Asas Keusahawanan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA

(KITAB) PULAU PINANG

MPU 2223
ASAS KEUSAHAWANAN

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:


Tokoh Keusahawanan Yang Diminati

Nama Pelajar : Mohamad Zuhairil Bin Mohd Hisham


No Matrik : D222367
Bidang Pengajian : Diploma Syariah
Pensyarah : Nur Farhana Abdul Aziz
PROFIIL MENTOR

Nama : Abdul Hafiz Harisuddin Bin Mahamad


Tarikh Lahir : 28 Ogos 1993
Umur : 30 Tahun
Asal : Kelantan, Malaysia.
Taraf Pendidikan : Diploma Perakaunan, Politeknik
Muadzam Shah, Pahang.
Kerjaya : Usahawan Kosmetik, Influencer.
Status : Berkahwin
Perkahwinan
Jantina : Lelaki

Beliau merupakan pengasas bersama jenama AINAA Beauty dengan


isterinya. AINAA Beauty dikenali sebagai pengeluar produk kecantikan yang
memberi focus kepada penjagaan kulit, kecantikan dan kosmetik. Pasangan
suama isteri viral ini sering menjadi perhatian netizen di laman social dengan
isu-isu yang mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media social
terutama di aplikasi TikTok.
Kenapa Hafiz Mahamad Yang Dipilih?
Mempunyai banyak faktor saya memilih susuk tubuh ini, tiga faktornya ialah:

a) Beliau sangat-sangat sayang kepada sahabatnya, beliau pernah kehilangan


sahabat baik yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 2020. Beliau
sanggup menggunakan kudrat yang ada untuk ke Indonesia melawat
sahabatnya yang lama sehinggakan beliau menjadi imam solat jenazah
untuk sahabatnya sebagai penghormatan terakhir.
b) Beliau mempunyai azam dan iltizam yang kuat untuk menjadi usahawan
yang berjaya.
c) Beliau juga ingin membahagiakan keluarganya dengan ungkapan “Kejayaan
Demi Kebahagian”. Pada tahun 2023 ini, beliau telah berjaya membawa
keluarganya untuk menunaikan umrah dan haji. Sepertimana sabda Baginda
S.A.W:
‫ واذا مات صا حبكم فدعوه‬,‫خريكم خريكم الهله وانا خريكم الهلي‬
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya dan
aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila
salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka
biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang
keburukannya”. (Riwayat Al-Tirmidzi)

Ya, terdapat ayat Al-Quran tentang mengidolakan Nabi S.A.W yang mana
Allah S.W.T berfirman:
‫َّلَقْد َك اَن َلُك ْم ىِف َرُس وِل ٱلَّلِه ُأْس َو ٌة َح َس َنٌۭة ِّلَم ن َك اَن َيْر ُج و۟ا ٱلَّلَه َو ٱْلَيْو َم ٱْلَٔـاِخ َر َو َذَك َر ٱلَّلَه َك ِثيا‬
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan Dia banyak menyebut nama Allah”.
(Al-Ahzab: 21)
Namun begitu bukanlah bermaksud saya tidak mengidolakan baginda tetapi
saya kagum dengan cara Hafiz Mahamad ini menjadi seorang yang sangat
mementingkan hubungan sekitarnya hinggakan beliau pernah membantu setiap
pekerja yang berkerja di dalam syarikatnya.

Jasa Yang Beliau Sumbangkan Kepada Masyarakat


Usahawan serta pempengaruh media sosial terkenal, Hafiz Mahamad
merupakan individu terakhir sebagai penyumbang bagi melengkapkan jumlah
RM9 juta yang diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap
penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan
Muhammad Naail atau Naail. Menerusi perkongsian di Instagram milik ibu
Naail sendiri, Raihan Aminz, dana sebanyak RM9 juta itu sudah mencukupi
bagi adik Naail untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.
Menerusi perkongsian ibu bayi tersebut, tertera nama Hafiz Mahamad serta
seorang individu yang juga usahawan terkemuka dikenali Ayuni menjadi dua
penderma terakhir bagi mencukupkan kutipan dana yang telah digerakkan oleh
badan amal Misi Rakyat.
Hafiz Mahamad juga difahamkan turut menambah jumlah sumbangan yang
digerakkan oleh Misi Rakyat itu buat seorang lagi pesakit dikenali adik Athif.
Terdahulu, pelakon terkenal, Fattah Amin telah berkongsi tentang masalah
kesihatan anak saudaranya, Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa,
(SMA) Type 1.
Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan
gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin,
jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus
bernyawa.
Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan
otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru
menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Sebelum ini, terdapat seorang pesakit (SMA) Type 1, Reese Tan Rui Xin
berjaya sembuh selepas menerima suntikan Zolgensma bernilai lebih RM9 juta
bagi mengubati penyakit genetik dialaminya.
Reese yang berusia 19 bulan, mendapatkan suntikan itu di Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM) selepas kutipan dana dilancarkan pertubuhan
kebajikan One Hope Charity and Welfare akhir tahun lalu.

Nabi S.A.W pernah bersabda:


‫خير الناس انفعهم الناس‬
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain”.
(HR Ibn Hibban)
Kisah Dan Latar Belakang
1) Hafiz pernah meraih perhatian ramai kerana merai ulang tahun kelahiran
isterinya Syafiqah Aina dengan menyewa kereta limosin putih semasa
hubungan percintaan mereka pada tahun 2016.
2) Beliau juga pernah memberikan kejutan istimewa kepada isterinya iaitu
Syafiqah Aina apabila beliau wanita itu dihadiahkan sebuah kereta Honda
Civic berwarna merah pada tahun 2017. Mereka juga pernah berlayar dengan
kapal mewah di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor pada tahun yang sama.
3) Sewaktu hari ulang tahun kelahirannya pada 2018, isterinya Syafiqah Aina
membuat kejutan padanya dengan menaiki helikopter sebagai hadiah
istimewa.
4) Pada tahun 2017, beliau bersama Syafiqah Aina telah memulakan penubuhan
AINAA Beauty yang pasarannya berkembang di Malaysia, Singapura,
Brunei, Indonesia dan Thailand.
5) Beliau berkahwin dengan Syafiqah Aina yang merupakan usahawan dan
seorang Instafamous terkenal, pada 24 November 2017 selepas lima tahun
menjalin hubungan. Majlis bersejarah ini menjadi tumpuan ramai dan
mendapat jolokan ‘Wedding Of The Year’.
6) Mereka dikurniakan seorang anak perempuan pada 24 Jun 2019 yang
bernama Raisya Arisa. Makna nama anak mereka itu adalah seorang
pemimpin yang lemah-lembut dan bijak. Selain itu, mereka juga menerima
cahaya mata anak kedua pada 26 Julai 2022 yang bernama Rayqal Arees.
7) Pada tahun 2022, Hafiz mendedahkan bahawa isterinya itu mengalami
penyakit misteri yang dipercayai disebabkan oleh sihir yang dihantar oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab.
8) Pada permulaan tahun 2023, Hafiz telah diberikan kejutan oleh Syafiqah
Aina apabila menerima sebua kereta Ferrari berwarna merah sebagai hadiah.
TAMAT

You might also like