingga maksimum dua (2) tahun
pengajian di peringkat Sarjana Muda.

4. Borang permohonan untuk pemindahan kredit secara menegak [Borang


UKM/PPPS/B/P03/AK07/2 (Semakan 8)] boleh diperolehi melalui capaian di SMPweb
pelajar. Borang ini perlu dikemukakan kepada Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat selewat-
lewatnya pada minggu ke-4 semester pertama sesi pembelajaran bermula bersama
dengan perkara dibawah:
a. Salinan resit bayaran wang proses sebanyak RM100.00 atas nama Bendahari UKM
b. Mengemukakan transkrip atau keputusan peperiksaan Diploma berkenaan yang telah
disahkan bersama sinopsis/kandungan kursus dari mana-mana IPTA/IPTS dalam
dan luar negara yang diiktiraf untuk semakan

5. Fakulti/Pusat berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk pelajar,


jika perlu dalam bentuk temu duga atau peperiksaan khas;

6. Permohonan pemindahan kredit perlu disahkan oleh Mesyuarat Fakulti setelah


mendapat perakuan jawatankuasa khas yang ditetapkan. Keputusan permohonan akan
dimaklumkan terus kepada pelajar oleh Fakulti / Pusat selepas disahkan Mesyuarat
Fakulti.

7. Kursus yang telah diluluskan pemindahan kredit tidak boleh ditarik balik oleh pelajar.

Pusat Pengurusan Akademik


18-09-2020
CARTA ALIR PEMINDAHAN KREDIT MENEGAK

1. Fakulti/Pusat menerima permohonan


lengkap daripada pelajar dalam
tempoh yang dibenarkan.

Dokumen yang diperlukan:


Mula i Borang permohonan
ii Transkrip atau keputusan
peperiksaan yang berkenaan
(disahkan)
iii Sinopsis/kandungan kursus dari
institusi pengajian tinggi yang
berkenaan
iv Resit bayaran
Sahkan dan rekod
permohonan
daripada pelajar

2. Fakulti/Pusat menyemak dan


Pertimbangkan
mempertimbangkan permohonan.
permohonan
Keputusan diperakukan di Mesyuarat
Fakulti.

3. Fakulti/Pusat memaklumkan keputusan


Maklumkan
keputusan kepada pelajar dan disalinkan kepada
permohonan kepada Pusat Pengurusan Akademik beserta
pelajar dan disalinkan dokumen sokongan yang berkaitan.
kepada Pusat 4. Dokumen sokongan yang perlu
Pengurusan dihantar kepada Pusat Pengurusan
Akademik Akademik:
a. Petikan minit mesyuarat Fakulti;
b. Salinan borang permohonan
pelajar; dan
c. Salinan resit/bukti pembayaran
5. Pusat Pengurusan Akademik
Kemas kini rekod
mengemaskini pemindahan kredit
dalam SMP
dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP)
selepas menerima dokumen lengkap
daripada Fakulti/Pusat.

Tamat 6. Tamat proses.

Pusat Pengurusan Akademik


18-09-2020

You might also like