Syarat Lesen Penjaja

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SYARAT-SYARAT LESEN PENJAJA DAN GERAI

Lesen

1. Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.


2. Lesen tidak boleh disalahguna, dipindah milik atau dipinda kepada sesiapa pun.

3. Perniagaan yang dijalankan hanya berdasarkan lesen yang diluluskan sahaja.


4. Peniaga hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan.
5. Peniaga hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke
masa.
6. Tiap-tiap lesen adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
7. Setiap lesen boleh dibatalkan bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang-
undang.

Pengendali makanan

8. Peniaga dan semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2
daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.
9. Peniaga dan semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf
oleh Kementarian Kesihatan.

10. Peniaga dan semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju
berlengan, dan megamalkan kebersihan diri pada setiap masa

11. Peniaga dan semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang
bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar dalah dilarang.

Kebersihan tempat perniagaan

12. Peniaga hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi dan membersihkan apa jua jenis
sampah perniagaan di kawasan sekitar dan dilarang meninggalkan sampah di tempat perniagaan.

13. Peniaga hendaklah memastikan tempat perniagaan sentiasa bersih, kemas, dan teratur

Aktiviti perniagaan

14. Penjaja dilarang sama sekali meninggalkan peralatan perniagaan di tapak perniagaan, peralatan
akan disita oleh pihak Majlis jika ditinggalkan di tapak tersebut.

15. Lokasi hendaklah sesuai dan tidak menyebabkan gangguan lalulintas kenderaan dan pejalan kaki.

16. Peniaga tidak boleh menjalankan perniagaan


 Dalam lingkungan 9 meter (30 kaki) daripada simpang jalan
 Dalam lingkungan 3 meter (10 kaki) daripada pili bomba
 Di atas tangga kakilima
 Di atas lapangan yang berturap
SYARAT-SYARAT LESEN PASAR LAMBAK
Lesen

1. Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.


2. Lesen tidak boleh disalahguna, dipindah milik atau dipinda kepada sesiapa pun.
3. Perniagaan yang dijalankan hanya berdasarkan lesen yang diluluskan sahaja.
4. Peniaga hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan.
5. Peniaga hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.
6. Tiap-tiap lesen adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
7. Setiap lesen boleh dibatalkan bila-bila masa jika melanggar peruntukan undang-undang.

Pengendali makanan

8. Peniaga dan semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2
daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.
9. Peniaga dan semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf
oleh Kementarian Kesihatan.
10. Peniaga dan semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju
berlengan, dan megamalkan kebersihan diri pada setiap masa
11. Peniaga dan semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang
bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar dalah dilarang.

Kebersihan tempat perniagaan

12. Peniaga hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi dan membersihkan apa jua jenis
sampah perniagaan di kawasan sekitar dan dilarang meninggalkan sampah di tempat perniagaan.
13. Peniaga hendaklah memastikan tempat perniagaan sentiasa bersih, kemas, dan teratur

Aktiviti perniagaan

14. Peniaga hendaklah membayar sewa RM10.00 bagi setiap petak.


15. Waktu berniaga adalah sebagaimana ditetapkan oleh Majlis :-
 Pasar pagi : Jam 7.00 pagi hingga 1.30 petang
 Pasar malam : Jam 5.30 petang hingga 10.30 malam
16. Bagi peniaga makanan, hendaklah mematuhi syarat tambahan :-
 Dapur masak terhad kepada 2 unit sahaja dan diletak di belakang petak
 Kawasan dapur masak mestilah dialas agar tidak merosakkan permukaan petak
 Menggunakan pembungkus makanan yang selamat
17. Petak tidak boleh disewakan atau dipindahmilik kepada sesiapa pun.
18. Berniaga di petak yang diluluskan oleh Majlis sahaja. Peniaga boleh disaman jika berniaga di luar
petak atau petak lain.
19. Peniaga dibenarkan menggunakan meja dan payung sahaja, penggunaan khemah bertali adalah
dilarang.
20. Peniaga dilarang meletak kenderaan di dalam petak, hanya peralatan sahaja dibenarkan.
21. Peniaga hendaklah mempamerkan ‘TANDA HARGA’ bagi setiap barangan yang dijual.

You might also like