Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

_____________________________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN


Tel / Fax : 04-4858953
Email : KBA5014@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK BIL. 1 2024/2025

Tarikh : 20/03/2023
Hari : Rabu
Masa : 12.45 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. En. Zalizan bin Abdullah @ Ibrahim (Guru Besar)


2. Pn. Nor Mazura binti Abdul Hamid ( Ketua Panitia)
3. En. Alwi Safuan bin Ahmad Aziz (Setiausaha)
4. Pn. Marshitah binti Ahmad (PK Ko)
5. Pn. Fuziah binti Mohamed
6. En. Suhaimi bin Yusof
7. En. Wisamzaliman bin Mohd Desa
8. Pn. Rohayu binti Shaharuddin
9. En. A. Aziz bin Mat Desa
10. Cik Siti Nor Hidayatulakmal binti Roslan (Pemulihan Sesi Petang)
11. Pn. Norhasmila binti Md Rashid
12. Pn Siti Hajar binti Sobri
13. Pn. Nor Hazila binti Hashim

Tidak Hadir :

Tiada

AGENDA I : Perutusan Pengerusi

1. Pn. Nor Mazura merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru Matematik kerana
dapat hadir dalam Mesyuarat Panitia Matematik kali pertama 2024/2025.

2. Pn. Nor Mazura juga mengucapkan terima kasih kepada En. Zalizan bin Abdullah @ Ibrahim
(Guru Besar) dan Pn. Marshitah binti Ahmad (PK Ko), SK. Sg. Karangan kerana dapat bersama-
sama dalam mesyuarat pada kali ini.

3. Diharapkan semua guru Matematik dapat bekerjasama dalam meningkatkan mata pelajaran
Matematik dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2024/2025.

1
_____________________________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN


Tel / Fax : 04-4858953
Email : KBA5014@moe.edu.my

Tindakan : Makluman
AGENDA II : Ucapan Pentadbir – En. Zalizan bin Abdullah (Guru Besar).

4. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik atas
gerak kerja yang baik pada sesi 2023.

5. Guru Besar memaklumkan guru-guru tahap 1 akan terlibat dengan Webinar Penjajaran DSKP
Matematik pada 20 dan 21 Mac 2024.

6. Guru Besar berharap Panitia Matematik akan mempunyai sudut khas di sekolah, di mana ianya
akan diselenggara dan ditambah baik oleh Panitia Matematik. Tempoh diberi adalah sehingga 30
April 2024.

7. Guru Besar berharap Panitia Matematik tahun ini tidak membuat begitu banyak program, namun
program yang akan dijalankan itu diharapkan mempunyai impak yang tinggi kepada murid-murid
SKSKR.

8. Guru Besar berpesan supaya RPH yang dihantar mestilah mempunyai format yang sama oleh
semua guru di bawah panitia matematik.

9. Duit tabungan panitia pula bolehlah digunakan mengikut kesesuaian hasil perbincangan ahli panitia
kelak.

Tindakan : Semua guru

AGENDA III : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

10. Pn. Nor Mazura Abdul Hamid selaku Ketua Panitia 2024 membentangkan minit mesyuarat
bilangan 1 sesi 2023/2024 dan meminta minit mesyuarat disahkan.

11. En. Wisamzaliman bin Mohd Desa mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima untuk
disahkan dan disokong oleh Pn. Fuziah binti Mohamed.

AGENDA IV : Perkara Berbangkit

12. -

Tindakan : -

2
_____________________________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN


Tel / Fax : 04-4858953
Email : KBA5014@moe.edu.my

AGENDA V : PENGURUSAN PANITIA

13. Pengesahan Jawatan kuasa Panitia Matematik.

Perlantikan jawatan kuasa Panitia Matematik berkuat kuasa pada 10 Mac 2024 hingga 9 Mac
2025. Surat lantikan rasmi akan dikeluarkan kemudian oleh pihak pentadbiran kurikulum.

14. Visi dan Misi sekolah

Puan Nor Mazura menjelaskan visi dan misi sekolah .

Visi : Melonjakkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik khususnya MTM (Menguasai


Tahap Minima)

Misi : Memperkasakan kepimpinan dan pengurusan panitia.

Membangun dan meningkatkan kualiti pdp.

Membudayakan headcount.

Memantapkan pelaksanaan PBD.

Tindakan : Semua ahli panitia

15. Headcount

Puan Nor Mazura memaklumkan headcount perlu disediakan mengikut TP (PBD) dan markah
(UASA) bagi guru yang mengajar Tahap 2. Penyediaan headcount bagi guru mata pelajaran Tahap
1 hanya dalam bentuk TP (PBD).

Tindakan : Semua ahli panitia

16. PBD

13.1 Puan Nor Mazura memaklumkan bahawa guru-guru perlu menyediakan rekod perkembangan
murid.

13.2 Guru-guru perlu memastikan TP yang diberikan kepada murid adalah telus berdasarkan
evidens.

13.3 Guru Besar berharap guru-guru dapat memberikan fokus kepada bilangan murid yang
mendapat TP1, TP2 dan TP3 serta membuat intervensi kepada mereka. Guru-guru perlu juga
menyediakan nama yang lengkap serta justifikasi untuk murid-murid yang mencapai TP3
kerana longgokan terjadi pada tahap pencapaian ini.

13.4 Post morterm perlu diadakan dua kali setahun selepas keputusan PBD dikeluarkan. (i(Jun –
Ogos)) dan (ii(Sept – Nov)).

3
_____________________________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN


Tel / Fax : 04-4858953
Email : KBA5014@moe.edu.my

13.5 Bagi murid tahap 2, soalan akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi
subjek teras sahaja dan soalan bagi subjek elektif disediakan oleh guru mata pelajaran.

Tindakan : Semua ahli panitia

17. SKPMg2

14.1 Instrument penilaian sekolah melibatkan 5 standard

-Kepemimpinan

-Pengurusan Organisasi

-Pengurusan kurikulum

-Kokurikulum/HEM

-PdPc dan sahsiah murid

14.2 Guru Besar berharap semua guru bersedia dengan Fasa Kendiri PdPc yang melibatkan
pencerapan PdPc kerana laporan keseluruhan akan dihantar pada bulan akhir sesi
persekolahan.

14.3 Guru Besar berharap juga semua guru dapat mengisikan SSDM sekurang-kurangnya 50
amalan baik murid pada tahun ini.

Tindakan : Semua Guru

18. KSSR

18.1 Webinar penjajaran DSKP KSSR untuk tahun 1, 2 dan 3 akan dijalankan pada 19, 20 dan 21
Mac 2024.

18.2 Pn. Mazura memaklumkan bahawa tahun 6 2022/23 adalah kohort terakhir KSSR Semakan,
maka pada 2027 nanti barulah ada semakan baharu dan taklimat.

Tindakan : makluman

19. Kontrak latihan

19.1 Puan Nor Mazura memaklumkan guru-guru boleh merujuk Buku Pengurusan sesi 2024/2025
muka surat 136 untuk kontrak latihan murid.

19.2 Guru Besar memaklumkan bahawa guru-guru Tahap 2 boleh menggunakan 2 buah modul
yang telah dibeli untuk latihan di dalam kelas dan sekiranya guru hendak menggunakan
lembaran kerja, hantar lebih awal (Awal sehari) ke pejabat untuk difotostat.

4
_____________________________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN


Tel / Fax : 04-4858953
Email : KBA5014@moe.edu.my

19.3 Guru Besar juga berpesan supaya guru-guru menggunakan buku fakta asas dan
menghabiskannya kerana murid-murid telahpun membeli buku tersebut dari awal persekolahan.

Tindakan : Semua ahli panitia

20. Nota/latihan

20.1 Guru Besar menjelaskan latihan kepada murid mengikut kontrak latihan.

20.2 Ujian Formatif hendaklah dijalankan setiap kali habis topik yang diajar.

20.3 Guru Besar berharap guru-guru dapat elakkan murid terbeban dengan penggunaan buku
latihan bagi setiap mata pelajaran.

20.4 Kelas tahap 1 mesti menghabiskan buku aktiviti yang diberikan. Ianya telah lengkap
merangkumi semua topik.

Tindakan : Semua ahli panitia

21. PBS

21.1 Guru Besar berharapa guru-guru memberi fokus kepada PBD. Ianya mestilah direkod dengan
tulisan tangan supaya tampak lebih berintegriti.

21.2 Puan Nor Mazura memaklumkan bahawa rekod perkembangan murid boleh diperolehi di
dalam group telegram Panitia Matematik atau boleh menggunakan RPM sendiri.

Tindakan : Semua ahli panitia

22. Pemulihan

22.1 Guru Besar memaklumkan bahawa waran peruntukan sekolah untuk guru pemulihan hanya
seorang guru sahaja.

22.2 Fokus perlu diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam subjek Bahasa
Melayu dan Matematik sahaja.

22.3 Ujian pengesanan bagi murid 2 inovasi dan 2 bestari akan dijalankan.

Tindakan : Semua ahli panitia

23. Buku Rekod Mengajar

5
_____________________________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN


Tel / Fax : 04-4858953
Email : KBA5014@moe.edu.my

23.1 Guru Besar menegaskan bahawa Rancangan Pengajaran Harian perlu dihantar pada setiap
hari Khamis atau hari terakhir pada minggu berkenaan.

23.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dicetak dan dihantar bersama fail pengurusan guru pada
31 Mac 2024.

23.3 Guru Besar memaklumkan bahawa RPH perlu diselaraskan dengan ahli panitia dan 3 elemen
. yang perlu ada iaitu objektif pembelajaran, refleksi, dan aktiviti.

Tindakan : Semua ahli panitia

24. Mesyuarat Panitia


24.1 Guru Besar memaklumkan bahawa mesyuarat panitia perlu dijalankan empat kali setahun
mengikut tarikh selepas mesyuarat induk kurikulum

24.2 Program bagi panitia matematik telah ditetapkan pada tarikh 6 Oktober 2024.

24.3 PBD adalah agenda yang penting, guru besar berpesan untuk membincangkan kaedah
penetapan perekodan PBD dalam mesyuarat panitia akan datang.

24.4 Guru Besar juga berpesan agar ahli panitia merancang penggunaan wang PCG dengan baik.

Tindakan : Semua ahli panitia

25. Kewangan

25.1 Pengerusi memaklumkan baki wang PCG Panitia Matematik masih berbaki RM 69.81.

25.2 Wang terkumpul Panitia berjumlah RM 1212.00. Ahli boleh membuat permohonan untuk
pembelian alatan bagi peningkatan Panitia Matematik.
Tindakan : Semua ahli panitia

26. PLC
26.1 Pn. Nor Mazura menyatakan bahawa PLC yang lengkap perlu didaftarkan di dalam SPLKPM
bagi tujuan perekodan.

26.2 PLC yang dicadangkan pada tahun ini ialah bookclub, lesson study, dan data analysis.

Tindakan : Makluman

6
_____________________________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN


Tel / Fax : 04-4858953
Email : KBA5014@moe.edu.my

27. BBM
27.1 Semua peralatan perlu direkod sebagai aset sekolah.
27.2 Peralatan perlu disimpan di sudut BBM di pusat sumber buat masa sekarang.

AGENDA V1 : HAL-HAL LAIN

28. tiada

Tindakan : Makluman

AGENDA V1I : UCAPAN PENANGGUHAN

29. Ketua Panitia berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu dalam
melaksanakan program-program yang akan dijalankan bagi sesi 2024/2025.

30. Mesyuarat ditangguhkan pada 2.00 petang.

Disediakan oleh :

....................................................................
(ALWI SAFUAN BIN AHMAD AZIZ)
Setiausaha,
Panitia Matematik, SK Sg Karangan.

Disahkan oleh Disemak oleh :

........................................................................ ........................................................................
(NOR MAZURA BINTI ABDUL HAMID) (EN. ZALIZAN BIN ABDULLAH @ IBRAHIM)
Ketua Panitia, Guru Besar,
Panitia Matematik, SK Sg Karangan. SK Sg Karangan.

You might also like