Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

ANGKA GILIRAN: 2021102340286

KELAS: TESL 2

CALON DIKEHENDAKI MENJAWAB SEMUA SOALAN.

1. Huraikan taarif Tamadun:

a. Menurut Sarjana Islam.

b. Menurut Sarjana Barat. (10 markah)

i) Beberapa ahli sarjana islam mengemukakan definisi mengenai tamadun. Antaranya


ialah Syed Naquib Al-Attas dan Ahmad Bek Kamal yang memilih tema tingkah laku
dalam mendefinisikan tamadun. Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun itu ialah
keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ahmad Bek Kamal
pula menjelaskan tamadun dengan menekan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan
masyarakat daripada suasana hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan dan
pembentukan moral tanpa mengira sama ada di Timur mahupun di Barat. Sarjana Ibnu
Khaldun pula menjelaskan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia yang
sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah
pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai
seni.Ini termasuklah keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan
rumah tangga dan sebagainya.Beliau juga telah menggunakan istilah ”umran” dalam
karyanya ”Muqaddimah” .Istilah ”umran” ini digunakan dalam kajian tentang bandar-
bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan,
keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.Selain itu, istilah ”hadarah”
yang berlawanan dengan istilah ”badi” atau ”badiah” turut digunakan. ”Hadarah”
memberi maksud suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan.
Selain daripada definisi di atas, sarjana islam Sayyid Qutb, turut mengemukakan
pandangannya mengenai tamadun.Beliau menjelaskan bahawa tamadun islam ialah
segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem
sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah
s.w.t serta bercirikan nilai-nilai moral islam.

ii) Para sarjana barat pula telah memberi beberapa gambaran dan taarifan terhadap
tamadun. Menurut Gordon Childe seorang sejarawan, pencapaian material adalah
lambang ketamadunan. Civilization mempunyai persamaan dengan revolusi
perbandaran. Pengukuran tamadun adalah berdasarkan kepada kewujudan bandar.
Beliau menyamakan erti tamadun dengan revolusi bandar kerana apabila berlakunya
revolusi bandar di satu-satu kawasan, maka akan lahirlah satu tamadun baru di
kawasan berkenaan. Seterusnya, menurut Quigley, masyarakat itu terbahagi kepada
dua iaitu masyarakat parasitic dan masyarakat producing. Masyarakat parasitic
merupakan masyarakat sara diri seperti orang Eskimo manakala masyarakat producing
melaksanakan aktiviti pertanian yang akhirnya mencipta pelbagai teknik atau inovasi
seperti masyarakat Cina. Jadi masyarakat bertamadun menurut Quigley ialah
masyarakat producing yang mempunyai sistem tulisan dan menjalani kehidupan bandar
seperti masyarakat Cina dan Aztec. Di samping itu, menurut sarjana barat E.B. Taylor
seorang ahli antropologi, tamadun merangkumi keseluruhan pencapaian manusia
termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan
keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diusahakan oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
2. Jelaskan LIMA ciri Tamadun Islam yang membezakannya dengan tamadun-
tamadun lain di dunia. (10 markah)

Ciri pertama Tamadun Islam yang membezakannya dengan tamadun-tamadun lain di


dunia ialah Teologi. Perbezaan yang ketara dalam sesebuah tamadun ialah persoalan
teologi atau ketuhanan. Penganut Islam percaya kepada satu tuhan iaitu Allah.
Tamadun Islam mempercayai akidah yang benar iaitu mempercayai Allah yang Maha
Esa dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap ciri utama manusia
yg bertamadun. Jika dibezakan dengan tamadun-tamadun lain, tamadun-tamadun lain
percaya terhadap lebih daripada satu tuhan seperti penganut Kristian percaya kepada
doktrin triniti iaitu satu tuhan dalam tiga (Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus).
Dengan lain perkataan, ketiga-tiga tuhan tidak dianggap penganut Kristian sebagai
wujudnya tiga tuhan berlainan sebaliknya mempercayai ketiga tiganya adalah satu.
Tetapi konsep ketuhanan dalam Islam adalah tunggal, bermakna Tuhan Maha
Berkuasa terhadap segala-galanya.

Selain itu, ciri kedua ialah dasar perkauman dan persamaan taraf. Perbezaan kedua
antara tamadun ialah dari segi dasar perkauman atau bangsa yang dominan dalam
sesebuah tamadun. Orang Aryan misalnya mengutamaka bangsanya dengan
menghalau orang Dravidia sehinggakan orang Dravidia terpaksa lari ke bahagian
selatan India Orang Manchu dari Manchuria nampaknya lebih dominan semasa
pemerintahan Dinasti Ching (1644 - 1911) di China. Bagaimanapun tamadun Islam
tidak dibina atas dasar perkauman atau bangsa. Tidak ada syarat berkaitan bangsa
untuk menjawat jawatan khalifah. Pada zaman Khulafah al-Rasyidin, khalifah khalifah
yang empat itu bukanlah daripada suku kaum yang sama.Jadual tersebut membuktikan
bahawa Islam tidak mementingkan sesuatu bangsa dalam memegang tampuk
pemerintahan sesebuah negara. Begitu juga dengan persamaan taraf sesama manusia.
Tamadun Islam menganjurkan persamaan taraf sesama manusia. Oleh sebab itulah, di
peringkat awal perkembangan Islam, kaum Quraisy menentang Islam kerana salah
satunya berpunca daripada persamaan taraf sesama manusia yang bertentangan
dengan sistem sosial mereka. Dalam Islam, penganutnya dinilai berdasarkan
ketakwaan kepada Allah SWT, bukannya kerana taraf atau keturunan seseorang.
Dalam Kabinet Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah hanya seorang hamba tetapi dis
dilantik menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan yang turut disertai ole tokoh-tokoh
ternama seperti Abu Bakar as-Sidiq, Uthman Affan dan Ali bin Talib. Di England
sehingga hari ini, iaitu untuk menjadi anggota House of Lord, yang merupakan salah
satu dewan parlimennya, berketurunan bangsawan.

Ciri ketiga ialah nilai-nilai kemanusiaan. Sesetengah tamadun dibina dengan cara
kekerasan atau mengenepikan nilai nilai kemanusiaan. Dasar perluasan kuasa yang
dilakukan bukan sahaja mengorbankan nyawa pihak lawan tetapi juga menyebabkan
institusi sosial seperti institusi keluarga runtuh, harta benda musnah dan kehidupan
masyarakat yang ditakluk menjadi pincang. Pembinaan monumen-monumen untuk
mempertahankan diri atau untuk kegunaan pemerintah seperti Tembok Besar China dan
piramid di Mesir melibatkan pengorbanan dan penderitaan rakyat yang menjangkau
angka ratusan ribu untuk menyiapkan monumen-monumen tersebut. Dalam kalangan
mereka, ramai yang terkorban. Tamadun Rom yang membina Colosseum sebagai
tempat untuk melagakan manusia dengan manusia dan manusia dengan haiwan untuk
menjadi tontonan orang ramai. Tamadun Barat hingga era penjajahan menghalalkan
perhambaan. Nilai kemanusiaan tidak menjadi ukuran ketamadunan sehingga
kemunculan tamadun Islam. Bagaimanapun, tamadun Islam mengutamakan nilai-nilai
kemanusiaan yang tinggi. Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Nahl ayat 125, supaya
Islam diseru secara hikmah dan bukannya secara kekerasan. Allah SWT telah
mengizinkan umat Islam berperang apabila turunnya ayat 39 daripada Surah al-Hajj
yang bermaksud "Tetapi diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya". Namun Islam menetapkan agar pembunuhan
hanya di medan perang dan tidak boleh diperluaskan ke luar medan perang. Islam
melarang membunuh kaum wanita, kanak-kanak dan orang awam yang tidak terlibat
dalam peperangan. Golongan musuh yang tidak menyertai peperangan tidak akan
dibunuh selagi tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan bersenjata. Golongan
lain yang tidak boleh dibunuh ialah pekerja dan petani. Golongan ini mengambil upah
menjaga tunggangan atau seumpamanya dan mereka bukannya pengambil upah
berperang. Antara tanda pengambilan upah ialah mereka tidak bersenjata. Satu lagi
golongan yang tidak boleh dibunuh ialah perwakilan dan diplomat. Peraturan-peraturan
ini dilengkapi pula dengan sikap toleransi umat Islam selaras dengan Surah al-Anfal
ayat 61 yang bermaksud "Dan jika mereka (orang bukan Islam) cenderung kepada
perdamaian hendaklah kamu (juga) cenderung kepadanya dan bertakwa kepada Allah
SWT". Demikianlah tingginya nilai tamadun yang dipegang oleh Islam sejak lebih 1400
tahun dahulu.

Seterusnya, ciri keempat ialah pendidikan dan ilmu pengetahuan. Perbezaan dari segi
dasar pendidikan juga dapat dikesan antara tamadun-tamadun dunia. Dasar utama
pendidikan di China bertujuan melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan
mengukuhkan kerajaan dan mewujudkan keamanan Oleh itu, seseorang pelajar yang
lulus dalam peperiksaan awam akan menjad pegawai dan pentadbir dalam sistem
pemerintahan China. Status mereka dalam masyarakat juga akan meningkat. Dasar
pendidikan di negara kota Sparta di Yunani pula bertujuan membentuk warganegara
yang kuat, sihat dan setia kepada negara supaya dapat mempertahankan negara
daripada serangan musuh. Pendek kata, sistem pendidikan di Sparta adalah bercorak
ketenteraan. Tetapi, pendidikan dalam tamadun Islam memberikan kebebasan kepada
semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira status sosial, jantina dan
warna kulit. Keadaan ini berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang hanya
membenarkan golongan tertentu sahaja yang mendapat pendidikan. Selain itu,
penggunaan ilmu dalam Islam adalah bersifat terbuka yang membawa maksud ilmu
yang diperoleh hendaklah dikongsi sama ada dalam kalangan orang Islam dan bukan
Islam. Bahkan ilmu Islam tidak bersifat monopoli. Sejarah membuktikan sifat
keterbukaan dalam penggunaan ilmu dipraktikkan di Sicily dan Cordova. Orang orang
Eropah datang ke sana untuk mempelajari ilmu pengetahuan daripada sarjana-sarjana
Islam. Kedatangan mereka tidak dihalang, malah diberikan penghormatan
3. Terangkan LIMA prinsip utama Tamadun Islam. ( 10 markah)

Prinsip pertama yang utama dalam Tamadun Islam ialah memelihara agama. Islam
menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam
sesebuah masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk tidak asing bagi Islam. Firman
AllahS.W.T yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan
danKami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat
kenal mengenali antara satu sama lain:’ (Al-Hujurat, ayat 13)” Dan di antara tanda-
tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan
warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang
berilmu´ (Al-Rum, ayat 22)

Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang
ternyata di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di
bumi;lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai
merekamenjadi mu¶minin (beriman)´ (Surah Yunus, ayat 99) ”Dan kalau Allah mahu,
nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki
dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya dari hal sesuatu yang
kamu telah kerjakan:´ (Surah al-Nahl, ayat 93)´Tidak ada paksaan pada agama. Telah
nyata kebenaran daripada kesesatan.´ (Surah al-Baqarah ayat 256)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan penganutan agama
seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya.
Islammemberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam
bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam
mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan
akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang
benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada
kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai
kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat
pelbagaibangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah
dalamperbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah. Islam
menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi
beragama, kebebasan beragama, sikap saling menghormati di antara satu sama lain
yang berlainan penganutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islamyang wajib
dilaksanakan.

Prinsip kedua Tamadun Islam ialah memelihara nyawa. Islam mewajibkan umatnya
menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh
membahayakan nyawa. Merokok dan penyalahgunaan dadah adalah dilarang kerana ia
merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-
paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Penyalahgunaan
dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian.
Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan
dosabesar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau
pergaduhansangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin
menyebabkanpembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu, Islam amat menekankan
cara hidup yang harmoni. Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di
Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang
majoritinya beragama Islam mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang
membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan
sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah
membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbang rasa serta
bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan.
Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara. Islam mewajibkan umatnya
berusaha untuk mempertahankan nyawa.

Selain itu, prinsip ketiga ialah memelihara akal. Perkara-perkara yang menyentuh
tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan
akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al’Quran ada dinyatakan tentang
kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga
kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan
juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan
supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan
memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi
kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam
menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh
badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membinanegara dan
menegakkan agama.Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah
yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan
menjadi darah dan daging serta menjana minda.

Prinsip keempat ialah memelihara maruah & keturunan. Islam mendidik umatnya untuk
sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi
mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina
bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin
secara rambang. Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu
yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat
yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat
Islam. Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan
bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah
dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain
Islam. Justeru itu, tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam
masyarakat majmuk.

Prinsip kelima ialah memelihara harta. Setiap individu berhak mencari rezeki masing-
masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda
mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar
norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri
dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak
mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala
oleh Allah S.W.T. Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem
ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan
nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga
dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial,
meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi
keluarga, penekanan kepada Pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains
dan teknologi. Keharmonian dan masyarakat yang Bersatu padu, sentiasa bekerjasama
serta saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan
intelektual, politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan
masyarakatnya.
4. Huraikan LIMA penemuan sejarah yang membuktikan tamadun Islam telah
mendominasi perkembangan tamadun Melayu suatu masa dahulu. ( 10 markah)

Terdapat beberapa penemuan sejarah yang membuktikan tamadun Islam telah


mendominasi perkembangan tamadun Melayu suatu masa dahulu. Yang pertama ialah
sistem sosial orang Melayu diadaptasikan daripada pertembungan tamadun Islam.
Justeru, kita boleh menyimpulkan bahawa rukun dalam Islam menjadi pegangan dan
panduan kepada sosial dan budaya orang Melayu secara holistik (Tunggak & Salamon,
2011). Jika dilihat dari dimensi sistem sosial kemasyarakatan Melayu, kita didapati
bahawa setiap insan di dunia ini mempunyai taraf yang sama rata dan hanya iman serta
takwa yang melainkan mereka. Ahmad & Hanafiah (2019), berpendapat bahawa faktor
pragmatik Islam disambut oleh orang Melayu adalah kerana kesucian dan
kesempurnaan agama Islam yang tidak terikat kepada perkauman yang terhad,
melainkan melibatkan seluruh insan manusia di dunia yang disatukan di atas konsep
persaudaraan (ukhuwah). Konsep persaudaraan ini juga tidak menggalakkan sebarang
bentuk pembahagian kasta manusia tetapi mempercayai semua manusia adalah sama
kedudukannya di sisi Allah. Sikap ini masih dikekalkan dalam tamadun Melayu
sehingga kini dan ia dapat mewujudkan suatu keadaan yang harmoni.

Seterusnya, di Melaka,kerajaan Melayu di sana menerima agama islam yang


menyebabkan pembinaan empayar secara meluas yang meningkatkan perkembangan
bahasa. Bahasa tersebut digunakan dalam pentadbiran,aktiviti perdagangan dan
dijadikan lingua franca serta digunakan sebagai alat penyebarkan agama Islam ke
seluruh Kepulauan Melayu pada zaman itu.Satu bentuk tulisan baru telah dihasilkan
iaitu tulisan Jawi. Antara bukti kepentingannya, Bahasa Melayu Klasik pada zama
tersebut adalah cara surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja.Salah satunya
adalah Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris,James Lancester (1601),surat-
surat ini disimpan hingga sekarang di muzeum.Selain itu,batu bersurat juga wujud
semasa penggunaan Bahasa Melayu
Klasik. Antara yang paling penting adalah,Batu Bersurat di Kuala Berang,Terengganu
(1303-1387) yang ditulis dalam tulisan Jawi yang membuktikan bahawa Bahasa Arab
telah digunakan pada masa itu. Pada batu bersurat tersebut,terdapat undang-undang
seorang raja dan juga menyebut Islam sebagai agama tasmi dan juga menerangkan
hukum-hukum Islam tentang maksiat dan juga segala kemungkaran.Berdasarkan
penemuan yang mana ditemui pada tahun 1902 oleh Saived Husio bin Ghulam al-
Bukhari, menjadi bukti kepada penguasaan agama Islam di Tanah Melayu.

Penemuan dinar emas juga membuktikan tamadun Islam telah membuktikan


kedudukan agama islam dalam tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu.Penggunaan
dinar emas merupakan salah satu bentuk perubahan mata wang yang telah dibawa
oleh Islam ke tamadun Melayu.Penemuan dinar emas atau mata wang emas, di Kota
Kubang Labu, Kelantan pada tahun 1914 membuktikan kewujudan sebuah tamadun
ataupun kerajaan Islam di Kelantan sejak abad ke-12 dan sekali gus membuktikan
agama Islam ini mempunyai pengaruh yang luas dalam kegiatan ekonomi masyarakat.
Pada syiling, ini terkandung penulisan arab pada kedua-dua muka permukaannya dan
disertakan tarikh pengeluarannya pada tahun 1181M.

Penemuan batu nisan di Kampung Permatang Pasir, Pekan, Pahang menandakan bukti
bahawa agama Islam telah menjadi asas masuk kepada penubuhan sistem sosial dan
secara tidak langsung mendominasi perkembangan tamadun Melayu.Penemuan batu
nisan ini yang ditemui oleh penduduk kampung pada tahun 1953 membuktikan bahawa
kedatangan ataupun kewujudan tamadun Islam di Pahang pada sekitar 1028M. Seni
ukiran batu nisan ini yang mana terkandung ukiran tarikh dan waktu kematian itu
adalah menggunakan khat Thulus. Hal ini ini secara tidak langsung menggambarkan
bahawa masyarakat pada suatu ketika dahulu hidup di dalam keadaan yang
mementingkan agama dan agama Islam mempengaruhi segala aspek kehidupan
masyarakat Melayu.

Di samping itu,di Kedah pula Terdapat penemuan binaan masjid purba di Kampung
Pengkalan Bujang, Daerah Kuala Muda yang dibina pada abad ke 9 M yang terletak di
antara dua tapak kuil Hindu dan kuil Buddha. Bentuk masjid tersebut sama
sebagaimana masjid-masjid lama di Kedah yang mengandungi kubah dan anjung di
sebelah kiri dan kanan. la dikatakan toleransi sultan ketika itu yang beragama Hindu
terhadap kebebasan beragama

Selain itu, tamadun islam mendominasikan perkembangan tamadun Melayu dengan


bahasa Arab dan sistem tulisan jawi. Di samping itu, tulisan Melayu-Arab atau tulisan
Jawi meresap ke dalam kebudayaan Melayu. Dengan tulisan ini, bahasa Melayu dapat
ditingkatkan, sementara hasil-hasil kebudayaan Melayu zaman dahulu dapat
dirakamkan sehingga kita dapat menyaksikannya sampai sekarang ini. Bahkan, karya-
karya Melayu lama banyak dalam bentuk tulisan Jawi daripada yang telah dirumikan
bagi memudahkan lagi penduduk-penduduk dari agama lain membacanya.

5. Huraikan LIMA penemuan sejarah yang menunjukkan wujudnya pengaruh


tamadun India dan Cina di Alam Melayu suatu masa dahulu. ( 10 markah)

Terdapat beberapa penemuan sejarah yang menunjukkan wujudnya pengaruh tamadun


India dan Cina di Alam Melayu suatu masa dahulu. Tamadun Melayu dan India telah
berhubungan sebelum tahun Masihi lagi. Pengaruh kepercayaan Hindu-Buddha
berkembang luas di Asia Tenggara dan Kerajaan Langkasuka (ke-2M), Tambralinga
(ke-11M). Folo-an (1178M), Tan-Tan (ke-6M), Kataha (ke-5M), Gangga Negara (ke-5M)
di Tanah Melayu dan Srivijaya (ke-7M) di Sumatera telah berkembang sebagai kerajaan
pengaruh Hindu-Buddha. Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut berkembang pesat dan
telah menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha di Alam Melayu. Walaupun tidak
ramai masyarakat Melayu menganut agama Hindu secara keseluruhan, tetapi nilai-nilai
kepercayaan Hindu banyak mempengaruhi cara hidup tamadun Melayu. Interaksi
dengan tamadun India banyak memberi kesan positif kepada tamadun Melayu. Antara
penemuan sejarah yang menunjukkan wujudnya pengaruh tamadun India ialah Bahasa
Sanskrit. Za`ba pula menyenaraikan tidak kurangdaripada 388 perkataan Sanskrit yang
dipinjamkan dalam bahasa Melayu. Misalnya, perkataan yang menunjukkan masa
seperti masa, kala, ketika, kali, perkataan Perkataan yang menunjukkan binatangGajah,
gembala, singa dan sebagainya. Selain itu, keseni binaan seperti Angkor Wat dan
Candi Borobudur membuktikan wujudnya pengaruh Tamadun India di Alam Melayu.
Seteusnya, Interaksi tamadun Melayu dengan tamadun China telah pun bermula pada
abad ke-3 M. Interaksi berlaku pada zaman Dinasti Chin (201 - 206 M), Dinasti Han
(206220, Dinasti Wu (222- 280 M), Dinasti Wu (222- 280 M) dan Dinasti Tang (618-907
M). Interaksi ini banyak berlaku melalui faktor perdagangan dan diplomatik. Interaksi
antara dua budaya ini berlaku secara aman. Terdapat kerajaan-kerajaan kecil di Alam
Melayu menjadikan China sebagai penaung kepada kepentingan keselamatan. Sultan
Mansur Shah, Melaka telah berkahwin dengan Puteri Cina, Hang Li Po. Perkahwinan ini
mewujudkan satu interaksi yang menarik sehingga wujudnya penempatan Cina dengan
muncul budaya Baba-Nyonya. Imigrasi orang-orang Cina ke Asia Tenggara yang
banyak berlaku semasa Dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming. Imigrasi tersebut telah
mewujudkan kahwin campur, pemindahan teknologi, dan budaya. Antara penemuan
penagaruh China di Alam Melayu ialah kehidupan sosial seperti bermain mercun dan
pemberian ang pow semasa perayaan sama ada pada Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari
Deepavali. Barangan-barangan tembikar dan perkakasan rumah juga dapat dilihat di
setiap rumah yang mempunyai elemen Tamadun China yang diperkasakan dan diukir
bagi menjadikannya sebagai barangan hiasan. Terdapat beberapa bangunan lama di
Melaka yang dipengaruhi seni bina tamadun Cina. Masjid Kampung Hulu Masjid
Kampung Hulu merupakan sebuah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan
dan berada di tapak asal yang terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu
dan Jalan Masjid di Melaka. Ciri seni bina Cina yang terdapat pada masjid ini dapat
dilihat melalui unsur pagoda pada senibina menara yang kebiasaan terpisah daripada
bangunan utama masjid.

You might also like