ISNIN 23.3.2020: Latihan 3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

ISNIN 23.3.

2020 ● MODUL ASPIRASI ●

PENULISAN
LATIHAN 3
Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan suasana lawatan ke sebuah rumah orang tua..


Tulis lima ayat tentang gambar tersebut.
● MODUL ASPIRASI ●
Bahagian A

1.

2.

3.

4.

5.

10
● MODUL ASPIRASI ●
Bahagian B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar menunjukkan langkah-langkah memupuk masyarakat yang prihatin.


Tulis ulasan tentang langkah-langkah memupuk masyarakat prihatin dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
● MODUL ASPIRASI ●
Bahagian B

15
● MODUL ASPIRASI ●
Bahagian C
[25 markah]
[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Rajah yang diberi menunjukkan aktiviti lawatan ke sebuah rumah orang tua. Berpandukan gambar-
gambar tersebut, tulis satu karangan tentang pengalaman kamu melawat ke suah rumah kebe

ATAU

Soalan 2

Apakah faktor-faktor yang dapat mendorong murid-murid mencapai kejayaan dalam pelajaran?
Tuliskan karangan anda selengkapnya.
● MODUL ASPIRASI ●
Bahagian C

No. Soalan
● MODUL ASPIRASI ●

25
PEMAHAMAN ● MODUL ASPIRASI ●

LAPORAN

SET 1
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Perkhemahan Pengakap


Unit ko-kurikulum Sk. Changkat Lobak telah menganjurkan perkhemahan persatuan puteri Islam
di padang sekolah mereka. Perkhemahan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan tiga orang
guru penasihat. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari bermula pada 15 Mei 2018. Mereka turut
dibantu oleh tiga orang sukarelawan yang bertindak menyediakan makanan sepanjang perkhemahan
itu.
Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada
suasana perkhemahan, memberi pengalaman hidup berdikari dan menanam sikap bekerjasama dalam
kalangan ahli persatuan puteri Islam.
Berbagai-bagai acara menarik telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan kawad,
mendirikan khemah dan memasak. Pada waktu malam telah diadakan pertandingan persembahan
sempena malam budaya. Semua ahli persatuan sangat gembira dapat berkhemah di sekolah. Ini
adalah pengalaman yang sangat berharga.

Disediakan oleh , 19 MEI 2018.

Mas Idayu
(MAS IDAYU BINTI WAHID)
Setiausaha ,
Persatuan Puteri Islam ,
Sk. Changkat Lobak.

1 Perkataan menganjurkan dalam petikan bermaksud ...


A mengajar
B membuat
C mengadakan
D mengendalikan

2 Berapakah jumlah individu yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini ?


A 3 orang
B 30 orang
C 33 orang
D 36 orang
● MODUL ASPIRASI ●
3 Bilakah perkhemahan itu berakhir ?
A 16 Mei 2018
B 17 Mei 2018
C 18 Mei 2018
D 19 Mei 2018

4 Apakah tujuan utama perkhemahan itu diadakan ?


A Belajar memasak .
B Mengisi masa lapang dengan aktiviti persatuan
C Mengenal budaya dengan mengadakan persembahan.
D Mendidik ahli persatuan berdikari dan memupuk semangat kerjasama.

5 Pernyataan yang manakah betul berdasarkan petikan.


A Persembahan tarian diadakan pada waktu malam.
B Pasukan Pengakap telah memenangi pertandingan kawad kaki.
C Perkhemahan ini disertai oleh semua unit pasukan pakaian seragam.
D Ahli persatuan Puteri Islam menyediakan sendiri makanan mereka sepanjang
perkhemahan dijalankan.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana
perkhemahan, memberi pengalaman hidup berdikari dan menanam sikap bekerjasama dalam
kalangan ahli persatuan puteri Islam.
Berbagai-bagai acara menarik telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan kawad,
mendirikan khemah dan memasak. Pada waktu malam telah diadakan pertandingan persembahan
sempena malam budaya. Semua ahli persatuan sangat gembira dapat berkhemah di sekolah. Ini
adalah pengalaman yang sangat berharga.

6 Perkataan berdikari dalam petikan bermaksud

[ 1 markah ]
● MODUL ASPIRASI ●
7 Adakah aktiviti perkhemahan dapat memupuk sikap bekerjasama?

[ 2 markah ]

8 Mengapakah ahli persatuan puteri Islam berasa sangat gembira?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Aktiviti perkhemahan sangat baik untuk para pelajar sertai.

Aktiviti perkhemahan sangat membosankan para pelajar.

[ 2 markah ]

13
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.


Pada 30 Ogos 2017 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, telah mengadakan sambutan Hari
Kebangsaan peringkat sekolah. Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG), Encik Mahmud Bin Hashim. Pelancaran majlis itu telah berlangsung di dewan sekolah
dalam suasana yang meriah. Pengerusi majlis memulakan majlis dengan ucapan ringkas.
Sambutan ini bertujuan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan palajar dan
warga kampung. Atur cara pada pagi itu dimulakan dengan ucapan guru besar dan ucapan perasmian
oleh Encik Hashim Bin Mahmud. Beliau mengingatkan para pelajar untuk terus berusaha belajar
bersungguh-sungguh.
Persembahan dimulakan dengan acara mendeklamasikan sajak dan nyanyian lagu patriotik.
Aktiviti lain seperti pertandingan meluksi poster dan pakaian beragam juga turut diadakan. Acara
kemuncak sambutan ialah mengibarkan Jalur Gemilang oleh para pelajar. Sambutan Hari
Kebangsaan diakhiri dengan majlis jamuan yang diadakan di kantin sekolah.

Laporan disediakan oleh, 3 SEPTEMBER 2018.

Zuraida
(ZURAIDA BINTI ZAINI)
Setiausaha,
Sambutan Bulan Kemerdekaan,
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

1 Perkataan kemuncak dalam petikan bermaksud


A utama
B akhir
C saringan
D selingan

2 Apakah peringatan yang disampaikan oleh perasmi Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ?
A Berusaha cintakan negara
B Berusaha berlatih menyanyi
C Berusaha belajar dengan tekun
D Berusaha mengibarkan jalur gemilang
● MODUL ASPIRASI ●
3 Siapakah yang tidak berucap dalam majlis tersebut?
A Guru besar
B Guru penolong kanan
C Pengerusi Majlis
D Wakil murid

4 Apakah aktiviti yang menggambarkan semangat cinta akan negara?


A Mewarna.
B Pakaian seragam
C Nyanyian lagu tradisional
D Mengibarkan jalur gemilang.

5 Apakah objektif sambutan Hari Kebangsaan diadakan?


A Mengcungkil bakat melukis
B Mengenal bakat baru nyanyian
C Menyemai semangat Patriotisme
D Memberi makanan kepada para pelajar.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sambutan ini bertujuan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan palajar dan warga
kampung. Atur cara pada pagi itu dimulakan dengan ucapan guru besar dan ucapan perasmian
oleh Encik Hashim Bin Mahmud. Beliau mengingatkan para pelajar untuk terus berusaha belajar
bersungguh-sungguh.
Persembahan dimulakan dengan acara mendeklamasikan sajak dan nyanyian lagu patriotik.
Aktiviti lain seperti pertandingan meluksi poster dan pakaian beragam juga turut diadakan. Acara
kemuncak sambutan ialah mengibarkan Jalur Gemilang oleh para pelajar. Sambutan Hari
Kebangsaan diakhiri dengan majlis jamuan yang diadakan di kantin sekolah.

6 Perkataan Jalur Gemilang dalam petikan merujuk kepada

[ 1 markah ]
● MODUL ASPIRASI ●
7 Bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan negara ?

[ 2 markah ]

8 Mengapakah para pelajar dinasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh ?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Encik Mahmud Bin Hashim ialah Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru.

Majlis dimulakan dengan aktiviti mengibarkan Bendera Malaysia.

[ 2 markah ]

13
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Lawatan ke Rumah Sri Kenangan

Pada 1 Jun 2018 yang lalu, 30 oarang ahli Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Matang
Jelutong telah mengadakan lawatan ke Rumah Sri Kenangan di Taiping. Seramai lima orang guru
pengiring dan lapan orang ahli jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru telah menyertai lawatan
itu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai suasana kehidupan
serta aktiviti harian penghuni rumah Sri Kenangan itu.
Kedatangan kami disambut mesra oleh Pengerusi Rumah Sri Kenangan, iaitu Haji Salleh B. Nasir.
Selepas itu kami dibawa ke dewan makan untuk menikmati minuman ringan. Kemudiannya kami
dibawa melawat kawasan persekitaran. Sebelum kami mengadakan gotong-royong, kami di beri
taklimat oleh pengurus projek iaitu Cikgu Basri. Kami membersihkan kawasan tempat rehat di situ
dan menanam beberapa jenis pokok bunga.
Cikgu Basri berasa gembira dengan hasil kerja yang kami lakukan pada hari itu. Menurutnya,
aktiviti ini juga memberi peluang kepada penghuni rumah Sri Kenangan itu bergaul dengan masyarakat
dan merasakan diri mereka tidak disisihkan. Sebelum berangkat pulang, ketua rombongan
kami, Cikgu Kamarudin telah menyampaikan sumbangan berupa makanan, pakaian, sabun pencuci
dan sebagainya kepada Pengerusi rumah Sri Kenangan. Kami berasa sungguh gembira kerana
berpeluang menyertai lawatan itu.

Disediakan oleh 8 JUN 2018.


........................................
(NURZALINA BT. ZAKARIA)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong.

1 Berapa orangkah perserta rombongan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu ?
A 30 orang
B 35 orang
C 43 orang
D 44 orang

2 Apakah tujuan utama lawatan tersebut ?


A Mengetahui kehidupan serta aktiviti harian penghuni rumah Sri Kenangan
B Menikmati hidangan yang disediakan di dewan makan.
C Mengadakan aktiviti gotong-royong
D Menyampaikan sumbangan.
● MODUL ASPIRASI ●
3 Siapakah yang meyediakan laporan lawatan ke rumah Sri Kenangan ?
A Nurzalina Binti Zakaria
B Haji Salleh Bin Nasir
C Cikgu Kamarudin
D Cikgu Basri

4 Perkataan yang sesuai menggatikan perkataan disisihkan ialah ...


A dimalukan
B didekatkan
C dipinggirkan
D diperlakukan

5 Pernyataan yang tidak benar mengenai lawatan itu ialah ...


A Rumah Sri Kenangan terletak dalm negeri Perak.
B Taklimat diberikan setelah selesai aktiviti gotong-royong.
C Laporan lawatan ditulis selepas seminggu aktiviti silakukan.
D Tiga belas orang dewasa telah menyertai program lawatan itu.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Cikgu Basri berasa gembira dengan hasil kerja yang kami lakukan pada hari itu. Menurutnya, aktiviti
ini juga memberi peluang kepada penghuni rumah Sri Kenangan itu bergaul dengan masyarakat
dan merasakan diri mereka tidak disisihkan. Sebelum berangkat pulang, ketua rombongan
kami, Cikgu Kamarudin telah menyampaikan sumbangan berupa makanan, pakaian, sabun pencuci
dan sebagainya kepada Pengerusi rumah Sri Kenangan. Kami berasa sungguh
gembira kerana berpeluang menyertai lawatan itu.

6 Cikgu Kamarudin merupakan

[ 1 markah ]

7 Mengapakah para pelajar merasa sangat gembira menyertai lawatan itu ?

[ 2 markah ]
● MODUL ASPIRASI ●
8 Pada pendapat kamu, siapakah penghuni rumah Sri Kenangan? Mengapa ?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Penghuni rumah Sri Kenangan sangat memerlukan makanan.

Penghuni rumah Sri Kenangan seronok dapat bergaul dengan peserta


rombongan.

[ 2 markah ]

13

You might also like