Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERSIDANGAN

UMNO CAWANGAN
PARIT PINANG SERIBU DARAT
MUAR

TARIKH : 28 FEBUARI 2023 (JUMAAT)

MASA : 3.30 PETANG

TEMPAT : PERKARANGAN SURAU L-FATAH

(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)


UMNO CAWANGAN PARIT PINANG SERIBU DARAT
BAHAGIAN MUAR
Tarikh: 25 FEBUARI 2023
Kepada:
Ahli jawatankuasa UMNO Cawangan,
Semua ahli UMNO
Cawangan Parit Pinang Seribu Darat
Muar.

Tuan/ Puan,

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN BAGI TAHUN 2023


Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Bersesuaian dengan Fasal 17.5 PERLEMBAGAAN dan Fasal 6.4 Peraturan Persidangan, maka
persidangan tahunan cawangan ini akan diadakan sepertimana kenyataan berikut:

TARIKH : 28 FEBUARI 2023


MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL-FATAH

3. Oleh yang demikian, tuan/ puan adalah dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab
tuan/ puan sebagai ahli cawangan. Kami amat menghargai kehadiran tuan/ puan demi meneruskan
perjuangan parti bagi kepentingan agama, bangsa dan negara.

4. Bersama-sama ini disertakan agenda persidangan untuk maklman tuan/ puan.


Sekian, terima kasih.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………..
(MOHD FAIZAL BIN SARIP)
Setiausaha Cawangan
UMNO Cawangan Parit Pinang Seribu Darat

Sk. : Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap


Setiausaha UMNO Bahagian Muar

(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)


UMNO CAWANGAN PARIT PINANG SERIBU DARAT
BAHAGIAN MUAR

ATURCARA/ AGENDA PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN BAGI TAHUN 2023


1 Bacaan doa

2 Ucapan Pengerusi Tetap

3 Nyanyian lagu Bangsa Johor , Negaraku, dan UMNO Bersatu secara beramai-ramai.

4 Pengumuman Pengerusi mengenai jumlah kehadiran ahli cawangan.

5 Ucapan Ketua/ Pemangku Ketua Cawangan

6 Ucapan oleh Ybhg. Dato’ Ketua Bahagian atau wakil yang ditetapkan oleh UMNO
Bahagian.
7 Pesanan Pengerusi Persidangan mengenai tatacara persidangan.

8 Membentang Penyata Peringatan Persidangan tahun lalu.


(Kertas Mesyuarat bil 1)
9 Membentangkan Penyata Tahunan Cawangan tahun 2020-2021
(Kertas Mesyuarat bil 2)
10 Membentangkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
(Kertas Mesyuarat bil 3)
11 Memilih Ahli Jawatankuasa bagi penggal 2024 -2025
12 Memilih Wakil Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Muar Tahun 2021

(Menurut Fasal Bil 17.5.6 Perlembagaan)

13 Membahaskan usul-usul

(Kertas Mesyuarat Bil 4)

14 Penangguhan mesyuarat

15 Ucapan penangguhan

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UMNO CAWANGAN PARIT PINANG SERIBU DARAT
TAHUN 2023

Tarikh : 28 Febuari 2023


Hari : Jumaat
Tempat : Perkarangan Surau Al-Fatah(Kumpulan 5) Parit Pinang Seribu
Kehadiran : 25 orang
1. Bacaan Doa
Telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamarul Azhar bin Hj Mohd Zaid

2. Ucapan Aluan Pengerusi Tetap. En Satiman Bin Abd Fatah


- Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan khususnya kepada
wakil UMNO Bahagian Muar, En Nurhalim bin Hashim atas kesudian hadir pada
mesyuarat kali ini.
- Beliau juga mengucapkan tahniah kepad semua ajk dan ahli UMNO cawangan yang
masih bersemangat dan berjiwa kental dalam perjuangan parti.
- Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepad Pergerakan Wanita yang
sentiasa menjadi tulang belakang dan telah berjaya menjalankan mesyuarat agong
mereka.

3. Nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan UMNO Bersatu


Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan UMNO Bersatu telahj dinyanyikan beramai-ramai.

4. Pengumuman Pengerusi Tetap mengenai kehadiran ahli mesyuarat.


Pengerusi Tetap telah mengumumkan kehadiran ahli adalah seramai 25 orang.

5. Ucapan Pemangku Ketua Cawangan. En Nordin Bin Darail


- Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli kerana sentiasa
bersemanagt dan kental Bersama perjuangan UMNO.
- Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En Nurhalim Bin Hashim atas kesudian hadir
seterusnya merasmikan persidanganpada petang ini.
- Beliau mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Wanita cawangan kerana telah berjaya
menjalankan mesyuarat .
- Akhir sekali, beliau memohon agar semua ahli sentiasa komited dalam perjuangan parti

6. Ucapan wakil Ketua UMNO Bahagian Muar. Tn Hj Jamaluddin Bin Bajuri


- Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menjemput beliau sekali lahi bagi
persidangan tahun 2023 ini.
- Beliau merakamkan rasa terharu atas kesetiaan tidak berbelah bahagi dari ahli-ahli
UMNO Cawangan Parit Pinang Seribu, dan mengharapkan semua ahli di peringkat akar
umbi terus kental bersama dengan perjuangan parti.
- Beliau merakamkan keyakinan, bahawa perjuangan UMNO dalam mempertahankan
agama, bangsa dan negara ini masih lagi kuat dan relevan.
- Akhirnya, beliau menyatakan bahawa perasmian mesyuarat agong cawangan UMNO
telah dirasmikan secara berkelompok di peringkat Bahagian, tidak perlu lagi dirasmikan
secara individu di peringkat cawangan. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah
dan terima kasih kepada Pergerakan Wanita yang sentiasa menjadi tulang belakang
UMNO sama ada diperingkat cawangan, bahagian, mahupun peringkat negeri.

7. Pesanan Pengerusi Tetap mengenai tatacara persidangan


- Pengerusi tetap memohon agar mesyuarat kali ini dapat dilaksanakan dengan penuh
integriti dan mematuhi peratuan dan perlembagaan.
- Ahli mesyuarat juga diingatkan supaya tidak menyentuh perkara-perkara yang boleh
menyebabkan sensitiviti sesetengah pihak.
- Belisu jugs mengingatkan bahawa kita sebagai ahli UMNO, perjuangan adalah untuk
parti, bukannya untuk individu-individu tertentu.
8. Membentangkan Penyata Peringatan Mesyuarat Tahun Lalu
Encik Mohd Faizal Bin Sarip selaku setiausaha cawangan membentangkan Penyata
Peringatan mesyuarat yang lalu dengan merujuk Kertas Mesyuarat Bil 1 dan telah diterima
sebulat suara.

9. Membentang Penyata Tahunan Cawangan tahun 2021-2022


Encik Mohd Faizal Bin Sarip selaku setiausaha cawangan membentangkan Penyata Tahunan
Cawangan yang lalu dengan merujuk Kertas Mesyuarat Bil 2 dan telah diterima sebulat
suara.

10. Membentang Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2022


Encik Mohd Faizal Bin Sarip selaku setiausaha cawangan membentangkan Penyata
Kewangan yang berakhir 31 Disember 2022 dengan merujuk Kertas Mesyuarat Bil 3 dan
telah diterima sebulat suara.

11. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan (mengikut fasal 18.1) telah dipilih, dan
keputusannya adalah seperti berikut:-

PENGERUSI TETAP : EN SATIMAN BIN ABD FATAH


TIMBALAN PENGERUSI TETAP : TN HJ KAMARUL AZHAR BIN HJ MOHD ZAID
KETUA : EN NORDIN BIN DARAIL
TIMBALAN KETUA : PN SITI MUSLIFAH BINTI HJ TALIB
SETIAUSAHA : EN MOHD FAIZAL BIN SARIP
BENDAHARI : TN HJ MD ZIN BIN MOHSIN
AHLI JAWATANKUASA : TN HJ MANSOR BIN TALIB
TN HAJ TALIB BIN MOS
EN JOHARI BIN AHMAD SAROM
PN HJH DAWAMAH BINTI HJ YACOB
PN MARZIANA BINTI OTHMAN
PN HJH SAADIAH BINTI AHMAD
PN HJH SAEYAH BINTI TUKIMIN
PN MASLINA BINTI HJ TALIB
PN HAMIDAH BIN ADNAN
PN ROHAYA BINTI HITAM
PN HJH JALELAH BINTI HJ ENDON
PN SIDAH BINTI MD DIAH
PN HJH RASHIDAH BINTI SA’AT
PN ROHANA BINTI HJ NAHRAWI
EN MOHD FAIZAL BIN SARIP
PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN RUHAYA BINTI HITAM
TN HJ TALIB BIN MOS

12. Memilih wakil cawangan ke Persidangan UMNO Bahagian Muar tahun 2020 (menurut Fasal
17.5.6)
- Mesyuarat telah memutuskan wakil cawangan adalah
Pengerusi Tetap,Ketua Cawangan,Timbalan Ketua Cawangan, Ketua Wanita dan Pn
Marziana Binti Othman.
13. Membahaskan usul-usul.
- Pn Marziana mengusulkan untuk kembalikan keceriaan kampung. Pengerusi cawangan
memaklumkan pihak Pegawai Daerah mohon urusan keceriaan kampung diuruskan oleh
ahli kariah kampung sendiri. Beliau juga memaklumkan pihak jawatankuasa masjid akan
menganjurkan gotong royong bagi membersihkan dan menceriakan kawasan kejiranan.
Beliau memohon untuk semua ahli jawatankuasa mewar-warkan ke kawasan kariah
masing-masing.

14. Ucapan Penangguhan


- Ucapan penangguhan dibuat oleh wakil UMNO Bahagian Muar En Nurhalim Bin Hashim.
- Beliau amat mengharapkan sokongan padu dari segenap ahli akar umbi demi
memastikan UMNO tetap kekal relevan hingga bila-bila.
- Beliau juga memohon supaya semua ahli bersama-sama menggembeling tenaga bagi
memastikan pada PRU akan datang, UMNO akan kembali sebagai parti yang kuat dan
dapat memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
- Beliau juga mengingatkan supaya sentiasa bersabar,bermuhasabah dan melaksanakan
tanggungjawab dengan sebaik mungkin kerana kita sentiasa dilihat dan akan ada pihak
yang akan cuba menjatuhkan kita.

15. Mesyuarat ditangguhkan.


- Pengerusi Tetap mengumumkan mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

………………………………… ………………………………………..
( ) ( )
Ketua Cawangan Setiausaha Cawangan

Kertas Mesyuarat Bil 2

Penyata Tahunan Cawangan

Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi Tetap En Satiman bin Abd Fatah


Timbalan Pengerusi Tetap En Waris Bin Ngadi
Ketua Cawangan -
Timbalan Ketua Cawangan En Nordin Bin Darail
Setiausaha En Mohd Faizal Bin Sarip
Bendahari En Zainal Bin Sulaiman
Ketua Penerangan Tn Hj Talib Bin Mos
Ketua Pemuda -
Ketua Wanita Pn Hjh Dawamah Binti Hj Yaacob
Ketua Puteri -
Ahli Jawatankuasa Pn Siti Muslifa Binti Hj Talib
En Mohd Akil Bin Mohd Sufaat
En Anas Bin Sion
En Mohd Rashidi Bin Mustafa
Pn Rohana Binti Hj Nahrawi
En Nor Fuad Bin Koming
Pn Aneeza Binti Satiman
Tn Hj Kamarul Azhar Bin Hj Mohd Zaid
Pn Hjh Saeyah Binti Tukimin
Pn Marziana Binti Othman
En Haiskandarshah Bin Ridhuan
En Azhar Bin Markom
Tn Hj Md Zin bin Mokhsin
Tn Hj Mansor bin Hj Talib
Pemeriksa Kira-kira Pn Hjh Jalilah binti Hj Hendon
Pn Rohaya binti Hitam

You might also like