Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

946/1 STPM

SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG

UJIAN PRA PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN 1/2021


PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1
(1 Jam 45 Minit)
SKEMA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Skema ini terdiri daripada lima belas halaman bercetak


SKEMA JAWAPAN UPP1 202I

Bahagian A
(50 markah)
Jawab semua soalan.

1. Nyatakan langkah-langkah dalam proses perniagaan. [5]

1. Langkah-langkah dalam proses perniagaan ialah: 5m


1. Input [1]
2. Proses tambah nilai[1]
3. Output [1]
4. Pemasaran [1]
5. Untung/ rugi [1]
(F 1 x 5 = 5 m)

2. Senaraikan lima persekitaran tugas yang memberi pengaruh secara langsung kepada
perniagaan. [5]
2. Lima persekitaran tugas yang memberi pengaruh secara langsung kepada 5m
perniagaan:-
1. Pelangan
2. Pembekal
3. Pembiaya
4. Pemodal/pelabur
5. Pesaing
6. Kerajaan
7. Pekerja
8. Masyarakat (mana-mana 5F x 1= 5 m)

3. Terangkan tiga cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran. [6]


3. Tiga cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran 6m
1.F1-Peningkatan teknologi
H1-Penguasaan teknologi terkini memerlukan modal yang besar.
2.F2-Penekanan produk yang berkualiti
H1-Produk berkualiti diterjemah oleh penggunan melalui penetapan oleh industry.
3.F3-Isu penjagaan alam sekitar
H1-Pengurusan dan komitmen memelihara dan memulihara alam sekeliling dalam
proses pengeluaran produk.
4.F4-Sumber semakin berkurang
H1-Bahan mentah perlu diurus dengan baik supaya dapat digunakan dengan
Cekap.
H2-Mencari bahan penganti bahan semula jadi yang semakin berkurangan.
5.F5-Mengeluarkan pelbagai produk.
H1-Pelbagai produk dapat memenuhi ciri-ciri pengguna yang berbeza.
(Mana-mana 3 diaatas1F,1H x 3 = 6m)

4. Huraikan tiga Faktor yang menentukan penempatan sebuah kilang. [6]


4. Tiga factor yang menentukan penempatan sebuah kilang 6m
1.F1-Ketersediaan tenaga buruh
H1-kuantiti dan kualiti pekerja yang mencukupi untuk melakukan aktiviti
pengeluaran di kilang.
H2-Penjimatan kos tenaga buruh kerana tidak perlu membayar kos yang tinggi
dalam proses pengambilan sumber manusia.
2.F2-Sistem Pengangkutan yang lengkap
H1-Sistem pengangkutanyang tersedia seperti jalan raya, jalan laut dan udara.
H2- Memudahkan pengangkutan sumber pengeluaran dan pengedaran produk
3.F3.Insentif pelaburan
H1-Insentif pelaburan merupakan galakan yang sediakan oleh kerajaan
dalamsesuatu bidang industry.
H2-Insentif kerajaan dapat mengurangkan cukai dan mendapat faedah untuk
menjimatkan kos.
4.F4.Ketersediaan bahan mentah
H1-Ketersediaan bahan mentah mengambil kos pengangkutan murah,bahan
mentah murah, dan cepat menerima pesanan.
H2-Kos bahan mentah dapat dijimatkan yang melibatkan kos penjimatan yang
besar dalam pengeluaran.
5.F5-Berhampiran dengan lokasi pembuangan sisa-sisa pengeluaran
H1-Dapat meminimakan kos pembuangan sisa-sisa pengeluaran
H2-Dapat mematuhi undang-undang berkaitan dengan alam persekitaran.
6.F6-Kemudahan untuk kakitangan
H1-Pekerja yang bekerja dikilang boleh mendapat kemudahan asas yang
disediakan oleh kerajaan.
H2-Ini akan dapat mengekalkan pekerja dan mengelakan pekerja berpindah
ketempat lain.
7.F7-Iklim dan kos utility
H1-Iklim yang sesuai dan bebas daripada sebarang bencana alam.
H2-Tersedia kemudahan utility seperti air, bekalan elektrik dan komunikasi.
8.F8-saiz dan kos tanah
H1-Saiz tanah yang cukup dan sesuai dengan keluasan kilang untuk memudahkan
perancangan sususn atur kilang.
H2- Kos tanah yang murah tetapi tidak tidak menjejaskan operasi kilang.

(Mana-mana 3 diatas 1F,1H x 3=6m)

5. Jelaskan proses pemasaran bagi sebuah syarikat pengeluar minyak wangi. [6]
6. Proses Pemasaran bagi sebuah syarikat pengeluaran mimyak wangi ialah 6m
F1-MENGANALISIS DAN MENILAI PELUANG PEMASARAN
H1-Pemasar membuat kajian pemasaran dan, menganalisis serta mengenalpasti
keseluruhan pasaran serta peluang-peluang pasaran dalam industry minyak
wangi.
H2-Pemasar mengenalpasti bauan minyak wangi dan potensi pasaran terhadap
Produk- produk minyak wangi keluaran syarikat.

F2-MEMILIH SASARAN PASARAN


H1-Pemasar memfokus aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan
peletakan pasaran dan membahagi kepada beberapa segmen pasaran. Pemasar
perlu memilih segmen pasaran paling menguntungkan dan memfokus usaha-
usaha pemasaran bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna segmen
tersebut

F3-MEMBINA CAMPURAN PEMASARAN


H1-Pemasar merancang dan membentuk strategi pemasaran yang sesuai dengan
produk dan segmen pasaran yang dipilih
H2-Pemasar membentuk campuran pemasaran yang terdiri daripada produk,
pengedaran, penentuan, harga dan promosi bagi segmen pasaran tersebut

F4-MENGURUS USAHA PEMASARAN


H1-Melaksana aktiviti pemasaran yang melibatkan pembangunan produk,
penetapan
harga, kaedah promosi dan pengedaaran
H2-Mengenalpasti campuran pemasaran terbaik, pemasar harus mengurus usaha-
usaha pemasaran melibatkan aktiviti perancangan, melaksana dan mengawal
proses pemasaran.
H3-Pemasar dapat memantau dan mengubahsuai campuran pemasaran mengikut
perubahan persekitaran pemasaran.

(jawapan mesti kaitkan dengan minyak wangi)

6. Syarikat Alfa World merupakan sebuah syarikat pengeluar jam tangan berjenama
ALFA. Jelaskan dua ciri produk yang perlu ada pada jam tangan yang dikeluarkan
oleh syarikat ini.
[4]
6. dua ciri produk yang perlu ada pada jam tangan yang dikeluarkan 4m
oleh syarikat ini.
F1-Produk Teras/Asas
H1-Meliputi semua faedah yang ingin didapati oleh pengguna daripada
pembelian jam tangan tersebut
H2- Ia merupakan sebab utama kenapa jam tangan tersebut dibeli.
H3-Pengguna membeli jam tangan alfa untuk membolehkan mereka
mengetahui waktu dengan tepat
F2- Produk Ketara / Sebenar
H1-Merupakan ciri-ciri atau sistem atau kelengkapan yang terdapat pada
jam tangan untuk menyokong faedah utama
C1-Contohnya reka bentuk jam, tali jam, jenama alfa, tahap kualiti,
pembungkusan dan lain-lain
F3-Produk Sampingan / Tambahan
H1-Merupakan faedah tambahan yang diperoleh oleh pengguna selepas
pembelian dan pengguna jam tangan tersebut
C1- Contohnya: waranti 1 tahun untuk enjin jam tangan, kemudahan kredit
yang diberikan kepada pelanggan yang ingin membeli secara hutang.

[Mana-mana 2 ciri] [F=1, H=1@C=1, Jumlah = maksimum 4m] [Jawapan


mesti dikaitkan dengan jam tangan]

7. Senaraikan empat kepentingan pengurusan kewangan [4]


7. Empat kepentingan pengurusan kewangan 4m
F1-membuat perancangan kewangan perniagaan
H1-menentukan ojektif kewangan yang hendak dicapai dengan jelas.
H2-ojektif kewanagan ialah maksimumkan kepuasan pemilik.
H3-dapat dijadikan garis panduan bertindak dalam sebarang aktiviti kewangan
didalam organisasi.
F2- Pengagigahan sumber kewangan mengikut peruntukan yg ditetapkan
H1-bajet kewangan yg tlah lulus oleh pihak pengurusan diagihkan kepada
jabatan pemasaran, pengeluaran dan sumber manusia.
H2-agigah dibuat ikut masa dan jenis2 perbelanjaan
H3-pengurusan yg sistematik dapat membantu menyelaras dan menyusun aktiviti
kewangan
F3- mengawal penggunaan kewangan setiap jabatan
H1-pengawalan ini penting untuk memastikan perbelanjaan mengikut bajet
kewangan
H2-setiap jabatan akan dipantau supaya tidak berlaku kelebihan perbelanjaan
H3-pihak juruaudit dalaman berperanan memeriksa rekod kewangan supaya
# dicatat dengan sempurna
# ikut prosedur penggunaan kewangan
# sifar kecacatan dlm catatan kewangan
F4-Mengelak berlaku penyelewengan kewangan
H1-boleh berlaku termasuklah :
# perbelanjaan > peruntukan
# perbelajaan x ikut prosedur
# x simpan rekod
H2-melalui pengurusan kewangan yg sistematik, perkara ini dpt dielakkan.
F5- Menggunakan sumber kewangan dengan cekap
- sediakan peerancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan &
pelaburan sedia ada.
- boleh membuat ramalan kewangan untuk jangka masa pendek & panjang
- memaksinakan pulangan dan meminimakan kos kewangan
F6-menjaga kecairan & keberuntungan syarikat
H1-menjaga ketersediaan tunai dan nisbah kecairan yang sesuai serta
menentukan keberuntungan yg diperoleh berdasarkan risiko yg bakal
dihadapi.
H2-syarikat boleh membuat keputusan kombinasi pelaburan yg terbaik supaya
dpt ditingkatkan.
H3-perlu dirancang dgn baik supaya perbelanjaan & pembayaran tunai dpt
dilaksanaka
F7- menilai & memilih sumber pembiayaan yg terbaik
- sumber kewangan diperoleh dgn cara dptkan modal & buat pinjaman.
- sumber terbaik ialah kos kewangan yg paling rendah
- contoh, syarikat ingin kurangkan pinjaman, pembiayaan boleh diperoleh
melalui pengeluaran saham biasa yg akn tingkatkan jumlah ekuiti syarikat.
F8- mengurus struktur aset
- terdapat aset tetap dan aset semasa.
- pengurus kewangan akn menentukan penggunaan aset tetap yg akn
menghasilkan pulangan maksimum sebelum membuat keputusan penggunaan
yg seimbang antara aset tetap dgn aset semasa.
- meningkatkan penggunaan aset seperti :
# jentera
# bangunan
#mesin
ini akan mengurang aset semasa & tingkatan pulangan syarikat dlm jngka masa
panjang.

(mana 2 F dan 2H , 1F1H x 2m = 4m )

8. Jelaskan maksud pembiayaan ekuiti dan nyatakan dua kebaikan pembiayaan ekuiti
ini. [6]

8. pembiayaan ekuiti dan dua kebaikan pembiayaan ekuiti ialah 6m

H- Merupakan sumbangan dana daripada pemilik perniagaan sama ada dalam


bentuk saham biasa atau perolehan tertahan. [2m]

Kebaikan pembiayaan ekuiti


H1-Tiada pembayaran berkala seperti faedah (bunga)[1]
H2- Tiada tempoh matang[1]
H3- Boleh meningkatakan keupayaan firma meminjam dimasa hadapan[1]
H4-Tiada perjanjian atau larangan yang ketat selepas saham diterbitkan[1]
H5-Pemilik mempunyai hak tuntutan terhadap syarikat[1]
H6-Pemilil mempnyai kuasa untuk melantik pihak pengurusan.[1]

(1H-Maksud dan mana mana 4 kebaikan =6m)

9. Huraikan dua faktor penentuan keperluan sumber manusia. [4]

9. dua faktor penentuan keperluan sumber manusia 4m


F1-Perubahan teknologi [1]
H1-Pekerja perlu dilatih dengan kemahiran teknologi yang baru sekiranya
teknologi yang sedia ada sudah lapuk.[1]
H2-Sekiranya pekerja sedia ada tidak mampu mengendalikan teknologi baharu,
maka pekerja lain dari sumber luaran akan diambil bekerja[1].
H3-Sekiranya perubahan teknologi dapat mengantikan sumber manusia maka
organisasi akan menghadkan pengambilan sumber manusia. [1]

F2Perubahan sosioekonomi [1]


H1-Keperluan tenaga kerja banyak bergantung kepada daya saing tenaga kerja
dalam masyarakat. [1]
H2-Keperluan tenaga kerja juga dipengaruhi oleh faktor demografi, tahap
pengetahuan , kepakaran dan penglibatan wanita . [1]
H3-Keadaan ekonomi yang berkembang dan meleset juga akan mempengaruhi
permintaan dan penawaran kerja. [1]

F3-Pertumbuhan perniagaan [1]


H1-Organisasi yang besar akan memerlukan sumber tenaga kerja yang ramai untuk
menampung keperluan kerja yang banyak. [1]
H2-Perniagaan yang mendapat banyak untung memerlukan banyak tenaga kerja
kerana akan memperluaskan perniagaan dan membuka cawangan-cawangan
baru. [1]

F4-Penamatan perkhidmatan [1]


H1-Pekerja boleh ditamatkan perkhidmatan secara sukarela dan bersara wajib,
maka organisasi perlu mengambil pekerja baru. [1]
H2-Jika organisasi mempunyai kadar lantik henti yang tinggi, maka organisasi itu
perlu sentiasa mengambil pekerja yang baru. [1]

[1Fakta, 1Huraian -2 x 3M = 6M]

10. Huraikan dua jenis ujian dalam memilih pekerja. [4]


10 Dua jenis ujian dalam memilih pekerja. 4m
F1-Ujian kecerdasan atau iq test[1]
H1- ujian ini mengukur kebolehan mental. Matematik dan kecerdasan
pemikiran calon[1]

F2-Ujian personality atau sikap[1]


H1-Ujian ini mengenalpasti persona loti calon dari segi perwatakan dan
penampilan.[1]

F3-Ujian kecekapan atau kemahiran[1]


H1-Menguji kecekapan calon dalam bidang tertentu contoh computer
atau trenkas .[1]

F4-Ujian fizikal[1]
H1-Ujian dijalankan keatas tubuh badan dagi mengenalpasti htahap
kecerdasan calon.[1]

F5-Ujian Dadah [1]


H1 Ujian dijalankan untuk memastikan calon yang memohon bebas
daripada penyalahgunaan dadah atau bahan seumpamanya.[1]
F6-Ujian bakat.[1]
H1- Ujian mengenalpasti kesesuaian bakat yang ada pada calon seperti
nyanyian dan tarian.[1]

F7-Ujian kesihatan[1]
H1-Ujian ini ndapat mengenalpasti tahap kesihatan calon seperti ujian
darah untuk mengesan sebarang penyakit.[1]

F8-Ujian Poligraf
H1-Ujian ini untuk mengetahui kejujuran calon dalam memberikan
sesuatu maklumat.[1]

(1F1H x2m=2m, mana-mana 2 jawapan diatas)


11.
a) Huraikan 3 pihak yang berkepentingan yang mempengaruhi kejayaan Malaysian Yogurt
Company Sdn Bhd (MYCSB) [10]

Fakta Huraian Kaitan Kes


Pelanggan Merupakan individu / pihak yang  Pelanggan memberitahu yang
membeli produk dan perkhidmatan yang mereka amat menggemari
ditawarkan oleh firma/organisasi yogurt MYCSB dan generasi
seterusnya juga amat
menggemari jenama kami
Kerajaan Merupakan pihak yang menggubal dan  Sumbangan kerajaan melalui
menguatkuasakan peraturan dan undang- pembangunan program
undang untuk dipatuhi oleh perniagaan khusus untuk usahawan
Pesaing Merupakan firma perniagaan lain dalam  Berkongsi ruang rak di pasar
industry yang sama yang mengeluarkan raya dengan jenama besar
produk yang hamper sama dalam pasaran seperti Nestle,Farmfresh,
yang sama Marigold, Anlene dan
Nutrigen

b) Jelaskan bagaimana proses peletakan pasaran yang dilaksanakan Malaysian Yoghurt


Company Sdn Bhd.
[13]
Fakta Huraian Kaitan Kes
Menentukan pasaran Pengeluar menilai pelbagai segmen  Model perniagaan syarikat
sasaran dalam pasaran tertentu adalah khusus untuk
memenuhi pasaran
Malaysia
Menyesuaikan Pengeluar mengeluarkan produk  Memastikan rumusan
produk dengan yang bersesuaian dengan cita rasa yogurt seringkas mungkin
pasaran dan kehendak pengguna dan semulajadi seperti
yogurt yang dibuat sendiri
di rumah untuk keluarga
 Menggunakan lebih banyak
susu dan kurang bahan lain
untuk menjadikan produk
lebih likat dan lazat
 Menjadikan yogurt mampu
dibeli dan boleh
dipasarkanseberapa luas
yang mungkin
 Pensijilan halal oleh
JAKIM
 Sijil Kesihatan Veterinar
oleh Jabatan Veterinar
 Pensijilan MeSTI oleh
Kementerian Kesihatan
Mengkomunikasika Pengeluar akan memperkenalkan  “Kejayaan jenama yogurt
n ciri-ciri produk produk yang ingin ditawarkan Sunglo adalah kebanggaan
kepada pengguna melalui syarikat”
pengiklanan  Pelbagai program disertai
syarikat yang
membolehkannya mendapat
beberapa penghargaan
seperti Anugerah PKS
terbaik (Negeri Sembilan)
pada Ekspo Makanan
Selamat 2015 .
 Menerima pensijilan
Jenama Kebangsaan
Malaysia oleh SME Corp
Malaysia
 Yogurt ini telah diiktiraf
oleh bahagian Kitchen
majalah Her World sebagai
“Produk Jualan Terbaik,
Kategori Yogurt Segar”.
c. Terangkan 3 strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Malaysian
Yoghurt
Company Sdn Bhd [12]

Fakta Huraian Kaitan Kes


Produk Strategi penyediaan produk  Menawarkan pelbagai pilihan
dari segi kualiti, yogurt yang istimewa kepada
kepelbagaian, standard bg peminat yogurt seluruh Malaysia
memenuhi citarasa  Mempunyai pelbagai jenis yogurt
pengguna seperti untuk terus dimakan,
memasak, dalam minuman yang
dibungkus terus dalam pek
pelbagai saiz dengan pelbagai
perisa
 “kami cuba memastikan rumusan
yogurt kami seringkas mungkin
dan semulajadi seperti yogurt
yang dibuat sendiri di rumah
untuk keluarga
 Menggunakan lebih banyak susu
dan kurang bahan lain untuk
menjadikan produk kami lebih
likat dan lazat
 Pensijilan halal oleh JAKIM
 Sijil kesihatan Veterinar oleh
Jabatan Veterinar
 Pensijilan MeSTI oleh
Kementerian Kesihatan
Harga Nilai wang yang dibayar  MYCSB menawarkan pelbagai
oleh pelanggan untuk pilihan yogurt pada harga yang
mendapatkan sesuatu berpatutan
produk sebagaimana  Syarikat mahu menjadikan
ditetapkan oleh pemasar yogurt keluarannya mampu dibeli
oleh pengguna

Pengedaran Satu proses memindahkan  Syarikat sentiasa berusaha


produk dari pengeluar membangunkan rangkaian
kepada pengguna di lokasi pengedaran yang menjimatkan
dan masa yang dikehendaki untuk membolehkan kami
mereka menembusi pasaran yang
disasarkan secara lebih
mendalam
 kini produk syarikat telah meluas
di seluruh negara dengan
penglibatan lebih 300 peruncit di
seluruh Malaysia termasuk Sabah
dan Sarawak.

Promosi Komunikasi pemasaran di  kejayaan jenama yogurt Sunglo


antara pengeluar /peniaga adalah kebanggaan syarikat
dengan pengguna bg  Kini produk syarikat telah
memberitahu orang ramai meluas di seluruh negara
tentang kewujudan dengan bantuan penglibatan
produk/jenama tertentu di
lebih 300 peruncit di seluruh
pasaran
Malaysia untuk
mempromosikan jenama
Sunglo termasuk Sabah dan
Sarawak.
NO.12
Tiga tahap perniagaan yang digunakan bagi Perniagaan Minyak Masak Saji dalam aktiviti pengeluaran ialah:
[15]

FAKTA HURAIAN CONTOH


1. Perniagaan Tahap - merupakan aktiviti pengeluaran bahan - Pekerja ladang memotong tandan
Primer mentah dari sumber semula jadi tanpa buah kelapa sawit dari pokok kelapa
mengubah bentuk asalnya untuk proses sawit dengan tujuan untuk
(F= 1m) pengeluaran selanjutnya. (1m) menanggalkan buah kelapa sawit dari
- Aktiviti pada tahap ini misalnya pokoknya.
pembalakkan, perikanan, perlombongan, - Aktiviti pengeluaran bagi Perniagaan
dan lain-lain Minyak Masak Saji ialah memotong
tandan buah kelapa sawit dari pokok
kelapa sawit.
- Kemudian buah kelapa sawit itu perlu
diproses pada tahap sekunder sebelum
dapat digunakan oleh pengguna akhir.

2. Perniagaan Tahap - Aktiviti memproses bahan mentah kepada - Aktiviti perniagaan Perniagaan Minyak
Sekunder barang separuh siap atau barang siap. Masak Saji pada tahap ini ialah buah
- Aktiviti memproses bahan mentah akan kelapa sawit diproses menjadi minyak
mewujudkan nilai tambah terhadap output. sayuran.
- Iaitu buah kelapa sawit yang terhasil
dari tahap primer tadi diproses menjadi
barang separa siap iaitu minyak
sayuran.

3. Perniagaan Tahap - Merujuk kepada perniagaan yang - Perniagaan Minyak Masak Saji
Tertier melibatkan produk tidak ketara atau menyewa pengangkutan untuk
perkhidmatan produk yang tidak perlu menghantar minyak masak ke pasar
diproses lagi. raya, kedai-kedai rucit dan sebagainya.
- Tahap ini banyak membantudalam - Pada tahap ini ia menjadi sokongan
melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan. kepada Perniagaan Minyak Masak Saji
supaya minyak masak iaitu minyak
sayuran tadi dapat dikeluarkan
seterusnya dapat sampai kepada
pengguna akhir dengan lancar.
- Perniagaan Minyak masak Saji pada
tahap ini memerlukan perkhidmatan
perbankkan, pengangkutan untuk
membantu melicinkan pengurusan dan
perjalanan aktiviti perniagaan.

1F = 1M
2H = 2M
1C = 2M
13. Lakaran dan huraian tentang empat peringkat Kitaran Hayat Produk. [15]

TAJUK : KITARAN HAYAT PRODUK

Rajah lengkap dan betul : 3 M (mesti ada 1. Tajuk 2. Paksi kuantiti jualan, untung dan paksi masa, 3. Empat
peringkat kitaran)

FAKTA HURAIAN
- Produk baharu diperkenalkan /disediakan oleh pengeluar kepada
1. Peringkat Pengenalan pengguna.
- Kuantiti jualan adalah sikit/rendah.
- Kos seunit yang dihadapi oleh pengeluar adalah tinggi.
- Pada peringkat ini syarikat mungkin mengalami kerugian.
- Persaingan tidak wujud sebab produk baharu.
- Promosi jualan yang hebat perlu dilakukan.

2. Peringkat Pertumbuhan - Produk sudah mula diketahui kewujudannya oleh pengguna.


- Kuantiti jualan meningkat
- Kos seunit mula menurun disebabkan jumlah keluaran yang
meningkat.
- Pada peringkat ini keuntungan mula meningkat hasil daripada
jualan yang meningkat.
- Pesaing mula memasuki pasaran untuk mendapatkan peluang
pasaran.
- Cabaran ialah bagaimana untuk mengekalkan syer pasaran yang
diperolehi.

3. Peringkat Kematangan - Produk telah lama di pasaran, kuantiti produk yang dihasilkan
adalah tinggi.
- Jualan meningkat sehingga mencapai kuantiti jualan maksimum dan
selepas itu jualan mulai mengalami penurunan.
- Kos pengeluaran pada tahap minimum dan kos seunit keluaran
adalah paling rendah dan syarikat menikmati ekonomi bidangan.
- Kadar untung yang tinggi akibat jualan yang banyak dengan kos
yang minimum.
- Keuntungan yang tinggi pada peringkat ini menarik minat firma
pesaing memasuki pasaran dan persaingan makin sengit.
- Tekankan kepada kelebihan jenama dan faedah yang berbeza dan
menggalakkan penjenamaan.

4. Peringkat Kemerosotan - Produk terlalu lama di pasaran


- Jualan mulai berkurangan kerana pengguna mula tertarik kepada
produk pesaing yang mula ditawarkan di pasaran.
- Kos pengeluaran semakin meningkat.
- Keuntungan yang diperolehi merosot, harga produk yang rendah
akibat persaingan menyebabkan firma mengalami kerugian.
- Persaingan masih sengit dan berusaha untuk kekal dalam pasaran
dan firma yang gagal bersaing akan keluar dari pasaran.
- Mengekalkan pengguna setia, penjenamaan semual produk dan
membuat inovasi terhadap produk yang sedia ada.

[Max 3H - 3M = 12 M]

NOTA: Sekiranya calon tidak melukis gambarajah = 0 markah keseluruhannya

You might also like