Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks Ucapan Pengacara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan

BERIKUT ADALAH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS BAGI MESYUARAT AGUNG


TAHUNAN BAKERP KALI KE SEMBILAN YANG DIADAKAN PADA 23 JUN 2011

BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM…..syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNYA dapat Kita


Bersama-sama berhimpun dalam majlis yang indah ini.
“ DiTatang-Tatang kiri ke kanan,
DiSirat-Sirat DiSeret ke Depan.
Selamat Datang Tuan Dan Puan,
Ke Mesyuarat Bakerp kali ke-9.”

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam kegemilangan, dan salam 1 Malaysia.


Selamat Datang ke Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi ( Bakerp )
Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011.

Yang Berusaha Puan Hajjah Norma Hj Mohd darus Pengarah perpustakaan Awam
Negeri Perlis merangkap Penasihat Bakerp. Yang Dihormati Tuan Haji Muhammad Hj
Harun, Yang Dipertua Bakerp. Yang Disanjungi Puan Machita Othman Pegawai Bahagian
Maklumat Dan Pendokumentasian Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Barisan Ahli
Jawatankuasa Bakerp seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati ALLAH
sekalian. Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih Kepada
Puan Hajjah Norma Kerana Sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita dan
merasmikan mesyuarat agung Bakerp pada hari ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada
tuan-tuan dan puan-puan semua ahli-ahli Bakerp yang dapat bersama pada mesyuarat
agung pada hari ini.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Al-Fadzil Ustaz
Rashid Bin Harun unutk memimpin bacaan Doa. Di Persilakan……

Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Rashid Bin Harun Diatas
Bacaan Doa Itu tadi.

“ Bentuk Intan Menggunakan acuan,


Takut acuan Terbelah Dua.
Untuk menyampaikan Ucapan Aluan,
Di Jemput Tuan Yang DiPertua”

Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad Haji Harun Yang Dipertua Bakerp bagi
menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala Hormatnya majlis mempersilakan….

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhammad Hj Harun diatas ucapan beliau
tadi. Diharapkan segala nasihat yang disampaikan tadi menjadi azimat berguna bagi kita
ahli-ahli Bakerp untuk memajukan lagi kelab kita ini di masa hadapan.

“ Pergi menimba Telaga di Hulu,


Tidakkan ikan melarat ke muara.
Kini tibalah masa ditunggu,
Ucapan Perasmian mesyuarat kita”

Dengan ini, majlis menjemput Puan Hajjah Norma Hj Mohd Darus, Pengarah
Perpustakaan Awam Negeri Perlis selaku Penasihat Bakerp bagi menyampaikan ucapan
seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi
Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011. Dengan segala hormatnya saya
mempersilakan……

Majlis merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima kasih diatas ucapan


perasmian oleh Puan Pengarah itu tadi. Semoga ucapan tadi menjadi Panduan kepada kita
semua untuk bekerja lebih kuat demi masa depan kelab dan jabatan kita.

Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah Pertandingan Boling Berpasukan


Tertutup Panperlis. Untuk makluman pertandingan telah berlangsung pada 19 jun yang lalu,
seramai 40 orang ahli bakerp yang dibahagikan kepada 10 kumpulan telah mengambil
bahagian. Pertandingan diadakan di Perlis Bowl The Store kangar dari Jam 2-6 petang.
Kami di Biro Sukan Bakerp mengucapkan Terima kasih kepada semua peserta diatas
komitmen dan kerjasama yang diberikan.Terima kasih juga diucapkan kepada Puan
pengarah Yang turut sama hadir memberi sokongan kepada peserta.

Sekali lagi Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad untuk Menjemput Puan
Pengarah bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Rujuk Senarai Keputusan

Sebagai Cenderamata kenangan daripada Bakerp, Dipersilakan Tuan Haji Muhammad


untuk menyampaikan cenderamata kepada puan pengarah.
Terima Kasih diucapkan kepada Puan pengarah dan Tuan Haji Muhammad diatas
Kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Mesyuarat agung Bakerp kita kali ini,
selepas ini kita akan ke sesi seterusnya iaitu mesyuarat agung bakerp kali ke -9 tahun 2011.
Sebelum itu semua staff di minta ke bahagian depan, tempat parking e-pustaka untuk sesi
bergambar. Selepas itu naik semula ke dewan untuk mula bermesyuarat.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi


Kalau ada umur yang panjang Satgi kita jumpa lagi.

Sekian terima Kasih..assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum, salam sejahtera . diminta semua ahli jawatankuasa berada di meja


hadapan.

Untuk memulakan mesyuarat kita memerlukan seorang pengerusi mesyuarat, jadi saya
buka untuk cadangan. Dalam mesyuarat jawatankuasa ada mencadangkan En Dahlan
Ismail, tapi terpulang pada tuan-tuan untuk mencadangkan orang lain.

Terima Kasih daun keladi,


Tahun depan jumpa lagi…….wasalam.

You might also like